bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion pilihan dapat direalisasikan menerusi pelan...

9
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang modal sosial dan ekonomi Negara. Pendidkan dikategorikan sebagai kunci utama dalam membangunkan Negara seiring dengan kemajuan negara-negara lain dan bertaraf Negara barat. . Dalam ekonomi globalisasi masa ini, kejayaan dan sukses sesebuah negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Plato (427-347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani, berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan juga dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara. Selain itu, meurut Maria Montessori (1870-1952), seorang doktor dan pendidik di Itali, mentafsirkan pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak. Dari pandangan tokoh-tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Menurut Dr.Mohd Athiyah al-Abrasyi pula memandangkan proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa, pengukuhan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar

Upload: jas-priya

Post on 23-Dec-2015

993 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

ஜ்ஹ்குல்

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimanakah Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Dapat Direalisasikan Menerusi Pelan Pendidikan

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang modal sosial dan

ekonomi Negara. Pendidkan dikategorikan sebagai kunci utama dalam membangunkan

Negara seiring dengan kemajuan negara-negara lain dan bertaraf Negara barat. . Dalam

ekonomi globalisasi masa ini, kejayaan dan sukses sesebuah negara amat bergantung pada

ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, tidak

menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan

berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi.

Plato (427-347 SM), seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani,

berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.

Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan

moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan juga dapat membentuk warganegara

yang baik serta setia dan mematuhi undang-undang negara. Selain itu, meurut Maria

Montessori (1870-1952), seorang doktor dan pendidik di Itali, mentafsirkan pendidikan

sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-

kanak.

Dari pandangan tokoh-tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua

ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Menurut Dr.Mohd

Athiyah al-Abrasyi pula memandangkan proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku

manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.

Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa, pengukuhan

perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Pendidikan menyediakan peluang

kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan

menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara. Melalui interaksi dalam

masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama,

dan etnik belajar memahami, menerima, dan menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi

pengalaman dan aspirasi untuk membina masa depan Malaysia. Pendidikan juga salah satu

cara untuk menyediakan tenaga kerja yang dapat bersaing dalam pasaran kerja global

dengan mencetuskan kreativiti dan penjana inovasi dalam generasi muda. Oleh itu, pihak

kerajaan terutamanya kementerian pedidikan Negara kita telah mengambil pelbagai insiatif

untuk memastikan proses yang dinyatakan di atas sedang berjalan lancar.

Antara pelan yang mula dilaksanakan adalah pelan pembangunan pendidkan. Pihak

kerajaan telah mula mengorak langkah untuk mengubah sistem pendidikan selama 11 bulan

agar dapat menyediakan generasi muda untuk bersaing dalam abad ke-21. Setelah

melakukan kajian selama 11 bulan, pihak kementerian pelajaran telah mengambil keputusan

untuk memperkenalkan pelan pembangunan pendidkan yang akan dijalankan selama 13

Page 2: Bagaimanakah Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Dapat Direalisasikan Menerusi Pelan Pendidikan

tahun. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini akan dilaksanakan secara 3

gelombang. Gelombang pertama akan dimulakan pada 2013 sehingga 2015 yang

menumpukan usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan

kemahiran asas. Gelombang kedua pada 2016 sehingga 2020 akan menumpukan untuk

mempercepatkan system. Selanjutnya, gelombang yang ketiga pula pada 2021 sehingga

2025 iaitu beranjak ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Kementerian pendidikan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia ini dengan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan yang meluas. Pelan

pendidikan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus. Objektif yang pertama ialah

memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi

tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan

jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan

silaturahim dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Objektif yang

seterusnya ialah mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas dan nyata untuk setiap murid dan

sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. Objektif yang

terakhir ialah menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi

perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan

tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Kementerian telah mengenal pasti dan menggubal 11 anjakan yang perlu dilakukan

bagi produksi perubahan yang diinginkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu

memberi impak atau kesan yang positif kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima

keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi

fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu

diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi

dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara

Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat

strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa.

Secara keseluruhan, anjakan yang dirancang mengambil kira setiap pihak berkepentingan

dan permasalahan utama yang ditimbulkan masyarakat awam. Kementerian berharap

keterangkuman ini akan menyediakan satu asas tumpuan yang boleh diterima oleh semua

warganegara Malaysia.

