bahan 1

15

Click here to load reader

Upload: sanusi-barawi-sanusi

Post on 24-May-2015

1.712 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan 1
Page 2: Bahan 1

PENGENALAN KERTAS

1. Nama kertas : Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman)

2. Kod Kertas : 011 (S.K) / 021 (S.J.K (C)

3. Bilangan Soalan : 40 soalan sahaja- 30 soalan tatabahasa (soalan 1 hingga 30)- 10 soalan pemahaman (soalan 31 hingga 40)- (2 petikan / jadual / iklan) - 5 soalan setiap petikan

4. Jenis Soalan : Aneka Pilihan- 3 pilihan jawapan (A, B, dan C )

atau- 4 pilihan jawapan (A, B, C dan D)

5. Masa Menjawab : 50 minit

6. Cara Menjawab : Menghitamkan ruangan pada kertas jawapan aneka pilihan (OMR) menggunakan pensel 2B (kandungan OMR, semuanya A hingga D)

7. Markah : 1 soalan 1 markah

PECAHAN TAJUK (KONTEKS)

1. Pengetahuan Sistem Bahasa – (soalan 1 hingga 30)

a. Tatabahasa

I. Morfologi (kata)Contohnya :

- Kata Hubung- Imbuhan- Kata Ganda- Adjektif- Kata Nama- Kata Ganti Nama- Penanda Wacana

Page 3: Bahan 1

II. Sintaksis (Ayat)Contohnya :

- Menentukan ayat yang sama maksud- Membina soalan berdasarkan jawapan- Menentukan ayat yang betul

b. Kosa Kata

- Penggunaan Kata (Kata Tepat)- Kata banyak Makna

c. Peribahasa

- Simpulan Bahasa- Bidalan

d. Penjodoh Bilangan

2. Pemahaman (Sastera / Bukan Sastera) – Soalan 31 hingga 40

- Kemahiran Membaca dan Memahami (pemahaman)- Mentafsir / Memahami Maklumat- Memahami Maksud Frasa / Kata

a. Bahan Sastera- Cerita / Cerpen- Puisi (pantun, sajak, syair)

b. Bukan Sastera

- Rencana- Ucapan / Syarahan- Laporan- Berita- Dialog (perbualan / telefon / temu ramah)- Surat (rasmi / tidak rasmi)- Iklan- Jadual- Carta- Peta

3. Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas I

a. Baca semua arahan yang diberi dalam soalan.b. Teliti dan fahami kehendak gambar (jika soalan bergambar).

Page 4: Bahan 1

c. Setelah itu, kesan kehendak soalan dan bandingkan jawapan yang diberi.d. Bagi soalan tertentu, kemahiran berfikir diperlukan.e. Setelah berfikir, buatlah keputusan yang bijak untuk memilih jawapan.f. Setiap petikan hendaklah dibaca sekurang-kurangnya dua kali. Bacaan

kali pertama untuk memahami persoalan / isi / mesej yang hendak disampaikan. Bacaan kali kedua perlu dilakukan secara teliti. Garisi dan fahami maklumat, data, jadual dan perangkaan yang diberikan.

g. Terdapat juga soalan yang mempunyai pilihan jawapannya lebih daripada satu.Contohnya :I .................................................... II ....................................................III ....................................................IV ....................................................

A I dan II sahajaB I dan III sahajaC I dan IV sahajaD II, III, dan IV sahaja

Bagi soalan begini tandakan ( ) pada ayat yang betul dan ( ) pada ayat yang salah.

Kemudian, barulah menghitamkan pada pilihan jawapan sama ada A, B, C atau D.

Murid mesti menyemak jawapan yang telah dipilih. Jika ada pembetulan padamkan betul-betul sebelum menghitamkan jawapan yang baru.

Page 5: Bahan 1

Contoh Soalan Kertas 1

Penggunaan Kata

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan I berdasarkan Gambar 1

Pengimbuhan

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Page 6: Bahan 1

Kata Hubung

Soalan 3 berdasarkan Gambar 3

Simpulan Bahasa

Soalan 4 berdasarkan Gambar 4

Page 7: Bahan 1

Kata Ganti Nama

5. Cikgu Suhaimi mengarahkan murid-murid yang akan mengikuti lawatan sambil belajar ke Muzium Kuching itu berkumpul di hadapan dewan. _________ akan memberikan taklimat ringkas kepada ________ sebelum bertolak dengan menaiki bas sekolah.

A Dia ... kitaB Dia ... kalianC Beliau ... awakD Beliau ... mereka

Komen‘Beliau’ kata ganti diri ketiga (untuk merujuk seseorang yang terhormat atau berkedudukan). ‘Mereka’ kata ganti diri ketiga (digunakan untuk merujuk sekumpulan orang yang diperkatakan). ‘Awak’ kata ganti diri kedua (untuk membahasakan diri orang kedua yang rapat dengan kita). ‘Dia’ kata ganti diri ketiga (untuk merujuk seseorang yang diperkatakan). ‘Kita’ kata ganti diri pertama (bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir). ‘Kalian’ kata ganti diri kedua (digunakan ketika bercakap dengan sekumpulan orang)

Kata Ganda

Page 8: Bahan 1

Penjodoh Bilangan

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

Page 9: Bahan 1

Penanda Wacana

Soalan 8 berdasarkan Gambar 6

Page 10: Bahan 1

Perkataan Seerti

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Perkataan Lawan

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

Page 11: Bahan 1

Peribahasa

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan berikut.

