pendawaian rumah bab 8

9
Nilai voltan sesalur (utama) yang disalurkan ke rumah kita daripada pencawang bahagian adalah 240V. Alat-alat elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, televisyen, komputer dan mesin basuh menggunakan voltan sebesar 240 V. Arus ulang alik dibekalkan ke rumah biasanya 50 Hz, ia menukarkan arahnya sebanyak 50 kali pada setiap saat. Arus elektrik disalurkan ke rumah melalui kabel yang terdiri daripada dua jenis dawai, iaitu: a) Dawai hidup – membawa arus ke rumah dari pencawang. b) Dawai neutral – mengembalikan arus ke pencawang. Bekalan Elektrik dan Sistem Pendawaian di Rumah

Upload: ameermx

Post on 10-Feb-2016

159 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Sains

TRANSCRIPT

Page 1: Pendawaian Rumah Bab 8

Nilai voltan sesalur (utama) yang disalurkan ke rumah kita daripada pencawang bahagian adalah 240V.

Alat-alat elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, televisyen, komputer dan mesin basuh menggunakan voltan sebesar 240 V.

Arus ulang alik dibekalkan ke rumah biasanya 50 Hz, ia menukarkan arahnya sebanyak 50 kali pada setiap saat.

Arus elektrik disalurkan ke rumah melalui kabel yang terdiri daripada dua jenis dawai, iaitu:a) Dawai hidup – membawa arus ke rumah dari pencawang.b) Dawai neutral – mengembalikan arus ke pencawang.

Bekalan Elektrik dan Sistem Pendawaian di Rumah

Page 2: Pendawaian Rumah Bab 8

Jenis PendawaianPendawaian satu fasa(Single phase wiring)

Pendawaian tiga fasa(Three phase wiring)

Biasanya digunakan di rumah kediaman yang memerlukan bekalan elektrik yang rendah dan sederhana. Ia jenis pendawaian yang paling ringkas.

Biasanya digunakan dalam industri ringan dan berat kerana industri ini memerlukan nilai voltan yang tinggi (biasanya melebihi 415V) Namun, sesetengah rumah kediaman menggunakan motor elektrik dan alat penghawa dingin yang bervoltan tinggi perlu menggunakan pendawaian tiga fasa.

Page 3: Pendawaian Rumah Bab 8

Sistem pendawaian elektrik di rumah termasuk:

a) Kotak fius (Fuse box)b) Suis sesalur (Main switch)c) Pemutus litar (Circuit breaker)d) Dawai hidup (Live wire)e) Dawai neutral (Neutral wire)f) Dawai bumi (Earth wire)g) Meter elektrik (Electric meter)

Pendawaian elektrik di rumah

Page 4: Pendawaian Rumah Bab 8

Sistem pendawaian elektrik di rumah

Page 5: Pendawaian Rumah Bab 8

Pendawaian pada dinding di luar rumah

Pendawaian pada dinding di dalam

rumah• Terdapat dua dawai bertebat (bewarna hitam). Satu daripada dawai itu ialah dawai hidup dan satu lagi dawai neutral.• Dawai hidup disambung kepada fius sesalur (utama).• Kemudian, kedua-dua dawai hidup dan dawai neutral disambungkan ke meter elektrik.

• Dawai hidup disambungkan kepada suis sesalur (utama) dan kemudian ke pemutus litar.• Kemudian, dawai hidup disambungkan ke kotak fius.• Seterusnya, dawai hidup disambung melalui suis-suis ke mentol dalam litar lampu dan soket pada litar kuasa.• Dawai bumi dihubungkan ke setiap soket 3-pin dalam litar kuasa.

Page 6: Pendawaian Rumah Bab 8

Pemutus litar (Circuit Breaker) Pemutus litar yang disambung kepada suis sesalur ialah Pemutus Litar Bocor Bumi (ELCB-Earth Leakage Circuit Breaker) Litar elektrik diputuskan dalam sesetengah keadaan seperti berlakunya petir kilat. Kuantiti arus elektrik yang besar perlu dielakkan daripada mengalir melalui litar pada satu masa yang tertentu.Kotak Fius (Fuse Box) Setiap rumah yang menggunakan elektrik mempunyai satu kotak fius. Kotak fius mengandungi fius-fius bagi pelbagai bahagian litar di rumah. Jika arus berlebihan mengalir melalui bahagian litar yang tertentu, fius untuk bahagian ini akan lebur dan memutuskan arus.

Page 7: Pendawaian Rumah Bab 8

Komponen sistem pendawaian elektrik

Fungsi

Dawai hidup (Earth wire)

• Membawa arus elektrik ke rumah dari pencawang bahagian

Dawai neutral (Neutral wire)

• Mengembalikan arus elektrik ke pencawang bahagian

Fius sesalur (Mains fuse)

• Mengawal jumlah arus yang mengalir ke dalam litar di rumah. Fius melebur dan memutuskan pengaliran arus jika arus berlebihan mengalir melalui litar.

Meter elektrik/Meter joule(Electric meter/Joule meter)

• Menyukat kuantiti tenaga elektrik yang digunakan di rumah.

Suis sesalur (Mains switch)

• Mengawal bekalan arus ke semua bahagian litar di rumah• Membenarkan bekalan arus diputuskan untuk sementara untuk tujuan tertentu seperti membaiki dawai elektrik yang rosak.

Pemutus litar (Circuit breaker)

• Memutuskan bekalan arus di rumah apabila arus berlebihan mengalir melaluinya.

Kotak fius ( Fuse box) • Mengandungi fius-fius yang dapat melebur dan memutuskan pengaliran arus untuk melindungi bahagian litar elektrik yang mengalami litar pintas atau penggunaan tenaga berlebihan.

Page 8: Pendawaian Rumah Bab 8

Pendawaian palam 3-pin

Page 9: Pendawaian Rumah Bab 8

Komponen FungsiDawai bumi (Earth wire) –Warna kuning berbelang hijau

Mengalirkan arus terbocor dari alat elektrik ke bumi.

Dawai neutral (Neutral wire) – Warna biru

Mengalirkan arus dari alat elektrik kembali ke pencawang bahagian

Dawai hidup (Live wire) – Warna perang

Mengalir kan arus dari pencawang bahagian ke alat elektrik.

Fius (Fuse) Dawai dalam fius melebur dan memutuskan pengaliran arus apabila arus yang berlebihan mengalir melaui alat elektrik (semasa berlaku litar pintas)

Ringkasan fungsi komponen dan warna dawai dalam palam 3-pin