bahagian iv pengauditan prestasi -...

36
[Bah. IV-Pengauditan Prestasi] 47 1. PENDAHULUAN Pengauditan Prestasi merupakan penilaian yang komprehensif terhadap kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber KKM. Melalui kajian audit prestasi masalah dalam operasi dapat dikenal pasti dan syor yang sesuai dicadangkan. Pada tahun 2015, CAD telah melaksanakan empat (4) pengauditan prestasi yang berkaitan pengurusan program/aktiviti perubatan (tidak termasuk pengauditan prestasi terhadap program/aktiviti berkaitan perolehan dan ICT). Penemuan dan syor Audit Dalam bagi semua kajian prestasi telah dikemukakan kepada PTJ terlibat untuk makluman dan tindakan penambahbaikan. Senarai pengauditan prestasi tahun 2015 adalah seperti berikut: BIL. TAJUK A Pengauditan Prestasi Cawangan Audit Dalam 1. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Kenderaan di Pejabat Kesihatan Daerah 2. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Pemberian Bantuan Di Bawah Tabung Bantuan Perubatan 3. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Emolumen Pakar Dan Pegawai Perubatan Di Hospital B Pra - Pengauditan Prestasi Jabatan Audit Negara 1. Pra - Audit : Kajian Terhadap Aktiviti Ortopedik BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI

Upload: vuongkien

Post on 09-May-2018

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

47

1. PENDAHULUAN

Pengauditan Prestasi merupakan penilaian yang komprehensif terhadap kecekapan

dan keberkesanan dalam penggunaan sumber KKM. Melalui kajian audit prestasi

masalah dalam operasi dapat dikenal pasti dan syor yang sesuai dicadangkan. Pada

tahun 2015, CAD telah melaksanakan empat (4) pengauditan prestasi yang berkaitan

pengurusan program/aktiviti perubatan (tidak termasuk pengauditan prestasi terhadap

program/aktiviti berkaitan perolehan dan ICT). Penemuan dan syor Audit Dalam bagi

semua kajian prestasi telah dikemukakan kepada PTJ terlibat untuk makluman dan

tindakan penambahbaikan.

Senarai pengauditan prestasi tahun 2015 adalah seperti berikut:

BIL. TAJUK

A Pengauditan Prestasi Cawangan Audit Dalam

1. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Kenderaan di Pejabat

Kesihatan Daerah

2. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Pemberian Bantuan Di Bawah

Tabung Bantuan Perubatan

3. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Emolumen Pakar Dan

Pegawai Perubatan Di Hospital

B Pra - Pengauditan Prestasi Jabatan Audit Negara

1. Pra - Audit : Kajian Terhadap Aktiviti Ortopedik

BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI

Page 2: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

48

1. LATAR BELAKANG

Kenderaan merupakan satu aset yang amat berharga bagi sesebuah fasiliti kesihatan

bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat umum. Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai pelbagai jenis kenderaan yang digunakan dalam

melaksanakan amanah yang diberi.

Selain daripada ambulans, pacuan empat roda dan van, KKM khususnya Pejabat

Kesihatan turut memiliki kenderaan air seperti sampan dan bot serta kenderaan darat

lain seperti bas, kenderaan pelbagai guna, motosikal dan basikal. Semakan dalam

Sistem Pengurusan Aset mendapati sebanyak 2,562 kenderaan bernilai RM261 juta

yang didaftarkan di Pejabat Kesihatan. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda

mempunyai sebanyak 37 kenderaan bernilai RM4.49 juta manakala PKD Kuantan

sebanyak 59 kenderaan bernilai RM4.72 juta.

Pengurusan kenderaan di Pejabat Kesihatan dipantau oleh Cawangan Kesihatan

Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Penyenggaraan kenderaan di

klinik kesihatan dibuat oleh pihak pentadbiran Pejabat Kesihatan masing-masing.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan kenderaan telah dibuat

berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan dilaksanakan dengan teratur, cekap dan

berhemah selaras dengan objektif yang ditetapkan.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan telah dijalankan di PKD Kuantan, Pahang dan PKD Kuala Muda, Kedah.

Skop pengauditan merangkumi aspek semakan, kajian serta analisis buku log, data,

dokumen, laporan, minit mesyuarat dan fail berkaitan dengan pengurusan kenderaan

bagi tahun 2014 hingga Julai 2015. Sampel pengauditan yang dijalankan meliputi

96 kenderaan bernilai RM9.21 juta.

4. PENEMUAN AUDIT DALAM

Semakan Audit Dalam mendapati secara keseluruhannya, masih terdapat kelemahan

dalam pengurusan kenderaan di PKD Kuantan dan PKD Kuala Muda seperti berikut:

A1 KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN KENDERAAN

DI PEJABAT KESIHATAN DAERAH

Page 3: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

49

4.1 Pengurusan Penyelenggaraan Rekod Kenderaan

Berikut adalah kelemahan yang ditemui di dalam pengurusan rekod kenderaan di

PKD Kuantan dan PKD Kuala Muda:

Bil. Isu

Bilangan Sampel

PKD Kuantan (59 Sampel)

PKD Kuala Muda (37 Sampel)

1. Fail Kenderaan Tidak Lengkap 24 -

2. Ceraian Buku Log Kenderaan Tidak Dikemukakan 10 15

3. Buku Log Kenderaan Tidak Diselenggara Dengan Lengkap/Kemas Kini

25 13

4. Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak Dilantik - 4

5. Bacaan Odometer Berbeza Dengan Buku Log Kenderaan

1 1

6. Notis Saman Tidak Dicatatkan Dalam Buku Log Kenderaan

4 5

7. Rekod Penyelenggaraan Harta Modal Tidak Disediakan 7 -

8. Rekod Penyelenggaraan Harta Modal Tidak Kemas Kini

21 -

9. Pembelian Minyak Tidak Direkodkan 9 -

10. Daftar Kad Inden Kenderaan Tidak Disediakan 56 -

11. Kad Inden Kenderaan Dipegang Oleh Pemandu 59 -

12. Semakan Pembelian Minyak Tidak Dilaksanakan 59 3

13. Analisis Kadar Penggunaan Bahan Api Tidak Dilaksanakan

59 37

14. Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit Tidak Disemak 59 -

15. Pemeriksaan Mengejut Tidak Dilaksanakan Oleh Ketua Jabatan

59 37

Nota: “-“ : Tiada Isu

Maklum balas:

Tindakan penambahbaikan telah diambil bagi memastikan penyelenggaraan rekod

kenderaan mengikut peraturan.

Pendapat Audit Dalam:

Kawalan dalaman pengurusan kenderaan hendaklah ditingkatkan dan

pemantauan berterusan hendaklah dilakukan bagi memastikan semua peraturan

dipatuhi. Kawalan dalaman yang baik adalah penting bagi memastikan tiada

penyelewengan berlaku dan aset Kerajaan dipelihara.

4.2 Pengurusan Kenderaan

Semakan Audit Dalam terhadap pengurusan kenderaan di PKD Kuantan mendapati

perkara berikut:

4.2.1 Kenderaan Terbiar Dan Tidak Digunakan

Dua (2) kenderaan di PKD Kuantan didapati tidak lagi digunakan sejak tahun

2014 seperti di Gambar 1 dan 2.

Page 4: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

50

Gambar 1 Gambar 2

Odometer (digital) kenderaan CBB 1530

tidak dapat disemak kerana enjin kenderaan tersebut tidak dapat

dihidupkan

Kenderaan WGB 782 yang didapati tidak digunakan semenjak ditinggalkan pada

tahun 2014

Maklum balas:

Rancangan asal kenderaan tersebut adalah untuk dibaiki dan digunakan ketika

banjir. Namun demikian, kerana kos pembaikan yang tinggi kenderaan tersebut

akan dilupuskan.

4.2.2 Kebersihan Kenderaan Tidak Dijaga

Kebersihan kenderaan Unit Vektor tidak dijaga di PKD Kuantan seperti di

Gambar 3 dan 4.

Gambar 3 Gambar 4

Kenderaan yang digunakan oleh Unit Vektor yang kelihatan kotor sehingga nombor pendaftaran kenderaan tidak kelihatan dengan jelas

Maklum balas:

Unit Vektor telah diarahkan untuk memastikan jadual pencucian kenderaan

disediakan mengikut kesesuaian bagi memastikan kenderaan jabatan berada

dalam keadaan bersih.

Page 5: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

51

Pendapat Audit Dalam:

Semua kenderaan Kerajaan hendaklah disenggara dan dijaga

kebersihannya bagi memastikan jangka hayat penggunaan dapat mencapai

tempoh yang maksimum serta untuk menjaga imej Kementerian.

4.2.3 Penggunaan Motosikal Di PKD Kuantan

Perolehan bahan api dan penyelenggaraan kecil motosikal ditanggung sendiri

oleh Jururawat di Klinik Desa Bukit Sagu. Penyelenggaraan kecil motosikal di

Klinik Desa Paya Bungor juga ditanggung oleh Jururawat namun pembelian

bahan api menggunakan Kad Inden Minyak.

Maklum balas:

Bengkel yang berhampiran dengan klinik berkenaan tidak menerima Pesanan

Kerajaan oleh itu, segala penyelenggaraan akan dibayar melalui Panjar Wang

Runcit. Bagi pembelian bahan api Klinik Desa Bukit Sagu, perolehannya akan

dilakukan oleh Klinik Kesihatan Bukit Goh setiap minggu mengikut keperluan

dengan menggunakan Kad Inden Minyak motosikal berkenaan kerana jarak

stesen minyak yang jauh (23 kilometer).

