bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan

Upload: asmaa-suid

Post on 13-Jul-2015

2.585 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bagaimanakah untuk memohon jawatan dalam kerajaan? Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) atau melalui laman Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my .

2.

Bagaimana ingin mendapatkan Identity Number (ID) bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?Pemohon boleh mendapatkan Identity Number (ID) di daftar akaun baru dan boleh merujuk manual panduan daftar akaun baru di tetingkap (BORANG PENDAFTARAN Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)).

3.

Bagaimana saya ingin mengemaskini pendaftaran saya? Setelah calon berjaya mempunyai ID selepas proses pendaftaran, pemohon termasuklah dari kategori Pegawai Sedang Berkhidmat/KPSL boleh mengemaskini semua data permohonan pendaftaran pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menghubungi SPA.

4.

Apakah jawatan yang sesuai dengan kelulusan akademik saya? Maklumat mengenai kesesuaian jawatan yang dipohon dengan kelulusan akademik boleh didapati di ruangan 'Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Jawatan). Walaubagaimanapun pemohon yang memiliki ijazah tidak dibenarkan memohon jawatan yang mensyaratkan

kelayakan masuk SPM dan ke bawah.

5.

Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan? Mulai tahun 2009, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar seperti yang biasa dilakukan oleh SPA sebelum ini sebanyak 2 kali setahun. Walau bagaimanapun SPA menyiarkan iklan sepanjang masa di portal SPA. Oleh itu, para pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Selain itu, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPA pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.

6.

Perlukah saya menghantar biodata/maklumat (resume) untuk memohon jawatan melalui SPA?

peribadi

Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.

7.

Mengapa sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan? Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya. Walau bagaimanapun, permohonan calon yang berstatus KIV akan mengambil masa 3 hari untuk didaftarkan oleh SPA.

8.

Mengapa saya perlu memperbaharui pendaftaran? Setiap pendaftaran perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh setahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA. Selain itu, ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu tahun. Bagi pemohon KPSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

.

Bolehkah Pegawai Sedang Berkhidmat / KPSL memohon jawatan secara online? Pegawai Sedang Berkhidmat / KPSL kini perlu memohon jawatan di bawah bidang kuasa SPA secara online. Pegawai Sedang Berkhidmat / KPSL perlu disahkan dalam jawatan sekarang sebelum membuat permohonan jawatan

baru. Sekiranya berjaya dipanggil temu duga, pegawai berkenaan hendaklah membawa surat pengesahan Ketua Jabatan, Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan iaitu Lampiran D yang boleh dimuat turun dalam Portal SPA serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

1 Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf? 0. Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sama ada di dalam atau di luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu memastikan IPT dan program pengajian telah diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan senarai IPT dan program pengajian boleh dibuat melalui pautan http://www.interactive.jpa.gov.my/frmmainiktiraf.asp.

1 Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang 1. lebih rendah? Boleh, dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan masuk dan kelayakan terkini yang dimilikinya hanyalah satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan bagi jawatan yang dipohon. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STPM, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma atau STPM dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat matrikulasi masih belum diiktiraf Kerajaan bagi maksud pelantikan dalam perkhidmatan awam.

1 Apa akan berlaku jika saya menolak tawaran jawatan? 2. Calon yang telah ditawarkan jawatan tetapi menolaknya atau tidak melaporkan diri, tidak akan dipanggil temu duga bagi jawatan yang sama selama 3 tahun dan 1 tahun bagi jawatan yang lain, kecuali bagi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi. Bagi jawatan yang menetapkan ujian sebagai salah satu syarat tapisan, pemohon boleh dipertimbangkan untuk dipanggil temu duga bagi jawatan yang memerlukan ujian itu dengan syarat mereka lulus ujian tersebut dan ada kelulusan khas

Suruhanjaya walaupun mereka telah dilantik dan melapor diri ke jawatan yang lain.

