bab 8 agama dan hubungan etnik

26
BAB 8 AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Upload: farid-hasan

Post on 18-Jul-2015

209 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 8 agama dan hubungan etnik

BAB 8

AGAMA DAN

HUBUNGAN ETNIK

Page 2: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Agama Islam

Islam ialah sebuah agama yang diturunkan di Mekah dan ia tersebar ke seluruh dunia termasuklah di Alam Melayu.

Kedatangan Islam di Malaysia bermula pada awal kurun ke-14 masehi iaitu pada tahun 1309 masehi di Terengganu.

Bermula 1957, Malaysia telah meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya, sejak tahun 1963, dikenali sebagai Perlembagaan Malaysia.

Perkataan “Islam” berasal daripada perkataan Arab “salima” yang bermaksud keamanan, ketulenan, penyerahan dan ketaatan.

Dari segi keagamaan, perkataan Islam bermaksud penyerahan kepada Kehendak Tuhan dan ketaatan kepada Undang-undangNya.

Page 3: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Agama Islam ialah sebuah agama yang berpegang kepada kepercayaan hanya kepada satu Tuhan sahaja iaitu Allah yang bersifat dengan sifat Maha Esa.

Islam telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk seterusnya disebarkan kepada seluruh manusia di alam ini.

Kesemua ajaran dan arahan yang berbentuk konseptual dan praktikal mengenai Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad telah dikumpulkan dan dibukukan yang kemudiannya dinamakan sebagai al-Quran.

Isi kandungan Al-Quran merupakan seratus peratus kata-kata Allah dalam bentuk ajaran dan arahan.

Islam merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah bukannya agama ciptaan Nabi Muhammad atau manusia.

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T untuk umat manusia seluruhnya.

Page 4: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama dan penting untuk memahami ajaran dan arahan yang terdapat dalam agama Islam.

Oleh kerana Nabi Muhammad merupakan insan teristimewa dan paling rapat dengan Allah maka Nabi Muhammad merupakan manusia yang paling memahami dan mengerti segala kandungan ajaran dan arahan yang terdapat dalam Al-Quran.

Segala aktiviti yang Nabi Muhammad lakukan berkaitan dengan pengajaran dan penyebaran ajaran dan arahan Islam telah dikumpulkan dan dibukukan yang kemudiannya dinamakan hadis.

Al-Quran dan Hadis merupakan dua sumber utama dalam Islam.

Orang Islam wajib beriman dan bercaya kepada ajaran dan perintah sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Keimanan dan kepercayaan dimanifestasikan melalui amalan-amalan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Page 5: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Rukun Iman

Beriman kepada Allah

Beriman kepada Rasul

Beriman kepada kitab-kitab Allah

Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada Hari Kiamat

Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Page 6: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Rukun Islam

Mengucap dua kalimah syahadah yang bermaksud: “aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” dan “aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

Menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam

Menunaikan zakat

Menunaikan puasa di bulan Ramadhan

Menunaikan haji kepada yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan.

Page 7: Bab 8 agama dan hubungan etnik

2 lagi sumber untuk memahami agama

Islam

a.Ijmak ulamak

b.Qiyas

Page 8: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Agama Buddha

Buddha dalam bahasa Sanskrit bermaksud

“Yang bebas daripada kejahilan”(Enlightened

one) – gelaran kepada pengasas agama

Buddha, Saiddharta Gautama Buddha.

Agama Buddha telah berkembang dan

memainkan peranan utama dalam kehidupan

rohaniah penduduk di Sri Lanka, Asia Tengah,

Asia Tenggara, negara China, Korea dan Jepun.

Di Malaysia, agama Buddha merupakan antara

agama utama di kalangan masyarakat Cina.

Page 9: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Agama Buddha pertamanya menekankan Empat kebenaran Mulia mengenai alam. Kebenaran-kebenaran ini ialah ;

Penderitaan atau kesengsaraan hidup adalah lumrah alam

Penderitaan manusia berpunca daripada nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan.

Bagi mengelakkan penderitaan, seseorang itu harus mengatasi nafsunya;

Bagi mengatasi nafsu, seseorang itu haruslah mengikuti Jalan Mulia Berlapis Lapan (Noble Eightfold Path)

Page 10: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Jalan Mulia Berlapis Lapan

Pandangan yang betul

Niat yang betul

Pertuturan yang betul

Tindakan yang betul

Punca pencarian yang betul (right livelihood)

Usaha yang betul

Tumpuan yang betul (right concentration)

Pertimbangan yang betul (right mindfulness)

Sekiranya peraturan-peraturan di atas dipatuhi, manusia dapat melepaskan diri daripada pengabdian kelahiran semula (bondage of rebirth) dan mencapai nirwana.