4.2.4 Penggunaan Motosikal Di PKD Kuala Muda

Didapati dua (2) daripada empat (4) motosikal yang disediakan tidak digunakan

seperti di Gambar 5 dan 6. Bagi dua (2) motosikal yang digunakan, hanya

sebuah motosikal diselenggara rekod penggunaannya.

Gambar 5 Gambar 6

Dua (2) motosikal KDR 2667 dan KBW 7284 tidak digunakan

Maklum balas:

Rekod bagi motosikal yang digunakan telah diselenggara dengan kemas kini.

Dua motosikal yang tidak digunakan didapati telah mengalami masalah

kerosakan enjin. Penggunaan motosikal adalah rendah kerana faktor cuaca yang

sering hujan akan merosakkan dokumen kompaun yang perlu dihantar oleh

pemandu.

Page 6: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

52

Pendapat Audit Dalam:

Kajian semula keperluan penggunaan motosikal hendaklah dibuat.

Motosikal yang tidak digunakan boleh diagihkan kepada fasiliti lain yang

lebih memerlukan.

5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM

Bagi memastikan pengurusan kenderaan lebih cekap dan teratur serta tidak berulang

pada masa hadapan tindakan berikut perlu diambil:

a) Fail Sejarah bagi setiap kenderaan hendaklah lengkap dengan maklumat seperti

Kad Pendaftaran Kenderaan, Sijil Pemeriksaan oleh Jabatan Kerja Raya

(semasa penerimaan kenderaan), rekod pendaftaran aset, rekod

penyelenggaraan kenderaan, maklumat kemalangan dan saman;

b) Buku Log kenderaan diuruskan dengan lebih teratur bagi semua kenderaan

dengan memastikan maklumat dalam Buku Log adalah lengkap dan kemas kini

serta ceraian diserahkan kepada Pegawai Kenderaan untuk semakan dan

simpanan;

c) semua rekod kad sistem bayaran tol tanpa resit dan kad inden minyak

menggunakan format yang ditetapkan serta disemak dan disahkan;

d) semua kenderaan digunakan dan berada dengan selamat serta bersih;

e) pemantauan berkala dan pemeriksaan mengejut dijalankan mengikut peraturan

yang ditetapkan; dan

f) Pegawai Kenderaan dan semua wakil yang dilantik serta pemandu diberi latihan

dalam menguruskan kenderaan jabatan.

Page 7: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

53

1. LATAR BELAKANG

Tabung Bantuan Perubatan (TBP) telah ditubuhkan pada 15 September 2005 di bawah

Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhan TBP adalah

membantu membiayai kos rawatan perubatan kepada warga Malaysia yang miskin atau

yang tidak berkemampuan untuk membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan,

peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang kemudahan tersebut

tidak disediakan di hospital kerajaan.

Permohonan oleh pesakit dibuat melalui Jabatan/Unit Kerja Sosial di setiap hospital dan

dikemukakan kepada Bahagian Kewangan selaku urusetia TBP. Permohonan ini

kemudiannya akan dikemukakan kepada urusetia di peringkat Jawatankuasa Teknikal

Perubatan (JKTP) untuk diperakukan dan dipertimbangkan oleh Pengerusi dan Ahli

Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TBP.

Peruntukan TBP telah disalurkan ke dalam akaun amanah Kod 85700 manakala

perbelanjaan diperakaunkan di bawah kod 85701. Jumlah geran di bawah OA 42000

yang telah disalurkan pada tahun 2013 sehingga tahun 2015 adalah sebagaimana

Jadual 1 berikut:

Jadual 1

Jumlah Peruntukan Dan Perbelanjaan TBP

Bagi Tahun 2013 Hingga 2015

Sumber: Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan 2013 & 2014 dan Laporan C350

2. OBJEKTIF AUDIT

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada aspek pengurusan dan pemberian

bantuan di bawah TBP dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi

mencapai objektifnya.

Tahun

Akaun Kod 857700

(Terimaan)

Akaun Kod 857701

(Perbelanjaan Dan Pelaburan)

Baki bersih

pada 31

Disember

(RM)

Terimaan

Terkumpul 1

Januari

(RM)

Terimaan

Tahun

Semasa

(RM)

Terimaan

Terkumpul

Sehingga 31

Disember

(RM)

Perbelanjaan

Terkumpul

Sehingga

Pada 1

Januari

(RM)

Perbelanjaan

Tahun

Semasa

(RM)

Perbelanjaan bersih

terkumpul sehingga

31 Disember

(RM)

(a) (b) (c )=(a) + (b) (d) (e ) (f)=(d)+(e ) (g)=(c )- (f)

2013

147,000,000.00

30,000,000.00

177,000,000.00

129,165,668.73

32,303,863.76

161,469,532.49

15,530,467.51

2014

177,000,000.00

40,000,000.00

217,000,000.00

161,469,532.49

25,266,217.56

186,735,750.05

30,264,249.95

2015

217,000,000.00

40,000,000.00

257,000,000.00

186,735,750.05

25,062,986.78

211,798,736.83

45,201,263.17

A2 KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN PEMBERIAN

BANTUAN DI BAWAH TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)

Page 8: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

54

3. SKOP DAN METODOLOGI

Skop pengauditan meliputi pengurusan, pemberian bantuan dan pelaksanaan TBP yang

disalurkan bagi tempoh tahun 2014 hingga tarikh auditan. Kaedah pengauditan adalah

melalui penyemakan dan analisis data, pemeriksaan rekod kewangan dan dokumen

pengurusan yang berkaitan dengan pengurusan TBP. Lawatan ke hospital yang dipilih

telah dilaksanakan bersama Pegawai Sosial Kerja Perubatan (PSKP) di hospital yang

terlibat. Pemeriksaan dan lawatan meliputi permohonan yang telah diproses, diterima

dan/atau dibayar melalui TBP. Lawatan audit telah dilaksanakan di tiga (3) buah hospital

negeri seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2

Hospital Yang Dilawati Dan Bilangan Permohonan

Bagi Tahun 2014 Dan Sehingga Julai 2015*

Negeri Hospital

Bilangan

Permohonan Jumlah Tarikh Pengauditan

2014 2015*

Perak Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB)

503 173 676 3 – 7 Ogos 2015

Sarawak Miri (HM) 115 40 155 24 – 28 Ogos 2015

Kedah Sultanah Bahiyah (HSB) 383 267 650 6 – 10 Sept 2015

Jumlah Keseluruhan 1,481 -

Sumber: Rekod dan fail permohonan di Unit Kerja Sosial

4. PENEMUAN AUDIT DALAM

4.1 Tuntutan Oleh Pembekal

Tuntutan bayaran balik bagi peralatan oleh pembekal akan dibuat selepas rawatan

selesai dilaksanakan. Berdasarkan carta alir proses tuntutan bayaran TBP, Pegawai

Kerja Sosial Perubatan (PSKP) akan mengemukakan tuntutan lengkap ke Kementerian

dalam tempoh 2 hari dari tarikh terima delivery oder (DO) dan invois.

Semakan Audit Dalam terhadap 250 sampel permohonan di Hospital Miri, Hospital Raja

Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati 49 kes

berjumlah RM450,604 iaitu masing-masing RM373,004 (38 kes) di HRPB dan

RM77,600 (11 kes) di HSB yang telah menerima rawatan dan peralatan perubatan tetapi

masih belum dituntut oleh pihak pembekal dari tahun 2014 sehingga Julai 2015.

Manakala bagi Hospital Miri tiada tunggakan tuntutan bil oleh pembekal. Butiran lanjut

seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3

Bekalan Peralatan Perubatan Yang Telah Dibuat Rawatan Tahun

2014-Julai 2015 Masih Belum Dituntut Oleh Pihak Pembekal

Bil. Hospital Bil. Sampel Pesakit

Yang Menerima Rawatan

Bil. Belum Dituntut

Jumlah (RM)

1. Raja Permaisuri Bainun 110 38 373,004.00

2. Sultanah Bahiyah 90 11 77,600.00

3. Miri 50 - -

Jumlah 250 49 450,604.00

Page 9: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

55

Maklum balas Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Sultanah Bahiyah dan

Hospital Miri:

1) Mewujudkan jawatankuasa untuk penyelarasan status rawatan dan tuntutan

daripada pembekal dan mengeluarkan surat peringatan kepada pembekal.

2) Memaklumkan garis panduan berkaitan peraturan tuntutan bayaran TBP kepada

pembekal.

Maklum balas Bahagian Kewangan:

1) Tempoh mengemukakan tuntutan ditetapkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh

rawatan.

2) Dinyatakan tempoh tuntutan dalam surat kelulusan dan dibuat susulan.

3) Penyata kewangan oleh Bahagian Kewangan ada menunjukkan baki

tanggungan bayaran yang belum dijelaskan dan dimaklumkan kepada JKTP bagi

tujuan pertimbangan proses permohonan.

Pendapat Audit Dalam:

Pihak hospital perlu mengambil tindakan susulan untuk menghubungi pembekal

yang terlibat bagi menyelesaikan pembayaran. Selain itu, Standard Operating

Procedure mengenai tuntutan bayaran di peringkat hospital hendaklah

diperkemaskan. Pihak Audit Dalam mengesyorkan baki semasa TBP dapat

dinyatakan dengan jelas sebelum pihak JKTP mempertimbangkan kelulusan

jumlah kos rawatan yang dipohon.

4.2 Tempoh Proses Kelulusan Permohonan TBP

4.2.1 Permohonan TBP Di Peringkat Hospital Melebihi 14 hari

Permohonan TBP dikemukakan oleh pesakit kepada Unit Kerja Sosial hospital

untuk penilaian dan intervensi yang dilaksanakan melalui proses temuduga,

lawatan ke rumah dan melengkapkan borang yang berkaitan. Permohonan yang

lengkap dikemukakan kepada Bahagian Kewangan untuk disemak dan

dikemukakan kepada urusetia JKTP untuk pertimbangan dan kelulusan.

