badai semalam(tema)

Upload: fiona-yong

Post on 02-Jun-2018

367 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    1/8

    Badai Semalam(Khadijah Hashim)

    Tema

    - Ketabahan dan kegigihan seorang wanita dalam menempuhi cabaran untuk mengejar cita-cita

    Persoalan

    a) Percintaan yang tidak berlandaskan perasaan cinta yang suci dan sejati

    - Perkahwinan Mazni dengan Karim atas dasar hutang budi semata-mata. Karim tertarik oleh

    layanan mesra Mazni semasa dia terlantar di hospital kerana ditimpa musibah kemalangan yang

    telah menginsafkan dirinya.

    b) Perbezaan status dan darjat dalam masyarakat

    - Puan Rohana membantah hasrat Karim untuk memperisterikan Mazni semata-mata kerana

    Mazni adalah seorang anak bekas orang gaji. Dia malu jikalau orang luar memperkatakantentang maruah keluarga mereka. Pada pendapatnya, Mazni tidak layak untuk Karim, seorang

    jurutera yang berjaya.

    c) Konflik akibat iri hati

    - Cik Mahani menghasut Puan Rohana supaya membenci Mazni setelah Mazni berkahwin

    dengan Karim. Dia sebenarnya mengharapkan anaknya, Aziah disatukan dengan Karim.

    d) Kecurangan dalam hubungan suami-isteri

    - Karim berlaku curang dengan Dora, bekas teman wanitanya kerana merasa dirinya telah

    diketepikan oleh Mazni yang terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya.

    Plot / Jalan Cerita

    Plot ialah susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita atau rentetan peristiwa yang diberikan

    sebab dan akibat.

    Novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim ini mempunyai Plot OrganikPlot yang kemas dan

    tidak terdapat digresi.[1]

    [1]Digresi ialah bahagian-bahagian yang tidak diperlukan dan boleh dibuang kerana tidak akan

    merosakkan plot dasar sesebuah cerita.

    Eksposisi(pengenalan)

    http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1907430227603709070&postID=6672627391225095312#_ftn1http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1907430227603709070&postID=6672627391225095312#_ftn1http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1907430227603709070&postID=6672627391225095312#_ftn1http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1907430227603709070&postID=6672627391225095312#_ftnref1http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1907430227603709070&postID=6672627391225095312#_ftnref1http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1907430227603709070&postID=6672627391225095312#_ftnref1http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=1907430227603709070&postID=6672627391225095312#_ftn1
  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    2/8

    Pengenalan watak iaitu Mazni, Karim, Encik Haris, Pn Rohana, Mak Aton , Che Bibah, Osman,

    Wak Dolah, Zaki, Encik Malik, Encik Mansur, Lokman, Azizah, Cikgu Lim

    Pengenalan latar tempatRumah Encik Haris dan Pn Rohana di Jalan Kenangan, Tanjung Puteri

    di mana Mazni dan emaknya tinggal.

    Pengenalan latar masadari Mazni sekolah tingkatan 6 atas hingga dewasa

    Perkembangan

    Teknik Penceritaan

    DIALOG -perbualan Mazni dan Zaki sewaktu berjalan-jalan di Johor Bharu dan

    Singapura (m/s 102-107)

    -perbualan Mazni dan Zaki mengenai cita-cita mereka (m/s 32-39)

    -Perbualan Pn. Rohana dan En. Haris (m/s 98-101)

    IMBAS KEMBALI -Mazni mengimbas kembali hidup ibu dan ayahnya (m/s 12)

    INTERIOR

    MONOLOG

    -Mazni dalam dilemma, Pada siapa harus aku mengadu? (m/s 11-13)

    IMBAS MUKA -Karim yang dalam keadaan angau akan Mazni membayangkan dugaan

    yang bakal dihadapi untuk hidup bersama Mazni (m/s 96)

    ALIRAN KESEDARAN

    (stream ofconsciousness)

    -Biarlah dia sendiri menanggung sengsara iniKesal. Sungguh kesal.

    (penyesalan Mazni) m/s 139

    Suspen

    Kematian ibu Mazni

    Karim mengajak Mazni berkahwin

    Zaki meluahkan perasaannya terhadap Mazni

    Mazni menduduki peperiksaan dan menunggu keputusan, sama ada dia berjaya keuniversiti

    atau tidak

    Pergaduhan Mazni dan Karim iaitu Mazni telah dipukul

    Konflik

    Konflik dalaman

  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    3/8

    o Mazni

    Dilemma Mazni ketika terpaksa memilih sama ada menurut kehendak suaminya, Karim yang

    ingin beliau berhenti daripada meneruskan pengajiannya dan melupakan cita-citanya untuk ke

    menara gading.

    o Karim

    Karim berasa sangat bersalah ketika memukul Mazni dan mengakibatkan beliau terlantar di

    hospital. Karim juga amat menyesali perbuatan yang keterlaluan memukul Mazni dengan teruk

    sekali sehingga Mazni tidak ingin lagi melihatnya dan bercakap dengannya.

