pce bm question

31
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PRE CONTRACT EXAMINATION - PCE) Soalan Penilaian Sendiri Bab 1. Risiko dan Insurans 1. Apakah definisi sebenar risiko tulen? a) Risiko di mana terdapat kemungkinan berlaku kerugian atau tiada kerugian b) Risiko yang hanya memberi kesan kepada individu tertentu sahaja, tidak kepada masyarakat keseluruhan c) Risiko yang tidak boleh diukur dalam bentuk kewangan d) Risiko di mana terdapat kemungkinan untuk meraih keuntungan 2. Yang manakah di antara berikut BUKAN ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan? a) Ia hendaklah tidak bertentangan dengan kepentingan awam. b) Ia hendaklah berlaku secara kebetulan dan tidak dijangka. c) Ia hendaklah merupakan risiko spekulatif. d) Pendedahan risiko yang sama dan jangkaan kerugian yang sama. 3. Yang manakah di antara berikut BUKAN manfaat insurans? a) Ketenangan fikiran b) Suatu bentuk tabungan/simpanan c) Pelaburan spekulatif d) Pelaburan dana 4. Di antara berikut, yang manakah pendekatan yang paling tidak berkesan dalam menangani risiko? a) Pengelakan risiko b) Pemindahan risiko c) Pembendungan risiko d) Tidak menghiraukan risiko 5. Bagi tujuan insurans, kerosakan disebabkan kebakaran diklasifikasikan sebagai a) risiko spekulatif. b) risiko asas. c) risiko tulen. d) bahaya fizikal. 6. Yang manakah di antara penerangan berikut adalah tidak benar? a) Peril adalah sebab utama berlakunya kerugian. b) Bahaya akan meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian. c) Ketidakpastian mengenai kerugian juga dikenali sebagai risiko. d) Bahaya moral dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikal risiko berkenaan. 1 7. Yang manakah di antara berikut BUKAN risiko yang dilindungi insurans? a) Kematian disebabkan sakit atau penyakit

Upload: katherine-thomas

Post on 11-Jul-2016

207 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

more on exam question of insurance

TRANSCRIPT

Page 1: PCE BM Question

PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PRE CONTRACT EXAMINATION - PCE)Soalan Penilaian Sendiri

Bab 1. Risiko dan Insurans

1. Apakah definisi sebenar risiko tulen?a) Risiko di mana terdapat kemungkinan berlaku kerugian atau tiada kerugianb) Risiko yang hanya memberi kesan kepada individu tertentu sahaja, tidak kepada masyarakat keseluruhanc) Risiko yang tidak boleh diukur dalam bentuk kewangand) Risiko di mana terdapat kemungkinan untuk meraih keuntungan

2. Yang manakah di antara berikut BUKAN ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan?a) Ia hendaklah tidak bertentangan dengan kepentingan awam.b) Ia hendaklah berlaku secara kebetulan dan tidak dijangka.c) Ia hendaklah merupakan risiko spekulatif.d) Pendedahan risiko yang sama dan jangkaan kerugian yang sama.

3. Yang manakah di antara berikut BUKAN manfaat insurans?a) Ketenangan fikiranb) Suatu bentuk tabungan/simpananc) Pelaburan spekulatifd) Pelaburan dana

4. Di antara berikut, yang manakah pendekatan yang paling tidak berkesan dalam menangani risiko?a) Pengelakan risikob) Pemindahan risikoc) Pembendungan risikod) Tidak menghiraukan risiko

5. Bagi tujuan insurans, kerosakan disebabkan kebakaran diklasifikasikan sebagaia) risiko spekulatif.b) risiko asas.c) risiko tulen.d) bahaya fizikal.

6. Yang manakah di antara penerangan berikut adalah tidak benar?a) Peril adalah sebab utama berlakunya kerugian.b) Bahaya akan meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian.c) Ketidakpastian mengenai kerugian juga dikenali sebagai risiko.d) Bahaya moral dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikal risiko berkenaan.17. Yang manakah di antara berikut BUKAN risiko yang dilindungi insurans?a) Kematian disebabkan sakit atau penyakitb) Liabiliti kepada pengguna adalah disebabkan penjualan produkc) Kerugian kewangan adalah disebabkan kejatuhan harga sahamd) Kerosakan kepada kenderaan adalah disebabkan rantaian kemalangan

8. Apakah perbezaan di antara insurans hayat dan insurans am?a) Kedua-duanya menyediakan perlindungan kewangan.b) Insurans hayat adalah perlindungan jangka panjang, sementara insurans am biasanya diperbaharui setiap tahun.c) Insurans hayat menawarkan jaminan kewangan ketika persaraan atau usia tua.d) Insurans am melindungi semua risiko yang bukan insurans hayat.

Page 2: PCE BM Question

9. Apakah jenis operasi insurans Lloyd’s London?a) Syarikat insurans pemilikanb) Syarikat insurans bersamac) Kelab pengunderaitd) Kelab perlindungan dan indemniti kelab

10. Apakah yang dimaksudkan syarikat insurans komposit?a) Syarikat yang mempunyai ibu pejabat dan pejabat cawanganb) Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikatc) Syarikat yang menjalankan perniagaan insurans hayat dan juga insurans amd) Syarikat yang membuat pengkhususan dalam bidang pengunderaitan kelas insurans tunggal

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 3: PCE BM Question

Bab 2. Prinsip-prinsipAsas Insurans

1. Sebab hampiran yang mengakibatkan kerugian biasanya dianggap sebagaia) sebab utama.b) sebab paling hampir menyebabkan kerugian.c) sebab paling jauh menyebabkan kerugian.d) peril yang dilindungi.