Berdasarkan carta alir proses permohonan TBP di peringkat hospital,

permohonan lengkap yang diterima dari pesakit akan diproses dalam tempoh 14

hari untuk dihantar ke Bahagian Kewangan. Ringkasan proses permohonan di

peringkat hospital seperti di Carta 1.

Carta 1

Carta Aliran Kerja Proses Permohonan TBP Diperingkat Hospital

Sumber: Manual Prosedur Kerja

Page 10: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

56

Semakan Audit Dalam terhadap 250 sampel permohonan bagi tahun 2014 dan

sehingga Julai 2015 yang telah diproses di peringkat hospital mendapati 134

(54%) permohonan mengambil masa 14 hari dan ke bawah manakala 116 (46%)

permohonan yang diproses melebihi 14 hari. Butiran lanjut seperti dalam

Jadual 4 dan Carta 2.

Jadual 4

Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Hospital

Bil. Hospital Bil.

Sampel

Tempoh Permohonan

(Tahun 2014 & 2015)

<14 Hari 15-30 Hari 31-60 Hari 61-90 Hari >91 Hari

1. Raja Permaisuri

Bainun 110 31 10 37 26 6

2. Sultanah Bahiyah 90 82 4 4 - -

3. Miri 50 21 20 9 - -

Jumlah 250 134 34 50 26 6

Sumber: Fail Peribadi Permohonan Pesakit

Carta 2

Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Hospital

Menurut pihak hospital kelewatan adalah disebabkan antaranya dokumen

sokongan pemohonan yang tidak lengkap, pemohon gagal untuk hadir sesi

temuduga sebagaimana temujanji dan pemohon sukar dihubungi.

Maklum balas Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Sultanah Bahiyah

dan Hospital Miri:

1) Melantik penyelaras TBP bagi setiap jabatan sebagai liaison officer.

2) Mewujudkan pangkalan data secara manual dan berkomputer berkaitan

proses permohonan TBP untuk tujuan pemantauan.

3) Mengemaskini, melengkapkan dan mewujudkan daftar yang berkaitan

permohonan TBP.

54%

14%

20%

10%2%

<14HARI

15-30 HARI

31-60 HARI

61-90 HARI

>91 HARI

Page 11: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

57

4.2.2 Permohonan TBP Di Peringkat Kementerian

Permohonan TBP yang telah lengkap dikemukakan oleh pihak hospital kepada

Bahagian Kewangan untuk disemak. Permohonan yang lengkap dan menepati

kriteria sebagaimana Garis Panduan Pemberian Bantuan Di Bawah TBP akan

dikemukakan kepada urusetia Jawatan Kuasa Teknikal Perubatan (JKTP) untuk

perakuan. Permohonan ini kemudiannya akan dikemukakan kepada Pengerusi

TBP untuk pertimbangan. Berdasarkan carta alir proses tuntutan bayaran TBP di

peringkat Kementerian, permohonan yang telah lengkap diterima dari hospital

akan diproses dalam tempoh 14 hari untuk pengeluaran surat makluman

keputusan kepada setiap permohonan. Ringkasan proses permohonan di

peringkat hospital adalah sebagaimana Carta 3 berikut.

Carta 3

Carta Aliran Kerja Proses Permohonan TBP Diperingkat Kementerian

Sumber: Manual Prosedur Kerja

Semakan Audit Dalam terhadap 250 sampel permohonan bagi tahun 2014 dan

sehingga Julai 2015 yang telah diproses di peringkat kementerian mendapati 13

(5%) permohonan mengambil masa 14 hari dan ke bawah manakala 237 (95%)

permohonan yang diproses melebihi 14 hari. Butiran lanjut adalah seperti dalam

Jadual 5 dan Carta 4 berikut:

Jadual 5

Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Kementerian

Bil. Hospital Bil.

Sampel

Tempoh Permohonan

(Tahun 2014 & 2015)

<14 Hari 15-30 Hari 31-60 Hari 61-90 Hari >91 Hari

1. Raja Permaisuri

Bainun 110 5 65 33 3 4

2. Sultanah Bahiyah 90 4 30 41 12 3

3. Miri 50 4 23 18 4 1

Jumlah 250 13 118 92 19 8

Page 12: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

58

Carta 4 Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Kementerian

Perincian kelewatan tempoh proses di setiap peringkat di Kementerian adalah

sebagaimana Jadual 6 berikut:

Jadual 6

Tempoh Proses Permohonan Bantuan TBP Di Peringkat Kementerian

Bil. Peringkat Bil.

Sampel

Tempoh Permohonan

(Tahun 2014 & 2015)

<2hari 3-7 Hari 8-10 Hari 11-14 Hari >15 Hari

1. Bahagian Kewangan 250 88 75 31 21 35

2. Jawatan Kuasa

Teknikal Perubatan 250 - 17 20 47 166

3. Kelulusan Pengerusi

TBP 250 54 134 34 16 12

Sumber: Fail Peribadi Permohonan Pesakit

Berdasarkan jadual dan carta di atas proses mengemukakan permohonan untuk

pertimbangan Pengerusi TBP mengambil masa melebihi tempoh yang ditetapkan

di setiap peringkat. Sebanyak 162 (64%) permohonan di Bahagian Kewangan

diproses melebihi tempoh 2 hari dan 233 (93%) permohonan di JKTP diproses

melebihi 7 hari. Ini menunjukkan proses sebenar untuk semakan di peringkat

Kementerian mengambil masa lebih panjang daripada tempoh yang ditetapkan

iaitu 14 hari.

Maklum balas Bahagian Kewangan:

1) Laporan Pengauditan Pengurusan Rawatan Ortopedik di Hospital KKM

yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara telah mencadangkan agar

dikaji satu tempoh masa yang sesuai bagi menguruskan kes-kes tersebut.

2) Kelewatan melebihi tempoh 14 hari adalah melibatkan kes-kes yang

memerlukan rujuk pakar.

3) Bagi kes kecemasan, kelulusan secara lisan akan diberikan terlebih dahulu.

4) Daftar TBP yang menyeluruh dalam Microsoft Excel telah diselenggara

sejak 2012.

5) Data permohonan dan kelulusan sentiasa dikemaskini setiap bulan untuk

tujuan analisis, pemantauan dan laporan.

6) Sistem TBP sedang dibangunkan secara in-house oleh BPM.

5%

47%37%

8% 3%

<14HARI

15-30 HARI

31-60 HARI

61-90 HARI

>91 HARI

Page 13: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

59

Pendapat Audit Dalam:

Pada pendapat Audit Dalam, tempoh yang ditetapkan bagi proses semakan

dan pertimbangan permohonan TBP di semua peringkat perlu dikaji semula

dengan mengambil kira semua faktor dan kekangan di setiap peringkat

serta tempoh yang diperlukan untuk semakan dan pertimbangan

Pengerusi TBP.

4.3 Kelulusan Permohonan Yang Masih Belum Diterima Oleh Hospital

Permohonan yang telah lengkap akan diperakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa

Teknikal Perubatan, disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan diluluskan oleh

Pengerusi TBP. Satu surat makluman berkaitan keputusan permohonan akan

dikeluarkan dan dihantar kepada pihak hospital untuk dimaklumkan kepada pemohon

bagi tindakan selanjutnya.

Semakan Audit Dalam terhadap 250 permohonan mendapati surat keputusan bagi 24

permohonan berjumlah RM217,947 yang dibuat pada tahun 2014 dan sehingga bulan

Julai 2015 iaitu masing-masing 7 daripada Hospital Miri dan 17 daripada HSB yang telah

diluluskan oleh Pengerusi TBP, masih belum diterima oleh pihak hospital sehingga

tarikh lawatan Audit Dalam. Manakala di HRPB, surat keputusan permohonan bagi

semua sampel yang disemak telah diterima oleh pihak hospital. Butiran lanjut seperti

dalam Jadual 7.

Jadual 7

Keputusan Permohonan Yang Masih Belum Diterima Oleh Hospital

Bil. Hospital

Tahun

Bilangan

Permohonan

Keputusan

Belum

Diterima Oleh

Hospital

Jumlah

(RM)

1. Raja Permaisuri

Bainun

2014 103 - -

2015 7 - -

2. Sultanah Bahiyah 2014 60 5 49,725.00

2015 30 2 22,334.00

3. Miri 2014 42 2 21,228.00

2015 8 15 124,660.00

Jumlah 250 24 217,947.00

Maklum balas Hospital Sultanah Bahiyah:

1) Telah mengemukakan emel kepada urusetia TBP dan telah menerima

status permohonan TBP tahun 2014 dan 2015 pada 9 April 2015.

2) Membuat susulan secara berkala kepada pihak urusetia TBP bagi

permohonan yang dikemukakan.

Pendapat Audit Dalam:

Pihak hospital perlu mengambil tindakan susulan untuk menghubungi

pihak TBP bagi mendapatkan status bagi semua permohonan yang telah

dikemukakan kepada kementerian selepas satu tempoh tertentu yang

munasabah. Kelewatan penerimaan surat kelulusan perlanjutan boleh

menyebabkan pesakit gagal untuk mendapat rawatan sebagaimana yang

diperlukan.

Page 14: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

60

4.4 Tarikh Tamat Kelulusan Perlanjutan Tempoh Tidak Praktikal

Tempoh sah kelulusan yang diberikan oleh TBP adalah setahun bagi setiap

permohonan rawatan. Bagi kes rawatan yang telah ditetapkan melebihi tarikh tempoh

sah laku kelulusan, pihak hospital boleh memohon untuk tempoh perlanjutan. Tempoh

perlanjutan yang diberikan adalah berdasarkan keputusan dan pertimbangan dari pihak

urusetia TBP di peringkat Kementerian.

