bahan metodologi imam qiraat 2

8
Qiraat Bahasa = Adalah Kata Jamak Dari Perkataan Qiraah, yaitu kaedah membaca. Istilah = adalah kaedah cara bacaan alQur’an yg diambil oleh ulamak Qurra’ sebagai mazhab bacaan, yg diriwayatkan secara mutawatir, yg mana antara satu dengan yg lain ada perbezaan-perbezaan tersendiri Penambahan : sedikit saja yg tak sama, bukan keseluruhan alQur’an. 10 Qiraat Bilangan Qiraat yg Masyur: Imam al-Jazari meriwayatkan 10 Qiraat Imam sy-Syatibi meriwayatkan 7 Qiraat. Kesimpulannya = ada 10 Qiraat yg masyhur yg diterima sah dari Rasul s.a.w ( sebagaimana yg dinyatakan oleh imam al-Jazari) Bacaan sepuluh yang mutawatir = iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra’ (“Readers”) serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Aliran Qiraat yaitu dengan bertalaqqi antara murid dengan guru bersanad hingga Rasul saw. Bagi setiap Qiraat yg 10 itu, ada bacaan2 yg khusus untuk Qiraat yg dibaca. Kita adalah pengamal bacaan Qur’an = Qiraat Imam ‘Asim.

Upload: sazlinda-ramli

Post on 24-Sep-2015

27 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

BAHAN METODOLOGI IMAM QIRAAT

TRANSCRIPT

Qiraat

Bahasa = Adalah Kata Jamak Dari Perkataan Qiraah, yaitu kaedah membaca.Istilah = adalah kaedah cara bacaan alQuran yg diambil oleh ulamak Qurra sebagai mazhab bacaan, yg diriwayatkan secara mutawatir, yg mana antara satu dengan yg lain ada perbezaan-perbezaan tersendiri

Penambahan : sedikit saja yg tak sama, bukan keseluruhan alQuran.

10 Qiraat

Bilangan Qiraat yg Masyur: Imam al-Jazari meriwayatkan 10 Qiraat Imam sy-Syatibi meriwayatkan 7 Qiraat.

Kesimpulannya = ada 10 Qiraat yg masyhur yg diterima sah dari Rasul s.a.w ( sebagaimana yg dinyatakan oleh imam al-Jazari) Bacaan sepuluh yang mutawatir = iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra (Readers) serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Aliran Qiraat yaitu dengan bertalaqqi antara murid dengan guru bersanad hingga Rasul saw.

Bagi setiap Qiraat yg 10 itu, ada bacaan2 yg khusus untuk Qiraat yg dibaca. Kita adalah pengamal bacaan Quran = Qiraat Imam Asim. Lebih khusus lagi = Qiraat Hafs an Asim min Toriqi Shatibiyah = Maksudnya :- Qiraat yg melalui aliran sanad (toriq) imam Syatibi, yg diriwayatkan oleh imam Hafs, yg ambil bacaan dari imam Asim. Dalam lain kata2 :- Qiraat atau Mazhab bacaan imam Asim, yg dirawikan oleh imam Hafs, yg dikumpulkan sanad dan bacaannya oleh imam Syaatibi. Seperti Hadith yg diriwayatkan oleh seorang Sahabat dan di kumpulkan oleh imam Bukhari dan sebagainya.Perhatian: Ada juga Qiraat imam Asim, yg dirawikan oleh imam Hafs, dari aliran sanad imam alJazari ( ada sedikit perbezaan dari aliran Syatibi; terutama sekali pada mad jaiz munfaSil mereka baca dengan 2 harakat sahaja )

Apa itu Qiraat, Riwayat dan Toriq Qiraat (Readings) yg bersandarkan kepada Qurra (Readers) yg 10. bacaan yg disandarkan pada imam = digelar Qiraat = contoh: Qiraat Asim

Bacaan setiap ahli Qurra ini dirawikan oleh dua Perawi (Transmitters) bacaan yg disandarkan kepada perawi = digelar Riwayat = contoh: Riwayat Hafs

Bacaan yg disandarkan kepada yg setelah daripada perawi = digelar Toriq = contoh = Toriq Syatibi

Setelah kamu khatam Quran menurut bacaan Hafs dan Syubah, barulah kamu telah selesai bacaan Qiraat Asim.

