bagi mengatasi masalah 3m

4
Bagi mengatasi masalah 3m, kementerian pelajaran Malaysia telah mengadakan program PROTIM bagi membantu murid sekolah rendah dalam menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira. Murid tersebut telah mengikuti pelbagai ujian saringan sebelum dibuat penilaian sebagai murid pemulihan khas. Instrumen penentu penguasaan dua menulis dan membaca ( ipp2m) dan instrument matematik ( IKAM) telah digunapakai oleh guru bagi menyelaraskan ujian pelepasan tersebut. Murid yang gagal mendapat markah 90% dan keatas akan menghadiri kelas protim. Namun program tersebut tidak hanya membebankan guru pemulihan tetapi tugas tersebut dengan berkongsi guru bahasa melayu dan matematik. Bagi kanak kanak tahap 1 ujian linus telah disediakan dari semasa ke semasa bagi menentukan semua 12 konstruk Berjaya dilaksanakan. Murid-murid yang dicalonkan mengikuti Program Pemulihan Khas akan mengikuti pelbagai ujian sebagai penilaian. Beberapa instrumen telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia antaranya; 1). Instrumen Saringan. Menentukan calon yang layak untuk mengikuti Program Pemulihan Khas. Murid Tahap Satu menggunakan Saringan LINUS manakala Tahap Dua menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Dua Menulis dan Membaca ( IPP2M) dan Instrumen kemahiran Asas Matematik ( IKAM ) 2). Instrumen Pelepasan . Instrumen disediakan disediakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk menyelaras dan menyeragamkan ujian pelepasan yang seragam bagi kebolehpercayaan pengumpulan data. 3) Instrumen Ujian Diagnostik. Ujian diagnostik dijalankan untuk membantu Guru Pemulihan khas mengesan aras kelemahan dan kekuatan murid secara khusus. Disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan sebagai panduan guru boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas ( Masalah Pengguasaan 3M)

Upload: mohd-najmi

Post on 05-Dec-2014

213 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagi Mengatasi Masalah 3m

Bagi mengatasi masalah 3m, kementerian pelajaran Malaysia telah mengadakan program PROTIM bagi membantu murid sekolah rendah dalam menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira. Murid tersebut telah mengikuti pelbagai ujian saringan sebelum dibuat penilaian sebagai murid pemulihan khas.

Instrumen penentu penguasaan dua menulis dan membaca ( ipp2m) dan instrument matematik ( IKAM) telah digunapakai oleh guru bagi menyelaraskan ujian pelepasan tersebut. Murid yang gagal mendapat markah 90% dan keatas akan menghadiri kelas protim.

Namun program tersebut tidak hanya membebankan guru pemulihan tetapi tugas tersebut dengan berkongsi guru bahasa melayu dan matematik.

Bagi kanak kanak tahap 1 ujian linus telah disediakan dari semasa ke semasa bagi menentukan semua 12 konstruk Berjaya dilaksanakan.

Murid-murid yang dicalonkan mengikuti Program Pemulihan Khas akan mengikuti pelbagai ujian sebagai penilaian. Beberapa instrumen telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia antaranya;                                                                                         1). Instrumen Saringan. Menentukan calon yang layak untuk mengikuti Program Pemulihan Khas. Murid Tahap Satu menggunakan Saringan LINUS manakala Tahap Dua menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan Dua Menulis dan Membaca ( IPP2M) dan Instrumen kemahiran Asas Matematik  ( IKAM )                                                     2). Instrumen Pelepasan . Instrumen disediakan disediakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk menyelaras dan menyeragamkan ujian pelepasan yang seragam bagi kebolehpercayaan pengumpulan data.                              3) Instrumen Ujian Diagnostik. Ujian diagnostik dijalankan untuk membantu Guru Pemulihan khas mengesan aras kelemahan dan kekuatan murid secara khusus. Disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan sebagai panduan guru boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas ( Masalah Pengguasaan 3M)         4) Instrumen Pengesanan Murid bermasalah Dalam Penbelajaran. Satu alat untuk mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Ianya jug penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid dan ujian dijalankan kepada murid yang sekurang-kurangnya telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan 

Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang berbeza-beza.  Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang kita rancangkan.  Golongan seperti ini dinamakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.  Menurut kajian, kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, tahap berfikir, proses membaca, menulis, mengeja dan menyelesaikan masalah Matematik.  Sekiranya dibandingkan pencapaian dan kemahiran mereka

Page 2: Bagi Mengatasi Masalah 3m

dengan murid lain yang sebaya, terdapat perbezaan yang sangat ketara.  Kelemahan ini boleh dikesan semenjak tahun pertama persekolahan di sekolah rendah.  Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan melalui beberapa aspek seperti  aspek mental, fizikal, sikap, sosial dan juga emosi.

            Kanak-kanak yang dikesan mempunyai masalah pembelajaran memerlukan perhatian khusus daripada guru supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan formal.  Sehubungan itu, program Pemulihan Khas telah dilaksanakan sejak tahun 60-an bagi membantu murid-murid yang mengalami masalah penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.  Terdapat beberapa instrumen yang disediakan untuk melaksanakan pengujian, iaitu  :

Saringan LINUS (Tahap 1) – untuk mendapatkan maklumat dengan menentukan keupayaan murid menguasai 12 konstruk yang telah ditetapkan.

Ujian PROTIM (Tahap 2) - Instrumen Penentu Penguasaan Menulis dan Membaca (IPP2M) dan Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM).

Ujian Diagnostik lisan dan menulis Bahasa Melayu dan ujian bertulis Matematik – mengensan aras kelemahan dan kekuatan murid secara khusus.

IPMBDP – Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (masalah dalam pembelajaran – berkeperluan khas)

ISD – Instrumen senarai semak disleksia.

            Ujian diagnostik merupakan saringan yang penting bagi membantu guru mengesan tahap kelemahan murid dan seterusnya memudahkan guru untuk merancang kaedah dan teknik pengajaran yang paling sesuai serta berkesan bagi membantu murid menguasai kemahiran 2M.  Manakala Program Pemulihan Khas merupakan program yang disediakan selepas murid-murid melalui Program LINUS dan masih belum dapat menguasai 3M.  Murid-murid yang gagal dalam ujian LINUS akan dimasukkan ke Kelas Pemulihan Khas dan dinamakan LINUS Tegar.  Murid yang berjaya melepasi konstruk yang sepatutnya dalam ujian saringan akan melayakkan mereka untuk meneruskan pembelajaran bersama-sama dengan rakan sebaya lain di kelas arus perdana.

PROTIM adalah satu program ‘pembangunan’ yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang ‘bermasalah’ ini.

Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan satu program khas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Guru Pemulihan. Program tersebut dinamakan PROTIM.

Page 3: Bagi Mengatasi Masalah 3m

PROTIMPelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada setiap sekolah.

Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian hendaklah dijalankan. Soalan disediakan bersama modul yang disertakan bersama surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke atas hendaklah mengikuti PROTIM.