tema 1 - islam

Upload: eicha92

Post on 09-Jul-2015

517 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

SOALAN Jelaskan peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad saw. Pendahuluan (3 markah)

1. 2. 3.

Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada dua golongan iaitu golongan Muhajirin dan Ansar. Mereka menyokong perjuangan Nabi dan mempertahankan serta mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda. Golongan Muhajirin : merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai orang Quraisy. Golongan ini merupakan kelompok terawal menerima dan memeluk Islam. Mereka kemudiannya berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di Madinah mereka digelar orang Muhajirin di mana istilah ini berasal daripada perkataan hijrah. Golongan Ansar : penduduk asal Madinah terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Makkah melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Apabila bertemu dengan Rasulullah, mereka menyatakan kesediaan menerima dan mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan baginda sebagai pemimpin mereka. Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam zaman Nabi Muhammad (20M)

1. a.

Peranan Golongan Muhajirin : Peranan di Makkah :

Menerima

dan mempertahankan Islam : semasa berada di Makkah merekalah kelompok pertama umat Islam yang menerima dan mempertahankan keutuhan Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang pertama melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad. Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar as-Siddiq, Zubair bin Awwam, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi Arqam dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara sulit. Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab, mereka berani berdakwah secara terang-terangan. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin bahkan termasuk juga golongan hartawan dan pembesar Quraisy seperti Abu Bakar dan Uthman.

Sanggup menghadapi rintangan dan penentangan : mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan hebat

daripada kaum musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau mental. Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyeksaan dan pembunuhan. Bagaimanapun, keimanan mereka tetap teguh dan kelompok terus tabah bagi memastikan Islam terus berkembang. Misalnya, pembunuhan kejam keluarga Ammar bin Yassir dan penyeksaan teruk ke atas Bilal bin Rabah.

Sanggup berkorban nyawa dan harta : kelompok ini banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi

seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya. Contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara usaha yang dilakukan mereka ialah membeli hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa tuannya supaya dapat dibebaskan. Contohnya, Saidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah dari pemiliknya yang berhati batu, Umayyah bin Khalaf. Al-Arqam bin Abi Arqam pula menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad. Di sinilah baginda bersama para sahabat bermesyuarat bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara yang lebih berkesan. Sanggup berkorban dan melindungi Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Makkah.Contohnya Saidina Ali telah tidur di tempat tidur Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah dan Abu Bakar yang sentiasa menemani Nabi Muhammad sewaktu hijrah.

Menjalankan usaha dakwah: sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka

sepanjang zaman Makkiah. Mereka menyeru kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang lain ke arah agama yang benar. Pada peringkat awal penyebaran Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin Abi Arqam. Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang beriman, maka barulah dakwah secara terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh dengan cabaran kerana usaha dakwah ditentang kuat musyrikin Makkah.

Berhijrah ke Makkah : mereka sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut

Nabi berhijrah ke Madinah.Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar ke atas nilai keimanan umat Islam di Makkah. Sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda, keluarga dan sebagainya demi Allah dan Rasul-Nya. Contohnya, orang pertama berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad diikuti pula Amir bin Rabiah dan isterinya. Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.

b.

Peranan di Madinah :

Membantu Nabi Muhammad dalam hak keagamaan dan pentadbiran : golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usahabaginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya, selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus Musab bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Misi Musab ke Madinah telah mencapai kejayaan besar.

Golongan Muhajirin berperanan dalam mengembangkan dakwah Islam. Mereka bersama para sahabat Nabi dapat menjalankan dakwah secara terbuka dan mendaulatkan Islam. Umat Islam juga berjaya mendirikan masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara terbuka, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika mereka berada di Makkah.

Mengukuhkan ketenteraan Islam : setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi tunggak kekuatan tentera

Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al-Khattab, Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin Abi Talib dan sebagainya.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

2.

Peranan golongan Ansar : a. Peranan di Makkah

Menyokong, menjemput dan menerima ajaran Nabi Muhammad : dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam meskipun golongan kafir Makkah menentang mereka. Mereka berikrar berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi meninggalkan kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah. Mereka sanggup melantik baginda menjadi pemimpin di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah. Mereka menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama para sahabatnya telah disambut baik oleh golongan Ansar. Peranan di Madinah di Madinah. Proses ini bermula selepas Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 kerasulan. Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan ajaran Islam dengan lebih meluas. Mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah. Hasil usaha para naqib (ketua) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar.

b.

Membantu menyebarkan agama Islam: golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam

Membantu golongan Muhajirin : mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah

dari Makkah dalam keadaan sehelai pinggang sahaja. Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malahan ada yang sanggup menceraikan isterinya bagi membolehkan golongan Muhajirin mengambilnya sebagai isteri mereka.

Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran : sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda

dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai peperangan jihad. Contohnya, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak (Al-Ahzab). Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam siri peperangan seperti Badar, Uhud dan Khandak.

Kesimpulan (1 markah)

1.

Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. 2. Masing-masing mempunyai peranan besar yang menjadi gabungan mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Makkah dan Madinah.

SOALAN STPM 2005 Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah. Pendahuluan (3 markah) Pengertian manusia : dalam bahasa Latin, manusia dipanggil sebagai homosapiens. Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut kajian arkeologi, manusia sudah pun wujud sejak 500,000 tahun lalu iaitu pada zamn Ais Batu. 3. Pengertian Islam. 4. Definisi jahiliah,konsep. Permulaan islam dan jahiliah..keruntuhan empangan maghrib.jahiliah=jahil,tiada nabi dan tiada kitab Isi-isi utama (20 markah) Konsep manusia merurut Islam (5 isi x 2M = 10 markah)

1. 2.

Pengertian Jahilliah.manusia

1.

Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif islam :

2. 3. 4. 5. 6.

Pengertian manusia dari segi bahasa. Khalifah di muka bumi ini. Surah al bakarah ayt 30. Tujuan utk mgabdikan Pengertian manusia dari segi istilah.

diri pd allah.. Mengikut Islam, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 30 bermaksud: Ingatlah ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat (sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi). Di samping itu, , manusia diciptakan Allah s.w.t untuk mengabdikan diri kepada-Nya agar menjadi seorang hamba soleh. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t telah menjelaskan matlamat penciptaan manusia menerusi firmanNya dalam surah al-Zaariyat ayat 56 bermaksud Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur-unsur rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan diri manusia. Keseimbangan di antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kelak. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain. Islam melarang perhambaan di kalangan manusia. Manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu sempurna penciptaanya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu di muka bumi yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.

7. 8. 9. 10.

Manusia yang paling mulia adalah manusia yang bertaqwa. Manusia sebagai pemegang amanah. Semua manusia dari keturunan Nabi Adam dan manusia dijadikan daripada tanah. Manusia terdiri daripada 5 komponen iaitu: jasad, roh, akal, nafsu dan hati/jiwa.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

11. 12. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Akal membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.

Konsep manusia menurut Jahilliah (5 isi x 2M = 10 markah) Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak mempercayai adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan manusia pada zaman berkenaan penuh dengan maksiat. Di samping itu, manusia menurut pandangan jahilliah menjadikan hawa nafsu sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan ini, berjudi, minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan mudah. Oleh itu mereka melakukannya. Minum arak pula dianggap satu perbuatan yang baik dan mulia. Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya kabilah itu kaya, kuat dan berpengaruh, maka anggota kabilah itu dipandang mulia. Begitulah sebaliknya. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan. Mereka tidak tahu asal usul kejadian manusia. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata mata.

Kesimpulan (2 markah)

1. 3.

Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t bagi mendapatkan keredhaanNya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia serta akhirat. 2. Sementara manusia menurut pandangan jahilliah pula mengikut telunjuk hawa nafsu dengan mengenepikan soal akhirat. Buat perbandingan..bermula era islam slps kjatuhan jahiliah

SOALAN STPM 2007 Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam menyatupadukan masyarakat di Madinah. Pendahuluan (3 markah)

1. 2. 3.

Latar belakang demografi masyarakat Madinah. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Konsep ummah iaitu masyarakat atau umat manusia. Perkataan ummah disebut 40 kali dalam al-Quran. Dalam konteks Madinah, ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani. Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah. Bila mana kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam sahaja. Isi-isi penting (7 isi x 3 markah = 21 markah) Usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukan ummah di Madinah.

1.

Mendirikan dan memakmurkan masjid : Pada peringkat awal baginda telah mendirikan masjid Quba dan masjid Nabawi yang berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk agama, politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu.

2.

Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat Madinah. Bagi memastikan kejayaan pembentukan dan penyatuan masyarakat Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan dan panduan dalam mentadbir negara. Keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan. Maka ini dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Keadaan ini memudahkan pembentukan masyarakat Madinah. 3. Penggubalan Sahifah Madinah. Baginda telah menggubal Perlembagaan Madinah sebaik sahaja sampai di Madinah. Perlembagaan ini boleh memperkukuhkan kedudukan pelbagai kaum kerana undang-undang menjadi asas dan teras kepada pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu. Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai zimmi dan patuh kepada perlembagaan Madinah. Ini membuka jalan kepada pembentukan masyarakat Madinah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam.

4.

