bahaya golongan anti hadis

Upload: nizam-saiful-tauami

Post on 13-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

anti hadis

TRANSCRIPT

BAHAYA GOLONGAN ANTI HADIS.Golongan anti hadis telah menolak segala perkataan,perbuatan dan perlakuan Nabi Muhammad ia dikatakan kurang relevan untuk dipakai pada masa moden da ia juga mengatakan bahawa Nabi Muhamad hanya diturunkan pada zaman itu sahaja. Golongan ini dipengaruhi oleh pemikiran orientalis yakni menyatakan bahawa periwayatan hadis adalah sama seperti periwayatan sejarah-sejarah yang terdahulu. Maka mereka berpendapa bahawa segala yang datang daripada nabi adalah sama seperti cerita-cerita sejarah kerana ia diceritakan dari zaman ke zaman tapi Allah menyuruh untuk kita untuk mengikut segala arahan Nabi Muhammad

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya supaya kamu diberi rahmatDisini Allah telah menyuruh kita untuk mengikut segala arahan Nabi Muhmmad tidak kiralah ia datang daripada perbuatan,perlakuan dan perkataannya.Antara bahayanya kumpulan ini ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak tahu apa sebenarnya kehadiran Nabi Muhammad di atas dunia ini.. Maka sesiapa yang meingkari arahan Rasululla dalah berdosa dan dihukumkan kafir bagi sesiapa yang menolak hadisnya. Ini adalah kerana setiap perkataan yang ada di dalam kitab Al-Quraan perlulah diterjemah keluar dengan segala perbuatan kita maka Rasulullah adalah salah satu contoh role model.Ada yang mengatakan bahawa akhlak rasulullah adalah Al-Quran maka tidak boleh tidak untuk kita mengikut segala suruhannya. Adakah ia hanya sebagai manusia biasa yang diturunkan hanya untuk mencukupkan penduduk di bumi ini? Ini dalah satu tanggapan yang salah dimana Allah menerangkan di dalam Al FurqanNya bahawa Nabi Muhammad adalah pembawa rahmat bagi sekalian alam tanpa kira ia adalah manusia,binatang,bulan,matahari dan lain-lain lagi

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Dalam ayat ini Rasulullah adalah pembawa rahmat bagi sekalian alam maka apa yang disampaikannya ataupun perilakunya adalah patut dicontohi oleh sekalian mukhallaf yang ada di bumi ini.

Kumpulan ini selalu menyanggah bahawa periwayatan hadis adalah sama seperti periwayatan sejarah-sejarah dunia peradaban dunia kerana ia disampaikan dari mulut ke mulut tapi adakah mereka tidak mengkaji sendiri dengan mendalam tentang periwatan hadis ini. Adakah ia sama seperti periwayatan sejarah? Periwatan hadis perlulah dikalangan orang yang mempunyai beberapa aspek antara aspek yang diperlukan ialah seseorang itu seorang yang tidak fasik kerana ia boleh membuat orang ramai sangsi terhadap hadis yang diriwayatkan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.Selain itu, aspek lain diambil kira ialah daya hafalan seseorang perawi hadis itu, baligh, berakal, tidak terus menerus melakukan dosa kecil dan seseorang perawi itu mestilah digelar sebagai siqah iaitu dipercayai. Disini dapat kita lihat bahawa periwayatan satu hadis itu dilakukan dengan penuh berhati-hati dan ia tidak sama dengan cerita-cerita sejarah yang dicerita oleh orang yang sebarangan tanpa perlu ambil kira latar belakangnya, akhlaknya dan perlakuannya.Kumpulan ini juga menolak segala perbuatan yang datangnya dari Nabi Rasullullah, mana mungkin hanya boleh melihat isi Al-Quran tanpa tahu cara amalannya contohnya di dalam Al-Quran menyuruh umatnya mendirikan solat.

Dan dirikanlah kamu akan sembahyangTapi cara untuk melakukannya adalah perlu melihat kepada hadis nabi macamana untuk melakukanya kerana Al-Quran seperti teori dan Rasullah adalah praktikalnya

Sesiapa mentaati rasul sesungguhnya ia mentaati Allah

Maka disini Allah telah menjelaskan untuk mengikut segala apa yang datang dari Nabi Muhammad cukup mentaati Allah maka disini Allah menerangkan kepatuhan kepada Nabi perlulah tidak berbelah bagi. Segala yang datang dari Nabi perlulah dipatuhi tanpa perlu bertanya banyak. Maka dengan ini kumpulan ini sangat bahaya dan perlulah diperangi kerana bahaya kepada orang yang jahil yakni senang dipengaruhi.oleh itu kita perlulah menolak ajaran mereka dengan pelbagai aspek supaya akidah orang ramai dapat diselamatkan.