bagaimana indianisasi berlaku di asia tenggara

Upload: sue-suriati

Post on 08-Oct-2015

162 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

proses indianisasi

TRANSCRIPT

Bagaimana Indianisasi berlaku di Asia tenggara Zaman sejarah disifatkan sebagai zaman di mana bermulanya proses indianisasi berlaku di Asia Tenggara. Zaman ini dipercayai bermula daripada 0 Masihi sehingga tahun 600 Masihi secara umumnya. Walau bagaimanapun, soal perdagangan pertama antara kerajaan kerajaan di Asia tenggara dan india itu sebenarnya telah bermula sejak tahun 100 sebelum Masihi hingga tahun 100 Masihi lagi. Pelbagai teori berkenaan dengan proses indianisasi yang berlaku di Asia tenggara ini telah dikemukakan oleh pengkaji pengkaji sejarah. Proses Indianisasi yang berlaku bagaimanapun dipercayai telah bermula di selatan Myanmar, Thailand, Kemboja, Champa dan seluruh kerajaan di Nusantara. Walaupun proses indianisasi ini dipercayai bermula pada zaman sejarah namun, agar penjelasan lebih teliti sebenarnya proses indianisasi yang berlaku di negara yang dinyatakan di atas adalah bermula sejak abad ke 1 Masihi. Menurut G. Coedes apabila menyebut tentang proses indianisasi iaitu proses penyebaran kebudayaan India di Asia tenggara, kita harus memahami bahawa proses ini berlaku secara terancang dan mempunyai ciri ciri yang tertentu. Selain itu beliau juga turut menyebutkan bahawa proses ini telah menyebabkan konsep diraja mempunyai sifat Hindu Buddha, kepercayaan penduduk berasaskan kepada hikayat Ramayana, Mahabrata, Purana, kisah tradisi dan salasilah diraja di lembah gangges dan pengalaman Dharmasastra. Di samping mengamalkan hukum Hindu terutamanya Mahana Dharmasastera. Apabila membincangkan perihal proses indianisasi yang berlaku seharusnya dilihat dengan penuh ciri ciri indianisasi yang wujud di sesebuah kawasan di Asia tenggara itu kerana sekiranya salah satu daripada ciri ciri indianisasi ini tidak berlaku maka dikira tidak berlakulah proses indianisasi di sesuatu kawasan tersebut.Ciri ciri indianisasi adalah kewujudan inskripsi atau batu prasasti di sesebuah kawasan Asia tenggara. Kedua, wujudnya kesenian ( local genius ) di kawasan tersebut. Ketiga, tersebarnya pengaruh agama Hindu- Buddha dan yang terakhir adalah kewujudan kalendar Tahun saka. Terdapat beberapa teori yang telah dikemukakan oleh pengkaji purbakala seperti G. Coedes berkaitan bagaiamana berlakunya proses Indianisasi ini di kawasan Asia tenggara iaitu pada peringkat awal, teori penaklukan dan penjajahan yang menyebabkan orang India datang dalam kelompok yang besar di kawasan Asia Tenggara telah digunakan kerana terdapat pengkaji purbakala yang mempercayai bahawa kawasan di Asia Tenggara yang dahulunya merupakan jajahan takluk India terdiri daripada hutan dan penduduknya adalah orang liar.Teori ini tidak disokong oleh kebanyakan pengkaji kerana pengkaji lain merasakan bahawa terdapat inisiatif lain yang telah dilakukan India bagi menyebarkan pengaruhnya di Asia Tenggara. Hal ini sama seperti yang dirasakan oleh G. Coedes ( pengkaji purbakala ), beliau mengatakan bahawa para pedagang merupakan golongan pertama yang menyebarkan pengaruh India di Asia tenggara. Hal ini disebabkan India memerlukan emas pada ketika itu dan kemudiannya perdagangannya dengan kerajaan Rom bagi mendapatkan emas telah dihalang oleh maharaja Rom manakala, bangsa Scythian yang hidup secara nomad di Siberia juga enggan menjalankan perdagangan emas dengan India. Jadi, pada ketika itu India terpaksa mencari cara lain dengan menemui jalan laut ke Timur Asia tenggara dan menjalankan perdagangan dengan mereka bagi mendapatkan emas. Perkara ini dapat dibuktikan melalui catatan India kerana India menggelar tempat di Asia tenggara sebagai Suvarnabhumi ( tanah/ tanah emas) dan Suvarna dvipa ( Pulau emas ). Hubungan perdagangan ini telah menyebabkan timbulnya petempatan kebudayaan india di tanah asia tenggara seterusnya menyebarkan pengaruh budaya India secara tidak langsung dan perkahwinan campur antara orang india dan penduduk tempatan yang berlaku