ilmu qiraat 2009

23
MOHD ANWAR BIN AHMAD PENGENALAN Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang telah diturunkan kepada seluruh manusia hampir seribu lima ratus tahun yang lalu. Bermula dari zaman Rasulullah menerima wahyu pertama di Gua Hirak hingga wahyu terakhir diturunkan. Al-Quran kemudiannya dipelihara dan diawasi oleh Allah Subhanahu Wataala demi menjamin keaslian Al-quran hingga hari kiamat nanti. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surah al-Hijr yang berbunyi: Maksudnya: “ Dan sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kamilah yang memeliharanya” Di dalam pembacaan al-Quran, umat Islam diajarkan dengan seni bacaan al-Quran. Didalamnya terkandung ilmu suara bacaan al-Quran, ilmu yang membincangkan makhraj huruf dan tempat keluar huruf dan sebilangan ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Junjungan besar Rasulullah S.A.W telah menyebut dalam sabdanya: م ك ت وا ص أ ت رءان لق وا ا ن ي زYang bermaksud: “ Hiasilah al-Quran dengan suaramu”

Upload: anwar25

Post on 20-Jun-2015

1.620 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

PENGENALAN

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang telah diturunkan kepada seluruh manusia

hampir seribu lima ratus tahun yang lalu. Bermula dari zaman Rasulullah menerima wahyu

pertama di Gua Hirak hingga wahyu terakhir diturunkan. Al-Quran kemudiannya dipelihara

dan diawasi oleh Allah Subhanahu Wataala demi menjamin keaslian Al-quran hingga hari

kiamat nanti.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surah al-Hijr yang berbunyi:

Maksudnya: “ Dan sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya

kamilah yang memeliharanya”

Di dalam pembacaan al-Quran, umat Islam diajarkan dengan seni bacaan al-Quran.

Didalamnya terkandung ilmu suara bacaan al-Quran, ilmu yang membincangkan makhraj

huruf dan tempat keluar huruf dan sebilangan ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.

Junjungan besar Rasulullah S.A.W telah menyebut dalam sabdanya:

بأصواتكم القرءان زينوا

Yang bermaksud: “ Hiasilah al-Quran dengan suaramu”

(Hassan Mahmud :1986 )

Manusia adalah sebaik-baik makhluk Allah s.w.t dan Allah telah memuliakan anak-anak

Adam a.s . Justeru itu, Allah s.w.t telah mengutuskan para nabi dan Rasul untuk

menunjukkan pada manusia jalan kehidupan yang baik dan bersesuaian dengan fitrah

kejadian mereka. Allah s.w.t ,mengutus RasulNya dengan membawa bimbingan dan agama

yang benar,untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan dan kesesatan . Begitu juga

Rasullah s.a.w telah dihantar dengan membawa ajaran al-Quran yang mulia .Di dalamnya

terkandung segala tatacara hidup,sekiranya ia diikuti maka manusia itu akan memperolehi

kedudukan yang tertinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t .

Page 2: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Sesungguhnya Al-Quran telah menyatakan bahawa Rasulullah merupakan seorang pendidik

kepada seluruh manusia.Terdapat dalil dari Al-Quran bahawa Rasulullah adalah seorang

pendidik ialah:

Maksudnya: Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab)

Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka

sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan

keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang

sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah

(pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan

Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam

kesesatan Yang nyata.

SEJARAH AL-QURAN

1. Tulisan Arab

Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta

huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh

mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi

Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman

bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin

Abi Sufian, Abban bin Said dan al-'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk

Mekah al-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said,

Ubai bin Ka' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah

ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar

menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang

Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang

Page 3: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya

pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam. Akhimya

Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis

wahyu) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

2. Tulisan dan Penulisan AI-Quran

Menurut Bahasa Arab, perkataan khat ( خط ) bererti garis memanjang pada sesuatu perkara

dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan seperti pen,

qalam dan sebagainya. Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah

berhubung dengan pembentukan huruf manakala ras m adalah mengenai pembentukan

perkataan menerusi hurufhuruf Hijaiyyah. Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan

mengajarkannya kepada orang-orang Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini

diperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan

dengan khat al-Hijazi. Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair

dan lain-lainnya. Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam

penulisan wahyu hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan

juga pada penulisan Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia,

maka terdapat sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan

mencantikkan lagi khat al- Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu

dinamakan dengan khat al-Kufi.