1 Apakah keistimewaan yang dinikmati oleh calon KPSL atau Pegawai Sedang 3. Berkhidmat? Pemohon KPSL yang telah memenuhi syarat kenaikan pangkat secara lantikan dalam skim perkhidmatan yang dipohon serta memenuhi keperluan Kementerian/Jabatan akan dipertimbangkan panggilan temu duga apabila wujud kekosongan jawatan tersebut. Pegawai Sedang Berkhidmat pula (iaitu selain dari calon KPSL) akan melalui proses tapisan yang sama dengan pemohon yang masih belum berkhidmat dengan kerajaan. Namun, semasa ditemu duga ketiga-tiga kumpulan pemohon ini perlu bersaing tanpa sebarang keistimewaan atau kelonggaran kerana pemilihan akan dibuat berdasarkan merit.

1 Adakah kumpulan pemohon yang diberi pertimbangan khas? 4. Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) / Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan Penerima Bantuan dari Kerajaan akan diberi pertimbangan berdasarkan tapisan khas yang ditetapkan. Mereka ini akan dipanggil temu duga berdasarkan tapisan kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan. Walau bagaimanapun semasa menghadiri temu duga, pemohon ini dikehendaki membawa dokumen berkaitan bagi membuktikan kesahihan tersebut.

1 Apakah keistimewaan pemohon dari kalangan pegawai kontrak? 5. Tidak ada sebarang keistimewaan diberikan kepada pegawai kontrak. Pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak akan dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon

Adakah calon pemegang biasiswa Kerajaan diberi keistimewaan? Pemohon dari kalangan pemegang biasiswa Kerajaan juga tidak diberi sebarang keistimewaan. Mereka tertakluk kepada prosedur yang sama seperti yang terpakai kepada pemohon lain dan pertimbangan pemilihan mereka bergantung kepada merit.

17.

Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira? Tidak diambil kira. Namun demikian calon boleh memohon penetapan gaji masuk yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman jawatan yang disandang dan kelayakan yang diperolehi.

18.

Apakah kelebihan menyertai Perkhidmatan Awam? Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai perkhidmatan awam adalah seperti Elaun Perumahan, Cost of Living Allowance (COLA), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

19.

Adakah berlakunya diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS? Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS berdasarkan tapisan dan merit yang ditetapkan. Selain itu, semua calon yang melepasi tapisan akan dinilai berdasarkan prestasi semasa

ditemu duga.

20.

Sekiranya saya mempunyai Diploma, adakah saya boleh memohon jawatan bertaraf SPM? Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma (sekiranya calon mempunyai Diploma).

21.

Perlukah saya memperbaharui permohonan saya walaupun saya telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh SPA atau status saya sebagai calon simpanan sebelum ini? Sekiranya saya memperbaharui permohonan saya, adakah ianya akan menjejaskan keputusan peperiksaan yang saya telah hadiri dan lulus? Perlu. Sekiranya permohonan pendaftaran pemohon telah tamat tempoh sah laku maka pemohon perlu memperbaharui pendaftaran tersebut. Pembaharuan borang pendaftaran tidak akan menjejaskan keputusan peperiksaan atau status calon simpanan sebelum ini. Hanya maklumat yang diisi semasa mengisi borang pendaftaran sahaja yang akan berubah.

22.

Adakah pilihan jawatan yang dipilih diberikan prioriti mengikut turutan pilihan seperti pendaftaran? Panggilan temu duga bagi sesuatu jawatan bukanlah berdasarkan turutan pilihan jawatan semasa pendaftaran. Proses dibuat apabila berlakunya permohonan pengisian kekosongan jawatan oleh Kementerian/Jabatan. Sekiranya jawatan tersebut termasuk dalam 5 pilihan jawatan yang dibuat, maka calon akan dipanggil temu duga.

.