terus mengekalkan kebudayaan India di Asia tenggara. G . Coedes turut menyatakan unsur unsur pengaruh hindu yang wujud akibat daripada aktiviti percampuran budaya yang berlaku antaranya keluarga diraja mempunyai pengaruh agama Hindu, penggunaan bahasa Sakskrit, penggunaan undang undang India, tersebarnya derita dongeng yang diambil daripada kitab Ramayana, Mahabrata dan Purana. Teori yang dikeluarkan oleh G .Coedes ini adalah sama sahaja seperti teori yang dikeluarkan oleh N.J Krom yang mengatakan proses indianisasi dibawa oleh Vaisya. Manakala, C. C Berg pula lebih selesa menggunakan teori Kysatria yang membawa maksud indianisasi ini berlaku melalui ketenteraan, kedatangan hulubalang India ke Asia tenggara telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara hulubalang dan penduduk tempatan dan seterusnya mengekalkan pengamalan budaya India di Asia Tenggara. Perkahwinan yang berlaku juga akan menyebabkan lahirnya satu keturunan daripada kerabat diraja tempatan. Teori Kysatria ( politik ) ini telah disokong oleh J.L Moen yang mengaitkan kejatuhan dinasti India pada suatu ketika kemudian telah memunculkan satu dinasti baru di Indonesia yang mempunyai pengaruh kebudayaan India.Teori teori berkaitan Indianisasi yang dikeluarkan ini bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Bosch kerana pada beliau sekiranya India melakukan penaklukan atau penjajahan atas kawasan di Asia tenggara pasti inskripsi atau prasasti akan wujud berkenaan penaklukan tersebut sekiranya pemerintah yang menakluk tidak mengukirnya pasti inskripsi tersebut akan dibuat oleh generasinya. Manakala, jika disebut tentang tulisan Sanskrit yang wujud menurut kajian beliau tulisan Sanskrit yang wujud di Asia tenggara tidak sama seperti di India kerana kata katanya tidak mempunyai loqhat India sebaliknya hanyalah bahasa Sanskrit tulen yang mempunyai tulisan seperti dalam kalangan alam persuratan. Selain itu, sistem kasta yang diamalkan juga berbeza daripada yang diamalkan di India. Bukan itu sahaja, sebaliknya kesenian ( local genius ) yang wujud juga dikaitkan Bosch dengan mereka yang mempunyai bakat seni yang megevolusikan semula ukiran tersebut seperti wajah lukisan tempatan kerana coraknya adalah berlukisan tempatan. Bosch bantah akan teori perdagangan yang dikemukakan kerana beliau percaya kebudayaan yang masuk itu bukannya datang daripada luar sebaliknya daripada dalam negeri itu sendiri. Bahkan pula, golongan pedagang yang datang bukanlah terdiri daripada golongan cerdik pandai budaya dan agama Hindu jadi mustahil para pedagang ini dapat menarik penduduk di Asia tenggara untuk mengamalkan budaya India. Tetapi Bosch memberi teori Indianisasi datangnya daripada golongan Brahmin yang pada ketika itu berperanan sebagai kerani kerani keagamaan dan ahli dalam penulisan khat. Beliau sebenarnya telah bersetuju dengan teori yang dikeluarkan oleh Van Leur yang mengatakan proses Indianisasi menyusup masuk melalui orang Brahmin. Walaupun teori Bosch ini dilihat seiring dengan teori van Leur tetapi Bosch lebih percaya melalui kajian yang telah dilakukan bahawa orang daripada Asia tenggara itu sendiri yang memulakan perdagangan dengan India dan kemudiannya mula tertarik dengan budaya yang diamalkan di India. Justeru, mula memerhatikan konsep konsep yang digunapakai India untuk kepentingan politik mereka. Disebabkan itulah golongan Brahmin dijemput oleh raja raja di Asia tenggara untuk menambahkan kuasa mereka dan untuk turut sama mengecapi kegemilangan seperti di India. Disebabkan percaya dengan pegangan inilah makan Bosch merasakan bahawa Asia tenggara ini hanyalah pancaran kepingan kepingan kecil India yang mana dasarnya masih budaya tempatan dikekalkan.Sementara ramai daripada kalangan sarjana menyetujui teori daripada Van Leur. Bosch dan G. Coedes kemudiannya mengubah pandangan awal mereka kepada lebih sederhana dan kemudiannya mengemukakan teori yang lebih sederhana iaitu proses Indianisasi yang berlaku ini sebenarnya bermula daripada kedua dua belah pihak iaitu india dan ais tenggara itu sendiri.