Sanad imam Asim

Imam Asim ambil bacaan dari =(1) Abd Rahman Assulami (2) Abu Amru AlSyaibani , (3) Abu Ubaid al Salma , (4) Zirr bin Hubaisiy al Asadi

Abd Rahman Assulami ambil bacaan dari =(1) Ali bin Abi Tolib, (2) Uthman bin Affan, (3) Zaid bin Thabit, (4) Ubai bin Kaab

Zirr bin Hubaisiy ambil bacaan dari = Abdullah bin Masud dan lain2Sanad imam Asim yg diambil Qiraat dan diriwayatkan oleh imam Hafs

Sebahagian besar (majoriti 90%) ummat Islam di dunia membaca Quran mengikut Qiraat Hafs an Asim

HafsAsimAbd Rahman AssulamiAli bin Abi TolibRasul sawSanad imam Asim yg diambil Qiraat dan diriwayatkan oleh imam Syubah

SyubahAsimZir bin HubaisyAbdullah bin MasudRasul saw

7 Mazhab bacaan al-Quran(Qiraat) yg dikumpulkan oleh Imam Syatibi :-

1. Imam Nafi (Madina) dan 2 Perawinya : 1) Qaaloon, 2) Warsh

2. Imam Ibn Katheer (Makkah) dan 2 Perawinya : 1) Qunbul, 2) Bazzi

3. Imam Abu Amru (BaSra: Iraq) dan 2 Perawinya : 1) Duri, 2) Susi

4. Imam Ibn Amir (Syam) dan 2 Perawinya : 1) Hisham, 2) Ibn Zakwaan

5. Imam Aasim (Kufah: Iraq) dan 2 Perawinya : 1) Shuaba, 2) Hafs

6. Imam Hamzah (Kufah: Iraq) dan 2 Perawinya: 1) Khalaf , 2) Khallad

7. Imam Kisaai (Kufah: Iraq) dan 2 Perawinya: 1) Abul Haarith, 2) Duri.

Selain di atas, ada tiga lagi Qiraat ( jadi semuanya 10 Qiraat yg sah sepertimana diriwayatkan oleh imam alJazari )

Abu Jafar Al-Madani ( madinah)- Ibnu Wardan- Ibnu JammazYaqub Al-Basri- Ruwais- RauhKhalaf Al-Asyir- Ishaq- IdrisPENGENALAN ILMU QIRAAT

Qiraat adalah salah satu ilmu daripada ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran. Ilmu qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs An Aasim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs An Aasim sahaja. Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui oleh semua manusia yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku tubuh badan dan darah dagingnya beragama Islam.1. Qiraat :- Iaitu bacaan yang disandarkan bacaan kepada salah seorang daripada imam-imam al-qurra yang mana bersambung ( sanad ) bacaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W. 2. Imam:- Iaitu orang yang disandarkan bacaan kepadanya serta menjadi ikutan umat khususnya bagi mereka yang sezaman dengannya.3. Riwayat:- Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra.4. Rawi:- Iaitu orang yang meriwayatkan bacaan daripada imam Qurra.5. Toriq:- Iaitu bacaan yang disandarkan kepada orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi, demikian juga orang yang meriwayatkan bacaan daripada rawi tersebut dinamakan sebagai toriq. Penggunaan istilah toriq tidak dihususkan bagi mereka dan bacaan mereka sahaja, bahkan ia juga digunakan bagi bacaan dan generasi sesudah mereka hingga ke bawah.BACAAN SEPULUH YANG MUTAWATIRBacaan sepuluh yang mutawatir iaitu bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-qurra serta diriwayatkan oleh kumpulan manusia yang ramai. Bacaan sepuluh yang mutawatir ina terbahagi kepada dua kategori :1) Al-Qiraat al-Asyr al-Kubra- Iaitu bacaan-bacaan sepuluh besar. Bacaan sepuluh besar adalah bacaan yang disandarkan kepad sepuluh imam yang al-qurra yang terkenal iaitu :I. Imam NafiII. Imam Ibnu KathirIII. Imam Ibnu AamirIV. Imam AashimV. Imam HamzahVI. Imam Al-KisaieVII. Imam Abu JafarVIII. Imam YakubIX. Imam Khalaf Al-AasyirBacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam Ibnu al-Jazari dalam matannya (syair ) yang disebut matan al-Jazariah

2) Al-qiraat al-Asyr al-Shughra)- iaitu bacaan-bacaan sepuluh kecil. Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh imam al-Qurra yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu :I. Al-qiraat al-Sab iaitu bacaan-bacaan tuuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra iaitu imam Nafi, imam Aasim, imam Ibnu Kathir, imam Abu Amru, imam Ibnu Aamir, imam Hamzah dan al-Kisaie. Bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Syatibi dalam matannya ( syair )yang di sebut matan al-Syatibi . II. Al-qiraat al-Thalath iaitu bacaan-bacaan tiga ( melengkapkan bacaan tujuh ) yang disandarkan kapada tiga imam al-Qurra iaitu imam Abu Jafar, imam Yakub dan imam Khalaf al-Aasyir. Bacaan bacaan ini telah dihimpunkan oleh imam al-Jazari dalam matannya ( syair ) yang disebut matan al-Durrah .