bahagian c bm.docx
DESCRIPTION
bahaTRANSCRIPT
A.SENARAI NILAI MURNI
RAJIN BERTANGGUNGJAWAB
TOLONG-MENOLONG BERDIKARI
BEKERJASAMA KEBEBASAN
BAIK HATI BERSIKAP SEDERHANA
PEMURAH/MURAH HATI BIJAKSANA / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
JUJUR BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI
AMANAH DEDIKASI
RELA/SANGGUP BERKORBAN BERDIKARI
MENGHARGAI MASA BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR
MENGHARGAI / MEMBALAS JASA MEMPUNYAI JATI DIRI
PRIHATIN BERANI
BERDISIPLIN HORMAT / MENGHORMATI
MENJAGA KEBERSIHAN PERAMAH/MUDAH MESRA
MENJAGA KESIHATAN IKHLAS
MENJAGA KESELAMATAN KASIH SAYANG/ SIMPATI
SEMANGAT PATRIOTIK RASIONAL
TABAH/SABAR/CEKAL TAAT / PATUH
BERADAB SOPAN SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN
BIL PENYATAAN NILAI
1 Membawa bekal / menabung
2 Berjalan kaki ke sekolah
3 Bangun awal
4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas
5 Menyapu sampah
6 Bersalam / mencium tangan ibu
7 Membaca buku / mengulang kaji
8 Melaksanakan tugas yang diberi
9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas
10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih
11 Bersarapan bersama keluarga
12 Sembahyang / solat
13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku
14 Sayang akan negara
15 Belajar bersungguh-sungguh
16 Memberi salam
17 Pergi ke perpustakaan
18 Menyediakan jadual harian
19 Menziarahi kawan sakit / di hospital
20 Bertegur sapa sesama jiran
21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga
22 Bergotong- royong
23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan
24 Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku kecemasan
25 Menderma / bersedekah /memberi bantuan
26 Memaafkan kesalahan orang lain
27 Menolong haiwan
28 Mengendalikan perlawanan dengan adil
29 Menyelamatkan kawan lemas
30 Memulangkan barang yang dijumpa
31 Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa
32 Berterima kasih
33 Masak makanaan untuk keluarga / anak
34 Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan
35 Makan dengan sopan
36 Bercakap dengan lemah- lembut
37 Memakai pakaian sekolah / lencana
38 Mendengar nasihat
39 Meminta izin guru / ibu bapa
40 Membantu rakan yang bermasalah
41 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar endah / tekun
42 Membeli / memberi cenderahati / hadiah / buah tangan
baik hati / menghargai / kasih sayang
43 Berdoa kepada tuhan untuk keluarga, rakan kasih sayang / prihatin
44 Tidak menconteng dinding sekolah berdisiplin
45 Mempunyai hobi menghargai masa
46 Memuji keindahan bersyukur, menghargai
47 Tidak terpengaruh hasutan rakan rasional /
48 Menerima pendapat orang lain toleransi / rasional
49 Terselamat daripada bencana / kemalangan bersyukur
50 Menyimpan alatan di tempat asalnya berdisiplin / tanggungjawab
51 Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah berdikari / rajin / tanggungjawab
52 Bercita-cita tinggi berwawasan tinggi
53 Menerima pendapat/cadangan rasional / toleransi
54 Beratur menunggu giliran berdisiplin / bertimbang rasa
55 Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berwawasan tinggi
56 Menyanjungi guru mengenang jasa / menghormati
57 Tidak pernah berputus asa tabah / cekal
58 Melayanan tetamu dengan mesra kasih sayang / hemah tinggi
59 Bersimpati akan bebanan ayah ibu prihatin / kasih sayang
60 Membuang sampah ke dalam tong sampah berdisiplin / mementingkan kebersihan
61 Mengotakan janji amanah
62 Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk-nunjuk
bersedarhana / rendah diri / hemah tinggi
63 Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu rasional
63 Melakukan sesuatu yang tidak melanggar peraturan
patuh
64 Berkongsi masalah sesama rakan kasih sayang / setia kawan
65 Tidak sombong / meninggi diri rendah diri /
66 Rela berkorban nyawa Ikhlas / pqtriotisme
67 Melaksanakan tugas tanpa merungut dedikasi / ikhlas
68 Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran mengenang jasa / menghargai
69 Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis berani
70 Bersedia menghadapi cabaran berani / yakin
71 Rela mengorbankan masa dan tenaga dedikasi
72 Melakukan tanpa mengharapkan balasan ikhlas
73 Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat kerjasama / bermuafakat
74 Percaya akan kebolehan diri sendiri yakin
75 Menjaga perlakuan / pertuturan hemah tinggi
76 Bersepakat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan
bermuafakat
77 Mengambil berat keperluan dan perasaan orang lain
bertimbang rasa / bertolak ansur
78 Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang kreatif / yakin / berani mencuba
79 Mengutamakan golongan orang tua / kanak-kanak
kasih sayang / baik hati / hemah tinggi
80 Tidak meninggikan suara apabila bercakap hemah tinggi / sopan
81 Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal semangat kejiranan / peka
82 Menolong ibu menghidangkan makanan rajin / baik hati
83 Membeli barang yang perlu sahaja berjimat cermat
