bahan kokum

18
Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah hendahlah seiringan. Kedua dua ini tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik . Rumusan dari artikel berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang kurangnya 50% guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa pihak kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran seperti biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke syurga .

Upload: daniel-nur-haqeem

Post on 03-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bahan kokum new

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Kokum

Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup,

bermula sebelum orang itu menceburi profesion perguruan pra

perkhidmatan atau masa percubaan dan terus bersambung

sepanjang kerjayanya. Kedua perkembangan guru dan sekolah

hendahlah seiringan. Kedua – dua ini tidak dapat dipisahkan

(Micheal G Fullen. Fullen, Successful School Improvement). Pada

tarikh 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian terh mengeluarkan satu

artikel yang bertajuk “Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti

Akademik”. Rumusan dari artikel berkenan menyatakan bahawa

Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan siswazah

menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut

seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru

siswazah di sekolah menengah dan sekurang – kurangnya 50% 

guru bersiswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk

Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

menyatakan  bahawa pihak kerajaan  sudah menyediakan pelbagai

kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung pelajaran

seperti biasiswa dan cuti separuh gaji kepada mereka yang

berminat untuk meningkatkan kualiti akademiknya.Kepentingan

mencari ilmu turut digariskan dalam agama. Bagi agama Islam, hal

tersebut begitu jelas melalui sabda Rasulullah SAW  yang

bermaksud :

“ Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka

Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk

menuju ke syurga”.

Page 2: Bahan Kokum

Sabda Rasullullah SAW itu menggambarkan bahawa betapa

Islam memberikan ganjaran syurga kepada golongan yang mahu

menuntut ilmu, memandangkan ilmu itu sangat penting dalm

membina kesejagatan manusia, mendekatkan manusia dengan

perkara – perkara yang baik. Kualiti dibawah MS ISO 9000 ialah

keseluruhan ciri – ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan)

yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan

yang tersirat. Guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan

kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada

masa akan datang. Peranan guru dalam bidang pendidikan tidak

dapat dinafikan kepentingannya. Oleh yang demikian guru harus

mempunyai kualiti diri yang baik.

 Kualiti profesional yang tinggi merupakan kewajiban seorang

guru yang bertauliah. Seorang guru yang memperolehipengetahuan

dalam bidang pendidikan adalah guru yang bertauliah. Guru ini

akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan

seperti ilmu psikologi kanak – kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu

mengenai kurikulum dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri

dengan pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah

memperolehi kualiti profesional dan konteks pendidikan.

2.0  Perkembangan hujah – hujah

Perubahan dan perkembangan dunia hari ini  dalam pelbagai

disiplin menuntut setiap individu sentiasa memandang jauh ke

hadapan. Sektor pendidikan di negara kita sedang berubah secara

dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan

pembaharuan menjelang abad ke – 21. Matlamat menjadikan

Page 3: Bahan Kokum

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre for

academic excellence) di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa

memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti

pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status “World Class

Education”. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan

dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara khususnya

dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti

yang diakui dan diterima diperingkat antarabangsa.

            Perubahan yang pantas memerlukan individu yang sentiasa

belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap.

Disebabkan kemahiran memerlukanpengetahuan, maka

pembelajaran berterusan adalah penting untuk seseorang itu mejadi

lebih profesional dan sentiasa releven  mengikut perubahan

semasa. Konsep pembelajaran sepanjang hayat juga dibicangkan

oleh Basil Yeaxlee dan Edward Lindman (1926) yang menegaskan

bahawa pendidikan merupakan aspek yang berterusan dalam

kehidupan manusia. Pembelajaran sepenjang hayat bermaksud 

motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara

sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional.

            Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita – cita yang

kuat untuk meneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu

pengetahuan. Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran

dalam memastikan perkembangan dan peningkatan profesionalisme

guru yang sejajar dengan perubahan cabaran yang dihadapi dari

masa ke masa. Memetik kata – kata Pat Basset, Presiden National 

Assosiation of Independent  School (2009) bahawa terdapat satu

Page 4: Bahan Kokum

korelasi yang kuat secara langsung antara perkembangan

profesional guru terhadap pencapaian murid. Perubahan yang

berlaku dalam era globalisasi kini  menuntut setiap guru untuk

menguasai  ilmu.