2. Mengapa insurer memasukkan syarat-syarat subrogasi dalam polisi?a) Untuk memberikan mereka hak untuk meneruskan tindakan menuntut bayaran dari pihak bertanggungjawabb) Untuk membolehkan mereka memulakan tindakan menuntut bayaran walaupun tuntutan belum dibayarc) Untuk memberikan mereka hak untuk meneruskan tindakan menuntut bayaran atas nama insurer sendirid) Untuk menghalang insured membuat tuntutan dua kali atas kerugian yang sama

3. Yang manakah di antara berikut merupakan prinsip turutan indemniti yang memberikan hak kepada insurer untuk meminta insurer lain bertanggungjawab untuk membayar bahagian tuntutan masing-masing?a) Sebab hampiranb) Subrogasic) Sumbangand) Kepentingan boleh Insurans

4. Di bawah polisi insurans harta, bagaimana indemniti dikira?a) Mengikut formulab) Berdasarkan nilai yang dipersetujuic) Berdasarkan pengembalian semulad) Berdasarkan kerugian yang pertama

5. Untuk menjadikan sesuatu polisi insurans hayat itu sah, bilakah kepentingan boleh insurans itu perlu wujud?a) Ketika permulaan kontrak insurans sahajab) Ketika mengemukakan tuntutanc) Ketika permulaan polisi dan ketika mengemukakan tuntutand) Ketika permulaan polisi atau ketika mengemukakan tuntutan

6. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kontrak insurans pengguna’ seperti yang dinyatakan dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013?a) Kontrak yang ditandatangani oleh pengguna insurans hayat dan insurans amb) Kontrak yang ditandatangani oleh individu yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau kerjaya masing-masingc) Kontrak insurans yang ditandatangani oleh pemilik rumahd) Polisi insurans yang dibeli oleh pengguna umum

7. Apakah yang membezakan antara peril yang tidak dilindungi dengan peril yang dikecualikan?a) Peril yang dikecualikan tidak boleh diinsuranskan.b) Peril yang tidak dilindungi boleh diinsuranskan dengan bayaran premium tambahan, sedangkan peril yang dikecualikan lebih sesuai dilindungi jenis polisi lain.c) Peril yang tidak dilindungi boleh diinsuranskan dengan membuang fasal pengecualian.d) Peril tidak dilindungi adalah lebih rendah risikonya berbanding dengan risiko peril yang dikecualikan.

8. Bilakah insurer boleh menolak liabiliti sekiranya bakal pemilik polisi gagal memberitahu atau mendedahkan fakta penting yang boleh mempengaruhi keputusan sama ada untuk menerima atau menolak risiko?a) Sebelum menandatangani kontrakb) Ketika polisi telah berkuatkuasac) Ketika membuat tuntutand) Ketika memperbaharui polisi

Page 4: PCE BM Question

9. Apakah tindakan pembetulan yang tidak boleh digunakan oleh insurer sekiranya insured memungkiri prinsip penuh percaya mutlak?a) Membatalkan polisib) Membatalkan polisi dan premium tidak dikembalikanc) Tidak menghiraukan pemungkiran tersebut dan membenarkan polisi terus berkuatkuasad) Menolak tuntutan tetapi membenarkan polisi terus berkuatkuasa

10. Yang manakah di antara berikut tiada kepentingan boleh insurans atas hayat individu lain?a) Anak ke atas hayat ibubapanyab) Majikan ke atas hayat pekerjanyac) Prinsipal ke atas hayat ejen-ejennyad) Penjaga yang sah ke atas hayat kanak-kanak di bawah jagaannya

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 5: PCE BM Question

Bab 3. Perundangan dan Perlindungan Pengguna

1. Yang manakah di antara berikut BUKAN fungsi tugas Bank Negara Malaysia?a) Meningkatkan tahap profesionalisma dan amalan perniagaan anggota agensib) Menggalakkan amalan perniagaan yang adil, bertanggungjawab dan professional dikalangan syarikat insuransc) Berusaha melindungi hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan kewangand) Mengawal tahap kesolvenan dan amalan pemasaran industri insurans

2. Yang manakah di antara Akta berikut menggantikan Akta Insurans 1996?a) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013b) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013c) Akta Insurans 2013d) Kuatkuasa Perkhidmatan Kewangan 2013

3. Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai Rangka-kerja Berasaskan Modal (RBC)?a) Menentukan nisbah kecukupan modal syarikat-syarikat insuransb) Melindungi nilai lebihan dana insurans hayat sertaanc) Memastikan penyediaan modal yang mencukupi bagi melindungi pemegang polisi dari ketidaksolvenan pihak insurerd) Memastikan premium yang dikenakan kepada pengguna adalah adil dan berpadanan

4. Di antara berikut, yang manakah BUKAN mekanisma penyelesaian aduan atau pertikaian pengguna perkhidmatan kewangan?a) Biro Perantaraan Kewangan (FMB)b) Unit Aduan syarikat insuransc) Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)d) BNMLINK

5. Kepada siapakah Ketekunan Wajar Pengguna (CDD) perlu dilakukan seperti yang disyaratkan di bawah Garis Panduan Anti-Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT)?a) Ejen atau Pengantara Insuransb) Institusi Kewanganc) Pelanggan dan Penerima Manfaatd) Pengguna Perkhidmatan Kewangan36. Yang manakah di antara berikut TIDAK dianggap sebagai ‘data peribadi’ di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010?a) Sebarang maklumat peribadi berkaitan transaksi perniagaanb) Maklumat peribadi yang tersiar dimedia sosialc) Data peribadi seperti laporan kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik, ugama dan kepercayaan, rekod kesalahan silam atau lain-lain data yang ditetapkan oleh Menteri berkaitand) Pengucapan pendapat mengenai pemilik data

7. Apakah jenis-jenis aduan yang dikendalikan oleh Biro Perantaraan Kewangan (FMB)?a) Aduan melibatkan harga/premium produk insurans dan isu-isu pengunderaitanb) Kes-kes penipuan (selain dari kaedah bayaran melalui kad kredit, kad caj dan cek di mana amaun tidak melebihi RM25,000)c) Kes-kes yang melibatkan tuntutan kurang dari RM200,000 untuk insurans motor dan insurans kebakarand) Kes-kes yang telah dan sedang dirujuk ke mahkamah atau penimbangtara

Page 6: PCE BM Question

8. Siapakah yang menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful (TIPS)?a) Perlindungan Pengguna Perkhidmatan Kewanganb) Bank Negara Malaysia (BNM)c) Syarikat Insurans dan Pengendali Takafuld) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

9. Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Act 2013, ‘perniagaan yang dibenarkan’ yang dilesenkan oleh Menteri berkaitan termasuk perniagaan berikut, KECUALI:a) perniagaan insuransb) broker insuransc) penyelaras kerugian insuransd) perniagaan khidmat nasihat kewangan

10. Apakah Akta yang menghendaki syarikat insurans diperbadankan sebagai syarikat awam, sementara broker, penasihat kewangan dan penyelaras kerugian didaftarkan sebagai syarikat sendirian?a) Akta Syarikat 1965b) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013c) Akta Insurans 1996d) Akta Persaingan 2010

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 7: PCE BM Question

Bab 4. Kontrak Insurans

1. Apakah perkara-perkara asas yang perlu ada untuk membentuk kontrak yang sah?I. Terdapat persetujuan melalui tawaran dan penerimaan.II. Terdapat niat untuk mewujudkan hubungan yang sah.III. Pihak yang terlibat layak disisi undang-undang untuk mengikat kontrak.IV. Perjanjian dibuat mengikut keperluan undang-undang.V. Terdapat balasan.a) I, II III dan IVb) II, III, IV dan Vc) I dan IIId) I, II, III, IV dan V

