bangsa dan bahasa melayu

31
BANGSA DAN BAHASA MELAYU –BUKTI DARIPADA BORNEO Rahim Bin Aman, PhD. Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 1.0 Pengenalan Sejak abad ke-19 lagi usulan tentang lokasi asal bangsa Austronesia telah diajukan. Pengkajian yang mendalam terhadap rumpun ini dirasakan penting kerana di dalam rumpun bangsa besar inilah terdapat umat Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, satu bahasa besar yang memiliki jumlah penutur melebihi 250 juta orang, dan menjadi lingua franca berabad-abad lamanya. Pada pertengahan abad ke-20, pengajuan lokasi asal bangsa Austronesia bukannya bertempat di dataran Asia, tetapi di bahagian kepulauan Nusantara (dalam erti kata yang lebih luas), iaitu di Kepulauan Bismack. Walaupun usulan ini mendapat penentangan daripada ahli- ahli linguistik bandingan sejarawi kini, satu fakta yang harus diakui ialah nama Pulau Kalimantan sudah pun diusulkan sebagai pusat penyebaran kedua penutur bahasa Melayik Purba. Lebih kurang tiga puluh tahun kemudiannya, Collins dan Nothofer telah menjalankan satu kajian yang saksama di dua belahan Nusantara, iaitu bahagian Timur Indonesia dan di bahagian Barat Indonesia. Kajian Nothofer ke atas dialek Melayu Kepulauan Bangka telah 1 Teori tentang, migrasi dua gelombang Melayu Proto dan Melayu Deutro kini telah berusia 100 tahun. Namun, beberapa orang sarjana pernah mempersoalkan kebenaran teori ini dan mengatakan kesangsian mereka. Antaranya ialah penyelidik arkoalogi dan pengkaji sejarah yang memperlihatkan dengan jelas jumpaan arkoalogi tentang kehidupan yang pada hakikatnya membuktikan bahawa sejak lebih 10,000 tahun yang lalu, manusia moden yang sudah tentunya nenek moyang orang Melayu kini sudah pun mendiami kawasan Alam Melayu ini, paling awal sejak 35,000 tahun

Upload: pejoi78

Post on 11-Jun-2015

5.310 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bangsa Dan Bahasa Melayu

BANGSA DAN BAHASA MELAYU –BUKTI DARIPADA BORNEO

Rahim Bin Aman, PhD.Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

Fakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia

1.0 Pengenalan

Sejak abad ke-19 lagi usulan tentang lokasi asal bangsa Austronesia telah diajukan. Pengkajian yang mendalam terhadap rumpun ini dirasakan penting kerana di dalam rumpun bangsa besar inilah terdapat umat Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, satu bahasa besar yang memiliki jumlah penutur melebihi 250 juta orang, dan menjadi lingua franca berabad-abad lamanya. Pada pertengahan abad ke-20, pengajuan lokasi asal bangsa Austronesia bukannya bertempat di dataran Asia, tetapi di bahagian kepulauan Nusantara (dalam erti kata yang lebih luas), iaitu di Kepulauan Bismack. Walaupun usulan ini mendapat penentangan daripada ahli-ahli linguistik bandingan sejarawi kini, satu fakta yang harus diakui ialah nama Pulau Kalimantan sudah pun diusulkan sebagai pusat penyebaran kedua penutur bahasa Melayik Purba. Lebih kurang tiga puluh tahun kemudiannya, Collins dan Nothofer telah menjalankan satu kajian yang saksama di dua belahan Nusantara, iaitu bahagian Timur Indonesia dan di bahagian Barat Indonesia. Kajian Nothofer ke atas dialek Melayu Kepulauan Bangka telah berhasil mencapai satu kesimpulan bahawa jaringan migrasi penutur Melayik purba berasal di Kalimantan Barat Laut. Begitu juga dengan kajian Collins di Kepulauan Bacan, berkeupayaan mengesahkan bahawa dinamik masyarakat penutur Melayu Kalimantan kemudiannya bermigrasi pula ke ambang Lautan Pasifik, yakni di Kepulauan Bacan. Justeru, apa yang boleh dikatakan ialah jelas terbayang satu pola perhubungan bahasa dan masyarakat Melayu purba. Berdasarkan bukti linguistik, Pulau Kalimantan yang selama ini diabaikan adalah pusat penyebaran bahasa Melayu dalam gelombang yang berulang-ulang selama beratus-ratus tahun (Collins 1995).

1

Teori tentang, migrasi dua gelombang Melayu Proto dan Melayu Deutro kini telah berusia 100 tahun. Namun, beberapa orang sarjana pernah mempersoalkan kebenaran teori ini dan mengatakan kesangsian mereka. Antaranya ialah penyelidik arkoalogi dan pengkaji sejarah yang memperlihatkan dengan jelas jumpaan arkoalogi tentang kehidupan yang pada hakikatnya membuktikan bahawa sejak lebih 10,000 tahun yang lalu, manusia moden yang sudah tentunya nenek moyang orang Melayu kini sudah pun mendiami kawasan Alam Melayu ini, paling awal sejak 35,000 tahun Sebelum Masehi (S.M). .. Alam Melayu inilah sebenarnya tempat asal usul ras Melayu.

(Wan Hashim, 1995:28-29)

Page 2: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Satu usulan terkini yang harus dipaparkan ialah Pulau Kalimantan, khususnya di bahagian Barat Laut merupakan satu tempat hunian sekelompok penutur Melayik yang pada satu masa dahulu menyatu utuh di dalam bahasanya. Proses migrasi keluar yang dilakukan oleh orang-orang Melayu, yang terbukti daripada kajian data dialek-dialek Melayu seNusantara, menyebabkan hubungan erat Melayu + Ibanik terungkai dan sekali gus berkembang mengikut suasana penutur bahasa atau dialek tersebut. Pernyataan ini tentunya agak berlawanan dengan pernyataan ‘klasik’ ahli linguistik sejarawi tempatan, namun satu penemuan yang terbaru yang berdasarkan kajian yang teliti harus sedikit sebanyak diakui kesahannya.

2.0 Asal Usul Bangsa dan Bahasa Melayu

Bangsa dan bahasa merupakan satu ikatan yang sulit untuk dipisahkan. Jika kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita harus terlebih dahulu mempelajari di manakah asal mula bangsa tersebut. Sehingga kini sudah banyak teori yang telah diajukan tentang keasalan bangsa besar (bangsa Austronesia) itu dan kita harus menerima bahawa di dalam bangsa besar tersebut wujud umat manusia yang dinamakan “orang-orang Melayu”. Seratus tujuh belas tahun yang lalu (1880), satu gagasan awal tentang tempat asal bangsa Austronesia ini telah diutarakan oleh seorang antropolog, iaitu A. H. Keane. Teori ini yang boleh dikatakan sebagai “berdasarkan pendekatan ras” agak sulit untuk diterima oleh ahli-ahli linguistik sejarawi. 1

Kalau Keane mengajurkan teorinya berdasarkan pendekatan ras, Hendrick Kern (1889) pula menggunakan pendekatan bahasa di dalam mengenal pasti lokasi asal bangsa Austronesia. Dengan menggunakan 30 kosa kata yang diterjemahkan ke dalam kurang lebih 100 bahasa yang tersebar dari Malagasi-bahagian Barat Amerika Selatan dan dari Formosa-New Zeland, Kern mengusulkan bahawa Pantai Timur Indo-Cina (Champa, Cochin-China dan Kampuchea) sebagai asal bangsa besar tersebut. Kern juga berargumentasi bahawa bangsa Austronesia yang tinggal di dataran Asia Tenggara tersebut, kemudiannya didesak keluar oleh bangsa-bangsa yang bermastautin di situ lalu nenek moyang penutur dialek Melayik tersebut bermigrasi ke Semenanjung Tanah Melayu.2 Seterusnya, beberapa penutur dialek Melayik ini

1 Menurut Keane, di Indo-China bermastautin dua suku bangsa, iaitu bangsa Kaukasus dan Mongol. Bangsa Kaukasus berkulit keputih-putihan, berbahasa dwisuku dan bangsa ini menetap di Kampuchea, Campa, Kui, Mios dan Penong. Manakala bangsa Mongol pula berkulit kuning, berbahasa ekasuku dan bangsa ini menerap di Myanmar, Khasi, Shan, Thailand, Laos dan Annam. Selain itu di Kepulauan dan Semenanjung Tanah Melayu, di bahagian Baratnya dihuni pula oleh orang Negrito dan orang Papuan di bahagian Timur. Menurut Keane migrasi awalnya didahului oleh bangsa Kaukasus. Bangsa ini bermigrasi ke Selatan dan ke Timur lalu bercampur dengan bangsa Papua menurunkan bangsa Polinesia, Samoa, Tahiti, Maori, Hawaii, Toga dan Marquesas. Di Barat, bangsa ini menetap secara langsung di Kepulauan Nias, Tapanuli, Acheh, Lampung, Pesemah, Kalimantan Tengah, dan Sulawesi. Kemudian migrasi kedua dilakukan pula oleh Mongol yang bergerak ke arah Barat lalu bercampur langsung dengan bangsa Kaukasus. Percampuran kedua bangsa inilah menurut Keane, menurunkan bangsa Melayu.