            Pengetahuan dalam kalangan individu merupakan kunci

kejayaan  dalam sesebuah organisasi. Jesteru, organisasi  di mana

anggotanya sentiasa mencari ilmu akan berusaha mencapai

matlamat yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap individu

akan meningkatkan lagi kompentensi dalam melaksanakan tugas.

Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap individu dalam sesebuah

organisasi dapat memperkuatkan lagi kemahiran  bagi menghadapi

cabaran pada masa akan datang serta mewujudkan peluang baharu

dimasa hadapan.

            Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha

untuk mendapatkan segala ilmu yang berkaitan, khususnya bagi

subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam

menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan  serta kekuatan

sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda kearah 

daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan

bangsa.  Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya

menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan

menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi

memastikan penyebaran  ilmu yang dilakukan adalah tepat. Dr Wan

Mohd. Nor Wan Daud menjelaskan bahawa “Budaya Ilmu”

bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan

masyarakat  melibatkan diri baik secara langsang atau tdak

langsung dengan kegiatan ke ilmuan si setiap kesempatan dan

Page 5: Bahan Kokum

keadaan dimana segala tindakan manusia baik di tahap individu,

apatah lagi diperingkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan

berdasarkan ilmu pengetahuan.  Menurut beliau lagi, budaya ilmu

adalah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas ilmu

pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan

individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Oleh yang

demikian, memang sangat wajar bagi guru untuk merangka pelan

pembelajaran ke peringkat lebih tinggi  supaya mereka sentiasa

mempunyai pengetahuan terkini untuk di kongsi bersama dengan

murid.

            Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di

sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang

berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka usaha 

reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991;

Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi membolehkan guru

bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui

pembelajaran yang berterusan.  Oleh itu, setiap guru harus bersedia

dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal

pendidikan dengan melakukan pembelajaran sepanjang hayat

(lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang

pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi  bagi semua

profesion terutamnya profesion keguruan bagi membolehkan ahli

profesion itu memberi sumbangan yang cemerlang terhadap

profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya.

            Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu

amalan yang amat tepat. Memandang guru adalah contoh atau role

model yang paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana

belajar (learn how to learn)  perlu dipaparkan melalui perlakuan dan

Page 6: Bahan Kokum

tindakan guru sendiri. Setiap guru harus merangka pelan

pembelajaran peribadi mereka. Antara yang terbaik dapat dilakukan

oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi mereka adalah

dengan berusaha untuk meningkatkan kuaiti akademik dan sentiasa

mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa

keperluan dan mencapai kepuasan peribadi. Yazid Abdul Manap

(2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mereka

memartabatkan profesion  di samping menjadikan profesion ini

sebagai pilihan utama. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan

mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang

yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap

profesionalisme antaranya adalah seperti berikut :

       i.        Program Diploma Perguruan Khas

Mula diperkenalkan pada tahun 1996 bertujuan untuk

menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru

siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005.

     ii.        Program Diploma Perguruan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil

Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM)

demi untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras

dengan cabaran dalam dunia pendidikan hari ini.

    iii.        Program Pensiswazahan Guru

Kursus – kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru

(PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan

bilangan guru siswazah di samping kursus – kursus yang diadakan

Page 7: Bahan Kokum

dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru – guru bukan

siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk Guru Besar.

    iv.        Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah

Program ini memberikan peluang kepada semua guru di

sekolah rendah untuk mendapat ijazah dengan mengkuti kursus di

Institut Pendidikan Guru. Tempoh pengajian adalah selama empat

tahun. Guru yang mengikuti program ini akan mengikuti kursus

yang sama seperti mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan

kurikulum yang sama.

     v.        Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti

Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut

peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi

sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga

berubah walaupun matlamat utama  tidak berubah iaitu

berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan

perubahan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa

berusaha untuk memastikan mutu pendidikan terus dikawal dan

sentiasa berda di paras yang maksimum telah menjalankan bebrapa

program khas bagi memastikan terus berkembang.

Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama

Institut Aminuddin Baki dalam bidang pengurusan dan kepimpinan

pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program yang

disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin

Baki dengan universiti – universiti di Britain, Amerika Syarikat dan

Australia.

Page 8: Bahan Kokum

Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan

negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima

gelombang perubahan dalam sistem pendidikan negara, Guru mesti

mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam

dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan

pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini

amatlah penting agar pengajaran guru tidak  nampak ketinggalan

oleh muridnya.