Page 4: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

3. Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w,

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di

mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-

penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu

Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar

al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin

Abi Talib r.a. serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit, Ubai bin

Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain. Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka

para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepahpelepah

tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh

sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

4. Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.

Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-

Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa

peperangan antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah.

Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid.

Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam

peperangan tersebut." Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab

r.a. beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan

usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai

Qurra' yang gugur syahid.Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan

cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang

telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang

sahabat yang lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam

bentuk lembaran suhuf. Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah

disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-

Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin

Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.

Page 5: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

5. Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a,

Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah

berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk

Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah

mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w.

melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

i. Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid

bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.

ii. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan

Abu Darda' r.a.

iii. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai

bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib

dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.

iv. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina

Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a.

Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin

mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan

al- Quran. Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang

bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah

telah mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan

kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan

perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa

Penulisan Al- Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang

anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman

bin Harith bin Hisyam r.a. Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan

Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini

menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan

bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para

Qurra'. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut

bahasa orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.

Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin

sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin

Page 6: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Affan r.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke

Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.

Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayahwilayah

berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan

mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri

daripada:

i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.

ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.

iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah.

iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah.

v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.

Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-

Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau

bagaimanapun,perbezaan bacaan ( القراءات وججه ) yang ada hingga sekarang ini tidaklah

berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah

Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara

mutawatir. Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah

Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya

dari segi:

i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

ii. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran.

iii. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.

iv. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.

v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.

Page 7: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

6. Kelebihan Rasm Uthmani

AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

i. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.

iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang

sebenar.

iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).

v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.

yi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.

vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran.

viii.Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.

ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.

x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.

xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).

xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

7. Tahap Penulisan AI-Quran

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap

berikut:

i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( العراب نقطة ) yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-

Duali

(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).

iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( العجام نقطة ) yang dipelopori oleh Yahya

bin

Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof

al-Thaqafi,

iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori

oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah

Abdul Malik bin Marwan.

v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi.

Page 8: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di

Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-

negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

8. Cara Bacaan AI-Quran yang Diamalkan Masa Kini

Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:

i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak diamalkan di

negaranegara Islam.

ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara

Afrika.

iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Asia

Tengah.

iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan

di Sudan.

9. Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm)

Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan

untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang

membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan

huruf.Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secara

ijma' (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah

dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.( Md Abdu Bin Sahak.2008 )

    

Page 9: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

PENDAHULUAN QIRAAT

Qiraat merupakan salah satu cabang ilmu dalam ‘Ulum al-Qur’an, namun tidak banyak orang

yang tertarik kepadanya, kecuali orang-orang tertentu saja, biasanya kalangan akademik.

Banyak faktor yang menyebabkan hal itu,  di antaranya adalah, ilmu ini tidak berhubungan

langsung dengan kehidupan dan muamalah manusia sehari-hari; tidak seperti ilmu fiqh, hadis,

dan tafsir misalnya,yang dapat dikatakan berhubungan langsung dengan kehidupan manusia.

Hal ini kerana ilmu qiraat tidak mempelajari masalah-masalah yang berkaitan secara langsung

dengan halal-haram atau hukum-hukum tertentu dalam kehidupan manusia.

Selain itu, ilmu ini juga cukup rumit untuk dipelajari, banyak hal yang harus diketahui oleh

peminat ilmu qiraat ini, yang terpenting adalah pengenalan al-Qur’an secara mendalam dalam

banyak seginya, bahkan hafalan sebahagian besar dari ayat-ayat al-Qur’an merupakan salah

satu kunci memasuki gerbang ilmu ini; pengetahuan bahasa Arab yang mendalam dan luas

dalam pelbagai seginya, juga merupakan alat pokok dalam menggeluti ilmu ini, pengenalan

pelbagai macam qiraat dan para perawinya adalah hal yang mutlak bagi pengkaji ilmu ini.

Hal-hal inilah barangkali –yang menjadikan ilmu ini tidak begitu popular.