2 Dialek Melayik merupakan turunan langsung daripada bahasa Austronesia Purba. Sebenarnya, di dalam rumpun bahasa Austronesia ini terdapat segolongan penutur bahasa Melayik Purba. Bahasa Melayik Purba inilah yang kemudiannya menurunkan beberapa bahasa, iaitu seperti bahasa Melayu (berserta dengan dialek-dialeknya yang tersebar di seluruh Nusantara), bahasa Minangkabau, bahasa

2

Page 3: Bangsa Dan Bahasa Melayu

bermigrasi pula ke Sumatra dan Kalimantan. Pendapat Kern ini kemudiannya dijadikan sebagai asas oleh beberapa sarjana terkenal Melayu tentang lokasi asal bangsa dan bahasa Melayu.3

Selanjutnya, dengan menggunakan landasan leksikostatistik, Dyen (1965) seorang lagi ahli linguistik bandingan, telah mengusulkan bahawa tanah asal bangsa Austronesia terletak di New Hebrida dan New Britian atau dalam kajian terbarunya (1975) mengatakan kemungkinan bangsa ini berasal di daerah Timur Indonesia-Barat New Guinea atau secara khususnya di Kepulauan Bismack (Bellwood 1985:111). Pola migrasi bangsa ini bermula di Kepulauan tersebut melalui tiga jalan utama, iaitu 1) Jalan Barat-satu arus migrasi memasuki Indonesia bahagian Timur hingga ke Flores, 2) dari Palau/Guam memasuki Sulawesi utara, Kalimantan dan Mindanao Selatan, dan 3) bergerak ke Formosa. Dari tempat starategis ini, iaitu Filipina, Kalimantan, Sulawesi dan Formosa, proses migrasi terjadi lagi ke seluruh Kepulauan Austronesia barat. Menurut Dyen, bahasa-bahasa Indonesia Barat dan Malagasi berpangkal dari proses migrasi lanjutan dari Kalimantan.4

Kajian lain yang dirasakan perlu untuk diajukan ialah kajian Bellwood (1985). Menurut Bellwood (1985:102), bukti-bukti linguistik amat diperlukan untuk mengkaji wilayah ini 5000 tahun sebelumnya, terutama dalam melukiskan pola migrasi penduduk di wilayah ini. Di wilayah Nusantara (Indo-Malaysia), semua penduduknya menggunakan bahasa Austronesia, kecuali beberapa etnik orang Asli di Semenanjung menggunakan bahasa Astro-Asiatik dan beberapa kelompok manusia di Irian yang menggunakan bahasa Papuan. Mereka yang bertutur dalam rumpun Austronesia dianggarkan hampir mencecah 300 juta jiwa, yang mencakupi wilayah Indonesia,

Kerinci, dan bahasa-bahasa Ibanik (bahasa Iban, Kantuk, Mualang, dan Air Tabuan) yang dituturkan oleh kaum Dayak di Kalimantan Barat. Istilah Melayik pertama kalinya diajukan oleh Hudson (1970). Menurutnya, istilah ini mengacu kepada semua dialek seperti mana yang telah dinyatakan di atas yang bertalian secara langsung kerana diturunkan dari bahasa induk yang sama, iaitu bahasa Melayik Purba.

3 Teori asal usul bangsa Austronesia yang diutamakn oleh Kern, kemudiannya dikembangkan oleh beberapa sarjana linguistik tempatan, iaitu seperti Ismail Hussein, Asmah Hj. Omar dan Abdullah Hassan. Asmah (1992) berpandapat, bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan penyebaran pusat bagi bahasa Melayu. Dari Semenanjung Tanah Melayu, bahasa ini kemudiannya tersebar ke Sumatera, pulau-pulau di antara Semenanjung dengan Sumatera, pulau-pulau di antara Sumatera dengan Borneo, ke kawasan tertentu di Kepulauan Borneo dan Jawa serta ke pulau-pulau lain di Indonesia dan Filipina. Namun begitu dalam kajian terbarunya (1993) Asmah berargumentasi bahawa Sumatera Barat merupakan lokasi awal penempatan orang-orang Melayu dan Iban. Akibat “desakan” agama Islam, orang-orang Iban bermigrasi ke Kalimantan. Proses migrasi orang-orang Melayu ke Kalimantan bermula setelah mereka memeluk agama Islam.

4 Sebahagian daripada pendapat Dyen ini diakui oleh sarjana linguistik sejarawi kini. Misalnya, Formosa yang diperkatakan oleh Dyen sebagai tempat kedua berlakunya proses migrasi ke kawasan Austronesia yang lain dipersetujui oleh Adelaar (1994). Menurut Adelaar, orang Austronesia Purba sebenarnya menyebar dari Taiwan ke bahagian-bahagian lain di kawasan Austronesia dan bukannya dari daratan Asia Tenggara ke Asia Tenggara dan Oceania. Selain itu, Dyen juga mengatakan bahawa Kalimantan merupakan pusat penyebaran bahasa-bahasa di Indonesia Barat dan Malagasi. Pendapat Dyen ini teruji apabila kajian-kajian mutakhir yang dilakukan oleh Collins (kajian di Bacan) dan Nothofer (kajian di Kepulauan Bangka) (1996) menemui bukti-bukti yang kukuh di dalam mengesahkan bahawa Kalimantan perlu dipertimbangkan sebagai tanah asal bahasa Melayik Purba. Malahan sebelum ini pun Teeuw (1987) pernah mengutarakan pendapatnya bahawa Pulau Kalimantan perlu disahkan sebagai tempat asal bahasa dan penutur Melayik.

3

Page 4: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Malaysia, Filipina, Taiwan, Vietnam, Malagasi dan Oceania. Secara umumnya, semua wilayah ini terangkum dalam kawasan tropika. Sehubungan dengan itu, Bellwood (1985:109) membuat satu kesimpulan tentang lokasi asal bangsa Austronesia seperti berikut;

1. Penutur BAP (Bahasa Austronesia Purba) berlokasi di Taiwan yang kemudiannya bergerak ke Filipina melalui Kepualauan Luzon.

2. Bergerak ke selatana melalui Filipina untuk ke Borneo, Sulawesi dan kemudiannya ke Jawa, Sumatera, Malaysia dan Vietnam.

3. Penutur BAP yang lainnya bergerak ke Kepulauan Maluku.4. Selanjutnya penutur BAP bermigrasi ke Halmahera dan New Guinea untuk

membentuk bahasa Malayo-Polinesia Tengah dan Malayo-Polinesia Timur.

Menurut Bellwood (1985:110), penentuan Kepulauan Taiwan sebagai lokasi tunggal bangsa Austronesia dibuat berdasarkan kajian terkini, iaitu kajian Dahl (1973), Shutler dan Marck (1975), Foley (1980), Harvey (1982) dan Reid (1985). Namun begitu, perlu dijelaskan bahawa Kepulauan Taiwan bukanlah “homeland” bagi bangsa Austronesia. Menurut Bellwood (1985:111), Taiwan hanya merupakan tempat di mana bahasa Austronesia awal (Initial Austronesia) mengalami perkembangan dan pemecahannya.5 Apa yang pasti ialah “homeland” nenek moyang bangsa Austronesia yang membawa bahasa tersebut berasal dari selatan tanah besar China.