Saya telah mendaftar dengan SPA. Bilakah saya akan dipanggil temu duga? Semua pemohon dipertimbangkan yang telah berdaftar dengan SPA akan panggilan temu duga sekiranya:

a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon; b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan c. Melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan. Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPA. Semua status pendaftaran akan dikemaskini dalam tempoh masa 1 hari.

2.

Kenapa saya tidak dipanggil temu duga? Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar dengan SPA seperti: a. Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada SPA; Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPA; Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya; Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan Pemohon tidak melepasi asas tapisan dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

b. c. d. e.

3.

Apa akan berlaku jika saya tidak hadir temu duga? Pemohon yang tidak menghadiri panggilan temu duga tidak akan disenaraihitamkan.

4.

Bolehkan saya menukar tarikh dan pusat temu duga? Boleh dengan syarat mendapat kebenaran Suruhanjaya. Permohonan pertukaran tarikh dan tempat temu duga terutama yang melibatkan pusat temu duga di Sabah dan Sarawak perlu dikemukakan dengan segera dengan menyertakan nama, no. kad pengenalan, no. telefon, jawatan, tarikh dan tempat temu duga asal, tarikh dan tempat temu duga baru dan alasan pertukaran bagi mendapatkan kebenaran Suruhanjaya. Permohonan boleh dikemukakan secara bertulis, faks atau emel kepada:

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan Khas (Jawatan Bagi Kumpulan Sokongan II /Separa Perubatan): Muhamad Emel Tel Zebine Emel Tel Faks: 0388885043 Hanafi : : Nissa : : Binti Bin Jalalonmuhali [email protected] 03-88806419 Sarfraz [email protected] 0388806392

Urus Setia Temu Duga Bahagian Pengambilan (Jawatan Bagi Kumpulang Sokongan I /Kumpulan Pengurusan & Profesional) Semua Pegawai Gred 41 dan ke atas (Sila rujuk Direktori Emel/Telefon di portal SPA) Tel Faks : 03-88885044 : 03-88856354

5.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di SPA? Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPA. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPA menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari

Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPA bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

6.

Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga? Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak membawa dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan lain-lain kriteria yang diambil kira oleh panel temu duga. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.

7.

Mengapa saya tidak tersenarai dan tidak dipanggil dalam urusan temu duga yang dijalankan? Antara sebab-sebab utama pemohon tidak berjaya dalam urusan panggilan temu duga yang dijalankan adalah disebabkan calon tidak melepasi asas tapisan semasa yang ditetapkan oleh SPA berdasarkan jawatan yang dipohon dan tidak berjaya dalam peperiksaan khas yang dilaksanakan bagi jawatan yang berkaitan. Contohnya bagi permohonan latihan separa perubatan yang mana pihak SPA mengutamakan pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik bagi mendapatkan calon-calon yang bersesuaian serta berkebolehan untuk mengikuti latihan tersebut.

8.

Adakah proses untuk dipanggil temu duga dibuat berdasarkan tarikh pendaftaran seseorang calon atau dengan kata lain calon yang mendaftar lebih awal akan diberi peluang untuk ditemu duga terlebih dahulu? Semua permohonan calon yang diterima sebelum tarikh tutup akan diproses. Calon-calon yang berjaya melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temu duga tanpa mengambil kira tarikh pendaftaran seseorang calon itu.

9.

Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga sedangkan temu duga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja? Calon perlu membawa diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut.

B e r a p a k a li s e s i p e n g a m b il a n b

a g i L a ti h a n S e p a r a P e r u b a t a n ? Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun (sesi kemasukan Januari dan Julai).

2 Di manakah tempat Latihan Separa Perubatan? . Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

3 Berapa lama tempoh Latihan Separa Perubatan? . Sijil Diploma - 3 tahun 2 tahun

4 Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. . Adakah saya boleh memohon untuk mengikuti latihan separa perubatan? Boleh dengan memohon permohonan sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat di Borang Pendaftaran Pekerjaan (SPA8i) asalkan tidak melebihi umur 38 tahun dari tarikh permohonan.