Menyatukan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj. Kedua dua kaum ini telah lama bermusuhan sehingga berlakunya peperangan yang panjang seperti Perang Buath. Baginda telah menyatukan suku Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Justeru itu persaudaraan Islam telah menggantikan semangat assabiyyah. Ini merupakan titik tolak kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama. 5. Mempersaudarakan dan menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan kaum Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah dengan penduduk Ansar telah dilaksanakan melalui semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan di antara golongan Muhajirin dan Ansar. Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud Bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duan. Contohnya Saidina Umar alkhattab dengan Utbah bin Malik. Perpaduan ini telah mempercepatkan lagi pembentukan masyarakat Madinah yang mantap. 6. Mengawal dan membendung kegiatan kaum munafik. Pembentukan masyarakat Madinah sedikit rumit kerana kaum munafik merupakan kaum yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah belahkan dan menghancurkan masyarakat Islam. Melalui wahyu baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik. Langkah baginda berjaya kerana tiada permusuhan secara terbuka dan kematian ketuanya Abdullah b Ubay melenyap cita-cita kaum Munafik.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

7.

Penyingkiran kaum yahudi di Madinah. Kaum Yahudi Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraidzah telah disingkirkan dari Kota Madinah kerana melanggar Perjanjian Madinah. Penyingkiran mereka dibuat secara perundangan berteraskan keadilan. Langkah baginda ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah. Dengan itu masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat Islam sahaja.

8.

Kepimpinan melalui teladan. Nabi Muhammad s.a.w. telah mempamer dan mengamalkan sifat kepimpinan yang unggul seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pemerintahan dan pentadbiran baginda sebagai ketua negara. Kepimpinan ini berjaya menyatu dan membangunkan masyarakat Madinah yang mantap dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

9.

Menegakkan keadilan dalam masyarakat dengan memperkenalkan sistem ekonomi Islam, perundangan dan syura .

Kesimpulan (1 markah)

1.

Apa sahaja yang berkaitan

SOALAN STPM 2005 Huraikan bagaimana Nabi Muhammad menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut. Pendahuluan (3 markah)

1.2.

Keadaan demografi kota Madinah. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah. Perpecahan masyarakat Madinah sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w

3. 1. 2. 3.

Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w menangani masyarakat Madinah (5 isi x 4m = 20 markah) Masalah permusuhan tradisi di antara puak Aus dan Kharaj hingga membawa kepada perang Buath. Nabi Muhammad s.a.w menanganinya menerusi ikatan persaudaraan yang dinamakan dua kaum iaitu dengan puak Ansar, di samping meningkatkan akidah mereka. Masalah sosio-ekonomi kaum Muhajirin iaitu Nabi Muhammad s.a.w mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan kaum Ansar dengan persaudaraan Islam dan dikaitkan dengan satu perjanjian yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah. Masalah dari Yahudi Bani Qainuqa : Merekalah yang mula-mula melanggar Perlembagaan Madinah dengan menjatuhkan maruah seorang wanita Islam Ansar di kedai Yahudi di Pasar Madinah. Seorang lelaki Islam yang melihat kejadian itu membunuh Yahudi tersebut dan orang Yahudi membalas pula dengan membunuh orang Islam tadi. Seterusnya memperkecilkan kemenangan dan kebolehan orang Islam dalam perang Badar. Nabi mengingatkan Bani Qainuqa akibat perbuatan mereka itu tetapi mereka mencabar dan nabi mengistiharkan perang.

4.

Nabi menawan kekerasan dengan kekerasan dan Bani Qainuqa bertahan di kubu mereka selama 15 hari. Akhirnya mereka bersetuju dengan keputusan nabi supaya mereka keluar dari Madinah. Seramai 700 dari mereka meninggalkan kota Madinah ke Syam. Mereka dibenarkan membawa harta benda bersama kecuali senjata mereka dimusnahkan.

Yahudi Bani Nadhir :

Mereka menuntut ganti rugu/diyah yang tinggi di atas kematian seorang lelaki Yahudi yang terbunuh secara tidak tersengaja olehseorang Islam bernama Amru bin Umaiyah. Nabi dan para sahabat mengadakan perbincangan dengan ketua bani Nadhir tetapi mereka mengambil kesempatan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w tetapi gagal kerana diberitahu oleh malaikat Jibrai melalui wahyu (surah al Maidah : 11). Mereka juga menghina orang Islam yang tertewas dalam perang Bir Maunah dan al-Raji.

Nabi Muhammad saw menceritakan pakatan jahat kaum yahudi ini. Tentera Islam bersiap untuk memerangi Bani Nadhir danseterusnya mengepung perkampungan Bani Nadhir selama enam hari dan mereka menyerah kalah. Mereka meminta izin untuk keluar Madinah dengan membawa harta benda bersama kecuali senjata. Permintaan ini telah dipersetujui oleh Nabi Muhammad dan mereka seramai 600 orang keluar ke Khaibar dan menetap di sana manakala yang lainnya ke Syria.

5.

Yahudi Bani Quraizah :

Membuat pakaian sulit dan bersuhabat dengan puak Musyrikin Makkah dan menentang tentera Islam dari dalam kota Madinahsemasa perang Khandak (5H).

Setelah selesai peperangan, Nabi Muhammad saw telah menyerahkan kes Bani Quraizah kepada Saad bin Muadh (ketua suku

Aus) untuk dibicarakan. Setelah membuat pertimbangan yang wajar dengan merujuk kepada kitab Taurat dan al-Quran golongan pembelot mesti dihukum bunuh. Semua kaum lelaki dibunuh manakala kanak-kanak dan wanita dijadikan tawanan. Kerana setiap kali pihak Yahudi diberi pengampunan mereka akan datang menyerang semula.

6.

Golongan Munafik :

Mereka bersepakat dengan orang Yahudi dan tidak menyertai sebarang peperangan menentang musyrikin, malah melarikan diri

dari medan perang Uhud, menfitnah orang-orang Islam, membantu pihak musuh menentang orang-orang Islam dalam perang Ahzab dan membina masjid Dhirar bagi memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Nabi Muhammad saw tidak mengambil apaapa tindakan sebab mereka adalah sesama Islam dan khuatir dituduh memusuhi Islam. Baginda menasihat para sahabat supaya berhati-hati dengan orang munafik. Baginda memulau golongan ini sebagai contoh, tidak menjawab salam mereka. Perlembagaan Madinah mengikat tindakan orang munafik dengan mengatakan umat Islam adalah bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

1. 2. 3.

Memperkenalkan Perlembagaan Madinah yang berpaksikan keadilan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh semua golongan di kota Madinah. Memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat dan pentadbiran.

Ekonomi : penindasan ekonomi oleh kaum Yahudi ke atas umat Islam dan antara tindakan Nabi saw ialah mengalakkan orang Islam berniaga di pasar Madinah, menebus tanah-tanah yang terlepas ke tangan Yahudi. Membawa masuk benih-benih kurma berkualiti untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Kesimpulan (2 markah)

1.

Sebagai seorang negarawan yang unggul, baginda telah membuktikan ketokohannya. Bangsa-bangsa Arab telah berjaya disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya diwujudkan.

SOALAN Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk mempertahankan Negara Islam Madinah. Pendahuluan (3markah) 1. Konsep ketahanan dalam Islam : Islam agama yang cintakan kedamaian. Peperangan diizinkan dalam Islam sekiranya diancam oleh musuh, untuk mempertahankan agama, bangsa, negara serta mempertahankan hak. Contoh peperangan zaman Rasulullah : Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Perang Hunain dan Perang Muktah. Bagi mempertahankan negara Islam daripada serangan musuh, pelbagai langkah telah diambil oleh Rasulullah s.a.w.

2. 3.

Langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam mempertahankan Negara Islam daripada serangan musuh (5 isi x 4 markah = 20 markah)

1.

Mematuhi Piagam Madinah : Perlembagaan ini mempunyai 47 fasal dan merangkumi dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang menyentuh tentang hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam (Muhajirin dan Ansar). Manakala bahagian kedua mengandungi 24 fasal yang membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.

2. Penyingkiran Kaum Yahudi : Langkah ini demi mempertahankan kedaulatan negara dan kehormatan umat Islam.

Langkah yang pertama ialah menyingkirkan suku kaum Yahudi yang teramai di Madinah iaitu Bani Qainuqa bersama harta benda mereka ke Syam. Penyingkiran mereka berpunca daripada sikap yang memperkecilkan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar. Bani Nadir telah menimbulkan masalah di dalam kejadian seorang Arab telah membunuh secara tidak sengaja dua orang lelaki Yahudi. Bani Nadir telah menuntut ganti rugi yang tinggi. Namun Bani Nadir mengambil kesempatan merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w. semasa perbincangan tersebut. Akibatnya mereka disingkirkan ke Khaibar.

3.

Bani Quraizah ditewaskan semasa Perang al-Ahzab apabila berkomplot dengan kafir Makkah dalam peperangan tersebut.

Menyatukan Masyarakat Madinah : Langkah bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat maka Rasulullah telah menyatukan orang-orang Islam. Baginda menyatukan antara puak Muhajirin dengan Ansar yang terdiri daripada Kabilah Aus dan Khazraj. Penyatuan juga dilakukan antara orang-orang Islam dengan bukan Islam.

Penyatuan ini telah melahirkan masyarakat Madinah dan negara yang kuat, aman dan stabil dari segi politik serta ekonomi.

4.

Mematuhi Perjanjian Hudaibiah : Gencatan senjata selama 10 tahun antara kedua-dua pihak. Kabilah-kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada umat Islam Madinah atau kaum Quraisy Makkah. Orang Islam Madinah yang lari ke Makkah tanpa kebenaran walinya tidak perlu dipulangkan semula. Orang Quraisy Makkah yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya mestilah dipulangkan semula. Umat Islam hanya boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya (7H) dan hanya boleh berada di Makkah selama 3 hari tanpa membawa senjata dan hanya boleh memasuki Makkah setelah kaum Quraisy keluar dahulu. Perjanjian Hudaibiah yang awalnya penuh kontroversi ternyata telah memberi kemenangan jangka pendek kepada kaum Quraisy Makkah tetapi dalam jangka panjang merupakan satu kemenangan mutlak ke atas umat Islam dari setiap segi. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. telah menampakkan kebijaksanaannya sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan amat memahami politik Tanah Arab. Melalui Perjanjian Hudaibiah (6H/628M) memberi kemenangan psikologi kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana telah menghancurkan seluruh semangat musuh di mana tidak berlaku pertumpahan darah seterusnya membawa kepada pembukaan semula kota Makkah.