Semakan Audit Dalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati lima (5) surat

kelulusan perlanjutan tempoh yang dikeluarkan oleh TBP tamat sah laku lebih awal

daripada tarikh tamat kelulusan terdahulu yang dikeluarkan oleh TBP. Semakan Audit

Dalam juga mendapati tarikh kelulusan perlanjutan yang diluluskan tamat sebelum

penetapan tarikh rawatan yang akan dilaksanakan. Sehingga tarikh lawatan audit

didapati tiada sebarang surat pembatalan kepada semua surat berkenaan bagi

membolehkan permohonan tarikh perlanjutan yang baru dikeluarkan kepada pesakit

untuk mendapatkan rawatan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Jadual 8.

Jadual 8

Tarikh Kelulusan Perlanjutan Yang Diluluskan Tamat Sebelum Tarikh Rawatan Di HRPB

Bil. Nama

Pemohon

Kelulusan Asal Kelulusan Perlanjutan Tarikh

Rawatan Tarikh

Kelulusan

Tarikh Tamat

Tempoh

Tarikh

Permohonan

Tarikh

Lanjutan

1. Lee Sow Woon 29.09.14 28.09.15 15.01.15 30.06.15 28.04.16

2. Shum Tai Thye 10.10.14 09.10.15 16.01.15 30.06.15 12.11.15

3. Chin Chow Moi 10.11.14 09.10.15 14.01.15 30.06.15 12.05.16

4. Lee Mee Foon 23.09.14 22.09.15 16.01.15 30.06.15 19.05.16

5. Ng Ah Ngoh 10.11.14 09.11.15 16.01.15 30.06.15 02.06.16

Pendapat Audit Dalam:

Pihak HRPB perlu mengambil tindakan susulan untuk menghubungi pihak

urusetia TBP bagi memaklumkan perkara yang berkaitan. Satu surat kelulusan

yang baru berkaitan penyelarasan semula tempoh perlanjutan perlu dibuat supaya

pesakit yang telah diluluskan permohonan TBP mendapat rawatan sewajarnya.

5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM

Secara keseluruhannya, proses pemberian Kemudahan Tabung Bantuan Perubatan

telah dilaksanakan dengan baik. Bagaimanapun, proses kelulusan dan pengumpulan

dokumen untuk proses pembayaran didapati mengambil tempoh yang lama. Bagi

memastikan pengurusan pemberian TBP lebih cekap, Audit Dalam mengesyorkan

tindakan seperti berikut:

a) satu sistem yang mampu memudahkan proses, perekodan dan pelaporan TBP

wajar dibangunkan bagi membantu pihak pengurusan mengendalikan serta

membuat pelaporan berkaitan TBP dengan lebih cepat dan cekap;

b) mewujudkan koordinasi antara Unit Kerja Sosial dengan pihak jabatan di

hospital bagi menyelaraskan setiap proses permohonan;

c) pihak Kementerian/Hospital perlu membuat susulan dan pemantauan secara

berkala terhadap bil-bil yang masih tidak dituntut oleh pembekal;

Page 15: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

61

d) surat peringatan dan mekanisma tindakan terhadap pembekal yang lewat

mengemukakan bil perlu diwujudkan bagi melancarkan pengurusan aliran tunai

TBP; dan

e) pihak Kementerian/Hospital perlu membuat penilaian semula dan

penambahbaikan terhadap peringkat-peringkat proses permohonan yang sedia

ada bagi memastikan tempoh proses TBP dapat dilaksanakan selaras dengan

tempoh yang ditetapkan.

Page 16: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

62

1. LATAR BELAKANG

Emolumen merangkumi gaji pokok, bayaran elaun dan imbuhan seperti yang telah

ditetapkan dalam Pekeliling atau Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam. Jabatan

bertanggungjawab menyelenggarakan rekod emolumen serta kadar yang ditetapkan.

Pakar dan Pegawai Perubatan merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan

kesihatan dan perubatan di negara ini. Sehingga Mac 2015, terdapat 2,048 orang Pakar

dan Pegawai Perubatan yang bertugas di empat (4) hospital yang dilawati seperti dalam

Jadual 1.

Jadual 1

Kedudukan Perjawatan Pakar dan Pegawai Perubatan

Sehingga Mac 2015

Butiran Hospital

Labuan Pulau Pinang Sultan Ismail Putrajaya

Pengisian 32 935 490 430

Kekosongan 5 170 (46) 32

Jumlah Perjawatan 37 1,105 444 462

Sumber: Hospital

Pelbagai elaun dan insentif telah diwujudkan oleh Kerajaan untuk Pakar dan Pegawai

Perubatan bagi menghargai sumbangan dari segi kepakaran dan kemahiran pegawai

yang amat diperlukan oleh negara. Elaun dan insentif ini dibayar mengikut kadar yang

telah ditetapkan oleh Kerajaan berdasarkan kelayakan pegawai tersebut. Antara elaun

dan insentif yang diterima oleh pakar dan pegawai perubatan adalah bayaran insentif

perkhidmatan kritikal, bayaran insentif pakar, elaun kerja luar waktu bekerja biasa,

bayaran insentif perudara, elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan serta

pelbagai elaun lain.

Perbelanjaan emolumen bagi tempoh tahun 2012 hingga 2014 di hospital yang dilawati

seperti dalam Jadual 2.

A3 KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN EMOLUMEN

PAKAR DAN PEGAWAI PERUBATAN DI HOSPITAL

Page 17: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

63

Jadual 2

Perbelanjaan Emolumen Bagi Tahun 2012 Hingga 2014

Bil. Hospital Jumlah Perbelanjaan Emolumen (RM)

Tahun 2012 Tahun 2013 Tahun 2014

1. Labuan 17,769,927.41 21,016,671.44 23,355,946.98

2. Pulau Pinang 230,333,225.25 250,519,330.32 263,358,216.23

3. Sultan Ismail 99,883,381.87 107,384,118.40 124,759,517.46

4. Putrajaya 86,252,650.34 99,395,485.26 112,438,981.91

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah bagi menentukan sistem pembayaran dan

penyelenggaraan rekod-rekod emolumen di Peringkat Pusat Gaji dan Pusat Pembayar

(Pusat Tanggungjawab) mematuhi undang-undang dan peraturan.

3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Skop kajian ini adalah rekod dan data bayaran gaji yang dibuat melalui sistem gaji dan

juga baucar bayaran. Ia merangkumi gaji dan upah; elaun tetap; serta sumbangan

berkanun yang diluluskan oleh Kerajaan berdasarkan pekeliling, surat pekeliling dan

surat edaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi tempoh tiga tahun iaitu dari

tahun 2012 hingga 2014. Kajian ini juga dijalankan untuk memastikan emolumen dibayar

mengikut kadar serta dalam tempoh yang ditetapkan. Semakan Audit Dalam telah

dijalankan di empat (4) hospital yang dipilih seperti berikut:

(i) Hospital Labuan (HL);

(ii) Hospital Sultan Ismail, Johor (HSI);

(iii) Hospital Pulau Pinang (HPP); dan

(iv) Hospital Putrajaya (HPJ).

Pengauditan dilaksanakan dengan memeriksa dan menganalisa dokumen-dokumen

seperti Perubahan Gaji (Kew. 320 / SG20), Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan

Seseorang Pegawai (Kew. 8), Penyata Gaji serta laporan yang dikeluarkan oleh Unit

Gaji di hospital. Selain itu, temu bual dengan pegawai terlibat turut dilakukan.

4. PENEMUAN AUDIT DALAM

4.1 Perjawatan Dan Penempatan Pegawai Perubatan

4.1.1 Pengisian Melebihi Perjawatan Yang Diluluskan

Semakan Audit Dalam mendapati lapan (8) pegawai perubatan yang

ditempatkan di HPP tiada dalam senarai perjawatan yang diluluskan. Maklumat

lanjut seperti dalam Jadual 3.

Page 18: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

64

Jadual 3

Bilangan Pegawai Perubatan Melebihi Perjawatan Yang Diluluskan

Bil. Gred Jawatan Bilangan Perjawatan Bilangan Pengisian Perbezaan

1. JUSA C 2 6 4

2. UD54 9 12 3

3. UD52 3 4 1

Maklum balas HPP:

Semakan dan pemantauan secara berkala akan dibuat oleh pihak HPP bersama

JKN dan IPKKM

4.1.2 Penempatan Secara Pentadbiran

Semakan Audit Dalam mendapati penempatan secara pentadbiran melibatkan

pegawai perubatan berlaku di HL, HSI, HPP dan HPJ. Maklumat lanjut seperti

dalam Jadual 4.

Jadual 4

Pakar/Pegawai Perubatan Yang Ditempatkan Secara Pentadbiran

Bil. Hospital

Bil. Pegawai / Pakar Hospital

Berkenaan Yang Ditempatkan

Ke Hospital Lain

Bil. Pegawai / Pakar

Hospital Lain Yang

Ditempatkan Di Hospital

Berkenaan

1. Labuan 1 2

2. Sultan Ismail 2 8

3. Pulau Pinang 11 12

4. Putrajaya 1 6

Maklum balas:

Semakan dan pemantauan secara berkala akan dibuat oleh pihak hospital, JKN

dan IPKKM. Pelarasan perjawatan di HPP dan HL telah selesai dilaksanakan.