Siapakah yang boleh memohon temu janji untuk temu duga ini?

Semua graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan/pergigian dan Farmasi dari universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan/Pergigian dan Farmasi dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) melalui portal SPA.

2.

Bagaimana untuk memohon? Setelah mengisi Borang Permohonan Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) melalui portal SPA, calon perlu menghubungi SPA untuk menempah tarikh temu duga dalam tempoh 2 minggu sebelum tarikh yang dimohon. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Puan Zamzarina/Puan Norazura di talian 0388856339/6372 atau email [email protected]/[email protected]

3.

Apa yang perlu dibawa semasa temu duga? Calon perlu membawa bersama resume bergambar, dokumen asal dan salinan seperti Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil SPM, transkrip dan skrol ijazah serta Sijil Pendaftaran dengan Majlis Perubatan/Majlis Pergigian/Lembaga Farmasi.

4.

Bilakah saya akan mendapat tawaran jika berjaya temu duga? Jika calon berjaya temu duga, surat tawaran akan dikeluarkan pada hari yang sama kecuali jika dokumen calon tidak lengkap.

Apakah bahan peperiksaan?

rujukan

yang

boleh

digunakan

untuk

menghadapi

Bagi skop pengetahuan am, topik-topik yang diukur adalah terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks khusus untuk dibaca. Tujuan aspek ini diukur adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya dan Malaysia khasnya. Skop peperiksaan lain tidak menguji aspek kognitif calon tetapi kebolehan, kecenderungan dan personaliti.

Bagaimanakah untuk dikecualikan daripada menduduki peperiksaan?

Tidak ada pengecualian menduduki peperiksaan, melainkan calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) bagi Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41.

2.

Bagaimanakah caranya untuk menduduki sesuatu peperiksaan? Dengan mengisi Borang SPA8i mengikut skim-skim yang mensyaratkan peperiksaan. Calon-calon juga boleh melayari laman web http://www.spa.gov.my.

3.

Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan? Ianya bergantung kepada permintaan pengisian kekosongan jawatan daripada kementerian/jabatan atau pada tarikh yang ditetapkan dalam Jadual Peperiksaan Tahunan.

4.

Bolehkah Calon bertukar pusat peperiksaan? Tidak.Calon boleh mengemaskini pusat peperiksaan pada bila-bila masa di laman web SPA apabila berlakunya sebarang perubahan maklumat calon seperti bertukar alamat tempat tinggal.

5.

Bolehkah Calon Menduduki Peperiksaan peperiksaan yang telah dijadualkan?

selepas

daripada

tarikh

Tidak boleh. Calon hanya dibenarkan menduduki peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

6.

Jika gagal menghadiri mana-mana peperiksaan apakah tindakan yang perlu diambil oleh calon? Peperiksaan kelolaan SPA adalah peperiksaan serentak seluruh negara. Bagi calon-calon yang mana peperiksaan pada tarikh yang ditentukan, semula peperiksaan tersebut. Namun jika Kementerian/Jabatan ketika permohonan calon tertutup dan dijalankan gagal menduduki manaSPA tidak menjadualkan ada permohonan dari masih sah, calon akan

dipanggil untuk peperiksaan yang lain.

7.

Bagaimana jika saya tidak menerima peperiksaan atau lewat menerimanya?

surat

panggilan

menduduki

Sila semak laman web SPA untuk menyemak nama calon yang layak menduduki peperiksaan. Pastikan maklumat anda dikemaskini agar tidak ketinggalan dari menduduki mana-mana peperiksaan terutamanya akibat dari pertukaran alamat.

8.

Kenapakah walaupun telah lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Gred 41 tetapi tidak dipanggil temu duga?

14

Skim

Penentuan dipanggil temu duga bagi calon yang lulus Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41 adalah bergantung kepada bidang pengkhususan atau Purata Nilai Gred Komulatif (PNGK) terutamanya apabila bilangan kekosongan sedikit tetapi calon yang lulus adalah ramai.