5. Mengadakan Hubungan Diplomatik : Bagi mengukuh dan mempertahankan negarautusan-utusan ke negara luar.

Islam, baginda telah mengadakan hubungan diplomatik dengan menghantar

Baginda telah dianggap sebagai diplomat berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar negara, antaranya Habsyah, Mesir, Ghassan, Hirah, Byzantine dan Farsi untuk memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka. Kesan daripada misi diplomatik ini tidak sampai setengah abad lamanya semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan negara Islam. Ini menggambarkan negara Islam terhindar daripada serangan pihak musuh.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

6. Membentuk Tentera Dan Menanam Semangat Jihad : Pembentukan tentera adalah untuk : a. Mempertahankan diri daripada sebarang serangan musuh, menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara. b. Menjamin perjalanan dakwah dan mempertahankan kedudukannya daripada permusuhan oleh sebarang pihak yang inginmerosakkan sebarang perjanjian yang termeterai di antara negara Islam dan pihak lain.

7.

Menyusun Taktik Dan Strategi Dalam Peperangan : Baginda juga membuktikan dirinya sebagai seorang ahli strategi. Hal ini terbukti dengan kecekapan taktik baginda dalam beberapa siri peperangan. Perang Uhud : menempatkan pasukan pemanah di lereng Gunung Uhud. Perang Badar : tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk saf. Perang Khandak : menggunakan taktik bertahan dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah. Perang Taif : menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga musuh tidak sempat bersedia. Teknik psikologi untuk memaksa Malek bin Auf menyerah diri dalam peperangan tersebut. Taktik lain : tidak mengejar musuh yang melarikan diri.

Kesimpulan (2 Markah) 1. Kehebatan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. telah menjadi perangsang kepada para pemimpin dan mujahid-mujahid seterusnya dalam menangani ancaman musuh agama dan negara. 2. Pada zaman Rasulullah s.a.w angkatan tentera adalah secara sukarela bagi menegakkan agama dan menuntut keredhaan Allah s.w.t. 3. Daripada langkah-langkah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w secara tidak langsung telah menaikkan nama Islam dan seterusnya terhindarlah negara Islam daripada serangan pihak musuh. 4. Apa yang ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w ini adalah hasil daripada panduan wahyu Allah s.w.t. Justeru, dalam tempoh 10 tahun sahaja di Madinah, Rasulullah s.a.w telah meninggalkan contoh yang tersangat berharga dari segi kepimpinan politik Islam. SOALAN Perjanjian Hudaibiah adalah perintis jalan kepada pembukaan semula kota Makkah tanpa pertumpahan darah. Bincangkan. Pendahuluan (3 M)

1. 2. 3. 1.

Merupakan perjanjian pertama di antara kaum Quraisy Makkah dengan umat Islam Madinah. Ditandatangani oleh Nabi Muhamad saw bagi pihak umat Islam dan Suhail bin Amru bagi pihak Quraisy. Termeterai pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (628M) di sebuah kampung bernama Hudaibiah.

Isi-Isi Utama A) Sebab-sebab dan peristiwa berlakunya perjanjian (5 isi X 2M = 10M) Umat Islam Madinah mula merindui untuk kembali ke Makkah dan menziarahi Kaabah. Tambahan pula bangunan Kaabah telah menjadi arah baru kiblat umat Islam bagi menggantikan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Perubahan kiblat berlaku pada bulan Rejab tahun 2H. Nabi Muhammad saw pula telah bermimpi mengerjakan umrah. Hal ini menambah lagi tekad umat Islam untuk pergi ke Makkah.

2. 3. 4.

Oleh itu seramai lebih kurang 1500 orang Islam Madinah menuju ke Makkah tahun 6H dengan memakai pakaian ihram sejak dari Madinah lagi dan membawa 70 unta yang telah ditandakan gelang besi untuk menunjukkan bahawa ia akan dikorbankan. Umat Islam juga tidak membawa sebarang senjata melainkan pedang bersarung bertujuan mengelakkan kesangsian kaum Quraisy. Kaum Quraisy berasa curiga lalu menghantar 200 orang tentera berkuda yang dipimpin oleh Khalid al-Walid. Sebaik sahaja mengetahui kemaraan tentera khalid, umat Islam telah melencong mengikut jalan lain untuk mengelak dari berlakunya peperangan sehingga sampai di sebuah kampung bernama Hudaibiah. Walaupun bulan-bulan haram (musim haji) telah tiba, namun kaum Quraisy tetap ingin menghalau umat Islam. Oleh itu mereka menghantar utusan sebanyak 4 kali untuk menghalau umat Islam secara diplomasi. Namun utusan tersebut gagal. 5. Lalu Nabi Muhammad saw menghantar Saidina Uthman. Tersebar khabar angin bahawa Uthman telah dibunuh. Hal ini telah menaikkan kemarahan umat Islam lalu mereka mengadakan Baiah ar-Ridwan (ikrar pokok) untuk berperang bermati-matian.

6.7.

Kaum Quraisy yang berasa gentar telah menghantar seorang utusan bernama Suhail bin Amru dan memulangkan Saidina Uthman yang sebenarnya masih hidup. Dengan ini, maka termeterailah perjanjian Hudaibiah. Fasal-fasal Perjanjian : Genjatan senjata (berdamai) selama 10 tahun antara kedua-dua belah pihak. Kabilah-kabilah Arab lain bebas memihak samada kepada umat Islam Madinah atau Kaum Quraisy Makkah. Orang Islam Madinah yang lari ke Makkah tanpa kebenaran walinya tidak perlu dipulangkan semula. Orang Quraisy Makkah yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya mestilah dipulangkan semula. Umat Islam hanya boleh mengerjakan haji pada tahun berikutnya (7H). Umat Islam hanya boleh berada di Makkah selama tiga hari sahaja tanpa membawa sebarang senjata. Mereka hanya boleh memasuki Makkah setelah kaum Quraisy keluar terlebih dahulu.

B) Implikasi perjanjian Hudaibiah ( 5 isi X 2M = 10M )

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

1. Dengan termeterainya perjanjian ini, secara tidak langsung bermakna kaum Quraisy telah mengiktiraf Nabi Muhammad saw sebagai seorang pimpinan negara dan Madinah sebagai sebuah negara Islam.

2. 3. 4.

Genjata senjata telah membolehkan umat Islam menyebarkan Islam dengan bebas dan meluas tanpa ancaman kaum Quraisy. Umat Islam telah menggunakan sepenuhnya waktu aman dan kebebasan ini untuk menghantar utusanutusan hingga ke Ghassan, Habsyah, Bahrain, Mesir, Farsi, Oman, Bani Bakar dan sebagainya. Suasana keamanan dan kedamaian ini telah memberi peluang kepada Nabi Muhammad saw melakukan usaha dalaman untuk memajukan dan membangunkan kehidupan umat Islam di Madinah. Dalam tempoh perdamaian ini pahlawan-pahlawan Quraisy mula memikirkan dan mempertimbangkan semula dasar dan prinsip perjuangan mereka dan perjuangan Islam sehingga akhirnya mereka insaf dan memeluk agama Islam secara sukarela. Contohnya Khalid al-Walid, Amru bin Al-as, dan Osman bin Talhah. Keislaman mereka memantapkan lagi angkatan tentera Islam.

5. 6. 7.

Umat Islam dapat mengerjakan haji dengan aman dan tenteram. Cara mereka beribadat yang penuh dengan disiplin dan berakhlak tinggi telah menawan hati penduduk Quraisy Makkah yang memerhatikannya. Oleh itu ramai yang memeluk Islam dan berhijrah secara senyap ke Madinah. Perjanjian Hudaibiah telah merintis jalan kepada penakluk kota Makkah tanpa pertumpahan darah. Kaum Quraisy telah mencabuli perjanjian Hudaibiah setelah membantu Bani Bakar memerangi suku Khuzaah tanpa menyedari bahawa suku Khuzaah telah memeluk agama Islam. Ini bermakna mereka telah memerangi umat Islam dan mengkhianati perjanjian genjatan senjata. Oleh itu umat Islam seramai 10,000 orang tentera telah bersedia menentang kaum Quraisy pada tahun 8H. Kaum Quraisy terpaksa menyerah kalah kerana tidak mampu lagi menentang kehebatan tentera Islam. Kesimpulan (2 M)

1. 3.

Perjanjian Hudaibiah pada awalnya kelihatan begitu kontroversi ternyata memberikan kemenangan jangka pendek kepada kaum Quraisy tetapi dalam jangka panjang ia merupakan kemenangan mutlak bagi umat Islam. 2. Kejayaan ini telah diisyaratkan oleh Allah dalam surah Al-Fath yang diturunkan semasa perjanjian ini sedang berjalan. Apa-apa yang bersesuaian.

