bachelor of fine arts (film, screen and new media) · pdf filekraf yang digunakan dalam media...

1
Bachelor of Fine Arts (Film, Screen and New Media) Sarjana Muda Seni Halus (Penerbitan Filem, TV dan Media Baru) Mereka yang melakukan pengkhususan dalam penerbitan mungkin bercita-cita untuk bekerja dalam penyelidikan pengurusan penerbitan, pengembangan skrip dan penyuntingan, atau perancangan dan penjadualan untuk penjual media skrin. Mereka yang memilih pengkhususan kraf dapat berharap mempunyai kerjaya sebagai juru sinematografi, penyunting visi dan bunyi, pengarah atau penulis skrip. Syarat masuk: Akademik • Kelulusan bersamaan dengan pendidikan Tingkatan 6 Australia • Portfolio tidak diperlukan • Disediakan pengiktirafan tahap untuk memasuki program ini. Bahasa Inggeris • IELTS 6.5 (tiada subskor di bawah 6.0) • Sekiranya anda tidak memenuhi syarat Bahasa Inggeris minimum, anda mungkin ditawarkan program peralihan melalui Kolej Antarabangsa QUT (QUTIC) untuk memasuki ijazah ini. Pameran karya mahasiswa: Mahasiswa Industri Kreatif tetap menghasilkan karya baru sepanjang tahun untuk tugas penilaian, acara pameran dan projek kerjasama bebas. Contoh karya mahasiswa dan tinjauan projek mahasiswa boleh dilihat di www.nowalls.qut.edu.au Maklumat lanjut: Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini, sila lihat: www.creativeindustries.qut.edu.au ATAU e-mel: [email protected] Bercerita pada skrin tidak lagi terhad pada filem pawagam mahal dan siri televisyen yang ditugaskan rangkaian utama. Keperluan bagi kandungan bermutu untuk TV langganan, peralatan bimbit, Internet, kempen penajaan, pesta filem dan acara yang membawa peluang lumayan bagi profesional multi kemahiran untuk menghasilkan terbitan yang amat kreatif dan memikat. Kursus ini memberi kefleksibelan dan pelbagai kemahiran industri praktikal, sambil menggalakkan anda untuk mempertajam kemahiran anda dalam penerbitan, penulisan, penyuntingan, bunyi, sinematografi atau pengarahan. Anda akan mempelajari kemahiran kraf yang digunakan dalam media audio visual di samping pengetahuan tentang cara industri hiburan berfungsi serta kemahiran perniagaan dan kepimpinan. Tidak kira pengkhususan pilihan anda, asas luas kemahiran ini akan menjadikan anda lebih menarik bagi para majikan, atau sebagai alternatif memberi anda kemampuan untuk menguasai kerjaya bebas anda dengan lebih baik. Anda akan siap untuk industri, apapun peranan yang anda pilih. Anda akan memperoleh pengalaman dalam pengkhususan anda dengan bekerja bersama mahasiswa lain untuk menghasilkan karya kreatif untuk klien luar, dan karya anda mungkin ditampilkan kepada industri di penayangan awam pada tahun terakhir anda. Terdapat penekanan pada menciptakan kandungan bermutu untuk pelbagai aplikasi. Anda akan memilih daripada pelbagai genre, termasuk rencana, drama, format televisyen dan filem eksperimen; dan digalakkan untuk mempertimbangkan format yang termasuk filem, televisyen, digital HD dan platform bimbit. Struktur program: Kursus ini akan membolehkan anda menjelajahi pelbagai pilihan kerjaya dalam industri filem, televisyen dan media baru sebelum pengkhususan dalam suatu bidang pilihan anda. Jika minat anda ialah sinematografi, penyuntingan, bunyi atau penerbitan, anda akan mengembangkan kemahiran teknikal dengan menghasilkan kandungan kreatif bermutu tinggi. Jika anda berminat dalam penerbitan, anda akan berpeluang menjadi usahawan kreatif, dengan mempelajari cara untuk menghasilkan idea dan mengembangkan idea tersebut menjadi terbitan siap melalui pemerolehan dana, kakitangan dan pengagihan. Sebagai alternatif, anda boleh mempertajam kemahiran anda dalam penulisan skrip. Kemudahan dan teknologi: Terletak dalam Presint Industri Kreatif – tempat pusat untuk kemudahan di mana kakitangan dan mahasiswa bekerjasama dengan ruang pertunjukan, studio penerbitan, bilik sunting dan studio reka bentuk yang canggih. Anda akan bekerja dengan peralatan bertaraf industri dan mempelajari teknik untuk keluaran digital dan filem. Kelas lanjutan diadakan di studio produksi khusus, dan berakhir dengan penerbitan filem Super 16. QUT merupakan rakan AVID rasmi yang pertama di Australia, maka kakitangan kami mempunyai kemahiran dan pengetahuan terkini tentang teknologi canggih ini. Hasil kerjaya: Para lulusan bekerja dalam industri filem, televisyen dan skrin dalam jawatan permulaan di set filem, untuk syarikat penerbitan, untuk penjual media skrin dan juga sebagai profesional bebas.

