bahan

21
http://bkree66.blogspot.com/2011/12/proses-pembentukan-kata.html Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: 1. Bentuk kata tungga 2. Bentuk kata terbitan 3. Bentuk kata majmuk 4. Bentuk kata ganda Kata Tunggal Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. Kata terbitan Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar Kata Majmuk Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan

Upload: athirah-anith-ariffin

Post on 17-Jun-2015

784 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan

http://bkree66.blogspot.com/2011/12/proses-pembentukan-kata.html

Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: 1. Bentuk kata tungga 

2. Bentuk kata terbitan  

3. Bentuk kata majmuk 

4. Bentuk kata ganda

Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan.  Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.

Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan.  Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza.  Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut.  Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu.  

Kata terbitan          

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar

Kata Majmuk

                   Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah.  Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru laut dan telefon dail terus.

                 Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa.  Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.  Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan (rumah dan batu).  Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah  frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk).

Page 2: Bahan

Kata Ganda Separa

Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.  Kata ganda boleh terdiri daripada:

i. Kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang pengulangaannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet  

Page 3: Bahan

http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/03/23/proses-pembentukan-kata-2/

Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk

sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.  Ada perkataan yang

berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat.  Terdapat perkataan yang

terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan

disarankan.  Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan,

misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa

dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan

morfem kata dasar dengan morfem imbuhan.   Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini

dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai

imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu.  Sebagai contoh, perkataan “serap” apabila

mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu

‘menyerap’, ‘menyerapkan’, ‘penyerapan’, ‘terserap’, ‘menyerapi’, ‘serapan’,

‘terserapkan’, ‘daya serap’, dan sebagainya.

Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan

pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab.  Cara

membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian

perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau

kasusnya.

Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber,

iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri.  Bahasa Melayu berasal daripada rumpun

bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat

dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini.  Kedua, perkataan yang dibentuk

kemudian daripada itu melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:-

a. Akronim

Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan

perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan

sebagai satu kata yang wajar.  Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini.

Contohnya:-

JAIS – Jabatan Agama Islam Selangor

IPBA – Institut Perguruan Bahasa – bahasa Antarabangsa

IPG – Institu Pendidikan Guru

UPSI – Universiti Sultan Idris

b.Analogi

Page 4: Bahan

Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk

kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu.  Misalnya, perkataan tatabahasa

memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti

tatatertib, tatacara, dan tatahias.  Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah

seperti berikut:_

Prasangka – prasarana, prasekolah, prauniversiti

Jurunikah – juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah

Lelabah – gegel;ang, jejari, rerambut

c.Peleburan Fonem

Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar

menjadi suku kata dengan  meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu.  Misalnya

perkataan ‘benda + alir’ menjadi ‘ bendalir’ terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.

d. Peluasan Makna

Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia

ada  dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain.  Misalnya, perkataan , family

dalam bahasa Inggeris bermakna ‘keluarga’ tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya

menjadi ‘famili’ yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

e.Pemberian Makna khusus

Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata

yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah.  Misalnya, perkataan surih

pada asalnya bermaksud ‘bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu  seperti jalan yang dilalui

oleh siput di atas daun pisang’.  Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa

maksud ‘meniru atau melukis peta’.

f.Peminjaman Kata

Peminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-

bahasa yang lain.  Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan

bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu

sendiri.  Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak

terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain:

element – elemen

mengisteate – majistret

diplomat – diplomat

g. Penambahan

Page 5: Bahan

Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar

suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga.  Bentuk kata jenis ini

telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu.  Contohnya, kata akar satu suku kata bu

merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain

untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut:

bu + kit – bukit

bu + lan – bulan

bu + luh – buluh

h. Penciptaan

Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau

dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada.  Dalam proses ini,

perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada

sesuatu benda.  Misalnya , perkataan ‘kiwi’ merujuk kepada nama sejenis burung di New

Zealand.  Daripada makna tersebut, dicipta pula perkataan ‘mengiwi’ yang bermaksud

‘perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas’

i. Penggemblengan

Bernama – Baerita Nasional Malaysia

Proton -

j. Penyempitan Makna

Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan

kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. 

Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu ‘panggilan bagi wanita

bangsawan atau wanita keturunan raja’.  Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan

sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati.  Malahan, jika panggilan ini digunakan

dalam urusan surat – menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan

perempuan.

k.Penyingkatan

Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan

sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang  berikut:

tv – televisyen

Dr. – Doktor

Prof. – Profesor

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan

gandaan.  Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta

Page 6: Bahan

membawa makna yang khusus sebagai rujukan.  Sebagai contoh, bentuk

perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana

perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza.  Perkataan gelung merujuk kepada

benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut.  Perkataan

golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. Gulung pula membawa maksud

benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat

atau bulat panjang.  Dalam struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti

kehadirannya dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.

http://lwvc.blogspot.com/2012/07/proses-pembentukan-kata.html

7/2/12Proses Pembentukan Kata

PROSES PEMBENTUKAN KATA

Terbahagi kepada beberapa bentuk seperti:

a.       Bentuk kata tunggal.

b.      Bentuk kata terbitan.

c.       Bentuk kata majmuk.

d.      Bentuk kata ganda.

1.1               BENTUK KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami sebarang proses penggandaan dan

perangkaian kata. Selain itu, kata tunggal juga tidak menerima sebarang penambahan imbuhan

pada katanya sama ada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan

sisipan.

Page 7: Bahan

Tambahan lagi, kata tunggal juga terbahagi kepada beberapa jenis kata tunggal seperti

kata tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata serta kata

tunggal empat suku kata dan lebih.

Dalam masa yang sama, kata tunggal juga boleh diperluaskan atau dikembangkan

membentuk kata terbitan setelah kata tunggal menerima sebarang proses pengimbuhan,

proses penggandaan dan proses pemajmukan.

Dalam pembentukan kata tunggal, sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu

vokal(V) disertai satu konsonan(K), satu vokal(V) sahaja atau satu vokal(V) dengan beberapa

konsonan(K).

  Konsonan-konsonan itu hadir dengan beberapa konsonan sama ada hadir di hadapan

dan di belakang vokal atau secara serentak di hadapan dan belakang serta ada juga konsonan

yang boleh hadir secara bergugus(KK).

 1.1.1 Kata Tunggal Satu Suku Kata

Perkataan yang terbentuk dari kata tunggal satu suku kata adalah amat terhad jumlahnya. Sebilangannya adalah kata pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Selain itu, terdapat juga sebilangan kata tunggal satu suku yang tidak dianggap perkataan satu suku kata. Perkataan ini terbentuk hasil daripada

Page 8: Bahan

kependekkan perkataan tunggal dua suku kata seperti kau untuk engkau, aku untukku, tu untuk itu dan sebagainya.

Pola gabungan konsonan – vokal dalam perkataan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

a KV

b VK

c KVK

d KKVK

e KVKK

f KKKV

g KKKVK

Contohnya:

Rajah 1.1.1.1 Bentuk Kata Satu Suku Kata.

Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

a. KV Ya Yu Ru

b. VK Am - -

c. KVK Bin Sen Cat

d. KKVK Gred Stor  Krim

Page 9: Bahan

e. KVKK Zink Teks  Golf

f. KKKV Bank Volt -

g. KKKVK Skrip Spring Straw

Pola-pola yang mengandungi gugusan konsonan seperti yang terdapat dalam

contoh  d, e, f dan g ialah bahasa Melayu yang terbentuk akibat proses pengambilan perkataan

daripada bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris.

1.1.2 Kata Tunggal Dua Suku Kata

Kata tunggal dua suku kata merupakan sebahagian besar perkataan yang terdapat dalam perkataan bahasa Melayu.

Pola-pola bentuk kata dua suku kata adalah seperti yang berikut:

a V + KV

b V + VK

c V + KVK

d VK + KV

e VK + KVK

f KV + V

g KV + VK

Page 10: Bahan

h KV + KV

i KV + KVK

j KVK + KV

k KVK + KVK

Contohnya:

Rajah 1.1.2.1 Bentuk Kata Dua Suku Kata.

Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

a. V + KV Ibu Aku Itu

b. V + VK Air Ais -

c. V + KVK Ulat Ekor Emas

d. VK + KV Undi Inti Asli

e. VK + KVK Ambil Ombak Indah

f. KV + V Dia Sia Tua

g. KV + VK Jauh Kuih Diam

h. KV + KV Kita Buku Suka

i. KV + KVK Pukul Kapal Telur

j. KVK + KV Janji Lampu Bangsa

k. KVK + KVK Sandar Jemput Sunting

1.1.3 Kata Tunggal Tiga Suku Kata

Page 11: Bahan

Kata tunggal tiga suku agak sedikit dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Kebanyakanya kata ini merupakan perkataan-perkataan pinjaman. Namun begitu, kata tunggal tiga suku kata ini mempunyai pola-pola susunan konsonan – vokal yang agak banyak.