Meskipun demikian keadaannya, ilmu ini telah sangat berjasa dalam menggali, menjaga dan

mengajarkan pelbagai “cara membaca” al-Qur’an yang benar sesuai dengan yang telah

diajarkan Rasulullah SAW. Para ahli qiraat  telah mencurahkan segala kemampuannya demi

mengembangkan ilmu ini. Ketelitian dan sifat berhati-hati mereka telah menjadikan al-Qur’an

terjaga dari adanya kemungkinan penyelewengan dan masuknya unsur-unsur asing yang dapat

merosak kemurnian al-Qur’an.

Page 10: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

SEJARAH PERKEMBANGAN QIRAAT

Pembahasan tentang sejarah dan perkembangan ilmu qiraat ini dimulai dengan adanya

perbezaan pendapat tentang waktu mulai diturunkannya qiraat. Ada dua pendapat tentang hal

ini. Pertama, qiraat mulai diturunkan di Makkah bersamaan dengan turunnya al-Quran.

Alasannya adalah kerana sebahagian besar surah-surah al-Quran adalah Makkiyah di mana

terdapat juga di dalamnya qiraat sebagaimana yang terdapat pada surah-surah Madaniyah. Hal

ini menunjukkan bahwa qiraat itu sudah mulai diturunkan sejak di Makkah. Kedua, qiraat

mulai diturunkan di Madinah sesudah peristiwa Hijrah, dimana orang-orang yang masuk

Islam semakin ramai dan saling berbeza ungkapan bahasa Arab dan dialeknya. Pendapat ini

dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab shahihnya, demikian

juga Ibn Jarir al-Tabari dalam kitab tafsirnya. Hadis yang panjang tersebut menunjukkan

tentang waktu dibolehkannya membaca al-Quran dengan tujuh huruf adalah sesudah Hijrah,

sebab sumber air Bani Gaffar &nash yang disebutkan dalam hadis tersebut,terletak dekat kota

Madinah.Kuatnya pendapat yang kedua ini tidak bererti menolak membaca surah-surath yang

diturunkan di Makkah dalam tujuh huruf, kerana ada hadis yang menceritakan tentang adanya

perselisihan dalam bacaan surah al-Furqan yang termasuk dalam surah Makkiyah, jadi jelas

bahwa dalam surah-surah Makkiyah juga dalam tujuh huruf.

Pengertian Qiraat dan Perbezaanya dengan Riwayat dan Tariqah

Menurut bahasa, qiraat (قراءات) adalah bentuk jamak dari qiraah (قراءة) yang merupakan

isim masdar dari qaraa (قرأ), yang ertinya : bacaan

Pengertian qiraat  menurut istilah cukup pelbagai. Hal ini disebabkan oleh keluasan makna

dan sisi pandang yang dipakai oleh ulama tersebut. Berikut ini akan diberikan dua pengertian

qiraat menurut istilah.

Qiraat menurut al-Zarkasyi merupakan perbezaan lafaz-lafaz al-Qur'an, baik menyangkut

huruf-hurufnya mahupun cara pengucapan huruf-huruf tersebut, sepeti takhfif, tasydid dan

Page 11: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

lain-lain.

Dari pengertian di atas, nampaknya al-Zarkasyi hanya terbatas pada lafaz-lafaz al-Qur'an yang

memiliki perbezaan qiraat saja. Ia tidak menjelaskan bagaimana perbezaan qiraat itu dapat

jadi dan bagaimana pula cara mendapatkan qiraat itu.

Ada pengertian lain tentang qiraat yang lebih luas daripada pengertian dari al-Zarkasyi di atas,

iaitu pengertian qiraat menurut pendapat al-Zarqani.

Al-Zarqani memberikan pengertian qiraat sebagai : “Suatu mazhab yang dianut oleh seorang

imam dari para imam qurra’ yang berbeza dengan yang lainnya dalam pengucapan al-Qur’an

al-Karim dengan kesesuaian riwayat dan thuruq darinya. Baik itu perbezaan dalam

pengucapan huruf-huruf ataupun pengucapan bentuknya.”

Ada beberapa kata kunci dalam membicarakan qiraat yang harus diketahui. Kata kunci

tersebut adalah qiraat, riwayat dan tariqah. Berikut ini akan dipaparkan pengetian dan

perbezaan antara qira’at dengan riwayat dan tariqah:

Qira’at adalah bacaan yang disandarkan kepada salah seorang imam dari qurra’ yang tujuh,

sepuluh atau empat belas; seperti qiraat Nafi’, qiraat Ibn Kasir, qiraat Ya’qub dan sebagainya.

