bahan - laporan cheeseman 1946

27
Laporan Cheeseman 1946 Cheeseman menyedari beberapa masalah penyatuan bangsa yang mula menonjolkan isunya. Lantas Cheeseman melaporkan ... ada suatu masalah yang timbul daripada kepelbagaian kaum etnik: sebuah kelas di sekolah Inggeris itu ... mengandungi ... sebanyak sebelas bahasa yang berlainan yang dituturkan oleh murid- muridnya" (Cheeseman 1946:6-7). Beliau juga membuat beberapa pengamatan penting dan relevan mengenai isu pendidikan bahasa dan kesannya terhadap keadaan ekonomi rakyat. Pengamatan itu adalah: a. Tidak wujud sebuah bahasa vernakular yang boleh menjadi bahasa pengantar; b. Tanggungjawab kerajaan terhadap bahasa vernakular dan pendatang tidaklah mudah ditentukan; masalah ini meningkat apabila masyarakat pendatang mula menetap; c. Masyarakat pendatang (istimewanya Cina) lebih cenderung mengekalkan pandangan nasionalistik Cina, dan bekalan buku-buku teks sekolah dari negara Cina pada masa itu memperkukuh kecenderungan ini; d. Masyarakat bumiputera agak terkebelakang ... kerana masyarakat dagang dan pekerja pendatang telah membolot pekerjaan- pekerjaan yang lumayan di Semenanjung ... orang-orang Melayu agak terlalu miskin untuk masuk ke sekolah Inggeris" (Cheeseman, 1946: 160). Sekurang-kurangnya Cheeseman dapat melihat tiga isu penting, mundurnya pendidikan orang Melayu dalam bahasanya sendiri, masalah penyatuan kelompok-kelompok etnik, dan masalah bahasa pengantar. Laporan Barnes 1950 Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan

Upload: yana-suliman

Post on 29-Dec-2014

1.126 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

laporan cheeseman 1946

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Laporan Cheeseman 1946

Cheeseman menyedari beberapa masalah penyatuan bangsa yang mula menonjolkan isunya. Lantas Cheeseman melaporkan ... ada suatu masalah yang timbul daripada kepelbagaian kaum etnik: sebuah kelas di sekolah Inggeris itu ... mengandungi ... sebanyak sebelas bahasa yang berlainan yang dituturkan oleh murid-muridnya" (Cheeseman 1946:6-7). Beliau juga membuat beberapa pengamatan penting dan relevan mengenai isu pendidikan bahasa dan kesannya terhadap keadaan ekonomi rakyat. Pengamatan itu adalah:

a. Tidak wujud sebuah bahasa vernakular yang boleh menjadi bahasa pengantar;

b. Tanggungjawab kerajaan terhadap bahasa vernakular dan pendatang tidaklah mudah ditentukan; masalah ini meningkat apabila masyarakat pendatang mula menetap;

c. Masyarakat pendatang (istimewanya Cina) lebih cenderung mengekalkan pandangan nasionalistik Cina, dan bekalan buku-buku teks sekolah dari negara Cina pada masa itu memperkukuh kecenderungan ini;

d.  Masyarakat bumiputera agak terkebelakang ... kerana masyarakat dagang dan pekerja pendatang telah membolot pekerjaan-pekerjaan yang lumayan di Semenanjung ... orang-orang Melayu agak terlalu miskin untuk masuk ke sekolah Inggeris" (Cheeseman, 1946: 160).

Sekurang-kurangnya Cheeseman dapat melihat tiga isu penting, mundurnya pendidikan orang Melayu dalam bahasanya sendiri, masalah penyatuan kelompok-kelompok etnik, dan masalah bahasa pengantar.

Laporan Barnes 1950

Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan supaya kaum Melayu patut dibantu "... untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu, ... untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950).

Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat. Selain daripada cirinya yang multietnik itu, ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan itu adalah seperti berikut:

a. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada berbilang kaum etnik yang berumur antara enam hingga dua belas tahun;

b. Sistem itu juga bertujuan menghasilkan kanak-kanak yang dwibahasa, terdidik dalam bahasa Inggeris dan Melayu ... yang kemudiannya akan menyambung pengajiannya pada peringkat menengah dan tinggi dalam aliran Inggeris"  (Barnes, 1950: 20).

Page 2: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan, atau sekolah Melayu.  Dengan itu, Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan sudah memikirkan perkara yang agak serius terhadap pemersatuan bangsa melalui bahasa. Pada peringkat darjah tiga, "... bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu, dan akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua belas tahun ... sehingga mereka bolehlah menuturkan kedua-dua bahasa sesuai dengan umur mereka" (Barnes 1951).

Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah menggugurkan bahasa ibundanya, dan masuk ke sekolah Melayu, tetapi bukanlah sekolah Melayu dalam erti kata dahulu lagi. Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu sedar bahawa "cadangan sistem itu akan menjadi lemah, jika setiap kaum etnik Cina, India dan juga Melayu terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan daripada usaha kerajaan" (Barnes 1951).

Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa Cina. Isu ini menjadi hangat diperdebatkan dalam akhbar harian pada masa itu. Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu, guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga menentangnya dan menunjuk perasaan. Mereka menyedari bahawa perakuan itu juga akan membunuh bahasa Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris (Straits Budget, 18 Nov. 1952).

Laporan Fenn-Wu 1951

Jawatankuasa Fenn-Wu membuat pemerhatian bahawa "sesuatu kelompok yang hanya mahu mengekalkan budayanya, dan ketaatannya terletak di luar Malaya, tidak akan dapat berkhidmat dengan taatnya untuk Malaya."  Walau bagaimanapun, mereka menentang "sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah, yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya ..." (Fenn-Wu 1951).  Hasrat-hasrat ini, kalau dilihat lebih rapi akan didapati bertentangan. Mengecam ketaatan kepada negara Cina memanglah benar, tetapi memberi ketaatan kepada sebuah negara baru merupakan suatu hal lain. Mereka membuat pengamatan:

"Bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil merupakan bahasa pertama atau kedua bagi ramai rakyat Malaya.  Dan "telah pernah dihujahkan bahawa pemersatuan dapat dicapai walaupun wujud bahasa-bahasa yang berlainan ... Pada pihak lain pula, pernah dihujahkan, untuk mewujudkan pertalian kemasyarakatan, ekonomi dan politik, maka perlulah wujud sebuah bahasa perhubungan diwujudkan untuk menimbulkan pemersatuan rakyat Malaya" (Fenn-Wu 1951).

Walau bagaimanapun jelas, bahawa bahasa perhubungan yang dimaksudkan itu bukanlah bahasa Melayu. Ini jelas dalam ayat berikut, iaitu "... manusia yang menuturkan bahasa Inggeris telah menubuhkan negara-negara besar di seberang laut.  Jadi kami mencurigai kebijaksanaan Malaya untuk membina negara berdasarkan identiti sejarah dan politik yang berlainan daripada itu." (Fenn-Wu 1951). Pendirian mereka terhadap bahasa Melayu juga cukup jelas. Jawatankuasa itu "mengiktiraf bahasa Melayu itu patut dijadikan bahasa rasmi dan diwajibkan diajar di sekolah, dan patut dikaji oleh semua rakyat Malaya sebagai sebuah bahasa yang tersebar di kepulauan

Page 3: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Melayu, tetapi laporan itu tidak mengandungi perakuan untuk meletakkan bahasa Melayu itu pada taraf demikian.

