bahan kbat.docx

Upload: syafikah-ezzati

Post on 05-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUANDalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiranProgramme for International Student Assessment(PISA) danTrends in International Mathematics and Science Study(TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

Apa Itu KBAT Konsep & Teori KBAT

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Perbandingan Teori Berkaitan KBAR dan KBAT Dalam Matematik

Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Lower-order thinking (LOT) is often characterized by the recall of information or the application of concepts or knowledge to familiar situations and contexts.Resnick (1987)Characterized higher-order thinking (HOT) as non-algorithmic.Resnick (1987)

LOT tasks requires a student to recall a fact, perform a simple operation, or solve a familiar type of problem. It does not require the student to work outside the familiarSchmalz (1973)The use of complex, non-algorithmic thinking to solve a task in which there is not a predictable, well-rehearsed approach or pathway explicitly suggested by the task, task instruction, or a worked out example.Stein and Lane (1996)

LOT is involved when students are solving tasks where the solution requires applying a well-known algorithm, often with no justification, explanation, or proof required, and where only a single correct answer is possible.Senk, Beckman, & Thompson (1997)HOT as solving tasks where no algorithm has been taught, where justification or explanation are required, and where more than one solution may be possible.Senk, et al (1997)

LOT as solving tasks while working in familiar situations and contexts; or, applying algorithms already familiar to the student.Thompson (2008)HOT involves solving tasks where an algorithm has not been taught or using known algorithms while working in unfamiliar contexts or situations.Thompson (2008)

1. Apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)? Laporan Awal dilancarkan olehPerdana Menteri Malaysiapada 11 September 2012. PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia Untuk julung kalinya pandangan daripada pihak awam diambil kira dalam penggubalan Pelan Pendidikan melalui 16 Dewan Terbuka di 14 negeri, 20 meja bulat, lebih 200 memorandum - 7000 syor diterima dan ditimbangkan dalam PPPM Dapatan kajian daripada 6 IPTA, UNESCO, World Bank, TIMSS dan PISA digunakan dalam pembangunan PPPM Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang1. Apa beza PPPM berbanding Pelan lain yang pernah diperkenalkan dahulu? Fasa diagnostik untuk menentukanbaselinesistem pendidikan Negara Public engagementdengan rakyat input digunakan dalam pembangunan pelan Policy statement, strategic and operations Menggariskan 5 aspirasi sistem untuk menyediakan murid dengan kemahiran abad ke 21 memastikan murid mencapai 6 aspirasi murid dalam PPPM iaitupengetahuan,kemahiran berfikir,profisiensi dwibahasa(dan galakan untuk menguasai bahasa lain),kemahiran kepimpinan,identiti nasional,etika dan kerohanian

RUJUKAN LAMAN SESAWANGhttp://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Mac_2015.pdf(27/11/2015)http://www.sistemguruonline.my/p/kbat-kemahiran-berfikir-aras-tinggi.html(27/11/2015)http://www.barisannasional.org.my/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-pppm(27/11/2015)http://pibgsmala.blogspot.my/2014/07/enam-aspirasi-murid-lima-aspirasi.html(27/11/2015)