bangsa melayu dan orang jawi menurut kitab turath … · jawi menurut kamus dewan bahasa dan...

20

Upload: others

Post on 10-Jun-2020

77 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1

BANGSA MELAYU DAN ORANG JAWI MENURUT KITAB TURATH ARAB II

Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil

Saidi Adnan bin Md Nor

Pensyarah

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM (Perak)

[email protected]

Abstrak

Artikel ini menyingkap perbahasan istilah Jawi yang masyhur di kalangan orang

Melayu dan penggunaan istilah ini di kalangan sarjana Tamadun Islam khususnya dalam

kitab-kitab Arab. Berpandukan metodologi kajian teks turath dan hasil kajian kontemporari,

istilah Jawi dikupas bagi mencari maksudnya dan perkaitannya dengan bangsa Melayu dan

negeri Semenanjung Tanah Melayu. Kitab-kitab mengenai sejarah (Tarikh), negara (Buldan),

keturunan (Ansab) dan bahasa (Lughah) menggunakan perkataan Jawi dalam beberapa

bentuk antaranya orang-orang Jawi (al-Jawiyyun), semenanjung tanah Jawi (mul Jawah),

negara Jawi (bilad Jawah), anak cucu keturunan Jawi (bani Jawi) dan lembah yang luas (al-

Jawa’). Hasil kajian menunjukkan istilah Jawi dirujuk sebagai satu rumpun bangsa yang

menetap di rantau alam Melayu dan negara yang mereka diami menerima pengaruh Islam

hasil dari hubungan perdagangan yang telah berlaku jauh sebelum Nabi Muhammad SAW

diutuskan. Artikel ini dapat merungkaikan hubungkait antara bangsa Melayu dengan bangsa

Arab dengan memberi fokus kepada hubung kait Jawi sebagai nama bangsa dan tempat

menurut tokoh sarjana Islam silam. Aspek ketamadunan yang sedia ada di Bumi Jawi

menjadikan mereka sebuah komuniti yang dikenali dunia dari sudut ekonomi khususnya

perdagangan laut, sistem politik kesultanan dengan kerajaannya serta susun atur sosial

masyarakatnya.

Terminilogi Kata Jawi

Jawi menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka memberi maksud yang relatif.

Sekiranya dikaitkan dengan bangsa ia merujuk Melayu, maka istilah Jawi pekan atau

peranakan ialah orang yang berketurunan Melayu dan India. Apabila disebut bahasa Jawi, ia

bermaksud bahasa Melayu, huruf Jawi ialah huruf Arab yang digunakan untuk menulis

bahasa Melayu. Dari segi adat istiadat, masuk Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala

dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi

pula merujuk kepada tulisan yang menggunakan huruf Jawi (2002: 524).

Namun menurut kitab-kitab Arab terdapat beberapa pendapat daripada ulama bahasa

dan sejarah mengenai asal-usul perkataan jawah. Artikel ini mengambil hanya dua

pandangan yang berkaitan dengan tajuk kajian; pertama bermaksud udara dan kedua

bermaksud bumi yang tidak rata walaupun kesemua pecahan katanya ada perkaitan secara

2

tidak langsung. Pertama dari sudut bahasa ia berasal dari huruf jim waw waw ( ) dan

apabila kedua waw itu bertemu lalu dimasukkan waw kedua ke dalam waw pertama dan

digantikan dengan syaddah. Maka al-jawwu bermaksud al-hawa’ iaitu udara dan dalam kitab

al-Sihah disebut ruang udara antara langit dan bumi berdasarkan firman Allah SWT dalam

surah al-Nahl, ayat 79:

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-

layang di ruang udara langit.

Penisbahan jawi kepada udara yang memberi signifikan peredaran angin ini ada

justifikasinya. Bumi Jawi atau Nusantara pada zaman itu merupakan tempat persinggahan

bagi para pedagang ketika peralihan angin monsun sebelum meneruskan pelayaran. Al-

Qazwini (m.1283M/682H), seorang ahli geografi ketika menceritakan mengenai Jawah ( )

dalam kitabnya Athar al-Bilad wa Akhbar al-‘Ibad menggambarkan (t.th.: 29):

Itulah negara di pesisir pantai yang menghadap laut China, yang terletak selepas negara

India. Pada zaman kita ini tidak dapatlah para pedagang yang bertolak dari negara China

melainkan mesti melalui negara ini. Disebabkan melalui jalan selain negara ini (laluan

sutera) di negara China menyusahkan kerana jauh jaraknya dan berbeza agamanya. Dan

para pedagang sering mendapatkan dari negara ini gaharu Jawi ( ), kapur barus

( ), al-sunbul (tangkai padi?), bunga cengkih ( ), al-basbasah (adas?) dan al-

ghada’ir al-sini (bonsai China?) untuk didagangkan pula di negara-negara lain.

Dari kenyataan beliau ini menunjukkan pada zaman tersebut iaitu pada awal

tahun 1200 masihi atau 600 hijrah, bumi Nusantara menjadi tempat persinggahan para

pedagang yang berlayar ke China dan antara faktor orang Arab memilih tempat ini

selain jaraknya lebih dekat ialah kerana persamaan agama yang dianuti.

Peranan bilad Jawah menjadi lebih penting khususnya selepas peristiwa

pemberontakan di Canton (Khanfu / Guangzhou) diketuai oleh Huang Chao dan tenteranya

yang menyembelih para pedagang asing termasuk Arab, Yahudi, Parsi dan Kristian di China

melibatkan kematian hampir 200 000 orang. Peristiwa ini dikatakan berlaku pada 30 Oktober

758 masihi bersamaan 264 hijrah pada zaman Dinasti Tang. Dr. Syauqi dalam bukunya

mengenai perdagangan di antara negara China dengan negara Arab menukilkan kata-kata ahli

sejarah China, Chang Fu Yen (1978: 40):

Sesungguhnya orang Arab dan orang Islamlah yang banyak menguasai pedagangan

antarabangsa di antara timur dan barat iaitu di antara awal kurun ke-8 masihi hingga awal

kurun kurun ke-16 memperdagangkan barang dagangan dari teluk Arab ke lautan Hindi

hingga ke wilayah selatan China seperti Canton, Tsuanchao, Yang, Hang Chao dan Ming

yang kesemuanya merupakan wilayah selatan negara China.

Pedagang Arab dan kaum muslimin walaupun menguasai jalan laut ratusan

tahun namun hubungan yang berlaku dengan negara selain mereka sangat harmoni

kerana niat mereka ialah berdagang dan menyebarkan mesej keamanan Islam. Pedagang

3

Eropah melalui syarikat-syarikat perdagangan mereka yang datang ke negara Asia

selepas kurun ke-16 membawa kesan penjajahan dan penguasaan politik kerana niat

mereka bukan sekadar berdagang tetapi hendak merompak hasil mahsul negara yang

mereka masuki. Kata al-Mas„udi, seorang ahli sejarah dan pengembara kurun ke-4

hijrah bersamaan 10 masihi dalam Muruj al-Dhahab (t.th.: 56):

Seorang pedagang dari Samarqand dari negara Khurasan menceritakan bahawa dia keluar

berdagang dari negaranya membawa banyak barang dagangan, akhirnya sampai ke Iraq,

Basrah, bilad „Amman dan bilad Kalah ( ) dan ia (pelabuhan bilad Kalah) terletak di

pertengahan jalan ke China. Di situ berhimpun ramai pedagang muslim dari negara lain

ketika itu dan mereka berhimpun bersama-sama dengan pedagang lain yang juga hendak

ke China.