Walaupun jawatankuasa itu mengatakan bahasa demikian boleh memberi sumbangan terhadap kefahaman antara kaum, dan jawatankuasa itu turut membuat perakuan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa perdagangan di Malaya ... dan di dunia ... dan pengajarannya hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah Cina.  Jawatankuasa itu juga menyimpulkan bahawa bahasa Cina itu merupakan sebuah bahasa besar di dunia "... dan bangsa-bangsa lain juga harus mendapat manfaat mempelajarinya" (Fenn-Wu 1951).  Jelas bahawa jawatankuasa itu tidak memberi tempat kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Cina di Malaya.

Laporan jawatankuasa itu, pada mulanya difikirkan agak bersimpati dengan bahasa Melayu kerana mereka berkata "... tidak ada yang dipertikaikan dengan kedwibahasaan.  Kami yakin bahawa pendidikan awal kanak-kanak ... perlulah dalam bahasa ibundanya. Mulai tahun ketiga, bahasa kedua (Inggeris) bolehlah diajarkan ... dan pada tahun kelima, mungkin bahasa ketiga pula (Bahasa Melayu) bolehlah diperkenalkan" (Fenn-Wu 1951).

Keengganan menerima bahasa Melayu itu agak ketara.  Mereka berkata "... bahasa Melayu itu agak mudah dipelajari dan sudah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan dengan murid-murid Melayu....  Jadi murid-murid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk berlajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya." Malah jawatankuasa itu memberi amaran "... bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman akan hanya menimbulkan ... perpecahan ... Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang bahasa ini mestilah dicari, bukan daripada iktibar sejarah, tetapi melalui persetujuan semua kaum etnik di Malaya." (Fenn-Wu 1951). Penyata Razak yang berikut banyak mengambil perhatian kepada Laporan Fenn-Wu itu.

Penyata Razak 1956

Jawatankuasa ini meletakkan asas sistem pendidikan Malaysia. Perhatian khusus sekali lagi ditumpukan kepada isu bahasa. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini adalah bagi menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.  Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956).  Ini bermaksud bahawa bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah.

Perlembagaan Malaya juga menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.  Bahasa Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk sepuluh tahun sehingga ia dapat menggantikan bahasa Inggeris dalam semua ranah sebagai bahasa rasmi tunggal.

Kedua, jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan bagi mewujudkan pandangan yang serupa.  Amalan lama yang menggunakan buku teks dari negara Cina dan India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga hendaklah dihentikan. Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap keperluan "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan, dan

Page 4: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini" (Penyata Razak 1956).

Pelaksanaan perakuan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal.  Walau bagaimanapun perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut.  Walaupun jelas banyak masalah dan kekurangannya, seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks, bilik darjah; guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits Budget, Okt. 18, 1956).

Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembengan pendidikan kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Buat pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri.

Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya.  Sekolah Kebangsaan tidak begitu popular di kalangan murid-murid bukan Melayu.  Hakikat bahawa kana-kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib (1960), yang menjadi asas Akta Pendidikan 1961.

Laporan Rahman Talib 1960

Jawatankuasa ini menyatakan semula tujuan yang sama sebagai objektif pendidikan kebangsaan. Laporan ini mementingkan pembentukan dasar pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum etnik di Malaysia dan pada masa yang sama mencuba memenuhi hasrat yang wajar bagi kumpulan-kumpulan besar budaya yang berada dalam negara ini.  Jawatankuasa itu cepat menyedari suatu hal yang tidak sejajar dengan kepentingan negara. "Adalah tidak sejajar dengan dasar kebangsaan untuk mewujudkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara, dengan memperluas dan memperkekal suatu jurang bahasa dan kaum etnik di dalam sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan" (Laporan Rahman 1961).

Laporan itu memperakukan "... pendidikan pada peringkat menengah yang dibiayai oleh kerajaan hendaklah dikendalikan dalam salah satu daripada bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) dengan matlamat menggunakan Bahasa Kebangsaan (iaitu bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama, tetapi bahasa dan kesusasteraan lain boleh juga diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah aliran yang sama" (Laporan Rahman 1961).

Peruntukan ini dibentuk untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Suatu dasar dwibahasa yang pragmatis dan saksama perlulah diwujudkan.  Walau bagaimanapun, keperluan ini hendaklah mengambil kira dasar yang mahu menyatukan penduduk berbagai golongan etnik ini.

Pendidikan di Malaysia (Hussein Onn) 1971

Page 5: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Sekali lagi pada tahun 1971 Menteri Pelajaran Malaysia mengkaji semula dasar pendidikan negara, dan hasilnya agak menggalakkan. Tujuan utama dasar itu adalah menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dan ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Pendidikan menengah dalam sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. "Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan negara dan meningkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik ... yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama" (Hussein Onn 1971).

Oleh sebab itu, mulai tahun 1968, bahasa Melayu mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.

Salah satu daripada tugas yang paling berat adalah melatih semula guru-guru supaya dapat mengajar dalam bahasa Melayu.  Usaha ini bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1973, dan seramai 5,600 guru dapat dilatih semula. Sebagai persiapan lanjut seramai 10,500 orang guru sekolah menengah juga dilatih semula pada tahun 1979.

Semenjak Penyata Razak 1956 diterima, perubahan-perubahan sudah berlaku secara berterusan. Penyata Razak mengetahui betapa pentingnya sebuah bahasa pengatar dalam pembinaan negara.  Namun, kemajuan agak perlahan kerana masalah guru dan buku teks. Dengan itu, pada tahun 1955 Maktab Bahasa ditubuhkan bagin menyelesaikan masalah guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1957 untuk menyelesaikan hal kedua.

Pengubahan Rekolah Rendah Inggeris menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (Melayu) bermula pada tahun 1967. Beberapa matapelajaran yang kurang memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi mula didsampaikan dalam bahasa Melayu, seperti Pendidikan Jasmani, Seni dan Kerja Tangan, Pengajian Tempatan dan Muzik, dan diikuti dengan matapelajaran lain seperti Sejarah, Geografi, Matematik dan Sains; lama-kelamaan semua matapelajaran dapat disampaikan dalam bahasa Melayu, melainkan bahasa Inggeris.

Proses mengubah bahasa pengantar ini meningkat ke sekolah menengah dan juga pengajian tinggi secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini, pengajian dalam Bahasa Kebangsaan wujud dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi.