Adakah tarikh peperiksaan boleh diubah? Tidak boleh, kerana ianya hanya tertakluk kepada sesuatu urusan peperiksaan sahaja.

2.

Bilakah keputusan sesuatu peperiksaan itu dikeluarkan? Ianya akan dikeluarkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan.

3.

Bagaimanakah keputusan peperiksaan dikeluarkan?

SPA akan mengeluarkan surat keputusan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan (lulus dan Gagal) setelah keputusan diumumkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh peperiksaan dijalankan. Keputusan boleh dilayari dalam Laman Web SPA.

4.

Adakah peperiksaan anjuran SPA mempunyai tempoh sahlaku? SPA mengeluarkan tempoh sahlaku dua (2) tahun untuk jawatan-jawatan yang mensyaratkan Ujian Bakat manakala lima (5) tahun untuk Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41.

Adakah tarikh peperiksa an boleh diubah? Surat kelulusan pengesahan pelantikan diperlukan untuk:

(i).

memastikan calon yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menerima atau menolak tawaran jawatan ;

(ii).

memastikan pegawai itu telah memenuhi syarat-syarat lantikan yang telah dinyatakan dalam surat tawaran; dan

(iii). menentukan tarikh seseorang pegawai melaporkan diri bertugas

2.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan pelantikan?

(i). Surat setuju terima pelantikan (6A),

(ii). Surat akuan sumpah (6B),

(iii). Surat aku janji,

(iv). Surat akuan doktor ,

(v). Penyata perubahan (kewangan 8), dan

(vi). Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.

3.

Bolehkah Gaji Permulaan diselaraskan ke mata gaji yang lebih tinggi berdasarkan gaji akhir? Boleh diselaraskan berdasarkan Peraturan 23(5) (P.U.(A) 176/2005) bagi pegawai yang telah disahkan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu hendaklah pada suatu mata gaji yang lebih tinggi dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

(i). surat iringan Kementerian/Jabatan,

(ii). salinan kenyataan perkhidmatan yang lengkap dan kemaskini serta

(iii). surat permohonan

Bolehkah pemeriksa an kesihatan dilakukan

oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta? Boleh berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005 P.U. (A) 176 Peraturan 19.(1) (a) yang menyatakan calon hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

2. Bilakah seseorang pegawai awam layak disahkan dalam perkhidmatan ? Pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:

(i). berjaya menjalani tempoh percubaan 1-3 tahun;

(ii) hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus; .

(iii lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan ).

(iv mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan. ).

3.

Apakah dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan ?

(i).

Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176) ;

Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta (ii) Pencen 1980 (Jadual . Kelima P.U. (A) 176);

(iii Kenyataan Perkhidmatan kemaskini dengan catatan; ).

(a hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus; ).

(b keputusan peperiksaan yang disyaratkan ; ).

(c) pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan .

(d keputusan tatatertib (jika berkenaan) ).

4.

Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta? Surat kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam tempoh empat (4) minggu setelah kementerian dan jabatan mengemukakan perakuan pengesahan dalam perkhidmatan yang lengkap.

Berapa tahunkah pelanjutan tempoh percubaan boleh diluluskan? Mengikut peraturan 28(6) P.U. (A) 176 seseorang pegawai hanya boleh

dilanjutkan tidak melebihi dua tahun manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan ketua jabatan , SPA hanya melanjutkan tempoh percubaan selama satu tahun sahaja.

Bagaimanakah Pertukaran Sementara/Pinjaman boleh dibuat? Pertukaran sementara/pinjaman boleh dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan terbuka yang diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan bagi gred 41 ke bawah atau Jabatan Perkhidmatan Awam bagi gred 44 ke atas selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2007 dengan mengemukakan dokumen berikut:

(i).

surat pelepasan Ketua Perkhidmatan

(ii).

surat persetujuan penerimaan agensi penerima

(iii).

waran perjawatan

(iv).

salinan kenyataan perkhidmatan

(v).

laporan prestasi tahunan terkini

2.