    Konflik luaran

    o Mazni dan Zaki

    Persahabatan antara Mazni dan Zaki menghadapi konflik apabila Mazni tidak menceritakan

    tentang perkahwinannya sehinggalah pada saat-saat akhir dan menyebabkan zaki mengambil

    keputusan untuk tidak menghadiri perkahwinan Mazni dan Karim.

    o Mazni dan Cik Mahani

    Perbezaan darjat telah menyebabkan konflik antara mereka. Cik Mahani amat tidak bersetuju

    perkahwinan Karim dan Mazni. Beliau sering menyindir Mazni dan mencari pelbagai alas an agar

    Karim berpisah dengan Mazni.

    o Mazni dan Karim

    kekurangan kesetiaan antara mereka telah menyebabkan masing-masing mengabaikantanggungjawab sebagai suami isteri. Mazni telah keluar rumah untuk berjumpa dengan Zaki

    manakala Karim berpoya-poya dengan Dora.

    Klimaks

    o Karim dan Mazni bertengkar. Karim mendengar perbualan jiran Mazni keluar berjumpa Zaki.

    Mazni dipukul dan akhirnya dimasukkan ke dalam wad akibat cedera.

    o Tindakan Karim dimarahi oleh Encik Haris, Puan Rohana dan juga rakan-rakannya.

    o Selepas keluar wad, Mazni membuat keputusan untuk bercerai dengan Karim.

    Anti Klimaks

    o Karim meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya (terlanggar pokok ketapang)

    Penyelesaian

    o Mazni meninggalkan Tanjung Puteri, belajar di universiti di KL

  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    4/8

    WATAK PERWATAKAN

    MAZNI bertubuh lampai(ms1), berjari halus(ms 11), bermata kuyu(ms13)

    -rambut hitam panjang hingga ke bahu

    -anak tunggal

    -ingin ke universiti dan sambung pelajaran dalam jurusan kedoktoran(ms13)

    -belajar di Maktab Melayu,tingkatan 6 atas(ms 7)

    -berumur 18 tahun(ms12)

    -tinggal di bilik belakang rumah Encik Haris(ms4)

    -tidak suka bergantung hidup pada orang lain

    *Patuh-disuruh untuk memicit kepala ibunya

    *Rajin-tolong Wak Dollah(tukang kebun dan pemandu) jaga pokok

    *sanggup korbankan pelajaran untuk ibunya

    *menyayangi Karim-kahwin kerana termakan budi

    *Tetap pendirian-tetap sambung pelajaran bagi kejar cita-cita setelah

    berpisah dengan Karim.

    *Penyayang-ambil berat terhadap ibu

    *Mengenang jasa-keluarga Encik Haris

    -memendam rasa terhadap kelakuan Karim setelah berkahwin

    CIK BIBAH ibu Mazni

    -dia dan suami merupakan orang Tanah Sumatera yang menyeludup masuk

    ke Tanah Melayu ketika perang Jepun

    -suami meninggal 18 tahun dahulu di Bukit Timah(kemalangan)

    -bekas orang gaji di rumah Encik Haris

  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    5/8

    -takut berjumpa doktor(diinjek)

    -mata cekung,urat tangan timbul berwarna hijau(ms6)

    -bibir kering merekah

    -lincah bekerja, dan tegap(semasa sihat)

    -sakit lemah jantung(ms12)

    -pentingkan pendidikan Mazni(ms38)

    -meninggal dunia setelah bersedih di atas fitnah yang dilempar ke atas

    Mazni

    MAK ATUN -berbadan besar, kaya dengan budi bahasa(ms12)

    -anak ramai, suaminya penarik beca beroda tiga(ms14)

    -orang gaji baru Encik Haris yang baru bekerja kira-kira 2 bulan

    menggantikan Cik Bibah(ms8)

    *prihatin-bertanyakan keadaan Cik Bibah ketika demam, nasihat suruh

    jumpa doktor

    -beri nasihat kepada Mazni supaya memberikan tumpuan terhadap

    ibunya dahulu berbanding pelajaran

    ZAKI teman baik Mazni

    -abang kepada rahman dan syamsul

    -belajar menggunakan biasiswa kerajaan

    -mahasiswa perubatan universiti Singapura

    -tegas dan jujur dalam menyuarakan pendapat

    -bantu Mazni dalam pelajaran

    -setia dengan Mazni

    -tinggal di rumah kecil di pinggir padang(Jalan Pisang)

    -ibunya bekerja sebagai amah di rumah orang putih di Larkin

  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    6/8

    -ayahnya sebagai pemandu teksi

    -menaruh perasaan pada Mazni

    *Baik hati-sokong tindakan Mazni untuk bekerja

    Karim - Anak tuan tumah mazni bekerja (En. Haris & Pn Rohana)

