tema-tema mazhab syiah mengenai imamah dalam muqaddimah

12
506 TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH IBN KHALDUN: SATU PERBAHASAN RINGKAS Rushda Amirah Binti Ishak i & Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali ii i (Corresponding author). Calon Sarjana, Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected] ii Pengarah, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected] Abstrak Ibn Khaldun merupakan sejarawan dan ahli sosiologi Islam yang telah mendapat pengiktirafan dunia Islam dan Barat. Menerusi kitab Muqaddimah, beliau membentangkan sejarah bangsa Arab, Ajam dan Barbar, termasuk penelitian mengenai beberapa firāq Islam seperti Muktazilah, Al-Ashʿariyyah dan Syiah. Ibn Khaldun mengkhususkan sebuah subtopik bertajuk Mazhab Syiah mengenai Imamah di bawah bab atau fasal yang ketiga dalam Muqaddimah untuk menjelaskan mengenai Syiah. Makalah ini membentangkan beberapa pandangan Ibn Khaldun mengenai Syiah seperti yang terkandung dalam Muqaddimah. Melalui kaedah kajian kualitatif iaitu kajian kandungan secara semantik ke atas kitab Muqaddimah Ibn Khaldun (1984) mengenai Syiah, terdapat empat tema utama mengenai Syiah yang dapat dibincangkan dalam makalah ini. Empat tema utama mengenai Syiah ini adalah seperti berikut: pertama, definisi Syiah. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah. Ketiga, Imamah. Dan keempat, pecahan kumpulan dalam Syiah. Makalah ini menghuraikan dan menganalisis keempat-empat tema tadi dengan pandangan-pandangan daripada para ulama firāq Ahli Sunnah Waljamaah seperti al-Ashāʿirah, al-Shahrastanī dan Muammad Abū Zahrah. Terdapat beberapa kritikan yang telah diberikan oleh Ibn Khaldun kepada pandangan-pandangan Syiah mengenai isu kepemimpinan yang wajar diambil iktibar dan teladan kepada para peneliti moden mengenai kajian firāq Islamiyyah. Kata kunci: Ibn Khaldun, Muqaddimah, firāq, Syiah, Imamah. PENDAHULUAN Nama Ibn Khaldun bukanlah satu nama yang asing dalam tradisi keilmuan Islam mahupun Barat. Nama tokoh ini dan karya penulisannya telah menjadi rujukan serta kajian oleh ilmuwan pelbagai bidang kepakaran termasuk bidang kajian Ilmu Agama. Ibn Khaldun (732H-808H) atau nama penuh beliau ialah al-ʿAllāmah Walī al-Dīn Abū Zayd ʿAbd al-Ramān Ibn Muammad Ibn Khaldūn al-Tūnisī al-Haramī (Enan, 2007,

Upload: others

Post on 23-Apr-2022

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

506

TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

IBN KHALDUN: SATU PERBAHASAN RINGKAS

Rushda Amirah Binti Ishaki & Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razaliii

i (Corresponding author). Calon Sarjana, Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia.

[email protected] ii Pengarah, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

Abstrak

Ibn Khaldun merupakan sejarawan dan ahli sosiologi Islam yang telah mendapat pengiktirafan dunia

Islam dan Barat. Menerusi kitab Muqaddimah, beliau membentangkan sejarah bangsa Arab, Ajam dan

Barbar, termasuk penelitian mengenai beberapa firāq Islam seperti Muktazilah, Al-Ashʿariyyah dan

Syiah. Ibn Khaldun mengkhususkan sebuah subtopik bertajuk Mazhab Syiah mengenai Imamah di

bawah bab atau fasal yang ketiga dalam Muqaddimah untuk menjelaskan mengenai Syiah. Makalah ini

membentangkan beberapa pandangan Ibn Khaldun mengenai Syiah seperti yang terkandung dalam

Muqaddimah. Melalui kaedah kajian kualitatif iaitu kajian kandungan secara semantik ke atas kitab

Muqaddimah Ibn Khaldun (1984) mengenai Syiah, terdapat empat tema utama mengenai Syiah yang

dapat dibincangkan dalam makalah ini. Empat tema utama mengenai Syiah ini adalah seperti berikut:

pertama, definisi Syiah. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah. Ketiga, Imamah. Dan keempat,

pecahan kumpulan dalam Syiah. Makalah ini menghuraikan dan menganalisis keempat-empat tema tadi

dengan pandangan-pandangan daripada para ulama firāq Ahli Sunnah Waljamaah seperti al-Ashāʿirah,

al-Shahrastanī dan Muḥammad Abū Zahrah. Terdapat beberapa kritikan yang telah diberikan oleh Ibn

Khaldun kepada pandangan-pandangan Syiah mengenai isu kepemimpinan yang wajar diambil iktibar

dan teladan kepada para peneliti moden mengenai kajian firāq Islamiyyah.