Mungkin ramai yang memikirkan bahawa pendidikan Cina dan Tamil dihapuskan. Sebenarnya ini tidak menjadi matlamat dasar pendidikan negara.  Dasar pendidikan negara memang mengekalkan pendidikan kebangsaan aliran Cina dan Tamil pada peringkat rendah.  Tetapi pendidikan menengah yang masih meneruskan penyampaian dalam bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan juga dibenarkan wujud, tetapi tanpa biaya kerajaan.

Menurut Stedman, masih terdapat enam puluh buah sekolah menengah Cina persendirian yang mendaftarkan seramai 45,000 orang pelajar dan bilangan ini semakin bertambah (Stedman 1986:28).

Mungkin pada saat ini perlu kita menumpukan perhatian kepada suatu isu penting dalam sistem pendidikan kebangsaan, iaitu, taraf bahasa Inggeris. "Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di

Page 6: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

semua sekolah kerana  kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan juga perdagangan dan juga dalam hal ehwal antarabangsa"  (Hussein Onn 1971). Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan.  Tempoh masa untuk mengajar Bahasa Inggeris ditingkatkan dan guru diberi latihan lanjut untuk membolehkan hasil yang lebih baik dicapai. Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa kedua negara.  Sebenarnya penguasaan bahasa Inggeris menjadi syarat penting bagi pelajar universiti, kolej dan politeknik.

Laporan Kabinet (Mahathir) 1985

Sekali lagi pada tahun 1985 sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya. Jawatankuasa itu memperteguh semula peruntukan dalam Laporan 1956 dan 1960. Ia juga melaporkan perkembangan yang positif dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Laporan itu juga memperkukuh kemajuan sistem pendidikan kebangsaan bagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. "Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah ditujukan bagi mempersatu berbagai penduduk dalam negara (di samping menjadikannya) bahasa untuk memperoleh ilmu.

Sejajar dengan hasrat ini bahasa Melayu dijadikan matapelajaran wajib di sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan bahasa Melayu menjadi syarat wajib bagi mendapat sijil-sijil tertentu peperiksaan pada beberapa peringkat pendidikan (Laporan Kabinet - Mahathir, 1985).

Sebelum mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar terpenting bagi semua aliran, iaitu bahasa perantara untuk perhubungan kelas menengah dan atasan. Pada masa ini taraf dan fungsinya berubah. Sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kedua, pembelajaran bahasa Inggeris mempunyai dua tujuan; "pertama, untuk membolehkan murid-murid itu menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya, dan kedua untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi" (Laporan Kabinet - Mahathir 1985). Oleh sebab itu, universiti-universiti di Malaysia memperkemas matapelajaran ini di peringkat universiti dan pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus peperiksaan bahasa Inggeris sebagai satu matapelajaran pada peringkat-peringkat tertentu.

MEMBINA SUATU PANDANGAN BERSAMA

Hasil perancangan bahasa yang berjalan selama tiga puluh tahun ini mengakibatkan hanya tiga jenis sekolah masih wujud diMalaysia. Kesemuanya menggunakan sukatan pelajaran yang samadengan matlamat kebangsaan yang sama, tetapi mempunyai bahasa pengantar yang berlainan. Pendidikan rendah ditawarkan dalam tiga bahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil. Ini memberi pilihan yang seluas-luasnya, iaitu ibu bapa bolehlah menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut aliran bahasa yang dikehendaki bagi meneruskan tradisi dan budaya masing-masing. Walau bagaimanapun mereka diharapkan dapat bersatu dalam sekolah kebangsaan aliran bahasa Malaysia pada peringkat memembina negara.  Semangat tolak ansurdan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat sebagai yangdiajukan oleh Razak pada tahun 1956 itu memang dipatuhi oleh negara. Walau bagaimanapun, kemajuan yang berlaku tidaklah sepesat yang mungkin diharapkan, dan ini juga tidak bermakna bahawa segala-galanya berjalan lancar.

Page 7: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan dalam Penyata Razak (1956) mengenai pendidikan bahasa, dengan mengambilkira perakuan-perakuan dalam hal yang sama dalam laporan-laporan berikut. Banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu diselesaikan, dan ini telah dapat diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira kesensitifan setiap kaum.  Pada satu pihak kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya tidak mengorbankan tujuan pertama tadi. Agak sukar mencari penyelesaian kepada masalah begini. Dengan ini, satu masa selama tiga puluh tahun berlalu sebelum sebuah dasar seperti yang dilaksanakan sekarang wujud untuk melahirkan sistem pendidikan dwibahasa yang kitamahukan.

Oleh sebab itu Malaysia ini, pendidikan boleh diperolehi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya dari sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi.  Kita tidak lagi perlu mengajar sebuah bahasa asing untuk membolehkan anak©anak kita mendapat pendidikan.

Dalam melihat keberkesanan dasar pendidikan bahasa negara dalam pelaksanaannya sekarang akan dilihat melalui beberapa penyelidikan yang telah saya lakukan dengan disokong dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh penyelidik lain. Kajian ini dilaporkan dengan tujuan untuk melihat setakat mana kejayaan yangtercapai dan permasalahan yang masih wujud.

POLA-POLA KEDWIBAHSAAN

Pola-pola kedwibahasaan ini dikaji dengan agak baik oleh Gaudart (1985) dalam disertasi kedoktorannya "A Descriptive Study of Bilingual Education in Malaysia".  Daripada kajian tersebut terlihat beberapa pola kedwibahasaan ataupun 'ketribahasaan' yang berlaku dalam sistem pendidikan di kalangan murid-murid sekolah Malaysia.

Tinjauan ini didasarkan kepada bahasa pengantar yang digunakan pada peringkat-peringkat pengajian rendah, menengah dan tinggi. Dengan penyesuaian, huraian ini digunakan dalam mengenalpastipola-pola kedwibahasaan di kalangan lima puluh dua orang pelajar Malaysia di Ohio University pada bulan Januari 1989.  Hasilnya menunjukkan suatu pola yang berbagai-bagai.  Sekurang-kurangnya ada lima pola kedwibahasaan dan ketribahasaan dalam pendidikan yang timbul, iaitu:

Pola I: Melayu-Melayu-Inggeris (29),

Pola II: Inggeris-Inggeris-Inggeris (8),

Pola III: Mandarin-Melayu-Inggeris (6),

Pola IV: Mandarin-Mandarin-Inggeris (4), dan Pola

V: Mandarin-Inggeris-Inggeris (5).

Page 8: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Menurut kelompok-kelompok dalam pola-pola ini, kemahiran dan sikap pelajar-pelajar ini ditinjau untuk menentukan kefasihan mereka berbahasa Malaysia dan juga sejauh manakah mereka menghayati bahasa Malaysia tersebut.  Definisi 'penghayatan' Teo Kok Seong yang memberatkan "aspek-aspek bukan linguistik"(1989: 49-63) tidaklah sesuai di sini. Di sini penghayatan menuntut penerimaan dan penguasaan aspek-aspek bahasa juga dipentingkan.

