bab 8

57
06/07/22 PME 1013- Azrain Nasyrah Mu stapa Oleh: Azrain Nasyrah Mustapa

Upload: wanbk-leo

Post on 20-Jan-2015

10.237 views

Category:

Business


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 8

04/10/23 PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa

Oleh:

Azrain Nasyrah Mustapa

Page 2: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Di akhir bab ini, pelajar akan dapat: Memahami kepentingan perniagaan keluarga. Membincangkan komponen-komponen utama dalam

sistem perniagaan keluarga, dan perbezaan antara nilai keluarga dengan nilai perniagaan keluarga.

Mengenal pasti ciri-ciri perniagaan keluarga positif dan negatif, serta kekuatan dan kelemahan perniagaan keluarga.

Menjelaskan punca-punca pengambilalihan perniagaan keluarga dan pembangunan strategi penggantian.

Membincangkan pengekalan perniagaan keluarga dan isu-isu ketara dalam perniagaan keluarga.

Page 3: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

PENGENALAN

Secara amnya, perniagaan keluarga boleh didapati dalam pelbagai sektor ekonomi dunia yang menjurus kepada perniagaan yang dikenali sebagai enterprais ‘mom and pop’ sehinggalah meliputi syarikat-syarikat gergasi yang boleh dijumpai dewasa ini.

Perniagaan keluarga boleh dikatakan unik berbanding dengan perniagaan-perniagaan yang lain memandangkan masalah dan dilema yang dihadapi oleh mereka ternyata berbeza. Ini adalah kemungkinan disebabkan percampuran antara perniagaan dan keluarga dalam hal-hal pengurusan perniagaan khasnya.

Page 4: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

KEUNIKAN/KEPENTINGAN (KES AMERIKA SYARIKAT) Menjana pendapatan kepada sesebuah negara. Ini

dibuktikan apabila terdapat 17 juta perniagaan keluarga yang beroperasi di Amerika Syarikat yang rata-rata merupakan antara negara termaju di dunia dan sebanyak enam puluh peratus perniagaan awam berhad di Amerika Syarikat kekal di bawah pengaruh keluarga.

Secara tidak langsung, tanpa disedari perniagaan keluarga juga mampu menjana sebanyak lapan puluh lima peratus peluang pekerjaan dalam sektor swasta dan empat puluh sembilan peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Amerika Syarikat.

Page 5: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

PERNIAGAAN KELUARGA DI MALAYSIA Malaysian family run businesses are small scale

enterprises (51 staff and below) which are still managed by the founder with activities focused on manufacturing, retailing or construction.

most of these businesses were started by people having 6½ years or more of work experience, which means that family businesses were commenced by people with appropriate experience.

Page 6: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Malaysia has great potential for growth of family run businesses, which will positively impact the country's economic growth as a whole.

Eg:

Page 7: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Characteristics of the family businesses in MALAYSIA

Most of the businesses (59%) are still run by the founder & the founder is supported by:- brothers & sisters (45%)- children (24%)- distant relatives (14%)

Most small scale enterprises (65%) are managed by founders

55% of the businesses are small scale enterprises employing below 51 persons

Manufacturing (35%) is the main activity of family business

Page 8: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

DEFINISI PERNIAGAAN KELUARGA Perniagaan keluarga boleh didefinisikan

sebagai pemegangan majoriti pemilikan dan pengurusan oleh satu keluarga, yang mana dua atau lebih ahli keluarga pada masa yang sama terlibat secara langsung dalam perniagaan tersebut.

Page 9: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Lebih daripada 50 peratus undian saham dimiliki oleh satu keluarga,

Satu kumpulan keluarga mengawal perniagaan tersebut, dan

Bahagian penting dipegang dan dimiliki oleh pengurusan kanan perniagaan datang dari keluarga yang sama.

(LONDON BUSINESS SCHOOL)

Page 10: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Meredith (1988) mendefinisikan perniagaan keluarga sebagai perniagaan yang mempunyai majoriti jawatannya dipegang oleh ahli-ahli dalam keluarga, dan kebiasaannya pengasas dan pasangannya memegang majoriti ekuiti perniagaan dan anak-anak serta kaum kerabatnya memegang jawatan utama dalam tahap pengurusan syarikat

Page 11: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Galiano dan Vinturella (1995) mentakrifkan perniagaan keluarga sebagai perniagaan yang mana ahli-ahli keluarga mempunyai kawalan yang sah atas pemilikan.