Kata kunci: Ibn Khaldun, Muqaddimah, firāq, Syiah, Imamah.

PENDAHULUAN

Nama Ibn Khaldun bukanlah satu nama yang asing dalam tradisi keilmuan Islam

mahupun Barat. Nama tokoh ini dan karya penulisannya telah menjadi rujukan serta

kajian oleh ilmuwan pelbagai bidang kepakaran termasuk bidang kajian Ilmu Agama.

Ibn Khaldun (732H-808H) atau nama penuh beliau ialah al-ʿAllāmah Walī al-Dīn Abū

Zayd ʿAbd al-Raḥmān Ibn Muḥammad Ibn Khaldūn al-Tūnisī al-Haḍramī (Enan, 2007,

Page 2: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

507

p. 4; Razali, 2018, p. 2; Alatas, 2011, p. 12; Ibn Khaldūn, 1984, p. 5) telah dilahirkan di

Tunisia pada 1 Ramadhan 732H/ 27 Mei 1332M dan meninggal dunia pada 26 Ramadhan

808H/ 16 Mac 1406M (Enan, 2007, pp. 4, 72; Razali, 2018, pp. 3-4; Mahdi, 2014, p. 11).

Beliau disemadikan di Perkuburan Sufi di luar Bāb al-Naṣr di Kaherah, Mesir (Enan,

2007, p. 83; Swiney, 2015, p. 2).

Nama Ibn Khaldun masyhur melalui magnum opusnya iaitu Muqaddimah yang

telah banyak memberikan sumbangan kepada sejarah peradaban bangsa Arab, Ajam dan

Barbar sehinggakan Nathaniel Schmidt menggelarkan beliau sebagai Sejarawan, Ahli

Sosiologi dan Ahli Falsafah (Enan, 2007, p. 129; Schmidt & Smith, 1931, p. 594).

Muqaddimah merupakan jilid pertama atau pengenalan kepada Kitāb al-ʿIbar wa Diwān al-

Mubtadā wa al-Khabar fi Ayyām al-ʿArab wa al-ʿAjam wa al-Barbar wa Man ʿĀṣarahum min

Dhawī al-Sulṭān al-Akbar atau Tarīkh Ibn al-Khaldūn. Ketelitian dan keintelektualan Ibn

Khaldun jelas diperlihatkan melalui kandungan dan garapan beliau mengenai sejarah

bangsa Arab, Ajam dan Barbar yang ditulis dengan begitu sistematik. Hal ini diakui oleh

Arnold Toynbee, seorang orientalis dan pakar sejarah yang menyifatkan Ibn Khaldun

sebagai seorang genius yang cemerlang dalam bidang kajian morfologi sejarah (Toynbee,

1988, p. 490).

Antara kandungan Muqaddimah yang menarik minat penulis adalah pandangan

Ibn Khaldun mengenai firāq Islamiyyah atau kumpulan-kumpulan dalam Islam seperti al-

Asyaʿirah, al-Muktazilah, al-Khawarij dan Syiah. Di dalam bab atau fasal ketiga

Muqaddimah yang bertajuk al-Faṣl al-Thālith min al-Kitāb fi al-Duwal wa al-Muluk wa al-

Khilāfah wa al-Marātib al-Sulṭāniyyah atau Dinasti, Raja, Khalifah, Pangkat dan Pemerintahan,

Ibn Khaldun mengkhususkan satu subtopik membincangkan mengenai Syiah. Subtopik

tersebut merupakan subtopik yang ke-27 bertajuk Faṣl fi Madhāhib al-Syīʿah fi Hukm al-

Imāmah atau Mazhab Syiah Mengenai Imamah. Oleh itu, makalah ini memfokuskan huraian

tema-tema yang dapat dikeluarkan mengenai Syiah khususnya Imamah menurut

pandangan Ibn Khaldun berdasarkan subtopik yang ke-27 tersebut. Huraian tema-tema

tersebut disokong berdasarkan karya penulisan ulama firāq Ahli Sunnah Waljamaah

yang menukilkan Syiah dalam penulisan mereka seperti al-Ashāʿirah, al-Shahrastanī dan

Muḥammad Abū Zahrah.

