metodologi imam al-ghazali terhadap penghayatan tilawah...

12
Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah dalam Pendidikan al-Qur’an Imam al-Ghazali's Methodologies Towards Internalizing of al-Quran Recitation in Quranic Education Mohd Abdul Nasir Abd Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, Muhammad Hasbi Abd. Rahman, Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris 0133304115 [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan sorotan semula kepada metodologi Imam al-Ghazali terhadap penghayatan tilawah dalam Pendidikan al-Qur’an. Beliau telah mengemukakan sepuluh elemen dalam metodologi tersebut. Sepuluh elemen tersebut adalah memahami keagungan dan ketinggian firman, mengagungkan Mutakallim, kehadiran hati dan meninggalkan bisikan jiwa, Tadabbur, Tafahhum (memahami secara mendalam), meninggalkan perkara yang menghalang pemahaman, Takhsis, Ta’aththur dan Tabarriy. Elemen-elemen yang dikemukakan berbentuk taksonomi yang perlu disertai dengan strategi yang berkesan agar penghayatan al-Qur’an dapat dijelmakan dalam tilawah al-Qur’an. ABSTRACT This paperwork is a review on Imam al -Ghazali 's methodologies towards internalizing of al Quran recitation in Quranic education. He introduced ten elements in Quranic education 's methodology. Those elements are understanding the greatness and highiest of God's Words, appreciating the Theologians, heart's togetherness and forbiding evil, Tadabbur, Tafahhum (deep understanding), avoid something that deviate our understanding, Takhsis, Ta’aththur and Tabarriy. These elements came with in the form of taxonomy which are to be combined with a proper startegy so that the internalizing of the Al Quran can be achived through it's recitation.

Upload: trantuyen

Post on 06-Mar-2019

266 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah dalam Pendidikan al-Qur’an

Imam al-Ghazali's Methodologies Towards Internalizing of al-Quran Recitation in Quranic

Education

Mohd Abdul Nasir Abd Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, Muhammad Hasbi Abd. Rahman, Mazdi Marzuki

Fakulti Sains Kemanusiaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris 0133304115

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini merupakan sorotan semula kepada metodologi Imam al-Ghazali terhadap penghayatan tilawah dalam Pendidikan al-Qur’an. Beliau telah mengemukakan sepuluh elemen dalam metodologi tersebut. Sepuluh elemen tersebut adalah memahami keagungan dan ketinggian firman, mengagungkan Mutakallim, kehadiran hati dan meninggalkan bisikan jiwa, Tadabbur, Tafahhum (memahami secara mendalam), meninggalkan perkara yang menghalang pemahaman, Takhsis, Ta’aththur dan Tabarriy. Elemen-elemen yang dikemukakan berbentuk taksonomi yang perlu disertai dengan strategi yang berkesan agar penghayatan al-Qur’an dapat dijelmakan dalam tilawah al-Qur’an.

ABSTRACT

This paperwork is a review on Imam al -Ghazali 's methodologies towards internalizing of al Quran recitation in Quranic education. He introduced ten elements in Quranic education 's methodology. Those elements are understanding the greatness and highiest of God's Words, appreciating the Theologians, heart's togetherness and forbiding evil, Tadabbur, Tafahhum (deep understanding), avoid something that deviate our understanding, Takhsis, Ta’aththur and Tabarriy. These elements came with in the form of taxonomy which are to be combined with a proper startegy so that the internalizing of the Al Quran can be achived through it's recitation.

Page 2: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

PENDAHULUAN

Pendidikan al-Qur’an merupakan pendidikan tertua dalam sejarah Islam. Ia bermula serentak

dengan penurunan wahyu kepada Rasulullah saw. Kedatangan Jibril a.s ketika Rasulullah saw

bersendirian di gua Hira’ merupakan titik mula sebuah pendidikan yang agung. Pendidikan ini

tidak lahir dari perencanaan manusia bahkan ia lahir dari perencanaan Allah swt kepada

hambanya. Oleh itu sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah saw kembali ke pangkuan isterinya

Khadijah binti Khuwailid dalam keadaan ketakutan dan bukannya dengan kegembiraan

sebagaimana naluri manusia biasa yang bergembira apabila berhasil mendapatkan sesuatu

yang besar. Al-Bukhari (2000) meriwayatkan; “maka Rasulullah saw kembali (dengan wahyu

pertama) dengan hati yang gementar ketakutan. Baginda pergi ke pangkuan Khadijah r.a dan

meminta kepadanya; Selutkan aku! Selimutkan aku!. Khadijah menyelimutkan baginda

sehingga hilang rasa takut tersebut”.