Sedangkan Riwayat adalah bacaan yang disandarkan kepada salah seorang perawi dari para

qurra’ yang tujuh, sepuluh atau empat belas. Misalnya, Nafi’ mempunyai dua orang perawi,

iaitu Qalun dan Warsy, maka disebut dengan riwayat Qalun ‘anNafi’ atau riwayat Warsy ‘an

Nafi’.

Adapun yang dimaksud dengan tariqah adalah bacaan yang disandarkan kepada orang yang

mengambil qiraat dari periwayat qurra’ yang tujuh, sepuluh atau empat belas. Misalnya,

Warsy mempunyai dua murid iaitu al-Azraq dan al-Asbahani, maka disebut tariq al-Azraq ‘an

Warsy, atau riwayat Warsy min thariq al-Azraq. Boleh juga disebut dengan qiraat Nafi’ min

riwayati Warsy min tariq al-Azraq.( AF., Hasanuddin. 1995. )

Page 12: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Latar belakang institusi…cari sendiri ok….

TOKOH-TOKOH QIRAAT DAN KARYA ILMIAH

Perkembangan ilmu qiraat demikian pesatnya, sehingga memunculkan banyak tokoh-tokoh

ahli qiraat yang mengabadikan ilmunya dalam bentuk karya tulisan. Berikut dipaparkan

beberapa tokoh ahli qiraat dengan karya-karyanya:

(1) Makki bin Abu Thalib al-Qaisi, wafat pada tahun 437 HBeliau menyusun kitab : al-

Ibanah &lsqan Maquani al-Qiraat dan al-Kasyfu &lsquan Wujuuhi al-Qiraati al-

Sab’i wa lsq Ilaaliha

(2) Abdurrahman bin Ismail, yang lebih dikenal dengan nama Abu Syaamah, wafat pada

tahun 665 H. Beliau mengarang kitab :Ibraazu Maquani min Harzi al-Amani dan Syarah

Kitab al-Syatibiyah

(3) Ahmad bin Muhammad al-Dimyati. Wafat pada tahun 117 H. Beliau menyusun kitab :

Itafu Fudalai al-Basyari fi alqiraat al-Arbai Asyar

(4) Imam Muhammad al-Jazari, wafat pada tahun 832 H.Beliau menyusun kitab :Tahbir al-

Taisir fi al-Qiraat alAsyar min Tariiqi al-Syatibiyah wa al-Durrah

(5) Imam Ibn al-Jazari yang menyusun kitab : Taqrib al-Nasyar fi al-Qiraat alAsyar dan Al-

Nasyar fi al-Qiraat alAsyar

(6) Husain bin Ahmad bin Khalawaih, wafat pada tahun 370 H.Beliau menyusun kitab : al-

Hujjatufi Qiraat al-Sab’i dan Mukhtashar Syawaadzi al-Quran

(7) Imam Ahmad bin Musa bin Mujahid, wafat pada tahun 324 H.Beliau menyusun kitab :

Kitab al-Sab’ah

Page 13: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

(8) Imam Syatibi, wafat pada tahun 548 H. Beliau menyusun kitab : Harzu al-Amani wa

Wajhu al-Nahani &nash;Nazamfi Qiraat al-Sab’i

(9) Syaikh Ali al-Nawawi al-Shafaqisi yang menyusun kitab : Ghaitsu al-Nafi’ fi al-Qiraati

al-Sab’i

(10) Imam Abu Amr al-Dani, wafat pada tahun 444 H.Beliau menyusun kitab : al-Taysir fi

al-Qiraat al-Sab’i.

TOKOH IMAM IBN AL-JAZARI

Latar Belakang:

Nama sebenar beliau ialah Mohamed Ibn Mohamed Ibn Ali Ibn Yusuf al-Umri al-Dimasyqi

namun terkenal sebagai Ibn a-Jazari. Dilahirkan pada malam Sabtu 25 Ramadhan 751

Hijrah. Ayahnya seorang peniaga yang baik di Damsyik. Ibn a-Jazari telah memulakan

pengajian ilmu daripada ayahnya dalam bidang tajwid, hadis, fekah dan sebagainya(Khairul

Anuar:2007)

Semasa hayat beliau, kota Damsyik telah menjadi sebuah pusat keagamaan yang

mementingkan ilmu dan penulisan. Oleh itu, Ibn a-Jazari telah berada sebaris dengan

ulama-ulama seperti Ibn Kathir, Ibn Hajar, Ibn Qayyum dan lain-lain lagi. Sebahagian

daripada mereka adalah guru-guru Ibn a-Jazari sendiri.