METODOLOGI

Makalah ini secara asasnya menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan

secara semantik melibatkan penggunaan sumber pertama dan sumber kedua. Sumber

pertama bagi makalah ini ialah al-Qur’an al-Karīm, al-Hadith al-Sharīf dan karya penulisan

Ibn Khaldun iaitu Muqaddimah. Manakala sumber kedua merupakan buku, jurnal

Page 3: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

508

akademik, artikel dan kajian tesis lepas yang berkaitan dengan Syiah. Kedua-dua sumber

ini merupakan sumber yang penting bagi mengumpulkan maklumat dan pemahaman

mengenai isu Syiah khususnya Imamah. Makalah ini juga akan menggunakan kaedah

analisis deskriptif untuk menganalisis fakta yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun

melalui kaca mata sarjana Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah. Oleh itu, kaedah ini

digunakan bagi mendapatkan penjelasan dan pemahaman yang lebih mendalam

mengenai mazhab Syiah.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Perbincangan mengenai firāq dalam Islam bukanlah satu perbincangan baru mahupun

lapuk kerana pengetahuan yang jelas mengenai firāq Islamiyyah mampu memberikan

gambaran yang jelas mengenai akidah yang benar menurut Islam, sekaligus memelihara

akidah seorang muslim daripada jauh terpesong. Justeru, perbincangan mengenai firāq

Islamiyyah dibincangkan secara terperinci oleh ulama Ahli Sunnah Waljamaah

khususnya dalam bidang akidah dan Ibn Khaldun tidak terkecuali dalam

membincangkan perkara ini dalam Muqaddimah beliau.

Namun demikian, makalah ini hanya menumpukan perbincangan ke atas mazhab

Syiah dan konsep Imamah daripada sudut pandang Ibn Khaldun. Seperti yang disebut

pada bahagian pengenalan, Ibn Khaldun mengkhususkan satu subtopik

membincangkan mengenai Syiah. Subtopik tersebut merupakan subtopik yang ke-27

bertajuk Faṣl fi Madhāhib al-Syīʿah fi Hukm al-Imāmah atau Mazhab Syiah Mengenai Imamah.

Berdasarkan analisis terhadap subtopik tersebut, terdapat empat tema yang dapat

dikeluarkan iaitu pertama, definisi Syiah. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah.

Ketiga, Imamah. Dan keempat, pecahan kumpulan dalam Syiah.

Tema Pertama: Definisi Syiah

Ibn Khaldun mendefinisikan Syiah kepada dua kategori iaitu etimologi dan terminologi.

Menurut bahasa, Syiah bererti sahabat dan pengikut. Manakala menurut istilah fuqaha

dan mutakallimin samada klasik (salaf) dan kontemporari (khalaf), Syiah adalah

pengikut Ali bin Abi Talib dan putera-puteranya (Ibn Khaldūn, 1984, p. 250; Ibn Khaldun,

2002, p. 209). Definisi Syiah daripada sudut bahasa atau etimologi umumnya tiada

percanggahan dan disepakati oleh Sunni dan Syiah dengan menyebut erti Syiah sebagai

kumpulan, partisan, pengikut, penyokong, penolong dan pencinta (Ṭabāṭabā'ī, 2010, p.

xlii; Nanji & Daftary, 2007, p. 1; Almaany.com, 2020; Teh, as-Saadi, & al-Athrasy, 2012,

pp. 4-5; Izzah, 2008, pp. 11).

Page 4: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

509

Daripada segi terminologi pula, pendapat Ibn Khaldun juga dipersetujui oleh

ulama Sunni dan Syiah. Antaranya al-Shahrastānī menyebut Syiah sebagai golongan

yang memberi penghormatan kepada Ali secara khusus, dan mereka mengatakan

pelantikan Ali sebagai imam berdasarkan dalil nas dan wasiat Rasulullah samada secara

eksplisit (jaliy) atau implisit (khafiy). Dan mereka percaya bahawa imamah tidak

berpindah kepimpinan kepada selain daripada keturunan Ali kerana sekiranya berlaku

demikian, ia merupakan satu kezaliman daripada pihak yang menerima kepimpianna

itu atau sebagai taqiyyah daripada keturunan Ali (al-Shahrastānī, 1992, p. 144; Teh, as-

Saadi, & al-Athrasy, 2012, p. 6). Pernyataan ini disokong oleh Ṭabāṭabā'ī dan artikel

daripada The Institute of Ismaili Studies (Ṭabāṭabā'ī, 2010, p. xlii; Nanji & Daftary, 2007, p.

