bangunan tertinggi di dunia geo

7
BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA 1. BURJ KHALIFA, DUBAI D ikenali sebagai Burj Dubai , ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai , Emiriah Arab Bersatu , dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km 2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama". Jumlah

Upload: quan-ying

Post on 16-Jan-2016

316 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

geografi

TRANSCRIPT

Page 1: Bangunan Tertinggi Di Dunia Geo

BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA

1. BURJ KHALIFA, DUBAI

Dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2(490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama".Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.

Page 2: Bangunan Tertinggi Di Dunia Geo

2. MENARA ABRAJ AL BAIT, MAKKAH

Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan di Kota Makkah, Arab Saudi. Menara tertinggi kompleks ini menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,952 ka). Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegis (15,600,000 ka persegi) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di

dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod sebelum ini.

Page 3: Bangunan Tertinggi Di Dunia Geo

3. TAIPEI 101, TAIPEI

Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu

kota Taiwan iaitu Taipei. Bangunan ini mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Toshiba telah menyediakan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j ). Lif ini mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan,

dan angin.

Page 4: Bangunan Tertinggi Di Dunia Geo

4. SHANGHAI WORLD FINANCIAL CENTRE, SHANGHAI

Menara ini ialah menara mega tinggi yang terletak di Shanghai, China. Menara ini mempunyai

pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel, muzium, geladak pemerhati, garaj letak kereta dan kedai.

Pada 14 September 2007, menara pencakar langit tersebut telah mencapai ketinggian 492 meter

(1,614 kaki) dan menjadi bangunan tertinggi di China termasuklah Hong Kong dan menjadi

bangunan ketiga tertinggi di dunia.

Page 5: Bangunan Tertinggi Di Dunia Geo

5. INTERNATIONAL COMMERCE CENTRE, HONG KONG

International Commerce Centre  (ICC Tower) ialah gedung pencakar langit di Kowloon

Barat, Hong Kong. ICC adalah sebahagian daripada projek Union Square yang dibangunkan

di Stasuin Kowloon. Pembangunan ini dimiliki dan dikembangkan oleh MTR Corporation

Limited dan Sun Hung Kai Properties. Total tinggi gedung pencakar langit ini ialah 484 m (1,588 ft)

dan merupakan gedung pencakar langit tertinggi keempat di dunia menurut tinggi, gedung tertinggi

kedua di dunia menurut lantai, serta bangunan tertinggi di Hong Kong.

Dikenal dalam pembangunan sebagai Union Square Phase 7. Menara ini dibuka pada tahun 2011,

dengan pembukaan Ritz-Carlton dan observatorium pada awal April.

Page 6: Bangunan Tertinggi Di Dunia Geo

6. MENARA BERKEMBAR PETRONAS, MALAYSIA

Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996)