3.0  Implikasi dan kesan

Tokoh – tokoh dalam bidang pendidikan seperti Za’ba, Profesor

Tan Sri Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Wan Zahid dan ramai lagi

menjadi tokoh dalam bidang pendidikan kerana mereka mampu

memainkan peranan sebagai insan yang mampu menjentik dan

menyuntik kesedaran kepada masyarakat. Melalui ilmu yang dimiliki

oleh mereka tokoh – tokoh ini memainkan peranan yang penting

dalam bidang pendidikan.  Mereka merupakan insan yang tidak

jemu – jemu meneroka ilmu walaupun telah mempunyai ijazah dan

kehidupan yang selesa. Perkembangan dalam dunia pendidikan

menuntut setiap guru meningkatkan kemahiran mereka sejajar

dengan keperluan semasa.

Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi ialah dapat menigkatkan kualiti profesioanal dalam

diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi

merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru

yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan tahap

pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang

Page 9: Bahan Kokum

membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya

usaha untuk menigkatkan diri akan berusaha mencari dan sentiasa

memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya pengajarannya

menarik dan berkesan.

Sebagai seorang profesional, guru mempunyai akauntabiliti

terhadap profesionnya. Oleh itu, guru bertanggungjawab

meningkatkan imej profesion perguruan dengan memberi

perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan

cekap. Dengan cara melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi

ini akan membantu guru supaya dapat menjalankan tugas dengan

cekap dan sempurna kerana kemahiran yang dimiliki semakin

bertambah. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati

akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.

            Perkembangan ilmu pengetahuan pada masa kini bukan

sahaja pesat tetapi juga telah sampai ke peringkat meledak. Jesteru

itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat

lebih tinggi, lambat  laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh,

kemahiran mengajar yang diperolehi oleh seseorang guru terlatih di

maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi

dalam perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk

menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang semakin kompleks dan

canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak

mahu bidang pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru

untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan

membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan

mudah dan sama tarafnya dengan kerjaya profesional lain seperti

juruterbang.

Page 10: Bahan Kokum

            Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah guru

dapat menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi

pengajaran dan pembelajaran  dalam bilik darjah supaya lebih

berkesan. Perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya

melengkapkan diri dengan ilmu – ilmu baru agar seiring dengan

ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan perguruan

dahulu dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan

lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Guru pada

hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri

dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar

dari semasa ke semasa.

            Kesan negatif sekiranya guru sambung belajar juga tetap

wujud, Contohnya ialah akan wujud masalah pengurusan masa

sekiranya guru tersebut tidak dapat membahagikan masa dengan

baik.  Pengurusan masa merupakan aspek penting di dalam gaya

hidup yang sihat. Kebanyakkan guru yang menyambung pelajaran

megalami masalah untuk  membahagikan masa dengan kerjaya,

pelajaran serta keluarga. Komitmen mereka terhadap tiga aspek

yang besar ini akan menyebabkan kualiti diri mereka terjejas. Disini,

kemahiran dalam pengurusan masa amat penting kerana tanpanya

guru tersebut mungkin gagal mencapai matlamat yang dikejarnya.

Tanpa kemahiran pengurusan masa memungkinkan guru tidak akan

dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan dengan baik.

            Kesan kedua ialah wujudnya kerjaya sambilan seperti

berniaga kerana tekanan kehidupan. Sambung belajar memerlukan

kos  yang tinggi  Jadi dengan keadaan taraf hidup yang tinggi

Page 11: Bahan Kokum

sekarang dan komitmen kepada keluarga serta yuran pengajian ini

akan memaksa guru bertindak untuk mencari kerja sampingan yang

lain, Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru

menyambung kerja mereka dengan melakukan kerja sampingan

tersebut. Keadaan in sudah pasti memerlukantenaga kerja yang

maksimum dan akhirnya guru berkenaan menerima padahnya.

Mereka pasti keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan harinya

dengan keadaan yang lesu. Akhirnya pengajaran terjejas dan di

buat ala kadar sahaja.

4.0  Cadangan

Saya mencadangkan bahawa bagi mengatasi masalah kekangan

ketika guru sambung belajar ini ialah kerana mengenakan yuran

percuma kepada guru yang ingin melanjutkan pelajaran. Ini

merupakan sebahagian daripada galakan kerajaan untuk

menggalakkan guru – guru untuk meningkatkan kualiti diri mereka

agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini.

Sememangnya ada biasiswa yang ditawarkan oleh pihak kerajaan

namun jumlahnya adalah terhad. Jadi, ini menutup peluang guru –

guru yang berminat untuk menyambung pelajaran. Dengan adanya

yuran pengajian yang percuma, maka semoga ia menjadi suntikan

semangat untuk guru – guru untuk memajukan diri.