Kajian ini tidaklah boleh dikatakan dapat mewakili seluruh keadaan di Malaysia. Jilalau sebuah kajian dilakukan untuk seluruh negara, maka suatu gambaran yang lebih kompleks akan timbul. Kajian ini hanya merupakan suatu gambaran sebahagian daripada pola-pola kedwibahasaan pendidikan bahasa di Malaysia. Dalampola-pola yang kelihatan ini, pola III adalah pola peralihan yang melibatkan pelajar-pelajar Sarawak.  Dalam negeri ini bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa pengantar sehingga akhir-akhir ini.

Sebenarnya negeri ini sepuluh tahun ke belakang dalam pelaksanaan bahasa Malaysia.  Jadi pelajar-pelajarnya masih mengikuti pendidikan dalam bahasa Inggeris hingga ke peringkat universiti, walaupun sekarang negeri ini juga sudah sama is (lebih-lebih lagi melalui institusi pengajian swasta).

Daripada kajian kecil yang dilakukan ini kepelbagaian sikap terhadap bahasa dan bahasa kebangsaan dapat dilihat. Suatu set soalan ditanyakan untuk menentukan; 1. Ranah penggunaan bahasa Melayu, 2. Pendapat sama ada bahasa Melayu akan dapat mempersatu rakyat, dan 3. Bahasa yang mereka mahu pelajari dan kuasai sekiranya mereka perlu menjadi dwibahasa dan tribahasa.ÌKesemua 23 orang pelajar Melayu yang dikaji memberi tindakbalas yang agak seragam terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Kesemuanya menggunakan bahasa Melayu di kalangan keluarga, rakan, kerja dan jual beli. Mereka juga dapat menggunakan bahasa Melayu basahan dan baku dengan sesiapa saja yang mereka kehendaki atau perlui. Kesemua mereka yakin bahawa bahasa Melayu patut dipelajari olehsemua rakyat Malaysia untuk perpaduan. ÌSekiranya mereka perlu menjadi dwibahasa, maka pilihanmereka ialah bahasa Melayu dan Inggeris, dan sekiranyamereka dikehendaki menjadi tribahasa, maka bahasa ketigamereka ialah Arab; dan ada seorang yang memilih bahasaPerancis dan seorang bahasa Jepun menggantikan bahasa Arab. Agak penting dilihat bahawa bahasa Inggeris selalu mendapattempat dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa.  Ini dapatdisimpulkan dengan mudah kerana nilai ekonomi bahasaInggeris tersebut tinggi.  Agak penting juga untuk difahamibahawa tidak ada pelajar yang memilih bahasa Mandarin,walaupun kita menganggap bahawa mungkin akan timbul kemahuandemikian demi keperluan pemersatuan rakyat, dan jugakepentingannya sebagai bahasa perdagangan.  Pemeringkatan

Page 9: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

bahasa Arab sebagai bahasa ketiga tidak juga menimbulkansebarang isu penting.  Sudah sewajarnya demikian kerana, selain daripada beberapa ungkapan umum yang mantap, bahasa Arab tidaklah banyak digunakan di luar keperluan agama.  Tidak juga timbul suatu kemungkinan bahasa Arab itu akan menggantikan bahasa Melayu dalam bidang kekeluargaan, perniagaan dan sebagainya;Ì2.  Keenam-enam pelajar bukan Melayu dalam pola ini jugamemberi tindakbalas yang hampir sama.  Mereka menerimapendidikan rendah dan menengah dalam bahasa Melayu, dandaripada kajian yang dijalankan juga terdapat bahawa rakandan ibu bapanya juga datang dari masyarakat bahasa yangsama.  Dapat dilihat sedikit pergeseran di dalam penggunaanbahasa; bahasa Melayu mula digunakan dengan agak meluasdalam bidang pergaulan dengan rakan-rakan.  Mereka juga agakmenyetujui pernyataan bahawa bahasa Melayu itu akan dapatberfungsi sebagai pemersatu bangsa.  Mereka memilih bahasaMandarin dan Melayu, dan Mandarin; Melayu dan Inggerisapabila ditanya tentang pemilihan bahasa mereka kalau mahumenjadi dwibahasa dan tribahasa.  Dua orang daripada merekameletakkan bahasa Melayu sebagai pilihan pertama.      Tindakbalas seperti ini tidak dapat sewenang-wenangnyadikatakan mewakili seluruh negara.  Sekirannya rakyat yanglebih ramai dikaji, gambaran ini dapat diduga menjadi lebihberbagai;

3.  Dalam pola II terdapat 8 orang pelajar yang menerimapendidikan mereka secara keseluruhan dalam bahasa Inggeris. Mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam semua ranahpenggunaan bahasa, berpindah menggunakan bahasa kandungnyadalam bidang kekeluargaan dan pergaulan.  Tindakbalas merekaagak berbeza-beza mengenai fungsi bahasa kebangsaan sebagaibahasa pemersatu; setengah bersetuju dan yang selebihnyatidak setuju.  Pilihan mereka tentang bahasa dalam keadaandwibahasa dan tribahasa agak sejajar dengan pendapat merekamengenai fungsi bahasa sebagai alat pemersatu.  Mereka yangtidak mempercayai bahasa Melayu itu boleh menjadi alatpemersatu itu tidak menganggap bahasa Melayu itu penting,lantas memilih bahasa Inggeris, Jepun dan Perancis sebagaibahasa yang mereka mahu kuasai dalam keadaan dwibahasa dantribahasa.  Sikap mereka yang tidak bersimpati dengan bahasaMelayu ini mungkin boleh kita lihat dari sebab bahawa merekatelah mendapat pendidikan seluruh atau sebahagian besarnyadalam bahasa Inggeris, dan rasa a

ua tidak bersetuju dan seorang tidak percaya bahasa mempunyai

Page 10: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

sebarang kesan dalam hal ini.  Walau bagaimanapun kesemuanyamenerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau ketigadalam keadaan dwibahasa dan tribahasa; dan rentetannyaberubah-ubah daripada pelajar ke pelajar