84 Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri berdisiplin / menepati masa
85 Datang awal ke sekolah menepati masa
86 Merawat binatang yang cedera prihatin / baik hati / cepat bertindak
87 Menolong kawan yang pernah menolong kita setia kawan
88 Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala patuh
89 Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading berwawasan tinggi
90 Minum air lapan gelas sehari mementingkan kesihatan
91 Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu cermat / teliti / tanggungjawab
92 Membalut buku-buku teks sendiri berdikari
93 Melakukan kerja tanpa mengharap balasan ikhlas
94 Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan jujur
95 Menerima kekalahan pasukan semangat kesukanan
96 Tidak merungut menghadapi dugaan hidup tabah / cekal
97 Menyesali kesalahan yang pernah dibuat insaf
98 Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah aktif
99 Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa
menghargai / mengenang jasa
100 Menanam pokok bunga pada waktu lapang menghargai masa
101 Menbelek-belek baju yang hendak dibeli teliti
102 Mengemas tempat tidur apabila bangun berdikari
103 Merindui keluarga yang jauh di kampung kasih sayang
104 Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu bapa
patuh / akur
105 Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan amanah / tanggungjawab
106 Hampir terjatuh keran hendak cepat berhati-hati
107 Memberi perangsang kepada murid-murid tanggungjawab
108 Segera meminta maaf hemah tinggi
109 Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan cepat bertindak
110 Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi insaf
111 Bersalaman dengan datuk dan nenek menghormati
112 Makan makanan yang tidak berkhasiat mementingkan kesihatan
113 Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga berwawasan tinggi
114 Sanggup mengajar dengan percuma ikhlas
115 Menegur rakan yang berbuat salah berani
116 Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran berani
117 Berdoa agar rakan cepat sembuh setia kawan / kasih sayang / prihatin
118 Memberi cenderamata kepada penceramah menghargai
119 Kagum akan keindahan alam cinta akan alam sekitar / bersyukur
120 Memberi tempat duduk kepada wanita mengandung
baik hati / bertimbang rasa
121 Merayau-rayau di pusat membeli-belah menghargai masa
122 Memandu tanpa lesen patuh
123 Membuang sampah ke dalam sungai tanggungjawab
124 Membaca novel sementara menunggu ibu bapa rajin / menghargai masa
125 Menolong ayah berkebun pada hujung minggu rajin / kasih sayang
126 Menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan
berdisiplin
127 Membeli buku di pameran buku mencintai ilmu
128 Berhati-hati semasa menggunting kertas teliti
129 Membeli barang dengan wang simpanan sendiri berdikari
130 Menyertai perarakan Hari Kebangsaan patriotisme
131 Tidak melayari laman web yang tidak beretika rasional
132 Bersama-sama melakukan kerja kerjasama
133 Jangan cepat memberi hukuman adil / rasional
134 Hidup sepakat membawa berkat bermuafakat / toleransi
135 Tidak memilih rupa atau pangkat rasional / adil
136 Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya berhati-hati / patuh
137 Berderma kepada mereka yang memerlukan baik hati
138 Menutup suis lampu bilik ketika keluar berjimat cermat
139 Ketua kampung juga turut membantu kami tanggungjawab
140 Berebut-rebut menaiki bas berdisiplin
141 Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan terbatuk
bertimbang rasa / peka
142 Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolah
menghargai masa
143 Bangun lewat kerana mononton televisyen hingga larut malam
menghargai masa / menepati masa
144 Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya selama ini
bersyukur / mengenang jasa
145 Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai acara larian
tekun / tanggungjawab
146 Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang menyertai pertandingan
setia kawan
147 Bergotong-royong membersihkan kawasan rekreasi
kerjasama / mementingkan kebersihan
148 Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci sebelum meninggalkan rumah
berhati-hati
149 Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan
semangat patriotisme
150 Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang negara yang telah terkorban
mengenang jasa
C. CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C
PETIKAN 1
Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Dia ingin cepat sampai di
sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia
selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan
kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum
ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun
begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak
makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu
hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan
Aidil mengalami gastrik. Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar
nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu.