Akhirnya tanah Melayu menjadi tempat singgah terakhir kepada kapal dagang Arab

selepas kota Canton ditutup kepada pedagang asing. Perdagangan dengan China hanya pulih

semula pada pertengahan kurun ke-13 masihi. Pengaruh perkataan Arab dapat dilihat pada

bahasa China iaitu tashi atau Jepun iaitu daiji yang diambil daripada perkataan Arab tajir

atau perkataan Parsi tazi yang bermaksud pedagang (merchant) (1978: 242). Penduduk China

tempatan memanggil orang-orang Arab sebagai tashi kerana kebanyakan orang-orang Arab

yang masuk ke negara China ketika itu ialah para pedagang. Dalam kitab Sulalatus Salatin

negeri di bawah angin yang dirujuk dalam teks ialah kepulauan Melayu. Kata lawannya ialah

negeri atas angin seperti India, Parsi, Arab dan Eropah. Tun Seri Lanang menceritakan

(2008: 89 & 352):

Negeri Siam itu Syahru Nuwi namanya disebut orang. Syahadan segala raja-raja di bawah

angin ini, semuanya takluk kepadanya. Bubunnya nama rajanya. Setelah didengar oleh

benua Siam bahawa Melaka negeri besar, tiada takluk ke Siam maka Paduka Bubunnya

pun menyuruhlah ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah

tiada mahu menyembah ke benua Siam.

Ini disebabkan negeri-negeri di bilad Jawi terlindung dari udara kuat (bawah angin)

ketika peralihan angin monsun justeru menjadi tempat pilihan persinggahan kapal-kapal

ketika berlayar. Oleh sebab itu kebanyakan teks-teks lama kitab turath Jawi merujuk Alam

Melayu sebagai negeri di bawah angin. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fattani dalam

kitab Hadiqah al-Azhar ketika menegur kealpaan bangsa Melayu dalam bidang ilmu

ketenteraan dan pertahanan hingga mudah dijajah berkata (1992: 13 & 193):

Dan jadi mudah bagi mereka (penjajah) itu mengambil akan negeri orang. Dan meliputi

mereka itu dengan ehwal dunia, laut dan darat. Dan adalah pada hati hamba yang faqir

sehabis-habis risau dan dukacita dengan sebab ihmal (cuai) dan mensia-sia bangsa kita

ahli Tanah Melayu dan ahli segala tanah yang di bawah angin dan segala raja-raja mereka

itu yang muslimin.

Terminologi kedua al-jawwu bermaksud bumi yang rendah ( )

sepertimana disebut dalam al-Muhkam dan menurut kitab al-Sihah ia bermaksud lembah

yang luas ( ). Kata jamak (plural) kepada perkataan ini ialah jiwa’ ( )

4

sepertimana perkataan jibal iaitu bukit dan al-juwwah ( ) ialah bumi yang kasar dan tidak

rata iaitu bergunung-ganang ( ) (Murtada al-Zabidi, 1965: 381-383).

Menurut al-Jiyani (m.672H) al-jawa ( ) dipendekkan daripada perkataan al-jawa’ (

) yang bermaksud lembah yang luas ( ) dan kata jamaknya ialah jawwun ( )

iaitu ceruk bumi atau kawasan pedalaman yang terpencil ( ). Manakala al-jawi

( ) yang mana kata jamaknya ialah jawah ( ) merujuk kepada bumi yang kasar dan keras

( ) (1984: 128). Penisbahan jawi kepada corak muka bumi dan geografi ini ada

benarnya kerana corak bumi Nusantara ialah bergunung-ganang dan berlembah kerana ada

yang berbentuk semenanjung seperti Malaysia, Pattani dan ada yang berbentuk pulau seperti

Indonesia, Borneo dan Filipina. Dengan erti kata lain ia tidak rata dan mendatar seperti

geografi tanah Arab yang berbentuk padang pasir yang luas dan rata. Selain bentuk geografinya para pedagang dan pengembara turut mengidentitikan

rantau ini dengan hasil mahsulnya yang kaya, galian, rempah serta binatang-binatang pelik

yang mereka temui. Nusantara yang ketika itu masih dirujuk sebagai kepulauan Hind

digambarkan oleh Ayyub b. al-Qaryah kepada al-Hajjaj b. Yusuf al-Thaqafi (1978: 47):

Lautannya intan-berlian, bukit-bukaunya batu permata dan pokoknya harum mewangi.

Antara produk utama keluaran benua Nusantara ialah kapur barus, emas, perak,

setanggi, gaharu dan rempah ratus. Pengaruh bahasa Melayu terhadap perkataan Arab dapat

dilihat dalam penggunaan kafur iaitu kapur barus. Kata Pak Hamka ketika mentafsirkan ayat

kelima surah al-Insan (1982: 7788-7791):

Kaafuur artinya ialah kapur atau kamver. Zat putih dan wangi, dikeluarkan dari dalam

pohon kayu, yang biasa tumbuh di hutan-hutan pulau Sumatera. Lebih popular lagi

dengan sebutan Kapur Barus. Rupanya kapur yang diucapkan dalam bahasa Arab dengan

kaafuur itu telah lama dikenal dan diingini dunia. Selain dari rempah-rempah yang

banyak tumbuh di kepulauan Melayu Indonesia ini sejak zaman purbakala, seumpama

kayu manis, pala dan cengkeh, setanggi, gaharu dan cendana, kaafuur inilah yang dicari

orang, sehingga sudah lama dikenal sampai ke Tanah Arabia dan Mosopotamia.

Tersebutnya kaafuur di dalam ayat 5 dari Surat al-Insan ini memberikan ilham kepadaku

untuk membuktikan bahwa orang Arab telah belayar ke kepulauan kita Indonesia ini,

lama sebelum Nabi Muhammad s.a.w. lahir, sebagai bangsa-bangsa lain juga, yaitu

mencari rempah-rempah. Dan kaafuur sebagai salah satu hasil bumi yang harum wangi

yang keluar dari kepulauan kita telah lama jadi bahasa Arab, terutama bahasa Arab

Quraisy. Dan bahasa Arab Quraisy inilah bahasa yang terpakai untuk menyampaikan

wahyu Ilahi.

Al-Suyuti (m.911H/1505M) dalam kajiannya menyatakan bahawa kalimah kafur

ialah antara lafaz-lafaz yang diarabkan (al-alfaz al-mu‘arrabah) yang terdapat di dalam al-

Qur„an (t.th.: 134). Ini menunjukkan telah ada hubungan yang lama antara orang-orang Jawi

Nusantara dengan masyarakat Arab baik dari sudut perdagangan mahupun hubungan sosial.

Interaksi harmoni ini menyumbang ke arah pembinaan tamadun keilmuan apabila kosa kata

5

bahasa Jawi digunakan di dalam bahasa Arab khususnya istilah-istilah produk hasil mahsul

bumi Jawi. Begitu juga bahasa Melayu yang banyak menyerap perkataan-perkataan Arab

sehingga menjadikan bahasa Melayu dan tulisan Jawi begitu luwes hingga mampu

mengungkap konsep agama dan tauhid dengan mudah seterusnya membantu dalam

penyebaran Islam di rantau ini.

Jawi Merujuk Kepada Alam Melayu

Menjadi satu kebiasaan kepada orang-orang Arab untuk menamakan sesuatu tempat

berdasarkan kedudukan geografi dan tempat letak negara tersebut berbanding negara mereka

di Tanah Arab. Allah SWT berfirman dalam Surah Quraisy, ayat 1 dan 2:

Menjadi kebiasaan bagi orang-orang Quraisy (penduduk Mekah), (iaitu) kebiasaan aman

tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri

Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam).

Maka bumi Yaman dinamakan sebagai nisbah kepada kedudukannya di sebelah

kanan mereka dan bumi Syam dinamakan sebagai nisbah kepada kedudukannya di sebelah

kiri mereka apabila menghadap ke Timur dari lokasi bumi Hijaz. Abu Bakr al-Anbari

menyatakan berkemungkinan ia diambil dari perkataan al-yad al-sya’umi yang bermaksud

al-yusra (tangan kiri) dan kata al-Syarqi dinamakan al-Yaman kerana kedudukan arah kanan

mereka kepada orang Arab (li tayamunihim ilayha). Begitu juga dinamakan suatu tempat

berdasarkan panggilan bahasa mereka terhadap tempat tersebut. Ini seperti negara Khurasan

dari perkataan kullu sahlan yang bermaksud „segalanya mudah‟ kerana khurr bermaksud kull

dan asan bermaksud sahl dalam bahasa Arab. Begitu juga negara Sudan, lawan kepada

perkataan baydan yang merujuk kepada orang-orang berkulit gelap kerana aswad bermaksud

hitam dan abyad bermaksud putih dalam bahasa Arab (Yaqut al-Hamawi, 1977: 312, 350 & 447).

