bahagian c - refleksi program a

4
Refleksi Program Taman Mini Syukur kerana program Taman Mini yang dirancang dapat dilaksanakan dan masih berterusan walaupun belum siap sepenuhnya secara 100%. Namun begitu, terasa senang di hati kerana kerja-kerja asas yang perlu dilakukan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kekuatan Terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikesan melalui projek ini terutamanya dalam meningkatkan aspek kompetensi sosial murid. Salah satunya ialah, program jangka panjang ini membolehkan murid dapat mengenali dan berinteraksi antara satu sama lain dalam aktiviti yang memerlukan kerjasama kumpulan. Apa yang dapat saya lihat ialah, apabila terdapat beberapa orang murid yang melakukan tugas atau membuat kerja seperti mencabut rumput, mencangkul tanah atau membersihkan sekitar kawasan projek, murid-murid lain akan berebut-rebut untuk melakukan sekurang-kurangnya satu tugasan setiap seorang. Ada juga murid yang mendesak untuk membantu rakan mungkin kerana ingin menunjukkan sikap rajin kepada guru ataupun memang berkeinginan untuk membantu rakan. Tidak kisahlah kerana bagi saya, kerjasama antara dua pihak walaupun hanya sekadar berkerjasama membantu mengangkat sesuatu barang sudah cukup untuk memupuk rasa kekitaan dan semangat bermasyarakat dalam diri murid. Walaupun adakalanya terdapat murid-murid yang berebut-rebut ingin menggunakan sesuatu barang atau alatan, ataupun berebut dalam melaksanakan tugasan yang diberikan atau tanpa disuruh, saya melihat ini sebagai elemen-elemen awal dalam pembentukan sahsiah dan akhlak murid yang baik. Saya juga menyedari bahawa guru memainkan peranan penting dalam memantau dan membimbing murid supaya melakukan aktiviti dengan selamat dan memperlihatkan sikap-sikap yang baik semasa berkerjasama melakukan tugasan bersama dengan rakan-rakan. Seterusnya, terdapat juga sebenarnya pelbagai aktiviti-aktiviti sampingan atau aktiviti yang secara tidak sengaja atau tidak dirancang terjadi sepanjang pelaksanaan program ini. Antara tujuan utama murid dilibatkan dalam program perkebunan ini ialah supaya mereka dapat berkerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti

Upload: faroyner-fabian

Post on 11-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Refleksi Projek Berkebun

TRANSCRIPT

  • Refleksi Program Taman Mini

    Syukur kerana program Taman Mini yang dirancang dapat dilaksanakan dan

    masih berterusan walaupun belum siap sepenuhnya secara 100%. Namun begitu,

    terasa senang di hati kerana kerja-kerja asas yang perlu dilakukan telah dapat

    dilaksanakan dengan jayanya.

    Kekuatan

    Terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikesan melalui projek ini

    terutamanya dalam meningkatkan aspek kompetensi sosial murid.

    Salah satunya ialah, program jangka panjang ini membolehkan murid dapat

    mengenali dan berinteraksi antara satu sama lain dalam aktiviti yang memerlukan

    kerjasama kumpulan. Apa yang dapat saya lihat ialah, apabila terdapat beberapa

    orang murid yang melakukan tugas atau membuat kerja seperti mencabut rumput,

    mencangkul tanah atau membersihkan sekitar kawasan projek, murid-murid lain akan

    berebut-rebut untuk melakukan sekurang-kurangnya satu tugasan setiap seorang.

    Ada juga murid yang mendesak untuk membantu rakan mungkin kerana ingin

    menunjukkan sikap rajin kepada guru ataupun memang berkeinginan untuk

    membantu rakan. Tidak kisahlah kerana bagi saya, kerjasama antara dua pihak

    walaupun hanya sekadar berkerjasama membantu mengangkat sesuatu barang

    sudah cukup untuk memupuk rasa kekitaan dan semangat bermasyarakat dalam diri

    murid.

