1. penubuhan -...

12
1. PENUBUHAN Cawangan Audit Dalam (CAD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ditubuhkan pada tahun 1980, di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab CAD telah dimantapkan lagi melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Audit Dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Kementerian dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian. CAD menjalankan pengauditan secara bebas dan melaporkan hasil pengauditan tersebut kepada Ketua Setiausaha, KKM dan pihak yang berkaitan. 2. FUNGSI AUDIT Fungsi utama CAD ialah untuk: 2.1 Membantu pihak pengurusan dalam mencapai objektifnya dengan menentukan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dijalankan dengan berpatutan di semua peringkat. 2.2 Menentukan operasi kewangan KKM diuruskan dengan teratur dan selaras dengan undang-undang, polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi pusat dan KKM. 2.3 Menilai ketepatan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan semua rekod, sistem perakaunan, sistem maklumat pengurusan dan sistem kawalan dalaman yang diwujudkan. 2.4 Menentukan program dan aktiviti yang dijalankan oleh KKM dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan dalam mencapai matlamatnya. 2.5 Mengemukakan penemuan audit kepada Ketua Agensi melalui laporan yang objektif, positif, bebas dan tepat pada masanya supaya keputusan boleh dibuat dengan segera bagi mencapai matlamat rancangan dan penggunaan sumber-sumber kewangan dan manusia dengan cekap. 2.6 Mengesyorkan langkah pembetulan bagi memperbaiki kelemahan dalam sistem operasi yang tidak menepati objektif, rancangan, standard atau bajet tahunan. 2.7 Memberi maklumat dan maklum balas kepada Bahagian Pengurusan Kewangan Strategik, Kementerian Kewangan, jika perlu untuk menyemak semula dan memperbaiki dasar kewangan am, prosedur, sistem/program serta skop tugas serta tanggungjawab Audit Dalam dari semasa ke semasa.

Upload: dangdiep

Post on 29-Aug-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

1. PENUBUHAN

Cawangan Audit Dalam (CAD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah

ditubuhkan pada tahun 1980, di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2

Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab CAD telah dimantapkan lagi melalui

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Audit Dalam merupakan

sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Kementerian dan

bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian. CAD

menjalankan pengauditan secara bebas dan melaporkan hasil pengauditan

tersebut kepada Ketua Setiausaha, KKM dan pihak yang berkaitan.

2. FUNGSI AUDIT

Fungsi utama CAD ialah untuk:

2.1 Membantu pihak pengurusan dalam mencapai objektifnya dengan

menentukan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan dijalankan

dengan berpatutan di semua peringkat.

2.2 Menentukan operasi kewangan KKM diuruskan dengan teratur dan

selaras dengan undang-undang, polisi dan prosedur yang

ditetapkan oleh agensi pusat dan KKM.

2.3 Menilai ketepatan, kesempurnaan dan kebolehpercayaan semua

rekod, sistem perakaunan, sistem maklumat pengurusan dan sistem

kawalan dalaman yang diwujudkan.

2.4 Menentukan program dan aktiviti yang dijalankan oleh KKM

dilaksanakan dengan ekonomi, cekap dan berkesan dalam mencapai

matlamatnya.

2.5 Mengemukakan penemuan audit kepada Ketua Agensi melalui

laporan yang objektif, positif, bebas dan tepat pada masanya

supaya keputusan boleh dibuat dengan segera bagi mencapai

matlamat rancangan dan penggunaan sumber-sumber kewangan

dan manusia dengan cekap.

2.6 Mengesyorkan langkah pembetulan bagi memperbaiki kelemahan

dalam sistem operasi yang tidak menepati objektif, rancangan,

standard atau bajet tahunan.

2.7 Memberi maklumat dan maklum balas kepada Bahagian Pengurusan

Kewangan Strategik, Kementerian Kewangan, jika perlu untuk

menyemak semula dan memperbaiki dasar kewangan am, prosedur,

sistem/program serta skop tugas serta tanggungjawab Audit Dalam

dari semasa ke semasa.

Page 2: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 2

B

AH

AG

IA

N

I:

C

AW

AN

GA

N

AU

DI

T D

AL

AM

3. BIDANG KUASA AUDIT

Cawangan Audit Dalam, KKM mempunyai kuasa menjalankan kerja pengauditan

yang meliputi semua Program dan Aktiviti di peringkat Ibu Pejabat Kementerian,

Jabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan

Daerah/Kawasan/Bahagian, Makmal, Kolej Latihan, Pejabat/Klinik Pergigian, Majlis,

Klinik-klinik Kesihatan dan lain-lain Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah kawalan

KKM.