Page 11: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Agama HinduAgama Hindu (dalam bahasa Sanskrit sebagai Sanatana Dharma yang bermaksud “undang-undang abadi” bermula di India sejak kira-kira tahun 3500 SM.

Pengaruh agama Hindu sangat kuat di dunia Timur dan dipercayai menjadi penyebab kepada kebangkitan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.

Agama Hindu tidak mempunyai pengasas atau kitab suci.

Ajaran Hindu terawal terkandung dalam empat kitab Veda iaitu Rig Veda, Sama Veda, Yajur Vedu dan Atharva Veda.

Orang Hindu menyembah pelbagai dewa yang sebenarnya merupakan penjelmaan satu Tuhan yang sama.

Tiga dewa utama mereka yang dipanggil Trimurthi ialah Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah)

Page 12: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Konsep utama agama Hindu ;

* Dharma (tugas dan tanggungjawab setiap insan)

* Samsara (putaran berulang kelahiran, kehidupan,

kematian dan kelahiran semula).

* Karma (perbuatan atau kelakuan seseorang semasa

hidup yang akan menentukan kehidupannya di akhirat)

* Moksha (kebebasan dan putaran kelahiran dan

kematian)

Matlamat utama para penganut agama Hindu untuk mencapai Moksha.

Keempat-empat konsep ini dapat dihayati dengan memilih dan mengamalkan jalan yang menuju kesempurnaan.

Empat jalan untuk mencapai kesempurnaan ; Raja Yoga (melalui tafakur mengenal Tuhan), Jnana Yoga (melalui ilmu suci mengenai kebenaran alam), Bhakti Yoga (melalui rasa cinta kasih pada Tuhan) dan Karma Yoga (melalui perlakuan sempurna).

Page 13: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Agama Kristian

Agama Kristian hadir dalam alam Melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Barat ke rantau ini seperti orang Portugal, Sepanyol dan Belanda.

Pengasas agama Kristian ialah Jesus Christ yang dilahirkan pada kira-kira tahun 6 SM.

Kitab suci agama Kristian iaitu Bible yang dibahagi kepada dua iaitu Old testament dan New Testament.

Ikutan kepada Ten Commandments dan sifat perilaku Jesus Christ yang tiada cacat celanya merupakan panduan utama penganut Kristian.

Page 14: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Empat prinsip utama dalam ajaran Kristian

Terdapat satu tuhan yang merupakan pencipta seluruh alam.

Berpegang kepada konsep “trinity” iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan “Holy Spirit”

Ajaran Jesus hendaklah sentiasa diikuti. Manusia harus mencintai Tuhan serta melayan semua orang secara adil dan hidup secara aman dan damai.

Setiap orang akan diadili oleh tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia. Seorang Kristian yang taat kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi selepas mati manakala seorang yang berdosa akan menghadapi kesengsaraan abadi.

Page 15: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Ajaran asas agama Kristian terdapat dalam

dua rukun utama;

i) Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa

ragamu

ii) Cintailah jiranmu seperti kamu

mencintai diri sendiri

Page 16: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Asas-Asas Hubungan Etnik

dalam Konteks Agama

Berkenal-Kenalan

Menjadi fitrah manusia untuk hidup, berkasih

sayang dan saling berhubung antara satu

dengan yang lain.

Manusia dijadikan paras rupa dan warna kulit

yang berlainan supaya mereka berbaik antara

satu sama dengan lain agar mereka dapat hidup

bersama dalam keadaan aman dan sejahtera.

Page 17: Bab 8 agama dan hubungan etnik

PersefahamanSaling memahami antara satu sama lain untuk mencapai kehidupan yang harmonis dan sejahtera.

Persefahaman diamalkan melalui cara berikut;

i) Perlu saling mengenali antara satu dengan

yang lain.

ii) Berpegang teguh kepada ajaran agama dan

mengamalkan nilai-nilai hidup murni.

Program kemasyarakatan seperti gotong-royong, beriadah atau bersukan.

Sikap memahami antara satu sama lain, saling menasihati dan tegur-menegur.

Page 18: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Bekerjasama

Wujudnya kerjasama, tolong menolong dan

saling membantu antara satu sama lain dalam

kehidupan masyarakat majumuk.

Bekerjasama dalam masyarakat pelbagai etnik

bertujuan ke arah kebaikan, mengelakkan

musibat demi mencapai kepentingan bersama.