Kesimpulan akhir Bellwood yang menetapkan bahagian selatan tanah besar China sebagai “homeland” bangsa Austronesia bolah dikatakan sebagai perlanjutan teori-teori sebelumnya. Kiranya baik diutarakan satu pendapat baru, yang menurut penulis tidak salah kalau disebut sebagai “Teori Alam Melayu” oleh Wan Hashim (1995). Menurutnya, teori migrasi penduduk dari Yunan atau dari Vietnam ke Alam Melayu tidak dapat dibuktikan. Hal ini kerana sejak daripada 35, 000 tahun dahlu, berdasarkan bukti-bukti arkeologi, manusia telah mendiami Alam Melayu. Pergerakan manusia di Alam Melayu pada waktu itu agak bebas kerana Alam Melayu ketika itu merupakan sekeping tanah besar Pentas Sunda dan Pentas Sahul timbul ekoran daripada penurunan aras laut. Walaupun kemudiannya, berlakunya kenaikan aras laut dan menenggelamkan kedua-dua pentas ini, manusia di Alam Melayu masih lagi berkeupayaan bergerak bebas dengan bantuan pencapaian teknologi yang lebih maju.

Selain daripada bukti arkeologi, bukti etnolinguistik juga dapat menidakkan pengajuan teori-teori sebelumnya. Menurut Wan Hashim (1995) ikatan “bangsa serumpun” antara manusia Alam Melayu dengan manusia di Kepulauan Pasifik, Formosa dan Malagasi adalah berdasarkan faktor linguistik di mana wujudnya kesamaan kosa kata Melayu dengan kosa kata penduduk asal di kawasan tersebut. Selain itu beliau juga mengutarakan bahawa 26 kelompok etnik yang mendiami Wilayah Yunan, tidak ada satu pun di antara kelompok ini yang tergolong dalam kelompok etnolinguistik Austronesia. Justeru, satu kesimpulan akhir yang dikemukanan oleh

5 Bahasa Autronesia awal (Initial Austronesian) merujuk kepada bahasa leluhur pertama Autronesia yang kemudiannya berpecah membentuk bahasa Austronesia moden kini. Istilah ini memang sengaja di cipta oleh Bellwood demi mengelak kekeliruan terhadap bahasa tersebut.

4

Page 5: Bangsa Dan Bahasa Melayu

beliau ialah Alam Melayu sebenarnya merupakan “tanah ranah” ras Melayu-Polinesia (Austronesia).

Sesungguhnya, kajian keasalan bangsa besar Ausronesia merupakan satu kajian yang agak rumit. Namun begitu, satu kajian jamak-ilmu amat diperlukan demi membuka satu tabir baru tentang keasalan bangsa tersebut tanpa menerima sahaja secara melulu apa sahaja yang telah diutarakan oleh pengkaji dari Barat. Sekiranya pengajuan Wan Hashim dan Bellwood digandingkan, maka kita boleh mengatakan bahawa proses migrasi pada tahap awalnya kemungkinan bermula di Taiwan. Dari Kepulauan Taiwan, beberapa penutur Austronesia yang bertutur dalam bahasa Melayik Purba bermigrasi ke Kalimantan, khususnya di bahagian Borneo Barat Laut. Berdasarkan bukti-bukti linguistik yang jitu, Collins (1996) dan Nothofer (1996) telah mengemukakan satu pandangan, iaitu tanah air penutur Melayu dan Ibanik adalah di Borneo Barat Laut.6 Menurut mereka, orang-orang Iban tidak bermigrasi memasuki Kepualauan Borneo (kalau bermigrasi pun mungkin secara internal), tetapi yang bermigrasi keluar dari Kepulauan Borneo adalah orang-orang Melayu. Sebagai contohnya, Nothofer (1996) dengan saksama telah meneliti varian-varian Melayu di sebelah Barat Borneo dan berupaya menyenaraikan bentuk-bentuk inovasi bersama yang wujud dalam isolek Sumatera Tenggara (dialek Melayu Bangka (BAN), Belitung (BEL) dan Palembang (PAL) dengan isolek Melayu di Kalimantan Barat laut. Inovasi fonologis yang wujud di antara kedua isolek tersebut dapat diutarakan seperti di bawah.

i. MP* -r > - secara tidak teratur,ii. MP* -h > - IBN, BAN (dalam kata tertentu),iii. Beberapa kata dalam dialek Melayu Sarawak, IBN, BAN dan PAL dengan -

berkorespondensi dengan BM yang berakhir dengan –l,iv. Dalam BM, IBN, BAN dan PAL, kata trisilabik NK > N sahaja,v. Pelepasan * -b yang tidak teratur,vi. Pelepasan * n- yang tidak teratur, danvii. * -h- antara vokal yang sama > .

Penelitian Collins (1995: 871-873) di Pulau Bacan berupaya membuktikan satu lagi jaringan migrasi orang-orang Melayu ke luar dari Kepulauan Borneo. Pulau Bacan yang terletak hampir 1000 km dari Borneo masih lagi dapat menggambarkan adanya keterikatan hubungan dengan dialek Melayu yang lain, khusunya dengan dialek Melayu Brunei, Banjar dan dengan bahasa-bahasa yang sekelompok dalam kelompok Ibanik. Sesungguhnya, bukti-bukti ini sudah cukup untuk kita menerima bahawa Orang Melayu yang tinggal di Borneo Barat Laut bermigrasi keluar dari kawasan tersebut dalam tiga aliran migrasi, iaitu:

6 Berkaitan dengan hal ini, Asmah (1993) telah mengemukakan pendapatnya bahawa tanah asal usul orang Melayu dan Iban adalah di Sumatera Barat. Apabila agama Islam tersebar di bahagian tersebut, seolah-olah agama ini ‘mengganggu’ cara hidup orang-orang Iban sehingga memaksa mereka untuk bermigrasi ke Borneo. Disebabkan faktor migrasi inilah bahasa Iban, yang pada awalnya berstatus dialek Melayu, berkembang untuk menjadi satu bahasa otonom, tetapi memiliki hubungan yang amat rapat dengan bahasa Melayu. Menurut Asmah, jalan migrasi orang-orang Iban ke Borneo adalah melalui Borneo Barat Daya, lalu memasuki Pontianak dan bergerak ke kawasan-kawasan Sarawak yang lain.

5

Page 6: Bangsa Dan Bahasa Melayu

a. ke Sumatera melalui Kepulaun Riau’b. ke Kepulauan Bangka, Belitung, Jakarta dan Palembang, danc. ke Timur Laut Borneo, iaitu dari Brunei ke Bacan.

3.0 Keterkaitan Bahasa Melayu Dengan Kelompok Ibanik

Seperti yang telah diutarakan oleh Hudson (1970), bahasa Melayu (beserta dengan beberapa dialeknya) dan bahasa-bahasa yang dikelompokkan dalam kelompok Ibanik (bahasa Iban, Kantuk, Mualang dan air Tabun) termasuk di dalam bahasa yang dinamakan bahasa Melayik. Istilah Melayik ini sebenarnya merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada beberapa dialek (sama ada bahasa atau dialek) Melayik Purba, atau dengan kata lain bahasa Melayu, kelompok Ibanik, bahasa Selako, Kerinci dan Minangkabau berasal dari induk yang sama, iaitu bahasa Melayik purba. Satu ciri khas yang telah ditunjukkan oleh Hudson dalam kaitannya di antara bahasa Melayu dengan bahasa kelompok Ibanik ialah diftong / -ay/ yang berkorespondensi dengan / -an/ , / -a/ atau / -ar/ dalam bahasa Melayu. Contoh data yang dikemukakan oleh Hudson boleh dilihat seperti di bawah.