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Fasal Kuatkuasa dalam polisi insurans?a) Fasal yang menerangkan tentang apa yang insured perlu lakukan apabila berlaku tuntutanb) Fasal yang menerangkan tentang perlindungan yang disediakan oleh insurerc) Fasal yang menerangkan tentang risiko yang dikecualikan dari perlindungan polisid) Fasal yang merujuk kepada cadangan insurans, pihak yang terlibat dan premium

3. Yang manakah di antara berikut TIDAK menyebabkan kontrak insurans batal?a) Tiada kepentingan boleh insurans ketika permulaan kuatkuasa polisib) Tiada persetujuan atau terdapat kesilapan asas atau tiada persefahaman sejak permulaan kontrakc) Salah nyata yang disengajakan atau penyembunyian fakta pada peringkat awal kontrakd) Salah nyata tidak disengajakan ketika mengisi borang permohonan

4. Yang manakah di antara individu berikut mempunyai kapasiti untuk mengikat kontrak?a) Minor atau kanak-kanakb) Individu berusia lebih dari 18 tahunc) Seseorang yang dalam keadaan mabuk atau menghidap penyakit mentald) Perbadanan

5. Yang manakah di antara berikut BUKAN sebahagian dari kontrak polisi insurans?I. JadualII. Borang CadanganIII. Fasal Operasi/KuatkuasaIV. Fasal Penyaksian/PerakuanV. Pengecualian dan Syarat-syarata) I, II, III dan IVb) II sahajac) II dan IVd) II, IV dan V

6. Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak boleh batal?a) Salah satu atau kedua-dua pihak mengingkari kontrakb) Kesilapan perkara asas yang menyebabkan kontrak batalc) Kontrak yang mengikat tetapi kedua-dua pihak mempunyai hak untuk tidak meneruskannyad) Sebelah pihak tidak memiliki kapasiti undang-undang untuk mengikat kontrak

7. Yang manakah di antara berikut TIDAK terdapat di dalam Jadual polisi?a) Nama dan alamat insuredb) Tempoh insuransc) Amaun premiumd) Pengecualian

Page 8: PCE BM Question

8. Yang manakah di antara berikut menerangkan dengan tepat mengenai kontrak tidak boleh dikuatkuasakan?a) Kontrak yang mengikat disisi undang-undang meskipun sebelah pihak enggan mematuhi perjanjianb) Kontrak yang sah tetapi tidak boleh dikuatkuasakan dimahkamahc) Kontrak yang sah iaitu tidak menyalahi undang-undangd) Kontrak yang sah iaitu ia tidak mengikat

9. Apakah yang dimaksudkan dengan balasan dalam kontrak insurans?a) Nota perlindungan, sebagai balasan kepada cadangan insuransb) Bayaran premium, sebagai balasan perlindungan yang diberikanc) Bayaran tuntutan, sebagai balasan premium yang telah dibayard) Janji untuk membayar jumlah perlindungan

10. Di antara berikut, Akta yang manakah yang mengawal kontrak di Malaysia?a) Akta Jualan Barangan 1965b) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013c) Akta Kontrak 1950d) Akta Insurans 1996

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 9: PCE BM Question

Bab 5. Undang-undang Agensi

1. Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR mengenai peranan ejen insurans?a) Bertanggungjawab membuat jualan produk dan perkhidmatan insuransb) Merupakan ejen yang dilantik oleh insurer dan bertanggungjawab terhadap insurer yang diwakilinyac) Mewakili beberapa syarikat insurans dalam urusniaga insuransd) Membantu insured mengemukakan tuntutan kerugian yang dilindungi sehingga insured memperolehi bayaran

2. Di bawah keadaan yang bagaimanakah perkhidmatan ejen boleh ditamatkan?I. Dengan menyelesaikan sesuatu urusniaga di mana kuasa diberikan untuk transaksi berkenaan sahajaII. Dengan tamatnya tempoh perkhidmatan seperti yang tercatat dalam kontrak agensiIII. Dengan persetujuan bersamaIV. Disebabkan kematian, kebankrapan atau tidak siuman prinsipal dan/atau ejenV. Melalui kuatkuasa mana-mana undang-undang yang menjadikan kontrak ejen tidak saha) I , II dan IIIb) II, IV dan Vc) II, III dan IVd) I, II, III, IV dan V

3. Di bawah keadaan yang bagaimanakah (sekiranya berkenaan) ejen boleh menyerahkan tugas-tugasnya kepada individu lain?a) Tiada sebarang serahan tugas. Ejen dikehendaki melakukan sendiri tugas-tugas yang diamanahkanb) Apabila ejen memiliki status ‘del credere’c) Tugas-tugas yang diserahkan merupakan tugas-tugas perkeraniand) Apabila sub-ejen sendiri bertindak sebagai ejen bagi pihak principal dalam urus niaga terdahulu

4. Bagaimanakah hubungan antara insurer dan ejen terbentuk?I. Melalui perjanjian atau persetujuanII. Melalui pengesahan atau ratifikasiIII. Melalui keperluanIV. Melalui statut atau perundangana) I, II dan IIIb) I dan IIc) II dan IIId) I, II, III dan IV

5. Yang manakah di antara kenyataan berikut menerangkan tentang hak ejen untuk mendapat indemniti?a) Apabila ejen melakukan tugas yang diamanahkan di bawah perjanjian agensi, beliau berhak untuk dibayar indemniti bagi perkhidmatan yang diberikan.b) Apabila ejen mengurusniagakan suatu kontrak insurans bagi pihak prinsipal, kedua-dua pihak iaitu ejen dan prinsipal berhak menerima indemniti di bawah kontrak agensi.c) Apabila ejen menggunakan wangnya sendiri dalam melaksanakan tugasnya, beliau adalah berhak dibayar balik oleh prinsipal.d) Apabila ejen membuat tuntutan perbelanjaan kepada prinsipal dan prinsipal gagal untuk menjelaskannya, maka ejen adalah bertanggungjawab terhadap perbelanjaan berkenaan.