Dalam konteks sejarah penurunan wahyu, proses dialog antara Jibril a.s dengan

Rasulullah s.a.w merupakan titik mula penting pendidikan al-Qur’an sebelum Baginda s.a.w

menerima wahyu yang pertama. Aishah r.ah. dalam hadis yang panjang menceritakan dialog

yang berlaku antara Nabi s.a.w dengan Jibril a.s sebagai detik-detik awal penerimaan wahyu

tersebut oleh baginda s.a.w. al-Bukhari (2000) meriwayatkan; “Dari Aishah r.ah umm al-

Mukminin, bahawa sesungguhnya ia berkata; Bermulanya Rasulullah s.a.w menerima wahyu

adalah dengan mimpi yang benar dalam tidur. Baginda tidak melihat mimpi tersebut melainkan

ia datang seperti pancaran cahaya waktu subuh. Kemudian baginda mula suka bersendirian di

gua Hirā’ dan beribadat di dalamnya. Baginda beribadat dalam beberapa malam dan

kemudiannya balik ke keluarganya dan berbekal untuk itu. Kemudian baginda kembali semula

kepada Khadijah dan berbekal seperti biasa sehinggalah datangnya kepada baginda kebenaran

ketika baginda berada di dalam gua Hirā’. Maka datang kepadanya malaikat dan berkata

kepadanya; “Bacalah!” Jawab baginda; “Aku bukan orang yang boleh membaca”. Maka

malaikat tersebut datang kepadaku dan memelukku sehingga aku terasa kekuatannya.

Kemudian ia melepaskan aku dan berkata; “Bacalah!” Aku menjawab; “Aku bukan orang yang

boleh membaca”. Kemudian ia datang kepadaku dan memelukku untuk kali yang kedua

Page 3: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

sehingga aku merasa kekuatannya. Kemudian ia melepaskan aku, maka ia berkata; “Bacalah!”

Aku menjawab; “Aku bukan orang yang membaca”. Maka ia datang kepadaku dan memelukku

untuk kali yang ketiga. Kemudian ia melepaskan diriku. Maka berkata malaikat tersebut;

“Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang telah mencipta. Dia telah mencipta manusia dari

segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang Maha Mulia”.

Sejurus selepas peristiwa penurunan tersebut, maka bermulalah episod-episod gerakan

pemikiran yang dihiasi dengan ilmu dan pengetahuan dalam kalangan orang Arab. Gaya bahasa

al-Qur’an menjadikan mereka kembali meneliti gaya bahasa al-bayan dan al-ta’bir dalam

bahasa mereka. Ini kerana cara penyampaian al-Qur’an terlalu luar biasa dan di luar

kebijaksanaan bahasa yang dihasilkan oleh sasterawan mereka. Al-‘Ak (1994) mencatatkan Ibn

Qutaybah merakamkan dalam penulisannya al-Rasa’il soalan yang diajukan kepada Rasululullah

s.a.w. Mereka berkata; “Wahai Rasulullah, seseungguhnya engkau telah bawakan kepada kami

suatu kata-kata berbahasa Arab akan tetapi kami tidak mengetahui mengenainya sedangkan

kami orang Arab”. Maka Rasulullah s.a.w menjawab; “Sesungguhnya Tuhanku yang mengajar

aku dan aku mempelajarinya”.

Rasulullah kemudiannya mengajar para sahabat al-Qur’an. Pengajaran ini meliputi dua perkara

asas iaitu cara bacaan dan tafsir al-Qur’an. Pengajaran dua aspek ini secara asasnya berlaku

secara serentak. Ibn Taymiyah (2002) dalam pendahuluan penulisannya Muqaddimah Fi Usul al-

Tafsir telah menukilkan satu riwayat bersumberkan Abu Abd. Rahman al-Sulami. Beliau

menyatakan; “Mereka yang mengajar kami al-Qur’an seperti Uthman bin Affan, Abdullah bin

Mas’ud dan selain dari mereka, mereka mempelajari dari Rasulullah s.a.w sekadar sepuluh ayat

dan tidak lebih dari itu. Mereka mempelajari membaca al-Qur’an, ilmu-ilmu al-Qur’an dan

beramal dengan al-Qu’ran”.