Dyer (1986) yang mendefinisikan perniagaan keluarga sebagai satu organisasi yang mana pemilikan dan pembuatan keputusan perniagaan ditentukan oleh keluarga.

Page 12: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Ward dan Aronoff (1996), perniagaan keluarga sebagai perniagaan yang melibatkan dua atau lebih ahli dalam keluarga yang mempunyai kawalan ke atas kewangan syarikat.

Page 13: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

SAIZ DAN KEPENTINGAN PERNIAGAAN KELUARGA La Porta, Lopez-de-Salanes and Shleifer (1999),

menyatakan bahawa penglibatan ahli keluarga dalam pengurusan menunjukkan sekurang-kurangnya 69 peratus dikawal oleh mereka.

Dapatan kajian membuktikan bahawa keluarga mengawal sebanyak 30 peratus daripada jumlah syarikat awam yang terbesar di Amerika Syarikat dan Kanada dan secara langsung terlibat sebanyak 75 peratus dalam pengurusan perniagaan keluarga tersebut (Forbes, 2000; Kang 2000).

Page 14: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

10% daripada firma besar di Australia, Jepun dan Finland dikawal oleh ahli keluarga, diikuti sebanyak 50% di Belgium dan Israel, 55% di Sweden, 65% di Argentina dan Greece, 70% di Hong Kong dan 100% di Mexico.

Page 15: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Sumbangan perniagaan keluarga terhadap ekonomi AS.Sumber: Adaptasi daripada Shanker & Astrachan (1996).

A(DEF LUAS)B(DEF SEMPIT)

Jumlah keseluruhan perniagaankeluarga di Amerika Syarikat 20,332,400 4,121,300

Sumbangan perniagaan keluarga dalam KDNK Amerika Syarikat 49% 12%

Peratusan keseluruhan tenaga kerja 59% 15%

Sumbangan perniagaan keluarga dalam pembentukan peluang pekerjaan 78% 19%

Page 16: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN KELUARGAJENIS-JENIS BERIKUT:

Kawalan dan Pengurusan oleh Ahli KeluargaDalam kategori ini keluargalah yang mengawal dari segi pemilikan dan pengurusan perniagaan. Oleh itu, keluarga mempunyai pengaruh untuk membentuk gelagat dalam perniagaan keluarga tersebut.

Kawalan Ahli Keluarga tetapi Diuruskan Orang LuarDi sini keluarga mengawal pemilikan perniagaan tetapi mengrekrut orang luar untuk menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Dalam perniagaan keluarga jenis ini, keluarga hanya berminat untuk membentuk misi dan visi syarikat, memegang jawatan sebagai lembaga pengarah syarikat dan menerima keuntungan atau pulangan ke atas pemilikan mereka dalam perniagaan tersebut. Kaum keluarga tidak mahu secara langsung terlibat dan tidak mahu menerima apa-apa tanggungjawab pun dalam perniagaan keluarga tersebut.

Page 17: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Kawalan dan Pengurusan oleh Bukan Ahli Keluarga

Dalam kategori ini pula syarikat atau organisasi tidak mempunyai perkaitan keluarga langsung di dalamnya. Walau bagaimanapun, semakin hari berlalu, pemilik berkemungkinan mempunyai anak yang sudah matang dan berminat untuk berkecimpung dalam perniagaan tersebut, maka perniagaan tersebut akhirnya akan bertukar bentuk kepada perniagaan keluarga.

Page 18: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

SISTEM PERNIAGAAN KELUARGA

Sistem Pemilikan / KawalanMisi dan matlamat

Bentuk perundanganPembahagian pemilikan

Sistem KeluargaPeranan dan hubungan

Bentuk budaya/nilaiPembuatan keputusan

Komunikasi danpengurusan konflik

Sistem PerniagaanMisi

StrategiStruktur

TeknologiBudayaSistem

(cth: pampasan dan maklumat)Proses

(cth: komunikasi dan pembuatan keputusan

Page 19: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Sistem Perniagaan Sistem perniagaan

menggambarkan tentang misi dan strategi organisasi. Ini termasuklah pelbagai bentuk elemen yang menyokong strategi perniagaan seperti struktur organisasi, sistem, teknologi dan proses-proses tertentu yang akan membantu organisasi dalam mencapai matlamat yang telah digariskan

Sistem Pemilikan & Kawalan Sistem pemilikan dan kawalan

pula melibatkan bentuk perundangan seperti (milikan tunggal, perkongsian, syarikat), pengagihan pemilikan, ahli lembaga pengarah atau mekanisme kawalan lain serta matlamat dan aspirasi pemilik dan pengurus kepada perniagaan yang dijalankan.