Page 10: PCE BM Question

6. Ejen dianggap melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sekiranya ia:I. terlibat dalam perbuatan yang mengelirukan pengguna atau menggunakan tipu helah.II. mengenakan tekanan yang tidak wajar atau memaksa pelanggan membeli produk atau perkhidmatan kewangan.III. mendedahkan maklumat penting yang diperolehi kepada pihak lain, selain dari prinsipalnya.IV. meminta bayaran dari pengguna perkhidmatan kewangan.a) I dan IIb) I, II dan IVc) III dan IVd) I, II, III dan IV

7. Dalam keadaan yang bagaimanakah ejen menjalankan tugas untuk prinsipalnya, BUKAN untuk pelanggan atau pengguna?a) Ejen menyediakan sebut harga polisi insuransb) Ejen memberitahu pelanggan mengenai amaun premium yang dikenakanc) Ejen mengesahkan kepada pengunderait bahawa sebut harga insurans telah diterimad) Ejen mengutip bayaran premium dari pelanggan dan kemudiannya menyerahkan bayaran berkenaan kepada prinsipal

8. Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai kuasa sebenar?a) Kuasa sebenar mungkin dalam bentuk tersurat atau tersiratb) Kuasa sebenar tersurat mungkin dibuat secara lisan atau bertulisc) Kuasa yang kelihatan seperti kuasa nyatad) Kuasa sebenar tersirat juga dikenali sebagai kuasa biasa atau kuasa mengikut adat

9. Ejen insurans adalah individu yang melaksanakan perkara-perkara berikut, KECUALIa) bertindak bagi pihak insurer untuk mengeluar, memperbaharui dan menguatkuasakan polisi.b) menguruskan kontrak insurans bagi pihak prinsipal.c) menyerahkan tugas kepada sub-ejen.d) bertindak bagi pihak insurer dalam merundingkan terma dan syarat polisi.

10. Yang manakah di antara berikut BUKAN kaedah pembetulan atau remedi yang sah sekiranya ejen gagal melaksanakan tugasnya?a) Mendakwa ejen ke mahkamah atas kerugian disebabkan ejen melanggar perjanjianb) Menamatkan kuatkuasa polisi yang diurusniaga oleh ejen berkenaanc) Menamatkan perkhidmatan ejen tanpa sebarang notis atau bayaran pampasan atas kesalahan yang seriusd) Membatalkan mana-mana perjanjian yang melibatkan ejen berkenaan dan membekukan bayaran komisen sekiranya ejen melakukan penipuanBAB5

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 11: PCE BM Question

Bab 6. Insurans Perubatan dan Kesihatan

1. Yang manakah di antara kejadian berikut TIDAK secara automatik menamatkan kuatkuasa polisi insurans perubatan dan kesihatan?a) Mencapai had tahunan atau had seumur hidup seperti yang dinyatakan dalam syarat polisib) Mencapai tarikh ulang tahun polisi dan insured telah mencapai umur maksimum kelayakanc) Melanggar syarat-syarat polisid) Berlaku kematian kepada hayat yang diinsuranskan

2. Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh insurer untuk mengawal kos dan tuntutan yang berlebihan?I. Had dalamanII. Jadual prosedur pembedahanIII. Tempoh maksimum pampasanIV. Tempoh masaV. Deduktibel atau perkongsian kosa) I dan II b) II, III dan IV c) I, II, III dan IVd) I, II, III, IV dan V

3. Yang manakah di antara berikut BUKAN produk insurans perubatan dan kesihatan?a) Insurans hospital dan pembedahanb) Insurans penyakit kritikal atau penyakit merbahayac) Insurans pendapatan hilang upaya kekald) Insurans pendapatan hilang upaya

4. Di antara berikut, yang manakah BUKAN pilihan memperbaharui polisi insurans perubatan dan kesihatan?a) Memberitahu insured bahawa premium paras akan dikenakan semasa pembaharuanb) Memberitahu insured bahawa premium akan dinaikkan semasa pembaharuanc) Memberitahu insured 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi bahawa polisi tidak boleh diperbaharuid) Enggan memperbaharui polisi walaupun jaminan pembaharuan polisi telah diberikan

5. Apakah manfaat yang dibayar di bawah polisi insurans pendapatan hospital?a) Aliran pendapatan bagi menggantikan bahagian pendapatan pra-hilang upaya sekiranya insured tidak boleh bekerja disebabkan sakit/penyakitb) Elaun tetap dibayar secara berkala sekiranya insured dimasukkan ke hospital disebabkan sakit atau cederac) Bayaran balik perbelanjaan perubatan sekiranya insured dimasukkan ke hospital disebabkan sakit atau cederad) Jumlah perlindungan dibayar sekaligus setelah didiagnosa dan disahkan menghidapi mana-mana 36 penyakit merbahaya

6. Apakah pilihan terbaik untuk insurer menangani tuntutan terdahulu di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan yang sama?a) Mengenakan had batasan, terma dan syarat yang lebih ketatb) Mengecualikan kejadian atau hilang upaya yang menyebabkan wujudnya tuntutan terdahuluc) Tidak memperbaharui perlindungan kerana pemilik polisi telah membuat tuntutan pada tahun sebelumnyad) Mengenakan bebanan premium tambahan dan surcaj

7. Apakah tujuan utama pindaan Garis Panduan Perniagaan Insurans Perubatan dan Kesihatan?a) Meningkatkan kadar premium bagi individu yang berisiko tinggib) Mengurangkan kos tuntutan yang semakin meningkatc) Menggalakkan insurer hayat dan insurer am mengamalkan standard minimum yang ditetapkand) Memperkenalkan had terbaru dalam manfaat utama polisi

Page 12: PCE BM Question

8. Yang manakah di antara berikut BUKAN peranan Organisasi Pengurusan Kesihatan (MCO) di Malaysia?a) Mentadbir urusan kemasukan dan keluar hospital pemilik polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI)b) Meluluskan dengan segera dan membuat bayaran tuntutan polisi perubatan dan kesihatan bagi pihak insurerc) Mentadbir urusan transaksi tuntutan di bawah polisi perubatan dan kesihatan, antara pemegang polisi dengan penyedia penjagaan kesihatand) Memastikan penggunaan perkhidmatan perubatan mematuhi standard klinikal

9. Mengapa penggunaan definisi standard untuk terma dan syarat polisi begitu penting di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan?a) Untuk menggalakkan persaingan yang sihat dalam penetapan harga produkb) Untuk meminimumkan tanggapan yang mengelirukan dikalangan orang ramai dan menyediakan maklumat perbandingan produkc) Insurer secara unilateral mengecualikan keadaan sedia ada dari polisid) Mempertingkat kualiti khidmat pelanggan dan pemasaran produk