SOALAN Masyarakat Arab sebelum agama Islam dikenali sebagai masyarakat Jahiliah. Terangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah dari aspek ekonomi dan sosial/sosioekonomi/sosiopolitik. Pengenalan ( 3 markah ) 1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai Zaman Jahiliah,juga dikenali zaman gelap iaitu bermula dari tempoh runtuhnya Empangan Maarib hinggalah sebelum kemunculan agama Islam. Zaman ini berlaku pada tahun 300M hingga turunnya al-Quran (610M). 2. Perkataan Jahiliah bererti bodoh. Pada zaman ini tiada Nabi atau Rasul serta kitab suci sebagai panduan dan petunjuk. Masyarakatnya mempunyai akhlak yang buruk, tidak peradaban, majoritinya buta huruf dan mengamalkan aktiviti ekonomi yang bertentangan dengan syariat Islam. Isi-isi penting ( 20 markah ) 1. Dari aspek ekonomi : Selepas keruntuhan empangan Maarib,keadaan ekonomi masyarakat Arab Jahiliah merosot berikutan kejatuhan beberapa kawasan yang kaya kepada pihak penjajah. Politik yang tidak stabil dan kehidupan berpindah-randah menyebabkan ekonomi tidak berkembang.

Mereka menjalankan aktiviti ternakan seperti unta, kuda, kambing dan biri-biri. Mereka sering berpindah-randah mendapatkan kawasan rumput dan air untuk haiwan ternakan mereka. Golongan Badwi menternak secara nomad. Mereka juga menjalankan perdagangan di Kota Makkah, Hirah, Ghassan dan Syam. Namun perdagangan mereka kurang menguntungkan berikutan penguasaan kuasa Rom dan Parsi. Percubaan kerajaan Habsyah menguasai Makkah menjejaskan perdagangan di kawasan itu. Mereka juga menjalankan aktiviti pertanian seperti buah2an(kurma) dan bijirin(gandum).Namun selepas runtuhnya Empangan Maarib aktiviti pertanian terjejas kerana tiada sumber pengairan.Ada sebilangan mereka berpindah ke tempat lain untuk mencari sumber ekonomi baru. Mereka juga menjalankan aktiviti mencuri dan merompak. Lazimnya mereka merompak kelompok kafilah-kafilah perdagangan. Selalu dilakukan. Mereka juga menindas golongan yang lemah. Mengamalkan riba dan menipu dalam timbangan. Mereka juga terlibat dalam pertukangan seperti membuat berhala.menjadi aktiviti turun temurun.

2. Dari aspek sosial : Struktur masyarakat Arab Jahiliah berdasarkan sistem kabilah iaitu satu unit yang memegang tampuk pemerintahan masyarakat. Pembentukan kabilah berlandaskan hubungan pertalian darah kekeluargaan dan keturunan. Setiap kabilah memiliki nama dan kemegahan serta memandang hina kepada kabilah yang lain.

Dalam masyarakat wujud jurang sosial yang luas antara golongan bangsawan dan golongan bawahan. Golongan bangsawan seperti pemidato dan pahlawan dianggap mulia manakala golongan miskin dan hamba dianggap hina dalam masyarakat.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

Semangat perkauman yang kuat atau assabiyah telah menyebabkan sering berlaku persengketaan dan peperangan sesama sendiri. Contohnya perang al-Basus selama 40 tahun kerana masalah yang kecil sahaja. Ini kerana semakin kecil kelompok semakin kuat semangat assabiyahnya. Kemenangan dalam peperangan sangat penting kerana melambangkan pengaruh, kekuasaan dan kekayaan yang akan menaikkan nama kabilah. Kabilah yang tewas dalam peperangan akan dijadikan hamba abdi dan mereka dipandang hina serta memiliki status yang terendah dalam masyarakat. Semangat cintakan kabilah yg mlampau. Pada zaman ini, kedudukan wanita dalam masyarakat amat rendah. Mereka dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga kerana dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki sahaja. Oleh itu ada masyarakat Arab yang sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup. Contohnya Bani Tamim dan Asad. Ada juga yang membawa kaum wanita ke medan perang untuk dijadikan perangsang kepada kaum lelaki.

Majoriti masyarakat Arab Jahiliah adalah buta huruf. Dikatakan pada masa itu hanya ada 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis dalam kabilah Quraisy. Dari segi akhlak, etika masyarakat adalah rendah. Masyarakat Arab Jahiliah juga suka berjudi, minum arak dan berzina. Namun ada akhlak posiif seperti menghormati tetamu, menepati janji serta sumpah-setia dan memberi makan kepada anak yatim. Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada golongan Badwi dan Hadari. Golongan Badwi tinggal di kawasan pedalaman / padang pasir. Mereka menjalankan petempatan berpindah-randah atau nomad. Pemimpin mereka dikenali sebagi Sheikh. Golongan Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Mereka lebih terbuka kerana berpeluang berhubung dengan masyarakat luar berbanding golongan Badwi. Dari segi agama dan kepercayaan terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di kalangan mereka. Kerana mereka begitu taksub dengan kepercayaan nenek moyang mereka dan mengikutinya dengan membuta tuli sahaja. Agama terbahagi dua iaitu agama Ardhi (ciptaan mereka) dan agama Samawi (agama langit). Agama majoriti masyarakat Arab Jahiliah ialah menyembah berhala (Wathani). Terdapat 360 buah patung berhala di sekeliling Kaabah dengan pelbagai bentuk dan nama. Di antaranya seperti al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Berhala diperbuat daripada batu, kayu atau logam. Ada juga yang menyembah cakerawala seperti bulan, bintang dan matahari. Terdapat juga yang menganut agama Majusi iaitu penyembahan api yang mempercayai Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Ia dianuti di Iraq, Yaman, Oman dan Bahrain. Agama Samawi pula iaitu agama Yahudi, Nasrani dan Hanif. Agama Yahudi dibawa oleh Nabi Musa a.s melalui kitab Taurat. Penganutnya terdapat di Palestin,Yathrib dan utara Tanah Arab. Namun Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini. Agama Nasrani pula disampaikan kepada Nabi Isa a.s melalui kitab Injil. Penganutnya di Najran, Ghassan dan Hirah. Agama ini juga telah diselewengkan oleh pendeta agama itu. Agama Hanif pula disampaikan oleh Nabi Ibrahim. Penganutnya dikenali sebagai Hunafa. Agama ini melarang penganutnya menyekutukan Allah, minum arak dan membuat perlakuan keji. Masyarakat Arab Jahiliah juga mengamalkan kepercayaan karut. Seperti percaya kepada tilikan, percaya amalan sangka suka dan sangka duka dengan melihat arah burung terbang dan amalan menguji kesetiaan isteri.

Kesimpulan ( 2 markah ) 1. Berdasarkan ciri-ciri tersebut jelas masyarakat Arab Jahiliah, sememangnya tepat masyarakat ini berada dalam kegelapan. Keadaan ini berubah setelah kedatangan sinar cahaya Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada 610M. 2. Cerita dari segi sosial ,ekonomi dan sosial SOALAN Nilaikan sumbangan tamadun Islam terhadap perkembangan tamadun Barat. Pengenalan (3M) 1. Konsep tamadun : dari segi perkataan berasal daripada perkataan maddana bererti maju atau bandar. Manakala bahasa Inggeris ialah civilization bererti kemajuan, perkembangan atau peningkatan. Dari segi istilah tamadun merujuk kepada pencapaian yang dicapai oleh manusia dalam semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, teknologi, agama dan sebagainya. Perkemgangan ini berlaku secara berperingkat-peringkat dalam jangka masa yang lama.

2.

Hubungan orang Kristian Eropah dengan umat Islam telah bermula apabila kerajaan Islam menjelajah dan menduduki wilayah di Eropah. Penaklukan Khalifah Muawiyah bin Abu Suffian (kerajaan Bani Umayyah) ke atas wilayah Afrika utara membawa kepada gerakan perluasan kuasa di sekitar laut Mediteranean.

3.

Pengaruh kebudayaan Islam ke atas masyarakat Eropah bermula apabila terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di Sepanyol dan Sicily. Perkembangannya semakin jelas apabila orang Eropah menaruh minat mengkaji karya klasik Yunani dan Islam. Perkembangan semakin meluas kesan dari berlaku Perang Salib antara tahun 1092M hingga 1296M dan penaklukan Sepanyol oleh umat Islam. Sumbangan Tamadun Islam terhadap Barat (7 isi X 3M = 21M) 1. Kewujudan Kerajaan Islam di Eropah

Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan Bani Umayyah banyak mempengaruhi kebudayaan dan pemikiran masyarakat Eropah. Menerusi bangsa Moor (umat Islam Sepanyol) dan golongan Mozarobes, bidang ilmu pengetahuan Islam berkembang di Eropah. Orang Mozarobes telah membawa perkembangan ilmu Arab (Artes Arabes) ke Eropah. Petrus Alphonsi telah menjadi doktor istana King Henry I dan mengasaskan pusat pengajian tinggi di Tolledo pada tahun 1250. Pusat pengajian ini menjadi pusat kajian Orientalis Eropah tentang peradaban Islam.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

2.

Perang Salib melemahkan institusi gereja.

Perang Salib yang berlaku dari 1097M hingga 1292M merupakan satu proses yang mempengaruhi pemindahan dan penyesuaian kebudayaan Islam ke Barat. Perang Salib berjaya mengubah pemikiran masyarakat di Eropah dan melemahkan kekuasaan institusi gereja apabila masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan gereja. Karya pemikir Islam seperti tulisan al-Ghazali, al-Kindi dan al-Khawarizmi menjadi rujukan perkembangan ilmu falsafah, astronomi dan matematik di Eropah.

3.

Hubungan perdagangan.

4.

Orang Arab dan Parsi telah menguasai perdagangan timur dan barat. Pedagang Eropah membeli barang-barang timur seperti rempah daripada saudagar Islam di pelabuhan Venice dan Genoa (Itali).