5.  Pelajar-pelajar dalam pola IV yang menerima pendidikanrendah dalam bahasa Mandarin dan menengah dalam bahasaInggeris agak memandang sepi terhadap bahasa Melayu.  Merekatidak banyak atau tidak langsung menggunakan bahasa Melayudi dalam ranah persahabatan, keluarga atau pekerjaan. Mereka juga tidak mempercayai yang bahasa Melayu dapatmempersatu rakyat.  Kesemuanya memilih bahasa Inggeris,Mandarin dan Jepun dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa. Ada seorang yang meletakkan bahasa Melayu pada tempatketiga.  Agak menarik juga kalau dilihat bahawa tidakseorangpun daripada mereka meletakkan bahasa Mandarinsebagai pilihan pertama.  Malah penulis juga merasa bahawamungkin akan ada juga orang Melayu yang akan meletakkanbahasa Inggeris pada kedudukan pilihan pertama sekiranyamereka hanya berpendidikan Inggeris.  Dalam hal ini, bahasaInggeris memberi saingan yang agak kuat kepada bahasakebangsaan;Ì6.  Mungkin kita akan menganggap bahawa pelajar dalam polaV, yang menerima pendidikan rendah dan menengah dalam bahasaMandarin untuk menunjukkan sikap yang paling negatifterhadap bahasa kebangsaan.  Dapatan Teo Kok Seong (1986 dan 1989) juga menunjukkan ciri-ciri yang sama, namun, penulis tidaklah perlu membuat kesimpulan yang sama.  Kajian inimenunjukkan bahawa pendirian dan sikap mereka agaksederhana.  Hanya seorang daripada mereka yang tidak percayabahasa Melayu boleh mempersatu rakyat, dan yang lainnyamemberi jawapan 'mungkin', bermakna mereka tidak menolakkemungkinan bahasa Melayu itu boleh menjadi bahasa pemersaturakyat.  Mungkin juga kita dapat melihat bahawa pendirianbegini agak munasabah.  Memang kita telah banyak mencapaikejayaan dan kemajuan dalam mempersatu rakyat melalui bahasakebangsaan, tetapi masih banyak yang perlu kita buat untukmencapai matlamat ini.  Mereka juga menyatakan bahawa merekaada menggunakan bahasa Melayu dalam ranah rasmi,persahabatan dan jual beli.  Bahasa Melayu timbul sebagaipilihan kedua dan ketiga dalam keadaan dwibahasa dantribahasa. 

Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak pernah dipilihsebagai bahasa pertama dari segi kepentingannya.  Namun demikian,ini dapat dikatakan sebagai suatu kejayaan dalam pelaksanaan

Page 11: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

dasar pendidikan bahasa untuk melahirkan suatu sikap kebangsaanyang seragam.  Sikap begini yang timbul daripada suatu keadaanrakyat yang berbagai-bagai golongan etnik dan bahasa adalah suatukemajuan, walaupun tidak dapat dianggap besar.Kita dapat mengenali beberapa pola tertentu dalamtindakbalas pelajar menurut latar belakang bahasa yang digunakansebagai pengantar dalam pendidikannya pada tahap sekolah rendahdan menengah.  Namun, kita tidaklah dapat membuat kesimpulan inisecara muktamat sehingga kajian yang meliputi bilangan respondenyang lebih ramai dijalankan.  Pelajar Melayu agak segaram dalamtindakbalas mereka mengatakan bahawa bahasa Melayu itu perludipelajari oleh semua kerana ia adalah bahasa kebangsaan, dan iniboleh menimbulkan pemersatuan.  Mereka yang mempunyai latarpendidikan bahasa yang berbagai juga menerima hakikat bahawabahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan, walaupun mereka agakragu tentang keberkesanan fungsinya sebagai pemersatu rakyat. Tetapi mereka yang menerima pendidikan seluruhnya dalam bahasaInggeris tidaklah begitu bersimpati dengan bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan dan falsafah menggunakan bahasa Melayu sebagaibahasa pemersatu.Hasil kajian ini tidaklah boleh dianggap sebagai muktamad. Penemuannya akan menjadi berlainan sekiranya bilangan respondenyang lebih ramai dikaji.  Walau bagaimanapun, daripada gambaranlakar yang didapati daripada kajian ini, kita tidak dapat menolakhakikat bahawa kita perlu berfikir secara serius sama adapengalaman yang begitu berbagai-bagai dalam pengmengkhuatiri kebijaksanaan dasar bahasa dalam pendidikan untuk menjadi alat pemersatu dalam membina sesuatu negara.  Malangnya kebanyakan kritikan ini dating dari satu golongan penduduk saja iaitu umumnya masyarakat Cina. Ada ahli masyarakat Cina yang mengkhuartiri dasar bahasa kebangsaan itu, dan kadang-kadang pernyataan mereka itu menyebabkan kita berfikir apakah isu sebenar yang dibangkitkanitu.  Misalnya Kua Kia Soong membangkitkan persoalan "Kami menerima bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa kebangsaan untuk digunakan sebagai bahasa perantara masyarakat kita yang berbilang (golongan) etnik.  Walau bagaimanapun ... bahasa Malaysia (Melayu) itu mestilah jangan digunakan untuk memaksa pengasimilasian bahasa ..." Pada halaman yang sama juga dia menyuarakan bahawa "... bahawa bahasa rakyat kita yang berlainan itu adalah sama tarafnya, mempunyai maruah yang sama dan mesti diberi penghormatan yang sama, dan mesti diberi kebebasan untuk digunakan di semua lingkungan ..." (1987: 124).  Pernyataanseperti ini juga telah jauh meninggalkan semangat kedwibahasaan dan ketribahasaan yang diajukan oleh Fenn-Wu, yang mengatakan bahawa mana-mana kaum yang semata-mata mahu memajukan satu bahasa dan budaya itu akan menghalang pemersatuan rakyat.  Perlembagaan kita tidak menghalang penggunaan bahasa-bahasa lain di samping bahasa kebangsaan.  Memanglah tujuan kita hendak mewujudkan hanya satu bahasa kebangsaan di samping membolehkan bahasa dan budaya lain dikekalkan.  Memberi taraf yang sama kepada semua bahasa dalam konteks ini adalah tidak wajar dan tidak mungkin.  Bahasa-bahasa lain daripada bahasa Melayu memang luas dipergunakan di Malaysia dan ini tidak memerlukan kajian lanjut dan mendalam.  Seorang

Page 12: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

pelancong saja akan dapat melihat dan merasai betapa bebas danluasnya bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Cina digunakan diMalaysia.  Masyarakatnya tetap berbahasa Cina, media massanyapenuh dengan tulisan Cina, nama-nama perniagaan dan lain-lainmasih mengekalkan nama Cina.  Malah pelancong yang tidak melihatdaerah luar bandar tidak akan merasakan perbezaan antara negaraini dengan Hong Kong atau Taiwan.  Wujudnya bahasa kebangsaantidak sedikitpun mengurangkan peranan bahasa-bahasa minoriti laindi ranah-ranah tertentu.  Malah Noss (1984) mengatakan keadaan'tidak rasmi' ini memberi kedudukan yang lebih kukuh kepadabahasa-bahasa Cina dan Tamil.  Ia memperlengkap fungsi bahasarasmi dalam ranah bahasa rasmi tersebut tidak berfungsi dengankuat.  Dalam pengumuman rasmi dan sebagainya, bahasa-bahasaMandarin dan Tamil digunakan untuk membolehkan rakyat semuamemahami perutusan yang disampaikan.  Dengan kata lain, tidak ada sebarang tekanan dan sekatan yang dikenakan kepada bahasa Tamil dan Cina dalam semua ranah melainkan urusan rasmi seperti yang diimplikasikan oleh Kua Kia Soong.