4.2 Gaji Dan Upah

4.2.1 Gaji Kenaikan Pangkat Terlebih/Terkurang Bayar

(i) Pelarasan Terhadap Gaji Pokok Berdasarkan Sijil Gaji Akhir

(Pelarasan) Bagi Pegawai Yang Bertukar Masuk Tidak Diambil

Tindakan

Semakan Audit Dalam di HL mendapati Gaji Pokok seorang pegawai

perubatan yang bertukar masuk telah terkurang bayar berjumlah

RM3,167.64 disebabkan pelarasan pada Sijil Gaji Akhir tidak diambil

tindakan. Selain itu, Pergerakan Gaji Tahun 2014 dan kenaikan pangkat

juga belum dibuat. Ini menyebabkan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dan

Imbuhan Tahunan turut terkurang dibayar masing-masing sejumlah

RM701.13 dan RM350.00.

Page 19: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

65

Maklum balas HL: Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan.

(ii) Kesilapan Dalam Penetapan Gaji Permulaan Kenaikan Pangkat

Berdasarkan perenggan 5.3, Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2007,

semakan Audit Dalam di HL mendapati kesilapan dalam penetapan gaji

permulaan kenaikan pangkat bagi empat (4) pegawai menyebabkan gaji

pokok, Bayaran Insentif Wilayah dan Imbuhan Tahunan 2014 telah

terlebih dibayar berjumlah RM7,946.58. Manakala di HSI pula, kesilapan

sama yang melibatkan tiga (3) pegawai telah menyebabkan gaji pokok

dan imbuhan tahunan terkurang dibayar masing-masing berjumlah

RM13,996.50 dan RM255.60.

Maklum balas HL dan HSI:

Pelarasan dan kutipan balik gaji telah dibuat kepada pegawai berkenaan.

(iii) Kesilapan Pengiraan Pelarasan Gaji Pokok Kenaikan Pangkat

Kesilapan pengiraan pelarasan emolumen kenaikan pangkat di HPP

menyebabkan gaji seorang pegawai telah terlebih dibayar berjumlah

RM431.13.

Maklum balas HPP:

Tindakan pembetulan telah dibuat oleh pihak HPP.

4.2.2 Imbuhan Tahunan Terkurang Bayar

Semakan Audit Dalam mendapati Imbuhan Tahunan tiga (3) pegawai di HL telah

terkurang dibayar berjumlah RM495.00 disebabkan kelewatan dalam

pembayaran PGT. Manakala, imbuhan tahunan seorang pegawai di HPJ telah

terkurang dibayar berjumlah RM213.29 disebabkan bayaran dibuat berdasarkan

gaji sebelum kenaikan pangkat.

Maklum balas HL:

Pelarasan Imbuhan Tahunan kepada dua (2) pegawai telah diambil tindakan.

Manakala seorang lagi pegawai tidak diberi pergerakan gaji bagi tahun 2014

kerana tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan/gagal mengemukakan LNPT 2013.

Maklum balas HPJ:

Pelarasan Imbuhan Tahunan 2014 telah dibuat kepada pegawai yang

berkenaan.

Page 20: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

66

4.2.3 Emolumen Yang Diterima Semasa Cuti Tanpa Gaji dan Separuh Gaji

Belum Dikutip Balik

(i) Tindakan Untuk Mengutip Balik Emolumen Pegawai Yang Bercuti

Tanpa Gaji/Cuti Separuh Gaji Belum Dibuat

Semakan Audit Dalam di HSI mendapati emolumen yang telah dibayar

kepada tujuh (7) pegawai yang mengambil Cuti Tanpa Gaji berjumlah

RM80,673.77 dan seorang pegawai yang mengambil Cuti Separuh Gaji

berjumlah RM5,993.97, masih belum dikutip balik.

Maklum balas HSI:

Kutipan balik melalui potongan gaji secara berperingkat telah dibuat oleh

pihak hospital.

(ii) Bayaran Balik Emolumen Terkurang Kutip

Bayaran balik emolumen yang dibayar oleh seorang pegawai di HSI yang

mengambil cuti tanpa gaji telah terkurang dikutip berjumlah RM491.94.

Maklum balas HSI:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak hospital.

4.2.4 Emolumen Terlebih Dibayar Kerana Gaji Lewat Diberhentikan

Emolumen seorang pegawai di HPP yang sedang cuti belajar tanpa gaji dari 1

Februari 2013 hingga 31 Januari 2016, lewat diberhentikan menyebabkan

emolumen telah terlebih dibayar berjumlah RM32,343.93 (10,781.31 x 3 bulan).

Maklum balas HPP:

Tindakan kutip balik hanya dapat dilakukan apabila pegawai melaporkan diri

semula selepas tamat pengajian.

4.2.5 Gaji Terlebih Bayar Kerana Cuti Rehat dan Cuti Sakit Melebihi

Kelayakan

Kesilapan dalam pengiraan kelayakan Cuti Rehat dan Cuti Sakit seorang

pegawai kontrak di HPJ telah menyebabkan pegawai tersebut mengambil cuti

melebihi kelayakan manakala gajinya pula telah terlebih dibayar berjumlah

RM3,497.33.

Maklum balas HPJ:

Surat pemakluman dan tindakan mengutip balik jumlah emolumen yang tidak

layak telah dihantar ke PTJ baru.

Page 21: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

67

4.3 Elaun Dan Imbuhan

4.3.1 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Terlebih/Terkurang/Tidak Layak

Dibayar

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2004 dan Bil. 16 Tahun

2007, kadar ITP bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah seperti

dalam Jadual 5. Bagi pegawai di Wilayah Persekutuan Labuan yang menduduki

kuarters (Rumah Biasa Kerajaan) ITP yang layak diterima adalah separuh

daripada kelayakan ITP.

Jadual 5

Kadar Imbuhan Tetap Perumahan

Gred Sistem Saraan Malaysia

Kadar Sebulan (RM)

53 dan 54 900.00

51 dan 52 700.00

46 hingga 50

43 dan 44 400.00

41 dan 42 250.00

Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:

(i) Bayaran ITP Tidak Mengikut Kadar Yang Ditetapkan

Dua (2) pegawai di HL tidak dibayar ITP mengikut kadar sepatutnya

menyebabkan ITP telah terkurang dibayar berjumlah RM3,880.65.

Manakala di HSI, ITP berjumlah RM7,701.61 tidak layak dibayar kerana

pegawai turut dibayar EPW.

Maklum balas HL dan HSI:

Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan oleh pihak HL

dan kutipan balik telah dibuat oleh pihak HSI.

(ii) ITP Dan BSH Bagi Pegawai Yang Menduduki Kuarters Belum Dikutip

Di HSI, ITP dan Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada tarikh pegawai

menduduki kuarters sehingga potongan bayaran tersebut mula dibuat

melalui payroll bagi lima (5) orang pegawai yang berjumlah RM24,047.80

masih belum dikutip semula.

Maklum balas HSI:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HSI.

(iii) Kesilapan Pengiraan Pelarasan ITP, Bayaran Perumahan Khas (BPK)

& BSH Bagi Pegawai Yang Dinaikkan Pangkat

Kesilapan semasa membuat pelarasan kenaikan pangkat bagi dua (2)

pegawai HSI yang menduduki Rumah Khas Jabatan menyebabkan ITP,

Page 22: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

68

BPK dan BSH masing-masing telah terlebih dibayar berjumlah

RM11,603.23 dan RM377.42.

Maklum balas HSI:

Proses kutipan balik sedang dibuat oleh pihak HSI.

(iv) Kesilapan Pengiraan Kutipan Balik ITP & BSH Pegawai Yang

Menduduki Kuarters

Bayaran balik ITP dan BSH oleh seorang pegawai HPP yang menduduki

kuarters telah terlebih dikutip sebanyak RM850.00. Manakala di HSI, ITP

dan BSH dua (2) pegawai yang menduduki kuarters telah terkurang

dikutip berjumlah RM9,938.42.

Maklum balas HPP dan HSI:

Bayaran balik kepada pegawai berkenaan telah dibuat oleh pihak HPP.

Manakala di HSI, kutipan balik telah dibuat oleh pihak hospital.

(v) Kesilapan Pengiraan Pelarasan ITP Keluar Kuarters

Kesilapan dalam pengiraan pelarasan kerana keluar kuarters

mengakibatkan ITP seorang pegawai HPJ telah terkurang dibayar

sebanyak RM694.82.

Maklum balas HPJ:

Bayaran balik telah dibuat kepada pegawai berkenaan oleh pihak HPJ.

4.3.2 Imbuhan Tetap Keraian (ITK) Terlebih/Terkurang Bayar

Imbuhan Tetap Keraian (ITK) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 adalah seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6

Kadar Imbuhan Tetap Keraian

Gred 53 – 54 51 – 52 47 – 50 43 – 44

Kadar Sebulan (RM) 800 600 550 400

Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:

(i) Imbuhan Tetap Keraian (ITK) Tidak Dibayar Mengikut Kadar Yang

Telah Ditetapkan

ITK tidak dibayar mengikut kadar yang ditetapkan di HL, HSI dan HPP

menyebabkan tiga (3) orang pegawai menerima ITK kurang daripada

kadar yang sepatutnya. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 7.

Page 23: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

69

Jadual 7 ITK Tidak Dibayar Mengikut Kadar Yang Ditetapkan

Bil. PTJ Bilangan Pegawai ITK Terkurang Bayar

(RM)

1. HL 1 4,800.00

2. HSI 1 1,647.00

3. HPP 1 1,814.52

Maklum balas HL, HSI dan HPP:

Tindakan telah diambil oleh pihak HL, HSI dan HPP.

(ii) ITK Pegawai Gred Khas Terkurang Kutip

ITK bagi dua (2) Pakar Perubatan Gred Khas di HPJ telah terkurang

dikutip berjumlah RM942.97.

Maklum balas HPJ:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPJ.

