bahagian xii: laporan aktiviti-aktiviti lainspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_ltahunan... ·...

9
Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 303 BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAIN 1. SISTEM PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN (S3PK) S3PK adalah satu sistem self-auditing bagi membolehkan PTJ mengenal pasti tahap pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan kewangan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. S3PK juga dapat membantu pihak pengurusan memantau dan menilai prestasi kewangan PTJ, KKM berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Semua PTJ diwajibkan untuk menjawab soalan penilaian yang disediakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu penilaian Setengah Tahun Pertama Januari sehingga Jun pada 1-31 Julai tahun semasa dan juga penilaian Setengah Tahun Kedua Julai sehingga Disember pada 1-31 Januari tahun berikutnya. Bermula pada tahun 2016 tahap penarafan pengurusan kewangan telah diubah daripada empat (4) ke lima (5) tahap dengan lingkungan markah seperti di Jadual 1. Daripada analisis keputusan penilaian setengah tahun kedua, KKM memperoleh markah keseluruhan cemerlang sebanyak 96.03% bagi 439 PTJ, meningkat sebanyak 0.98% berbanding penilaian setengah tahun pertama iaitu 95.05% bagi 434 PTJ. Maklumat terperinci seperti di Jadual 1 menunjukkan tahap pencapaian sistem S3PK bagi tahun 2016. Markah purata setengah tahun pertama dan kedua 2016 bagi PTJ 1 seperti di Carta 1. Pencapaian keseluruhan PTJ seperti di Lampiran B.

Upload: trannhi

Post on 22-Feb-2018

294 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 303

BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI

LAIN

1. SISTEM PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN (S3PK)

S3PK adalah satu sistem self-auditing bagi membolehkan PTJ mengenal pasti tahap

pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan kewangan Kerajaan yang

sedang berkuatkuasa. S3PK juga dapat membantu pihak pengurusan memantau dan

menilai prestasi kewangan PTJ, KKM berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Semua PTJ

diwajibkan untuk menjawab soalan penilaian yang disediakan sebanyak dua (2) kali

setahun iaitu penilaian Setengah Tahun Pertama Januari sehingga Jun pada 1-31 Julai

tahun semasa dan juga penilaian Setengah Tahun Kedua Julai sehingga Disember pada

1-31 Januari tahun berikutnya.

Bermula pada tahun 2016 tahap penarafan pengurusan kewangan telah diubah daripada

empat (4) ke lima (5) tahap dengan lingkungan markah seperti di Jadual 1. Daripada

analisis keputusan penilaian setengah tahun kedua, KKM memperoleh markah

keseluruhan cemerlang sebanyak 96.03% bagi 439 PTJ, meningkat sebanyak 0.98%

berbanding penilaian setengah tahun pertama iaitu 95.05% bagi 434 PTJ. Maklumat

terperinci seperti di Jadual 1 menunjukkan tahap pencapaian sistem S3PK bagi tahun

2016. Markah purata setengah tahun pertama dan kedua 2016 bagi PTJ 1 seperti di Carta

1. Pencapaian keseluruhan PTJ seperti di Lampiran B.

Page 2: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 304

Jadual 1

Tahap Pencapaian Sistem 3PK Tahun 2016

Tahap / Markah Setengah Tahun Pertama Setengah Tahun

Kedua

Bil. PTJ (%) Bil. PTJ (%)

Cemerlang

(90 - 100%)

414 95.4 417 94.99

Baik

(80 – 89.9%)

18 4.1 19 4.33

Memuaskan

(70 – 79.9%)

2 0.5 3 0.68

Kurang Memuaskan

(60 – 69.9%)

0 0 0 0

Tidak Memuaskan

(0 – 59.9%)

0 0 0 0

Jumlah * 434 100 439 100

NOTA:

• Jumlah ini tidak termasuk 24 PTJ 1.

• Tambahan 5 PTJ bagi Setengah Tahun Kedua

* Kategori markah berdasarkan S3PK Tahun 2016.

Page 3: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 305

96

.12

96

.35

97

.02

97

.17

94

.51

96

.1

96

.36

96

.91

95

.7

96

.22

95

.83

95

.45

94

.87

96

.45

97

.43

99

.73

96

.02

93

.94

97

.7

95

.26

96

.76

93

.28

97

.13

97

.96

96

.37

96

.68

96

.99

97

.55

95

.09

97

.19

96

.19

96

.34

96

.12

96

.82

95

.12

95

.71

94

.44

97

.34

98

.77

99

.02

94

.3

97

.08

98

.8

95

.61

93

.01

95

.7

94

.63

98

.82

88

90

92

94

96

98

100

102

Carta 1 - Perbandingan Markah S3PK 2016

Penilaian Setengah Tahun Pertama Penilaian Setengah Tahun Kedua

Page 4: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 306

2. SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PENGAUDITAN (SPMP)

SPMP dibangunkan pada tahun 2010 adalah bertujuan bagi memudahkan juruaudit

dalaman merekod dan menyimpan maklumat hasil daripada pengauditan pengurusan

kewangan dan prestasi yang telah dijalankan sepanjang tahun.