1) sekaligus menjadikan tiada percanggahan daripada segi etimologi mahupun

terminologi dalam mendefinisikan Syiah.

Tema Kedua: Kategori Teks (Nusus) dalam Syiah

Bagi tema kedua ini, kategori teks yang dimaksudkan adalah dalil-dalil yang

dikemukakan oleh Syiah dalam pelantikan Ali sebagai imam atau khalifah selepas

kewafatan Rasulullah serta pewaris selepasnya. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa Syiah

membawa bukti teks-teks hadis dan al-quran yang telah dikutip dan ditakwil oleh

mereka sesuai dengan keinginan mereka. Teks-teks tersebut tidak dikenali oleh ulama

Ahli Sunnah Waljamaah bahkan tidak terdapat dalam kitab-kitab hadis yang sebahagian

besarnya berstatus palsu dan terdapat cela dalam sanadnya (Ibn Khaldūn, 1984; Ibn

Khaldun, 2002; Kadir, 2014, p. 3).

Menurut Ibn Khaldun lagi, Syiah membahagikan teks tersebut kepada dua

kategori iaitu eksplisit atau tersurat (jaliy) dan implisit atau tersirat (khafiy) (Ibn Khaldūn,

1984, p. 250; Ibn Khaldun, 2002, p. 209; Kadir, 2014, p. 3). Antara contoh teks eksplisit

menurut Syiah yang diambil berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

من كنت مولاه ف علي مولاه. “Barangsiapa menganggap aku sebagai Mawla-nya, maka Ali adalah Mawla-nya”.

Menurut Syiah, penguasaan hanya diserahkan kepada Ali. Oleh yang demikian, Umar

berkata kepada Ali, “Kamu telah menjadi ketua bagi setiap mukmim lelaki dan perempuan”.

Dan contoh yang lainnya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ali bertugas

memutuskan hukum kepada kalian”.

Berdasarkan dua dalil eksplisit ini, Imamah bermaksud melaksanakan hukum-

hukum Allah yang merujuk kepada ūlī al-amr yang wajib ditaati segala perintahnya (Ibn

Page 5: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

510

Khaldūn, 1984, p. 250; Ibn Khaldun, 2002, pp. 209-210) berdasarkan firman Allah SWT

(Al-Qur’an. Al-Nisā’. 4:59):

زعتم : وأط�يعوا ٱلراسول وأول�ي ٱ�مر� م�نكم� فإ�ن تن أي�ها ٱلاذ�ين ءامنوا أط�يعوا ٱللا ف�ي شيء فرد�وه إ�لى ٱللا� ير�� ذل�ك خير وأحسن تأو�ي� وٱلراسول� إ� 9ن كنتم تؤم�نون ب�ٱللا� وٱليوم� ٱ�خ�

Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasulullah dan kepada " ūlī al-amr" (orang-orang yang berkuasa) dari

kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu

perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-quran)

dan (sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Manakala teks implisit yang menunjukkan pelantikan Ali sebagai imam atau

khalifah pula apabila Ali diutuskan semula oleh Rasulullah SAW untuk membacakan

surah Baraah selepas Abu Bakar membaca surah tersebut. Hal ini kerana baginda

menerima wahyu memerintahkan supaya Rasulullah mengutuskan seorang lelaki dalam

kalangan keluarga atau suku baginda. Ekoran daripada ini mereka mendakwa Ali lebih

layak menjadi imam berbanding Abu Bakar dan belum pernah terjadi Rasulullah

mendahulukan orang lain berbanding Ali. Namun, terdapat juga teks lain yang tidak

masyhur dan sukar difahami (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 250-251; Ibn Khaldun, 2002, p. 210).