Artikel 21(2)     Kedua, salah satu daripada ceraian Akta Pelajaran 1961 yang kerap dibangkitkan oleh kaum Cina ialah Artikel 21(2):

"Sekiranya Menteri Pendidikan berpuas hati/berpendapat bahawa sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan sesuai diubahmenjadi sekolah rendah kebangsaan (Melayu), dia bolehlahmengarahkan sekolah itu menjadi sekolah rendah jeniskebangsaan". (Akta Pendidikan 1961, No. 43).

Artikel ini seterusnya menjadi isu yang menimbulkankebimbangan kaum Cina.  Walaupun kuasa ini tidak pernah digunakanoleh Menteri Pendidikan, keresahan dan ketakutan masyarakat Cinaitu sentiasa kekal.  Tetapi bagi mereka, wujudnya artikeldemikian, walaupun ada kebaikannya, masih merupakan suatu ancamankepada penerusan tradisi Cina.  "Walaupun sebuah kajian semula,tetapi pengekalan artikel in menjadi sumber keresahan yang amatsangat kepada masyarakat Cina" (David Chua, 1988:63).  Dipandangdari segi lain, rungutan ini mencerminkan kesungguhan masyarakat

Cina untuk mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina.  Dalamhasrat kita untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa dalampendidikan, tindakan negatif ini mungkin akan merupakan halangan.

Peluang Pendidikan TinggiDalam pengamatan umum negara dapat memenuhi permintaan pendudukdalam pendidikan.  Walau bagaimanapun pendidikan tinggi terusmenjadi masalah.  Permintaan yang berganda bagi pendidikan tinggi

Page 13: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

telah menyebabkan kekurangan tempat di pusat-pusat pengajiantinggi.  Hanya 10% pelajar daripada semua kaum dapat melanjutkanpengajiannya ke pusat pengajian tinggi.  Oleh sebab permintaanyang mendadak, maka sistem kuota terpaksa dilaksanakan untukmenjamin hak setiap kaum.  Kaum Cina yang dahulunya mendapatserba kemudahan untuk belajar terpaksalah mengongsi peluangmereka dengan kaum Melayu dan India.  Walaupun peratus pelajarCina yang masuk ke universiti itu berkurangan tetapi jumlahsebenarnya adalah bertambah.  Tambahan pula, jelas bahawa isu initidak perlu berbangkit kerana pendidikan bukanlah hak satu-satukaum saja.

Universiti MerdekaSuatu isu panas yang pernah timbul dulu ialah mengenai permintaanmasyarakat Cina untuk menubuhkan sebuah universiti swasta,Universiti Merdeka.  Walaupun universiti ini tidak semestinyamenggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar, atau untukmasyarakat Cina saja, tetapi pada asalnya mungkin konsepnyaberlainan.  Wujudnya suatu konsep demikian tidaklah begitu bersesuaian dengan matlamat pemersatuan bangsa Malaysia melalui satu bahasa kebangsaan.  Tindakan yang diambil oleh kerajaan Singapura untuk menggabungkan Universiti Nanyang (1980) dengan Universiti Singapura dan menubuhkan suatu universiti baru The National University of Singapore yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah suatu cara lain untuk membangunsuatu bangsa melalui satu bahasa neutral.  Ternyata dalam halini, walaupun kaum Cina merupakan majoriti di Singapura, bahasaMandarin tidak difikirkan boleh melaksanakan fungsi pemersatu dankemajuan ekonomi di Singapura.  Sedikit sebanyak, tindakanSingapura ini membantu keadaan di Malaysia untuk menghilangkankepelbagaian bahasa.  Namun demikian, isu ini belumlah selesai.  Pergelutan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris masihberterusan dan sebenarnya semakin sengit.  Dekad 90-an ini akanmenentukan arah dan taraf bahasa Melayu itu dengan lebih jelaslagi.  Nilai yang lebih tinggi yang diberikan kepada bahasaInggeris di semua pihak, kerajaan dan swasta, memberi kedudukanyang istimewa kepada bahasa Inggeris dalam pendidikan.  Walaupundalam sistem pendidikan kebangsaan pendidikan aliran Inggeristelah seluruhnya ditukar kepada bahasa Malaysia, tetapi kedudukanbahasa Inggeris dalam bidang ini masih mendapat permintaan dansokongan yang tinggi, dan akibatnya pendidikan Inggeris masihbertapak kuat, malah semakin membiak.  Kadang-kadang kita akanmerasa hairan, kenapa sebuah universiti swasta seperti UniversitiMerdeka mendapat tentangan yang hebat.  Tetapi, universiti kembarsudah beberapa buah ditubuhkan (Kolej Damansara Utama, Kolej Tunku Abdul Rahman, ITM-KPP, MARA, Sunway College, Rima Colllege, Kolej Disted dan beberapa buah lagi) dan menjalankan pengajian seluruhnya dalam bahasa Inggeris.  Kita dapat melihat betapa penting

Page 14: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

dan besarnya peranan institusi seperti ini dalam menambahtempat bagi semua pihak, lebih-lebih lagi bagi kaum berada, untukmendapat pendidikan universiti.  Walau bagaimanapun, dari segiperancangan bahasa, hakikat untuk membangun sebuah negara barumelalu satu bahasa akan tercabar hebat apabila bertentangandengan bahasa Inggeris.Bahasa Inggeris adalah amat penting, dan harus dijadikanmilik oleh semua pihak demi kepentingan negara.  Tetapi sama adabahasa tersebut perlu kita perkembangkan sehingga menyingkirkanbahasa kebangsaan kita, adalah suatu isu pokok.  Kita memangtidak ragu menerima hakikat ini, walau bagaimanapun, adakahtindak-tanduk kita selaras dengan matlamat ini.

Budaya CinaDalam sebuah penerbitan MCA, "The Future of Malaysian Chinese” olehLing Liong Sik dan rakan-rakan (1988), terdapat sebuah bab yangditumpukan kepada pendidikan dan kebudayaan.  Penulisnya, DavidChua menyatakan kesedihannya "... generasi muda Cina ... tidaklagi menguasai bahasa Cina dengan cukup mendalam bagi menikmatikehalusan-kehalusan budaya Cina, bagaimanakah mereka dapatdiharapkan untuk memajukannya" (1988:59).  Dalam hal ini kitamungkin dapat melihat perubahan dua arah.  Ada benarnya kalaukita mengatakan bahawa kejayaan sistem pendidikan bahasa negara itu telah menimbulkan keadaan begini di kalangan masyarakat Cina.  Malah, ini juga berlaku, mungkin dengan lebih hebat lagi semasa bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan.  Dan bahasa Melayu sekarang mengubah kecenderungan dari bahasa Inggeris ke b

Suatu perkembangan dalam hal ini yang seharusnya tidak patutkita perkecilkan ialah perkembangan yang sudah berlaku dikalangan kaum Cina Baba.  Mereka telah mula mengasimilasikan dirikembali dengan kaum Cina yang baru datang, dan menCinakan kembalidiri mereka, walhal mereka sudah menjadi sebati dengan budaya danbahasa negara ini.  Sebenarnya ini bukan suatu gejala yang khususberlaku di kalangan masyarakat demikian di Malaysia saja.  Iniadalah suatu ciri umum.  Pendatang Yunani, Itali, Spanyol yangtelah lama bermastautin di Amerika Syarikat juga menunjukkankecenderungan yang sama.  Umumnya generasi kedua dan ketiga telahmengalami pergeseran bahasa dan mula menganut bahasa Inggeris. Namun demikian, percubaan untuk emngekalkan bahasa dan budayamereka timbul kembali dengan tibanya kedatangan pendatang baru dari negeri dan budaya yang sama (Ferguson et al., 1981).