Upload: dangkhue

Post on 13-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Bachelor of Fine Arts (Film, Screen and New Media)

Sarjana Muda Seni Halus (Penerbitan Filem, TV dan Media Baru)

Mereka yang melakukan pengkhususan dalam penerbitan mungkin bercita-cita untuk bekerja dalam penyelidikan pengurusan penerbitan, pengembangan skrip dan penyuntingan, atau perancangan dan penjadualan untuk penjual media skrin. Mereka yang memilih pengkhususan kraf dapat berharap mempunyai kerjaya sebagai juru sinematografi, penyunting visi dan bunyi, pengarah atau penulis skrip.

Syarat masuk:Akademik• Kelulusan bersamaan dengan pendidikan Tingkatan 6 Australia• Portfolio tidak diperlukan• Disediakan pengiktirafan tahap untuk memasuki program ini.

Bahasa Inggeris• IELTS 6.5 (tiada subskor di bawah 6.0)• Sekiranya anda tidak memenuhi syarat Bahasa Inggeris minimum, anda mungkin ditawarkan program peralihan melalui Kolej Antarabangsa QUT (QUTIC) untuk memasuki ijazah ini. Pameran karya mahasiswa:Mahasiswa Industri Kreatif tetap menghasilkan karya baru sepanjang tahun untuk tugas penilaian, acara pameran dan projek kerjasama bebas. Contoh karya mahasiswa dan tinjauan projek mahasiswa boleh dilihat di www.nowalls.qut.edu.au

Maklumat lanjut:Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini, sila lihat:www.creativeindustries.qut.edu.au ATAUe-mel: [email protected]

Bercerita pada skrin tidak lagi terhad pada filem pawagam mahal dan siri televisyen yang ditugaskan rangkaian utama. Keperluan bagi kandungan bermutu untuk TV langganan, peralatan bimbit, Internet, kempen penajaan, pesta filem dan acara yang membawa peluang lumayan bagi profesional multi kemahiran untuk menghasilkan terbitan yang amat kreatif dan memikat.

Kursus ini memberi kef lek sibelan dan pelbagai kemahiran industri praktikal, sambil menggalakkan anda untuk mempertajam kemahiran anda dalam penerbitan, penulisan, penyuntingan, bunyi, sinematograf i atau pengarahan. Anda akan mempelajari kemahiran kraf yang digunakan dalam media audio visual di samping pengetahuan tentang cara industri hiburan berfungsi serta kemahiran perniagaan dan kepimpinan. Tidak kira pengkhususan pilihan anda, asas luas kemahiran ini akan menjadikan anda lebih menarik bagi para majikan, atau sebagai alternatif memberi anda kemampuan untuk menguasai kerjaya bebas anda dengan lebih baik.

Anda akan siap untuk industri, apapun peranan yang anda pilih. Anda akan memperoleh pengalaman dalam pengkhususan anda dengan bekerja bersama mahasiswa lain untuk menghasilkan karya kreatif untuk klien luar, dan karya anda mungkin ditampilkan kepada industri di penayangan awam pada tahun terakhir anda.

Terdapat penekanan pada menciptakan kandungan bermutu untuk pelbagai aplikasi. Anda akan memilih daripada pelbagai genre, termasuk rencana, drama, format televisyen dan filem eksperimen; dan digalakkan untuk mempertimbangkan format yang termasuk filem, televisyen, digital HD dan platform bimbit.

Struktur program:Kursus ini akan membolehkan anda menjelajahi pelbagai pilihan kerjaya dalam industri filem, televisyen dan media baru sebelum pengkhususan dalam suatu bidang pilihan anda. Jika minat anda ialah sinematografi, penyuntingan, bunyi atau penerbitan, anda akan mengembangkan kemahiran teknikal dengan menghasilkan kandungan kreatif bermutu tinggi. Jika anda berminat dalam penerbitan, anda akan berpeluang menjadi usahawan kreatif, dengan mempelajari cara untuk menghasilkan idea dan mengembangkan idea tersebut menjadi terbitan siap melalui pemerolehan dana, kakitangan dan pengagihan. Sebagai alternatif, anda boleh mempertajam kemahiran anda dalam penulisan skrip.

Kemudahan dan teknologi:Terletak dalam Presint Industri Kreatif – tempat pusat untuk kemudahan di mana kakitangan dan mahasiswa bekerjasama dengan ruang pertunjukan, studio penerbitan, bilik sunting dan studio reka bentuk yang canggih. Anda akan bekerja dengan peralatan bertaraf industri dan mempelajari teknik untuk keluaran digital dan filem. Kelas lanjutan diadakan di studio produksi khusus, dan berakhir dengan penerbitan filem Super 16. QUT merupakan rakan AVID rasmi yang pertama di Australia, maka kakitangan kami mempunyai kemahiran dan pengetahuan terkini tentang teknologi canggih ini.

Hasil kerjaya:Para lulusan bekerja dalam industri f ilem, televisyen dan skrin dalam jawatan permulaan di set filem, untuk syarikat penerbitan, untuk penjual media skrin dan juga sebagai profesional bebas.