basic-5-question-info.doc

15
UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5 TEKNIK DAN PANDUAN MENJAWAB KERTAS UPSR SAINS MEMPROSES RANGSANGAN SOALAN LATIHAN 5.1 RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Kekunci Pembolehubah 1. Buraidah menggunakan empat objek yang sama saiz tetapi diperbuat daripada bahan yang berlainan dan mempunyai jisim yang berbeza. Kesemua objek tersebut dimasukkan ke dalam besen berisi air. Selepas 3 minit, jarak objek dari dasar bekas direkodkan. 2. Rajah 3 menunjukkan empat kuboid kayu P,Q,R dan S dengan ketinggian yang berbeza. Kesemua kuboid kayu diletakkan di atas meja. Masa untuk kuboid jatuh selepas meja digoncang selama 5 saaat dicatatkan. 3. Rajah 5 menunjukkan dua bekas R dan S yang berisi 100 ml air. Luas permukaan air yang terdedah berbeza bagi kedua-dua bekas tersebut. Isipada air di dalam bekas selepas satu jam terdedah di bawah sinaran cahaya matahari direkodkan. 28 Pd PB pPD pPB PD PB pPD pPB PD PB pPD pPB

Upload: rin84

Post on 26-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

TEKNIK DAN PANDUAN MENJAWAB KERTAS UPSR SAINSMEMPROSES RANGSANGAN SOALAN

LATIHAN 5.1RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Kekunci Pembolehubah

1. Buraidah menggunakan empat objek yang sama saiz tetapi diperbuat daripada bahan yang berlainan dan mempunyai jisim yang berbeza. Kesemua objek tersebut dimasukkan ke dalam besen berisi air. Selepas 3 minit, jarak objek dari dasar bekas direkodkan.

2. Rajah 3 menunjukkan empat kuboid kayu P,Q,R dan S dengan ketinggian yang berbeza. Kesemua kuboid kayu diletakkan di atas meja. Masa untuk kuboid jatuh selepas meja digoncang selama 5 saaat dicatatkan.

3. Rajah 5 menunjukkan dua bekas R dan S yang berisi 100 ml air. Luas permukaan air yang terdedah berbeza bagi kedua-dua bekas tersebut. Isipada air di dalam bekas selepas satu jam terdedah di bawah sinaran cahaya matahari direkodkan.

28

Pd

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 2: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Kekunci Pembolehubah

4. Dua bongkah kayu yang berbeza keluasan tapak diletakkan di atas meja seperti Rajah 2. Kemudian meja digoyang sehingga kedua-dua bongkah kayu jatuh. Masa yang diambil untuk bongkah kayu jatuh direkodkan dalam Jadual 2.

5. Dua jenis bahan yang berlainan kekuatan diuji dalam satu penyiasatan. Bilangan paku yang mampu ditampung setiap jenis bahan dikira.

6. Rashid cuba mematahkan dua pembaris C dan D yang mempunyai saiz dan panjang yang sama tetapi diperbuat daripada bahan yang berlainan ketebalan. Ketahanan pembaris C dan D diperhatikan.

7. Rajah 1 menunjukkan dua bongkah kayu dengan jisim yang sama ditolak di atas dua permukaan yang berbeza dengan daya yang sama. Jarak yang dilalui objek itu selepas seminit diukur dan direkodkan dalam Jadual 1.

29

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 3: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Kekunci Pembolehubah

8. Rajah 4 menunjukkan tiga set papan yang berlainan sudut kecondongan. Sebuah troli diletakkan di atas setiap satah condong. Masa yang diambil oleh setiap troli untuk tiba di P direkodkan dalam Jadual 4.

9. Rajah1 menunjukkan dua jenis cecair yang berlainan rasa dan sifat kimia diuji dalam satu ujikaji. Kertas litmus merah dan kertas litmus biru digunakan untuk menguji sifat cecair-cecair tersebut. Perubahan warna kertas litmus diperhatikan.

10. Rajah 5 menunjukkan tiga jenis cecair P,Q dan R yang mempunyai kelikatan yang berbeza dituangkan di atas sekeping cermin condong. Kelajuan kesemua cecair menuruni cermin condong diukur.

11. Hazlin memacakkan sebatang kayu di sebuah padang. Dia telah mengukur panjang bayang-bayang batang kayu tersebut pada masa yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.

30

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 4: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Kekunci Pembolehubah

12. Rajah 3 menunjukkan bilangan takal yang berbeza digunakan untuk mengangkat baldi yang berisi air. Jumlah baldi yang dapat diangkat oleh takal direkodkan.