Page 20: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Sistem Keluarga meliputi bentuk budaya dan nilai yang dicorakkan sendiri

oleh ahli keluarga, matlamat dan aspirasi ahli keluarga, peranan dan hubungan mereka dan corak komunikasi yang merupakan sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga.

proses pembuatan keputusan yang dilakukan juga akan menjadi lebih pantas kerana tanggungjawab setiap ahli dinyatakan secara lebih jelas.

Komunikasi antara ahli juga lebih erat kerana melibatkan keluarga dan pengurusan konflik dalam organisasi lebih mudah diuruskan.

Page 21: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

PERBEZAAN ANTARA NILAI KELUARGA DENGAN NILAI PERNIAGAAN

Bahagian Konflik

Sistem Keluarga Sistem Perniagaan

Matlamat Pembangunan dan sokongan daripada ahli keluarga

Keuntungan, perolehan, keefisyenan, pertumbuhan

Perhubungan Perhubungan peribadi – kepentingan primer

Semi-peribadi atau tanpa perhubungan peribadi-kepentingan sekunder

Peraturan Jangkaan informal Peraturan formal dan bertulis, biasanya disertai ganjaran dan hukuman

Penilaian Ganjaran atas perasaan sayang dan sokongan yang tidak terbatas, ganjaran diberi berdasarkan siapa mereka

Sokongan terbatas kepada prestasi dan hasil, pekerja boleh diberhentikan dan dinaikkan pangkat

Penggantian Disebabkan kematian, perceraian atau sakit

Disebabkan persaraan, kenaikan pangkat atau meninggalkan organisasi

Autoriti Berdasarkan senioriti dan kedudukan keluarga

Berdasarkan kedudukan formal dalam hierarki organisasi

Komitmen Generasi ke generasi dan komitmen dalam jangka masa panjang, berdasarkan identiti dalam keluarga

Jangka masa pendek, berdasarkan ganjaran selagi bekerja

Page 22: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN KELUARGA Milikan Tunggal

Perniagaan jenis ini dimiliki oleh seorang individu sahaja . Hanya individu tersebut akan menjalankan segala urusan dan kawalan ke atas perjalanan

operasi perniagaannya.

Perkongsian suatu perniagaan yang berdasarkan penyatuan sukarela oleh dua hingga dua

puluh orang individu yang bersetuju untuk bekerjasama dan berkongsi keuntungan atau kerugian dan kawalan

Syarikat pemegang-pemegang sahamnya tetapi diuruskan oleh pengarah syarikat dan

beroperasi berdasarkan prinsip hari ke hari atau day-to-day basis oleh pegawai dan pekerjanya.

Page 23: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

CIRI-CIRI PERNIAGAAN KELUARGA YANG POSITIF. Fungsi kekeluargaan Individu yang mampu menguruskan diri mereka sendiri dan

perhubungan mereka dengan orang lain. Keluarga yang berkeupayaan untuk menyelesaikan konflik

dengan sokongan dan kepercayaan bersama. Batasan antara perniagaan dan keluarga perlu dihormati antara

semua ahli keluarga. Maklumat dan pengetahuan yang ada digunakan secara

bijaksana sesama ahli keluarga tanpa menghiraukan masalah perhubungan yang timbul antara ahli keluarga.

Komunikasi yang jelas dan terbuka. (selebihnya.. rujuk ms 179)

Page 24: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Pengurusan Perniagaan Ilmu pengetahuan dibangunkan dan dikongsi bersama. Organisasi dan ahli-ahlinya menggunakan ilmu pengetahuan untuk

menyesuaikan diri mereka dengan perubahan yang berlaku di dalam persekitaran untuk memberikan ketahanan dan kelebihan persaingan kepada perniagaan.

Pembuatan keputusan berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Pembelajaran organisasi yang membangunkan kompetensi baru dan gelagat yang efektif.

Keseimbangan antara tanggungjawab dan autoriti. Kepimpinan diterapkan ke seluruh organisasi dan keluarga. Perancangan awal untuk penggantian.

Page 25: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Pembangunan Pengurusan dan Sistem Pemilikan Misi dan matlamat yang jelas. Terdapat lembaga pengarah yang terdiri daripada orang

luar. Terdapat perancangan penggantian dan pertukaran

pemilikan antara generasi

Page 26: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Keberkesanan batasan di dalam sistem perniagaan keluarga

Perniagaan menggunakan nilai keluarga dalam perancangan strategik.