4.3.3 Bayaran Insentif Penempatan Di Sabah, Sarawak atau Wilayah

Persekutuan Labuan Bagi Pegawai Bukan Warganegara Terlebih

Bayar

Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di

Sabah, Sarawak atau Labuan layak menerima Bayaran Insentif Penempatan di

Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (BIPWL). Kadar yang telah

ditetapkan adalah seperti dalam Jadual 8.

Jadual 8

Bayaran Insentif Penempatan di Sabah, Sarawak atau

Wilayah Persekutuan Labuan

Lingkungan Gaji (Termasuk Elaun Memangku)

(RM)

Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima

(%)

6,289.14 dan ke atas 12.5

4,029.64 – 6,298.13 15

2,015.74 – 4,029.63 17.5

1,329.74 – 2,015.74 20

951.35 – 1,329.74 22.5

951.35 ke bawah 25

Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2012

Semakan Audit Dalam mendapati bayaran Insentif Penempatan Di Sabah,

Sarawak Atau Wilayah Persekutuan Labuan Bagi Pegawai Bukan Warganegara

kepada seorang Pegawai Kontrak melebihi kadar sepatutnya menyebabkan

lebihan bayaran berjumlah RM1,351.02.

Page 24: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

70

Maklum balas HL: Surat susulan kutipan bayaran balik telah dikeluarkan oleh HL kepada JKN

Labuan pada 11 Februari 2016 kerana pegawai berkenaan telah tamat kontrak.

4.3.4 Bayaran Insentif Pakar (BIP) Terkurang Bayar

Kadar Bayaran Insentif Pakar (BIP) seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2011 adalah seperti dalam Jadual 9.

Jadual 9

Kadar BIP Bagi Pegawai Perubatan Pakar

Gred Kadar Sebulan

(RM) Syarat Kelayakan

Utama/Khas dan ke atas 3,100

i. Ijazah Lanjutan dalam bidang kepakaran klinikal atau kesihatan awam yang diiktiraf.

ii.

iii. Diwartakan sebagai pakar oleh KPK atau Jawatankuasa Khas Perubatan/ Jawatankuasa Khas setaraf dengannya yang ditubuhkan oleh Kerajaan.

53 dan 54 2,800

51 dan 52 2,500

47 dan 48 2,200

45 2,000

43 dan 44 1,900

41 1,600

Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:

(i) BIP Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan

BIP bagi seorang pegawai perubatan kontrak di HL dibayar kurang dari

kadar sepatutnya menyebabkan BIP telah terkurang dibayar berjumlah

RM7,200.00.

Maklum balas HL:

Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan.

(ii) Kesilapan Semasa Penyediaan Borang Perubahan Gaji (SG.20) Bagi

Pelarasan Emolumen Kenaikan Pangkat

BIP bagi seorang Pakar Perubatan di HPJ telah terkurang dibayar

berjumlah RM145.16 disebabkan kesilapan semasa penyediaan SG.20

bagi pelarasan emolumen kenaikan pangkat.

Maklum balas HPJ:

Bayaran balik kepada pegawai berkenaan telah dibuat oleh pihak HPJ.

Page 25: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

71

4.3.5 Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Terlebih/Terkurang Bayar

Kadar EPW adalah seperti dalam Jadual 10.

Jadual 10 Kadar Elaun Perumahan Wilayah

Gred Kadar Sebulan

(RM)

Utama/Khas A 2,000

Utama/Khas B 1,600

Utama/Khas C 1,500

53 – 54 1,300

45 – 52 1,130

41 – 44 930

27 – 40 830

1 – 26 730

Sumber: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:

(i) Kesilapan Semasa Menyediakan Borang Perubahan Gaji (SG.20)

Kesilapan semasa menyediakan SG.20 menyebabkan EPW seorang

pegawai di HL telah terkurang dibayar berjumlah RM2,790.00.

Maklum balas HL:

Pelarasan telah dibuat kepada pegawai yang berkenaan.

(ii) EPW Dibayar Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan

EPW bagi dua (2) Pegawai Perubatan di HL dan HSI tidak dibayar

mengikut kadar yang telah ditetapkan menyebabkan EPW telah terlebih

dibayar masing-masing berjumlah RM690.97 dan RM2,840.00. Manakala

di HPP, kesilapan yang sama telah menyebabkan EPW seorang pegawai

terkurang dibayar berjumlah RM2,900.00.

Maklum balas HL, HSI dan HPP:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HL. Proses kutipan balik sedang

dibuat oleh pihak HSI. Manakala di HPP, bayaran balik telah dibuat

kepada pegawai berkenaan.

(iii) Kesilapan Pengiraan Pelarasan Emolumen Kenaikan Pangkat

Kesilapan dalam pengiraan pelarasan emolumen kenaikan pangkat telah

menyebabkan EPW seorang pegawai di HPP terlebih dibayar berjumlah

RM73.65.

Maklum balas HPP:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPP.

Page 26: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

72

4.3.6 Bayaran Insentif Wilayah Terlebih Bayar

Pegawai yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang bertugas di

Semenanjung layak menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Selain itu,

pegawai yang bertugas di Sabah, Sarawak dan Labuan (terpakai kepada

pegawai yang berasal dari Semenanjung; dan pegawai yang berasal dari

Sabah/Sarawak/Labuan) juga layak menerima BIW. Kadar yang telah ditetapkan

seperti dalam Jadual 11.

Jadual 11

Bayaran Insentif Wilayah

Lingkungan Gaji (Termasuk Elaun Memangku)

(RM)

Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima

(%)

6,289.14 dan ke atas 12.5

4,029.64 – 6,289.13 15.0

2,015.74 – 4,029.63 17.5

1,329.74 – 2,015.73 20.0

2,015.74 – 4,029.63 17.5

951.35 – 1,329.73 22.5

951.34 ke bawah 25.0

Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Semakan Audit Dalam mendapati pelarasan BIW bagi seorang Pegawai

Perubatan di HSI yang dinaikkan pangkat tidak dibuat menyebabkan BIW beliau

telah terkurang dibayar berjumlah RM2,156.71. Manakala di HPP, kesilapan

pengiraan pelarasan emolumen kenaikan pangkat menyebabkan BIW telah

terlebih dibayar berjumlah RM64.67.

Maklum balas HSI dan HPP:

Tindakan pelarasan dan kutipan balik telah dibuat oleh pihak HSI dan HPP.

4.3.7 Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Wilayah

Persekutuan Labuan Bagi Pegawai Bukan Warganegara

Terlebih/Terkurang Bayar

Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan diberi kepada

pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di

Sabah, Sarawak atau Labuan. Kadar yang telah ditetapkan adalah seperti dalam

Jadual 12. Bagi pegawai di Wilayah Persekutuan Labuan yang menduduki

kuarters (Rumah Biasa Kerajaan) ITP yang layak diterima adalah separuh

daripada kelayakan ITP.

Page 27: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

73

Jadual 12

Kadar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan

Gred Kadar Sebulan

(RM)

Utama/Khas A 2,000

Utama/Khas B 1,600

Utama/Khas C 1,500

53 – 54 1,300

45 – 52 1,130

41 – 44 930

27 – 40 830

1 – 26 730

Sumber: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2010

Semakan Audit Dalam mendapati bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak

Atau Labuan bagi dua (2) Pegawai Bukan Warganegara di Hospital Labuan yang

menduduki Rumah Kerajaan telah terlebih dibayar berjumlah RM7,227.00 kerana

Sijil Akuan Menduduki Rumah tidak disediakan/lewat dikemukakan kepada Unit

Kewangan, HL.

Maklum balas HL:

Surat susulan kutipan bayaran balik telah dikeluarkan oleh HL kepada JKN

Labuan pada 11 Februari 2016 kerana pegawai berkenaan telah tamat kontrak.

4.3.8 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Terlebih/Terkurang

Bayar

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dibayar kepada perkhidmatan tertentu

yang telah dikelaskan sebagai perkhidmatan kritikal berasaskan berikut:

• Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan

perkembangan ekonomi negara

• Persaingan dalam pasaran buruh bagi anggota terlatih

• Kelayakan serta kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan tersebut

• Keadaan persekitaran tempat kerja

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007, kadar BIPK bagi

seorang pegawai perubatan adalah RM750.00 sebulan

Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:

(i) Pegawai Yang Tidak Layak Menjalankan Tugasan Dibayar BIPK

Pihak HL telah terlebih bayar BIPK bagi seorang Pegawai Perubatan

Kontrak yang ditamatkan perkhidmatannya berjumlah RM5,389.29.

Maklum balas HL:

Surat susulan kutipan bayaran balik telah dikeluarkan oleh HL kepada

JKN Labuan pada 11 Februari 2016 kerana pegawai berkenaan telah

tamat kontrak.

Page 28: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

74

(ii) Tindakan Untuk Mengutip Balik BIPK Pegawai Yang Cuti Bersalin

Belum Dibuat

BIPK yang telah dibayar kepada pegawai cuti bersalin belum dikutip di

HL, HSI dan HPJ. Maklumat lanjut adalah seperti dalam Jadual 13.

Jadual 13

Bayaran BIPK Kepada Pegawai Yang Cuti Bersalin

Belum Dikutip Balik

Bil. PTJ Bilangan Pegawai BIPK Belum Kutip

(RM)

1. HL 1 2,204.03

2. HSI 6 13,427.85

3. HPJ 1 2,208.87

Maklum balas HL, HSI dan HPJ:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HL, HSI dan HPJ.