    - Kacak &tmpn

    - Gemar berfoya-foya bersama rakan dan sepupunya Osman (m/s29)

    - hormat org tua(m/s 56)

    - sukar mengakui kslhn sndri(m/s 60)

    - suka hidup bebas (m/s 62)

    - suka mnpu (m/s 64)

    - btggjwb &prihatin thdp Mazni (m/s 155)

    - ttp pndirian dgn kptsn bkhwn dgn Mazni

    - berprasgka thdp mazni (m/s 246)

    - suami yg baik diawl prkhwn

    - srg trhdp istri

    Puan rohana - tegas kpd anak(m/s 55)

    - suka berleter(m/s 55&73)

    - mudah terpengaruh dengan kata org lain (m/s 58)

    - mgmbil berat hal anknya

    - tdk mnyukai mazni & brusaha utk mykitinya

    - mmndg drjt dan pgkt

    Encik haris - Tidak suka mndngr leteran isteri

    - Tdk trbru2 mmbuat kptsn tntg hal yg didengari

    - Tidak mmndg drjt & ktrunan

    - Baik hati- bri tpt tgl pd Mazni & ibu

  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    7/8

    Osman - Bekerja sbg jurutera

    - Turut gmr bfoya2

    - Mnrah prsaan thdp mazni(m/s 22,23)

    -

    Mahani - Isteru En Malik

    - Jiran kelurga en. Haris & pn mahani

    - Mmpunyi ank dara yg gmr bfoya2 dgn Karim

    - Gmr mnmblkn ftnh trhdp Mazni

    - Cmbru anaknya xdpt bkhwn dgn karim

    -

    Dora - Kekasih lama Karim yg dtmukn smlu dlm mjls tari mnri(m/s 232)

    - Telah berkhwn dgn pgwi syrikt di Tnjg Ptri

    - brsma-sama Karim dhnytkn hwa nfsu

    Unsur Kemasyarakatan Contoh

    Masyarakat yang saling

    tolong-menolong

    Zaki sentiasa membantu Mazni dalam pelajaran yang ingin

    melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadis eorang doctor yang

    berjaya

    Encik Haris dan isterinya masih lagi memberikan tempat perlindungan

    kepada Mazni dan emaknya, Cik Bibah walaupun mereka tidak lagi

    bekerja di rumah Encik Haris

    Masyarakat

    yangmementingkanstatus dan darjat

    Puan Rohana amat mementingkan status apabila tidak menerima

    kehadiran Mazni sebagai menantunya hanya kerana dia adalah anakseorang gaji.

    Kawan-kawan Puan Rohana seperti Cik Mahani dan Cik Ainun yang

    mengatakan bahawa Mazni dengan Karim adalah berbeza hanya

    kerana karim adalah seorang jurutera dan anak pembantu rumah

    Masyarakat yang Cik Mahani mula mencucuk Puan Rohani bahawa wanita apabila

  • 8/11/2019 Badai Semalam(Tema)

    8/8

    berfikiran konservatif. sudah berkahwin sepatutnya duduk di rumah dan tidak lagi bekerja

    dan belajar seperti Mazni

    Cik Bibah yang merupakan seorang wanita yang tidak mahu pergi ke

    hospital kerana tidak mahu disuntik dengan suntikan jarum.

    Unsur Kemanusiaan Contoh

    Kegigihan Hal ini ditunjukkan oleh sikap Mazni yang gigih untuk mencapai cita-

    citanya untuk belajar di universiti walaupun beliau sudah berkahwin,

    kematian ibu dan juga suaminya.

    Ketabahan Hal ini dapat ditunjukkan melalui watak Mazni yang tabah dalam

    menghadapi dugaan hidup seperti kematian ibu, kecurangan dan

    kematian suami serta seksaan daripada mertua.

    Tanggungjawab Hal ini dapat dilihat melalui sikap encik Haris terhadap Mazni selepaskehilangan suami di mana beliau memberikan wang sebanyak Rm

    2000 kepada Mazni sebagai belanja ke universiti.

    Hasad dengki Sikap hasad dengki dan cemburu ini dapat dilihat melalui sikap Cik

    Mahani dan CikAinum yang dengki dengan perkahwinan Mazni

    dengan Karim terutamanya Cik Mahani yng mula menghasut Puan

    Rohana agar menbenci Mazni kerana gagal mengahwinkan anaknya,

    Aziah denga Karim.

    Prihatin Hal ini dapat dilihat melalui watak Puan Rohana yang bertanyakan

    kesahihan mengenai khabar angin bahawa Karim yang suka

    berpelesaran dengan ramai di wanita di sekitar Tanjung Puteri.

    Baginya, lebih baik untuk dikahwinkan saja putera bongsunya itu.