METODOLOGI DAN TILAWAH DALAM PENDIDIKAN AL-QUR’AN

Metodologi pendidikan al-Qur’an merupakan istilah yang yang meliputi tiga perkara utama iaitu

metodologi, pendidikan dan al-Qur’an. Dalam konteks al-Qur’an, metodologi merujuk kepada

Page 4: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

istilah ‘minhaj’ dalam surah al-Ma’idah ayat 48. Firman Allah; “Bagi tiap-tiap umat yang ada di

antara kamu kami tetapkan syir’ah dan minhaj”. Ibn Abbas yang menyatakan maksud “syir’ah “

dan “minhaj” dalam ayat di atas bermaksud sabil (jalan) dan sunnah. Pandangan yang sama

dikemukakan oleh Mujahid sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tabari (2000). Al-Ayni

mengutip pandangan Muhammad bin Yazid yang berpandangan bahawa al-Minhaj adalah al-

Tariq al-Mustamir (jalan yang berterusan) (al-Ayni, 2001).

Tilawah bermaksud bacaan. Bagi menyingkap maksud tilawah dalam konteks pendidikan al-

Qur’an, ayat 121 dari surah al-Baqarah wajar diteliti huraiannya. Firman Allah: “Mereka telah

Kami datangkan kepada mereka al-Kitab, mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan,

merekalah orang-orang yang benar-benar beriman dengan kitab tersebut, dan sesiapa yang

kufur dengannya maka merekalah orang-orang yang rugi”.

Menerusi ayat ini, al-Sabuni (1985) telah menyatakan bahawa tilawah dalam pendidikan al-

Qur’an sebenarnya merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Tilawah: iaitu boleh membaca al-Qur’an dengan baik dan fasih.

ii. Tafahhum dan Tafsir: iaitu mengetahui makna dan faham maksud ayat-ayat yang

dibaca.

iii. Tatbiq: bermaksud menghayati atau merealisasikan ajaran al-Qur’an dalam

hidupnya dengan sepenuh hati dalam semua aspek kehidupan.

iv. Tahfiz: Yakni menghafaz ayat-ayat tertentu dari al-Qur’an untuk amalan, bacaan

dalam solat dan wirid-wirid. Jika mampu menghafaz secara keseluruhannya

adalah sangat baik.

v. Tarannum: iaitu bermaksud membaca al-Qur’an dengan suara yang baik dan

merdu serta dengan lagu yang sesuai.

vi. Ta’lim: Kalimah ini memberi maksud mengajar, iaitu berusaha untuk belajar

hingga berkemampuan untuk mengajar orang lain. Dengan cara ini al-Qur’an

boleh berkembang dari satu masyarakat ke satu masyarakat dan dari satu

generasi kepada generasi yang lain.

Page 5: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

IMAM AL-GHAZALI

Nama penuh Abū Hamīd Muhamad bin Muhamad bin Muhamad bin Ahmād al-Ghazālī al-Tūsi

al-Shāfi’e. Nama asalnya Muhamad sahaja. Beliau dikenali sebagai Abū Hamīd kerana

mempunyai anak lelaki bernama Hamīd yang meninggal ketika masih bayi. Ada pendapat

menyatakan bahawa panggilan seperti Abu Hamid sebagai satu gelaran sahaja kerana beliau

tidak memiliki anak lelaki (Abu Sway, 1996). Namun begitu pandangan ini agak ganjil kerana

tokoh ilmuan tersohor pada kebiasaannya mempunyai silsilah keluarga yang jelas samada dari

sebelah bapa mahupun keturunan yang lahir dari beliau.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Ghazālī. Terdapat dua bentuk ejaan bagi gelaran ini iaitu

dengan baris tashdid pada huruf zai dan tanpa tashdid (dalam ejaan rumi dengan memakai satu

huruf Z ataupun dua huruf Z). al-Ghazālī dengan huruf zai berbaris atas tanpa tahsdid merujuk

kepada nama daerah tempat lahirnya iaitu Gazalah. Manakala al-Ghazzālī pula merujuk kepada