Bolehkah Permohonan

saya

membuat Pertukaran

Pelantikan/Perkhidmatan? Pertukaran pelantikan/perkhidmatan boleh dibuat bagi jawatan dan gred yang sama berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002.

Adakah tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja boleh diambil ke atas pegawai yang telah bersara wajib, atas kesalahan yang dilakukan semasa dalam perkhidmatan? Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pegawai yang telah bersara kecuali jika tindakan tatatertib telah pun dimulakan (pertuduhan telah dihadapkan kepada pegawai) sebelum tarikh persaraan itu, maka tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan sehingga tindakan tatatertib itu berkeputusan sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 10 Akta Pencen.

2.

Adakah tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai yang telah meletak jawatan dari perkhidmatan awam? Tindakan tatatertib tidak boleh lagi diambil ke atas seseorang pegawai yang telah meletak jawatan. Tindakan tatatertib yang sedang diambil juga tidak boleh diteruskan lagi selepas perletakan jawatan tersebut.

3.

Apakah tindakan yang sesuai diambil terhadap pegawai dalam percubaan yang melakukan kesalahan tatatertib kerana tindakan melalui proses tatatertib akan mengambil masa yang lama? (i). Dari segi peraturan, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja boleh diambil terhadap pegawai dalam percubaan, terutama jika mereka telah melakukan kesalahan yang serius.

(ii).

Pilihan lain ialah KJ memperakukan kepada SPA supaya pegawai tidak disahkan dalam perkhidmatan. Berdasarkan perakuan itu SPA boleh menamatkan perkhidmatan mereka.

(iii).

Pegawai dalam percubaan sepatutnya lebih berdisiplin dan mengelak diri daripada melakukan kesalahan tatatertib. Tujuan tempoh percubaan ialah untuk memberi peluang kepada pegawai membuktikan kesesuaian dan kebolehan mereka sebagai pegawaii awam. Oleh itu KJ perlu lebih tegas mengendalikan kes salah laku mereka.

4.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh KJ jika pegawai memperolehi sijil sakit palsu dan adakah wajar seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan sijil sakit dari klinik swasta? Perlu diingat bahawa sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) itu adalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa pegawai kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan. Jika KJ bersetuju dengan pendapat doktor itu maka pegawai bolehlah diluluskan cuti sakit. Pada tarikh pegawai disahkan tidak sihat itu mereka sepatutnya berehat di rumah atau di hospital.

Jika dapat dibuktikan pegawai memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati

tidak sakit seperti yang dilaporkan oleh doktor, maka KJ boleh tidak meluluskan cuti sakit seperti yang dipohon dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.

Dengan tindakan di atas KJ tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa pegawai. Sebaliknya KJ hanya mempersoalkan integriti pegawai terbabit.

5.

Jika Urus Setia Jabatan mendapati terdapat kesilapan dalam prosedur tindakan tatatertib terhadap seseorang pegawai, bilakah sepatutnya Urus Setia boleh membuat proses semula berhubung dengan tindakan tatatertib berkenaan? Jika surat pertuduhan belum dikeluarkan kepada tertuduh, kesalahan/pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh boleh dibuat semula.

Sebaliknya jika surat pertuduhan telah dikeluarkan kepada tertuduh, maka Urus Setia perlu membatalkan prosiding tindakan tatatertib dan bukannya membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Urus Setia perlu menyemak segala dokumen, peraturan yang digunapakai sebelum laporan pelanggaran tatatertib dihantar kepada Pengerusi Lembaga

Tatatertib Jabatan bagi memutuskan kes pegawai sama ada wujud prima facie/tidak wujud.