4. PROGRAM DAN STRATEGI

4.1 Program Audit

Program Audit merangkumi pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan

prestasi/aktiviti dan pengauditan khas/siasatan. Penggunaan manual, soal selidik

dan senarai semak yang seragam digunakan bagi menghasilkan laporan yang

berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan.

4.1.1 Pengauditan Pengurusan Kewangan

Pengauditan Pengurusan Kewangan adalah pendekatan audit bagi

menentukan wujudnya kawalan dalaman bagi sistem kewangan dalam

organisasi yang diaudit meliputi 4 aspek kawalan iaitu, kawalan

pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan dan kawalan aset.

Pengauditan Pengurusan Kewangan juga menentukan sama ada sistem

perakaunan dan rekod-rekod kewangan dapat menghasilkan maklumat

yang tepat dan cepat untuk kegunaan pihak pengurusan atasan membuat

keputusan.

4.1.2 Pengauditan Prestasi/Aktiviti

Pengauditan Prestasi/Aktiviti merangkumi penilaian terhadap aktiviti/

program sesebuah organisasi untuk menentukan matlamatnya telah dicapai

dan sumber digunakan secara ekonomi, cekap dan berkesan. Aspek yang

dikaji adalah dari peringkat perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

4.1.3 Pengauditan Khas/Siasatan

Pengauditan Khas/Siasatan dijalankan berdasarkan arahan daripada

Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha, pihak pengurusan atasan,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit

Negara secara terperinci terhadap sebarang salah aturan.

Page 3: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

3 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2

B

AH

AG

IA

N I

: C

AW

AN

GA

N A

UD

IT

D

AL

AM

4.2 Strategi

Bagi mencapai objektif, rancangan/program audit disusun setiap tahun.

Strategi yang dilaksanakan bagi pengauditan pengurusan kewangan ialah

pengauditan dilakukan secara ulangan bagi semua PTJ berasaskan sumber

yang ada. Manakala bagi pengauditan prestasi, tumpuan diberikan

kepada program/aktiviti yang memerlukan perhatian, mempunyai isu sama

ada yang dibangkitkan oleh pihak pengurusan atau isu semasa.

Hasil daripada pengauditan tersebut, tindakan berikut dilakukan:

4.3.1 Membuat perbincangan awal dengan PTJ terlibat mengenai

penemuan audit dan bertukar pandangan/ulasan mengenainya.

4.3.2 Membangkitkan pemerhatian audit yang seimbang dan perlu

dijawab dalam tempoh sebulan.

4.3.3 Menghantar surat peringatan kepada PTJ yang belum menjawab

pemerhatian audit.

4.3.4 Membuat susulan terhadap jawapan yang kurang memuaskan.

4.3.5 Membentangkan hasil penemuan audit dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Audit (JKA) dan Mesyuarat Jawatankuasa

Pengurusan Kewangan Dan Akaun (JPKA) yang dipengerusikan

oleh KSU setiap tiga bulan sekali.

4.3 Jawatankuasa Yang Dianggotai

4.3.1 Jawatankuasa Audit (JKA)

Jawatankuasa Audit (JKA) Kementerian Kesihatan Malaysia ditubuhkan

pada 8 Julai 2009 melalui Mesyuarat Pagi Bil. 8 Tahun 2009. Penubuhan

ini selaras dengan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia Bil.

BPKS(8.15)/5-4JLD.3(28) bertarikh 5 Mei 2009 yang bertujuan bagi

membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh CAD dan Jabatan Audit

Negara. Mesyuarat hendaklah bersidang sekurang-kurangnya 4 kali

setahun dan CAD adalah urus setia kepada mesyuarat ini.

Sepanjang tahun 2012, Mesyuarat JKA telah bersidang sebanyak 4 kali

seperti di Jadual 1.