Bahkan negeri Melaka di Malaysia dan Malaga di Sepanyol turut dipanggil sempena

perkataan mulaqah ( ) atau malqa ( ) iaitu tempat pertemuan ( ) daripada

perkataan liqa’ yang bermaksud jumpa. Ini kerana tempat ini adalah pertemuan para

pedagang dari seluruh dunia dan faktor kepayahan menuturkannya menyebabkan orang

Melayu menukar bunyi qaf kepada kaf dan orang Andalusia menukarnya ke bunyi ga kerana

pengaruh dialek setempat. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bumi Melaka berasal

dari nama pokok Melaka, Dr. Mahayudin mengatakan ia tidak membawa sebarang makna

bagi sejarah negeri Melaka berbanding kata asalnya dari bahasa Arab (2001: 21).

Dr. R. C. Majumdar ketika membincangkan Commentaires d’Albuquerque turut

mengkritik asal-usul pokok Melaka ini dengan berkata (1937: 392):

If we believe in this (catatan d‟Alburquerque yang menyatakan Melaka asalnya daripada

Siam sebelum membentuk kerajaan sendiri), we have to dismiss the native legends

concerning the origin of the name Malacca, as have been handed down by the Portugese

authorities. Thus we read in the Commentaries of Albuquerque: This Paramisura gave the

name of Malacca to the new colony because in the language of Jaoa (Java) when a man

6

of Palimbao flees away, they call him Malayo. And since he had come to that place

fleeing from kingdom of Palimbo of which indeed he once was king, he gave the place the

name of Malacca. Others say that it was called Malacca because of the numbers of

people who came there from one part and the other in so short a space of time, for the

word Malacca also signifies ‘to meet’. And therefore they gave it the name of city

(Malacca) in contradiction (to the other meaning). Of these two opinions let each one

accept that which he thinks to be the best, for this is the truth of the matter.

Tun Seri Lanang mencatatkan dalam kitab Sejarah Melayu (2008: 80 & 154):

Bahawa negeri Melaka terlalu besar, lagi dengan makmumnya (negeri naungan, jajahan,

perlindungan). Dan rajanya daripada bangsa Raja Iskandar Dhul Qarnain, dan pihak Raja

Nusyirwan Adil, raja masyriq maghrib (timur barat), pancaran Nabi Sulaiman AS. Maka

segala raja-raja sekeliannya datang ke Melaka mengadap baginda. Segala raja-raja itu

dihormati baginda dan dipersalin baginda dengan pakaian yang mulia-mulia. Maka segala

dagang bawah angin dan dagang atas angin sekeliannya datang ke Melaka, terlalulah

ramainya bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang Arab dinamainya

Malaqat yakni perhimpunan segala dagang dari kerana banyak pelbagai jenis dagang ada

di sana, tambahan segala Orang Besar-besarnya pun sangat saksama,

... Maka negeri Melaka pun makin makmur, masyhurlah kebesaran Melaka itu

dari atas angin datang ke bawah angin. Maka oleh segala Arab dinamainya Malaqat yakni

perhimpunan dagang. Adapun pada zaman itu sebuah negeri pun di bawah angin ini tiada

menyamai Melaka, melainkan Pasai dan Haru.

Kata Muhammad Naquib al-Attas (1972: 2):

Kita tahu bahawa istilah Jawi itu adalah nama gelaran orang Arab terhadap seluruh

bangsa-bangsa penduduk daerah kepulauan ini (Alam Melayu).

Ini kerana masyarakat Arab pada zaman dahulu secara umumnya menggelarkan

sesuatu bangsa berdasarkan bentuk muka buminya. Maka istilah Jawi merupakan panggilan

orang Arab kepada suatu rumpun bangsa di Nusantara berasal dari Jawah dan penduduknya

dipanggil Jawi sebagai nisbah kepada negara tersebut. Oleh itu ia ditujukan kepada semua

bangsa yang mendiami Asia Tenggara, tidak terhad hanya kepada orang Jawa yang

mendiami Pulau Jawa. Bahkan kepada seluruh bangsa rantau ini sama ada Jawa, Melayu,

Campa, Pattani, Minangkabau, Acheh, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino

atau bangsa lain. Dr. Husain Mu‟nis menyebut bahawa kitab-kitab geografi Arab tidak

membezakan sangat di antara Bilad Jawah dan Bilad Malayu kerana kedua-dua lafaz ini

merujuk kepada rantau yang sama. Cuma Bilad Malayu lebih merujuk kepada Jazirah Malqa

iaitu Melaka manakala Bilad Jawah lebih merujuk kepada Jazirah Jawah atau Samutrah atau

Samudrah (2003: 191).

Begitu juga dengan tulisan yang khusus digunakan di alam Melayu turut digelar

tulisan Jawi iaitu tulisan yang dikaitkan dengan masyarakat Jawah dalam konteks yang lebih

luas iaitu tidak terhad kepada hanya orang Jawa. Ini kerana tulisan Jawi turut digunakan

secara meluas oleh masyarakat Melayu, Mandailing, Filipino, Bugis dan Banjar (Abd

Rahman Hamzah, 2008: 124). Kata Pendeta Za„ba (1954: 2-3):

7

Bangsa Melayu ini dari zaman dahulu kala pun telah ada mempunyai bahasa; tetapi „ilmu

menulis‟ atau „menyurat‟ belumlah didapati lagi kira-kira tujoh atau delapan ratus tahun

dahulu. Pada awal kurun Masehi yang keempat belas orang Melayu masok ugama Islam

serta di-ambil mereka huruf-huruf tulisan Arab bagi menuliskan bahasa Melayu. Maka

hilanglah huruf-huruf Sanskrit itu diganti dengan huruf-huruf Arab. Dalam kurun Masehi

yang keenam belas pula Tanah Melayu ini telah mula dilawati oleh bangsa-bangsa

Eropah. Tetapi tulisan Melayu dengan huruf Jawi - iaitu huruf yang dipinjam dari Arab itu

- kebanyakan mereka tidaklah suka hendak tahu. Jadinya pada masa sekarang bahasa

Melayu ada mempunyai dua jenis gambar bagi merupakan tulisannya iaitu satu Arab,

biasa disebut Jawi dan satu Rumi.

Justeru tulisan Jawi ialah sejenis tulisan yang menggunakan huruf-huruf Arab dalam

bahasa Melayu. Oleh sebab itu kebanyakan ulama dari alam Melayu sering menggunakan

kata “al-Jawi” di hujung nama mereka sekalipun berlainan suku bangsa seperti Syeikh „Abd

al-Samad al-Falembani al-Jawi, Syeikh Daud „Abdullah al-Fattani al-Jawi, Syeikh „Abd al-

Ra‟uf al-Fansuri al-Jawi dan ramai lagi. Di dalam kitab al-A‘lam yang menghimpunkan

tokoh-tokoh ilmuan dari kalangan Arab, orang yang diarabkan (musta‘rab) dan orang asia

(mustasyriq) disebut mengenai seorang ulama bernama Ahmad b. Syihab al-Din al-„Alawi

al-Hadrami yang lahir di Hadramaut, Yaman dan meninggal dunia di daerah Betawi di negeri

Jawah ( ) (Al-Zirkili, 1980: 136). Maka Palembang, Pattani, Acheh dan

Betawi merupakan sebahagian daripada negeri Jawah. Pada muka hadapan kitab Tuhfah al-

Raghibin fi Bayan Haqiqah Iman al-Mu’minin menyebut bahawa pengarangnya salah

seorang ulama Jawi yang beramal dengan ilmunya (li ahad ‘ulama al-Jawi al-‘amilin) dan

dinisbahkan kitab ini kepada Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (m.1812) sedangkan

beliau berasal dari Banjarmasin, Kalimantan (2012: 36-39).