Tema Ketiga: Imamah

Secara keseluruhan daripada subtopik yang ke-27, dapat dikeluarkan tiga isu penting

mengenai Imamah. Pertama, Ali dilantik oleh Rasulullah menjadi imam selepas

kewafatan baginda. Kedua, Syiah berbeza pandangan mengenai status Ali sebagai imam.

Dan ketiga, Syiah berbeza pandangan mengenai pewaris imam selepas Ali. Secara

umumnya, Syiah bersepakat bahawa imamah bukan termasuk kepentingan umum yang

pemilihannya ditentukan oleh pandangan umum dan pelaksanaanya dipilih atas

kehendak mereka.

Hal ini kerana, Imamah merupakan rukun dan ajaran dalam Islam, dan seorang

nabi tidak boleh mengambil mudah dan menyerahkannya kepada ummah sebaliknya

wajib ke atas nabi menentukan seorang imam yang akan menjadi pemimpin mereka.

Syiah menggariskan bahawa seorang imam mestilah maksum atau terbebas daripada

dosa besar dan kecil. Dan mereka menyatakan Ali telah dipilih oleh Rasulullah sebagai

imam berdasarkan dua jenis dalil yang telah dibincangkan pada tema kedua.

Namun demikian, terdapat sebahagian daripada golongan Syiah yang ekstrim

dalam mengagungkan Ali sehingga menolak Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah,

Page 6: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

511

menganggap Ali sebagai nabi bahkan setaraf dengan tuhan. Dan ada yang menyebut

imam mereka sebagai manusia yang memiliki sifat tuhan atau tuhan dalam bentuk

jelmaan manusia. Pendapat mereka ini menyerupai kepercayaan Kristian terhadap nabi

Isa (Ibn Khaldūn, 1984, p. 251). Ini merupakan isu pertama dan kedua yang dapat dilihat

mengenai imamah. Hal ini juga disokong oleh Jād al-Haq Ali Jād al-Haq dan Hasanain

Muhammad Makhlūf yang menyebut antara perkara usul al-Imāmiyyah adalah

mengkafirkan sahabat dan mencaci mereka khususnya Abu Bakar dan Umar. Hal ini juga

turut disebut oleh Muhibbuddin al-Khatib sebagai perasaan benci dan dendam yang

tidak berkesudahan (Ahmad, 2017, pp. 26, 31; al-Khatib, 1980, p. 19).

Al-Ashʿariyyah berpendapat bahawa Imamah adalah wajib berdasarkan syarak

dan menegaskan ke atas perkara ini, al-Baghdādī mengatakan bahawa adalah wajib

menentukan imam pada setiap keadaan yang tidak memiliki imam yang jelas, dan

sekiranya dilihat jelas maka wajib mentaatinya. Manakala, al-Jūwainī mengatakan

Imamah bukanlah ketetapan dalam akidah tetapi merupakan sepenuhnya amanat umum

(Marjūnī, 2014, p. 388). Selain itu, penggunaan kata imam hanya digunakan oleh Syiah

dan tidak dijumpai penggunaan istilah tersebut oleh Ahli Sunnah Waljamaah kerana

istilah imam adalah lebih umum berbanding khalifah dan syiah berpendapat sebaliknya

(al-Taftazani, 2017, pp. 258-259).

Merujuk kepada isu khalifah diwasiatkan secara naṣ kepada Ali merupakan sebuah penyelewengan Syiah daripada sudut akidah kerana tidak terdapat naṣ al-quran mahupun hadis sahih yang jelas mengenai kekhalifahan Ali selepas kewafatan Rasulullah. Seterusnya kepercayaan mereka terhadap kemaksuman imam mereka yakni sunyi daripada dosa besar dan kecil serta tidak lupa juga menyimpang jauh daripada pegangan akidah yang benar (Mas'od, 2015, pp. 136-137). Menjawab kepada pelantikan imam adalah wajib daripada kalangan Syiah, al-Taftazani menggariskan beberapa syarat yang mesti ada pada seorang imam seperti berikut (al-Taftazani, 2017, pp. 259-264):

1. Imam mestilah nyata zahir di sisi orang ramai. 2. Imam mestilah tidak tersembunyi. 3. Iman mestilah tidak ditunggu-tunggu. 4. Imam mestilah daripada Quraish dan tidak boleh selain daripadanya, dan tidak

dikhususkan untuk berasal daripada Bani Hasyim dan keturunan Ali. 5. Tidak disyaratkan kepada imam untuk menjadi maksum. 6. Tidak disyaratkan untuk menjadi orang yang terbaik pada zamannya. 7. Imam disyaratkan untuk menjadi sebahagian daripada golongan yang memiliki

kewibawaan yang mutlak dan sempurna (ahli wilayah). 8. Imam ialah seorang yang mahir mentadbir dan berkemampuan melaksanakan

hukum-hakam, menjaga sempadan wilayah Islam dan menyelamatkan orang yang dizalimi daripada orang yang zalim.