Bentuk pertolongan bergantung kepada

kemampuan seseorang contohnya pertolongan

dalam bentuk tenaga, harta benda dan masa.

Page 19: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Persaudaraan

Bermaksud perhubungan seperti bersaudara

atau pertalian yang rapat ibarat isi dengan kuku.

Pendekatan Islam Hadhari menganjurkan

konsep hidup bersandarkan kepada

persaudaraan atas dasar beriman dan bertakwa.

Abdullah Nasih Ulwan (seorang ilmuan Islam)

menyifatkan persaudaraan sebagai suatu ikatan

kerohanian yang melahirkan perasaan

mendalam dalam diri seseorang tentang belas

kasihan, cinta kasih dan penghormatan diri.

Page 20: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Berkasih Sayang

Sifat kasih sayang merupakan satu sifat

kemanusiaan yang sewajarnya disemai dan

dibajai dalam sanubari setiap anggota

masyarakat.

Sifat kasih sayang mampu mengikat hubungan

kemesraan dalam kalangan masyarakat

pelbagai etnik.

Apabila hati dengan hati bertaut erat, hilanglah

sifat bermusuhan, benci-membenci dan dengki-

mendengki antara satu sama lain.

Page 21: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Saling menjaminSentiasa bersedia untuk saling melindungi antara satu dengan yang lain.

Keadaan ini melahirkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap anggota masyarakat untuk membantu ahli masyarakat yang lain ketika mereka menghadapi kesusahan atau memerlukan pertolongan.

2 prinsip kerjasama dalam pendekatan Islam Hadhari

i) Kerjasama umum, iaitu setiap individu

bertanggungjawab untuk menjamin mata pencarian

orang lain mengikut kemampuannya

ii)Prinsip jaminan sosial, iaitu tanggungjawab negara

menjamin sesuatu tingkat kemakmuran bagi semua

warga negara.

Page 22: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Pendekatan Islam HadhariPerkataan “hadhari” bermaksud “yang bertamadun” atau “Islam yang menekankan aspek tamadun”.

Malek Bennabi – istilah “hadharah” membawa maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dan spiritual.

Islam Hadhari ditakrifkan sebagai islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan ketamadunan tinggi yang menekankan peri pentingnya kedua-dua aspek fizikal (material) dan spiritual.

Islam Hadhari juga merupakan perlaksanaan Islamm secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini, tanpa membelakangi asas akidah yang amat unik.

Page 23: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Tujuan Islam Hadhari

Memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi pelbagai cabaran dunia semasa.

Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan kerohanian, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif, memandang tinggi budaya integriti, membenci rasuah dan melaksanakan sistem penyampaian pentadbiran negara yang cekap kepada semua rakyat tanpa mengira golongan etnik.

Menjana kecemerlangan ummah dan seterusnya membina peradaban dan ketamadunan insan yang meliputi aspek jasmani dan rohani.

Page 24: Bab 8 agama dan hubungan etnik

10 Prinsip Islam Hadhari

1. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T

2. Kerajaan yang adil dan beramanah

3. Rakyat yang berjiwa merdeka

4. Penguasaan ilmu pengetahuan

5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif

6. Kehidupan berkualiti

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

8. Keutuhan budaya dan moral

9. Pemeliharaan alam semula jadi

10. Kekuatan pertahanan

Page 25: Bab 8 agama dan hubungan etnik

Pembentukan Masyarakat Hadhari

Matlamat utama pembentukan masyarakat Hadhari adalah untuk membangunkan warga Malaysia menurut acuan sendiri berasaskan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Prinsip pertama “Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T” berteraskan pegangan asas penganut agama Islam di Malaysia, namun turut memperakukan bahawa setiap agama di Malaysia juga mempunyai pegangan spritual masing-masing.

9 prinsip Islam Hadhari yang berikutnya merupakan prinsip-prinsip yang selaras dengan nilai-nilai sejagat yang diamalkan oleh agama-agama lain.

Sekiranya prinsip-prinsip ini dihayati sepenuhnya oleh warganegara maka tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara contoh yang utama di dunia dalam merealisasikan keharmonian hubungan multietnik.

Page 26: Bab 8 agama dan hubungan etnik

ISL

Bincangkan prinsip-prinsip Islam Hadhari

secara ringkas.

Huraikan bagaimana prinsip-prinsip Islam

Hadhar dapat memupuk pembentukan

masyarakat pelbagai kaum yang harmoni.