Ibanik B. Melayu

‘berjalan’ bajalay berjalan‘jalan’ jalay jalan‘makan’ makay makan‘datang’ datay datang‘terbang’ terbay terbang‘besar’ besay besar

3.1 Persamaan Bahasa Melayu dengan Kelompok Ibanik

Kelompok Ibanik sesungguhnya merupakan satu kelompok bahasa yang mempunyai darjat kesamaan yang amat tinggi dengan bahasa Melayu. Kesamaan ini boleh ditinjau sama ada pada tatanan fonologi mahu pun pada tatanan morfologi. Sebelum itu, perlu dijelaskan bahawa, bahasa Melayu yang dimaksudkan di sini tidak sahaja mencakup bahasa Melayu Baku, malah termasuk juga dialek-dialeknya yang lain, iaitu seperti dialek Melayu Sarawak, dialek Melayu Bangka, dialek Melayu Bacan, bahasa Banjar, dialek Melayu Brunei dan bahasa Sambas. Ciri kesamaan antara kelompok Ibanik dengan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu aspek retansi dan inovasi. Aspek retensi dilihat pada tahap yang lebih rendah, iaitu pada tahap MP, (Melayik Purba) manakala aspek inovasi dilihat pada tahap yang lebih tinggi, iaitu pada tahap BAP. Peneropongan pada tahap yang berbeza ini bertujuan untuk memudahkan proses analisis.

Greenberg (dalam Collins 1983b:95) menjelaskan bahawa pengelompokan bahasa merupakan masalah yang dinamis yang memerlukan penyiasatan perubahan. Kadang-kadang dua bahasa atau lebih menunjukkan kesamaan, tetapi ternyata

6

Page 7: Bangsa Dan Bahasa Melayu

kesamaan itu disebabkan pengekalan unsur purba. Collins (1983b) menegaskan bahawa retensi warisan linguistik daripada bahasa moyang ini tidak dianggap bukti yang munasabah untuk menunjukkan hubungan erat antara dua atau lebih bahasa serumpun. Pada sisi lain, inovasi yang wujud pada dua atau lebih bahasa menandakan bahawa bahasa-bahasa itu merupakan bahasa yang dipancarkan dari satu bahasa, yang diturunkan oleh masyarakat purba. Ertinya, inovasi bersama yang dimiliki oleh dua atau lebih bahasa menandakan bahasa-bahasa tersebut memiliki asal dan hubungan sejarah yang sama.

Pada tatanan fonologi, terdapat tujuh ciri inovasi yang dimiliki bersama sama ada bahasa Melayu atau pun kelompok Ibanik. Ciri-ciri inovasi ini mengikut bahasan Dempwoff (Collins 1983c), yakni:

1. * T, * t > t BM, Ibanik,2. * d, * D, * j > d BM, Ibanik,3. * i, * -iw, * -uy, * -y > i BM, Ibanik,4. * Z, * z > j BM, Ibanik,5. * w > / #_ dan * w > w / V _ V BM, Ibanik,6. * > / (S3)S_2S1 dan * > a / (S3)S2S_1 BM, Ibanik,

S_3S2S1

7. Metatesis

Perincian setiap inovasi yang dikemukakan di atas dapat dilihat pada data berikut.

1. * T, *t > t BM, Ibanik. Contoh data, mislanya

* TukTuk ‘menumbuk’ > tutuk BM, Ibanik* kulit ‘kulit’ > kulit BM, Ibanik* qaty ‘hati’ > (h) ati BM, atiy IBN, MUA

ati KAN* takut ‘takut’ > takut BM, IBN, takot MUA* kitkit ‘gigit’ > gigit BM, IBN* tuqla ‘tulang’ > tula BM, KAN, MUA

2. * d, * D, * j > d BM, Ibanik. Misalnya,

* dbu ‘debu’ > dbu BM, Ibanik* daRaq ‘darah’ > darah BM, KAN, daeah IBN

* DiRi ‘berdiri’ > brdiri BM, diiy IBN, MUAdiri KAN

* quDip ‘hidup’ > (h)idup BM, iduop IBN,idop MUA, idup KAN

* qijuSu ‘hidung’ > (h)idu BM, iduo IBN,idu KAN, MUA

*Suaji ‘adik’ > adik BM, KAN, ade IBN,MUA

7

Page 8: Bangsa Dan Bahasa Melayu

(* Suaji > uaji > uadi > wadi > adik BM, KAN, ade IBN, MUA)

3. * i, * -iw, * -uy, * -y > i BM, Ibanik. Contoh data misalnya;

* kami ‘kami’ > kami BM, Ibanik* waRi ‘hari’ > (h)ari BM, ai IBN, MUA,

ari KAN* kaSiw7 ‘kayu’ > kayu BM, KAN, MUA, kayu

IBN* Sapuy ‘api’ > api BM, Ibanik* maty ‘mati’ > mati BM, Ibanik

4. * Z, *z > j BM, Ibanik. Misalnya,

* Zalan ‘jalan’ > jalan BM, jalay Ibanik* zaqit ‘jahit’ > ja(h)it BM, jait Ibanik * ZaRum ‘jarum’ > jarum BM, KAN, jaum

IBN, MUA* tazm ‘tajam’ > tajam BM, Ibanik

5. * w > / #_, dan * w > w / V_V BM, Ibanik. Contoh data, misalnya;

* wasiR ‘air’ > air BM, ai Ibanik* waRi ‘hari’ > (h)ari BM, ai IBN, MUA,

ari KAN* tawa ‘tawa’ > tawa BM, tawa Ibanik* awa ‘nyawa’ > awa BM, Ibanik

6. * > / (S3)S_2S1 dan * > a / (S3)S2S_1 BM, Ibanik. Misalnya, S_3S2S1

* dbu ‘debu’ > dbu BM, Ibanik* blaq ‘belah’ > blah BM, Ibanik* qatluR ‘telur’ > tlur BM, tlu IBN, tlo

KAN, MUA* isp ‘hisap’ > (h)isap BM, isap IBN, KAN* qatp‘atap’ > atap BM, Ibanik* Dalm ‘dalam’ > dalam BM, Ibanik

7 Etimon kayu berpunca daripada kehilangan * S yang terjadi sebelum inovasi * -iw > i. Hal ini mengakibatkan rangkaian tiga bunyi bukan konsonan (* –aiw) hingga vokal yang kedua menjadi bunyi geluncuran [y] dan unsur akhir diftong menjadi vokal [u]. Justeru, perkembangan etimon ini dapat digambarkan seperti berikut; *kaSiw > kaiw > kayu.

8

Page 9: Bangsa Dan Bahasa Melayu

7. Bahasa Melayu dan Kelompok Ibanik memiliki inovasi dalam proses metatesis. Namun begitu, proses ini tidak berlaku secara menyeluruh. Menurut Collins (1983b:105), perubahan yang bersifat sporadik ini kemungkinan disebabkan oleh faktor pinjaman antara bahasa atau dialek atau pun disebabkan juga oleh faktor perubahan rambang dalam perbandingan linguistik. Collins (183b) juga menegaskan bahawa perubahan ini merupakan satu kekecualian, tetapi kekecualian yang wujud dalam dua atau lebih bahasa menandakan bahasa tersebut memiliki pertalian yang erat (bukti kekerabatan bahasa-bahasa tersebut). Satu contoh metatesis yang boleh diajukan adalah seperti di bawah.

* quDip ‘hidup’ > (h)idup BM, iduop IBN, idopKAN, MUA

Dalam mengkaji dialek Melayu Pulau Bangka, Nothofer (dalam Collins 1995:870) telah menyenaraikan segala inovasi bersama yang ada dalam dialek Melayu Bangka, dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban. Dalam hal ini, penulis melihat dalam dua sisi, iaitu pada sisi pertama ciri linguistik yang ada pada BM (dialek Melayu Bangka dan diaelk Melayu Sarawak) dan kedua, ciri linguistik yang ada pada bahasa Ibanik (maksud penulis kelompok Ibanik). Apa yang jelas, inovasi ini menunjukkan bahawa hubungan genetik kelompok Ibanik kepada sekelompok dialek Melayu, seperti yang dinyatakan di atas adalah lebih rapat daripada hubungannya dengan dialek Melayu yang lain. Hal ini dibuktikan dengan beberapa contoh inovasi fonologi dan leksikal. Misalnya,

a) Bunyi purba *-r menjadi hentian glotis, misalnya

* air ‘air’ > ai IBN, KAN, MUA, ae Sarawak(Buntal, Sijingkat)

* ikur ‘ekor’ > ikut Sarawak, BAN, iko IBN,MUA, KAN

* tlur ‘telur’ > tlu BAN, IBN, tlo KAN, MUA

b) Hentian glotis ditambah pada akhir beberapa etimon yang sebenarnya berakhir dengan vokal dalam purba. Misalnya.