10. Yang manakah di antara keadaan berikut TIDAK memerlukan siasatan dan/atau dokumen perubatan dalam pengunderaitan polisi insurans perubatan dan kesihatan?a) Risiko terjejas berserta sejarah kesihatan yang tidak memuaskanb) Keadaan sedia ada yang meningkatkan kebarangkalian musibah akan berulang semulac) Keadaan kesihatan yang memungkinkan proses penyembuhan akan memakan masa yang panjangd) Kecederaan disebabkan kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya sementara

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 13: PCE BM Question

Bab 11. Aspek-aspek Perundangan Insurans Hayat

1. Bilakah polisi insurans hayat itu mempunyai atau layak diperuntukkan nilai serahan?a) Pada bila-bila masa selepas polisi berkuatkuasab) Selepas tiga tahun premium dibayarc) Pada tarikh ulang tahun ketiga premium sepatutnya dibayard) Dua tahun selepas polisi berkuatkuasa

2. Pada masa bilakah minor atau kanak-kanak mempunyai kapasiti untuk menginsuranskan?I. Kanak-kanak yang telah mencapai usia sepuluh tahun dan menginsuranskan hayatnya sendiriII. Kanak-kanak yang telah mencapai usia sepuluh tahun dan menginsuranskan hayat orang lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans, dengan keizinan ibu bapa atau penjaganyaIII. Kanak-kanak yang telah mencapai usia enam belas tahun dan menginsuranskan hayatnya sendiriIV. Kanak-kanak yang telah mencapai usia enam belas tahun dan menginsuranskan hayat orang lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insuransa) II, III dan IVb) I, II, III dan IVc) II dan IVd) I dan II

3. Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK benar mengenai kepentingan boleh insurans dalam insurans hayat?a) Seseorang itu mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayatnya sendiri dan ia adalah tidak terhad.b) Sesuatu polisi hayat itu adalah terbatal melainkan orang itu mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat individu yang diinsuranskan.c) Kepentingan boleh insurans mesti wujud pada permulaan polisi hayat.d) Kepentingan boleh insurans bermakna pembayaran wang disebabkan kematian atau polisi matang.

4. Apabila ejen mempelawa mana-mana orang atau individu untuk membuat tawaran atau cadangan untuk memasuki suatu kontrak insurans, ejen berkenaan perlu mendedahkanI. nama insurer berlesen.II. hubungannya dengan insurer berlesen.III. premium yang dikenakan oleh insurer berlesen.IV. manfaat yang diperolehi apabila memiliki polisi insurans.a) I, II, III dan IVb) I, II dan IIIc) II dan IVd) I dan II

5. Seseorang itu dikatakan mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang lainyang merupakanI. pasangannya.II. anak atau anak dibawah jagaan yang usianya dibawah umur majoriti ketika insurans akan dikuatkuasakan.III. pekerjanya.IV. seseorang yang kepadanya dia bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup atau pendidikan, ketika insurans akan dikuatkuasakan.V. penghutang, terhad kepada jumlah hutang terkumpul.a) I , II dan IIIb) I, II, III, IV dan Vc) I dan IId) I, II, III dan IV

Page 14: PCE BM Question

6. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tidak boleh tanding’ dalam kontrak insurans hayat?a) Insurer tidak dibenarkan mencabar kesahihan kontrak atas alasan penipuan.b) Insurer tidak dibenarkan mencabar kesahihan kontrak atas alasan salah nyata selepaspolisi telah berkuat kuasa selama lebih daripada 2 tahun.c) Insured tidak dibenarkan mencabar keputusan insurer yang menolak cadangan insurans hayatnya.d) Insurer tidak dibenarkan membatalkan kontrak apabila didapati insured memberi kenyataan palsu.

7. Apa remedi atau pilihan tersedia untuk pemilik polisi yang tidak bersetuju dengan terma polisi selepas menerima dokumen polisi?a) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh 30 hari dan memohon pembatalan polisib) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh tangguh dan memohon polisi dibatalkanc) Mengembalikan polisi dalam tempoh 15 hari dan membayar balik apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh insurer untuk mengeluarkan polisi tersebutd) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh 15 hari dan insurer hendaklah memulangkan kembali semua bayaran, ditolak perbelanjaan pemeriksaan perubatan

8. Sekiranya suatu polisi insurans kumpulan diuruskan bagi melindungi individu-individu di mana pemilik polisi berkenaan tidak mempunyai kepentingan boleh insurans, ejen perlu memberitahu kepada setiap individu yang diinsuranskana) nama insurer berlesenb) hubungannya dengan insurer berlesenc) syarat-syarat polisi insurans kumpulan, termasuk imbuhan yang dibayar kepada ejen serta premium yang dikenakan oleh insurer berlesend) a, b dan c

9. Sesuatu perkara yang jika diketahui oleh insurer akan menyebabkan insurer enggan mengeluarkan polisi insurans hayat atau mungkin mendorongnya untuk mengenakan terma dan syarat polisi yang kurang bermanfaat kepada pemilik polisi, berbanding dengan terma polisi biasa, dikenali sebagaia) terma utama.b) fakta matan.c) pengecualian.d) syarat-syarat kontrak.

10. Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar?a) Insurer boleh mengelak daripada mengeluarkan polisi insurans hayat atau menolak tuntutan di bawah sesuatu polisi insurans hayat atas alasan silap nyata umur insured.b) Jika umur sebenar seperti yang ditunjukkan melalui bukti adalah lebih tua dari umur yang dinyatakan dalam polisi, insurer boleh mengelak dari memberi perlindungan atau menolak tuntutan.c) Jika umur sebenar seperti yang ditunjukkan melalui bukti adalah lebih muda dari umur yang dinyatakan dalam polisi, insurer boleh mengelak dari memberi perlindungan atau menolak tuntutan itu.d) Insurer boleh meminda terma dan syarat polisi, umpamanya mengubah tempoh perlindungan kepada tempoh yang berdasarkan kepada umur sebenar sekiranya berlaku salah nyata umur.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 15: PCE BM Question

Bab 12. Produk Insurans Hayat

1. Objektif utama pembelian polisi insurans hayat ialaha) untuk menambah pendapatan persaraan.b) untuk mengurangkan beban kewangan insured.c) untuk melindungi tanggungan dalam kes kematian pra-matang pencari nafkah.d) untuk memaksimumkan simpanan.

2. Polisi anuiti persaraan menarik minat seseorang yang mempunyaia) keluarga yang besar.b) risiko sakit teruk.c) risiko pendek umur.d) risiko umur panjang.