13. Pelajar-pelajar Tahun 4 Bitara diminta mencari jawapan kepada enam soalan matematik dengan menggunakan kaedah mengira yang berlainan. Jumlah masa yang diambil untuk menyelesaikan semua soalan matematik tersebut dicatatkan.

14. Pelajar-pelajar Tahun 4 Bitara diminta mencari jawapan kepada enam soalan matematik dengan menggunakan kaedah mengira yang berlainan. Jumlah masa yang diambil untuk menyelesaikan semua soalan matematik tersebut dicatatkan.

31

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 5: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

LATIHAN 5.2RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Perbezaan Keadaan/Kekunci Pembolehubah

1. Anuar menjalankan suatu ujian dengan menggunakan dua pokok bunga keembung berpasu berlabel X dan Y. Pokok bunga keembung X diletakkan di dalam kotak hitam dan pokok bunga keembung Y dibiarkan terdedah di bawah sinaran cahaya matahari. Kedua-dua pokok disiram setiap hari. Bilangan daun pokok X dan Y diperhatikan selepas 2 minggu.

2. Faridah menjalankan suatu penyiasatan menggunakan dua lilin dan dua bikar gelas P dan Q yang sama saiz. Bikar P mengandungi udara yang disedut dan bikar Q mengandungi udara yang dihembus. Lilin yang bernyala dibiarkan sehingga lilin tersebut padam.. Jangka masa lilin itu bernyala direkodkan dalam Jadual 4

3. Rajah 2 menunjukkan dua gumpalan adunan tepung A dan B yang dihasilkan daripada campuran tepung, air dan garam yang sama. Sedikit yis dimasukkan ke dalam adunan B. Setiap adunan dilitupi dengan kain lembap dan dibiarkan selama 30 minit. Ketinggian adunan sebelum dan selepas 30 minit direkodkan seperti dalam Jadual 2.

32

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 6: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Perbezaan Keadaan/Kekunci Pembolehubah

4. Dua mentol P dan Q telah disambung secara litar siri dan litar selari. Kecerahan mentol P dan Q diperhatikan.

5. Rajah 1 menunjukkan dua keping roti G dan H. Sedikit air direnjiskan ke atas roti G dan dibiarkan di dalam almari selama dua hari. Roti H dikeringkan dan dibiarkan selama 2 hari dalam almari yang sama selama dua hari. Keadaan roti selepas dua hari direkodkan.

6. Rajah 5 menunjukkan suatu bebola besi P, dipanaskan menggunakan penunu Bunsen selama 10 minit. Bebola besi P yang telah dipanaskan tadi diletakkan ke dalam satu bikar berisi air 100 ml selama 2 minit. Ujikaji diulangi dengan memanaskan bebola besi Q selama 5 minit. Bebola besi Q juga diletakkan ke dalam bikar selama 2 minit. Suhu air kedua-dua bikar diambil bacaannya dengan menggunakan termometer.

7. Kadar pengeluaran kereta mainan dua buah kilang dikaji dalam satu penyiasatan oleh beberapa penyelidik. Kilang M menggunakan kaedah mesin automatik dan kilang K menggunakan kaedah mesin manual. Hasil penyiasatan dicatatkan seperti Jadual 5.

33

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 7: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Perbezaan Keadaan/Kekunci Pembolehubah

8. Dua helai kertas M dan N yang sama diletakkan di atas gulungan tisu tandas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Kertas M dilipat sebanyak dua kali. Helaian kertas N dilipat enam kali sebelum diletakkan di atas gulungan tisu. Kemudian satu paku besi diletakkan di atas kedua-dua kertas. Seterusnya, satu demi satu paku diletakkan sehingga kedua-dua kertas tersebut jatuh. Bilangan paku yang menyebabkan kertas tersebut jatuh direkodkan.

9. Rajah 2 menunjukkan dua buah akuarium K dan L yang sama saiz dan mengandungi ikan laga Siam jantan. Akurium K mengandungi seekor ikan laga Siam dan Akurium L mengandungi dua ikan laga Siam. Setiap hari, ikan-ikan dalam kedua-dua akurium tersebut diberikan makanan yang secukupnya. Selepas 2 minggu, jisim ikan laga Siam diukur.

10. Maria menjalankan satu ujikaji terhadap dua ketulan kecil betik yang sama saiz. Kedua-dua ketulan kecil betik diletakkan di dalam dua bekas P dan Q yang mengandungi dua cecair yang berbeza. Selepas seminggu, dia merekodkan keadaan kedua-dua ketulan kecil betik.