Antara anjakan pertama yang dikenal pasti ialah menyediakan kesamarataan akses

kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Anjakan yang kedua pula untuk

memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa

Inggeris serta digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Anjakan yang seterusnya ialah

Page 3: Bagaimanakah Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Dapat Direalisasikan Menerusi Pelan Pendidikan

melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan yang keempat pula bagi mentransformasi

profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Anjakan yang selanjutnya ialah memastikan

kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Anjakan yang keenam ialah

mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan

keperluan. Di samping itu, anjakan yang ketujuh ialah memanfaatkan ICT bagi

meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Anjakan yang kelapan ialah untuk

mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian. Selain itu, anjakan

yang kesembilan ialah bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara

meluas. Anjakan yang kesepuluh ialah bagi memaksimumkan keberhasilan murid bagi

setiap ringgit. Anjakan yang terakhir ialah untuk meningkatkan ketelusan untuk

kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Antara anjakan yang penting dan banyak diulaskan adalah anjakan yang keempat

iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Guru memainkan

peranan yang penting dalam menentukan keberhasilan murid yang cemerlang. Oleh itu,

transformasi dalam profesion keguruan adalah amat penting. Pada permulaanya,

masyarakat mula bimbang apabila kerajaan merangka anjakan keempat ini untuk hanya

memberikan 30% graduan terbaik ditempatkan di sekolah-sekolah untuk bekerja. Manakala

pelatih guru yang sedang belajar sekarang tidak perlu risau atau bimbang kerana anjakan ini

akan dilaksanakan secara beransur-ansur dan ia tidak akan menjejaskan sistem

pembelajaran pelatih guru yang meneruskan jurusan sekarang kerana setiap perubahan dan

langkah yang akan diambil akan memerlukan masa yang lama. Oleh itu, para pelatih guru

tidak perlu berasa resah akibat keputusan kerajaan ini dan berusaha mendapat keputusan

yang cemerlang dalam pengajian mereka.

Bermula dari tahun 2013, kemasukan ke program profesion perguruan akan

diketatkan dan dikurangkan. Hanya 30% pelajar yang terbaik sahaja akan diambil untuk

meneruskan pelajaran di IPG. Perkara ini membantu untuk memenuhi tujuan pihak kerajaan

melahirkan para guru yang berkualiti tinggi dan berkaliber agar dapat meningkatkan taraf

pendidikan Negara kita kepada suatu tahap yang lebih bermutu. Mulai tahun 2013, pihak

kementerian akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk

menyelaraskan standard pengajian agar dapat meningkatkan kualiti guru yang dihasilkan di

IPG. Kalau meneliti sistem pendidikan sebelum ini, hanya 50% guru sahaja yang dapat

mengajar dengan berkesan. Selebihnya hanya mengajar dengan tidak berasaskan

pemahaman yang mendalam dan memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi.

Guru merupakan tonggak utama dalam sistem pendidikan dengan memberikan pendidikan

yang sempurna kepada para pelajar agar dapat menyediakan generasi muda cemerlang

Page 4: Bagaimanakah Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Dapat Direalisasikan Menerusi Pelan Pendidikan

yang dapat menempuh segala cabaran pada masa depan kelak dan dapat bersaing dengan

para pelajar dari Negara lain.

Demi merealisasikan tujuan kerajaan, pihak kementerian telah mengambil keputusan

untuk hanya memilih para pelajar yang terbaik untuk meneruskan pelajaran di IPG.Pelajar

cemerlang yang menceburi bidang perguruan dapat menghasilkan generasi muda yang

berkaliber dan dapat bersaing dalam abad ke-21. Para pelatih guru yang keluar daripada

IPG akan berkaliber dan dapat menghasilkan generasi muda yang berkualiti tinggi dan dapat

memenuhi tujuan pihak kementerian pendidikan pada masa depan kelak. Para pelatih guru

juga akan menjalani latihan yang unggul dari mereka memulakan pengajian sampai bersara

daripada profesion perguruan. Para pelatih guru dapat mempelajari banyak perkara tentang

kerjaya mereka dan dapat membina keyakinan dalam diri mereka agar dapat menyediakan

diri mereka terhadap alam pekerjaan mereka nanti.