Jadual 1

Mesyuarat Jawatankuasa Audit

Bil. Mesyuarat Suku Tahun Tarikh

1. Bil. 1 Tahun 2012 Januari - Mac 17.01.2012

2. Bil. 2 Tahun 2012 April - Jun 17.04.2012

3. Bil. 3 Tahun 2012 Julai - September 11.07.2012

4. Bil. 4 Tahun 2012 Oktober - Disember 16.10.2012

Page 4: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 4

B

AH

AG

IA

N

I:

C

AW

AN

GA

N

AU

DI

T D

AL

AM

4.3.2 Jawatankuasa Pematuhan

Jawatankuasa Pematuhan Kementerian Kesihatan Malaysia telah

ditubuhkan pada 5 Ogos 2011 di mana Ketua Audit Dalam telah dilantik

sebagai Pegawai Pematuhan KKM. Penubuhan ini adalah selaras dengan

keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan

Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) Siri 66 Bil. 2 Tahun 2010 pada 19

Ogos 2010 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang secara

dasarnya bersetuju supaya Compliance Unit diwujudkan di semua

jabatan peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri.

Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan

Garis Panduan Penubuhan Unit Pematuhan Di Jabatan Peringkat

Persekutuan Dan Negeri pada 9 Mac 2011 di mana fungsi pematuhan

dilaksanakan oleh Pegawai Pematuhan Di Unit Audit Dalam

Kementerian dan Jabatan Persekutuan serta Negeri sebagai tambahan

kepada fungsi Unit Audit Dalam yang sedia ada.

Mesyuarat Jawatankuasa ini diadakan dua (2) kali setahun dan

keahlian Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

Pengerusi : Ketua Audit Dalam

Ahli : i. SUB Bahagian Sumber Manusia

ii. SUB Bahagian Kewangan

iii. SUB Bahagian Perolehan Dan Penswastaan

Urus setia : Cawangan Audit Dalam

* Keahlian akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Pada tahun 2012, Jawatakuasa Pematuhan KKM telah bermesyuarat

sebanyak dua (2) kali seperti di Jadual 2

Jadual 2 Mesyuarat Jawatankuasa Pematuhan KKM

Bil. Mesyuarat Tarikh

1. Bil. 1 Tahun 2012 19.07.2012

2. Bil. 2 Tahun 2012 12.12.2011

5. PEMILIHAN PTJ

Pemilihan PTJ untuk pengauditan adalah bergantung kepada analisis penggiliran

lawatan audit yang telah dibuat terdahulu. PTJ-PTJ yang belum dilawat dan lawatan

terakhir 5 tahun adalah diberi keutamaan serta PTJ berisiko yang mempunyai banyak

urus niaga juga diberi tumpuan untuk dilawati. Pemilihan PTJ juga adalah berdasarkan

markah Sistem 3PK sama ada yang mendapat markah tertinggi dan terendah bagi

Page 5: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

5 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2

B

AH

AG

IA

N I

: C

AW

AN

GA

N A

UD

IT

D

AL

AM

tempoh penilaian yang berkenaan. Selain itu, CAD juga tertakluk kepada arahan KSU

dan cadangan Jawatankuasa Audit dari semasa ke semasa.

6. PERHUBUNGAN DENGAN JABATAN AUDIT NEGARA

Kuasa dan tanggungjawab Jabatan Audit Negara ditetapkan oleh Perlembagaan

Persekutuan dan Akta Audit 1957 manakala kuasa dan tanggungjawab Cawangan Audit

Dalam dinyatakan secara pentadbiran melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun

2004. Audit Dalam merupakan komponen kawalan dalaman dan bertanggungjawab

kepada pengurusan. Jabatan Audit Negara pula bertanggungjawab terus kepada

Parlimen. Bagaimanapun, Jabatan Audit Negara dan Cawangan Audit Dalam

mempunyai matlamat yang sama iaitu mempertingkatkan keberkesanan proses tadbir

urus, tahap pengurusan kewangan dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam.

Kerjasama dan hubungan yang baik di antara Jabatan Audit Negara dan Cawangan

Audit Dalam adalah penting demi mencapai matlamat tersebut. Sehubungan itu,

semasa proses penyediaan Rancangan Tahunan Audit Dalam, Cawangan Audit Dalam

akan berbincang dengan pihak Jabatan Audit Negara dari segi pengauditan yang telah,

sedang dan akan dijalankan. Ini adalah untuk mengelakkan pertindihan tugas di

samping dapat saling membantu dalam mengenal pasti bidang atau perkara yang perlu

diaudit.

Pegawai-pegawai Cawangan Audit Dalam juga telah dilantik sebagai Liasion Officer

(LO) bagi setiap kajian yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).