pekerjaan harian bapa beliau sebagai seorang penenun dan penjual kain tenun. Pekerjaan ini

dinamakan “Gazzal” dan sebutannya al-Ghazzālī sebagai satu gelaran penduduk Khurasan

kepadanya. Walaubagaimanapun pemakaian perkataan al-Ghazālī (dieja dengan satu “z”)

bersempena nama kampung beliau dilahirkan lebih meluas diguna pakai. Beliau dilahirkan pada

tahun 450 Hijrah / 1058Masihi, di sebuah kampung bernama ‘Ghazālah’ yang terletak di pinggir

kota kecil bernama “Tus” berhampiran bandar Meshad di wilayah Khurasan (Mohamad, 1993).

Beliau yang dikenal sebagai al-Ghazālī itu merupakan tokoh yang muncul tepat tiga ratus tahun

sesudah Imam Syafie lahir iaitu tahun 150Hijrah / 730Masihi.

METODOLOGI PENGHAYATAN TILAWAH IMAM GHAZALI

Imam al-Ghazali telah mengemukakan 10 elemen asas dalam metodologi penghayatan tilawah

al-Qur’an seperti berikut;

a. Memahami keagungan dan ketinggian firman.

Page 6: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

Perkara asas yang perlu dihayati dalam pendidikan al-Qur’an adalah memahami kedudukan al-

Qur’an itu sendiri. Penghayatan ini penting bagi membezakan antara al-Qur’an dan bahan-

bahan bacaan lain. Al-Ghazali menyatakan bahawa al-Qur’an ini merupakan kurniaan Allah dari

Arash kemuliaannya yang dituurnkan sehingga ke darjah kedudukan pemahaman makhluknya

(al-Ghazali, 1992). Penerapan penghayatan ini menjadikan penelitian terhadap ayat-ayat al-

Qur’an perlu berbeza dan dibezakan dengan penilitian terhadap bahan-bahan bagi ilmu-ilmu

yang lain.

Implikasi terhadap tahap ini adalah, seorang penuntut perlu sedari bahawa huruf-huruf yang

dieja, perkataan-perkataan yang dilafaz dan fizikal tulisan yang ditatap bukan sebaris dengan

tulisan-tulisan yang lain hasil dari buah fikiran manusia. Atas dasar ini, takrif al-Qur’an itu

sendiri perlulah disingkap dari aspek ketinggian firman dalam al-Qur’an yang dipelajari dan

bukan sekadar memperincikan definisi al-Qur’an.

b. Mengagungkan Mutakallim

Al-Mutakallim bermaksud yang berkata-kata. Ia merujuk kepada Allah s.w.t yang berkata-kata.

Al-Ghazali (1992) menyatakan seorang pembaca harus menghadirkan di dalam hatinya

keagungan Allah (al-Mutakallim) dan mengetahui bahawa apa yang dibacanya bukanlah

pembicaraan manusia dan bahwa kalam Allah sangat penting kerana Dia telah menyatakan;

“Tidak menyentuhnya melainkan mereka yang disucikan” (al-Waqi’ah: 79).

Proses mengagungkan al-Mutakallim boleh dicapai menerusi proses berfikir tentang sifat-sifat

Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan apabila

berhadapan dengan al-Qur’an. Penghayatan ini meliputi segala sifat kesempurnaan, kagungan

dan kesaan Allah. Al-Ghazali (1992) menyatakan dengan memikirkan hal-hal seperti ini maka

akan terhadirlah pengagungan Mutakallim dan pengagungan firman secara serentak.

Page 7: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

c. Kehadiran Hati dan Meninggalkan Bisikan Jiwa

Menghadirkan hati dan meninggalkan bisikan jiwa bermaksud al-Qur’an ini perlulah dipelajari

secara serius. Tingkah laku ini bertepatan dengan firman Allah; Wahai Yahya, ambillah kitab ini

dengan kekuatan” (Maryam: 12). Arahan ini bermaksud al-Kitab itu perlulah diberikan

kosentrasi dan berusaha untuk mengarahkan perhatian terhadapnya. Para ulama salaf

berpegangbteguh dengan disiplin ini sehingga diberitakan bahawa apabila mereka membaca

satu ayat tetapi hati mereka tidak bersama dengan ayat tersebut maka mereka akan

mengulanginya semula (al-Ghazali, 1992).

d. Tadabbur

al-Ghazali (1992) menyatakan Tadabbur adalah satu tahap yang melewati kehadiran hati.