Setiap sistem menggunakan matlamat dan nilai untuk melaksanakan kedua-dua sistem tersebut.

Ketelusan batasan/sempadan dan memudahkan pertukaran maklumat antara sistem.

Isu perniagaan tidak bercampur dengan kekeluargaan dan sebaliknya.

Pembelajaran secara bersama antara kedua-dua sistem. Individu yang memahami kompetensi yang ada pada

seseorang dan organisasi.

Page 27: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

CIRI-CIRI PERNIAGAAN KELUARGA YANG NEGATIF

Kemahiran komunikasi yang lemah dan keluarga tidak mampu menguruskan konflik.

Tahap kepercayaan yang rendah antara ahli keluarga.

Matlamat dan nilai keluarga yang tidak jelas.

Pencapaian matlamat yang kabur dan tiada perancangan strategik.

Perniagaan kekurangan pakar yang mencukupi dan keluarga cuba untuk melakukan semua tugas.

Kurang memikirkan tentang isu penggantian.

Kurangnya kerjasama antara pekerja yang terdiri daripada keluarga dan bukan keluarga.

Tiada lembaga pengarah. Tiada pakar rujukan bagi tujuan

nasihat dan bantuan sekiranya berhadapan dengan masalah.

Isu keluarga yang bercampur aduk dengan isu perniagaan dan sebaliknya.

Batasan yang tidak jelas antara perniagaan dan keluarga.

Page 28: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9.10KEKUATAN DAN KELEMAHAN

PERNIAGAAN KELUARGA Kekuatan

Kelemahan

1. Ciri-ciri unik dalam perniagaan keluarga yang mewujudkan semangat kekitaan seperti komitmen, ilmu, fleksibel dari segi masa, kerja dan wang, pemikiran jauh ke hadapan, budaya yang stabil, pembuatan keputusan yang pantas, maruah dan kebolehpercayaan.

1. Terlalu rigid iaitu sukar membuat perubahan ke atas cara atau kaedah yang telah lama digunapakai dalam perniagaan keluarga tersebut.

2. Perspektif jangka panjang. 2. Pengurusan penggantian yang boleh memecahbelahkan perhubungan dalam keluarga.

3. Bersedia untuk berkorban semasa kesusahan.

Bersedia untuk tidak mengambil untung.

3. Isu-isu emosi yang mengganggu keberkesanan dan pengurusan perniagaan keluarga. Batasan antara perniagaan dan keluarga yang kurang diperjelaskan.

Page 29: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

4. Kurang birokrasi dan lebih fleksibel 4. Tiada pucuk pimpinan yang bersesuaian dan ketidakpastian dalam menentukan siapa yang benar-benar layak untuk mengambil alih perniagaan. Konflik peranan.

5. Sumber kewangan yang mudah Ahli-ahli keluarga merupakan sumber

utama pembiayaan perniagaan

5. Struktur yang tidak jelas, mengelirukan, pembahagian kerja yang tidak jelas.

6. Sumber manusia Mana-mana ahli keluarga yang

mempunyai minat dan kesungguhan untuk menjalankan perniagaan boleh sama-sama terlibat. Semangat kekeluargaan akan memudahkan syarikat mendapatkan tenaga kerja yang komited di kalangan ahli keluarga.

6. Cabaran perniagaan Memperbaharui kemahiran yang telah

ketinggalan. Kebiasaannya kemahiran yang dimiliki oleh mereka telah lapuk dan ketinggalan zaman dan tidak bersesuaian dengan era terkini.

Menangani peralihan juga merupakan masalah yang menimpa perniagaan keluarga. Ini kerana pengasas ingin mengekalkan tradisi lama manakala pengganti mahu melakukan perubahan. Konflik akan menjelma.

Page 30: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Perniagaan keluarga menghadapi pilihan yang terhad dalam mendapatkan sumber modal terutamanya sumber modal luaran. Ini kebiasaannya berlaku apabila memerlukan penambahan modal jangka panjang bagi membiayai projek-projek besar seperti membuka cawangan yang baru.

7. Sumber syarikat Perniagaan keluarga mempunyai

sumber kekuatan tersendiri yang bersifat peribadi sehingga boleh mewujudkan hubungan intim antara pelanggan dengan mereka. Ini kerana budaya keluarga dijadikan budaya syarikat.