            Cadangan saya yang kedua ialah pembelajaran secara maya

digunakan bagi guru yang sedang belajar. Mereka tidak perlu

menghadiri kelas seperti pelajar sepenuh masa dan hanya perlu

melihat webcam dan pensyarah mengajar secara maya. Urusan

Page 12: Bahan Kokum

seperti tugasan juga dibuat secara maya. Sekiranya perlu, guru ini

boleh berjumpa dengan pensyarah sewaktu cuti sekolah.

Pembelajaran secara maya juga dapat menjimatkan kos perjalanan

dan juga menjimatkan masa untuk pergi ke kelas. Pembelajaran

seperti ini lebih mudah bagi individu yang mempunyai banyak

komitmen lain.

5.0  Rumusan

Saya bersetuju sekiranya kerajaan menggalakkan semua guru

melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan

dunia pendidikan yang lebih berkualiti. Perkembangan kualiti diri

pada guru adalah penting. Pendidikan guru tidak seharusnya tamat

sebaik sahaja sahaja tamat latihan perguruan. Kejayaan serta

kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada

kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri. Peningkatan

kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan

memberi nafas baru kepada dunia pendidikan.  Perubahan dunia

pendidikan memerlukan guru harus sentiasa berusaha untuk

menambah ilmu pegetahuan.

Walaupun kini beban tugas mendidik pelajar semakin berat dan bertambah, amanah dan tanggungjawab perlu ditunaikan dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa dan memartabatkan lagi profesion keguruan negara, di samping membuktikan hasil kerja berkualiti serta berdisiplin.

Page 13: Bahan Kokum

Guru tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap kepentingan peranan mereka membantu pelajar mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan menerusi pengajaran yang berkesan.

Kepentingan guru berkualiti perlu dititikberatkan kerana tanpanya sukar untuk menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa komitmen guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki persekolahan menengah.

Justeru, guru mesti menghayati tugas murni profesion keguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir.

Dengan kesungguhan semua pihak, pelajar mampu mencapai kecemerlangan membanggakan.

Antara ciri pendidik berkualiti ialah melaksanakan tugas dengan bersungguh dan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.

Di samping itu, guru berkualiti bersedia menghadapi cabaran pelajar bermasalah dan tidak mudah mengalah atau cepat tawar hati sehingga hilang semangat untuk berusaha membantu mengatasi kelemahan mereka, selain sentiasa bekerjasama dengan pihak pentadbiran ke arah kebaikan pendidikan negara.

Guru juga perlu berusaha mempertingkatkan profesionalisme dari semasa ke semasa dengan mengikuti kursus dan perkembangan terbaru bidang pendidikan, terutama mengenai kaedah serta pendekatan pengajaran yang berkesan.

Selain itu, guru berkualiti perlu seiring dengan aspirasi negara, bukan bertindak mengikut emosi peribadi, seterusnya menganggap tugas mendidik sebagai amal kebajikan atau ibadat yang diberikan ganjaran besar di sisi Allah.

Guru mesti sentiasa menunaikan amanah dengan jujur, sekali gus berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat dunia pendidikan harus memiliki motivasi, keyakinan serta kesedaran diri untuk menghasilkan prestasi kerja berkualiti.

Pendidik sebenarnya banyak berkorban demi kepentingan pelajar, termasuk menyelesaikan tugas berkaitan pengajaran sehingga malam di rumah dan gigih memberi persediaan terbaik kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Pelajar cemerlang, guru gemilang dan negara terbilang yang diredai Allah.

Page 14: Bahan Kokum

Dalam konteks lebih luas, guru adalah bertanggungjawab untuk mendidik dan memimpin masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa guru banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar.

Dalam proses pembentukan sahsiah pelajar, guru terlebih dulu perlu mempunyai sahsiah baik untuk dicontohi pelajar.

Contoh teladan guru juga banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.

Merekalah yang seharusnya terlebih dulu dilengkapi ciri akhlak mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur.

Dari sudut lain, guru juga adalah ejen kepada keberkesanan pendidikan.

Sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen penyampaiannya tidak berkesan.

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan amat berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran peribadinya.

Himpunan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi guru yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh berkesan.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa guru adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu kepada masyarakat.

Justeru, semua guru mesti menyedari tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.