    Walaupun adakalanya terdapat murid-murid yang berebut-rebut ingin

    menggunakan sesuatu barang atau alatan, ataupun berebut dalam melaksanakan

    tugasan yang diberikan atau tanpa disuruh, saya melihat ini sebagai elemen-elemen

    awal dalam pembentukan sahsiah dan akhlak murid yang baik. Saya juga menyedari

    bahawa guru memainkan peranan penting dalam memantau dan membimbing murid

    supaya melakukan aktiviti dengan selamat dan memperlihatkan sikap-sikap yang baik

    semasa berkerjasama melakukan tugasan bersama dengan rakan-rakan.

    Seterusnya, terdapat juga sebenarnya pelbagai aktiviti-aktiviti sampingan atau

    aktiviti yang secara tidak sengaja atau tidak dirancang terjadi sepanjang pelaksanaan

    program ini. Antara tujuan utama murid dilibatkan dalam program perkebunan ini ialah

    supaya mereka dapat berkerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti seperti

  • membersihkan kawasan tanaman, menyediakan medium semaian, menanam dan

    seterusnya menjaga tanaman yang telah ditanam. Namun begitu, semasa mereka

    melakukan tugasan, terdapat pelbagai perkara-perkara remeh-temeh yang pada

    pandangan saya, menjadi elemen-elemen penting dalam melatih dan meningkatkan

    kompetensi sosial mereka. Sebagai contoh, antara gelagat yang selalu dapat

    diperhatikan semasa sedang melakukan aktiviti di kawasan projek ialah, walaupun

    Syahira sedang menyiram pokok bunga, Shahira sanggup berhenti sekejap dan

    membantu Syafira yang meminta pertolongan daripada Syahira untuk membantu dia

    mengangkat rumput yang telah dicangkul ataupun mengalihkan tayar-tayar terpakai.

    Di satu tempat yang lain pula, Ikmal dan Pizan sedang berebut untuk menggunakan

    kereta sorong untuk mengambil tanah tetapi melalui perbincangan, mereka bersetuju

    untuk bergilir-gilir menggunakan kereta sorong tersebut. Di sudut yang lain pula, Amin

    sedang memberi kritikan kepada Aniq kerana tidak cermat dan tergopoh-gapah

    semasa menggembur tanah. Dalam masa yang sama, Sabri dengan Faris sibuk beria-

    ia melaporkan kepada guru tentang bagaimana mereka terjumpa dengan seekor

    cacing semasa mencangkul tanah.

    Saya melihat aktiviti-aktiviti remeh-temeh seperti inilah sebenarnya yang

    banyak mengembangkan kemahiran sosial murid-murid Pendididikan Khas semasa

    pelaksanaan program ini.

    Kelemahan

    Dalam keseronokan membimbing dan mengawasi murid untuk berkebun dan

    bercucuk-tanam, terdapat juga beberapa kelemahan yang sedikit mempengaruhi

    perjalanan program ini. Antaranya ialah, perbezaan dari segi bahasa dan dialek murid-

    murid di sekolah ini dengan bahasa dan dialek dari negeri asal guru yang memberi

    kesan kepada komunikasi antara guru dengan murid. Adakalanya, murid tidak dapat

    memahami maklumat atau percakapan guru kerana faktor dialek dan bahasa guru

    yang berbeza dengan bahasa murid. Kesannya, murid-murid hanya dapat

    menganggukkan kepala apabila guru meminta murid untuk mengambil sesuatu alatan

    atau melakukan sesuatu tugasan mengikut arahan guru. Ini dilihat sebagai satu

    kelemahan kerana, penerapan unsur-unsur kecindan dan nilai-nilai murni tidak

    berlaku secara efektif dan menyeluruh seperti yang diharapkan oleh guru.

  • Seterusnya, keadaan cuaca yang tidak menentu juga kerapkali menggangu

    proses pelaksanaan program ini. Adakalanya, cuaca hujan menyebabkan tanah

    menjadi lembut dan licin. Keadaan ini membahayakan keselamatan guru dan pelajar

    untuk turun ke kawasan tanaman melakukan kerja-kerja perkebunan terutamanya

    semasa mengambil dan mengisi tanah ke dalam pasu tayar terpakai dan

    membersihkan kawasan tanaman. Namun mungkin boleh dikatakan bernasib baik

    kerana program ini diadakan dalam jangka masa panjang dan secara berterusan.

