badminton refleksi

Upload: boss-shan

Post on 07-Jul-2015

446 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap telah menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Pertandingan Badminton ke-12 Zon Nibong Tebal bagi tahun 2011.Pertandingan ini melibatkan sekolah rendah yang berada dalam Zon Nibong Tebal sebanyak sepuluh sekolah rendah iaitu,SJK(C) Pai Teik,SK Jawi,SJK (C) Chong Kuang,SJK(C) Keng Koon , SJK (C)Kg.Valdor , SJK(T) Sg. Bakap,SK Bakap Indah,SJK(C) Yoke Eng, SJK(C) Kg. Jawi dan SJK(C) Boon Beng . Acara tersebut yang berlangsung pada 19 Julai 2011 hingga 20 Julai 2011 . Saya dan guru-guru sekolah telah membuat persediaan awal di Dewan Chong Kuang, Sungai Bakap. Saya diberikan tugas sebagai urusetia bagi pertandingan ini untuk menyediakan jadual perlawanan mengikut sekolah sebelum pertandingan bermula. Kami telah dibantu oleh Ketua Pegawai Teknik Pertandingan Badminton MSSPP Zon Nibong Tebal En. Lim Jing Hui bagi menguruskan pertandingan ini dengan jayanya. Selan itu,,pada hari pertama, terdapat kekurangan tenaga pengadil bagi pertandingan badminton ini dan saya telah diarahkan menjadi pengadil perlawanan badminton walaupun tugas tersebut amat berat bagi saya tetapi saya menyakinkan diri dan menerima tugas tersebut. Saya telah menjalankan amanah sebagai pengadil pertandingan badminton dengan sikap adil dan saksama. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada guru-guru SJK Tamil Sungai Bakap yang membantu dari segi perkongsian maklumat dan pendapat tentang pertandingan ini. Mereka juga telah mengajar serta berlatih bersama saya dengan menggunakan kemahiran asas pertandingan dan struktur aturan pertandingan badminton ini. Selain daripada itu,guru-guru SJK Tamil Sungai Bakap dan perbincangan yang dijalankan bersama rakan yang lain juga turut membantu saya dalam melaksanakan pertandingan ini dengan mudah. Justeru itu, saya mendapat banyak pengajaran dan tunjuk ajar dengan menjalankan pertandingan ini terutamanya En.Lim Jing Hui yang memberikan peluang

untuk menjadi pengadil bagi pertandiangan ini. Akhirnya, saya berharap agar pertandingan ini dapat memuaskan hati semua pihak. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Pertandingan Badminton 12tkb Zon Nibong Tebal bagi tahun 2011, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.