9. Imam tidak dilucutkan dengan sebab kefasikan dan kezaliman.

Page 7: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

512

Isu yang ketiga pula, menunjukkan perbezaan pendapat mereka mengenai

pelantikan imam selepas Ali dan disinilah dapat dilihat perpecahan kumpulan Syiah

mula berlaku. Perpecahan ini berlaku khususnya semasa pemilihan imam baru selepas

kematian tiga imam mereka iaitu Hussein (imam ketiga), Ali Zainal Abidin (imam

keempat) dan Jaafar Sadiq (imam keenam). Jadual dibawah menjelaskan secara ringkas

kumpulan-kumpulan yang terbentuk berdasarkan perbezaan mereka mengenai

pengganti tiga imam yang telah disebutkan:

Peristiwa Kumpulan Keterangan

Penggantian imam yang ketiga

iaitu Hussein

Al-Kaisāniyyah Berpendapat bahawa yang lebih

berhak untuk gantikan Hussein

ialah anak Ali (bukan daripada

Fatimah) iaitu Muhammad Abu

Hanafiah

Golongan lain Berpendapat bahawa pengganti

Hussein ialah Ali Zainal Abidin

Penggantian imam yang keempat

iaitu Ali Zainal Abidin

Al-Zaidiyyah Berpendapat bahawa harus

menggantikan dengan Zaid bin

Ali

Al-Imāmiyyah Berpendapat bahawa pengganti

Ali Zainal Abidin ialah Jaafar

Muhammad al-Baqir

Penggantian imam yang kelima

iaitu Jaafar Sadiq

Al-Ismāʿīliyyah Berpendapat bahawa Ismail bin

Jaafar sebagai imam yang

ketujuh

Al-Ithnā

ʿAshariyyah

Berpendapat bahawa Musa al-

Kazim sebagai imam yang

ketujuh

Jadual 1: Peristiwa perpecahan kumpulan Syiah (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 251-255; Rasjidi, 2005, pp. 54-61).

Tema Keempat: Pecahan Kumpulan dalam Syiah

Pecahan kumpulan dalam Syiah ini (rajah 1) disusun berdasarkan turutan pendapat

Syiah mengenai Imamah seperti yang terkandung dalam Muqaddimah. Perpecahan

Page 8: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

513

kumpulan dalam Syiah berlaku disebabkan mereka berbeza pandangan daripada segi

prinsip dan ajaran dan perbezaan dalam menentukan imam disebabkan oleh keturunan

Ali serta puteranya yang ramai sehinggakan mereka berselisih pendapat dalam

menentukan siapa yang layak menjadi imam. Namun demikian, pecahan kumpulan

dalam Syiah boleh dibahagikan kepada empat kumpulan besar (Rasjidi, 2005, p. 8; Teh

& Nasih, 2014, pp. 28-29). Pertama, al-Ghulāh. Kedua, al-Kaisāniyyah. Ketiga, al-Zaidiyyah.

Dan keempat, al-Imāmiyyah (Teh, as-Saadi, & al-Athrasy, 2012, pp. 29-34). Manakala

Muḥammad Abū Zahrah membahagikan Syiah kepada tiga kumpulan iaitu ekstrim (al-ghulāt), sederhana dan liberal (Zahrah M. A., 1996, p. 39; Zahrah M. A., 1963, p. 35).

Rajah 1: Pecahan Kumpulan dalam Syiah (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 251-255).

Pada akhir subtopik yang ke-27 dalam bab ketiga Muqaddimah, Ibn Khaldun

mencadangkan kepada para pembaca yang mahu mendapatkan pengetahuan dan

pemahaman yang lebih mendalam mengenai Syiah supaya merujuk kitab al-Milal wa al-

Nihal karangan Ibn Hazm dan al-Shahrastānī serta penulisan-penulisan yang lain. Ibn

Khaldun menegaskan bahawa beliau hanya mengambil pendapat yang popular

mengenai Syiah. Akhir sekali, belau menukilkan kata-kata berikut sebagai penutup

kepada subtopik yang ke-27 tersebut:

“Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk

kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”.