Orang-orang Siam mengistilahkan masyarakat selatan Thai iaitu Pattani (nama

lamanya Pattani Darussalam atau Pattani Raya) sebagai orang Yawi (khon yawi) iaitu Jawi

dan bahasa mereka sebagai Phasa Yami iaitu bahasa Melayu dialek Pattani. Wilayah Pattani

terdiri dari tiga daerah iaitu Narathiwat, Yala dan Songkhla atau nama lamanya Menara, Jala

dan Senggora (Nik Anuar 1999: 6). Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Institut

Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM Shah Alam diketuai Dr. Muhammad Rozi Malim,

Melayu Pattani di selatan Thai lebih kekal identiti Melayunya dari segi pegangan akidah,

berbahasa Melayu dan menulis Jawi berbanding Melayu Ayutthaya di Bangkok yang hanya

bertahan dari sudut akidah Islamnya yang boleh dikesan dari sudut cara berpakaian

(perempuannya bertudung) dan mengucapkan salam. Adapun dari aspek budaya, bahasa

perbualan dan tulisan maka yang lebih dominan ialah bahasa Siam hasil daripada proses

Siamisasi kerajaan Thailand. Ini disebabkan wilayah selatan Thai lebih banyak pusat

pengajian pondok dan institusi pengajian ilmu yang menyebabkan agama Islam, budaya dan

bahasa Melayu terus kekal bertapak walaupun telah hilang penguasaan dari sudut politik.

Jelas menunjukkan peranan tulisan Jawi serta institusi keilmuan pondok yang menjadi

benteng dalam mempertahan akidah umat apabila berhadapan dengan serangan imperialisme.

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fattani dalam manuskrip Nazam Syair Sufi

bermadah (1992: 38 & 39):

8

Ambil di Mekah bawa ke Jawi,

Sangka orang yaqut intan permata yang dikarang,

Tiba-tiba yang sebenar habut harang (habuk arang),

Yang mengkotor akan segala yang tahirin (yang suci).

Dalam bait nazam syair ini Syeikh Ahmad menegur mereka yang pergi mengambil

ilmu di Mekah tetapi tidak mempelajarinya dengan mendalam. Apabila pulang ke Jawi iaitu

rantau Alam Melayu orang awam menyangka dia permata kerana sudah berilmu. Namun

hakikatnya seperti debu arang yang hitam kerana kecetekan atau kesesatan ilmunya itu

akhirnya mengotorkan segala ajaran Islam yang suci dan penuntut ajaran ini yang ikhlas.

Ulama sebegini disebut dalam mafhum hadith sebagai „sesat lagi menyesatkan‟ (fa dallu wa

adallu).

Hubungan Jawi Dengan Tanah Arab

Hasil kajian saintifik yang diketuai oleh Dr. Othman Ainoon dari Fakulti Perubatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai mutasi DNA terhadap 86 orang lelaki Melayu

menunjukkkan adanya kehadiran variant DNA dari mediterranean yang menunjukkan

terdapat pengaruh Arab dalam DNA masyarakat Melayu. Kata beliau (Ainoon et al., 2002):

Our findings together with other preliminary data in the presence of the Mediterranean

variant in this region provide evidence of strong Arab influence in the Malay Archipelago.

Kajian juga menunjukkan adanya hubungan keturunan antara orang Melayu Malaysia

dengan masyarakat lain di Asia Tenggara termasuk dengan orang Kemboja, Laos dan

Thailand. Kenyataan yang menunjukkan bahawa Jawi itu merujuk kepada semua masyarakat

Nusantara dan tidak terhad kepada orang Jawa semata-mata ialah:

Some historians believed that the contemporary Malays and the aboriginal tribes came

from the same genetic pool and cultural, linguistic and biological differences may have

developed through adaptations…The presence of the Mediterranean mutation with

1311T haplotype is most likely caused by ethnic assimilation with the Arabs who came

to the Malay Archipelago in the early 9th century as traders and at the same time spread

the religion Islam.

Beliau kemudiannya membuat dua kesimpulan; pertama terdapat asal keturunan yang

sama antara orang Melayu dengan penduduk Asia Tenggara yang lain dan kedua ialah

adanya pengaruh genetik Arab terhadap terhadap rumpun bangsa Melayu. Maka dari sudut

genetik menunjukkan hubungan Jawi dengan tanah Arab bukan sekadar hubungan

perdagangan dan politik tetapi bersangkutan juga dari sudut susur galur darah dan keturunan.

Bumi Yamamah yang sekarang berada di tengah Najd berhampiran Riyad nama

asalnya ialah Bilad Jawah. Kawasan ini terletak 120 km dari timur Najran di negara Arab

Saudi di sebuah kawasan yang dinamakan Qaryah al-Fa‟wa (2001: 178). Ibn Manzur

menyebut dalam Lisan al-‘Arab bahawa al-Yamamah adalah sebuah kampung yang

diperbuat daripada batu dan pada zaman dahulu dipanggil dengan nama Jaww. Ajwiyah ialah

9

kata jamak kepada Jiwa’ dan ia bermakna lembah berair. Di tanah Arab terdapat banyak

ajwiyah dan setiap jaww disebut dengan nisbah kepadanya seperti Jaww Qitrif, Jaww al-

Khuzama, Jaww al-Ihsa‟ dan Jaww al-Yamamah. Maka Jaww ialah satu kawasan lembah dan

biasanya ia terletak di tanah rendah di perkakian gunung atau bukit atau tanah pamah di kiri

kanan sungai (t.th.: 61 & 157). Bertram Thomas mengatakan Yamamamh atau Qaryah Jawi

ini pada zaman dahulu masyhur dengan emas kerana ia dekat dengan tempat pengeluaran

emas (manajim al-dhahab). Beliau berpendapat inilah tempat yang disebut sebagai Ophir di

dalam kitab Taurat dan tempat ini kaya dengan emas. Penduduknya mendapat bahan galian

emas ini dari bumi lain yang mempunyai perkaitan dengan tempat ini melalui eksport

perdagangan. Perkembangan tempat ini berlaku seawal kurun ke-2 sebelum masihi (2001:

180).

Direkodkan di dalam kitab tarikh bahawa orang yang awal membuka dan menetap di

kawasan Yamamah ini ialah Jadis dan Tasmin daripada anak cucu Sam b. Nuh. Semua

bangsa manusia yang ada pada hari ini hakikatnya berasal daripada keturunan Nabi Nuh AS.

Ini disebabkan Allah SWT mengkabulkan permintaan Nabi Nuh agar dihapuskan semua

orang-orang kafir sepertimana doa Nabi Nuh kepada penduduk bumi:

Wahai Tuhan jangan Engkau tinggalkan seorang pun daripada orang kafir di atas muka

bumi ini (musnahkan semua) (Surah Nuh, ayat 26). Lalu Kami selamatkan dia (Nuh) dan

mereka yang menaiki bahtera (bersama Nuh) (Surah al-„Ankabut, ayat, 15). Dan Kami

jadikan zuriat keturunannya (Nuh) itulah yang kekal hidup”. (Surah al-Saffat, ayat 77).

Anak-anak Nabi Nuh AS tiga orang iaitu Sam, Ham dan Yafith bersandarkan riwayat

al-Tirmidhi (no.3866) dan Ahmad (no.19255), kata Abu „Isa hadith hasan. Sumber Bible

juga menyatakan demikian (Genesis: Chapter 10):

These are the descendants of Noah‟s sons; Shem, Ham and Japheth.

„Abd al-Qadir b. „Umar al-Baghdadi (m.1093H) dalam Khazanah al-Adab

menukilkan padangan al-Zamakhsyari (1998: 283):

Sesungguhnya Yamamah nama asalnya ialah Jawi iaitu pada zaman awal dan ia diduduki

oleh dua umat; pertama oleh Tasmin b. Ludh b. Sam b. Nuh dan yang kedua oleh Jadis b.

Jathir b. Iram b. Sam b. Nuh AS. Mereka memiliki tanaman, ladang kurma dan binatang

ternakan.