Ilmu Pelayaran dan Geografi. Interaksi antara pedagang Eropah dengan pedagang Islam telah mempengaruhi ilmu pelayaran dan geografi di Eropah. Atlas partola dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi ilmu pelayaran di Eropah. Sistem pendidikan.

5.

Bandar Cordova (Sepanyol) telah menjadi pusat pendidikan ilmu dari tamadun Islam di Eropah. Universiti dan perpustakaan didirikan dan menjadi tumpuan para ilmuan dari Eropah. Leonardo Fabanacci mendapat pendidikan di Sepanyol. King Roger I telah menubuhkan sekolah tinggi di Naples dan Salerno sebagai pusat pengkajian ilmu astronomi, geografi, dan perubatan Islam. Universiti Padua yang didirikan di zaman pertengahan mula mengkaji ilmu perubatan Islam.

6.

Kegiatan penterjemahan.

King Frederick II di Sicily telah meminta Micheal Scott menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan Arab ke dalam bahasa Latin. Karya tokoh Intelektual Islam seperti Ibn Sina, Ibn Tufail dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Contohnya : Tahafut-tahafut oleh Ibn Rusyd dan Tahafut al-Faiasifa karya al-Ghazali telah diterjemahkan atas arahan badan tertinggi gereja Kristian. a. Hayy ibn Yaqzan karya Ibn Tufail diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Edward Peacock dengan tajuk Philosophus Autodidactus. b. Hisab al-Jabar Wal Muqabalah karya al-Khawarizmi diterjemahkan oleh F. Rosen di London.

7.

Gerakan Intelektual di Eropah.

8.

Pemikir Intelektual Islam seperti al-Kindi, al-Farabi dan Ibn Rusyd berjaya mempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti fahaman humanisme pada abad ke 13M. Kebangkita suku bangsa Norman di Eropah turut membantu perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam di Eropah. Kaum Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091M. Raja Norman seperti King Roger I, King Roger II, King Frederick II dan Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sina dan penulisan ilmu geografi al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah di Neples dan Salerno (Itali).

Bidang ekonomi.

Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi daripada hubungan dengan orang-orang Islam dalam bidang perindustrian dan teknologi, teknik tanaman sekoi, padi dan tembikai dipelajari daripada orang-orang Islam.

Kesimpulan (1M) 1. Kesan daripada pengaruh kebudayaan dan intelektual Islam mendorong masyarakat Eropah mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan dan intelektual. 2. Revolusi intelektual di Eropah dikenali sebagai zaman Renaissance.

SOALAN Tamadun Islam telah dapat mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah dalam berbagai-bagai aspek. Bincangkan. (perubahan idop msyrkt jahiliah) Pengenalan ( 3 Markah ) 1. Definisi Jahiliah. Jahala & sbginya.. 2. Ciri-ciri umum masyarakat Jahiliah. Bila islam itu dtg?? 3. Zaman Islam 4. Perubahan-perubahan yang dibawa oleh Islam secara umum. Perubahan-perubahan yang berlaku ( 4/8 isi x 5M = 20 Markah ) 1. Agama dan Kepercayaan. Wathani,hanif, samawi, kepercayaan karut n nenek moyang, anismisme, politiesme. Sebelum kedatangan Islam majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama yang sesat sama ada agama yang diselewengkan atau ciptaan sendiri.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

Selepas kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan satu bentuk ajaran yang baru seperti konsep tauhid, Rukun Iman, Rukun Islam dan sebagainya. Berbeza dengan ajaran sebelumnya. 2. Akhlak / Etika Sebelum kedatangan Islam, akhlak mereka buruk kerana mereka mengutamakan keseronokan hidup yang berpaksikan nafsu mereka. Namun, mereka juga mempunyai akhlak yang terpuji. Islam membawa konsep amar makruf nahi mungkar (mahmudah dan mazmumah)menolak nilai-nilai yang membawa manusia ke lembah kehinaan dan kehancuran. 3. Sosial Sebelum kedatangan Islam, kehidupan berkabilah, semangat assabiyah yang tinggi, mengagungkan sistem feudal serta memandang rendah terhadap golongan wanita. Islam menghapuskan semangat assabiyah dan mengangkat martabat manusia taqwa tanpa mengira taraf serta memastikan kedudukan wanita pada tempat yang sewajarnya (konsep persamaan taraf dan persaudaraan). 4. Amalan ekonomi Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab jahiliah mengamalkan ekonomi berbentuk penindasan dan mementingkan individu serta banyak berlaku penyelewengan dalam kegiatan ekonomi. Selepas kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w. telah mengharam kegiatan ekonomi jahiliah di samping memperkenalkan satu bentuk ekonomi yang lebih adil serta agihan kekayaan yang lebih baik. 5. Politik Sebelum kedatangan Islam, mengamalkan politik kesukuan atau berkabilah. Bahagian utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab dikuasai oleh Rom dan Parsi. Dalam bidang perundangan diwarisi daripada nenek moyang mereka dan peperangan sering berlaku.(sistem feudal) Rasulullah memperkenalkan politik Islam berkonsepkan syura, menggubal Perlembagaan Madinah, menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi perundangan serta memantapkan konsep ummah. 6. Ilmu Pengetahuan Sebelum kedatangan Islam, masyarakat buta huruf, mewarisi ilmu melalui lisan sebab itu masyarakat Arab jahiliah gagal membina tamadun bangsa - 17 orang sahaja celik huruf dari bani quraisy. Selepas kedatangan Islam tradisi menuntut ilmu menjadi kefardhuan setiap orang Islam. Gesaan ini termaktub dalam al-Quran. Manakala ilmu yang diberi keutamaan ilmu berkonsepkan tauhid.berkonsepkan ketuhanan. 7. Kesusasteraan Sebelum kedatangan Islam, kebanyakkan hasil karya tidak mempunyai nilai-nilai estetika kerana karya sastera mengandungi kata-kata yang tidak sopan, cacian dan pemujaan yang melampau. Selepas kedatangan Islam, al-Quran (kalam Allah) yang mengandungi kata-kata yang tidak dapat ditandingi oleh manusia secara tidak langsung mengatasi kesusasteraan Jahiliah. 8. Peperangan

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

Sebelum kedatangan Islam, peperangan sering berlaku mengorbankan banyak nyawa dan memakan banyak masa yang lama kerana semangat assabiyah yang menebal. Selepas kedatangan Islam, peperangan tidak digalakkan kecuali atas sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak serta mengikut etika yang telah digariskan oleh Islam (pengenalan konsep jihad). Tidak ada etika-menegakkan syiat islam dan konsep jihad Kesimpulan ( 2 Markah ) 1. Kehadiran Islam telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Arab Jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan yang sebelum ini dibelenggu kegelapan. 2. Tiada islam, msyrkt arab jd msrkt jahiliah sehingga kini (selama 300 tahun)SOALAN Perjanjian Hudaibiyah telah memberikan banyak kemenangan kepada pihak Islam. Bincangkan. Pendahuluan (3 markah)

1. 2.

Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian damai antara Islam (diwakili Rasulullah s.a.w.) dan Quraisy (diwakili Suhail bin Amru). Dimeterai pada bulan Zulkaedah 6H (Mac 628M) di perkampungan Hudaibiah (pinggir kota Makkah). Peristiwa- peristiwa ke arah perjanjian : Keinginan Rasulullah s.a.w. dan 1500 umat Islam untuk melaksanakan ibadat haji dan menziarahi kaum keluarga di Makkah. Langkah-langkah yang Rasulullah s.a.w. ambil untuk mengelakkan peperangan. Salah anggap Quraisy tentang kedatangan umat Islam dan penghantaran utusan demi utusan. Berita pembunuhan Syaidina Uthman bin Affan. Peristiwa Baiah al-Ridhwan.

Isi-Isi Utama Kandungan Perjanjian Hudaibiah 1. Gencatan senjata selama 10 tahun. 2. Kebebasan menjalin hubungan dengan pihak lain. 3. Tidak boleh menceroboh atau mengkhianati harta benda di antara satu dengan lain.

4. 5. 6.

Golongan Quraisy yang masuk Islam dan berpindah ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah dikembalikan ke Makkah. Pengikut Rasulullah s.a.w. yang berpaling tadah kepada Quraisy tanpa izin walinya tidak perlu dikembalikan ke Madinah. Umat Islam tidak dibenarkan menunaikan haji pada tahun tersebut, tetapi dibenarkan pada tahun berikutnya dengan syarat melaksanakan ibadat tidak lebih dari 3 hari, memasuki Mekah tanpa senjata terhunus dan hanya memasuki Makkah setelah Quraisy keluar dari kota tersebut.

Bukti-bukti Perjanjian Hudaibiah merupakan kemenangan nyata di pihak Islam.

1.

Jaminan kemenangan dari Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam firmannya melalui surah al-Fath (ayat 1-2) : Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi keampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmatnya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus. Wahyu di atas Rasulullah s.a.w. terima ketika dalam perjalanan pulang dari Makkah ke Madinah setelah selesainya Perjanjian Hudaibiah dipersetujui dan ketika umat Islam merasa gelisah dengan tindakan Rasulullah s.a.a mempersetujui kandungan perjanjian yang dikemukakan oleh pihak Quraisy.

2.

Kemenangan dari sudut pengiktirafan iaitu Quraisy secara tidak langsung mula mengakui kewujudan agama Islam, mengiktiraf Nabi Muhammad saw sebagai Rasul dan pemimpin, dan mengakui kewujudan negara Islam Madinah. Sebelum ini pihak Quraisy tidak mengakui kewujudan Islam dan kerasulan baginda. Pengiktirafan ini telah menjatuhkan kedudukan dan maruah Quraisy di mata para sekutunya.

3.