6.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap pegawai kabur sehingga menyulitkan mereka untuk mempertahankan diri dan melemahkan peluang Kerajaan untuk menang jika kes tersebut dicabar di mahkamah. Untuk itu, bagaimanakah mengatasi masalah ini? Setiap pertuduhan perlu jelas, terperinci dan spesifik. Tuduhan perlu menyatakan sekurangkurangnya jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut berlaku. Misalnya, jika pegawai dituduh memberi isyarat lucah, perlu dijelaskan bagaimanakah isyarat itu telah ditunjukkan; bila ianya dilakukan; dan di mana. Lebih baik lagi jika dinyatakan sekali saksi yang boleh mengesahkan dakwaan itu. Jika berlaku pertuduhan sebegini, pembatalan prosiding perlu dilakukan dan bukannya pembatalan pertuduhan.

7.

Adakah oral hearing dibenarkan dalam perbicaraan kes tatatertib? Dasar yang berkuat kuasa sekarang tidak membenarkan perbicaraan kes tatatertib dibuat melalui oral hearing. Perbicaraan berdasarkan kepada representasi bertulis sudah memadai dan berpadanan dengan kemampuan pengurus personel sektor awam yang tidak dilatih

dalam bidang oral hearing. Dasar ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempastikan kes tatatertib dapat diselesaikan dengan segera.

8.

Bolehkah LTJ bersidang untuk menjatuhkan hukuman ke atas pegawai sekiranya tempoh representasi pembelaan diri pegawai belum tamat 21 hari? Walaupun seseorang pegawai telah mengemukakan representasi pembelaan dirinya dalam masa 1 hari, namun LTJ mestilah menunggu sehingga 21 hari untuk bersidang. Ini kerana LTJ hendaklah mematuhi prinsip keadilan iaitu right to be heard (hak untuk didengar). Kegagalan mematuhi prosedur/tatacara serta prinsipprinsip perundangan tersebut akan menyebabkan kecacatan terhadap sesuatu tindakan tatatertib dan boleh menyebabkan keputusan yang telah dibuat itu menjadi tidak sah.

9.

Sekiranya Pengerusi sering bertukar siapakah yang sepatutnya boleh menjadi Pengerusi LTJ dan siapakah yang menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Jabatan? Mengikut Peraturan 2, keanggotaan Lembaga Tatatertib terdiri dari anggota yang dinyatakan dalam ruang 4 jadual.

Pengerusi Ketua Jabatan/Ketua Bahagian

Ahli I Timbalan Ketua Jabatan/Timbalan Ketua Pengarah (Pegawai yang paling kanan selepas Pengarah) Ahli II - Seseorang pegawai P&P yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

Bagi pegawai yang sering bertukartukar/menanggung jawatan sebagai Ketua Jabatan, jawatan Pengerusi LTJ tidak boleh dilantik secara automatik. Pelantikan jawatan tersebut perlu dibuat oleh KSN seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3.

Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau BPR kerana disyaki melakukan jenayah.? Tangkapan seumpama ini dianggap sebagai tangkapan kerana membantu siasatan. Ketidak hadiran bertugas bagi tempoh pegawai ditahan itu adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah. Walau bagaimana pun sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidak hadiran selepas dia dibebaskan itu.

2.

Bagaimana menguruskan masalah pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tenggelam timbul: kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak? Jika ketidakhadiran itu merupakan kesalahan tatatertib, tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir

itu mencapai jumlah tertentu. Di peringkat awal kesalahan itu dilakukan dan jumlahnya masih sedikit, pegawai sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan. Tindakan tatatertib adalah langkah terakhir, iaitu jika tindakan awal tidak berkesan.

3.

Berapakah tempoh yang boleh dianggap THB? Tiada disebut tempoh di dalam peraturan. Mengikut Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

4.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran notis? Peraturan 26(5) menjelaskan jika pegawai melaporkan diri untuk bertugas dalam masa 7 hari darii tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.

5.

