bab 8 agama dan hubungan etnik

26
BAB 7 BAB 7 AGAMA DAN AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK

Upload: siti-aminah-siti

Post on 16-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kkkk

TRANSCRIPT

  • BAB 7

    AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

  • Agama IslamIslam ialah sebuah agama yang diturunkan di Mekah dan ia tersebar ke seluruh dunia termasuklah di Alam Melayu.Kedatangan Islam di Malaysia bermula pada awal kurun ke-14 masehi iaitu pada tahun 1309 masehi di Terengganu.Bermula 1957, Malaysia telah meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya, sejak tahun 1963, dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia.Perkataan Islam berasal daripada perkataan Arab salima yang bermaksud keamanan, ketulenan, penyerahan dan ketaatan.Dari segi keagamaan, perkataan Islam bermaksud penyerahan kepada Kehendak Tuhan dan ketaatan kepada Undang-undangNya.

  • Agama Islam ialah sebuah agama yang berpegang kepada kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja iaitu Allah yang bersifat dengan sifat Maha Esa.Islam telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk seterusnya disebarkan kepada seluruh manusia di alam ini.Kesemua ajaran dan arahan yang berbentuk konseptual dan praktikal mengenai Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad telah dikumpulkan dan dibukukan yang kemudiannya dinamakan sebagai al-Quran.Isi kandungan Al-Quran merupakan seratus peratus kata-kata Allah dalam bentuk ajaran dan arahan.Islam merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah bukannya agama ciptaan Nabi Muhammad atau manusia.Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T untuk umat manusia seluruhnya.

  • Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama dan penting untuk memahami ajaran dan arahan yang terdapat dalam agama Islam.Oleh kerana Nabi Muhammad merupakan insan teristimewa dan paling rapat dengan Allah maka Nabi Muhammad merupakan manusia yang paling memahami dan mengerti segala kandungan ajaran dan arahan yang terdapat dalam Al-Quran.Segala aktiviti yang Nabi Muhammad lakukan berkaitan dengan pengajaran dan penyebaran ajaran dan arahan Islam telah dikumpulkan dan dibukukan yang kemudiannya dinamakan hadis.Al-Quran dan Hadis merupakan dua sumber utama dalam Islam.Orang Islam wajib beriman dan bercaya kepada ajaran dan perintah sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.Keimanan dan kepercayaan dimanifestasikan melalui amalan-amalan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

  • Rukun ImanBeriman kepada AllahBeriman kepada RasulBeriman kepada kitab-kitab AllahBeriman kepada MalaikatBeriman kepada Hari KiamatBeriman kepada Qada dan Qadar

  • Rukun IslamMengucap dua kalimah syahadah yang bermaksud: aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh AllahMenunaikan sembahyang lima waktu sehari semalamMenunaikan zakatMenunaikan puasa di bulan RamadhanMenunaikan haji kepada yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan.

  • 2 lagi sumber untuk memahami agama Islama.Ijmak ulamakb.Qiyas

  • Agama BuddhaBuddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud Yang bebas daripada kejahilan(Enlightened one) gelaran kepada pengasas agama Buddha, Saiddharta Gautama Buddha.Agama Buddha telah berkembang dan memainkan peranan utama dalam kehidupan rohaniah penduduk di Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara, negara China, Korea dan Jepun.Di Malaysia, agama Buddha merupakan antara agama utama di kalangan masyarakat Cina.

  • Agama Buddha pertamanya menekankan Empat kebenaran Mulia mengenai alam. Kebenaran-kebenaran ini ialah ;Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alamPenderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan.Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya;Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikuti Jalan Mulia Berlapis Lapan (Noble Eightfold Path)

  • Jalan Mulia Berlapis LapanPandangan yang betulNiat yang betulPertuturan yang betulTindakan yang betulPunca pencarian yang betul (right livelihood)Usaha yang betulTumpuan yang betul (right concentration)Pertimbangan yang betul (right mindfulness)

    Sekiranya peraturan-peraturan di atas dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri daripada pengabdian kelahiran semula (bondage of rebirth) dan mencapai nirwana.

  • Agama HinduAgama Hindu (dalam bahasa Sanskrit sebagai Sanatana Dharma yang bermaksud undang-undang abadi bermula di India sejak kira-kira tahun 3500 SM.Pengaruh agama Hindu sangat kuat di dunia Timur dan dipercayai menjadi penyebab kepada kebangkitan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.Agama Hindu tidak mempunyai pengasas atau kitab suci.Ajaran Hindu terawal terkandung dalam empat kitab Veda iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Vedu dan Atharva Veda.Orang Hindu menyembah pelbagai dewa yang sebenarnya merupakan penjelmaan satu Tuhan yang sama.Tiga dewa utama mereka yang dipanggil Trimurthi ialah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah)

  • Konsep utama agama Hindu ;

    * Dharma (tugas dan tanggungjawab setiap insan)* Samsara (putaran berulang kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula).* Karma (perbuatan atau kelakuan seseorang semasa hidup yang akan menentukan kehidupannya di akhirat)* Moksha (kebebasan dan putaran kelahiran dan kematian)Matlamat utama para penganut agama Hindu untuk mencapai Moksha.Keempat-empat konsep ini dapat dihayati dengan memilih dan mengamalkan jalan yang menuju kesempurnaan.Empat jalan untuk mencapai kesempurnaan ; Raja Yoga (melalui tafakur mengenal Tuhan), Jnana Yoga (melalui ilmu suci mengenai kebenaran alam), Bhakti Yoga (melalui rasa cinta kasih pada Tuhan) dan Karma Yoga (melalui perlakuan sempurna).