Selanjutnya, para guru yang memulakan profesion perguruan juga akan diberikan

latihan CPD daripada guru besar/pengetua, guru penyelia atau guru pemimbing.Program

CPD berasaskan latihan komponen teras dan latihan komponen elektif. Latihan ini

dijalankan di peringkat sekolah dan akan berkesan disebabkan latihan di peringkat sekolah

amat berkesan. Latihan ini akan melibatkan rakan sejawat, guru kanan, dan guru besar dan

amat berkesan. Melalui latihan ini, para guru dapat meningkatkan tahap kemahiran dengan

selaras tahap kecekapan mereka dengan lebih tinggi. Latihan sebegini dapat membantu

para guru untuk menyediakan diri dalam alam pekerjaan.

Selain itu, beban pentadbiran para guru juga akan dikurangkan agar dapat

membantu mereka untuk menumpukan fokus dalam proses pengajaran. Proses ini dapat

memperkemaskan dan memudahkan proses pengumpulan data dan pengurusan data yang

sedia ada. Kebanyakan tugas akan mula diberikan kepada pusat perkhidmatan terpusat

atau kepada guru pentadbiran peringkat sekolah. Tambahan pula, para guru juga akan

ditaksir oleh pengetua atau guru besar untuk beberapa tahun. Penilaian ini akan dijalankan

mengikut instrumen penilaian baharu yang menilai terhadap keupayaan guru dalam

menyampaikan pengajaran di dalam luar kelas atau di dalam kelas. Instrumen tersebut

menyedarkan guru dan membantu mereka dalam pembelajaran murid.

Seterusnya, para guru yang berprestasi tinggi juga akan diberikan peluang

keemasan untuk dinaikkan pangkat daripada DG 41 kepada DG 54 dalam tempoh yang

lebih sigkat berbanding daripada yang normal. Para guru yang mencapai tahap kualiti

minimum akan diberikan bimbingan yang lebih baik agar dapat memastikan mereka berada

dalam landasan pengajaran yang betul. Manakala guru yang masih tidak dapat mencapai

tahap kualiti yang minimum, mereka akan ditugaskan semula untuk menjalankan tugas lain

Page 5: Bagaimanakah Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Dapat Direalisasikan Menerusi Pelan Pendidikan

seperti pembantu pentadbiran, pengurusan disiplin, dan pengurusan kokurikulum. Oleh itu

dari masa ke masa, kementerian akan mengurangkan kohort guru secara berperingkat

melalui penambahbaikan dalam penggunaan masa dan produktiviti guru.

Tambahan pula, para guru juga boleh memilih perjalanan kerjaya yang dapat

menarik prestasi dan potensi mereka. Contohnya, mereka boleh memilih untuk menjalankan

tugas mereka di peringkat sekolah, daerah, negeri atau persekutuan. Para guru juga diberi

kebebasan untuk menceburi bidang yang mereka amat minati. Contohnya, bidang

pembangunan kurikulum, pentaksiran dan program latihan untuk menghasilkan sistem yang

luas. Para guru yang berperanan sebegitu, dapat menjadi sebagai guru pakar dalam bidang

yang mereka minati. Walaubagaimanapun, peluang kenaikan pangkat masih sama tanpa

mengira bidang yang diceburi oleh para guru.

Di samping itu, pihak kementerian juga memberikan peluang kepada guru untuk

meluangkan masa keluasaan yang diberikan dalam isu perjadualan kokurikulum serta

proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti CPD yang dilaksanakan juga dimudahkan

dengan melibatkan para guru membimbing satu sama lain. Melalui perkara ini kerjasama

antara guru dapat diperkukuhkan serta dieratkan dan dapat mencapai standard professional

dengan mudah sekali. Pihak kementerian juga harus membawa pelbagai kemudahan dan

keistimewaan dalam profesion perguruan agar dapat menarik minat para guru. Contohnya,

kemudahan tempat tinggal, elaun dan sebagainya.