Al-Mas„udi dalam Muruj al-Dhahab membawakan riwayat Ka„ab al-Ahbar bahawa

selepas kebinasaan kaum Thamud, Jadis membawa diri ke suatu tempat yang lain bersama-

sama anak-anaknya serta kaumnya. Tempat yang dituju oleh Jadis dan kaumnya ialah

Yamamah lalu mereka tinggal, menetap dan beranak-pinak di situ. Selepas perpindahan

Jadis, kaum „Amaliq di bawah pimpinan „Amaliq b. Lawidh b. Iram b. Sam b. Nuh dan anak-

anak serta pengikutnya berpindah ke Mekah dan sebahagian ada yang berpindah ke Mesir

dan Maghribi. Mereka ini menurunkan bangsa „Amaliq dan dikatakan turut berasal dari

keturunan „Aysu b. Ishaq b. Ibrahim (t.th.: 222). Ka„ab al-Ahbar merupakan seorang tabiin

namun asalnya beliau seorang ulama besar Yahudi dari Yaman. Jadi kemungkinan besar

cerita ini disampaikan daripada sumber Israeliyyat.

10

Antara anak cucu Nabi Ibrahim AS yang sampai ke kawasan ini ialah „Aysu b. Ishaq.

Perlu diingatkan bahawa anak cucu Nabi Ibrahim beragama tauhid dan muslim iaitu

menyerah diri kepada Allah SWT, bukan beragama Yahudi atau Nasrani. Firman Allah SWT

dalam Surah al-Baqarah, ayat 132:

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu (menjadi muslim kepada Allah) kepada anak-

anaknya, begitu juga Ya‘qub (cucunya). Kata (Ibrahim): Wahai anak cucuku

sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untuk kamu semua, maka janganlah kamu

semua mati melainkan dalam keadaan muslim (menyerah diri, tuduk patuh kepada Allah).

Al-Suhayli menyebut dalam al-Ta‘rif wa al-A‘lam bahawa anak-anak Nabi Ibrahim

AS berjumlah 13 orang. Isma„il daripada Hajar, Ishaq daripada Sarah, 6 orang daripada

Qantura bt. Yaqtan yang berbangsa Kan„an dan 5 orang daripada Hajun bt. Ahin (1984: 332).

Nabi Ibrahim kemudiannya berwasiat kepada anak-anaknya agar keluar berhijrah. Ibn Sa„d

dalam al-Tabaqat al-Kubra menyebut bahawa Ishaq dan ibunya Sarah daripada keturunan

Sam b. Nuh manakala Qantura daripada Arab yang „Aribah, katanya lagi (t.th.: 47):

Ibrahim lalu memerintahkan anak-anaknya yang lain keluar ke bumi lain. Tanya anak-

anaknya: Wahai ayah kami, engkau benarkan Isma„il dan Ishaq tinggal bersamamu

sedangkan kami engkau perintahkan agar pergi menetap di bumi yang asing dan gersang.

Jawab Ibrahim: Begitulah aku diperintahkan (oleh Tuhan).

Nabi Ibrahim lalu mengajarkan anak-anaknya nama di antara nama-nama Allah

sebagai pelindung dan pendinding mereka maka bertebaranlah anak-anak baginda menuruti

perintah Allah SWT. Dalam sumber Bible menyebut bahawa mereka diarahkan berpindah ke

aras timur negeri Kan„an (Genesis, Chapter 25):

Abraham gave presents to the children of his concubines and sent them away eastward to

the Kedem country, out of Isaac‟s way.

Ibn Khaldun (m.808H/1406M) dalam kitab Tarikh menceritakan bahawa „Aysu bin

Ishaq ( ) yang merupakan kembar kepada Nabi Ya„qub A.S dan cucu kepada Nabi

Ibrahim A.S juga turut keluar dan menetap di lembah pergunungan Jabal Yas‘in berhampiran

Palestin. Penduduknya ketika itu terdiri daripada kalangan Bani Jawi yang merupakan salah

satu kabilah bangsa Kan„an. Beliau kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan „Ana

bin Yas„in yang bernama Ahliqama. Isteri beliau yang lain ialah „Adha dan Basmat yang

merupakan anak perempuann Nabi Isma„il A.S. Beliau mendapat enam orang anak dari

perkahwinan ini dan akhirnya keturunan beliau berkembang biak dan mengatasi orang-orang

Jawi (al-Jawiyyin) di negeri tersebut dan menguasai mereka. Keturunan „Aysu juga

mendominasi Bani Madyan dan negeri mereka (2000: 47-48). Lalu turunlah daripada mereka

keturunan raja-raja yang berkuasa antaranya Faligh b. Sa„ur, Yusya„ murid kepada Nabi

Musa AS yang membuka Ariha (Jericho) dan kota-kota lain hingga membawa kepada

penguasaan al-Quds (Jerusalem). Maka bani Jawi akhirnya bercampur dengan bani Israel dari

keturunan „Aysu b. Ishaq b. Ibrahim AS. Negara-negara yang terletak di sekitar Laut

11

Mediterranean sekarang antaranya Mesir, Syria, Palestin dan Israel. Kajian lanjutan perlu

dilakukan khususnya dari sudut sejarah dan autentik riwayat untuk memahami susur galur

hubungan pertalian darah ini.

Mul Jawah Ialah Semenanjung Tanah Melayu

Ibn Batutah (m.769H/1368M) menceritakan dalam pengembaraan (rehlah) beliau

ketika sampai di kota Sonargaon ( , berkemungkinan sekarang di Bangaldesh)

terdapat sebuah jong ( ) iaitu kapal layar yang hendak berlayar ke Bilad al-Jawah (

) iaitu Negeri Jawah. Beliau menaiki jong tersebut dan selepas lima belas hari, tiba di

negeri Baranagar ( , berkemungkinan sekarang di Bengali, India). Beliau

mensifatkan penduduk negeri ini sebagai primitif dan tidak menganut mana-mana agama

sama ada Hindu atau agama lain. Cuma beliau menyebut di kalangan penduduk ini ada yang

beragama Islam iaitu orang Bangala dan orang Jawi ( ) yang tinggal di kawasan

tertentu. Dari pelabuhan ini, beliau meneruskan perjalanan dan selepas dua puluh hari tiba di

Jazirah al-Jawah ( ) iaitu Kepulauan Jawah yang dinisbahkan kepadanya setanggi

Jawi ( ). Negeri ini kaya dengan pokok kelapa ( ), pinang ( ), bunga cengkih

( ), gaharu India ( ), al-Syaki, al-Barki, mangga ( ), al-Jamun, limau manis

( ) dan pokok kapur barus ( ).

Ibn Batutah menyebut bahawa pokok-pokok yang mengeluarkan haruman wangi ini

banyak di tumbuh di kawasan yang penduduknya kafir berbanding dengan kawasan yang

penduduknya Islam. Dari pelabuhan Kepulauan Jawah ini, beliau menunggang kuda bersama

sahabat-sahabatnya menuju ke kota Sumatera ( ) sambil diiringi pengawal-pengawal

Sultan. Ia sebuah negeri yang cantik dan besar dan sultannya bernama al-Malik al-Zahir

(1326-1350M). Menurut kajian Dr. Husain, seorang Professor Sejarah dari Universiti

Kaherah bahawa tahun paling tepat Ibn Batutah ziarah ke negeri Jawah ialah pada 1344

masihi bersamaan 745 hijrah (2003: 191). Cerita beliau mengenai Sultan dan penduduk kota

ini (2006: 730-731):

Baginda ialah Sultan al-Malik al-Zahir dari kalangan raja-raja yang mempunyai kelebihan

dan paling pemurah, bermazhab Syafi„i dan mencintai ulama. Para ulama hadir ke majlis

baginda untuk membaca kitab dan muzakarah. Sangat banyak berjihad dan berperang,

merendah diri serta datang bersolat Jumaat dengan hanya berjalan kaki. Penduduk

negerinya bermazhab Syafi„i, sangat mencintai jihad dan keluar berperang bersama

baginda secara sukarela dan mereka selalu mengalahkan lawannya yang kafir dan

penduduk bukan Islam membayar jizyah untuk jaminan perdamaian.

Maka jelaslah negeri yang dimasuki oleh beliau ini ialah negeri Pasai (atau Perlak

sekarang di Acheh) yang mana Ibn Batutah menggunakan istilah jazirah iaitu pulau kerana ia

adalah Pulau Sumatera. Ia merujuk kepada kerajaan Samudera-Pasai yang telah menerima

Islam sejak abad ke-9 dengan mazhab Syi„ah pada awalnya sebelum bertukar ke aliran

Sunnah pada zaman al-Malik al-Salih atau nama asalnya Merah Silu pada awal abad ke-13

12

sepertimana yang dikisahkan dalam buku Hikayat Raja-Raja Pasai (Mahayudin, 2001: 170).