7. Sistem ganjaran yang lemah. Sistem ganjaran yang tidak adil atau

setimpal dengan kerja yang dilakukan.

8. Kebebasan, berdikari dan kuasa kawalan

Usahawan dalam perniagaan keluarga mempunyai kebebasan bertindak, berdikari dan mempunyai sepenuh kuasa dalam pengawalan perniagaan yang dijalankan. Bebas bertindak bersendirian jika difikirkan tindakan sedemikian mendatangkan keuntugan kepada syarikat.

8. Kepemimpinan Beberapa adik-beradik memiliki syer

syarikat secara sama rata sehingga tidak ada seorang pun dibenarkan memiliki kuasa yang lebih dominan. Terdapat trend ketidaksediaan pengagihan kuasa bagi membolehkan seseorang dipertanggungjawabkan dalam memajukan syarikat.

9. Memperbaiki hubungan keluarga Perkongsian dan perhubungan dalam

perniagaan keluarga akan merapatkan perhubungan di kalangan ahli-ahli keluarga.

9. Nepotisme Cenderung untuk pilih kasih iaitu

mengutamakan keluarga menjadi pengurus walaupun tidak cekap atau berpotensi.

Kesukaran untuk menarik pengurusan profesional.

Page 31: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9. Memperbaiki hubungan keluarga Perkongsian dan perhubungan dalam

perniagaan keluarga akan merapatkan perhubungan di kalangan ahli-ahli keluarga.

10. Pengasuhan ahli-ahli keluarga yang muda.

Melalui perniagaan keluarga, ahli-ahli keluarga yang masih muda akan dipimpin supaya dapat dan mampu menjalankan perniagaan sendiri satu hari nanti.

9. Nepotisme Cenderung untuk pilih kasih iaitu

mengutamakan keluarga menjadi pengurus walaupun tidak cekap atau berpotensi.

Kesukaran untuk menarik pengurusan profesional.

10. Ketegangan kewangan Ahli keluarga menggunakan

kesempatan untuk menggunakan kewangan syarikat

Page 32: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9.11 DEFINISI PERANCANGAN PENGAMBILALIHAN DAN PENGURUSAN PENGGANTIAN

Pengambilalihan Perniagaan Keluarga berlaku disebabkan oleh punca-punca berikut:

Kematian Ahli Keluarga Salah satu punca pengambilalihan perniagaan di

dalam perniagaan keluarga adalah disebabkan oleh kematian pemilik asal perniagaan. Oleh itu, ahli keluarga yang lain secara paksa atau secara sukarela hendaklah mengambilalih dan bertanggungjawab ke atas perniagaan tersebut jika mereka ingin meneruskannya. Sekiranya mereka ingin menutup perniagaan tersebut maka mereka boleh menjual perniagaan keluarga berkenaan.

Page 33: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Bersara Sesetengah ahli keluarga yang berumur telah

memilih jalan untuk bersara daripada meneruskan pengurusan perniagaan keluarga tersebut. Oleh yang demikian, ahli keluarga yang lain terpaksalah mengambilalih perniagaan keluarga ini disebabkan pemiliknya sudah bersara. Oleh itu, mereka ini mungkin akan memindahkan perniagaan tersebut kepada ahli keluarganya yang lain. Ini bermakna pada peringkat usia yang lanjut golongan ini dengan rela hati mengundurkan diri daripada perniagaan tersebut dan mereka lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga.

Page 34: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Hampir Bankrap Dalam kegawatan ekonomi, terdapat banyak

perniagaan terpaksa ditutup disebabkan ketiadaan sumber kewangan untuk menampung perniagaan mereka. Tambahan pula, institusi kewangan seperti bank akan membekukan pinjaman dan kemudahan kredit. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah kepada perniagaan keluarga yang kecil dan sederhana kerana mereka telah kehilangan sumber modal untuk meneruskan perniagaan mereka.

Page 35: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Perniagaan Tradisi Sesetengah pengambilalihan ini

disebabkan perniagaan ini adalah perniagaan ini diwarisi secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi. Oleh itu, mereka akan cuba mengekalkan budaya ini supaya ianya akan dapat terus beroperasi.