Kemenangan dari aspek penyebaran Islam. Gencatan senjata selama 10 tahun telah membolehkan Rasulullah s.a.w. mengadakan hubungan diplomatik dengan kabilah-kabilah atau kerajaan luar serta menyampaikan Islam kepada mereka. Utusanutusan diplomatik dan dakwah telah dihantar ke seluruh Tanah Arab, kerajaan Byzantine dan Yaman. Hasilnya berlaku kepesatan pertambahan jumlah umat Islam dalam tempoh dua tahun iaitu dari 1500 orang kepada 10,000 orang. Ramai pemimpin berpengaruh Quraisy juga mula menerima Islam. Antaranya Khalid al-Walid. Akibatnya pengaruh dan pengikut kaum kafir Quraisy terus mengalami kemerosotan berbanding umat Islam yang semakin kuat.

4. 5.

Gencatan senjata juga telah mewujudkan keamanan dan ia memberi kesempatan kepada Rasulullah s.a.w. untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dan mengatasi masalah-masalah yang timbul. Kemenangan dari aspek pengguguran syarat perjanjian. Syarat perjanjian supaya dikembalikan semula umat Islam ke Makkah jika pengislaman mereka tidak mendapat izin walinya juga menguntungkan Islam kerana jika mereka telah menjadi Islam sejati, mereka akan dapat menyebarkan Islam di Makkah dan boleh menjadi pengintip terhadap sebarang perancangan Quraisy untuk menghancurkan Islam. Syarat ini akhirnya digugurkan apabila Quraisy mendapati ia merugikan Quraisy terutama apabila Abu Basyar yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya kembali ke Makkah (untuk mematuhi perjanjian) telah bertindak menubuhkan pasukan kecil untuk mengganggu perjalanan kafilah-kafilah Quraisy yang berulang-alik antara Mekah dan Syam. Akibat gangguan ini ekonomi Makkah mengalami kemerosotan dan akhirnya pihak Quraisy sendiri yang meminta syarat ini digugurkan.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

6. 7.

Membersihkan musuh dalaman. Syarat yang mengkehendaki agar orang-orang Islam yang berpaling tadah kepada pihak Quraisy supaya tidak dikembalikan ke Madinah juga menguntungkan Islam kerana ia sekaligus membolehkan Rasulullah membersihkan Madinah dari kewujudan musuh dalam selimut. Kemenangan dari aspek menunaikan ibadah haji. Pada tahun berikutnya (mulai 7H) umat Islam telah dibenarkan menunaikan ibadat haji di Baitullah. Kebenaran ini amat besar ertinya setelah tujuh tahun mereka tidak melaksanakannya. Sewaktu mereka melaksanakan ibadat tersebut, tingkah laku mereka sentiasa dicuri pandang (diperhati) oleh penduduk-penduduk Makkah yang semakin berbelah bagi terhadap kepercayaan tradisi mereka dan akhirnya telah mendorong semakin ramai orang Makkah ke arah Islam termasuklah beberapa pemimpin mereka yang sebelum ini begitu kuat menentang Islam.

8.

Pembukaan Mekah sebagai kota suci Islam. Kemenangan seterusnya pihak Islam perolehi berikutan tindakan Quraisy mencabuli syarat yang menetapkan larangan menceroboh mana-mana pihak atau sekutunya. Pada 8H Quraisy yang mula menyedari segala syarat perjanjian sebenarnya lebih menguntungkan Islam telah bertindak secara sengaja membantu sekutunya iaitu Bani Bakar untuk menyerang sekutu Islam iaitu Bani Khuzaah. Tindakan Quraisy itu menyebabkan Rasulullah s.a.w. bersama kira-kira 10,000 orang umat Islam bergerak ke Makkah dan akhirnya berjaya menawannya. Penutup (2 markah)

1. 2. 3.4.

Perjanjian Hudaibiyah merintis jalan ke arah pembukaan (penaklukan) kota Makkah pada 8H. Perjanjian Hudaibiah membuktikan Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin berpandangan jauh. Tentangan dan pengaruh kafir Quraisy lenyap setelah kota Makkah ditakluki. Apa sahaja yang berkaitan.

SOALAN Terangkan ciri ciri masyarakat Arab pada zaman jahiliah dari aspek sosial dan ekonomi. Pendahuluan (3 markah)

1.

Masyarakat Arab jahiliah adalah masyarakat yang hidup selepas keruntuhan kerajaan Saba. Ia berlaku pada tahun 300M sehingga turunnya al-Quran dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w. pada 610M. 2. Pada zaman itu tiada nabi diutus, tiada kitab suci daripada Allah s.w.t. untuk dijadikan petunjuk. Isi-Isi Utama

A.

Dari aspek sosial (10 markah) Masyarakat jahiliah mengamalkan sistem jahiliah. Kabilah merupakan satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat. Pertalian darah dan keturunan membawa kepada semangat assabiyiah. Mereka bermegah denngan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain. Ini menyebabkan sering berlaku persengketaan kerana semakin kecil kelompok maka semakin kuat assabiyiahnya. Keadaan jahil mereka ada kala menyebabkan peperangan berlaku sesama sendiri. Ini bertujuan untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka. Peperangan memakan masa yang lama walaupun atas perkara yang kecil. Contohnya Perang al-Basus selama 40 tahun untuk mendapatkan sumber air. Sekiranya suatu kabilah itu menang menewaskan kabilah yang lain ada di antara mereka yang akan dijadikan hamba, jika tiada sesiapa yang menebusnya. Kedudukan wanita adalah dipandang rendah contohnya bayi perempuan seperti Bani Tamin dan Bani Asad akan ditanam hidup-hidup kerana dianggap boleh menjatuhkan maruah mereka. Masyarakat juga buta huruf hanya ada 17 orang yang boleh membaca. Buktinya apabila empangan Maarib runtuh mereka tidak boleh membina semula kerana ketiadaan maklumat rekod catatan. Akhlak mereka buruk, mengamalkan judi, minum arak, berzina dan menindas kaum yang lemah. Mereka juga mengamalkan akhlak yang mulia seperti menepati janji dan melayan tetamu walaupun musuh. Golongan penyair dan pemidato dipandang tinggi dalam masyarakat dan semasa musim haji akan diadakan pertandingan berpidato dan berpuisi . Dari aspek ekonomi : Selepas keruntuhan empangan Maarib, ekonomi masyarakat jahiliah merosot berikutan kejatuhan beberapa kawasan yang kaya ke tangan penjajah. Politik yang tidak stabil juga membawa kepada masalah ekonomi masyarakat Arab. Hasil pertanian di selatan tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Ramai yang berpindah ke utara untuk mencari sumber ekonomi yang baru contohnya aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Namun perdagangan tidak menguntungkan berikutan penguasaan Rom dan Parsi. Pergaduhan sesama kabilah turut menjejaskan aktiviti ekonomi masyarakat Arab . Percubaan kerajaan Habsyah menawan Mekah turut menjejaskan aktiviti perdagangan . Ini menyebabkan puak Quraisy memberi tekanan kepada orang Badwi yang tinggal di padang pasir. Puak Badwi bertindak balas dengan melakukan rompakan ke atas kafilah perdagangan orang Quraisy.

B.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

Dalam kalangan masyarakat kota pula berlaku permusuhan antara golongan kaya dengan miskin. Ini menyebabkan berlakunya huru-hara dan menyebabkan ekonomi mereka tidak berkembang. Orang Badwi menjalankan ekonomi penternakan secara nomad dan mengamalkan hidup secara primitif. Ekonomi bersifat kecil-kecilan. Merompak dan mencuri merupakan sebahagian amalan tradisi masyarakat jahiliah. Mengamalkan riba, menipu dalam timbangan dan menindas golongan yang lemah.

Kesimpulan (2 markah)

1. 2.

Ketidakstabilan politik di Tanah Arab merupakan asas kepada pelbagai masalah ekonomi di kalangan masyarakat Arab.

Sistem politik masyarakat Arab jahiliah tidak menjadikan teras perpaduan sesama kabilah sebagai asas kekuatan sesebuah bangsa. SOALAN Bandingkan struktur masyarakat Makkah dan Madinah sebelum kedatangan Islam. Pendahuluan (3 markah)

1. 2.

Nama asal Makkah ialah Makoraba kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah. Makkah telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu. Madinah pula dikenali sebagai Yathrib namun kedua-dua negara kota ini mempunyai struktur masyarakat yang berbeza sebelum kedatangan Islam. Isi-Isi Utama :

A. Struktur Masyarakat Makkah sebelum Islam (10 markah) Penduduk awal Makkah ialah puak Amaliqah dan puak Jurhum. Zaman pemerintahan Jurhum merupakan zaman kelahiran Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang sama-sama membinaKaabah atas perintah Allah s.w.t.

Diikuti dengan kemunculan puak Khuzaah yang memerintah Makkah selama 3 kurun. Pada zaman pemerintahan Quraisy olehQusai bin Qilab pada awal kurun ke 5M Makkah menjadi pusat ibadat, perdagangan dan kebudayaan. Ianya berjaya menarik ramai pengunjung ke Makkah. bin Khuwairith tetapi gagal. Uthman yang menganut agama Kristian lari ke Syam.

Makkah bebas daripada kuasa asing seperti Byzantine dan Parsi. Byzantine cuba menguasai Makkah dengan bantuan Uthman Kaum Quraisy berketurunan Adnaniyah merupakan kelompok yang besar di Mekah. Dipercayai dari keturunan Fihr bin Malek binalNadr bin Maad bin Adnan. Kaum Quraisy yang tiba di Makkah berasal dari keluarga Bani Nadir. Kedatangan Qusai bin Qilab pada kurun ke 5M membawa kepada pengenalan mereka sebagai kaum Quraisy. Quraisy bermaksud penyatuan. Puak Quraisy yang terkenal ialah Bani Hasyim, Bani Umaiyah, Bani Adi, Bani Taym dan Bani Yaqzah. Contohnya nabi Muhammad dari Bani Hasyim, Muawiyiah dari Bani Umaiyyah, Abu Bakar al Siddiq dari Bani Taym dan Umar al Khattab dari Bani Adi.