Oleh sebab itu pada zaman al-Malik al-Zahir sultan dan penduduknya bermazhab Syafi„i.

Selepas lima belas hari berada di Sumatera, Ibn Batutah berlayar ke Mul Jawah iaitu

Semenanjung Jawah sebuah negeri yang penduduknya bukan beragama Islam. Negeri ini

kaya dengan pokok yang mengharumkan ( ) dan pokok gaharu ( ) dari jenis

al-qaquli dan al-qamari. Qaqulah dan Qamarah ( ) merupakan sebahagian daripada

negeri Mul Jawah.

Untuk membezakan antara Jazirah Jawah dan Mul Jawah, Ibn Batutah menyebut

bahawa negeri Sultan al-Zahir di Jawah hanya mempunyai setanggi, kapur barus dan sedikit

bunga cengkih dan gaharu India sedangkan di negeri Mul Jawah barang ini sangat banyak.

Beliau menyebut bahawa setanggi lebih banyak di negeri orang Islam (bilad al-muslimin)

berbanding di negeri orang bukan Islam (bilad al-kuffar). Adapun gaharu India walaupun ia

lebih banyak di Qaqulah dan Qamari tetapi penduduk di negeri bukan Islam tidak

menyimpannya sebaliknya menjual kepada penduduk Jawah (ahl al-jawah) di Sumatera

untuk tukaran pakaian kerana di negeri orang Islam setiap penduduk menyimpan dan

menggunakannya. Begitu juga pokok bunga cengkih lebih banyak terdapat di negeri bukan

Islam berbanding negeri Islam. Ibn Batutah kemudiannya singgah di negeri Tawalisi dan

pelabuhan Kaylukari sebelum meneruskan perjalannya ke negeri China. Beberapa orang

pengkaji tempatan cenderung mengatakan Kaylukari ini ialah Kuala Krai di Kelantan yang

kerajaannya Islam dan diperintah oleh raja perempuan yang boleh menulis bahasa Arab

dengan baik (Mahayudin, 2001: 22). Mohd Roslan dalam artikelnya juga berpandangan

demikian dan dengan terang menyatakan nama Ratu (Queen) ini ialah Urduja dan baginda

seorang yang beragama Islam (Mohd Roslan et al. 2012: 1157).

Penulis tidak bersetuju dengan dapatan ini kerana pertama Ibn Batutah menyebut

bahawa raja negeri ini yang bernama Ratu Urduja ( ) bukan seorang muslim dan kerana

itu beliau menolak untuk makan makanan mereka (liannahum kuffar la yajuz aklu

ta‘amahum). Kedua ketika Ibn Batutah menulis lafaz Basmalah raja perempuan itu tidak

mengetahuinya dan mustahil nama Allah tidak dikenali sekiranya benar dia memerintah

sebuah kerajaan Islam. Ketiga Ibn Batutah hanya menyebut dia pandai menulis tulisan Arab

(kanat tuhsin al-kitab al-‘arabi) dan tentu ada bezanya antara tulisan Arab dan bahasa Arab.

Hipotesis yang mengandaikan Kaylukari ialah Kuala Krai diutarakan oleh Al-Ahmad A.R.

pada tahun 1985 dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam tulisan yang

bertajuk “Ibn Batutah Pernah Singgah di Kuala Krai: Satu Hipotesis Baru” dan diterima serta

dirujuk oleh para penulis selepas beliau. Sir Henry Yule berpandangan Tawalisi terletak di

kepulauan Sulu, Filipina (2003: 194). Ini kerana dalam perjalan pulang ke Maghribi dari

China, beliau melalui negeri ini sekali lagi ketika sesat di tengah lautan. Akhirnya angin

bertiup membawa kapal mereka ke Sumatera dan beliau sempat menghadiri majlis

perkahwinan putera Sultan al-Malik al-Zahir (2006: 768-769).

Mul Jawah ini lokasinya ialah Semenanjung Tanah Melayu kerana Ibn Batutah

mengistilahkan Sumatera sebagai jazirah iaitu pulau dan mul merujuk kepada tempat lain

yang bukan berbentuk pulau maka yang lebih tepat ialah tanah semenanjung. Beliau

menceritakan bahawa sultan di negeri Mul Jawah ini seorang yang kafir. Oleh sebab itu

13

ketika Ibn Batutah mengucapkan: Salam sejahtera ke atas mereka yang mengikut petunjuk

( ), mereka tidak memahaminya melainkan lafaz salam (t.th.: 307-315). Al-

Zabidi ketika mengulas perjalanan Ibn Batutah membezakan antara kedua-dua negeri ini

walaupun ia terletak di negeri Jawah. Kata beliau (1965: 473):

Jarak antara bandar di Mul Jawah dengan bandar Samutrah di jazirah al-jawah ialah dua

puluh satu hari perjalanan.

Dr. „Abd al-Hadi al-Tazi dari Morocco dalam tulisannya mengenai lafaz-lafaz bukan

Arab yang digunakan oleh Ibn Batutah menyebut (t.th.: 4):

Dalam perjalanan Ibn Batutah ke negeri China terdapat satu negeri yang dinamakan

sekarang dengan Malizia (Malaysia) iaitu negeri Mul Jawah di mana ketika beliau

menceritakan mengenai bahasa yang mereka gunakan beliau mengakui yang dia tidak

memahaminya. Sedangkan sedia maklum bahasa Melayu ialah salah satu bahasa-bahasa

Malawiyyah yang merupakan bahasa di pesisir pantai Sumatera.

Maka Jazirah Jawah merujuk kepada Sumatera atau Suvarnadvipa (pulau emas)

manakala Mul Jawah merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu atau Suvarnabhumi

(tanah emas) berdasarkan sumber India dan Buddha. Adapun berdasarkan sumber Greek,

Marinos of Tyre dan Ptolemy menyebut bahawa Golden Khersonese (Chryse Chersonesus)

ialah Semenanjung Emas iaitu Suvarnabhumi manakala Golden Isle (Chryse Insula) ialah

Pulau Emas merujuk kepada Suvarnadvipa. Dr. R. C. Majumdar yang mengkaji perkaitan di

antara Alam Melayu dengan Benua India melalui bukunya Suvarnadvipa berkata (1937: 39,

42 & 48):

There are thus definite evidences that Burma, Malay Peninsula and Sumatra had a

common designation of Suvarnabhumi and the name Suvarnadvipa was certainly applied

to Sumatra and other islands in the Archipelago.

Menurut sumber Arab Qaqulah dan Qamarah ( ) merupakan sebahagian

daripada negeri Mul Jawah. Van der Lith mencadangkan Qaqulah tempatnya ialah Angkola

namun ditolak oleh Ferrand kerana faktor linguistik setempat (philological grounds).

Rouffaer mencadangkan tempatnya di Minangkabau, Sumatera manakala Dr. R. C.

Majumdar mencadangkan tempatnya di Pulau Jawa kerana Mul Jawah dalam bahasa Sanskrit

bermakna Jawa yang asal (the original Java). Pelliot mengenalpasti Qaqulah sebagai

kawasan di barat Kedah berdasarkan catatan seorang pengembara China yang bernama Kian-

tan (c.800 A.D) yang menyebut tempat ini sebagai Ko-ku-lo dan penulis bersetuju dengan

hipotesis ini (1937: 372). Dr. Husain menyatakan berdasarkan sangkaan yang kuat (aghlab

al-zann) negeri ini ialah Kelantan (2003: 193). Manakala Qamarah atau Qamari atau

Qamarun ialah Kemboja. Kedah Tua merupakan tempat perdagangan dan pusat

pemerintahan yang penting di Alam Melayu sebelum peranannya diambil alih oleh kerajaan

Pasai di Sumatera. Kataha ialah Kedah dalam bahasa Sanskrit dan nama asalnya Kataha-

dvipa yang merupakan sebahagian kawasan Bharatavarsa atau Great India. Menurut sumber

Puranas Kataha-dvipa merupakan antara sembilan dvipas yang dikenali ketika itu

14

berdasarkan pembahagian wilayah selain Malaya-dvipa yang merujuk semenanjung Tanah

Melayu (1937: 69).