Page 36: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9.12 MEMBANGUN STRATEGI PENGGANTIAN

1 - Memahami Aspek-aspek Kontekstual Terhadap lima aspek utama yang perlu diberi pertimbangan iaitu:Masa Lebih awal pemilik membuat perancangan penggantian lebih

banyak peluang untuk mendapatkan calon yang paling tepat. Masalah utama yang dihadapi oleh pemilik adalah untuk mencari pengganti secara tiba-tiba akibat daripada berlakunya sesuatu di luar dugaan. Kesannya pemilik kekurangan masa untuk mendapatkan pengganti yang terbaik yang menyebabkan mereka mengambil pengganti yang berkemungkinan tidak layak untuk jawatan tersebut.

Page 37: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Jenis perniagaan Setengah-setengah pemilik mudah diganti

dan setengah-setengah yang lain sukar untuk dicari ganti. Tahap kesulitan penggantian bergantung kepada jenis perniagaan yang diceburi. Pemilik yang melibatkan diri dari operasi teknologi tinggi sukar untuk mencari pengganti. Sebaliknya pemilik yang terlibat dalam operasi yang memerlukan pengetahuan yang minimum mudah dicari pengganti.

Page 38: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Kemampuan pemilik Kemahiran, dorongan dan kemampuan calon pengganti

boleh menentukan potensi sebenar bakal pengganti dan kejayaan perniagaan keluarga tersebut.

Wawasan pemilik Kebanyakan pemilik mempunyai jangkaan, harapan dan

dorongan untuk memastikan kejayaan perniagaan keluarga mereka. Oleh itu bakal pengganti perlu berkongsi wawasan dan harapan yang dimiliki oleh pemilik.

Faktor persekitaran Adakalanya pengganti diperlukan kerana berlakunya

perubahan dalam persekitaran perniagaan yang memerlukan perubahan kepada pengurusan atasan.

Page 39: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

2- Mengenal Pasti Pengganti Yang Berkualiti

Pengganti perlu memiliki kualiti dan ciri-ciri yang terbaik seperti pengetahuan yang mencukupi mengenai perniagaan yang dijalankan, dan ini bergantung kepada situasi kerana ada kualiti yang lebih penting untuk satu-satu situasi dan ada yang sebaliknya. Mereka juga perlu jujur, berkemampuan, sihat, bertenaga, bersemangat, berkeyakinan, stabil, matang, asertif dan selari dengan pegangan pengasas. Pada masa yang sama mereka hendaklah sentiasa mengenang budi pengasas perniagaan.

Page 40: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

3 - Memahami tekanan-tekanan yang akan mempengaruhi pemilihan

Mendapatkan pengganti sebagaimana berasaskan ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengasas adalah merupakan suatu yang sukar. Oleh itu pemilik perlu memilih pengganti yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dalam jangka masa yang tertentu. Dalam membuat pemilihan ini pertimbangan-pertimbangan berikut perlu diambilkira.

Isu keluarga dan budaya perniagaan yang diamalkan. Persekitaran perniagaan Tahap pembangunan perniagaan keluarga Norma dan tradisi perniagaan Budaya keluarga, kekuatan dan pengaruh Nilai dan dorongan peribadi pemilik

Page 41: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Keprihatinan pemilik Kesediaan pemilik melepaskan kuasa dan

kepimpinan perniagaan keluarga. Memastikan fungsi keluarga sebagai satu unik Mendefinisikan peranan masa depan ahli

keluarga dalam perniagaan Memastikan kepimpinan perniagaan keluarga

yang mempunyai daya saing Pengajaran ahli keluarga dan bukan ahli

keluarga mengenai peranan utama yang perlu dimainkan

Page 42: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Keprihatinan ahli keluarga Mengawal dan melepaskan pengawalan terhadap aset

keluarga Mengawal keputusan yang dibuat oleh pemilik bagi

memastikan selari dengan kepentingan perniagaan Melindungi kepentingan apabila pemilikan diserahkan

kepada ahli keluarga Bagaimana hendak mengeluarkan wang daripada

perniagaan jika diperlukan terutama untuk kegunaan peribadi atau keluarga?

Memastikan kesinambungan perniagaan.

Tekanan dan keprihatinan ini memerlukan pemilik untuk membangunkan strategi dan polisi kesinambungan perniagaan keluarga.

Page 43: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

4 - Melaksanakan Pelan Penggantian

Bagi mendapatkan pengganti merupakan satu masalah yang tidak boleh dipandang ringan. Sungguhpun begitu terdapat cara yang berkesan untuk menangani permasalahan ini.

Bagi memastikan keberkesanannya langkah-langkah berikut perlu diambilkira oleh pemilik dalam melaksanakan pelan penggantian.