Tanggungjawab LO adalah untuk:

i. Membantu pengauditan JAN dengan melawat PTJ yang diaudit dan

menghadiri exit conference.

ii. Memantau isu-isu yang telah dilaporkan oleh JAN dan memberi pendapat

sama ada isu yang dibangkitkan perlu diberi tindakan susulan.

iii. Memastikan pihak JAN mendapat maklumat yang betul dan tepat

termasuk membantu PTJ-PTJ yang terlibat memberikan maklum balas ke

atas pengauditan tersebut.

7. ORGANISASI DAN PERJAWATAN

7.1 Kedudukan Perjawatan

Cawangan ini diketuai oleh Ketua Audit Dalam Gred W54 dan dibantu oleh 82

orang anggota. Carta organisasi yang lengkap adalah seperti di Lampiran A.

Kedudukan perjawatan CAD KKM setakat 31 Disember 2012 adalah seperti di

Jadual 3.

Page 6: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 6

B

AH

AG

IA

N

I:

C

AW

AN

GA

N

AU

DI

T D

AL

AM

Jadual 3

Kedudukan Perjawatan Yang Diluluskan Berbanding

Perjawatan Diisi Setakat 31.12.2012

Jawatan Kumpulan Bil. Jawatan

Lulus Isi Kosong

Ketua Audit Dalam W54 Pengurusan & Profesional 1 1 0

Juruaudit W52 Pengurusan & Profesional 1 1 0

Juruaudit W48 Pengurusan & Profesional 5 5 0

Juruaudit W44 Pengurusan & Profesional 3 2 1

Peg. Teknologi Maklumat F44 Pengurusan & Profesional 1 1 0

Juruaudit W41 Pengurusan & Profesional 5 5 0

Penolong Juruaudit W36 Sokongan 11 10 1

Penolong Juruaudit W32 Sokongan 9 9 0

Penolong Juruaudit W27 Sokongan 33 30 3

Setiausaha Pejabat N27 Sokongan 1 1 0

Pembantu Tadbir N22 Sokongan 1 1 0

Pembantu Tadbir N17 Sokongan 8 8 0

Pemb. Tadbir Rendah N11 Sokongan 1 1 0

Pembantu Am Pejabat N4 Sokongan 1 1 0

Pemandu R3 Sokongan 1 1 0

Jumlah 82 77 5

7.2 Pertukaran Dan Penempatan Pegawai

Pada tahun 2012, seramai 8 pegawai telah melapor diri berkhidmat dan 4

pegawai telah bertukar keluar dari CAD dan seorang pegawai telah bersara.

Butirannya adalah seperti di Jadual 4.

Jadual 4

Pertukaran Dan Penempatan Pegawai Setakat 31.12.2012

Nama Pegawai/Anggota Jawatan Tarikh

Pertukaran Masuk

1. Puan Siti Junaidah bt. Hussin W36 16.04.12

2. Puan Norita bt. Hj. Md. Lazi @ Shaari W27 01.06.12

3. Encik Ahmad Fazli bin Osman W52 09.07.12

4. Puan Nora Fauzana bt. Zainal W44 23.07.12

5. Puan Faizah bt. Ghazali W36 30.07.12

6. Cik Nurhidayah bt. Yusof W27 01.10.12

7. Puan Doris Yap Guek Ling W36 15.10.12

8. Ahmad Noor bin Injau W32 16.10.12

Pertukaran Keluar

1. Encik Mohd Serjana b. Ibrahim W52 25.01.12

2. Encik Asman b. Mohamad Siron W27 01.03.12

3. Puan Hely Herlynna bt. Mohd Kassim W44 09.07.12

4. Puan Suraya bt. Mahrut W36 01.11.12

Bersara

1. Cik Ching Yee Fong W36 01.10.12

Page 7: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

7 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2

B

AH

AG

IA

N I

: C

AW

AN

GA

N A

UD

IT

D

AL

AM

Majlis Persaraan Dan Pertukaran Pegawai

8. PENINGKATAN KUALITI AUDIT SECARA BERTERUSAN

CAD sentiasa berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Ini adalah selaras

dengan kehendak Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan International Auditing

Guidelines (IAG). Di Cawangan ini, kualiti audit dikawal serta dikesan melalui

rancangan audit yang tersusun dan program audit yang terperinci.