Malaya pada waktu itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Sri-Vijaya. Negeri ini

banyak mengeluarkan batu permata, emas dan kayu cendana. Kisah mengenai putera dari

negara India datang ke Suvarnadvipa dan kemudian menetap dan tinggal di Kataha

diceritakan dalam banyak sumber sejarah India seperti Jataka, Supparaka-Jataka, Kathakosa,

Brhatkatha begitu juga sumber agama Buddha. Pada masa dahulu Suvarnabhumi dan

Suvarnadhipa merupakan wilayah di luar dari tanah besar Hind dan ia merupakan negara

yang sangat masyhur serta mempunyai susur galur dengan kerajaan India di tanah besar.

Menurut sumber Jataka, putera Mahajanaka telah berlayar dengan para pedagang dari

Bharukaccha hingga ke Suvarnabhumi untuk mencari sumber kekayaan yang ada di sana.

Sumber Brhatkatha-Sloka-Samgraha menyebut bahawa putera yang memulakan perjalanan

ini ialah Sanudasa (1937: 37). Berkemungkinan negeri Jazirah Kalah ( ) yang disebut

oleh Ibn Khurdadhbih dalam al-Masalik wa al-Mamalik merujuk kepada negeri Kedah

kerana beliau mengatakan Malik al-Zabij (Raja Sriwijaya) ini bernama al-Mahraja ( )

(t.th.: 15-16). Menurut Sejarah Kedah, raja Kedah yang pertama memeluk Islam ialah

Maharaja Derbar Raja II. Baginda dikatakan diislamkan oleh ulama dari Yaman pada tahun

1136 masihi. Baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Syah dan pengislaman

baginda diikuti oleh para pembesar dan rakyat (2001: 19).

Dalam sumber-sumber kitab turath Arab lain ada yang merujuk negeri-negeri di

Nusantara ini dengan nama Jazirah Malay dan Jaza’ir al-Zabij. Al-Nuwayri menyatakan

dalam kitab Nihayah al-Arb fi Funun al-Adab mengenai negara jazirah al-Qamar (Kemboja)

dan Jazirah Malay yang panjangnya 4 bulan dan lebarnya 20 hari (perjalanan), keluasannya

seperti Jazirah Sarindib (Sri Lanka) dan di dalam negara ini terdapat negeri-negeri yang lain

seperti Kaydanah ( / Kedah?) dan Malay ( ) yang dinisbahkan semenanjung ini (2004:

228). Al-Idrisi dalam kitab Nuzhah al-Musytaq fi Ikhtiraq al-Afaq juga menyebut mengenai

sebuah negara kota sebelum China yang dipanggil Madinah Malay ( ) (t.th.: 20). Al-

Maqrizi dalam kitab al-Mawa‘iz wa al-I‘tibar ada menyebut mengenai sebuah negara yang

terpisah dari Hind sedangkan ia asalnya sebahagian daripadanya iaitu Jazirah Malay yang

terletak di Lautan al-Zinj (bahr al-Zinj) (t.th.: 64). Al-Himyari dalam kitab al-Rawd al-

Mu‘tar fi Khabar al-Aqtar menceritkan bahawa negeri Malay ini banyak tanaman, pokok

kelapa, ladang tebu dan di negeri ini juga terdapat kayu yang tidak terdapat di negeri lain di

dunia ini (kapur barus?). Penduduknya seperti orang Atrak dan mereka mendakwa berasal

daripada al-Turk dan raja mereka digelar Malik al-Juzur. Baginda mempunyai tentera, gajah

dan kapal yang banyak dan negeri ini terletak di penghujung dari negara China. Rajanya

ialah Malik al-Zabij dan baginda selalu berperang dengan Zinj yang terletak di sempadan

negara Waq kerana negara Zabij bersambung dengan negara-negara hujung Zunuj al-

Waqwaqiyyah (1980: 546). Dr. Mahayuddin menafsirkan al-Zabij ini sebagai kerajaan

Sriwijaya manakala Dr. R. C. Majumdar menyatakan Zabag yang disebut di dalam kitab

Arab merujuk kepada Empayar Sailendra (2001: 124 & 1937: 378). Ibn Kathir dalam kitab

al-Bidayah wa al-Nihayah menyebut Kepulauan al-Zabij ( ) dan berlaku banyak

peperangan di pesisir pantai-pantai kepulauannya (1988: 26). Ibn Sa„id al-Maghribi dalam

15

kitab al-Jughrafiya menyatakan mengenai negara Madinah Malay yang mana sultannya

merupakan raja kepada raja-raja kepulauan yang lain (t.th.: 3). Raja negara Zabij ini

dipanggil Maharaja ( ) dan penduduk negeri ini sujud kepada maharaja mereka sebagai

membesarkan baginda (adat sembah raja?) (1980: 471). Ibn FadliLlah al-„Amari dalam kitab

Masalik al-Absar fi Mamalik al-Amsar menyatakan negeri ini berbukit bukau dan

mempunyai banyak emas dan besi (t.th.: 12).

Tanah Melayu dikenali juga di dalam kitab-kitab turath Arab dengan nama Jazirah

Malay atau Jaza’ir al-Zabij dan ia lebih merujuk kepada fatrah sebelum kedatangan Islam

iaitu zaman kerajaan Buddha Melayu-Sriwijaya, kerajaan Hindu Sailendra atau kerajaan

Hindu Majapahit. Selepas Islam berkembang di tanah Arab istilah yang sering digunakan

ialah Bilad Jawah dan penduduknya dinamakan Jawi iaitu secara nisbah. Penamaan ini

berkemungkinan untuk membezakan dengan peribumi lain yang masih lagi dikalangan

mereka beragama Hindu, Buddha atau animisme. Negeri yang kerap dirujuk selepas

kedatangan Islam ialah Samutrah (Sumatera) dan Malqa (Melaka). Oleh sebab itu masyhur di

kalangan lisan masyarakat, masuk Islam sebagai „masuk Melayu‟ dan di kalangan orang

utara semenanjung istilah „masuk Jawi‟ diertikan dengan perbuatan berkhitan atau bersunat.

Melakukan khitan merupakan perlambangan kepada bangsa Jawi yang menganut agama

Islam sebagai mencontohi fitrah yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim AS.

Penutup

Alam Melayu atau Nusantara merupakan Bilad Jawah dan orang-orang Arab

menamakannya kerana keadaan geografi bumi ini. Bangsa Melayu yang merupakan

penduduk asal Nusantara ialah orang-orang Jawi dan hubungan perdagangan antara rantau ini

dengan tanah Arab berlangsung sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Kedatangan Islam

menyemarakkan hubungan ini dengan perubahan sejadi dan harmoni terhadap fahaman

agama, bentuk tulisan, daya cendekia serta sosio budaya orang Melayu hinggalah pada masa

sekarang takrif Melayu tidak dapat tidak mestilah seorang yang beragama Islam.

Ketamadunan tinggi yang terdapat di rantau ini dengan sistem politik kerajaan maharajanya,

sistem sosial merangkumi budaya, tulisan dan bahasanya, sistem ekonomi pengeluaran emas,

kayu-kayan, persenjataan serta pelabuhan kapalnya menjadikan Bumi Jawi masyhur dan

dikenali oleh negara-negara Arab. Fitrah semulajadi bangsa Jawi yang memeluk Islam secara

sejadi menjadikan pengislaman para Raja dan Sultan rantau ini jauh berbeza dengan Raja

Najasyi Habsyah yang hanya beriman seorang diri tanpa diikuti rakyat jelata atau pun Raja

Hiraqal Rom yang menyatakan minat untuk beriman tetapi ditentang oleh pembesar dan

agamawan. Meskipun tiada sepucuk surat Nabi SAW sampai kepada raja-raja Melayu atau

seorang Sahabat Nabi yang tiba berdakwah ke rantau ini, kelunakan bangsa ini menerima

seruan tauhid menjadikan Islam di Nusantara mempunyai identitinya yang tersendiri.

Rujukan

Al-Qur‟an al-Karim.