Kehadiran hati mungkin menjadikan seseorang itu hanya sekadar mendengar al-Qur’an edari

dirinya sendiri atau daripada orang lain. Tujuan utama dalam membaca al-Qur’an adalah

mentadabbur ayat-ayatnya. Oleh itu, bacaan al-Qur’an perlulah dilakukan secara tartil

sebagaimana firman Allah; “Dan bacalah al-Qur’an secara tartil” (al-Muzzammil : 4). Imam Ali

r.a menyatakan bahawa bacaan tartil merujuk kepada proses mengelokkan sebutan huruf dan

pengetahuan untuk berhenti pada waqaf-waqaf yang sesuai (al-Qirsh 1421H). Oleh itu tidak ada

kebaikan pada ibadah tanpa pemahaman di dalamnya, dan tidak ada kebaikan pada bacaan

tanpa tadabbur di dalamnya (al-Ghazali, 1992).

Tadabbur al-Qur’an mempunyai pelbagai tingkatan. Abu Dzar menceritakan bahawa Rasulullah

s.a.w pada suatu malam mengimami kami lalu baginda membaca satu ayat berulang-ulang iaitu

firman Allah; “Jika engkau menyiksa mereka maka sesungguhnya mereka adalah hamba-

hambaMu” (al-Jathiyyah : 21). Sulaiman al-Darani berkata; sesungguhnya aku tertambat

membaca satu ayat selama empat atau lima malam, seandainya aku tidak memutuskan

perenungannya nescaya aku tidak mampu beralih kepada ayat lain. Juga diberitakan

sebahagian kaum salaf berada pada surah Hud selama enam bulan. Mereka mengulang-ulang

surah tersebut namun tidak selesai jua mentadabburnya (al-Ghazali, 1992)

Page 8: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

e. Tafahhum (memahami secara mendalam)

Tafahhum merujuk kepada proses mencari kejelasan dari setiap ayat secara tepat. Ini kerana al-

Qur’an meliputi berbagai tema yang meliputi antara lainnya sifat-sifat dan perbuatan Allah,

kisah para nabi dan rasul, perintah dan larangan Allah dan juga syurga dan neraka. Ini semua

berkait rapat dengan kehidupan manusia hingga ke akhirat sana. Oleh itu menjadi satu

keperluan untuk berusaha mencari pemahaman tersebut. Ibn Mas’ud berkata; “Barangsiapa

mengkehendaki ilmu orang-orang terdahulu dan orang-orang kemudian, maka hendaklah ia

mendalami al-Qur’an. Ilmu al-Qur’an yang paling agung berada di bawah nama-nama dan

sifatnya” (al-Ghazali, 1992)

Al-Ghazali (1992) menyatakan; “Perbuatan-perbuatan Allah seperti mencipta langit dan bumi

serta selainnya. Daripada perbuatan tersebut, pembaca al-Qur’an perlulah memahami

perbuatan tersebut berdasarkan sifat-sifat Allah. Ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan

sifat Pelakunya (Allah). Ini akan membantu pembaca mengenal Allah. Apabila

pembacamengenal Allah, maka ia akan melihat kebesaran Allah dalam setiap sesuatu kerana ia

faham bahawa setiap sesuatu berasal dariNya, kembali kepadaNya dan untukNya”.

f. Meninggalkan perkara yang menghalang pemahaman

Al-Ghazali (1992) menyatakan bahawa terdapat empat perkara yang menghalang seseorang itu

daripada pemahaman al-Qur’an. Pertama perhatiannya hanya tertumpu kepada proses

menyempurnakan bacaan-bacaan huruf sahaja. Ini menjadikan renungannya terbatas kepada

makhraj-makhraj huruf sahaja. Jika ini berlaku bagaimana mungkin ia mampumengungkap

makna-makna al-Qur’an. Kedua taqlid kepada mazhab yang didengarnya sehingga ia fanatik dan

hanya mengikuti sahaja apa yang didengarinya tanpa berusaha memahaminya dengan basirah

dan musyahadah.