Ibn a-Jazari telah menghafaz al-Quran seawal usia 13 tahun. Diantara guru yang memberi

tunjuk ajar dalam bidang tujuh Qiraat ialah Syeikh Abi Muhamed Abdul Wahab dan Syeikh

Ahmed Ibn Ibrahim Al-Tham.

Ketika berusia 17 tahun, Ibn a-Jazari telah menunaikan haji di Mekah. Beliau telah bertemu

dengan imam dan khatib Masjid Nabawi iaitu Abi Abdillah Mohamad Ibn Salih al-Khatib

melalui Kitab al-Taisir dan al-Kafi. Pada tahun 769 hijrah, Ibn a-Jazari telah bermusafir ke

Mekah dan berguru dengan Syeikh Abi Bakar Abdullah al-Jundi. Setelah selesai belajar,

beliau telah kembali ke tanah airnya sendiri.

Kerana ketekunan beliau dalam menuntut ilmu, bermusafir dari satu negeri ke satu negeri,

berguru dengan tokoh-tokoh terkenal, Ibn al-Jazari begitu mulia dan dipandang tinggi oleh

masyarakat semasa hidupnya dan selepas kematiannya. Keunggulan tokoh ini dibuktikan

dengan beberapa ijazah fatwa daripada Abu Fida Ismail Ibn Kathir, Diya al-Din al-

Qazuwaini, Syeikh al-Islam al-Bulaqimi.

Page 14: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

SUMBANGAN

Ibn al-Jazari semasa hidupnya telah membawa sumbangan yang besar kepada dunia Islam

seluruhnya.Beliau membahagikan qiraat kepada beberapa bahagian iaitu:

(a) Mutawatir : iaitu qiraat yang diriwayatkan oleh golongan yang ramai,dan dari

golongan yang ramai ini tidak ada kemungkinan untuk bersepakat berbohong

sebagaiman qiraat yang diriwayatkan oleh imam tujuh yang terkenal.

(b) Masyur : iaitu qiraat yang sahih ,diriwayatkan oleh seorang yang adil dan kuat

hafalannya serta dapat dipercayai sesuai dengan mushaf Uthmani dan sesuai pula

dengan kaedah-kaedah bahasa arab.

(c) Syadz : iaitu suatu qiraat yang tidak sahih sanadnya .

(d) Maudhu’ : iaitu suatu qiraat yang dibangsakan kepada orang yang mengucapnya

tanpa dasar ,seperti qiraat yang dikumpulkan oleh Muhammad bin Jaafar al Khazai’e

yang dibangsakan kepada Abu Hanifah.

(e) Mudraj : iaitu suatu bacaan yang ditambahkan dengan bentuk tafsir.

Selain itu,sumbangan beliau juga ialah di mana beliau pernah mengajar al-Quran di Janu’

Bani Umayyah, bertugas sebagai pakar rujuk di Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah, Adiliyyah dan

Turbah Umi al-Salih. Sebagai seorang penulis yang terkenal, tokoh ini telah berjaya

menulis beberapa buah buku yang terkenal iaitu Al-Nasyr Fi Al-Qiraat Al-Asyr, Taqrib Al-

Nasyr Fi Al-Qiraat Al-Asyr, Ghayah al-Nihayah Fi Tabaqat Al-Qurra,Tayyibah Al-Nasyr Fi

Qiraat Al-Asyr dan tulisan-tulisan yang lain.

Dalam membincangkan tentang ilmu Qiraat, Ibn al-Jazari telah memilih tiga orang qurra

tambahan selain 7 Qiraat yang muktabar. Nama-nama qurra terlibat ialah Abu Jaafar al-

Madani, Yaakub al-Hadrami dan Khalaf Ibn Hisyam. Ibn al. Akhirnya seorang tokoh ternama

ini telah wafat pada tahun 229 H(Khairul Anuar:2007 )

IMAM-IMAM QIRAAT

Page 15: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Page 16: ILMU QIRAAT 2009

MOHD ANWAR BIN AHMAD