bahan pendekatan pengajaran

Upload: june-lee-wong-my

Post on 03-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 bahan Pendekatan Pengajaran

    1/5

    DeduktifDi sekolah guru mengajar murid menaakul secara deduktif dan induktif. Dari segi

    penaakulan deduktif , guru sering mengajukan kepada murid dengan peraturan am dan

    membantu mereka mengenal pasti contoh dan mengaplikasikan peraturan tadi. Dalam

    hal ini, dalam mata pelajaran kemahiran hidup pun boleh dilaksanakan penaakulan

    seperti guru ingin murid menyatakan apakah yang perlu kamu pakai untuk berkebun.

    Pelajar akan menyatakannya serta memberi contoh dan berupaya pula

    mengaplikasikannya apabila hendak berkebun. Ringkasnya prestasi murid selepas

    memberi contoh itu membawa kepada inferens bahawa murid telah menemui peraturan

    yang perlu untuk menyelesaikan dan peraturan ini boleh digeneralisasikan kepada situasi

    baru yang mempunyai kaitan yang sama.

    http://pomizipedagogy.wordpress.com/pendekatan/deduktif/

    Konsep Pendekatan: Induktif, Deduktif,

    Elektik, Komunikatif

    KONSEP PENDEKATAN

    Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi

    memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh

    dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam

    bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan

    diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

    Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan

    bukti dan alasan.

    Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu

    iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai

    objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah

    mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar

    belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan

    menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama

    terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang

    dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti

    http://pomizipedagogy.wordpress.com/pendekatan/deduktif/http://pomizipedagogy.wordpress.com/pendekatan/deduktif/
  • 7/29/2019 bahan Pendekatan Pengajaran

    2/5

    sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan

    pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

    secara efektif.

    Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan

    individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas

    bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang

    kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang

    difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

    Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,

    pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah danpendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

    Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan

    guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan

    murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti

    kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari

    dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan

    masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

    Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata

    pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia

    menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Hal ini adalah kerana

    beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu

    mata pelajaran yang baharu. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di

    mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

    Pendekatan Induktif

    Pendekatan Indukifialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir

    maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini

    ialah menggunakan pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-

    murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau

    kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut. Perkara ini dapat membimbingmurid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung

  • 7/29/2019 bahan Pendekatan Pengajaran

    3/5

    dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini, murid-murid mudah ingat dan faham dengan isi

    pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah

    mengingati dan mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan.

    Pendekatan Deduktif

    Pendekatan kedua ialah pendekatan Deduktif. Pendekatan Deduktif boleh ditakrifkan

    sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus,

    prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang

    khusus. Guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid

    dan mengajarnya kepada murid sehingga murid memahami, kemudian murid akan

    mengaplikasikannya atau menggunakannya sebagai proses menyelesaikan masalah dalamMatematik.

    Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan

    atau generalisasi yang baharu daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang

    telah diketahui. Maksudnya di sini ialah daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan

    tertentu, murid-murid dapat memahami sesuatu yang baharu. Mereka mungkin memperoleh idea

    yang baharu bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Daripada idea atau pemahaman yang

    baharu itu boleh dibentuk rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang baharu asalkantidak terpesong daripada konsep masing-masing.

    Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal.

    Murid dibimbing mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan untuk

    membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang

    baharu.

    http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-

    deduktif.html

    http://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.htmlhttp://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.htmlhttp://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.htmlhttp://galaksiilmu89.blogspot.com/2012/06/konsep-pendekatan-induktif-deduktif.html
  • 7/29/2019 bahan Pendekatan Pengajaran

    4/5

    STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN BAHASA

    Apakah kaedah pengajaran ?.

    Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik

    darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan

    pengajaran yang tertentu .

    Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran.

    Mengajar bahasa merupakan satu amali .Sebagai tugas amali pengajaran

    i ) Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk melaksanakannya .

    ii) Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi melaksanakan tugas tersebut.

    Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang baik tidak

    melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan peraturan atau resipi.Guru tersebut mempunyai

    satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-

    peraturan..

    Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi

    apabila seseorang pelajar belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak

    formal tentang cara mengajar bahasa .

    Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :

    Pendekatan Deduktif

    Pendekatan Induktif

    Pendekatan Elektif

    Pendekatan Komunikatif

    Pendekatan Deduktif

    Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan

    bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini

    biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang

    bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.

    Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat

    tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

    Pendekatan Induktif

  • 7/29/2019 bahan Pendekatan Pengajaran

    5/5

    Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau

    peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur

    bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

    Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya

    dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang

    dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

    Pendekatan Eklektif

    Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu

    strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh

    yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh

    murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid

    kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

    Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang

    yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-

    contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu

    digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

    Pendekatan Komunikatif

    Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa

    mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system tatabahasa serta

    kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama membolehkan seseorangmurid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya .

    Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai

    dengan khalayak yang dihadapinya.

    Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai

    dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .

    Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid akan

    melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka

    menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid

    daripada guru.

    http://ppgbm0211.blogspot.com/2011/10/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.html

    http://ppgbm0211.blogspot.com/2011/10/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.htmlhttp://ppgbm0211.blogspot.com/2011/10/strategi-pendekatan-kaedah-dan-teknik.html