Pecahan Kumpulan dalam Syiah

Al-Wāqifiyyah

Al-Kaisāniyyah Al-Hāshimiyyah

Al-Zaidiyyah

Al-Imāmiyyah

Al-Ithnā ʿAshariyyah

Al-Ismāʿīliyyah / Al-Bāṭiniyyah / Al-Mulhidah

Page 9: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

514

KESIMPULAN

Makalah ini menghuraikan perbahasan tema-tema mazhab Syiah mengenai Imamah

secara ringkas berdasarkan subtopik ke-27 dalam Muqaddimah Ibn Khaldun. Namun

demikian, makalah ini tidak membincangkan secara terperinci mengenai isu-isu yang

diketengahkan sebaliknya hanya menyentuh pendapat-pendapat yang masyhur

mengenai imamah berdasarkan isu-isu yang dapat dikeluarkan melalui tema yang

dibentuk.

Secara ringkasnya, penulisan makalah ini bermula dengan pengenalan yang

menceritakan sedikit latar belakang Ibn Khaldun, perihal Muqaddimah dan skop kajian

makalah ini. Kemudian, makalah ini mengemukakan kaedah kajian yang digunakan

seterusnya memasuki intisari utama makalah ini iaitu hasil kajian dan perbincangan.

Berdasarkan penelitian penulis ke atas subtopik yang ke-27, terdapat empat tema utama

yang dapat dikeluarkan.

Empat tema tersebut adalah pertama, definisi Syiah merangkumi dua bahagian

iaitu etimologi dan terminologi. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah yang juga

mengandungi dua bahagian itu eksplisit (jaliy) dan implisit (khafiy). Ketiga, Imamah yang

merupakan topik utama perbahasan Ibn Khaldun mengenai Syiah. Tema ketiga ini

mengandungi tiga isu penting mengenai imamah iaitu Ali dilantik oleh Rasulullah

menjadi imam, Syiah berbeza pandangan mengenai status Ali sebagai imam dan Syiah

berbeza pandangan mengenai pewaris imam selepas Ali. Dan tema yang keempat,

pecahan kumpulan dalam Syiah.

Kajian yang lebih mendalam masih diperlukan bagi mengupas secara terperinci

mengenai mazhab Syiah khususnya pandangan mereka terhadap Imamah seperti apa

yang dinukilkan oleh Ibn Khaldun. Kemudian membandingkan dan mencari persamaan

pandangan Syiah terhadap isu Imamah dengan pandangan ulama Ahli Sunnah

Waljamaah yang muktabar serta mengambil sumber daripada kitab-kitab klasik yang

terkenal seperti Tarīkh al-Ṭabarī dan karya penulisan tokoh yang sezaman dengan Ibn Khaldun.

RUJUKAN

Buku

Al-Qur’an.

Ahmad, S. (2017). Fatwa Ulama al-Azhar terhadap Syiah 12. Sungai Buloh: Santai Ilmu

Publication.

Page 10: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

515

al-Khatib, M. (1980). Asas-asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas (Imamiah). (S. Abdullah,

Trans.) Kuala Lumpur: Utusan Printcorp.

al-Shahrastānī, A. a.-F.-K. (1992). Al-Milal wa al-Niḥal. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

al-Taftazani, S. (2017). Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah. (M. H. Marjunit, A. Yusof, & F.

Affandi, Trans.) Rawang: Awal Nahdah Resources.

Enan, M. A. (2007). Ibn Khaldūn: His Life and Works (Revised ed.). Petaling Jaya: The Other

Press.

Izzah, K. (2008). Meniti Titian Kebenaran. Al-Muntazar Resources.

Ibn Khaldūn. (1984). Al-Muqaddimah. Tunis: Dār al-Qalam.

Ibnu Khaldun. (2002). Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mahdi, M. (2014). Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun: Kajian tentang Dasar Falsafah Ilmu Budaya.

(A. A. Rahman, Trans.) Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Berhad.

Marjūnī, K. a.-D.-D. (2014). Al-ʿAqīdah al-Islāmiyyah wa al-Qaḍāyā al-Khilāfiyyah ʿinda

ʿUlamā' al-Kalām: Dirāsah Muqāranah (1st ed.). Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.