Pola-pola bentuk kata tiga suku kata adalah seperti yang berikut:

a KV + V + KV

b KV + V + KVK

c V + KV + V

d KV + KV + V

e KVK + KV + V

f KV + KV + VK

g KVK + KV + VK

i V + KV + KVK

j VK + KV + KV

k KV + KV + KV

l KVK + KV + KV

m VK + KV + VK

n V + KV + VK

o KV + KV + KVK

p KVK + KV + KVK

Page 12: Bahan

q KV + KVK + KV

r KVK + KVK + KV

s KV + KVK + KVK

t V + KV + KV

Contohnya:

Rajah 1.1.3.1 Bentuk Kata Tiga Suku Kata.

Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

a. KV + V + KV Niaga Biola Tuala

b. KV + V + KVK Kiamat Biawak Siasat

c. V + KV + V Usia Idea -

d. KV + KV + V Setia Deria Semua

e. KVK + KV + V Mentua - -

f. KV + KV + VK Seluar Maruah Sekian

g. KVK + KV + VK Berlian Mendiang -

h. V + KV + KV Usaha Udara Utama

i. V + KV + KVK Ibarat Alamat Ijazah

j. VK + KV + KV Asrama Almari -

k. KV + KV + KV Teruna Budaya -

l. KVK + KV + KV Mentega Misteri Menteri

m. VK + KV + VK Ikhtiar Ilmiah -

n. V + KV + VK Elaun Akaun -

Page 13: Bahan

o. KV + KV + KVK Binatang Belukar Belalang

p. KVK + KV + KVK Cendawan Tempurung Matlamat

q. KV + KVK + KV Keranda Terumbu Belanja

r. KVK + KVK + KV Sempurna - -

        s. KV + KVK + KVK Kelompok Telanjang Pelantar

1.1.4 Kata tunggal Empat Suku Kata dan Lebih

Sama seperti bentuk kata tunggal yang lain, bentuk kata tunggal empat suku kata dan lebih ini juga kebanyakannya berasal dari kata pinjaman. Hanya sebilangan kecil sahaja kata yang terbentuk dalam bentuk kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Pola-pola bentuk kata empat suku kata dan lebih adalah seperti yang berikut:

a KV + KV + VK + KV

b KV + KVK + KV + KV

c KVK + KV + KV + KV

d KVK + KV + V + KV

e KV + KV + KV + KV

f KV + KV + KV + KVK

Page 14: Bahan

g KVK + KV + KV + KVK

h KVK + KVK + KV + KV

i KV + KV + V + KVK

j V + KV + KVK + KV + KV

k KVK + KV + KV + KV + KVK

l KV + KV + KV + KV + KV + KV

Contohnya:

Rajah 1.1.4.1 Bentuk Kata Empat Suku Kata dan Lebih.

Bil. Bentuk Kata Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

a. KV + KV + VK + KV Keluarga - -

b. KV + KVK + KV + KV Sejahtera Sederhana Peristiwa

c. KVK + KV + KV + KV Laksamana Bendahari Bendahara

d. KVK + KV + V + KV Sentiasa - -

e. KV + KV + KV + KV Selesema Serigala Bidadari

f. KV + KV + KV + KVK Kapitalis Munasabah Kelemumur

g. KVK + KV + KV + KVK Sentimeter - -

h. KVK + KVK + KV + KV Singgahsana - -

i. KV + KV + V + KVK Nasional Mesyuarat -

j V + KV + KVK + KV + KV Universiti - -

k. KVK + KV + KV + KV + Cenderawasih Kosmopolitan -

Page 15: Bahan

KVK

l. KV + KV + KV + KV + KV +

KV

Maharajalela - -

1.1.5 Akronim

Kata akronim ialah singkatan yang terbentuk melalui gabungan huruf awal suku kata dan suku kata dari satu rangkai kata. Dalam masa yang sama, akronim juga boleh ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Kata akronim juga tergolong dalam kata tunggal dan boleh ditulis dengan tiga cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut.

Cara yang pertama ialah akronim yang terbentuk dari gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh itu, kata akronim yang terbentuk pada awalnya kata nama khas akan dieja dengan huruf besar. Sebagai contoh:

a Bernama Berita Nasional Malaysia.

b Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial.

c Mara  Majlis Amanah Rakyat.

Page 16: Bahan

Di samping itu, kedua adalah akronim yang terbentuk dari gabungan beberapa huruf awal rangkai kata  yang lazimnya terdiri dari kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Sebagai contoh:

a SMK Sekolah Menengah Kebangsaan.

b SK Sekolah Kebangsaan.