Kerja-kerja audit dari peringkat permulaan sesuatu audit sehingga laporan dikeluarkan,

disemak dan dipantau oleh pegawai-pegawai bertanggungjawab. Bagi menjamin

laporan audit yang berkualiti, pegawai-pegawai digalakkan untuk meningkatkan

pengetahuan dan memperoleh kepakaran teknik pengauditan melalui bahan bacaan,

menghadiri kursus, bengkel, taklimat dan forum yang dianjurkan oleh pelbagai pihak

seperti KKM, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Audit Negara, Bahagian

Pengurusan Kewangan Strategik, Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara

dan lain-lain.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia

Sektor Awam menekankan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu

melengkapkan diri/dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan

pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber

manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran

berterusan. Ia dilaksanakan berdasarkan strategi di mana Ketua Jabatan hendaklah

memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-

kurangnya 7 hari setahun. Kursus dan bengkel yang telah dihadiri oleh pegawai CAD

sepanjang tahun 2012 adalah seperti di Lampiran B dan ceramah yang telah

disampaikan oleh pegawai CAD adalah seperti di Lampiran C.

Page 8: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 8

B

AH

AG

IA

N

I:

C

AW

AN

GA

N

AU

DI

T D

AL

AM

9. SISTEM PENILAIAN PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN

(SISTEM 3PK)

Sistem 3PK adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu KSU memantau

dan menilai prestasi kewangan di setiap PTJ dan seterusnya terhadap KKM secara

keseluruhannya. Sistem ini dibangunkan pada tahun 2007 berdasarkan sistem rating

yang berlandaskan Accountability Index yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara.

Ketua Setiausaha KKM melalui Surat Pekeliling KSU Bilangan 1 Tahun 2008 telah

mewajibkan setiap PTJ untuk menjawab semua soalan yang disediakan dalam Sistem

3PK. Sistem ini boleh dilayari di http://spppk.moh.gov.my. Penilaian ini mengikut

tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 5.

Jadual 5

Penilaian Sistem 3PK

Tempoh Penilaian

Setengah Tahun Pertama

(Januari - Jun)

Setengah Tahun Kedua

(Julai - Disember)

Tempoh Untuk

Menjawab Soalan 1 Julai hingga 31 Julai

1 Januari hingga 31 Januari

tahun berikutnya

Modul KSU Dashboard di dalam

sistem ini boleh memaparkan

Prestasi Keseluruhan KKM

mengikut Rating, Kawalan

Pengurusan Kewangan dan

Prestasi setiap PTJ. Paparan skrin

KSU Dashboard adalah seperti di

sebelah:

Sistem ini berfungsi sebagai self-

auditing bagi membolehkan PTJ

mengenalpasti tahap pematuhan

ke atas prosidur kewangan mengikut peraturan kewangan kerajaan yang sedang

berkuatkuasa.

Tempoh penilaian bagi setengah tahun kedua 2012 (Julai hingga Disember) telah

dibuka untuk penilaian pada 1 hingga 31 Januari 2013. Hasil dari keputusan

penilaian tersebut, KKM memperolehi markah keseluruhan sebanyak 92.96%

menurun sebanyak 0.53% daripada penilaian setengah tahun pertama iaitu

93.49%. Peratusan pencapaian 472 PTJ bagi penilaian setengah tahun kedua

2012 adalah seperti di Jadual 6. Manakala purata markah bagi setiap PTJ 1

adalah seperti di Carta 1. Pencapaian Sistem 3PK bagi semua PTJ terlibat adalah

seperti di Lampiran D.

Page 9: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

9 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2

B

AH

AG

IA

N I

: C

AW

AN

GA

N A

UD

IT

D

AL

AM

Jadual 6

Tahap Pencapaian Sistem 3PK Tahun 2012

TAHAP / MARKAH

2012

SETENGAH TAHUN

PERTAMA

SETENGAH TAHUN

KEDUA

BIL. PTJ (%) BIL. PTJ (%)

Cemerlang

(90 - 100%) 388 82.38 378 80.08

Baik

(70 - 89%) 81 17.20 92 19.50

Memuaskan (50 - 69%)

0 0 1 0.21

Kurang Memuaskan

(0 - 49%) 0 0 0 0

Tidak Disahkan 2 0.42 1 0.21

JUMLAH* 471 100 472** 100

NOTA: * Jumlah ini tidak termasuk PTJ 1. ** Perbezaan bilangan PTJ bagi setengah tahun pertama dan setengah tahun kedua

disebabkan oleh pertambahan PTJ iaitu Hospital Orang Asli Gombak, Selangor.