Mas'od, M. A. (2015). Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia. Putrajaya:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Rasjidi, H. M. (2005). Apa itu Syiah? Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Ṭabāṭabā'ī, S. M. (2010). Shiʿite Islam. (S. H. Nasr, Trans.) Kuala Lumpur: Islamic Book

Trust.

Teh, W. Z., & Nasih, M. S. (2014). Mengenal Hakikat Syiah. Putrajaya: Pejabat Mufti

Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

Teh, W. Z., as-Saadi, A. R., & al-Athrasy, R. J. (2012). Hakikat Syiah. Putrajaya: Pejabat

Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

Toynbee, A. (1988). A Study of History. London: Thame and Hudson.

Zahrah, M. A. (1963). Tārīkḥ al-Madhāhib al-Islāmiyyah fī al-Siyāsah wa al-ʿAqāi’d wa Tāríkh

al-Madhāhib al-Fiqhiyyah. Kaherah: Dār al-Fikr al-ʿArabiyy.

Zahrah, M. A. (1996). Aliran Politik dan 'Aqidah dalam Islam. (A. R. Dahlan, & A. Qarib,

Trans.) Batu Caves: Penerbit Edaran Kalam.

Page 11: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

516

Jurnal

Alatas, S. F. (2011). Ibn Khaldūn. In G. Ritzer, & J. Stepnisky (Eds.), The Wiley-Blackwell

Companion to Major Social Theorists (1st ed., Vol. I, pp. 12-29). Oxford: Blackwell

Publishing. doi:10.1002/9781444396621

Razali, W. M. (2018). Al-Ashʿariyyah Menurut Ibn Khaldun: Sejarawan dan Ahli

Sosiologi Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Asyairah Ahli Sunnah Waljamaah 2.0

(pp. 1-19). Bangi: Pusat Akidah dan Keamanan Global.

Schmidt, N., & Smith, P. (1931). Ibn Khaldun: Historian, Sociologist and Philosopher. The

Philosophical Review, 40(6), 594-595. doi:10.2307/2180052

Swiney, C. (2015). Ibn Khaldun (1332-1406). In M. T. Gibbons (Ed.), The Encyclopedia of

Political Thought (1st ed., pp. 1-5). West Sussex: John Wiley & Sons.

doi:10.1002/9781118474396.wbept0562

Internet

Almaany.com. (2020, September 24). Taʿrīf wa Maʿnā Shīʿah fī Muʿjam al-Maʿānī al-Jāmiʿ - Muʿjam ʿArabiyy ʿArabiyy. Retrieved from Almaany.com:

https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/%D8%B4%D9%8A%D8%B9%D8%A9/

Kadir, I. (2014). Kesesatan Syiah Menurut Ibn Khaldun. Retrieved from Academia.edu:

https://www.academia.edu/37658840/Kesesatan_Syiah_Menurut_Ibn_Khaldun

Nanji, A., & Daftary, F. (2007). What is Shi‘a Islam? Retrieved from The Institute of Ismaili

Studies: https://www.iis.ac.uk/academic-articles/what-shi-islam

Page 12: TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH

517

LAMPIRAN

HU

RA

IAN

TE

MA

-TE

MA

ME

NG

EN

AI

MA

ZH

AB

SY

IAH

ME

NU

RU

T I

BN

KH

AL

DU

N D

AL

AM

M

UQ

AD

DIM

AH

DEFINISI SYIAH

ETIMOLOGI

TERMINOLOGI

KATEGORI TEKS (NUSUS) DALAM SYIAH

EKSPLISIT (JALIY)

IMPLISIT (KHAFIY)

IMAMAH

ALI DILANTIK OLEH RASULULLAH MENJADI IMAM

SYIAH BERBEZA PANDANGAN MENGENAI STATUS ALI SEBAGAI IMAM

SYIAH BERBEZA PANDANGAN MENGENAI PEWARIS IMAM SELEPAS

ALI

PECAHAN KUMPULAN DALAM SYIAH

AL-ZAIDIYYAH

AL-KAISĀNIYYAH AL-HĀSHIMIYYAH

AL-WĀQIFIYYAH

AL-IMĀMIYYAH

AL-ITHNĀ ʿASHARIYYAH

AL-ISMĀʿĪLIYYAH / AL-BĀṬINIYYAH / AL-

MULHIDAH