Page 44: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Mengenal pasti penganti Siapa yang boleh melaksanakan kerja dengan terbaik bagi

memastikan kesinambungan dan perkembangan perniagaan keluarga? Kalau salah seorang anggota keluarga dipilih bagaimana respon anggota keluarga yang lain?

Mempersiapkan bakal pengganti Dalam sesetengah perniagaan keluarga pengasas akan memilih

pengganti dan memastikan ia ketahui umum.

Setuju dengan pelan Mendapatkan pengganti yang berkesan memerlukan perancangan.

Perniagaan keluarga yang besar selalunya mengadakan perbincangan bagi memastikan peralihan kuasa dilakukan dengan licin dan mudah. Manakala perniagaan keluarga kecil biasanya perlu mengadakan perbincangan secara bersemuka bagaimana tanggungjawab akan dipindahkan kepada pengganti. Prosedur asas telah ditetapkan dan perlu dipatuhi.

Page 45: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9.13 FASA-FASA DALAM PENGURUSAN PENGGANTIAN

Secara keseluruhannya terdapat empat fasa yang terlibat dalam proses pengurusan penggantian iaitu permulaan, pemilihan, pembelajaran dan peralihan.

i- Permulaan Fasa ini merupakan fasa pengenalan kepada anak-

anak untuk mempelajari mengenai perniagaan milik keluarga mereka. Fasa ini bermula sesudah lahirnya anak tersebut dan pada peringkat inilah peranan penting perlu dimainkan oleh ibu bapa mereka untuk mendidik mereka ke arah memberi gambaran yang baik tentang perniagaan.

Page 46: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

ii- Pemilihan Pemilihan adalah proses memilih siapa yang bakal

menjadi pemimpin dalam syarikat untuk generasi akan datang. Proses ini merupakan proses yang amat kritikal kerana pengasas perlu memilih calon yang terbaik antara anak-anak mereka sendiri untuk menerajui syarikat. Pada masa inilah akan berlaku krisis antara keluarga kerana masing-masing akan bertindak untuk mengatakan anak merekalah yang paling terbaik dan wajar dipilih untuk memegang pucuk pimpinan syarikat. Kebiasaannya, pengasas akan memilih pengganti berdasarkan kriteria seperti umur, jantina, kelayakan dan prestasi yang ditunjukkan. Namun, umur dan jantina bukanlah penentu terbaik bagi mencari calon yang paling sesuai.

Page 47: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

iii- Pembelajaran Latihan dan pembelajaran merupakan proses yang

penting dalam proses penggantian kerana pengganti perlu didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan untuk memimpin syarikat dengan lebih berkesan. Adalah sukar bagi ibu bapa untuk melatih anaknya sendiri. Sebagai alternatifnya, syarikat boleh melantik sama ada orang dalam ataupun luar syarikat untuk memberi tunjuk ajar kepada bakal pengganti syarikat. Antara latihan yang kebiasaannya dibuat penilaian termasuklah:

Proses membuat keputusan Kemampuan memimpin Orientasi risiko Kemahiran interpersonal Kebolehan menangani dan menghadapi tekanan.

Page 48: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

iv- Peralihan Pemindahan pemilikan yang sebenarnya

berlaku.

Page 49: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9.14 PENGEKALAN PERNIAGAAN KELUARGA

1- Perniagaan dalam kawalan keluarga merupakan salah satu cara yang berkesan bagi melindungi kekayaan keluarga dan keselamatan jangka panjang.

2- Tanpa perniagaan keluarga, akan wujud jurang perhubungan antara ahli keluarga yang ada kerana setiap ahli keluarga membawa haluan masing-masing.

3- Perniagaan keluarga dapat dilihat sebagai mengekalkan khazanah warisan sesebuah keluarga dengan mempertahankan dan membina tradisi, sejarah dan nilai sentimental sesebuah keluarga.

Page 50: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

4- Penggulungan perniagaan keluarga akan menyelamatkan pekerja-pekerja yang komited daripada disingkirkan.

5- Perniagaan keluarga sebagai simbol dan kebanggaan ahli keluarga – bukti kesungguhan dan pencapaian yang perlu dijaga kesinambungannya oleh generasi seterusnya.

Sebagai tambahan, Ward (1987) turut menyenaraikan beberapa sebab kenapa perniagaan keluarga perlu dikekalkan. Antaranya termasuklah:

Page 51: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

1- Mengalihkan peluang kepada anak-anak. Memberi peluang dengan melepaskan kawalan

perniagaan kepada pengganti terutamanya di kalangan anak-anak.