Ketiga berterusan dalam melakukan sesuatu dosa atau sikap sombong. Ia juga boleh berlaku

disebabkan hawa nafsu kepada dunia yang diperturutkan. Situasi ini boleh menyebabkan

timbulnya kegelapan dan karat hati. Keempat kerana membaca tafsir al-Qur’an secara zahir dan

menyakini tidak ada makna lain dari al-Qur’an selain dari yang dinukilkan oleh Ibn Abbas,

Page 9: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

mujahid dan tokoh-tokoh yang lain. Tafsir-tafsir yang tidak merujuk kepada tokoh-tokoh

tertentu dikira sebagai tafsir yang sesat. Namun begitu bukan bermaksud menjadikan al-Qur’an

bebas untuk ditafsirkan. Penafsiran mestilah berdasarkan kaedah-kaedah bahasa dan disiplin

yang telah disepakatkan.

g. Takhsis

al-Ghazali (1992) menyatakan Takhsis merujuk kepada kesedaran bahawa diri pembaca

merupakan sasaran bagi setiap ayat yang dibaca dalam al-Qur’an. Jika membaca suatu perintah

atau larangan maka ia memahami bahawa perintah atau larangan itu ditujukan kepadanya.

Demikian juga jika sekiranya ia mendengar ayat-ayat berkaitan janji dan ancaman. Jika ia

mendengar kisah-kisah orang terdahulu dan para nabi maka ia mengetahui bahawa kisah itu

tidak dimaksudkan sebagai bahan cerita semata-mata tetapi perlu diambil pelajaran dan bekal-

bekal yang diperlukannya. Kesedaran ini menjadikan pembaca merasa kuat dan teguh terhadap

Allah. Konsep ini menepati firman Allah; “Yang dengannya Kami teguhkan hatimu” (Hud : 20).

Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubhi berkata; “Orang yang telah sampai al-Qur’an kepadanya

sama dengan orang yang diajar bicara oleh Allah”.

h. Ta’aththur

Ta’aththur bermaksud terkesan di hati. Pada tahap ini, hati terkesan dengan dengan pelbagai

rasa sesuai dengan ayat yang di baca sesuai dengan tahap pemahaman yang dirasa. Al-Ghazali

menyatakan jika makrifat seseorang itu baik maka rasa takut akan mendominasi hatinya. Ini

kerana kebanyakan ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang sesuatu anugerah akan disusuli

pula dengan syarat-syarat tertentu untuk mencapai anugerah tersebut ( al-Ghazali, 1992)

Sebagai contoh dalam surah Taha : 82, Allah s.w.t berfirman; “Bahawasanya Aku Maha

Pengampun”. Ia kemudiannya disusuli dengan empat syarat bagi meraih sifat Allah yang Maha

Pengampun tersebut iaitu kepada; “bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal salih,

kemudian tetap di jalan yang benar”. Demikian juga dapat dilihat dalam surah al-Asr; 1-3.

Hanya orang-orang yang beriman sahaja yang tidak berada dalam kerugian. Namun bukan

Page 10: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

kepada semua orang yang beriman. Orang beriman yang dimaksudkan adalah yang

mengerjakan amalan salih. Mereka sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-

pesan dengan kesabaran.

i. al-Taraqqi

al-Taraqqi bermaksud meningkatkan penghayatan sampai ke peringkat mendengar kalam Allah

bukan lagi dari diri sendiri (al-Ghazali, 1992). Ini bermaksud kalam yang dialunkan walaupun

dengan suara sendiri pada hakikatnya ia tidak dirasai sedemikian. Ini kerana kalam itu kalam

Allah. Dalam hal ini al-Ghazali membahagikan bacaan al-Qur’an terbahagi kepada tiga tahap.

Tahap pertama tahap yang paling rendah. Tahap dimana seorang hamba merasakan

seolah-olah dia membacanya kepada Allah berdiri dihadapanNya dan Allah menyaksikannya

dan mendengar bacaannya. Dalam situasi ini, ia seperti dalam posisi selalu memohon, merayu,

merendahkan diri dan berdoa. Tahap kedua adalah tahap ashab al-Yamin. Pada tahap ini

seorang hamba merasakan seolah-oleh Allah melihatnya dan mengajaknya berbicara dengan

berbagai taufiqNya, memanggilnya dengan berbagai nikmat dan kebaikan dariNya sehingga ia

berada pada posisi malu, mengagungkan Allah, mendengar dan memahami. Tahap ketiga pula

adalah tahap Muqarrabun (orang-orang yang dekat). Golongan ini merasai Allah sebagai yang

berfirman dalam setiap kalam yang dibaca, melihat sifat-sifatNya dalam kalimat yang ada,

sehingga ia tidak lagi melihat dirinya dan bacaanya. Seluruh perhatiannya hanya kepada Allah

yang berfirman. Ja’far Muhammad al-Sadiq berkata; “Demi Allah, Allah telah menunjukkan

zatNya kepada makhlukNya dalam kalamNya tetapi mereka tidak melihatNya” (al-Ghazali,