B. Struktur Masyarakat Madinah sebelum Islam (10 markah) Penduduk asal Madinah berketurunan Arab.

Kaum Aus dan Khazraj dianggarkan seramai 500 orang dan menyembah berhala. Madinah. Setiap kelompok terbahagi kepada beberapa puak, suku dan sub suku.

Selepas itu kedatangan orang Yahudi dan Arab lain dari selatan Tanah Arab (Yaman) telah menambahkan bilangan penduduk Kaum Aus dan Khazraj berasal dari selatan Tanah Arab yang dikenali sebagai Bani Qaylah. Dua kelompok ini berpecah kepada dua bani iatu Aus dan Khazraj. Mereka berhijrah ke Madinah selepas runtuhnya empangan Maarib. Mereka tinggal

di pinggir kota Madinah dengan mengusahakan pertanian sehingga maju dan berjaya menguasai Madinah yang diperintah oleh Yahudi.

Sebelum kedatangan Islam ada sekitar 4000 hingga 5000 orang Yahudi menetap di kota Madinah. Kaum Yahudi berasal dari Palestin. Terdapat 20 suku Yahudi di Madinah, namun suku terkenal ialah Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah.

Kaum Yahudi tidak senang hati dengan puak Aus dan Khazraj dan melaga-lagakan mereka melalui Perang Buath pada tahun619M.

Dalam perang ini kaum Aus mencapai kemenangan dengan bantuan Yahudi, mengakibatkan perpecahan masyarakat Arab dankota Madinah sehingga dikuasai oleh orang Yahudi semula.

Puak Aus dan Khazraj beragama Wathani. Kaum Yahudi yang sombong dan mementingkanmereka menolak Islam.

diri sendiri menganggap mereka ialah bangsa pilihan Allah s.w.t, oleh itu

Kaum Aus dan Khazraj pergi ke Makkah dan bertemu nabi Muhammad s.a.w. sehingga termeterainya perjanjian Aqabah I dan II.Ini membuka jalan penghijrahan nabi ke Madinah dan akhirnya penduduk Madinah hidup bersatu padu. Kesimpulan (2 markah)

1. 2.

Kota Madinah dan Makkah mempunyai masyarakat yang berbeza. Perbalahan penduduk Aus dan Khazraj membolehkan penduduk Yahudi mengawal kota Madinah. Berbanding dengan kota Madinah, perbalahan kaum kurang berlaku di Makkah kerana penduduknya terdiri daripada bangsa Quraisy sahaja.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

SOALAN SOALAN SPORT. Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Ag tbhgi kpd 2-samawi(langit) Pendahuluan (3 markah) 1. Zaman jahiliah bermula dari tempoh runtuhnya empangan Maarib hingga zaman sebelum kedatangan Islam. Masyarakat ini tiada nabi dan kitab suci sebagai panduan. 2. Wujud pelbagai agama dan kepercayaan berpunca dari sikap mereka yang mengikut hawa nafsu, mengikut tradisi nenek-moyang, pengaruh asing dan keadaan persekitaran mereka. Bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam (20 markah) 1. Majoriti menganut agama menyembah berhala atau wathani. Berhala diperbuat daripad kayu, batu atau emas. Menyembah berhala kononnya dapat memberi manfaat dan mudarat. Terdapat 360 berhala di keliling Kaabah seperti al-Uzza, al-Manat, al-Hubal dan al-Latta. 2. Masyarakat jahiliah juga menyembah matahari, bulan dan bintang. Mereka menganggap cakerawala ini merupakan sumber segala tenaga dan kekuatan. Mereka percaya bulan merupakan tuhan perempuan, manakala matahari sebagai tuhan lelaki. Memuja matahari diamalkan oleh mayarakat Petra dan Palmyra. Pemujaan bulan terdapat di Main. 3. Mereka juga menyembah objek alam sekeliling seperti pokok, gua, gunung yang dapat menghubungkan diri dengan tuhan mereka. Mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan, padang pasir yang kering kontang dianggap tempat kediaman tuhan yang jahat. 4. Mereka juga meyembah malaikat, roh nenek-moyang dan jin yang dipercayai ada kuasa ghaib yang boleh menolong mereka dan melindungi keselamatan mereka. (percaya pkara karut) 5. Mereka juga menganut agama Majusi(menyembh api) yang berasal dari Parsi. Agama ini terbahagi kepada tiga mahzab iaitu Marthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Agama ini menghalalkan perkahwinan antara adik-beradik dan mempunyai penganut di kawasan seperti Iraq, Yaman, Oman dan Bahrin. Mereka pernah berperang makkah. 6. Mereka juga menganut agama Yahudi, yang dibawa oleh nabi Musa melalui kitab Taurat. Namun Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini untuk kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah s.w.t. Penganutnya terdapat di Palestin, Yathrib dan utara Tanah Arab iaitu kaum Bani Kinanah, Bani al-Harith dan Bani Kandah. Sbg contoh, sulaiman a.s dianggap raja yg hebat dlm islam namun dl magma ini mereka tlah mgata sulaiman tlh mrampas kuasa malah mjlnkn pemerintahan kuku besi. 7. Agama Nasrani diselewengkan oleh golongan pendeta. Agama ini diturunkan kepada Nabi Isa melalui kitab Injil. Agama ini berkembang di Najran, Ghassan dan Hirah. Penganut agama Nasrani juga dikenali sebagai golongan ahli kitab. 8. Agama Hanif diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan penganutnya dikenali golongan Hunafa. Agama ini mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai tuhan yang Esa. Antara tokoh

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

yang menganut agama Hanif ialah Zaid bin Amru dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Agama ini melarang menyekutukan Allah s.w.t, minum arak dan tidak melakukan sebarang perbuatan keji. 9. Kepercayaan karut dan tahyul. Masyarakat Arab gemar menilik nasib untuk melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga percaya ramalan tuah dan sial dengan melihat arah burung terbang, kepercayaan karut yang ingin menguji kesetiaan isteri. Contohnya, seorang lelaki yang ingin mengembara jauh akan mengikat seutas tali pada sebatang pokok, sekiranya tali itu terurai itu menandakan isterinya telah berlaku curang. Kesimpulan (2 markah) 1. Sikap masyarakat Arab jahiliah yang melanggar syariat Allah s.w.t. membawa kepada keadaan kucar-kacir dalam soal akidah dan akhlak. Maka tidak hairanlah pada zaman itu masyarakat Arab hidup dalam kegelapan. 2. Slps kdtgn islam, mereka tlh mpcaya kwujudan tuhan yg esa dan 1.konsep dan agma n kpercayaan trot brubah. SOALAN Jelaskan konsep jahiliah dan ciri ciri masyarakat Arab pada zaman jahiliah. Pendahuluan (3 markah)

1. 2. 3. 4.

Latar belakang masyarakat Arab zaman Jahiliah.

Sebelum lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. telah wujud nabi dan rasul untuk memimpin kehidupan manusia. Manusia juga telah dibekali dengan kitab sebagai petunjuk iaitu Zabur, Taurat dan Injil. Malangnya penyelewengan telah dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungan kitab-kitab tersebut menyebabkan terbentuknya kepercayaan yang tidak lagi mengikut syariat Allah seperti agama Yahudi dan Nasrani. Dari aspek lain, masyarakat Arab terkenal dengan semangat asabiyah sentiasa ingin menunjukkan kehebatan suku atau kabilah masing-masing. Akibatnya timbul persaingan dan propaganda kepercayaan sehingga akhirnya telah menyesatkan akidah masyarakat Arab. Lahirnya kepercayaan-kepercayaan ciptaan manusia seperti menyembah berhala, polydemonisme, animisme dan sebagainya. Isi-isi Jawapan Konsep Jahiliah (6 markah)

1. 2.3.

Dari segi bahasa. Dari segi istilah atau syarak. Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah

Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah (14 markah)

1.

Aspek agama dan kepercayaan : Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Wathani, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing di samping menaruh harapan tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayai dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian. Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh masyarakat Parsi. Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini. Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestin. Penganut asal agama ini ialah Bani Israil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

Di samping itu terdapat segelintir orang Arab menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab. Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi di kalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t. Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan di sekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

2.

Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul. Objek cakerawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukkan sesuatu objek. Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial. Aspek politik dan pentadbiran : Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas di kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan dikuasai oleh Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi. Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan (Darul Nadwah). Wujud jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahiliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, gila kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir jabatan haji dan perdagangan yang dianggap penting. Di samping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku (Mala) tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala. Majlis ini gagal menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan. Aspek Ekonomi : Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan di antara Syria di utara dengan di Yaman di selatan Tanah Arab memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria dan Parsi ke atas Yaman menyebabkan perdagangan Arab turut terjejas. Saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan. Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman bangsawan Hashim bin Abdul Manaf (Moyang Nabi Muhammad s.a.w) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara (Syam). Pasar-pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa. Aspek Sosial : Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak-puak dan ketua puak dipilih di kalangan anggota berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

3.

4.

Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara-perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi. Akhlak buruk dan tingkah laku kasar dan mengikut hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Namun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darul Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh. Aspek Ilmu Pengetahuan : Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar yang maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perkembangan ilmu. Selain untuk keuntungan, mereka mengejar keseronokan.