Selanjutnya, cara yang terakhir atau ketiga adalah akronim yang terbentuk dengan

gabungan suku kata dengan suku kata dan ditulis dengan huruf kecil pada keseluruhannya

kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Sebagai contoh:

a Tabika Taman bimbingan kanak-kanak.

b Cerpen Cerita pendek.

Dalam kata lain, kata akronim merupakan satu proses pemendekan dan penggabungan

untuk membentuk kata serta mempunyai potensi dalam bahasa Melayu.

Tambahan lagi, pembentukan kata akronim tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Hal

tersebut menyebabkan pembentukan kata akronim adalah agak longgar.

Seterusnya, proses pembentukan tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan

kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. 

http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2011/01/proses-pembentukan-kata.html

Page 17: Bahan

PROSES PEMBENTUKAN KATA

1. Kata Tunggal

2. Kata Terbitan

3. Kata Majmuk

4. Kata Ganda

Bentuk Kata Tunggal

1.       Kata tunggal satu suku kata2.       Kata tunggal dua atau lebih suku kata

Bentuk kata tunggal satu suku kata

1.       KV={yu,ru,ya}2.       VK={am}3.       KVK={cat,wang,bah}4.       KKVK={stor,gred,skor}5.       KVKK={teks,bank,zink}6.       KKKV={skru}7.       KKKVK={skrip,spring,straw

Bentuk kata tunggal dua suku kata

1.       V + KV = { aku,apa, ubi}2.       V +VK={air,aur,ais}3.       V + KVK={adik,emas,ubat}4.       VK+ KV={undi,impi ,angkan}5.       VK + KVK={ambil,umpan,angkat}6.       KV + V={Dua,doa,tua}7.       KV + VK={jauh,tuah,buah}8.       KV +KV={jala,pasu,buku}9.       KV +KVK={kapal,telur,sikat}10.   KVK + KV={lampu,binti,tunggu}11.   KVK +KVK={bangsal,bintang,tampung}

Bentuk kata tunggal tiga suku kata

1.       KV+ V+KV{ccuaca,suara,tuala}2.       KV+V=KVK{biawak,piutang,ziarah}3.       V+KV+V{usia,idea,urea}4.       KV+KV+V={semua,mulia,kaedah}5.       KVK+KV+V={{tempua,mentua,sempua}6.       KV+KV+VK={keruan,seluar,haluan}

Page 18: Bahan

7.       KVK+KV+VK={mengkuang,mendiang, berlian}8.       V+KV+KV={udara,utama,irama}9.       V+KV+KVK={ijazah,amanah,akidah}10.   VK+KV+KV={asmara,antara,isteri}11.   KV+KV+KV={keliru,budaya,sutera}12.   KVK+KV+KV={menteri,bendera,mentega13.   VK+KV+VK={ilmiah,ikhtiar}14.   V+KV+VK={akaun,elaun,amaun}15.   KV+KV+KVK={belalang,senapang, senangin}16.   KVK+KV+KVK={tempurung,matlamat,cendawan}17.   KV+KVK+KV={belanja,kerengga,keranda18.   KVK+KVK+KV={sempurna}19.   KV+KVK+KVK={kelongsong,belimbing}

Kata tunggal empat suku kata atau lebih

1.       KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda}2.       KV+KVK+KV+KV={sederhan,sayembara}3.       KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara}4.       KVK+KV+V=KV={sentiasa}5.       KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala}6.       KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang}7.       KVK+KV+KV+KVK={sentimeter}8.       KVK+KVK+KV+KV={singgahsana,9.       KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional}10.   V+KV+KVK+KV+KV={universiti}11.   KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih}12.   KV+KV+KV+KV+KV+KV=maharajalela

Kata Akronim

-Tergolong dalam kata tunggal

-Akronim boleh ditulis dalam 3 cara.

1. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata

Contoh:

ABIM-Angkatan Belia Islam Malaysia

IKIM-Institut Kemahiran Islam Malaysia

ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri

2.Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata

Page 19: Bahan

Contoh:

Mara-Majlis Amanah Rakyat

Perkim-Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Bernama-Berita Nasional Malaysia

3.Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)

Contoh:

tabika- taman bimbingan Kanak-kanak

kugiran-Kumpulan gitar rancak

cerpen-cerita pendek

Dalam linguistik, pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru. Kata boleh dibentuk

melalui tiga cara utama iaitupengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan seperti dalam gambarajah di

bawah.

Selain itu, ada juga sebilangan perkataan yang dibentuk melalui:

Page 20: Bahan