4.3.9 Bayaran Insentif Pentadbir Hospital (BIPH) Terlebih Bayar

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.19 Tahun 2009, BIPH dibayar kepada

pegawai yang memiliki kelulusan lepasan ijazah dalam bidang Pentadbiran

Hospital yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Semakan Audit Dalam mendapati BIPH berjumlah RM5,275.00 tidak layak

dibayar kepada mantan Pengarah HL disebabkan perlantikan beliau sebagai

Pengarah HL dibuat selepas 1 Ogos 2009 dan beliau juga tidak mempunyai

kelulusan lepasan ijazah dalam bidang Pentadbiran Hospital yang diiktiraf oleh

Kerajaan.

Maklum balas HL:

Penyata Perubahan Kutipan Bayaran Balik telah disediakan dan dimajukan ke

JKN Selangor untuk tindakan lanjut kerana pegawai telah bertukar keluar dari

Hospital Labuan.

4.3.10 Bantuan Sara Hidup (BSH) Terlebih/Terkurang Bayar

Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:

(i) BSH Dibayar Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan

BSH bagi tujuh (7) pegawai di HSI telah dibayar kurang daripada kadar

yang sepatutnya menyebabkan BSH terkurang dibayar berjumlah

RM5,608.93.

Maklum balas HSI:

Bayaran balik kepada pegawai berkenaan telah dibuat oleh pihak HSI

Page 29: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

75

(ii) BSH Dibayar Kepada Pegawai Yang Tidak Layak

Bayaran BSH berjumlah RM5,854.84 kepada seorang Pakar Perubatan

Gred UD54 yang memangku jawatan Gred Khas C di HSI belum dikutip

semula. Manakala kesilapan dalam pengiraan pelarasan bagi BSH

seorang pegawai yang mengambil Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan

Hadiah Latihan Perkhidmatan di HPP telah menyebabkan BSH terlebih

dibayar berjumlah RM301.93.

Maklum balas HSI dan HPP:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPP. Proses kutipan balik sedang

dibuat oleh pihak HSI.

4.3.11 Imbuhan Tetap Khidmat Awam Terlebih Bayar

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2005 menyatakan kadar baru ITKA

bagi Gred 41 dan 42 adalah sebanyak RM300 sebulan.

Semakan Audit Dalam mendapati pelarasan tidak dibuat terhadap ITKA seorang

pegawai di HSI yang dinaikkan pangkat ke Gred 44 yang menyebabkan ITKA

telah terlebih dibayar berjumlah RM4,640.00.

Maklum balas HSI:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak hospital.

4.3.12 Elaun Memangku Terkurang Bayar

(i) Bayaran Elaun Memangku Tidak Mengikut Kadar Yang Ditetapkan

Seorang Pakar Perubatan Memangku Gred Khas B di HSI dibayar Elaun

Memangku Gred Khas C menyebabkan Elaun Memangku telah terkurang

dibayar berjumlah RM1,007.00.

Maklum balas HSI:

Bayaran balik telah dibuat oleh pihak HSI.

4.3.13 Bantuan Menyenggara Rumah Tidak Dibayar

(i) Bantuan Menyenggara Rumah Tidak Dibayar Kepada Pegawai Yang

Layak

Seorang pakar perubatan memangku Gred Khas B di HSI yang

ditempatkan secara pentadbiran di HRPZ II tidak dibayar Bantuan

Menyenggara Rumah bagi tahun 2013 berjumlah RM2,000.00.

Maklum balas HSI:

Bayaran balik telah dibuat oleh pihak HSI.

Page 30: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

76

(ii) Bantuan Menyenggara Rumah Tidak Dibayar Mengikut Kadar Yang

Ditetapkan

Di HSI, Bantuan Menyenggara Rumah bagi seorang pakar perubatan

memangku Gred Khas C bagi tahun 2012 telah terkurang dibayar

berjumlah RM719.37.

Maklum balas HSI:

Bayaran balik telah dibuat oleh pihak HSI.

4.3.14 Elaun Tanggung Kerja (ETK) Terlebih Bayar

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007, tempoh penanggungan

kerja hendaklah tidak melebihi enam bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua

Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan

untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus. Selain itu,

penanggungan kerja jawatan yang mempunyai gred fleksi, Elaun Tanggung

Kerja dikira berdasarkan gred gaji terendah.

Semakan Audit Dalam mendapati kelemahan berikut:

(i) ETK Dibayar Tidak Mengikut Kadar Yang Telah Ditetapkan

ETK bagi jawatan fleksi dibayar berdasarkan 25 peratus daripada gaji

minimum gred hakiki yang ditanggung bukan gred minimum jawatan fleksi

menyebabkan ETK telah terlebih dibayar di HPP dan HPJ. Maklumat

lanjut adalah seperti dalam Jadual 14.

Jadual 14

Elaun Tanggung Kerja Terlebih Bayar

Bil. PTJ Bilangan Pegawai ETK Terlebih Bayar

(RM)

1. HPP 2 1,785.14

2. HPJ 1 1,382.10

Maklum balas HPP dan HPJ:

Kutipan balik telah dibuat oleh pihak HPP dan HPJ.

(ii) ETK Tidak Dihentikan Selepas Tempoh Menanggung Kerja Tamat

Seorang pegawai di HPP yang telah diluluskan untuk menanggung kerja

hanya sehingga 26 Ogos 2008 telah dibayar ETK sebanyak RM757.23

sebulan sehingga bulan April 2014 yang menyebabkan ETK telah terlebih

dibayar berjumlah RM51,613.77.

Maklum balas HPP:

Permohonan pendahuluan diri telah diluluskan dan potongan gaji telah

dibuat mulai Februari 2016.

Page 31: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

77

4.3.15 Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta Dibayar

Kepada Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan

Seramai 11 pakar dan pegawai perubatan di HPP telah dibayar Elaun Tugas

Khas berjumlah RM60 sebulan sejak tahun 2006. Elaun yang tidak layak dibayar

berjumlah RM42,341.10 kerana bukan pegawai sokongan.

Maklum balas HPP:

Kutipan balik telah dibuat oleh HPP.

4.3.16 Elaun Pembantu Rumah Terkurang Bayar

Kesilapan semasa penyediaan SG.20 menyebabkan Elaun Pembantu Rumah

bagi seorang Pakar Perubatan Gred Khas C (KUP) di HPJ telah terkurang

dibayar sebanyak RM241.94.

Maklum balas HPJ:

Bayaran telah dibuat kepada pegawai berkenaan.

4.3.17 Bayaran Insentif Khas Pegawai Profesional Terkurang Bayar

Kesilapan semasa penyediaan SG.20 menyebabkan Bayaran Insentif Khas

Pegawai Profesional bagi seorang Pakar Perubatan Gred Khas C (KUP) di HPJ

terkurang dibayar sebanyak RM241.94.

Maklum balas HPJ:

Bayaran telah dibuat kepada pegawai berkenaan.

5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM

Berdasarkan persampelan yang dibuat, secara keseluruhannya pengurusan emolumen

pakar dan pegawai perubatan perlu dipertingkatkan dengan mengambil kira syor Audit

Dalam seperti berikut:

a) Pemantauan berterusan oleh penyelia bagi memastikan pematuhan terhadap

peraturan yang sedia ada;

b) Mewujudkan sistem kawalan dalaman yang berkesan dan prosedur kerja yang

komprehensif untuk mengelakkan emolumen terkurang/terlebih bayar;

c) Memberi latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai

terlibat dalam urusan emolumen;

d) Memastikan pemantauan dibuat terhadap pegawai yang ditempatkan secara

pentadbiran supaya bilangan perjawatan adalah yang sebenar; dan

e) Memastikan pegawai yang ditempatkan secara pentadbiran mendapat elaun

dan kemudahan yang layak diterima.

Page 32: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

78

1. LATAR BELAKANG

Terdapat dua jenis perkhidmatan ortopedik yang ditawarkan di hospital Kementerian

Kesihatan Malaysia iaitu Perkhidmatan Ortopedik Berkepakaran dan Perkhidmatan

Ortopedik Tanpa Pakar. Di hospital yang menawarkan Perkhidmatan Ortopedik

Berkepakaran, terdapat lapan (8) jenis sub-kepakaran ortopedik yang merangkumi

pediatric orthopedics, spine orthopedics, joint arthroplasty, oncology, advanced trauma,

upper limb and hand, foot and ankle dan sport orthopedics. Manakala bagi hospital yang

menawarkan Perkhidmatan Ortopedik Tanpa Pakar pula, lawatan oleh pakar dilakukan

mengikut jadual lawatan pakar di klinik pakar hospital berkenaan.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada pengurusan aktiviti ortopedik telah

dibuat berdasarkan peraturan yang ditetapkan dan dilaksanakan dengan teratur, cekap

dan berkesan.

3. SKOP DAN METADOLOGI PENGAUDITAN

Skop pengauditan merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan

terhadap pengurusan aktiviti ortopedik di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) serta

Hospital Pakar Wanita Dan Kanak-kanak, Sabah dan Hospital Melaka (HMLK) bagi

tempoh tahun 2013 hingga Februari 2015.

4. PENEMUAN AUDIT DALAM

4.1 Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset

Pembelian peralatan perubatan ortopedik (Harta Modal) yang menggunakan kod 35502

pada tahun 2013 dan 2014 tidak didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA). Ia

meliputi 10 peralatan bernilai RM230,570.00 yang ditempatkan di HQE II (Jadual 1);

sebanyak 16 peralatan bernilai RM369,345.10 yang ditempatkan di Hospital Pakar

Wanita Dan Kanak-kanak, Sabah (Jadual 2); dan 22 peralatan bernilai RM1,527,057.42

yang ditempatkan di HMLK (Jadual 3).

B1 PRA – AUDIT : KAJIAN TERHADAP AKTIVITI ORTOPEDIK

Page 33: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

79

Jadual 1 Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset

Di Hospital Queen Elizabeth II

Bil. Nama Peralatan No.