PETIKAN 2
Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk
tidur kerana hari sudah lewat malam. Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim
segera mematikan suis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik,
Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen. Azim tidak mahu terlepas
peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi
kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudah dua kali ibu
Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut. Azim tersentak apabila
matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas
bangun lalu tergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya
terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak
seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya
apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.
PETIKAN 3
Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua
orang adiknya bergantung kepada usaha mereka. Walaupun hidup serba kepayahan,
Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya
melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari,
selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung
tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja,
Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Dia sentiasa cemerlang
dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima
pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai
perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru
kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa
memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan
adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.
PETIKAN 4
Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika
hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah. Banyak orang menyaksikan kemalangan itu
termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis dan
ambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pula membuat laporan
polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid. Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia
terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid
menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan. Dia sepatutnya
menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas
kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Dia
tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.
PETIKAN 5
Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia,
beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin
Jadi dalam bidang olahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah
rendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan
Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun
Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih. Beliau mempunyai
keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan. Kegigihan
beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan. Beliau telah dipilih mewakili
negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga
telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak
menjadikan Nordin jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan
sentiasa mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara
PETIKAN 6
Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan
mereka. Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di
pondok itu telah rosak. Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesan
contengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak
nakal yang tidak bertanggungjawab.
Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main
di situ ketika mereka pulang dari sekolah. Mereka berdua bercadang untuk melaporkan
perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak
berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak
bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan
sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk
PETIKAN 7
Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal
kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan. Walaupun penduduknya terdiri
daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu. Mereka hidup dengan
harmoni.
Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan
taman itu. Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak
tersekat. Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang
mereka lakukan dapat mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat
mengenali jiran setaman.
Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad. Dengan senaman ini kesihatan
penduduk terjamin. Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh
dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan
satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat
PETIKAN 8
Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak. Dia pulang
dengan menaiki kereta. Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir
memeriksa keadaan keretanya. Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan selamat,
mereka pun memulakan perjalanan.
Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir
terpukau melihat keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari
pemandangan. Selepas lebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung
mereka. Izmir bersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan
yang dibawanya
PETIKAN 9
“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah
semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,”
rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca
buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-
rayau bersama kawan-kawannya. Senja baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak
dihiraukannya.
Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan
kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long
hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.
“Makkkk ........!”
”Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit
gegaran akibat terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar
sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan
Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.
PETIKAN 10
Pergi ke pasar bersama Cik Zaitun,
Hendak membeli si ikan parang;
Hidup mesti bersopan santun,
Supaya kita tidak dibenci orang.
Dayung sampan ke Tasik Cini ,
Peluh mengalir nampak di dahi;
Perkara baik kita teladani,
Yang buruk kita jauhi.
Nanas ditanam di tepi paya,
Lalu dijual di pinggir kota;
Rajin berusaha pasti berjaya,
Malas bekerja membawa derita.
Bunga kiambang sungguh menawan,
Kembang mekar di pagi hari;
Kalau dapat mengapai awan,
Jangan pula meninggi diri.
Buah labu si buah kundur,
Banyak tumbuh di Pulau;
Perahu terlajak boleh diundur
Terlajak kata membawa padah.