  • Agama KristianAgama Kristian hadir dalam alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Barat ke rantau ini seperti orang Portugal, Sepanyol dan Belanda.Pengasas agama Kristian ialah Jesus Christ yang dilahirkan pada kira-kira tahun 6 SM.Kitab suci agama Kristian iaitu Bible yang dibahagi kepada dua iaitu Old testament dan New Testament.Ikutan kepada Ten Commandments dan sifat perilaku Jesus Christ yang tiada cacat celanya merupakan panduan utama penganut Kristian.

  • Empat prinsip utama dalam ajaran KristianTerdapat satu tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam.Berpegang kepada konsep trinity iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan Holy SpiritAjaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai Tuhan serta melayan semua orang secara adil dan hidup secara aman dan damai.Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia. Seorang Kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

  • Ajaran asas agama Kristian terdapat dalam dua rukun utama;

    i) Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamuii) Cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri

  • Asas-Asas Hubungan Etnik dalam Konteks AgamaBerkenal-Kenalan

    Menjadi fitrah manusia untuk hidup, berkasih sayang dan saling berhubung antara satu dengan yang lain.Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit yang berlainan supaya mereka berbaik antara satu sama dengan lain agar mereka dapat hidup bersama dalam keadaan aman dan sejahtera.

  • PersefahamanSaling memahami antara satu sama lain untuk mencapai kehidupan yang harmonis dan sejahtera.Persefahaman diamalkan melalui cara berikut;

    i) Perlu saling mengenali antara satu dengan yang lain.ii) Berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup murni.Program kemasyarakatan seperti gotong-royong, beriadah atau bersukan.Sikap memahami antara satu sama lain, saling menasihati dan tegur-menegur.

  • BekerjasamaWujudnya kerjasama, tolong menolong dan saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan masyarakat majumuk.Bekerjasama dalam masyarakat pelbagai etnik bertujuan ke arah kebaikan, mengelakkan musibat demi mencapai kepentingan bersama.Bentuk pertolongan bergantung kepada kemampuan seseorang contohnya pertolongan dalam bentuk tenaga, harta benda dan masa.

  • PersaudaraanBermaksud perhubungan seperti bersaudara atau pertalian yang rapat ibarat isi dengan kuku.Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan konsep hidup bersandarkan kepada persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa.Abdullah Nasih Ulwan (seorang ilmuan Islam) menyifatkan persaudaraan sebagai suatu ikatan kerohanian yang melahirkan perasaan mendalam dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri.

  • Berkasih SayangSifat kasih sayang merupakan satu sifat kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan dibajai dalam sanubari setiap anggota masyarakat.Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan kemesraan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah sifat bermusuhan, benci-membenci dan dengki-mendengki antara satu sama lain.

  • Saling menjaminSentiasa bersedia untuk saling melindungi antara satu dengan yang lain.Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan.2 prinsip kerjasama dalam pendekatan Islam Hadhari

    i) Kerjasama umum, iaitu setiap individu bertanggungjawab untuk menjamin mata pencarian orang lain mengikut kemampuannyaii)Prinsip jaminan sosial, iaitu tanggungjawab negara menjamin sesuatu tingkat kemakmuran bagi semua warga negara.

  • Pendekatan Islam HadhariPerkataan hadhari bermaksud yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun.Malek Bennabi istilah hadharah membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual.Islam Hadhari ditakrifkan sebagai islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal (material) dan spiritual.Islam Hadhari juga merupakan perlaksanaan Islamm secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini, tanpa membelakangi asas akidah yang amat unik.

  • Tujuan Islam HadhariMemperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi pelbagai cabaran dunia semasa.Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan kerohanian, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif, memandang tinggi budaya integriti, membenci rasuah dan melaksanakan sistem penyampaian pentadbiran negara yang cekap kepada semua rakyat tanpa mengira golongan etnik.Menjana kecemerlangan ummah dan seterusnya membina peradaban dan ketamadunan insan yang meliputi aspek jasmani dan rohani.

  • 10 Prinsip Islam HadhariKeimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.TKerajaan yang adil dan beramanahRakyat yang berjiwa merdekaPenguasaan ilmu pengetahuanPembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensifKehidupan berkualitiPembelaan hak kumpulan minoriti dan wanitaKeutuhan budaya dan moralPemeliharaan alam semula jadiKekuatan pertahanan

  • Pembentukan Masyarakat HadhariMatlamat utama pembentukan masyarakat Hadhari adalah untuk membangunkan warga Malaysia menurut acuan sendiri berasaskan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang.Prinsip pertama Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T berteraskan pegangan asas penganut agama Islam di Malaysia, namun turut memperakukan bahawa setiap agama di Malaysia juga mempunyai pegangan spritual masing-masing.9 prinsip Islam Hadhari yang berikutnya merupakan prinsip-prinsip yang selaras dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain.Sekiranya prinsip-prinsip ini dihayati sepenuhnya oleh warganegara maka tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara contoh yang utama di dunia dalam merealisasikan keharmonian hubungan multietnik.

  • ISLBincangkan prinsip-prinsip Islam Hadhari secara ringkas.

    Huraikan bagaimana prinsip-prinsip Islam Hadhar dapat memupuk pembentukan masyarakat pelbagai kaum yang harmoni.