16

„Abd al-Hadi al-Tazi. t.th. Lughah Rihlah Ibn Batutah. Majallah Majma„ al-Lughah

al-„Arabiyyah bil Qahirah. Al-Maktabah al-Syamilah (Version3.44),

(http://www.shamela.ws) (95): 1-21.

„Abd al-Qadir b. „Umar al-Baghdadi. 1998. Khazanah al-Adab wa Lubb Lubab Lisan al-

‘Arab. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Ahmad bin Muhammad Zain Mustafa al-Fattani. 1992. Hadiqah al-Azhar wa al-Riyahin fi

Manaqib al-Akhyar wa Akhbar al-Salihini. tahqiq Wan Mohd Shaghir Abdullah.

Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Ahmad bin Muhammad Zain Mustafa al-Fattani. 1993. Penjelasan Nazham Syair Shufi.

tahqiq Wan Mohd Shaghir Abdullah. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.

Ainoon O, Yu YH, Amir Muhriz AL, Boo NY, Cheong SK, Hamidah NH. 2002. Mutation In

Brief – Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD) Variants In Malaysian Malays.

Human Mutation (Online): 1-9.

Abd Rahman Hamzah. 2008. Khat & Jawi Mutiara Kesenian Islam Sejagat. Skudai:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Hamka, Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. 1982. Tafsir al-Azhar. Juzu‟ 29.

Singapura: Pustakan Nasional.

Al-Himyari, Muhammad b. „Abd al-Mun„im. 1980. al-Rawd al-Mu‘tar fi Khabar al-Aqtar.

Beirut: Mu‟assasah Nasir li al-Thaqafah.

Holy Bible. 1984. The revised Berkeley version in modern English. t.tp.: The Gideons

International.

Husain Mu‟nis. 2003. Ibn Batutah wa Rihlatuhu: Tahqiq wa Dirasah wa Tahlil. Kaherah:

Dar al-Ma„arif.

Ibn Batutah, Abu „Abdillah Muhammad b. Batutah. t.th. Rihlah Ibn Batutah. Al-Maktabah

al-Syamilah (Version 3.32) [CD-ROM]. (http://www.alwarraq.com).

Ibn Batutah, Abu „Abdillah Muhammad b. Batutah. 2006. Pengembaraan Ibn Batutah.

Terjemahan: Syed Nurul Akla & Adi Setia. Kuala Lumpur: MPH Publishing.

Ibn FadliLlah al-„Amari. t.th. Masalik al-Absar fi Mamalik al-Amsar. Al-Maktabah al-

Syamilah (Version3.44), (http://www.alwarraq.com).

Ibn Kathir, Isma„il b. Kathir al-Dimasyqi. 1988. al-Bidayah wa al-Nihayah. Beirut: Dar Ihya‟

al-Turath.

Ibn Khaldun, „Abd al-Rahman b. Muhammad. 2000. Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi

17

Tarikh al-‘Arab wa al-Barbar wa Man ‘Asarahum min Dhawi al-Sya’n al-Akbar

(Tarikh Ibn Khaldun). Jilid 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Khurdadhbih, Abu al-Qasim „Ubaidillah b. „Abdillah. t.th. al-Masalik wa al-Mamalik.

Belanda: Leidin.

Ibn Manzur, Muhammad b. Mukram b. Manzur al-Afriqi. t.th. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar

Sadir.

Ibn Sa„d, Muhammad b. Sa„d al-Basri. t.th. al-Tabaqat al-Kubra. Beirut: Dar Sadir.

Ibn Sa„id al-Maghribi. t.th. al-Jughrafiya. Al-Maktabah al-Syamilah (Version3.44),

(http://www.alwarraq.com).

Al-Idrisi, Muhammad b. Muhammad b. „Abdillah. t.th. Nuzhah al-Musytaq fi Ikhtiraq al-

Afaq. Belanda: Leidin.

Jawad „Ali. 2001. al-Mufassal fi Tarikh al-‘Arab Qabla al-Islam. Beirut: Dar al-Saqi.

Al-Jiyani, Muhammad b. „Abdillah b. „Abdillah. 1984. Ikmal al-A‘lam bi Tathlith al-Kalam.

Saudi Arabia: Jami„ah Umm al-Qura.

Kamus Dewan. 2002. Ed. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Haji Yahya. 2001. Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Al-Maqrizi. t.th. al-Mawa‘iz wa al-I‘tibar. Al-Maktabah al-Syamilah (Version3.44),

(http://www.alwarraq.com).

Al-Mas„udi, Abu al-Hasan „Ali b. al-Husain. t.th. Muruj al-Dhahab wa Ma‘adin al-Jawhar.

Mesir: Matba„ah al-Bahiyyah al-Masriyyah.

Mohd Roslan, Ahmad Zaki, Abdullah, Muhamad Fauzi, Mhd Faizal. 2012.

Early history of Islamic education and its expansion in the state of Kelantan,

Malaysia. Middle-East Journal of Scientific Research 11(8): 1153-1160.

Murtada al-Zabidi, Muhammad b. Muhammadb. „Abd al-Razzaq. 1965. Taj al-‘Arus min

Jawahir al-Qamus. Jilid 30 & 37. Kuwait: Matba„ah Hukumah al-Kuwait.

Muhammad Rozi Malim. 2013. “Perbandingan Minoriti Melayu Ayutthaya Dan Pattani

Dalam Domain Keluarga, Bahasa, Budaya, Pendidikan, Pekerjaan, Sosial dan

Politik”. Kertas Kerja Seminar Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu, Institut

Pemikiran dan Kepimpinan Melayu di UiTM Shah Alam, 11 April.

Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi:

18

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Nuwayri, Syihab al-Din Ahmad b. „Abd al-Wahhab. 2004. Nihayah al-Arb fi Funun al-

Adab. Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah.

Al-Qazwini, Zakariyya b. Muhammad b. Mahmud. t.th. Athar al-Bilad wa Akhbar al-‘Ibad,

Beirut: Dar Sadir.

R. C. Majumdar. 1937. Suvarnadvipa: Ancient Indian Colonies In The Far East. Dacca:

Asutosh Press.

Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abd al-Rahman b. Abi Bakr. t.th. Al-Muhadhdhab fima Waqa‘a fi

al-Qur’an min al-Mu‘arrab. Morocco: Matba„ah Faddalah al-Muhammadiyyah.

Syams al-Din Muhammad b. Abi al-„Abbas al-Ramli. 1984. Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-

Minhaj. Beirut: Dar al-Fikr.

Syauqi „Abd al-Qawiyy „Uthman. 1978. Tijarah al-Muhit al-Hindi fi ‘Asr al-Siyadah al-

Islamiyyah (41-904H / 661-1498M). Kuwait: al-Majlis al-Watani li al-Thaqafah wa

al-Funun wa al-Adab.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1972. Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tun Seri Lanang. 2008. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). edisi A. Samad Ahmad. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Kamal Nadzif Wan Jamil. 2013. “Bangsa Melayu Dan Orang Jawi Menurut Kitab

Turath Arab”. Kertas Kerja Seminar Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu, Institut

Pemikiran dan Kepimpinan Melayu di UiTM Shah Alam, 11 April.

Wan Kamal Nadzif, Mohd Zahirwan Halim, Ahmad Fakhrurrazi. 2012. “Syeikh Muhammad

Arshad Al-Banjari dan Manhaj Penulisan Hadis dalam Kitab Sabil Al-Muhtadin”.

Dalam buku: Warisan Hadis Ulama Nusantara. Mazlan Ibrahim et al. Bangi:

Penerbit UKM, m.s 36-47.

Za„ba, Zainal Abidin bin Ahmad. 1954. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (Permulaan Nahu

Melayu). Kuala Lumpur: Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan

Tanah Melayu.

Yaqut al-Hamawi, Syihab al-Din Yaqut b. „Abdillah. 1977. Mu‘jam al-Buldan. Jilid 2, 3 & 5.

Beirut: Dar Sadir.

Al-Zirkili, Khair al-Din. 1980. Al-A‘lam Qamus Tarajim li Asyhur al-Rijal wa al-Nisa’ min

al-‘Arab wa al-Musta‘rabin wa al-Mustasyriqin. Beirut: Dar al-„Ilm lil Malayin.