3. Yang manakah di antara insurans hayat berikut tidak mempunyai elemen simpanan di dalamnya?a) Seumur hidupb) Endowmenc) Sementarad) Tiada berkenaan

4. Polisi insurans hayat seumur hidup adalah berbeza dengan polisi insurans hayat sementara, di manaa) premium polisi seumur hidup meningkat setiap tahun.b) premium tidak perlu dibayar apabila insured mencapai umur 65 tahun.c) kadar premium polisi seumur hidup adalah lebih rendah dari polisi hayat sementara.d) polisi seumur hidup mempunyai nilai serahan tunai, manakala polisi hayat sementara tiada nilai tunai.

5. Apabila aset di dalam dana insurans hayat melebihi liabiliti, maka ia bermaksud terdapata) surplus/lebihan.b) keuntungan.c) dividen tunai.d) bonus.

6. Di bawah kontrak insurans hayat, bilakah kepentingan boleh insurans perlu wujud?a) Ketika mengemukakan tuntutanb) Ketika membuat serahan polisic) Ketika permulaan kuatkuasa polisid) Ketika menukar nama pewaris

7. Opsyen atau pilihan untuk menukar polisi insurans hayat sementara kepada insurans kekal tanpa perlu mengemukakan bukti boleh diinsuranskan tetapi dengan pelarasan premium dikenali sebagaia) opsyen kesesuaian terjamin.b) opsyen boleh diinsuranskan terjamin.c) opsyen boleh tukar terjamin.d) opsyen kekal terjamin. 8. Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai polisi insurans hayat seumur hidup?a) Jumlah diinsuranskan tidak akan melebihi nilai tunai terkumpul.b) Pada penghujung tempoh polisi, premium lebih diperuntukkan untuk pengumpulan nilai tunai berbanding dengan elemen perlindungan.c) Apabila insured meninggal dunia, pewaris akan menerima jumlah yang diinsuranskan dan apa-apa nilai tunai terkumpul.d) Polisi hayat seumur hidup boleh dianggap sebagai kaedah yang ‘memaksa’ insured untuk menyimpan.

Page 16: PCE BM Question

9. Apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan “penepian premium” dalam polisi insurans hayat?a) Ia mengecualikan fasal bunuh diri.b) Ia membolehkan seseorang membeli insurans tambahan tanpa sebarang kos tambahan.c) Ia membayar premium masa depan sekiranya berlaku hilang upaya kekal.d) Ia membolehkan ejen insurans membayar premium bagi pemegang polisi.

10. Pemegang polisi insurans hayat mempunyai hak untuk berkongsi agihan surplus/ lebihan dana insurans hayat insurer hanya apabilaa) insurer mencapai jumlah keuntungan tertentu.b) polisi itu dikeluarkan oleh pengendali takaful.c) polisi ini dari syarikat insurans hayat tertentu.d) mereka mempunyai polisi hayat sertaan.BAB12

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 17: PCE BM Question

Bab 13. Pengkadaran Premium Insurans Hayat

1. Di antara berikut, yang manakah kenyataan TIDAK benar mengenai premium insurans hayat?a) Jadual Kadar Premium dirangka mengikut umur dan tempoh insurans.b) Premium bersih adalah premium risiko tulen kemortalan ditambah dengan elemen faedah.c) Premium kasar ialah premium bersih ditambah dengan beban untuk perbelanjaan pengurusan dan keuntungan.d) Polisi insurans hayat sertaan tidak mengenakan bayaran premium tambahan atau beban.

2. Apakah kaedah untuk menetapkan premium yang seragam sepanjang tempoh polisi insurans hayat walaupun kadar kematian semakin meningkat dengan pertambahan usia?a) Sistem bayaran parasb) Sistem premium parasc) Sistem premium meningkatd) Insurans sementara menyusut

3. Perbelanjaan menjalankan operasi perniagaan insurans boleh dikategorikan kepada tiga jenis, KECUALIa) perbelanjaan awal.b) perbelanjaan pembaharuan.c) perbelanjaan penamatan.d) perbelanjaan perolehan.

4. Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor utama yang mempengaruhi kemortalan?a) Umurb) Jantinac) Etnikd) Kemalangan

5. Berapa pelepasan cukai perseorangan atas pembelian polisi insurans hayat termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?a) RM3,000b) RM4,000c) RM5,000d) RM6,000

6. Apakah faktor-faktor utama yang digunakan oleh seorang aktuari dalam menetapkan kadar premium insurans hayat?I. KemortalanII. MorbiditiIII. Pulangan pelaburanIV. Perbelanjaan pengurusana) I, III dan IV b) I, II dan III c) I dan IId) I, II, III dan IV

7. Yang manakah di antara berikut merupakan ‘perbelanjaan terminal/penamatan’?I. Komisen ejen dan kos pemerolehanII. Bayaran balik premium dalam tempoh bertenangIII. Pembayaran nilai tunai apabila polisi diserahkanIV. Tuntutan perbelanjaan pentadbirana) I, III dan IV b) II, III dan IV c) I, II dan IIId) I, II, III dan IV

Page 18: PCE BM Question

8. Yang manakah di antara berikut menerangkan dengan tepat tentang kontrak insurans hayat?a) Jangka pendek dan boleh diperbaharuib) Pelan pelaburan dan simpananc) Jangka panjang dan kekald) Jangka panjang dan boleh diperbaharui

9. Mengapa syarikat insurans mengenakan caj bebanan pembayaran bonus bagi polisi sertaan?a) Untuk membayar bonus kepada pekerja dan pemegang sahamb) Untuk meningkatkan keuntungan syarikatc) Untuk memastikan premium yang dikenakan adalah mencukupi untuk risiko yang ditanggungd) Untuk membolehkan pemegang polisi sertaan berkongsi keuntungan syarikat

10. Kadar premium untuk insurans hayat kumpulan adalaha) berdasarkan kepada kadar kemortalan dengan menggunakan kaedah kos hangus.b) berdasarkan pengalaman pengkadaran dengan menggunakan kadar kemortalan purata.c) berdasarkan kepada sistem premium paras dengan menggunakan sistem kadar kemortalan.d) berdasarkan pengalaman tuntutan yang telah lepas atas kumpulan hayat tertentu.

13JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 19: PCE BM Question

Bab 14. Pengunderaitan dan Dokumen Insurans Hayat

1. Pengunderait digambarkan sebagai seorang profesional dalam bidang insurans yanga) menerima atau menolak risiko.b) melaksanakan pelan strategik penanggung insurans.c) melabur modal pemegang saham penanggung insurans.d) menetapkan harga/premium.