* asu ‘anjing’ > asu Sarawak, BAN, IBN, KAN,MUA

* agi ‘lagi’ > agi Sarawak, BAN, IBN, KAN,MUA

c) Ada beberapa etimon yang berakhir dengan * -h memperlihatkan hentian glotis dalam bahasa Ibanik dan dialek Melayu Bangka atau dialek Melayu Sarawak. Misalnya,

* basuh ‘basuh’ > basu IBN, MUA, BAN* mantah ‘mentah’ > mata IBN, manta MUA, KAN, BAN

9

Page 10: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Selain itu dikesan juga beberapa inovasi leksikal yang wujud di antara BM (dialek Melayu Sarawak dan Bangka) dan Ibanik. Contohnya,

au ‘ya’ Sarawak, IBN, KANao ‘ya’ MUAiga ‘sangat’ BAN, IBN, KAN, MUAbula ‘bohong’ IBN, BAN, KAN, MUAbula-bula ‘bohong’ Sarawak

Dalam tatanan morfologi, bahasa Melayu dan Ibanik menunjukkan inovasi bersama dalam imbuhan awalan {di}. Dalam membincangkan awalan {di}, Adelaar (1994:241-245) menegaskan bahawa awalan {di} tidak boleh direkonstrusikan sebagai bentuk purba MP (keterangan lanjut tentang mengapa imbuhan {di} tidak boleh direkonstruksikan sebagai bentuk purba MP, sila lihat huraian Adelaar 1994:241-243). Menurut Adelaar, awalan {di} diawali oleh bentuk purba * ni, iaitu dalam konstruksi perkembangan MP *ni > MK (Melayu Kuno) ni- BM, dll. > di-. Makna yang dibawa oleh imbuhan ini adalah tidak lain daripada orientasi pada objek apabila pelakunya adalah orang ketiga. Dalam bahasa Melayu Baku, Iban, Kantuk dan Mualang, makna yang dibawa oleh imbuhan {di} adalah bersamaan dengan makna yang wujud pada tahap purba MP. Berkaitan dengan hal ini, apa yang boleh diperkatakan ialah bahasa Iban, Kantuk dan Mualanag memiliki imbuhan {di} yang mempunyai makna yang sama dengan imbuhan {di} dalam bahasa Melayu Baku, walaupun imbuhan {di} ini sebenarnya berkembang daripada imbuhan MP * ni.

Pada pendapat penulis, selain daripada inovasi bersama yang ditunjukkan oleh bahasa Melayu dan Ibanik, terdapat juga beberapa ciri retensi bersama, khususnya yang mencakupi perihal imbuhan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Walaupun ciri retensi warisan linguistik daripada bahasa moyang ini tidak dianggap bukti yang munasabah atau pun bukti yang lemah untuk menunjukkan hubungan erat antara dua bahasa atau lebih, penulis beranggapan tidak salah kalau aspek ini dipaparkan secara sepintas lalu, mungkin sekadar pengamatan sahaja. Bentuk-bentuk imbuhan yang bercirikan retensi adalah seperti berikut, iaiatu MP * {tr} > {tr} BM, Ibanik, MP * {br} > {br} BM, Ibanik, dan MP * {M(N)} > {M(N)} BM, Ibanik (dalam hal ini Ibanik mungkin mendapat pengaruh daripada bahasa Melayu).

Berdasarkan perbincangan di atas, apa yang boleh dikatakan ialah hubungan antara bahasa Melayu dengan kelompok Ibanik ternyata begitu erat. Bukti-bukti inovasi bersama sama ada pada tatanan fonologi atau pun pada tatanan morfologi, seperti yang telah dijelaskan dapat mensahihkan lagi hubungan erta tersebut. Oleh itu, tidak salah kalau dikatakan bahawa bahasa Melayu dan Ibanik dahulunya merupakan satu bahasa, tetapi sudah terpisah menjadi bahasa-bahasa yang berbeza.

3.2 Perbezaan Bahasa Melayu Dengan kelompok Ibanik

10

Page 11: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Apabila istilah “berbeza” digunakan, ini menunjukkan bahasa kelompok Ibanik memiliki ciri-ciri khusus yang tidak wujud dalam bahasa Melayu Baku atau dalam dialek-dialek Melayu yang lain. Dalam kajian ke atas kelompok Ibanik, penulis menemukan ciri khusus yang ada dalam kelompok tersebut berbanding dengan bahasa Melayu. Ciri khusus Ibanik ini dapat disenaraikan seperti di bawah.i) * -a, aR > -ayii) * -an, *a > -ayiii) * -m, *-n, * - > -awiv) * is, * -as > -awv) * {p(N)}vi) {bk}vii) {k-ka}

Pada umumnya, bahasa Melayu dan Ibanik sejajar dalam retensi * -ay dan *-aw. Contoh data seperti berikut.

MP * -ay

* Suay ‘sungai’ > suay BM, IBN, KAN, MUA* bakay ‘bangkai’ > bakay BM, IBN, KAN, MUA* tapay ‘tapai’ > tapay BM, IBN

MP * -aw

* antaw ‘rantau, teluk kecil, daerah sekitar sungai’ > rantaw BM, antaw IBN

* hijaw ‘hijau, mentah’ > hijaw BM, ijaw IBN, KAN, MUA* kbaw ‘kerbau’ > krbaw BM, KAN, kbaw IBN,

kbaw MUA

Namun begitu, ada sesetengah kata bahasa Iban, Kantuk dan Mualang menggambarkan kewujudan diftong / -ay / dan / -aw / yang tidak seiringan dengan bahasa Melayu (dan juga MP). Misalnya,

i) * -a, -ar > -ay

Ibanik tuay ‘tua, dewasa’ > tu(h)a BMIbanik umay ‘tanah pertanian’ > (h)uma BMIbanik bsay ‘besar’ > bsar BMIbanik tikay ‘tikar’ > tikar BM

ii) * -an, * a > -ay

Ibanik jalay ‘jalan’ > jalan BM

11

Page 12: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Ibanik pulay ‘pulang’ > pula BMIbanik bukay ‘bukan’ > bukan BMIbanik unday ‘udang’ > uda BMIbanik t(r) bay ‘terbang’ > trba BM

iii) * -m, * -n, * - > -aw

Ibanik skam ‘sekam’ > skm MPIbanik ngaw ‘dengan’ > dnm MPIbanik diaw ‘diam’ > dim MP

Ibanik pasaw ‘pesan’ > psn MPIbanik takaw ‘tikam’ > tikm MPIbanik galaw ‘besar, luas’ > gal

iv) * -is, * -as > -aw

Ibanik baw ‘beras’ > bRas BMIbanik bekaw ‘bekas’ > bkas BMIbanik maw ‘emas’ > mas BMIbanik mipaw ‘tipis’ > tipis BM

v) Awalan * {p(N)}

Bahasa Iban, Kantuk dan bahasa Melayu masing-masing memiliki imbuhan awalan kata nama {p(N)}. Awalan {p(N)} dalam kelompok Ibanik dan bahasa Melayu merupakan awalan turunan langsung daripada bentuk purba * {P(n)}. Pada tahap purba, awalan {p(N)} membawa makna yang mengacu kepada “kecenderungan’ atau ‘ciri’ dan menyatakan ‘pelaku tindakan’ atau ‘alat’ untuk melakukan tindakan. Di samping itu, makna awalan *{p(N)} tidak mengacu kepada ‘tempat tindakan’ atau ‘tempat kejadian’. Awalan {p(N)} yang wujud dalam bahasa Melayu, Iban, dan Kuntuk adalah kawalan yang maknanya cenderung kepapda awalan * {p(N)}. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan imbuhan awalan * {p(N)} dalam bahasa Iban dan Kantuk dengan makna yang terdapat dalam * {p(N)}. Misalnya, selain mempunyai makna ‘pelaku atau ‘alat’, imbuhan * {p(N)} dalam bahasa Iban dan Kantuk juga memiliki makna yang mengacu kepada tempat tindkaan atau kejadian. Pada hemat penulis, perubahan makna ini merupakan inovasi semantik dalam kelompok Ibanik, yang rupanya membezakannya dari kelompok Melayik, namun data dialek Melayu belum dapat ditelusuri. Contoh data adalah seperti di bawah.