34

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 8: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Perbezaan Keadaan/Kekunci Pembolehubah

11. Rajah 2 menunjukkan dua keping roti. Roti A dikeringkan di bawah sinaran cahaya matahari selama 8 jam sebelum disimpan di dalam beg plastik yang kering. Roti B pula disembur dengan sedikit air sebelum disimpan di dalam beg plastic dan diletakkan di dalam alamari dapur. Keadaan roti-roti itu diperhatikan selepas 2 hari.

12. Rajah 4 menunjukkan dua kotak susu, iaitu A dan B. Kotak A dibiarkan di dalam peti sejuk manakala kotak B dibiarkan dalam bilik untuk semalaman. Susu daripada setiap kotak susu itu dituang ke dalam satu gelas. Pemerhatian dibuat ke atas bau dan rasa susu kotak tersebut.

35

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 9: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

LATIHAN 5.3RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Kekunci Pembolehubah/Keputusan Penyiasatan

1. Dua tumbuhan P dan Q yang berlainan jenis telah disentuh oleh Amir dalam satu penyiasan. Amir mendapati tumbuhan P mengucup dan tumbuhan Q tidak menunjukkan sebarang tindak balas selepas disentuh.

2. Dua kotak hitam yang ditebuk pada sisi yang berbeza digunakan untuk menutupi dua tumbuhan yang sama jenis. Selepas 4 minggu, didapati kedua-dua tumbuhan tersebut telah tumbuh kearah lubang yang ditebuk pada kedua-dua kotak hitam tersebut.

36

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 10: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

LATIHAN 5.4RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Perbezaan Keadaan/Keputusan Penyiasatan

1. Tabung uji K diisi dengan 50 ml air paip dan tabung uji L diisi dengan 50 ml air panas. Kedua-dua tabung uji K dan L telah dimasukkan sebatang paku besi. Sedikit minyak telah dimasukkan kedalam tabung uji L dan satu lapisan minyak telah terbentuk di atas permukaan air panas tabung uji L. Selepas 4 minggu, didapati paku di dalam tabung uji K berkarat dan paku di dalam tabung uji L masih berkilat.

2. Jamilah menjalankan satu ujikaji dengan menggunakan dua tabung uji P dan Q. Setiap tabung uji dimasukkan dua batang paku besi. Tabung uji P dimasukkan air paip dan tabung uji Q dimasukkan hablur klorida kering. Selepas 4 minggu, didapati paku besi di dalam tabung uji P berkarat.

3. Basikal Zulkifli mempunyai lampu yang disambung kepada dinamo. Dia memerhatikan perubahan kecerahan lampu apabila dia mengubah cara kayuhannya. Zulkifli mendapati bahawa mentol mentol semakin cerah apabila dia menambah kelajuan kayuhannya.

37

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 11: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

LATIHAN 5.5RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Mengkaji/Menyiasat

1. Suatu eksperimen dijalankan oleh kerajaan negeri Kedah untuk mengkaji hubungan antara kuantiti kertas yang dikitar semula dengan bilangan pokok yang ditebang. Keputusan tinjauan kemudian direkodkan dalam jadual di bawah.

2. Fatimah menjalankan satu aktiviti untuk mengetahui hubungan di antara bilangan buah oren dengan jumlah jisim keseluruhannya. Keputusan aktiviti tersebut direkodkan dalam jadual di bawah.

3. Rajah 5 menunjukkan satu penyiasatan untuk mengkaji hubungan antara kedudukan objek dengan bentuk bayang-bayang yang dihasilkan pada papan lebar.

4. Rajah 3 di bawah menunjukkan beberapa bahan yang boleh digunakan untuk menjalankan satu penyelidikan ke atas hubungan antara jumlah haba dengan suhu air.

38

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

Page 12: basic-5-question-info.doc

UPSR - KEMAHIRAN ASAS 5

RANGSANGAN SOALAN - KETERANGAN SOALAN – Mengkaji/Menyiasat

5. Rajah 1 menunjukkan carta palang tentang perubahan bilangan pokok dalam satu kawasan hutan di sebuah negara dari tahun 2000 hingga 2010.

6. Rajah 2 menunjukkan luas kawasan matahari yang kelihatan semasa berlakunya gerhana matahari dari pukul 11.45 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

7. Rajah 2 menunjukkan jenis dan kedudukan buruj yang dapat dilihat pada bulan-bulan tertentu dalam masa setahun.

8. Rajah 4 menunjukkan fasa-fasa bulan yang direkodkan dalam masa sebulan daripada malam pertama sehingga malam ke-28.

39

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB

PD

PB

pPD

pPB