Melalui SPMP, markah di antara self-auditing S3PK dan lawatan fizikal Audit Dalam dapat

dibuat analisis dan keputusan digunakan sebagai rujukan bagi pengauditan pada masa

tahun hadapan. Perbezaan markah bagi 66 PTJ yang telah dilawati sepanjang tahun 2016

adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2

Perbandingan Markah Antara Penilaian Sistem 3PK

Dengan Pemerhatian Audit Tahun 2016

Perbezaan Markah Bilangan PTJ

Tiada perbezaan/Lebih Baik 15

Perbezaan kurang dari 5 27

Perbezaan lebih dari 5 dan kurang dari 10 14

Perbezaan lebih dari 10 dan kurang dari 20 8

Perbezaan melebihi 20 2

Jumlah PTJ 66

3. PEMANTAUAN ISU-ISU YANG DIPAPARKAN DALAM AG’S DASHBOARD

Dengan pelancaran Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard)

Versi 2.0 pada 26 Mac 2015 yang memerlukan maklum balas terkini isu-isu yang

dipaparkan dikemas kini secara dalam talian, Ketua Setiausaha melalui Surat Pekeliling

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 5/2015 telah melantik CAD

sebagai Penyelaras bagi AG’s Dashboard Versi 2.0 di KKM. Selaras dengan pekeliling

tersebut, CAD telah bertindak sebagai pemilik Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri

Kesihatan bagi Isu-Isu Yang Dilaporkan Dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)

berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Page 5: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 307

Sebagai Penyelaras AG’s Dashboard di KKM, CAD telah memainkan peranan yang aktif

dalam membantu pihak Kementerian menyelesaikan isu-isu yang dipaparkan dalam

tempoh yang ditetapkan. Jadual 3 dan 4 menunjukkan kedudukan terkini isu-isu LKAN

Tahun 2015 Siri 1 dan 2 setakat 31 Disember 2016 yang dipaparkan dalam AG’s

Dashboard:

Jadual 3

Status Isu LKAN Tahun 2015 Siri 1 Yang Dipaparkan Dalam AG’s Dashboard

Bil. Tajuk Kajian Jumlah Isu Yang Dipapar

Status Laporan Setakat 31.12.2016

Peratus Pencapaian

Selesai Dalam Tindakan

1. Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengurusan Aktiviti Rawatan Ortopedik

18 18 0 100%

2. Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengurusan Perkhidmatan Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta (SKKS) Di Hospital

10 10 0 100%

3. Kementerian Kesihatan Malaysia / Kementerian Kerja Raya

Projek Pembinaan Hospital Tampin Baharu, Negeri Sembilan

7 7 0 100%

JUMLAH 35 35 0 100%

Nota : Dibentangkan di Parlimen pada 18 Mei 2016

Jadual 4

Status Isu LKAN Tahun 2015 Siri 2 Yang Dipaparkan Dalam AG’s Dashboard

Bil. Tajuk Kajian Jumlah Isu

Yang Dipapar

Status Laporan Setakat 31.12.2016

Peratus Pencapaian

Selesai Dalam Tindakan

1. Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengurusan Bekalan Ubat Di Klinik Kesihatan

12 9 3 75%

2. Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengurusan Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)

10 7 3 70%

JUMLAH 22 16 6 73%

Nota : Dibentangkan di Parlimen pada 21 November 2016

Page 6: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 308

4. EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

Bagi memantapkan budaya kecemerlangan organisasi di KKM, pihak pengurusan telah

mengamalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di mana EKSA dapat membantu

warga KKM menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif; serta bekerja dalam persekitaran

tempat kerja yang lebih kondusif, selesa dan selamat diduduki.

4.1 Zon Audit Dalam

Aktiviti EKSA yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

latihan dan promosi dilaksanakan secara berterusan menerusi e-mel,

menghadiri kursus dan latihan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk

EKSA IPKKM

pengiktirafan bagi ruang workstation, laci, ruang bilik pegawai, ruang

gunasama terbaik

pemeriksaan audit EKSA bagi Zon Audit Dalam diadakan dua (2) kali setahun

dan diikuti dengan susulan dan pemantauan tiga (3) kali setahun

menyertai pertandingan video kreatif amalan EKSA anjuran Jawatankuasa

Promosi Induk EKSA IPKKM

4.2 Jawatankuasa Audit EKSA Peringkat Ibu Pejabat KKM (IPKKM)

Ketua Audit Dalam telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit EKSA

IPKKM dan selaras dengan pelantikan tersebut, CAD telah bertindak sebagai

urusetia kepada Jawatankuasa tersebut. Pada tahun 2016, Jawatankuasa ini telah

bersidang dua (2) kali manakala pengauditan di 29 zon dan satu Jawatankuasa

Induk EKSA IPKKM telah dilaksanakan pada bulan Mac 2016. Pencapaian markah

bagi semua zon yang terlibat telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa

Pemandu EKSA IPKKM.

Sehubuungan itu, IPKKM telah diaudit oleh pihak MAMPU pada bulan September

2016 dan dianugerah Sijil Pengiktirafan EKSA dengan kategori ‘Cemerlang’ bagi

tempoh sah laku mulai 15 Oktober 2016 hingga 14 Oktober 2018.

Page 7: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 309

4.3 Aktiviti EKSA Zon Audit Dalam

Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Ruang Pejabat Terbaik

Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Laci Terbaik

Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Ruang Guna Sama

Terbaik

Page 8: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 310

Pengiktirafan Amalan Eksa Cemerlang Bagi tahun 2016 Kategori Ruang Kerja Terbaik

Page 9: BAHAGIAN XII: LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI LAINspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan... · pematuhan ke atas prosedur kewangan mengikut peraturan ... Pencapaian keseluruhan

Cawangan Audit Dalam | Laporan Tahunan | 2016 311