IBN [mandek?] ‘mandi’ [pmande?] ‘tempat mandi’[tinduok] ‘tidur’ [pninduok] ‘tempat tidur’

KAN [munuh] ‘bunuh’ [pmunuh] ‘tempat atau bahagian

12

Page 13: Bangsa Dan Bahasa Melayu

badan yang biola terkena pukulan akan mematikan’

vi) Awalan {bk}

Awalan {bk} merupakan awalan yang berfungsi membentuk kata kerja intransitif yang membawa makna ‘banyak’. Awalan ini terdapat dalam kelompok Ibanik (IBN dan KAN). Dalam kelompok Melayik, awalam ini belum lagi ditelusuri apatah lagi untuk direkonstruksikan. Penulis berpendapat, awalan {bk} yang wujud dalam kelompok Ibanik ini merupakan satu inovasi khusus dalam kelompok tersebut jika dibandingkan dengan bahawa Melayu. Data untuk imbuhan ini dapat disenaraikan seperti di bawah.

IBN8 [gtok] ‘leter’ [btgtok] ‘berleter-leter’[gain] ‘baring’ [btgain] ‘bertaburan’[kati] ‘gantung’ [bkkati] ‘bergantungan’

KAN9 [cabuk] ‘suara langkah kaki manusia atau haiwan yang di tanah dan air’

[bkcbuk] ‘banyak suara manusia atau haiwan yang berjalan’

[lntik] ‘gambaran kecantikan seorang wanita

[btlntik] ‘menunjukkan banyak gadis yang cantik’

viii) Apitan {k-ka}

Dalam kajian, hanya bahasa Iban sahaja yang menunjukkan adanya imbuhan apitan {k-ka}. Namun begitu, tidak menutup kemungkinan bahasa Kantuk dan Mualang juga memiliki jenis apitan yang sama (memerlukan kajian yang lebih lanjut). Sebenarnya, imbuhan apitan ini merupakan satu cir inovasi khas yang hanya wujud dalam kelompok ibanik. Dalam bahasa Iban, apitan ini berfungsi menerbitkan makna kausatif, hasil daripada gabungannya dengan kata kerja intransitif dan kata adjektif.

8 Awalan {bk} dalam bahasa Iban memiliki dua bentuk alomorf, iaitu/bk/ dan /bt/. Alomorf / bk / diimbuh dengan kata dasar yang diawali oleh konsonan / / , /k / , / j / , / d / dan / c/. Manakala alomorf / bt/ hanya dapat bergabung denngan kata dasar yang diawali oleh konsonan / g/ dan /b/ (penulis tidak memperolehi data untuk kata dasar bahasa Iban yang diawali oleh konsonan /b/ yang dapat bergabung dengan alomorf /bt/, tetapi dalam bahasa Kantuk memperlihatkan hal ini).

9 Dalam bahasa Kantuk, awalan [bk] juga memeliki dua bentuk alomorf, iaitu /bk/ dan /bt/. Alomorf /bk/ hanya bergabung dengan kata dasar yang diwakili oleh konsonan /c/ (data yang tidak mencukupi untuk melihat konsonan-konsonan lain yang dapat bergabung dengan alomorf tersebut, seperti yang dijelaskan dalam bahasa Iban). Sementara itu, alomorf /bt/ dapat diimbuh dengan kata dasar yang suku awalnya didahului oleh konsonan /b/ dan /l/. Dalam hal ini, penulis berkeyakinan bahawa dengan kajian yang lebih mendalam, dapatan ini akan dapat disahkan.

13

Page 14: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Dalam kelompok Melayik, apitan jenis ini belum lagi ditelusuri dan untuk sementara, kita boleh mengatakan bahawa apitan ini merupakan inoivasi khas dalam kelompok Ibanik atau sekurang-kurangnya sebuah pembentukan yang berasaskan {N-ka}. Contoh data untuk apitan ini dapat dilihat seperti dibawah.

IBN10 [mabok] ‘mabuk’ [kmabokka]’mabukkan’[datay] ‘sampai’ [kdatayka] ‘sampaikan’[manah] ‘cantik’ [kmanahka]’cantikkan’

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa pada satu sisi bahasa Melayu dan kelompok Ibanik memiliki ciri inovasi bersama, dan pada sisi lain kelompok Ibanik juga memikiki beberapa ciri khusus (inovasi khas) yang tidak wujud dalam bahasa Melayu. Ciri inovasi khas yang wujud pada kelompok Ibanik ini boleh dikatakan sebagai perkembangan terpisah daripada bahasa Melayu.

3.3 Keterpecahan Kelompok Ibanik

Kenyataannya, fakta-fakta linguistik yang ada sudah cukup untuk mengesahkan bahawa bahawa Iban, Kantuk dan Mualang suatu masa dahulu merupakan satu bahasa yang utuh. Ini dapat dibuktikan melalui inovasi bersama yang dimiliki oleh bahasa-bahasa tersebut. Namun begitu, perkembangan yang terjadi kemudiannya menampakkan sedikit perbezaan pada bahasa-bahasa tersebut. Kita boleh membahagikan perbezaan kepada dua kategori, iaitu perbezaan daripada segi fonologi dan perbezaan yang disebabkan oleh perselisihan fonetis. Perbezaan yang wujud pada bahasa-bahasa dalam kelompok Ibanik ini membolehkan proses klasifikasi dilakukan, iaitu untuk melihat keeratan hubungan sesama bahasa tersebut. Rincian perbezaan antara bahawa yang berada dalam kelompok Ibanik dapat dilihat dalam huraian di bawah.

a. Diftongisasi IBN dan MUA

Diftongisasi merupakan proses yang mewujudkan diftong daripada monoftong asal (Collins 1996b). Dalam bahasa Iban dan Mualang, konstruksi diftong berpola VG, iaitu vokal yang diikuti oleh geluncuran. Namun begitu, diftongisasi yang terjadi dalam bahasa-bahasa ini, v mesti ditandai oleh vokal tinggi atau [+ tinggi] dan proses ini hanya wujud pada suku kata terbuka sahaja. Walaupun gejala ini bersifat sporadik, iaitu hanya melibatkan beberapa kata sahaja, namun gejala ini berkeupayaan membezakannya dengan bahasa Kantuk. Dalam kajian pada tatanan fonologi, bahasa Kantuk tidak memperlihatkan gejala diftongisasi. Contoh data, misalnya

10 Data bahasa Iban untuk apitan {k-ka} tersebut diambil daripada data Asmah, sila rujuk Asmah (1981:66-67).

14

Page 15: Bangsa Dan Bahasa Melayu

[kakiy] ‘kaki’[jaiy] ‘jari’[atiy] ‘hati’[lakiy] ‘lelaki’ suami[diiy] ‘berdiri’

b) IBN, MUA : KAN r

Bunyi purba * [] dikekalkan dalam bahasa Iban dan Mualang. Pada tatanan fonologi, bunyi [] dalam bahasa Iban dan Mualang berdistribusi pada semua posisi kata. Manakalan dalam bahasa Kantuk, kita boleh mengatakan bahawa bahasa ini mengalami inovasi, iaitu * [] berubah menjadi [r]. Pada hemat penulis, inovasi ini merupakan satu inovasi khas yang wujud dalam bahasa Kantuk jika dibandingkan dengan bahasa Iban dan Mualang. Di bawah ini disajikan beberapa contoh data bahasa Iban, Kantuk dan Mualang untuk memperlengkapkan huraian di atas.