2- Mengeratkan kerjasama keluarga Melalui penglibatan dalam perniagaan, membolehkan

ahli-ahli keluarga untuk bekerja bersama-sama. Oleh yang demikian, hubungan antara ahli-ahli menjadi lebih erat, kerana mereka mempunyai masa untuk bersama-sama menjalankan perniagaan dan menikmati manfaat daripadanya.

3- Memastikan persaraan sendiri Melalui penggantian, pemilik boleh membuat

perancangan untuk persaraan.

Page 52: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

4- Tempat sandaran keluarga Ahli-ahli keluarga boleh mendapatkan bantuan

kewangan semasa mereka menghadapi kesulitan. Pada masa yang sama, perniagaan keluarga boleh dijadikan tempat latihan kepada ahli keluarga yang baru menghabiskan pengajian mereka sebelum berjaya mendapatkan pekerjaan lain yang bersesuaian dan mereka minati.

5- Sumbangan untuk masyarakat Kebanyakan perniagaan keluarga boleh mewujudkan

pekerjaan baru kepada masyarakat. Selain itu, keluarga yang memiliki perniagaan kebiasaannya akan melibatkan diri mereka dalam badan-badan amal, jawatan kuasa masjid, persatuan ibu bapa dan guru dan mana-mana pertubuhan lain yang diwujudkan atas dasar kesejahteraan masyarakat.

Page 53: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9.15 ISU-ISU DALAM PERNIAGAAN KELUARGA

1- Penglibatan -Merujuk kepada siapa yang boleh melibatkan diri dalam perniagaan keluarga tersebut dan dalam keadaan bagaimana penglibatannya.

2- Kepimpinan dan pemilikan- Bagaimana untuk mempersiapkan generasi akan datang supaya bersedia untuk menerima tanggungjawab di dalam perniagaan.

3- Melepaskan jawatan -Bagaimana untuk membantu pengasas untuk melepaskan perniagaan keluarga yang diterajuinya selama ini.

Page 54: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

4- Menarik dan mengekalkan eksekutif yang terdiri daripada bukan ahli keluarga.

5- Pampasan kepada ahli keluarga.6- Menguatkan keharmonian keluarga.

Kesemua isu di atas boleh menyebabkan timbulnya konflik dan stres di kalangan ahli keluarga. Maka, adalah penting bagi pengurus perniagaan keluarga tersebut untuk mengenal pasti isu-isu yang boleh mendorong berlakunya konflik dan stres tersebut. Kemudian, bincangkannya dengan ahli keluarga, dan sebagai langkah akhir adalah perlu bagi pengurus untuk mengatur dan menetapkan strategi dan polisi bagi menanganinya.

Page 55: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

9.16 KESIMPULAN

Perniagaan keluarga adalah seperti perniagaan-perniagaan yang lain menetapkan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan dan mencapai kejayaan sebenar.

Apa yang membezakan antara perniagaan keluarga dengan perniagaan-perniagaan yang lain ialah dari segi pemilikan dan pengurusan perniagaan yang dipegang oleh sebuah keluarga pada satu-satu masa dan berpindah daripada satu generasi ke satu generasi yang lain.

Page 56: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

Namun begitu, apa yang menjadi cabaran kepada usahawan dalam sebuah perniagaan keluarga ialah kebijaksanaan untuk memimpin melalui pemisahan antara nilai sebuah keluarga dan perhubungan antara keluarga dengan nilai yang sepatutnya diamalkan dalam sebuah perniagaan.

Ini adalah untuk mengelakkan ketidakpuasan antara sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain. Antara persoalan yang biasanya dibangkitkan dalam perniagaan keluarga termasuklah calon pengganti yang terbaik, penglibatan keluarga dalam perniagaan, nepotisme dan hal-hal lain yang membuatkan perniagaan keluarga sebagai sebuah perniagaan yang unik berbanding perniagaan yang lain.

Page 57: Bab 8

PME 1013- Azrain Nasyrah Mustapa04/10/23

SOALAN-SOALAN

Jelaskan latar belakang perniagaan keluarga yang anda ketahui.

Sebutkan dua perbezaan ketara antara nilai keluarga dengan nilai perniagaan.

Apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan keluarga. Bincangkan tiga kekuatan dan tiga kelemahan ini?

Terangkan mengapa penting bagi pemimpin untuk mengekalkan perniagaan keluarga.

Terangkan punca-punca pengambilalihan perniagaan keluarga.