1992).

j. Tabarriy

Tabarriy merujuk kepada melepaskn diri dari daya dan kekuatannya dan memandang kepada

dirinyadengan pandangan redha dan ketulusan. Dalam situasi ini, apabila seseorang itu

membaca ayat al-Qur’an berkaitan janji dan sanjungan terhadap orang-orang yang soleh, maka

dia merasakan dirinya tidak termasuk dalam golongan tersebut. Namun begitu ia merindui

Page 11: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

untuk bersama-sama dengan golongan yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat berkaitan.

Apabila dibacakan ayat-ayat yang berkaitan dengan kecaman terhadap golongan yang engkar,

ia merasakan kecaman tersebut kepada dirinya lantas ia berasa takut dan cemas (al-Ghazali,

1992)

Ibn Umar telah berdoa; “Ya Allah, aku bermohon keampunan kepadaMu atas kezaliman dan

kekufuranku”. Beliau kemudiannya ditanya; “Kami mengerti tentang kezaliman tetapi kenapa

kamu berdoa memohon ampun atas kekufuran?. Ibn Umar kemudian membaca ayat;

“Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan kufur” (Ibrahim : 34).

PENUTUP

Perbincangan di atas telah mengemukakan sepuluh elemen yang menjadi asas terhadap

metodologi penghayatan al-Qur’an oleh al-Ghazali. Secara keseluruhannya, elemen-elemen

yang dikemukakan itu merupakan nukilan penghayatan yang pernah ditempuhi oleh para salaf

yang soleh dalam berinteraksi dengan al-Qur’an. Elemen-elemen yang dikemukakan berbentuk

taksonomi yang perlu disertai dengan strategi yang berkesan agar penghayatan al-Qur’an dapat

dijelmakan dalam kehidupan.

Page 12: Metodologi Imam al-Ghazali Terhadap Penghayatan Tilawah ...icdetah.com/journal/images/VOL1/METODOLOGI.pdf · Allah. Penerapan dan penghayatan tentang sifat-sifat Allah perlu dijelmakan

RUJUKAN

Al-Qur’an al-Karim

Murtadā al-Zubaidī, Ithāf al-Sādah al-Mutaqīn bi-Sharh Asrār Ihyā ‘Ulumal-Dīin,Beirut: Dar

Ihya’Al-Turath al-Arabiyy.

Mustafa Abu Sway (1996), Al-Ghazzaliy: A Study In Islamic Epistemology. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Mohamad bin Mohamad, 1993. Al-Munqidh min al-Dhalāl wal Mufsih bil Ahwāl. Beirut: Dārul

Fikr Al-Lubnāni.

Mahmud bin ahmad al-ayni (2001), Umdah Al-Qari’ Sharh al-Sahih al-Bukhari, Abdullah

Mahmud Muhammad umar (ed), Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

al-Tabari, Muhammad bin Jarir (2000), Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Ahmad Muhammad

Shakir (ed), Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Al-Sabuni, Muhammad Ali (1985). al-Tibyan Fi Ulum al-Qur’an, Beirut: a’lam al-Kutub.

Al-‘Ak, Khalid Abd Rahman (1994), Usul al-tafsir wa Qwa’iduh, Beirut : Dar al-Nafa’is.

Ibn Taymiyah (2002), Muqaddimah Fi Usul al-Tafsir, Beirut : Mu’assasah al-Rayyan.

Al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad bin Muhammad (1992), Ihya’ Ulum al-Din, Beirut: Dar al-

Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Qirsh, Jamaluddin bin Ibrahim (1421H), Zad al-Muqri’in Athna’ Tilawah al-Kitab al-Mubin,

Tanta: Dar al-Dhiya’.