2. Yang manakah di antara kaedah berikut TIDAK digunakan oleh insurer apabila mengunderait risiko yang buruk?a) Mengenakan premium tambahanb) Mencadangkan pelan insurans lainc) Mengurangkan manfaat polisid) Menawarkan diskaun premium

3. Risiko sub-standard atau di bawah risiko purata paling tepat digambarkan sebagai:a) risiko yang boleh diterima atas terma dan kadar premium standard.b) risiko bahaya kesihatan atau pekerjaan tetapi boleh diterima dengan terma khas.c) tidak boleh diterima.d) risiko tidak boleh diinsuranskan, umpamanya seseorang yang menghidap penyakit terminal.

4. Yang manakah di antara berikut BUKAN sebahagian dari proses pengunderaitan?a) Merangka terma dan syarat perlindungan polisib) Menilai, menaksir dan memilih risiko untuk diinsuranskanc) Merangka prosedur tuntutan dan dokumentasid) Penetapan harga insurans/mengenakan premium yang sepadan dengan risiko

5. Yang manakah di antara faktor-faktor pengunderaitan berikut TIDAK berkaitan dengan bahaya fizikal?a) ketinggian dan berat badanb) sejarah perubatan keluargac) keupayaan pendapatand) gaya hidup

6. Apakah tujuan pengunderaitan kewangan dalam insurans hayat?a) Untuk menilai bahaya fizikal seseorang pemohon perlindungan insurans hayatb) Menilai bahaya moral yang terdapat pada bakal pelangganc) Untuk memilih pelanggan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membayar premiumd) Untuk memastikan pembeli mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang yang diinsuranskan

7. Yang manakah di antara dokumen berikut merupakan sumber utama maklumat untuk pengunderaitan insurans hayat?a) Borang cadanganb) Laporan kewanganc) Laporan ejend) Ilustrasi jualan

8. Apakah peranan ejen insurans dalam proses pengunderaitan?a) Membantu pengunderait menetapkan kadar premium yang perlu dibayar oleh insuredb) Memberi khidmat nasihat kewangan kepada bakal pelangganc) Membantu melengkapkan borang cadangan untuk pelanggand) Memastikan semua fakta matan didedahkan supaya pelanggan dan pengunderait dapat membuat keputusan yang betul

Page 20: PCE BM Question

9. Bilakah penanggung insurans hayat mula menanggungg risiko pelanggan insurans hayat?a) Apabila telah menerima bayaran premium pertama selepas surat penerimaan risiko dikeluarkanb) Apabila insurer telah menerima borang cadangan yang lengkapc) Selepas pengunderait menilai dan menaksir maklumat yang terdapat dalam boring cadangand) Selepas polisi dikeluarkan dan/atau diserahkan kepada pemilik polisi

10. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tempoh bertenang’ atau ‘tempoh percubaan’?a) Ia membolehkan pemegang polisi membatalkan polisi hayat selepas 15 hari perlindungan percuma.b) Ia membolehkan pemegang polisi mengembalikan polisi hayat dalam tempoh 15 hari dan mendapat pengembalian penuh.c) Ia membolehkan pemegang polisi menolak polisi hayat selepas 15 hari perlindungan percuma.d) Ia membolehkan pemegang polisi untuk membatalkan polisi hayatnya tidak lewat daripada 15 hari selepas tarikh penerimaan polisi.

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 21: PCE BM Question

Bab 15. Tuntutan Insurans Hayat

1. Tuntutan di bawah polisi insurans hayat terjadi disebabkan perkara-perkara berikut, KECUALI:a) kematian insured.b) kematian waris.c) polisi matang.d) penyakit kritikal.

2. Dalam kes seseorang yang hilang tanpa dapat dikesan, berapa lamakah tempoh luput masa yang diperlukan sebelum surat andaian statutori kematian boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah?a) 1 tahun b) 3 tahun c) 5 tahund) 7 tahun

3. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memproses tuntutan kematian?I. Sijil kematianII. Laporan bedah siasatIII. Andaian statutori kematian (orang yang hilang)IV. Sijil pengkebumiana) I dan IV b) I, II dan III c) I, II dan IVd) I, II, III dan IV

4. Manfaat kematian hendaklah dibayar dalam tempoh ____ hari dari tarikh penerimaan notis pemberitahuan tuntutan; sekiranya tidak, faedah kompaun atas amaun tuntutan akan dikenakan.a) 15 hari b) 30 hari c) 60 harid) 7 hari

5. Apakah jenis tuntutan yang TIDAK dikendalikan oleh jabatan tuntutan insurans hayat?I. Tuntutan kematianII. Manfaat Hilang Upaya Kekal dan MenyeluruhIII. Tuntutan kematanganIV. Diagnosa Penyakit KritikalV. Rider Kemalangan Diria) I, II, III dan IV b) V sahaja c) II dan Vd) Tidak I, II, III, IV ataupun V

6. Sebelum tuntutan matang di bawah insurans endowmen dibayar, insurer hayat memerlukan bukti-bukti berikut, KECUALIa) bukti umur orang yang diinsuranskan.b) bukti kematian orang yang diinsuranskan.c) identiti orang yang berhak kepada wang polisi itu.d) bukti orang yang diinsuranskan masih hidup.

Page 22: PCE BM Question

7. Sekiranya terdapat penama di bawah polisi insurans hayat, siapakah yang akan menerima wang polisi?a) Pemilik polisib) Pasangan, anak atau ibubapac) Penamad) Estet si mati

8. Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan, KECUALI:a) borang tuntutan yang lengkap diisi.b) salinan laporan polis yang diakui sah.c) sijil perubatan oleh doktor yang merawat.d) salinan diperakui sah bagi doktor berkelayakan yang merawat.

9. Jika pemilik polisi meninggal dunia tanpa membuat penamaan, insurer akan membayar wang polisi kepadaa) wasi yang sah atau pentadbir harta pusaka si mati.b) pasangan pemilik polisi, anak atau ibu bapa.c) penama.d) waris/keluarga terdekat pemilik polisi.

10. Apakah dokumen yang TIDAK diperlukan mengikut konsesi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, untuk tuntutan kematian di bawah RM100,000 yang dibayar kepada waris yang sah?I. bedah siasat atau laporan koronerII. pemberian probetIII. sijil kematianIV. surat kuasa mentadbira) I, II dan III b) I sahaja c) II dan IVd) I dan III

JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 23: PCE BM Question

Bab 16. Kod Amalan Ejen Insurans Hayat

1. Yang manakah di antara berikut BUKAN prinsip asas Kod Etika ejen insurans?a) Untuk mengelakkan konflik kepentinganb) Untuk mengelakkan penyalahgunaan kedudukanc) Untuk menghalang penghantaran maklumatd) Untuk memastikan kesempurnaan dan ketepatan rekod yang berkaitan

2. Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar mengenai Kod Amalan Ejen Insurans Hayat?a) Ia menyediakan panduan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh percaya mutlak dan berintegriti.b) Ia menyediakan garis panduan tentang bagaimana untuk melaksanakan tugas harian operasi perniagaan.c) Ia menyediakan panduan untuk membantu dalam penjualan dan pemasaran produk insurans.d) Ia menyediakan panduan proses tuntutan.