Masyarakat IndiaUmumnya masyarakat India tidak menunjukkan tentangan yang hebat terhadap isu bahasa ini.  Sejak Laporan Cheeseman pada tahun 1946hinggalah Laporan Kabinet 1981, masyarakat India menerima saja

Page 15: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

perubahan demikian.  Mungkin juga ini disebabkan oleh tarafbahasa Tamil tidak pernah penting dalam sistem pendidikan,pentadbiran dan ekonomi negara.  Oleh itu tidak ada isu yang mehudipertahankan.  Lagipun, bilangan masyarakat India itu tidakbegitu ramai dan terbahagi pula kepada dua belas bahasa yangberlainan, jadi setiap bahasa itu tidak begitu ramai pendukungnyabagi menimbulkan isu yang boleh dipertahankan. 

MASA DEPANMalaysia, kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran mempunyaikomposisi penduduk yang berlainan, namun demikian banyakmasalahnya agak sama.  Jadi apa yang dilakukan oleh negara jirandalam mengatasi masalah yang sama itu mungkin juga kitaperhatikan sebagai iktibar dalam meneliti dan menilai dasar sertakeberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa negara kita.Malaysia telah melaksanakan dasar yang agak liberal dalamhal ini untuk menerima dan melayani permintaan rakyatnya yangberbagai dan masing-masing dengan aspirasi yang berlainan didalam suatu kerangka dasar pendidikan negara.  Memanglah perlubagi Malaysia mengurangkan jurang kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaannya.  Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dalam jangka masa tiga puluh tahun yang lalu telah membawa banyak perubahan terhadap sistem pendidikan Malaysia.  Dari sebuah sistem pendidkan yang menggunakan empat buah bahasa pengantar; Inggeris, bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil telah dikurangkan kepada tiga saja denganbahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.  Walaupun sistempendidikan Mandarin dan Tamil tidak dihapuskan, tetapi hanyapendidikan rendah yang ditaja oleh kerajaan.  Pendidikan menengahdan tinggi dalam bahasa Mandarin dan Inggeris, walaupun tidakdihalang, tetapi kerajaan tidaklah membiayainya. Dengan itu, paraibu bapa masih mempunyai hak untuk memilih bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut bahasa kandung masing-masing(walaupun Mandarin itu bukanlah bahasa kandung sebarangmasyarakat Cina di Malaysia).  Kalau mereka ingin meneruskanpengajian anaknya dalam bahasa yang sama, mereka masih lagi bolehberbuat demikian dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta, atau ke seberang laut.  Walaupun dasar ini tidakdapat dikatakan drastik atau tegas dalam melaksanakan sistempendidikan kebangsaan seperti yang berlaku dalam negara-negarajiran, tetapi ternyata dasar pendidikan negara kita agak liberalwalaupun masyarakat Cina dan India yang tinggal di Malaysia inimenganggapnya terlalu keras.  Keliberalan dasar pendidikannegara, malah sesetengah pihak menganggapnya sebagai kelemahan,adalah terletak pada sifatnya yang liberal itu.  Negara-negaraAsia Tenggara lain tidak seliberal demikian terhadap bahasa Cina dan India menyebabkan bahasa tidak menjadi soal besar dalam politik bahasa dan pendidikan mereka.  Indonesia mengharamkan sekolah Cina pada tahun 1959 dan ternyata sekarang isu pendidikan bahasa

Page 16: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

negara tidak timbul lagi.  Thailand meningkatkan sekolahkebangsaan mereka, dan tidak menggalakkan sekolah Cina danMelayu, sehinggakan sekolah kebangsaan dapat menyerap sekolah-sekolah Cina dan Melayu tersebut.  Filipina tidak menganggapsekolah-sekolah Cina sebagai suatu saingan kerana bilangannyayang kecil serta penekanan yang berlebihan diberi kepada bahasaInggeris yang juga diterima oleh masyarakat Cina, sehinggakansekolah-sekolah Cina tidaklah menjadi isu.  Singapurameningkatkan sekolah Inggeris dengan berbagai-bagai kemudahan dankelebihan menyebabkan sekolah-sekolah aliran Cina tidak menarikdan lenyap sebagai isu dalam pendidikan negara.  Keperluan bahasaitu pula ditampung dengan baik dalam sistem pendidikan bahasaInggeris.  Dalam hal ini Malaysia masih terus kekal dengan sistempelbagai bahasanya, sama ada secara rasmi atau tidak.  Malaysiamasih menghadapi isu bahasa dalam sistem pendidikannya, walaupunkejayaan dalam pelaksanaan bahasa Melayu semakin jelas. 

Nota 6. PELAKSANAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH TAHUN PELAKSANAAN

1957 Bahasa Kebangsaan diwajibkan di semua Sekolah Rendah dan Menengah bantuan kerajaan. 1958 Penubuhan Sekolah Menengah aliran Melayu yang menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan.1963 Penubuhan Sekolah Menengah Melayu pertama, Alam Shah; Tingkatan Enam aliran Melayu dimulakan di sekolah yang sama.

1965 Kumpulan pertama aliran Melayu masuk ke Universiti Malaya.

1968 Kumpulan pertama aliran Melayu mendapat ijazah dari Universiti Malaya; kelas aliran Melayu dimulakan di Sekolah Menengah Vokasional; lima buah mata pelajaran disampaikan dalam bahasa Melayu dalam darjah 1-3 di semua sekolah aliran Inggeris;

1969 Sivik diajarkan di sekolah di semua sekolah Inggeris; Geografi dan sejarah diajar dalam bahasa Inggeris dalam darjah 4 sekolah aliran Inggeri; kelas aliran Melayu dimulakan di Sekolah Menengah Teknik.

1973 Semua matapelajaran Tingkatan 1 di semua Sekolah MenengahInggeris diajar dalam bahasa Melayu.

1975 Kelas Peralihan Inggeris ditamatkan; Sekolah Rendah Inggeris

Page 17: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

dialih menjadi Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu).Þ KÞ

1976 Semua matapelajaran Sastera, Sains dan Teknik di semuaSekolah Menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu; Semua matapelajaran Tingkatan IV di semua Sekolah MenengahInggeris diajar dalam bahasa Melayu.

1978 Aliran Sastera di semua Tingkatan VI (Rendah) diajar dalambahasa Melayu

1980 Kursus Sastera tahun pertama dan matapelajaran yang bergabungdi universiti diajar dalam bahasa Melayu.

1981 Semua matapelajaran Sastera, Sains, dan Teknik dalamTingkatan VI (Rendah) di semua Sekolah Menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu.