Secara rumusnya, anjakan keempat iaitu mentransformasi keguruan sebagai

profesion pilihan merupakan salah satu anjakan yang penting dan bermanfaat dalam pelan

pembangunan pedidikan. Hal ini kerana, melalui transformasi keguruan, pendidikan

sesebuah Negara dapat dibangunkan dan ditingkatkan dengan mudah sekali. Seorang guru

memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pendidikan Negara dalam pembinaan

generasi yang berilmu dan berpengetahuan yang luas dan tinggi. Oleh itu, pendidikan

Negara kita memerlukan para guru yang lebih cemerlang dan sukses serta sesuai untuk

membangunkan pendidikan. Oleh itu,kementerian telah mengorak langkah yang strategik

untuk menarik minat orang ramai untuk menceburi bidang pendidikan agar dapat

menghasilkan guru-guru yang berkaliber tinggi. Melalui guru-guru tersebut kementerian

dapat mencapai dan memenuhi tujuan yang dirangka untuk tahun 2013-2025.

Pentransformasian keguruan ini harus disokong dan perlu melibatkan diri secara langsung

demi Negara yang tercinta ini.

Page 6: Bagaimanakah Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Dapat Direalisasikan Menerusi Pelan Pendidikan

Bagaimanakah transformasi keguruan sebagai profesion pilah dapat direalisasikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia?

Pendidikan

- menjadi asas pembinaan negara bangsa, pengukuhan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim.

- menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

- hasil penglibatan masyaraka dan penyelidikan yang meluas.

Tiga objektif:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa.2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas.3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian

Kementerian telah mengenal pasti dan menggubal 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi produksi perubahan yang diinginkan oleh semua rakyat Malaysia.

Anjakan yang keempat iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. - Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas.- Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020.

- Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai 2013.

- Memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.

- Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016.- Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran, dan pakar bidang khusus menjelang 2016.- Membudayakan Kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses pensijilan

Page 7: Bagaimanakah Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan Dapat Direalisasikan Menerusi Pelan Pendidikan

STRUKTUR DALAM

PENULISAN

1. Penulisan merupakan suatu medium untuk

menyampaikan maklumat yang melibatkan

kemahiran, disiplin, minat, bakat dan kreativiti.

2. TUJUAN PENULISAN ILMIAH

- PEMBELAJARAN

- PENYELIDIKAN

- PENA’AKLUKAN

3. PROSES PENULISAN

i) TAHAP PERSEDIAAN/ PERSIAPAN

ii) TAHAP PENYUSUNAN

4. STRUKTUR PENULISAN

i) PENGENALANii) ISIiii)PENGAKHIRAN / KESIMPULAN

5. JENIS-JENIS PENULISAN (5 KATEGORI)

- KARANGAN

- PENULISAN RINGKAS

- PENULISAN UNTUK MAJLIS RASMI- SURAT

- PENULISAN UNTUK PAPAN KENYATAAN

i) Menyampaikan latar belakang maklumat dengan tepat dan ringkas dan mengemukakan tesis penulisan.

ii) Perenggan yang mengisi tubuh penulisan dan mengemukakan idea topik dan perkembangan idea utama. Kebiasaannya mengandungi lima perenggan isi sekurang-kurangnya.

iii) Dalam bentuk pernyataan semula atau penegasan semula idea utama atau harapan penulis. Mengandungi penyimpulan, pengukuhan tema-mesej, penjelasan pengertian dan cadangan.

6. PENDEKATAN PENULISAN

i) Mengikut Mohd. Sidin Ahmad (1992), pendekatan penulisan boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:

PENDEDAHAN, PENERANGAN, PENGHUJAHAN, PEMUJUKAN, PENCERITAAN

ii) Awang Had Salleh (1990) pula membahagikan pendekatan penulisan kepada:

PELUKISAN, PENGHISAAN, PERBAHASAN, PENGHURAIAN

7. CIRI PENULISAN YANG BAIK

Penulisan yang baik dicirikan oleh kewujudan dan persembahan fakta yang cukup dan tepat seperti yang digariskan oleh tajuk karangan (Ismail Ahmad, 1992: 66).

i) JELAS & TERBACAii) KOHERENiii) MUDAH & LANGSUNGiv) RINGKAS & PADATv) KEPELBAGAIAN