3. Apabila ejen menjalankan tugas menjual insurans, ejen dilarang dari melakukan perkaraperkara berikut:a) Memastikan panggilan yang tidak dirancang/jangka dibuat pada masa yang bersesuaianb) Memaklumkan kepada pelanggan secara jelas bahawa tujuan perjumpaan ialah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan insuransc) Memberi nasihat tentang insurans dan perkara-perkara lain seperti seorang pakar dengan tujuan untuk mengagumkan dan menarik perhatian pelanggand) Memastikan polisi yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan pelanggan

4. Apabila ejen mempelawa mana-mana individu untuk membuat tawaran atau cadangan untuk terikat dengan suatu kontrak insurans, ejen perlu memberitahu;I. nama insurer berlesen.II. hubungannya dengan insurer berlesen.III. premium yang dikenakan oleh insurer berlesen.IV. imbuhan yang perlu dibayar kepadanya.a) I dan IIb) II dan IIIc) I, II dan IIId) I, II, III dan IV165. Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar mengenai ejen insurans?a) Ejen menjalankan urusniaga atau merundingkan sesuatu kontrak insurans sebagai ejen kepada insured berkenaan.b) Ejen itu memberikan nasihat pakar mengenai perkara-perkara kewangan kepada bakal pelanggannya.c) Ejen meyakinkan pelanggan bahawa polisi insurans hayat adalah yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelanggan.d) Ejen mencadangkan polisi insurans hayat yang terbaik pada premium yang paling rendah di pasaran.

6. Ejen insurans TIDAK dibenarkana) memberitahu bakal pemegang polisi bahawa namanya diberikan oleh orang lain; melainkan jika ejen bersedia untuk mendedahkan nama orang itu, diminta berbuat demikian oleh bakal pemegang polisi dan orang itu memberi keizinan yang namanya boleh didedahkan.b) membuat, mengeluarkan atau menyebabkan tersebarnya kenyataan bertulis atau lisan yang mengelirukan atau membuat perbandingan yang tidak adil atau atau berat sebelah mengenai terma dan syarat atau manfaat mana-mana polisi insurans.c) menghalang bakal pemegang polisi menyatakan fakta matan kepada insurer atau memujuk bakal pemegang polisi untuk tidak mendedahkan fakta.

Page 24: PCE BM Question

d) a, b dan c

7. Insurer tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menolak tuntutan jika polisi hayat itu telah berkuatkuasa untuk tempoh lebih daripada dua tahun, kecuali:a) tidak ada kepentingan boleh insurans pada masa tuntutan.b) terdapat salah nyata umur pada permulaan polisi.c) terdapat bukti salah nyata, palsu atau penyembunyian.d) terdapat salah nyata yang tidak disengajakan ketika melengkapkan borang cadangan.

8. Sejauh manakah kuasa ejen dalam konteks mengutip wang/premium bagi pihak prinsipalnya?a) Mengendalikan semua transaksi kewangan dengan bakal pemegang polisi dan memberikan akaun hanya apabila diminta untuk berbuat demikianb) Akui penerimaan dan menyimpan akaun yang sepatutnya bagi semua wang yang diterima berkaitan dengan polisi insuransc) Menyerahkan semua wang yang dikutip ke akaun bank insurer pada masa yang difikirkan sesuaid) Menggunakan wang yang dikutip untuk kegunaan peribadi sehingga ke tarikh jatuh bayaran untuk polisi-polisi berkenaan

9. Apakah isu-isu yang perlu diberitahu ke pengetahuan pelanggan dalam usaha untuk menjelaskan peruntukan-peruntukan utama dalam kontrak insurans?a) Perlindungan asas yang disediakan oleh polisib) Pengecualian perlindungan, caj tambahan yang dikenakan dan tujuan caj tambahan tersebutc) Tempoh bertenang di mana insured boleh membuat bantahan tentang mana-mana peruntukan didalam polisid) nombor telefon/alamat ejen jika perkhidmatan selepas jualan diperlukan oleh pelanggan

10. Ejen insurans diminta melaksanakan amalan yang dinyatakan di bawah, KECUALIa) menghalang dari berlakunya penyalahgunaan maklumat.b) memastikan borang cadangan lengkap diisi dengan tulisan tangannya sendiri.c) memastikan kerahsiaan dalam semua komunikasi dan transaksi.d) memastikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pemilik polisi.

JAWAPAN DIBERIKAN DI BAHAGIAN AKHIR

Page 25: PCE BM Question

Jawapan

BAB 1Jawapan: 1-a, 2-c, 3-c, 4-d, 5-c, 6-d, 7-c, 8-b, 9-c, 10-c

BAB 2Jawapan: 1-a, 2-b, 3-c, 4-c, 5-a, 6-b, 7-b, 8-c, 9-d, 10-c

BAB 3Jawapan: 1-a, 2-b, 3-d, 4-c, 5-c, 6-b, 7-c, 8-d, 9-c, 10-b

BAB 4Jawapan: 1-d, 2-b, 3-d, 4-b, 5-b, 6-c, 7-d, 8-b, 9-b, 10-c

BAB 5Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-a, 5-c, 6-d, 7-d, 8-c, 9-c, 10-b

BAB 6Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-d, 5-b, 6-b, 7-c, 8-b, 9-b, 10-d

BAB 7 – 10: Insuran Am

BAB 11Jawapan: 1-b, 2-a, 3-d, 4-b, 5-b, 6-b, 7-d, 8-d, 9-b, 10-d

BAB 12Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-d, 5-a, 6-c, 7-c, 8-a, 9-c, 10-d

BAB 13Jawapan: 1-d, 2-b, 3-d, 4-c, 5-d, 6-a, 7-b, 8-c, 9-d, 10-b

BAB 14Jawapan: 1-a, 2-d, 3-b, 4-c, 5-c, 6-b, 7-a, 8-d, 9-a, 10-b

BAB 15Jawapan: 1-b, 2-d, 3-d, 4-c, 5-d, 6-b, 7-c, 8-d, 9-a, 10-c

BAB 16Jawapan: 1-c, 2-a, 3-c, 4-c, 5-c, 6-d, 7-c, 8-b, 9-b, 10-b