Carta 1

Perbandingan Markah Purata Setengah Tahun Pertama dan Kedua

Tahun 2012 Mengikut PTJ 1

89.48 89.86

97.00

90.78

96.80

94.49

95.05

89.67

93.39

95.22

93.05

97.16

93.52

96.95 96.67

91.84

94.16

95.01

94.53

93.20

96.21 95.50

99.05

95.17

91.44

98.06

91.18

96.97

94.61

95.15

89.51

93.21

94.77

92.55

96.38

92.62

96.00

95.64

90.73

92.69

93.49

92.94

91.44

93.93

92.13

90.37

84.00

86.00

88.00

90.00

92.00

94.00

96.00

98.00

100.00

SETENGAH TAHUN PERTAMA 2012 SETENGAH TAHUN KEDUA 2012

Page 10: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 10

B

AH

AG

IA

N

I:

C

AW

AN

GA

N

AU

DI

T D

AL

AM

10. Sistem Pengurusan Maklumat Pengauditan (SPMP)

SPMP mula dilaksanakan dalam tahun 2010 dengan memasukkan maklumat

pengauditan pengurusan kewangan yang dijalankan di PTJ. Keputusan penilaian dari

Sistem 3PK telah diintegrasikan ke dalam SPMP seterusnya memberi kemudahan

kepada juruaudit untuk membuat semakan bagi memastikan ketepatan maklumat yang

diberikan oleh PTJ.

Paparan perbandingan markah Sistem 3PK dengan Pengauditan oleh CAD adalah

seperti contoh di bawah:

Perbandingan antara self-auditing Sistem 3PK PTJ dengan SPMP terhadap 59 PTJ yang

telah dilawati pada tahun 2012 adalah seperti di Jadual 7.

Jadual 7

Penilaian Sistem 3PK Dengan Pemerhatian Audit Tahun 2012

Perbezaan Markah Bilangan PTJ

Perbezaan kurang dari 5 25

Perbezaan lebih dari 5 dan kurang dari 10 19

Perbezaan lebih dari 10 dan kurang dari 20 13

Perbezaan melebihi 20 2

Jumlah PTJ 59

Page 11: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

11 | L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2

B

AH

AG

IA

N I

: C

AW

AN

GA

N A

UD

IT

D

AL

AM

11. AMALAN 5S

Amalan 5S dapat membantu warga CAD

bekerja di dalam persekitaran tempat kerja

yang lebih kondusif dan selesa serta selamat

di duduki. CAD telah mendapat 97.33%

markah semasa pengauditan IPKKM pada 27

Disember 2012 dan IPKKM telah berjaya

mendapat Sijil Amalan 5S dari MAMPU pada 1

Jun 2012.

12. HALA TUJU CAD BAGI TAHUN 2013

CAD dipertanggungjawabkan untuk membantu KKM mempertingkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan cara berhemah dan berkesan.

Aspek kawalan dalaman pengurusan KKM akan terus menjadi teras aktiviti pengauditan

dan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Selaras dengan matlamat tersebut, mulai tahun 2013, CAD akan menumpukan

sekurang-kurangnya 40% aktiviti pengauditan dalam aspek perolehan dan ICT yang

diterapkan dalam aktiviti pengauditan sedia ada.

Selain meneruskan pengauditan pengurusan kewangan, baucar, susulan, prestasi dan

khas/siasatan, Program Anak Angkat akan dilaksanakan pada tahun 2013. PTJ tertentu

dipilih berdasarkan prestasi pengurusan kewangan yang dinilai melalui S3PK, SPMP,

pengauditan pengurusan kewangan sama ada oleh CAD, Jabatan Audit Negara atau

agensi lain seperti Naziran oleh Jabatan Akauntan Negara atau KKM sendiri. PTJ yang

terpilih akan dilawati 2 kali setahun. Selain penilaian tahap pengurusan kewangan yang

dilaksanakan semasa pengauditan, pihak PTJ juga akan dibimbing secara terus

terutamanya terhadap masalah pengurusan kewangan yang berulang.

Page 12: 1. PENUBUHAN - spppk.moh.gov.myspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/LT2012/BahI.pdfJabatan Kesihatan Negeri, Institusi, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian,

L A P O R A N T A H U N A N 2 0 1 2 | 12

B

AH

AG

IA

N

I:

C

AW

AN

GA

N

AU

DI

T D

AL

AM