1982 Peralihan Sekolah Menengah Inggeris menjadi Sekolah MenengahKebangsaan (Melayu) selesai.

1983 Semua kursus tahun pertama universiti diajar dalam bahasaMelayu.

Bibiligrafi

Abdullah Hassan, 1987, "30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia”, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alisjahbana S.T., 1975, "Language Planning for Modernization: theCase of Indonesia and Malaysia”, The Hague: Mouton and Co..

Allen, James A de. V., 1967, "The Malayan Union”, New Haven: YaleUniversity Southeast Asia Studies, Monograph Series.

Asaratnam, S. "Indians in Malaysia and Singapore”, Kuala Lumpur:Oxford University Press.

Asmah Haji Omar, 1979, "Language Planning for Unity and Efficiency:A Study of the Language Status and Corpus Planning of Malaysia”. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Page 18: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Asmah Haji Omar, 1982b, "The Roles of English in Malaysia in theContext of National Language Planning," in Asmah Haji Omar, 1987a,"Malay in its Sociocultural Context”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka, hal. 157-175.

Asmah Hj. Omar, 1983, "The Malay Peoples of Malaysia and TheirLanguages”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1985, "Patterns of Language Communication inMalaysia," in Asmah Haji Omar, 1987, "Malay in its SocioculturalContext”; Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 71-82.

Chai Hon Chan, 1971, "Planning Education for a Plural Society”,Paris: Unesco; International Institute for Educational Planning.

Chai Hon Chan, 1977, "Education and Nation-Building in PluralSocieties: The West Malaysian Experience-, Canberra: The AustralianNational University (Development Studies Centre, Monograf no. 6).

Chang Ming Phang, Paul, 1973, "Educational Development in a PluralSociety: A Malaysian Case Study”, Singapore: Academic Publications.

Chelliah, D.D., 1948, "A History of the Educational Policy of TheStraits Settlements with Recommendations for a New System Based onVernaculars”, Kuala Lumpur: Govt. Press.

Chua, David, "Education and Culture" dalam Ling Liong Sik et al., 1988, "The Future of Malaysian Chinese”, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association.

Coulmas, F., 1988, "With Forked Tongues; What are NationalLanguages Good For?”, Singapore: Karoma Publishers, Inc.

Democratic Action Party, 1969, "Who Lives if Malaysia Dies?”, KualaLumpur: Democratic Action Party.

Gaudart, H.M., 1985, "A Descriptive Study of Bilingual Education inMalaysia”, Disertasi Ph.D. tak bercetak, University of Hawaii.

de Terra, Diane, 1983, "The Effects of Language Planning on aPenang Hokkien Kampong: People Separated by a Blade of Grass CouldNot Understand Each Other" dalam L.A. Peter Gosling & Linda Y.C.

Page 19: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Lim, "The Chinese of Southeast Asia: Identity, Culture andPolitics”, Maruzen Asia, Singapore.

Fennell, T.R., 1967, "Commitment to Change: A History of MalayanEducational Policy, 1945-1957”, Disertasi Ph.D. tak bercetak,University of Hawaii.

Ho Seng Ong, 1952, "Education for Unity in Malaya; an Evolution ofthe Educational System of Malaya with Special Reference to theNeed for Unity in Its Plural Society”, Penang: Malayan TeachersUnion.

Kua Kia Soong, 1985, "The Chinese Schools of Malaysia; A ProteanSaga”, Kuala Lumpur: United Chinese Schools Committee Associationof Malaysia.

Kua Kia Soong, 1985, "National Culture and Democracy”, Kuala Lumpur.

Kua Kia Soong, 1987, "Polarization in Malaysia: The Root Causes”,Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center.

Le Page, R.P., 1964, "The National Language Question”, London:Oxford University Press.

Lee, Raymond, ed., 1986, "Ethnicity and Ethnic Relations inMalaysia”, DeKalb: Center for Southeast Asian Studies.

Ling Liong Sik, et al., 1988, "The Future of Malaysian Chinese”,Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association.

Loh Fook Seng, Philip, 1975, "Seeds of Separatism: EducationalPolicy in Malaya 1874-1940”, Kuala Lumpur: Oxford UniversityPress.

Malaya, 1948, "Education in Malaya (Laporan Cheeseman)”, KualaLumpur: The Colonial Office."

Malaya, 1951, "Report of the Committee on Malay Education (LaporanBarnes)”, Kuala Lumpur: The Colonial Office.

Malaya, 1951, "Chinese schools and the Education of ChineseMalayans” (Laporan Fenn-Wu), Kuala Lumpur: The Colonial Office.

Page 20: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Malaya, 1956, "Report of the Education Committee 1956” (LaporanRazak), Kuala Lumpur.

Malaya, 1960, "Report of the Education Review Committe” (LaporanRahman Talib), Kuala Lumpur.

Nagata, Judith, 1979, "Malaysian Mosaic”, Vancouver: University ofBritish Columbia Press.

Naidu, Ratna, 1980, "The Communal Edge to Plural Societies”,Ghaziabad: Vikas Publishing House.

Noss, R.B., 1967, "Language Policy and Higher Education”, Paris:Unesco, Vol. 111 Part 2.

Noss, R.B., 1984, "An Overview of Language Issues in SoutheastAsia, 1950-1980”, Singapore: Oxford University Press.

Platt, J. & Weber, H., 1980, "English in Singapore and Malaysia,Status: Features: Functions”, Kuala Lumpur: Oxford UniversityPress.

Ramanathan, K., 1985, "Politik Dalam Pendidikan Bahasa, 1930 -1971”, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Sandu, K.S., 1969, "Indians in Malaysia”, Cambridge: CambridgeUniversity Press.

Soloman, J.S., 1988, "The Development of Bilingual Education inMalaysia”, Kuala Lumpur: Pelandok Publications.

Stedman, J.B., 1986, "Malaysia; A Study of the Educational Systemof Malaysia and a Guide to the Academic Placement of Students inEducational Institutions of the United States”, Washington:American Association of Collegiate Registrars and AdmissionOfficers.

Tan Liok Ee, 1985, "Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961”, Disertasi Ph.D. tak bercetak, University of Malaya, Kuala Lumpur.

Teo Kok Seong, 1989, "Penerimaan dan Penghayatan Bahasa Malaysiadi Kalangan Masyarakat Cina: Satu Kajian Kes di Kajang, Selangor

Page 21: Bahan - Laporan Cheeseman 1946

Darul Ehsan" dalam "Dewan Bahasa”, Jilid 33, Januari.

Watson, J.K.P., 1983, "Cultural Pluralism, National-Building andEducational Policies," dalam Chris Kennedy, "Language Planning andLanguage Education”, London: George, Allen & Unwin, P40.5 L35 L36.

Wong Hoy Kee, Francis and Ee Tiang Hong, 1971, "Education inMalaysia”, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.