Baucar/LPO Tarikh Terima

Barang Kuantiti

Amaun (RM)

1. Fine Ortho Set B4308/ L40959 12.06.2014 1 15,000.00

2. Hand Ortho Set Instruments

B9195/ L33233 26.12.2013 1 28,000.00

3. Minor Ortho Set B9220/ L33213 26.12.2013 2 26,000.00

4. Large External Fixator In Vario Case

B7926/ L32516 18.12.2013 1 27,933.00

5. Wiring Set B9077/ L33430 26.12.2013 2 24,000.00

6. Minor Set B9076/ L33429 26.12.2013 3 44,985.00

7. Small Osteome Capner With Tufner Handle

TM / L40959 12.06.2014 1 3,060.00

8. Mini Fragment Set TM / L42912 02.12.2014 1 29,000.00

9. Radius Alna Plating Set TM / L42911 03.12.2014 1 29,500.00

10. Wire Cutter B9095/ L33214 11.12.2013 1 3,092.00

Jumlah 230,570.00

Jadual 2

Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset Di Hospital Pakar Wanita Dan Kanak-Kanak, Sabah

Bil. Nama Peralatan No. LPO/Tarikh Kuantiti Amaun

(RM)

1. Small Fragment Set L2885/ 16.10.14 1 22,655.00

2. 4.5mm Plating Set L2886/ 16.10.14 1 30,990.00

3. Major Ortho Set L2895/ 17.10.24 1 17,489.00

4. Intermediate Plating Set L2896/ 16.10.14 1 22,045.00

5. Minor Ortho Set L3208/ 11.11.14 1 15,980.00

6. Ortho Curettage Set L2978/ 24.10.14 1 16,550.00

7. Ortho Hand Sets L3013/ 24.10.14 1 13,235.00

8. Fine Ortho Set L3061/ 29.10.14 1 17,340.00

9. Micro Ortho Set L2888/ 16.10.14 1 35,500.00

10. Amputation Set L2887/ 16.10.14 1 23,995.00

11. Wiring Set L2902/ 17.10.14 1 15,450.00

12. Broken Screw Removal Set L2891/ 17.10.14 1 17,980.00

13. External Fixator Set L2872/ 16.10.14 1 35,486.10

14. Titanum Elastic Nail Set L2970/ 23.10.14 1 20,115.00

15. Illzarov Set L3001/ 23.10.14 1 46,535.00

16. Pop Cutter With Vacuum L3207/ 11.11.14 1 18,000.00

Jumlah 369,345.10

Jadual 3

Peralatan Perubatan Ortopedik Tidak Didaftarkan Sebagai Aset Di Hospital Melaka

Bil. Nama Peralatan No. Baucar/

Tarikh

Tarikh Terima

Barang (eP) Kuantiti

Amaun (RM)

1. Universal Extraction Set 1315B/ 14.11.14 12.11.14 2 38,660.00

2. Hand Ortho Set 1701B/ 26.11.14 24.11.14 2 39,916.00

3. Ortho Major Set 1702B/ 26.11.14 24.11.14 2 39,896.06

4. Ortho Minor Set 1703B/ 26.11.14 24.11.14 2 39,816.14

5. Amputation Set 1846B/ 28.11.14 25.11.14 2 39,860.10

6. Large Femoral Distractor 2676B/ 17.12.14 15.12.14 2 35,900.00

7. Broken Screw Removal Set

3054B/ 23.12.14 18.12.14 2 29,930.04

8. Basic Reaming Instrumentation Set

3055B/ 23.12.14 18.12.14 2 49,886.06

9. DHS Set 3061B/ 23.12.14 18.12.14 2 39,836.12

Page 34: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

80

Bil. Nama Peralatan No. Baucar/

Tarikh

Tarikh Terima

Barang (eP) Kuantiti

Amaun (RM)

10. Lumber Laminectomy Set

3062B/ 23.12.14 18.12.14

2 169,616.22

11. Cervical Laminectomy Set

2 159,216.62

12. Femur Bone Instrument Set

3064B/ 23.12.14 18.12.14 2 59,896.04

13. Mini External Fixator Set 3066B/ 23.12.14 18.12.14 2 39,702.24

14. Ortho Supplementary Set

3067B/ 23.12.14 18.12.14 2 149,626.22

15. Small Fragment Set 3068B/ 22.12.14 18.12.14 2 59,700.24

16. Wire Instrument Set 3085B/ 23.12.14 19.12.14 2 39,736.22

17. Mini Fragment Set 3088B/ 23.12.14 19.12.14 2 59,300.64

18. Radius Ulna Bone Instrument

3090B/ 23.12.14 19.12.14 2 49,726.22

19. Small External Fixator Set

3126B/ 24.12.14 18.12.14 2 79,890.00

20. Basic Reaming Instrumentation

3501B/ 24.12.14 23.12.14 2 78,210.00

21. Large External Fixator Set

3924B/ 24.12.14 23.12.14 2 159,046.00

22. Large Fragment Set 3065B/ 24.12.14 23.12.14 2 69,690.24

Jumlah 1,527,057.42

Maklum balas:

Bahagian Perolehan dan Penswastaan sedang berurusan dengan Bahagian

Perkembangan Perubatan dan Bahagian Kesihatan Pergigian untuk mengkaji setiap

peralatan yang dikunci masuk ke dalam Sistem Pengurusan Aset sama ada perlu

dikekalkan sebagai aset atau dikategorikan sebagai barang guna habis.

Pendapat Audit Dalam:

Bahagian Perolehan Dan Penswastaan hendaklah menetapkan sama ada

peralatan perubatan ortopedik diklasifikasikan sebagai harta modal atau barang

guna habis.

4.2 Peralatan Perubatan Ortopedik Yang Dibeli Belum Digunakan

Setiap peralatan perubatan yang diterima perlu digunakan mengikut fungsi dan tujuan

sebenar peralatan tersebut dibeli. Semakan Audit terhadap 26 jenis peralatan perubatan

di Dewan Bedah HMLK yang diterima pada bulan Disember 2014 mendapati 6 jenis

peralatan berjumlah RM418,167 masih belum digunakan sepenuhnya bagi tujuan ia

dibeli. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 4 serta Gambar 1 dan 2.

Page 35: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

. I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

81

Jadual 4 Peralatan Perubatan Ortopedik Yang Dibeli Belum Digunakan

Bil. Jenis Peralatan Tarikh Terima Barang (eP)

Tarikh Semakan

Kuantiti Amaun

(RM) Bilangan

Hari

1. Femur Bone Instrument Set 18.12.14 18.03.15 1 29,948.02 90

2. Ortho Supplementary Set 18.12.14 18.03.15 2 149,626.22 90

3. Small Fragment Set 18.12.14 18.03.15 2 59,700.24 90

4. Mini Fragment Set 19.12.14 18.03.15 2 59,300.64 89

5. Small External Fixator Set 18.12.14 18.03.15 2 79,890.00 90

6. Mini External Fixator Set 18.12.14 18.03.15 2 39,702.24 90

Jumlah 11 418,167.36 -

Gambar 1 Gambar 2

Set peralatan perubatan ortopedik belum digunakan dan didaftarkan

Satu contoh set peralatan perubatan (Femur Bone Instrument Set) belum

digunakan dan didaftarkan

Maklum balas: Setiap peralatan perubatan ortopedik perlu dilabel dengan kod warna bagi membezakan

setiap set supaya memudahkan pengenalpastian set selepas proses suci hama

(sterilize). Hospital Melaka telah membatalkan Pesanan Kerajaan yang dikeluarkan

pada 27 Februari 2015 kerana pembekal tidak dapat membekalkan kod warna seperti

dikehendaki. Satu Pesanan baru dikeluarkan pada 30 Mac 2015 dan peralatan

digunakan selepas kod warna diterima dan dipasang pada peralatan.

4.3 Sistem Pengurusan Maklumat Dewan Bedah

Semakan Audit Dalam mendapati satu sistem aplikasi diguna pakai oleh HQE II dan

HMLK bagi merekodkan pesakit yang masuk ke dewan bedah sehingga tahun 2012

yang dipanggil Computerised Operating Theatre Documentation System (COTDS).

Pada tahun 2013 dan seterusnya sehingga tarikh pengauditan, sistem berkenaan tidak

lagi digunakan.

Maklum balas:

Sistem COTDS diberhentikan sepenuhnya melalui surat bertarikh 31 Mac 2012 dari

Bahagian Perkembangan Perubatan yang mana sistem registry pesakit telah

dipindahkan dari Clinical Research Centre kepada Health Informatic Centre. Pada masa

ini, pesakit direkod menggunakan Buku Pendaftaran Pembedahan Pesakit.

Page 36: BAHAGIAN IV PENGAUDITAN PRESTASI - …spppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2015/BahIV.pdf · Kementerian Kesihatan Malaysia ... Buku Log Disemak Oleh Pegawai Yang Tidak

[B

ah

.I

V-

Pe

ng

au

di

ta

n P

re

st

as

i]

82

5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT DALAM

Secara keseluruhannya pengurusan aktiviti ortopedik telah diuruskan dengan baik.

Bagaimanapun, pihak hospital/KKM hendaklah mengambil tindakan penambahbaikan

seperti berikut:

a) peralatan yang diperoleh hendaklah didaftarkan mengikut peraturan serta

digunakan mengikut tujuan ianya dibeli;

b) pembangunan sistem pengkalan data pembedahan ortopedik hendaklah

disegerakan bagi memastikan rekod-rekod yang berkaitan dapat

diselenggarakan dengan baik dan berkesan; dan

c) menetapkan sama ada peralatan perubatan ortopedik diklasifikasikan sebagai

harta modal atau barang guna habis.