[jaiy] IBN, MUA, [jari] KAN[put] IBN, [pot] MUA, [prut] KAN[aka] IBN, MUA, [akar] KAN

c) Kewujudan Batas Tegas Nasal

Kewujudan batas tegas nasal dalam bahasa Mualang merupakan satu ciri perselisihan fonetis khas yang wujud pada bahasa tersebut. Namun begitu, kewujudan ciri ini tidak menyeluruh, iaitu hanya melibatkan beberapa kata yang tertentu sahaja. Terdapat dua kata yang boleh diajukan sebagai contoh, iaitu /kuamp/ ‘mengunyah’ dan /uamp/ ‘menguap’. Dalam hal ini, kita boleh mengatakan bahawa deretan NVK# > NVNK#. Kewujudan bunyi nasal [m] pada suku akhir berpunca daripada penyengauan [] pada awal suku akhir kata tersebut. Dengan perkataan lain, boleh juga dikatakan bahawa perubahan fonetis ini berhubung dengan kelanjutan bunyi nasal sebelumnya, lalu bunyi ini membentuk batas nasal yang tegas pada bunyi hentian tidak bersuara yang berada pada akhir kata. Perselisihan fonetis sebegini, ternyata tidak wujud sama sekali dalam bahasa Iban ataupun dalam bahasa Kantuk.

d) Prapenyuaraan Konsonan Hentian dan Pemanjangan Konsonan Pada Akhir Kata

Ciri ini merupakan satu lagi perbezaan khas antara bahasa Iban dan Kantuk di satu sisi dengan bahasa Mualang pada sisi yang lain. Dalam bahasa Mualang terdapat tiga kata yang mengesahkan fenomena ini. Kata tersebut ialah / namedt/ ‘mengikat’, /nemagk/ ‘menembak’ dan /smagk/ ‘dekat’. Penambahan bunyi hentian bersuara pada suku akhir pada bunyi hentian tidak bersuara ini merupakan kelanjutan penyuaraan

15

Page 16: Bangsa Dan Bahasa Melayu

kantuk

vokal sebelumnya. Selain itu, bahasa Mualang juga mengalami pemanjangan konsonan nasal pada akhir kata dengan sedikit penambahan bunyi velarisasi. Contohnya, pada kata /pnk/ ‘telinga’. Perubahan fonetis ini dapat digambarkan seperti berikut; /pne / > / pne:/ > / pnek. Ciri yang bersifat rambang ini, yang terjadi hanya pada bahasa Mualang memrupakan satu ciri pembeza antara bahasa Mualang pada satu sisi dengan bahasa Iban dan Kantuk pada sisi yang lain.

e) Perendahan Vokal Belakang * u > o MUA

Bunyi purba * [u] menjadi bunyi [o] dalam bahasa Mualang (pada beberapa kata tertentu), sedangkan pada bahasa Iban dan Kantuk, kedua-dua bahasa ini mengekalkan bunyi purba tersebut. Perubahan fonologi ini boleh dikatakan satu inovasi khas yang terjadi dalam bahasa Mualang, jika dibandingkan dengan bahasa Iban dan Kantuk. Contoh data untuk mewakili hujah di atas adalah seperti di bawah.

*takut ‘takut’ > takut IBN, takot MUA*utaq ‘muntah’ > muteah IBN, muntah KAN, motah MUA*ZaRum ‘jarum’ > jaum IBN, KAN, jaom MUA

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa perbezaan-perbezaan yang diutarakan sama ada dalam bentuk perubahan fonologis atau pun hanya sekadar perselisihan fonetis antara bahasa Iban, kantuk dan Mualang mengambarkan bahawa bahasa-bahasa tersebut terus mengalami perkembangan. Namun begitu, apa boleh dikatakan ialah berdasarkan ciri pembeza seperti yang telah diajukan sebelumnya, mengesahkan bahasa hubungan Iban + Kantuk lebih rapat daripada hubungan Iban + Mualang. Bahasa Mualang yang memiliki tiga ciri perubahan fonetis dan dengan satu ciri perubahan fonologis menggambarkan bahawa bahasa ini agak jauh hubungannya dengan bahasa Iban dan Kantuk. Secara rajah, klasifikasi ketiga-tiga bahasa ini dapat digambarkan seperti di bawah.

16

Mualang Bahasa Melayu

IMP (Bahasa Iban Melayu Purba)

IP (Bahasa Ibanik Purba)

Iban

Page 17: Bangsa Dan Bahasa Melayu

(Klasifikasi Kelompok Ibanik)

4.0 Penutup

Sesungguhnya, kajian tentang keasalan bahasa akan membawa juga kepada kajian keasalan bangsa yang menuturkan bahasa tersebut. Di mana-mana pun bahagian dunia, proses migrasi bangsa akan membawa juga bahasa bersamanya. Hal ini berlawan dengan bangsa yang sudah tercabut akar budayanya yang sentiasa berusaha untuk membelakangi bahasanya sendiri. Dengan alasan ‘perlunya maklumat segera’ dan kononnya, semua ilmu menghuni di Barat, kita perlu mengambil ‘bahasa tersebut’ untuk dimanfaatkan. Keparahan kian meruncing apabila ada manusia yang ‘salah kaprah’ lalu menafsirkan hal tersebut menurut akar umbi budaya barat yang amat diagungkannya itu. Pada sisi lain, apa yang penting ialah kita boleh mengatakan bahawa, gandingan ‘Teori Alam Melayu” dan “Teori Bellwood” sedikit sebanyak berkemampuan membuka tabir sejarah silam pola migrasi satu rumpun bangsa besar, iaitu bangsa Austronesia. Umat Melayu yang terangkum di dalam rumpun yang besar ini, kemudiannya berpecah lalu menjadikan Kalimantan Barat Laut sebagai lokasi penempatan mereka. Pada waktu inilah orang-orang Melayu + Ibanik bersatu lokasi dan bahasa, namun kesatuan ini mengalami perpecahan kerana migrasi keluar yang dilakukan oleh orang-orang Melayu. Kesan daripada migrasi keluar inilah tercetusnya dua bentuk bahasa yang berbeza, tetapi mempunyai hubungan yang amat dekat.

17

Page 18: Bangsa Dan Bahasa Melayu

RUJUKAN

A Chaedar Alwasilah. 1987. Linguistik Suatu Pengantar. Bandung: Angkasa

Adelaar, K. A. 1992a. Proto Malayic: the reconstruction of its phonology and parts of its morphology and lexicon. Pacific Linguistics C-119. Canberra: The Australian National Univesity.

Adelaar, K.A. 1992b. The relevance of Salako for Proto-Ma;ayic and for old Malay epigraphy. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 148:381-408.

Adelaar, K.A. 1993. The internal Classification of the Malayic subgroup. Bulletin of the School of Oriental and African Studies 6:566-581.

Adelaar, K.A. 1994. Bahasa Melayik Purba rekonstruksi fonologi dan sebagian dari leksikon dan morfologi. Terj. Jakarta: Djambatan.

Asmah Hj. Omar. 1964. Bahasa Iban: laporan penyelidikan ilmu bahasa. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asmah Hj. Omar. 1977. The Iban Language. Sarawak Museum Journal 25: 81-100.

Asmah Hj. Omar. 1981. The Iban Language of Sarawak: a grammatical description. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1983. Bahasa dalam konteks masyarakat dan budaya kaum Bumiputera Sarawak, Jurnal Dewan Bahasa 27: 304-321.

Asmah Hj. Omar. 1985. Susur Galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar. 1993. Perkaian bahasa Melayu dengan bahasa Iban dari segi sejarah. Dlm. Nik Safiah Karim (pnyt.) Tinta Kenangan: 39-55. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Asmah Hj. Omar. 1995. Rekonstruksi fonologi bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar & Rohani Mohd Yusof. 1988. Bahasa Iban dan pengajaran di peringkat pengajian tinggi. Jurnal Dewan Bahasa 32: 548-560.

Bellwood, P. 1985. Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago. Ydney: Harcourt Brace Javonovich.

Bellwood, P. 1992. The prehistory of Borneo. Borneo Research Bulletin 24: 7-15.