5.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan masa lampau yang kurang kualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka. Nilai nilai positif dan mulia masyarakat Arab jahiliah : Walaupun orang Arab jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun mereka memiliki sifat-sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata-mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat-sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin. Apa apa sahaja yang berkaitan

6.

Kesimpulan (2 markah) 1.

SOALAN Sejauhmanakah kepercayaan menyembah berhala merupakan kepercayaan utama dalam masyarakat Arab Jahiliah. Pendahuluan (3 markah)

1. 2.

Kepercayaan menyembah berhala merupakan kepercayaan utama yang dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliah. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan agama dan kepercayaan yang sesat dan tidak diredhai. Mereka menganggap segala yang boleh memberikan keuntungan / manfaat kepada mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk objek kebendaan atau secara tahyul. Jahiliah berasal dari kata dasar 'jahala' bererti jahil atau 'yajhalu' bererti bodoh. Dari segi istilah ia merujuk kepada kejahilan dalam aspek akidah dan hukum-hukum Allah, tidak mempunyai peraturan hidup dan tidak mempunyai agama yang sah di sisi Allah. Zaman ini penuh kesesatan dan kegelapan khususnya dalam aspek keagamaan dan lazimnya ia merujuk pada masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Zaman ini wujud kira-kira 300 tahun iaitu dari zaman kejatuhan kerajaan Saba' hingga kelahiran Rasulullah s.a.w. Zaman ini tiada nabi dan kitab sebagai panduan, tiada perkembangan ilmu, masyarakat yang tidak berakhlak dan tidak patuh kepada syariat Allah. Isi-Isi utama (20 markah) Penyembahan berhala merupakan kepercayaan paling berpengaruh.

1.

Sejarah kemunculan kepercayaan menyembah berhala di Tanah Arab : Propaganda oleh Umar Bin Luhai kerana penyakitnya telah berjaya disembuhkan oleh masyarakat penyembah berhala di Syam.

2.

Persaingan tradisi sunnah yang didorong oleh fahaman asabiyah Tradisi tawaf bangunan Kaabah yang diwarisi dari ajaran Nabi Ibrahim.

Bukti-bukti kepercayaan menyembah berhala paling berpengaruh. Terdapat 360 buah berhala di sekeliling Kaabah. Mempengaruhi kegiatan ekonomi. Penyembahan berhala mempengaruhi kepercayaan lain Arab Jahiliah mewarisi kepercayaan ini daripada nenek moyang mereka tanpa banyak soal.

Kepercayaan-kepercayaan lain yang wujud di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

1.

Penyembahan cakrawala seperti penyembahan matahari, bulan dan bintang. Mereka percaya bahawa cakerawala adalah sumber segala kehidupan dan kuasa. Matahari untuk kegiatan hidup pada siang hari, bulan untuk perjalanan waktu malam dan membolehkan ternakan makan sementara bintang untuk panduan perjalanan waktu malam. Kepercayaan ini kebanyakannya dianuti oleh orang Badwi.

2. 3. 4. 5. 6.

Polydemonisme / penyembahan jin dewa-dewa. Kepercayaan ini diamalkan oleh golongan yang mengamalkan sihir. Ada yang menyembah malaikat yang dianggap sebagai berjantina lelaki dan perempuan. Makhluk-makhluk tersebut dianggap sebagai perantara antara mereka dengan tuhan. Kepercayaan ini juga dipercayai oleh orang Badwi. Majusi / Zoroester. Ia berasal dari Parsi : mempunyai dua tuhan iaitu tuhan baik dan tuhan jahat. Mereka memuja api dan percaya api mempunyai dua konsep iaitu api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah. Penyembahan Tuhan Padang Pasir. Penganutnya dikenali sebagai Ahl-al-Saf. Mereka berjalan-jalan di padang pasir pada waktu malam dengan membawa api dan bergendang-gendangan sambil menyanyi. Golongan Badwi paling banyak mempercayainya. Animisme : menyembah objek-objek di sekitar mereka yang dianggap ganjil dan akan membawa untung atau mengerunkan seperti batu-batan, pokok-pokok besar, air, bintang, padang rumput dan lain-lain. Setiap objek dianggap mempunyai roh atau semangat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Agama Yahudi : Lahir berikutan penyelewengan yang dilakukan ke atas kitab Taurat yang diutuskan melalui Nabi Musa a.s. Kebanyakan penganutnya terdiri dari bani Israel yang mendiami bahagian utara Tanah Arab.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

7. 8.

Agama Nasrani : lahir berikutan penyelewengan ke atas kitab Injil yang diutuskan melalui Nabi Isa a.s. Konsep ketuhanannya ialah tuhan terdiri daripada tiga unsur. Najran di barat daya Tanah Arab merupakan pusat kepercayaan ini. Kepercayaan berunsur adat / tahyul. Kepercayaan ini tidak dipastikan asal-usulnya. Antaranya: Mempercayai tangkal azimat Roh orang mati akan menjadi burung.

Mempercayai binatang yang melintas di tengah perjalanan : jika ke kanan akan membawa kebaikan dan jika ke kiri akan membawa kecelakaan. Lain-lain kepercayaan karut Kesimpulan (2 markah)

1. 2.

Kepercayaan-kepercayaan karut tersebut berakhir dengan kehadiran Islam.

Rasulullah s.a.w. mengambil masa yang agak lama untuk memperbaiki akidah masyarakat Arab dan dalam proses tersebut baginda menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.

SOALAN Huraikan perubahan-perubahan dalam pelbagai aspek dalam kalangan masyarakat jahiliah di Tanah Arab selepas kelahiran Islam. BACA INI Pendahuluan (3 markah) 1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. 2. Dari segi bahasa Arab jahala bererti jahil atau jahlun atau jahlatun bererti bodoh dan sesat.

3. 4.

Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah.

Apabila Rasulullah s.a.w. mula menerima wahyu pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610M) dan seterusnya berdakwah menyebarkan Islam selama 23 tahun, bermulalah episod perubahan cara hidup jahiliah yang seterusnya telah menghancurkan era zaman jahiliah di Tanah Arab. Perubahan-perubahan masyarakat Arab setelah menerima Islam (20 markah)

1.

Kepercayaan dan agama : Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Makkah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.

2.

Hubungan Masyarakat : Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah sendiri tanpa mengira sama ada mereka berada di pihak benar atau salah. Ini telah menimbulkan permusuhan antara kabilah. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi saw berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.

3.

Peperangan : Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Makkah dan pengkhianatan orang Yahudi.

4.

Kelas Masyarakat : Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka. Masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

5.

Kedudukan Wanita : Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat pemuas nafsu lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelaki mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah. Nabi mengajar masyarakat Islam Madinah agar memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipeiihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.

TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT (TAMADUN ISLAM)

6.

Akhlak : Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak keji seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka. Islam menekankan akhlak mulia. Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak buruk di kalangan orang Islam Madinah.

7.

Politik : Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Makkah menjalankan sistem politik kabilah. Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang digunakan ialah Al-Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi penting dalam kerajaan Madinah.

8. 9.

Nilai-nilai positif : Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam. Pendidikan dan ilmu pengetahuan : Sebelum Islam : masyarakat Arab Jahiliyah adalah buta huruf. Berdasarkan peristiwa Perang Badar hanya 17 orang sahaja masyarakat Arab yang boleh menulis dan membaca. Justeru itu tiada perkembangan tamadun manusia pada zaman ini. Selepas Islam : aspek pendidikan dan intelektual amat dititikberatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. telah membina masjid-masjid selain menjadikan rumah al-Arqam sebagai institusi pendidikan. Kepentingan pendidikan dalam Islam ini jelas terlihat pada maksud ayat pertama (wahyu) yang baginda terima iaitu Bacalah

10.

Amalan ekonomi : Sebelum Islam : masyarakat Arab menjalankan amalan ekonomi negatif seperti penindasan, penipuan dalam perniagaan, rompakan, penjualan berhala, monopoli dan sebagainya. Setelah Islam : Islam melarang segala bentuk kegiatan ekonomi berunsur penindasan dan riba. Islam menggalakkan umatnya melaksanakan sistem ekonomi Islam berteraskan semangat bantu-mambantu seperti dalam perdagangan dan pertanian.

11.

Identiti masyarakat : Keutamaan pada bangsa amat ditekankan pada zaman jahiliyah. Pada zaman Islam, ditekankan aspek persaudaraan Islam tanpa mangira latarbelakang keturunan dan warna kulit. Kesimpulan (2 markah)

1. 2.

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab membolehkan Islam terus berkembang dan membolehkan juga berlakunya penciptaan tamadun walaupun Islam lahir di kawasan tandus. Kecemerlangan umat Islam zaman Rasulullah s.a.w. itu terus diwarisi oleh generasi seterusnya (Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepasnya).

SOALAN Huraikan proses hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah serta kepentingannya. Pendahuluan (3 markah)

1. 2.

Madinah adalah sebuah negara kota di Tanah Arab. Dikenali Yathrib sebelum penghijrahan Rasullah s.a.w. Kota ini terletak antara Yaman di selatan dan Syam di utara, di kawasan oasis yang subur. Jaraknya lebih kurang 200 batu di sebelah utara Kota Makkah. Latar belakang peistiwa hijrah : peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan umat Islam berlaku pada 622M (setelah 13 tahun kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.). Penghijrahan ini berlaku secara berperingkat-peringkat sebagai kaedah untuk mengelak dari diketahui oleh Quraisy Makkah. Penghijrahan berlaku setelah penduduk Madinah dan Rasulullah memeterai Persetiaan Aqabah II. Bagaimanapun terdapat pelbagai faktor lain yang men