bagaimana kanak2 belajar matematik

8
“Bagaimana kanak-kanak belajar matematik” Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-kanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna! PENGENALAN Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia

Upload: norina-mohamad-najib

Post on 18-Dec-2014

844 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana kanak2 belajar matematik

“Bagaimana kanak-kanak belajar matematik”

Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan

pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak menerusi beberapa

teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah

Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan

diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori

Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang

menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.

Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang

berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-

kanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini

memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran

matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!

PENGENALAN

Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir

mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila

sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut

tanpa perlu diajar kepadanya.

Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk

menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam

ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya

daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa.

Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi

pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari

matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang

membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik

iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing),

Page 2: Bagaimana kanak2 belajar matematik

dan susunan aturan (ordering).

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar

pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis

matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam

perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne

dan Dienes.

TEORI PIAGET

Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland,

merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman

bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget

mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan

berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2

tahun), pra-operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan

operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak

tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.

Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense

enjoyment of children and deep respect for their capabilities.”

"Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan

murid-murid pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga

11 tahun...Piaget"

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi

tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi

konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep

matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar

dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget

Page 3: Bagaimana kanak2 belajar matematik

berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-

kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea

antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting

untuk perkembangan mental.

TEORI BRUNER

Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak

menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan

falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat

tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran

secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada

satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan

pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat

teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:

1: Teorem Pembinaan

Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip

atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan

aktiviti yang konkrit.

2: Teorem Tatatanda

Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan

kognitif murid tersebut.

3: Teorem Kontras dan Variasi

Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai

supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

Page 4: Bagaimana kanak2 belajar matematik

4: Teorem Perhubungan

Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan

dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak

lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu

diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi

kandungan mata pelajaran dan kemahiran

TEORI M.GAGNE

Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak

membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan

jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza

dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori

yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta,

kemahiran, konsep dan prinsip.

Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran

melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran

melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya.

Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah

penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep

dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan

masalah yang belum pernah dialami.

TEORI DIENES

Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan

pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran.

Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran

matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk

mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui

enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari

Page 5: Bagaimana kanak2 belajar matematik

ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.

Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak

mempelajari matematik iaitu:

1: Prinsip Konstruktiviti- Pelajar haruslah memahami konsep sebelum

memahaminya dengan analisa yang logik.

2: Prinsip Perubahan Perspeptual- Kanak-kanak didedahkan pelbagai

keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.

3: Prinsip Dinamik- Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui

pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.

Konsep Konstruktivisme

Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan

Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme.

Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan

pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan

pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-

kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan

sedia ada kanak-kanak tersebut.

Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan

eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak

bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara

tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru

hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran

berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak

Page 6: Bagaimana kanak2 belajar matematik

sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea

dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik,

kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda

konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan

untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan

datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui

pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu,

kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan

konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi

konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada

keadaan dan masa yang diperlukan.

PENUTUP

Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk

memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga

berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran

pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui

pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan

dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru

hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-

kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan

barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada.

Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak

membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan

Page 7: Bagaimana kanak2 belajar matematik

matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk

melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan

apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga

berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui

sebelum ini