Apakah kesan kepada kakitangan yang tidak hadir bertugas dipanggil semula untuk bertugas dan kemudian dikenakan tindakan tatatertib? Jika ini berlaku seolah-olah pemaafan (condonation) telah diberikan kepada kakitangan terbabit kerana tindakan tatatertib hanya diambil setelah suatu tempoh masa yang panjang. Integriti seseorang Ketua Jabatan dan agensi sudah pasti akan dipertikai dan diperlekehkan oleh pegawai bawahannya jika Ketua Jabatan tidak bersungguh-sungguh dalam mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Tidak hadir bertugas secara berterusan?

Ia bermaksud apabila seseorang pegawai tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas mulai 1.1.2000 hingga 31.12.2000, maka tarikh-tarikh beliau tidak hadir tidak perlu dinyatakan secara spesifik.

7.

Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetip kad perakam waktunya. Beliau sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan tidak hadir bertugas? Tuduhan yang sesuai dikenakan kepada pegawai ialah TIDAK HADIR BERTUGAS. Jika tuduhan ini boleh dibuktikan melalui saksi dan bukti berdokumen yang lain (jika ada) yang dapat memperlihatkan tempoh masa beliau tidak bertugas, kesalahan ini sama seriusnya dengan kesalahan tidak hadir bertugas.

Bolehk ah tindaka n tatatert ib diambil terhad ap pegaw ai yang diketah ui menagi h dadah?

(i). Jika pegawai telah menagih dadah sebelum dilantik tetapi tidak diisytiharkan dalam sumpah berkanunnya, pegawai boleh dituduh membuat sumpah palsu. Jika pelantikan mereka belum disahkan, pelantikan itu boleh dibatalkan.

(ii). Jika pelantikan pegawai telah disahkan, KJ boleh perakukan supaya pegawai tidak disahkan dalam perkhidmatan dan seterusnya perkhidmatan beliau ditamatkan.

(iii). Jika pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan dan berusia kurang 40 tahun, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja boleh dipertimbangkan.

2. Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai dikategorikan sebagai mengambil/menyalahgunakan dadah sehingga dikenakan tindakan tatatertib buang kerja? Peraturan 7 menjelaskan apabila seseorang pegawai yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menyalahgunakan atau menagih dadah, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja. Walau bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara LTJ berkenaan sama ada tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap pegawai bagi tujuan buang kerja atau bukan tujuan buang kerja ianya berdasarkan kepada merit kes atau mitigating factors.

Bagaimanaka h yang dikatakan seseorang pegawai awam berada dalam keterhutanga n kewangan yang serius? Jumlah hutang yang tidak bercagar dan melebihi 10 kali emolumen bulanannya. Ini bermaksud bakii gaji akhir adalah kurang daripada 40%.

Oleh yang demikian pegawai awam hanya dibenarkan berhutang 60% daripada emolumen dan mempunyai baki gaji sekurang-kurangnya 40%.

2.

Apakah peranan KJ jika didapati kakitangan bawahannya mengalami keterhutangan kewangan yang serius? Ketua Jabatan perlu memantau dan memperingatkan kakitangan di bawah jagaannya supaya mematuhi surat-surat pekeliling dan peraturanperaturan yang berkuat kuasa. Sekiranya kakitangan bawahannya masih tidak mematuhi surat-surat pekeliling dan berada dalam keterhutangan kewangan serius, Ketua Jabatan perlulah bertanya kepada pegawai bagaimanakah ia menyelenggara kehidupannya. Walaupun mempunyai keterhutangan kewangan yang serius, tetapi pegawai telah menunjukkan prestasi kerja yang baik serta tidak melanggar tatakelakuan perkhidmatan awam dii bawah Peraturan 4, maka tindakan tatatertib tidak perlu diambil. Ketua Jabatan perlulah memantau secara berterusan supaya tidak

menjejaskan prestasi kerja dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.