    Oleh itu, aktiviti boleh diteruskan lagi pada masa-masa terluang atau kesempatan

    yang lain.

    Cadangan Penambahbaikan

    Untuk menghadapi masalah dari segi bahasa dan dialek, sebaiknya guru perlu

    sentiasa melibatkan diri dalam perbualan yang menggunakan bahasa pertuturan di

    sesuatu tempat atau sekolah itu sendiri bagi membiasakan diri dan memahami

    bagaimana penggunaan bahasa di tempat tersebut. Selain itu, guru juga perlu lebih

    kerap berhubung dengan guru-guru lain bagi membincangkan perkataan-perkataan

    ataupun ayat-ayat yang sesuai digunakan apabila berinteraksi dengan murid kerana

    adakalanya murid tidak dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh guru

    apabila guru cuba bertutur tentang sesuatu menggunakan bahasa murid. Disamping

    itu, guru juga perlu memahami bahawa komunikasi tidak hanya berlaku melalui

    bahasa sahaja. Tetapi ia juga berlaku melalui gerak geri dan tingkah laku serta contoh

    dan teladan yang ditunjukkan oleh guru. Justeru itu, guru perlu menunjukkan

    perwatakan dan menjadi role model kepada murid semasa menyampaikan

    pengajaran dan pembelajaran sebagai satu komunikasi bukan verbal kepada murid

    bahawa guru bersungguh-sungguh dan komited dalam mendidik mereka. Bahan-

    bahan sokongan audio visual seperti gambar dan video juga boleh digunakan bagi

    memastikan murid-murid lebih faham tentang tajuk atau isi pengajaran guru.

    Masalah cuaca yang tidak menentu sememangnya tidak dapat dielakkan lagi

    dalam pelaksanaan sesuatu projek yang dirancang. Adakalanya, projek terpaksa

    ditangguh kerana cuaca hujan menghalang tugas-tugas semasa berkebun kerana

    memikirkan faktor keselamatan murid dan guru. Walaupun begitu, projek harus

    diteruskan juga dari masa ke semasa. Oleh itu, guru perlu mencari alternatif lain untuk

    mencari masa dan pergi ke kebun untuk menyambung kerja-kerja seperti mengisi

  • tanah ke dalam tayar, mencabut rumput, menyediakan tangga dan sebagainya. Ini

    boleh dilakukan selepas waktu persekolahan ataupun di hujung minggu semasa cuti

    bersama dengan murid ataupun guru sendiri sahaja. Bak kata pepatah, sikit-sikit

    lama-lama jadi bukit. Begitulah konsep yang harus dipegang dalam menjayakan

    sesuatu projek terutamanya projek dalam jangka masa panjang.

    Kesimpulan

    Sebagai kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa projek Taman Miniku ini

    amat berkesan sebagai salah satu program yang boleh meningkatkan kompetensi

    sosial murid-murid berkeperluan khas. Walaupun terdapat banyak cabaran dan

    halangan yang dilalui, namun ia tidak menghalang semangat guru-guru dan murid

    dalam menjayakan projek ini. Mungkin murid tidak tahu akan agenda di sebalik

    pelaksanaan projek ini iaitu, untuk mengajar mereka akan kepentingan berkerjasama

    dalam satu kumpulan dan melatih kemahiran bersosial mereka semasa melakukan

    tugasan di kebun, tetapi pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi pastinya

    tidak dapat dilupakan dan seterusnya membantu dalam pembentukan sikap dan

    sahsiah murid secara tidak langsung. Diharapkan, projek atau program seperti ini

    dapat dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang bukan sahaja untuk

    memperkembangkan kompetensi sosial murid semata-mata, tetapi juga sebagai

    langkah untuk perkembangan murid secara menyeluruh.