11 “Buat kerja tu biarlah berhati-hati supaya sempurna”, kata Cikgu Chong kepada kami.

A buang yang keruh ambil yang jernihB sediakan payung sebelum hujanC biar lambat asalkan selamatD ringan tulang berat perut

Pilih ayat yang betul

Antara pernyataan berikut yang manakah ayat majmuk?

12 A Gajah liar itu sudah ditangkap. B Marsha sedang menyiram pokok bunga.C Harga kereta Mercedes itu mahal sangat.D Mawi bersiar-siar di pantai sambil menyanyi.

KomenAyat A, B, dan C merupakan ayat tunggal yang terdiri

Lupakan pergaduhan dan kembali bersatu.

Beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan. Orang yang rajin akan

mendapat rezeki yang banyak.

Melakukan sesuatu pekerjaan perlu berhati-hati agar sempurna.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina denganmencantumkan dua ayat tunggal atau Iebih dengan menggunakan kata hubung.

Page 12: Bahan 1

daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat D adapenggunaan kata hubung iaitu ‘sambil’.

Ayat Tanya

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan?

13. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.

A Sejak bilakah dia terlantar di hospital?B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu?C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu?D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?

Aneka Pilihan

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14. I Penjenayah itu telah ditangkap oleh ahli polis.II Bapanya ahli sains terkenal di negara kita.III Kalau fasal menyanyi, dia memang ahli.IV Felix ahli Persatuan Bahasa Melayu.

A I dan II sahajaB I dan IV sahaja

merujuk jawapanya atau tidak

merujuk orang

merujuk tempat

merujuk masa

Page 13: Bahan 1

C I, II dan III sahajaD II, III dan IV sahaja

Komen

Aneka Pilihan

Pilih ayat-ayat yang betuI.

15. I Ahmad merasa kuah sup itu.II Cikgu Yazer mengajar Sains.III Ibu menjahiti abang sehelai baju.IV Dia memukul dengan kuatnya bola itu.

A I dan II sahajaB I dan III sahajaC I dan IV sahajaD III dan IV sahaja

Komen

Ayat IPenggunaan kata ahli tidak tepat dan sepatutnya anggota polis.Ayat IIMembawa maksud pakar sainsAyat III Memang mahirAyat IVAnggota persatuan

Ayat IMerasa menggunakan lidahAyat IISebetulnya mengajarkan SainsAyat III Bermaksud menjahitkan untuk abangAyat IVSebetulnya memukul bola itu dengan kuatnya.

Page 14: Bahan 1
Page 15: Bahan 1

Laporan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Patriotik 2006

Baru-baru ini, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Semerah Padi telah menganjurkan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Patriotik 2006. Kempen itu telah disertai seratus orang ahli persatuan yang dipilih oleh dua orang guru penasihat.

Objektif utama kempen itu diadakan adalah untuk menyemai semangat cinta akan negara, memupuk kesedaran tentang sejarah, serta menghargai peranan dan sumbangan tokoh silam dalam memerdekakan negara.

Selain mengibarkan Jalur Gemilang, kegiatan lain yang turut diadakan ialah pertandingan mencipta lagu patriotik, mendeklamasikan sajak, mewarnakan gambar berunsur patriotik, kuiz kemerdekaan, dan pertandingan bercerita. Semua kegiatan ini bertemakan kemerdekaan untuk menyemai semangat cinta akan negara di kalangan generasi muda.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang itu menerima sumbangan 150 bendera daripada Stesen Minyak Petronas Sendirian Berhad. Pengurus Pemasarannya Encik Suhaimi telah menyerahkan bendera tersebut kepada guru penasihat persatuan, Puan Intan Noorafzan dalam suatu majlis yang diadakan. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penolong Kanan I, Puan Izzy Nooratiqah Yacob dan Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Awam Stesen Minyak Petronas, Encik Izzat Nasrul Azrin.

Secara keseluruhannya, kempen Kibarkan Jalur Gemilang itu telah berjaya mencapai matlamatnya. Selain melibatkan penyertaan murid dalam kempen itu, mereka juga berasa seronok kerana turut diberi hadiah sebagai perangsang.

Laporan disediakan oleh, 5 SEPTEMBER 2006

(EYAD NAZIRUL HAKIM)Setiausaha,Persatuan Bahasa Malaysia,Sekolah Kebangsaan Semerah Padi.

Page 16: Bahan 1

31. Berapakah bilangan ahli persatuan yang terlibat dalam Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sekolah Kebangsaan Semerah Padi ?

A 50 orangB 100 orangC 150 orangD 200 orang

32. Semua aktiviti yang diadakan dalam kempen itu adalah bertemakan kemerdekaan untuk

A membolehkan pelajar melukis gambar tokoh kemerdekaan.B membolehkan murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik.C menggalakkan murid-murid menyertai pertandingan kemerdekaan.D menyemai semangat cinta akan negara di kalangan generasi muda.

33. Siapakah yang menulis laporan tersebut?

A Pengerusi Persatuan Bahasa MalaysiaB Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semerah PadiC Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Semerah

Padi

34. Aktiviti yang berikut turut diadakan dalam kempen itu, kecuali

A kuiz kemerdekaan.B mendeklamasi sajak.C pertandingan bercerita.D pertandingan memancing.

35. Pihak manakah yang menyumbang bendera kepada Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Semerah Padi?

A Pihak perseorangan B Pihak Stesen Petronas C Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 17: Bahan 1

D Guru-guru Sekolah Kebangsaan Semerah Padi