18

Page 19: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Bloomfield, l. 1992 Bahasa. Terj. Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin & Noor Ein Mohd Noor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blust, R.A. 1986a. Keantoniman bahasa Iban: sebuah contoh diakronis? Dlm. Bambang Kaswanti & Collins, J.T. (pnyt). Telaah komparatif bahasa-bahasa di nusantara Barat R.A. Blust: 102-139. Jakarta:Djambatan.

Blust, R.A. 1986b.The reconstruction of Proto-Malayo-Jacanic: sebuah penulaian. Dlm. Collins, J.T. (pnyt.) Penyusunan Salasilah bahasa di Malaysia: 21-37. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Blust, R.A. 1988a. Austronesian root theory. Amsterdam: John Benjamins.

Blust, R.A. 1988b. Beyond the morpheme: Austronesian root theory and related matters. Dlm. McGinn, R. (pnyt.) Studies in Austronesian Linguistics: 3-90. Athens: Ohioo University.

Blust, R.A. 1988c. Malay historical linguistics: a progress report. Dlm. Mohd. Thani & Zaini Mohamed Zain (pnyt.) Rekonstruksi dan cabang-cabang bahasa Melayu induk: 1-33. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bogdan, R.C. & Biklen, S.K. 1982. Qualitative research education: am intriduction to theory and methods. Boston: Allyn and Bacon

Chambers, J.K. & Trudgill, P. 1990. Dialektologi. Terj. Annuar Ayub. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. 1981. Ilmu linguistik Sejarah: asas, kaedah dan hasilnya. Jurnal Dewan Bahasa 25: 5-23.

Collins, J.T. 1983a. Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, J.T. 1993b. Penggolongan Bahasa Bacaan. Nusantara 10: 86-125.

Collins, J.T. 1986a. Antologi Kajian dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. (pnyt).1986b. Penyusunan salasilah bahasa Melayu di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, J.T. 1987. Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. 1993a. Istilah Melayu Proto: takrif etnografi, linguistik dan arkeologi. Dlm Nik Safiah Karim (pnyt.). Tinta Kenangan: 71-85. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.

19

Page 20: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Collins, J.T. 1993b. Penyelidikan dialek Melayu di Malaysia: isu perspektif. Jurnal Dewan Bahasa 37:580-601.

Collins, J.T. 1993c. Tamadun Melayu dan dialektologi. Jurnal Dewan Bahasa 37: 4-15.

Collins, J.T. 1995. Pulau Borneo sebagai titik tolak pengkajian searah bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 39: 868-879.

Collins, J.T. 1996a. Dialek Melayu di Pulau Kalimantan dan bahasa Bacccn: misanan atau mindoan? Dlm. Soejono Dardjowidjojo (pnyt.) PELLBA 8 SEWINDU: 225-262. Jakarta Kanisius.

Collins, J.T. 1996b. Khazanah dialek Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Crowley, T. 1992. An introduction to historical linguistics. Aucklang: Oxford University.

Crystal, D. 1980. A first dictionary of linguistics and phonetics. London: Andre Deustch.

Dahl. O.C. 1976. Proto Austronesian. London: Curzon.

Dahl. O.C. 1981. Early phonetic and phonemic change in Austronesian. Olso: Universitetsforlaget.

Darke, R.A. 1982. The material provisioning of Mualang society in hinterland Kalimantan Barat. Disertasi Ph.D. Michigan State University: University Microfilms International.

Dunselman, P.D. 1955. Kana sera: zang der zwangerschap. Verhandelingen van het Koninklijk Instituut vor Taal-, Land-en Volkenkunde 17. The hague: Nijhoff.

Dyen, J. 1965. Lexicostatistics in comparative linguistics. Lingua 13 : 230-239.

Fox, A. 1995. Linguistic reconstruction: an introduction to theory and method. New York: Oxford University.

Gleason, H.A, 1961. An introduction to descriptive linguistics. New York: Holt, Rinehart and Wiston.

Howell, W. & Bailey, D.J.S. 1900. A Sea Dayak dictionary. Singapore: The American Mission.

Hudson, A.B. 1970. A note on Selako: Malayic Dayak and Land Dayak Languages in Western Borneo. Sarawak Museum Journal 18 : 301-318.

20

Page 21: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Hussain Jamil & Henry Gana Ngadi (pnyt.) 1989. Kamus bahasa Iban-bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamilah Hj. Ahmad & Jonathan Singki. 1993. Cerita rakyat Iban. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jeffers, R. J. & Lehiste. L. 1982. Principles and methods for historical linguistics. Cambride: The MIT.

Kadir, L.H. Catatan kata-kata bahasa Kantuk-Indonesia (kamus sederhana bahasa Kantuk). Pontoanak: Tiada penerbit.

Katamba, F. 1996. An introduction to phonology. New York: Longman.

Keraf, G. 1984. Linguistik bandingan histories. Jakarta: Gramedia.

King, V.T. 1976. The Maloh language: a vocabulary and summary of the literature. Sarawak museum Journal 24 : 137-164.

King V.T. 1978. The Mualang of Indonesian Borneo: neglected sources of Iban studies. Borneo Research Bulletin 10: 57-75.

Lee Yong Leng. 1981. Penduduk dan penempatan di Sarawak. Terj. Hamzah Abdul Rashid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lily Glundi. 1995. Aspek morfologi bahasa Iban. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mastura Anuar. 1979. Aspek fonologi dan morfologi dialek Melayu Sarawak satu kajian preliminary. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Matthews, P.H. 1991. Morphology. New York: Cambridge University.

Milroy, J. 1992. Linguistic variation and change. Cambridge: Blackwell.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Hj. Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed. 1994. Waktu pisah dan tingkat kekerabatan bahasa Melayu dengan bahasa Iban. Jurnal Dewan Bahasa 38: 129-142.

Nothofer, B. 1988. A discussion of two Austrinesian subgroups: Proto-Malay and Proto-Malayic. Dlm. Mohd Thani & Zaini Mohamed Zain (pnyt.). Rekonstruksi dan cabang-cabang bahasa Melayu Induk: 34-58. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

21

Page 22: Bangsa Dan Bahasa Melayu

Nothofer, B. 1996. Dialek Melayu di Kalimantan dan Bangka: misanan atau mindoan?. Dlm. Soejono Dardjowidjojo (onyt.) PELLBA 8 SEWINDU: 59-79. Jakarta Kanisius.

O’Grady, W., Dobrovolsky, M. & Aronoff, M. 1989. Contemporary Linguistics: an introduction. New York: St. Martin’s

Parera, J.D. 1987. Studi Linguistik umum dan historis bandingan. Jakarta: Erlangga.

Pringle, R. 1970. Rajahs and rebels: the Iban of Sarawak under Brooke rule 1841-1941. London: Macmillan.

Rahim Aman, 1996. Posisi bahasa Iban dalam salasilah Melayik Purba. Jurnal Dewan Bahasa 40: 1087-1099.

Rahim Aman. 1997. Kesahan leksikostatistik menangani isu perbandingan bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 41: 170-174.

Richards, A. 1981. An Iban-English dictionary. Oxford: Clarendon.

Sandin, B. 1967. The Sea Dayaks of Borneo before White Rajah rule. London: Macmillan.

Schane, S. A. 1973. Generative phonology. New Jersey: Prentice-Hall.

Scott.N.C. 1956. A dictionary of Sea-Dayak. London: School of Oriental and African Studies.

Sutlive, V. 7 Sutlive, J. (pnyt.). 1994. A handy reference dictionary of Iban and English. Kuching: Tun Jugah Foundation.

Wan Hashim Wan Teh. 1995. Teori Migrasi dan asal usul Ras Melayu. Pemikir 1: 28-41.

Wolff, J.U. 1988. The PAN consonant system. Dlm. McGinn, R. (pnyt.). Studies in Austronesian linguistic: 125-147. Athens: Ohio University.

Wurm, S.A. & Wilson, B. 1975. English finderlist of reconstruction in Austronesian Languages (post-Brandstetter). Pasific Linguistics C-33. Canberra: The Australian National University.

Wurm, S.A. & Hattori S. (pnyt.) 1983. Language atlas of the Pacific Area, Part II: Lembar 42. Canberra: Australian Academy of the Humanities in collaberation with the Japan Academy.

22