bab 8 pemerkasaan _ pendidikan

71
1

Upload: izwan-afiz

Post on 22-Nov-2014

793 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

1

Page 2: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

1) Memahami perkembangan sistem pendidikan vernakular di Malaysia.

2) Menghayati kepentingan sistem pendidikan sebagai alat memupuk perpaduan.

3) Menilai pendidikan ke arah kesepaduan sosial.

Page 3: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pendidikan – asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa.

Contoh pengalaman di Amerika Syarikat, Perancis, Indonesia dan Thailand- pelaksanaan dasar pendidikan bagi pelbagai etnik untuk mencapai matlamat proses pembinaan negara bangsa.

Walaupun penerimaan masih mencetuskan polemik, namun dasar ini terus dipraktikkan.

Page 4: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Malaysia - Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan agak berbeza daripada sudut praktiknya. Sebab:

Sistem pendidikan adalah berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi kurikulum sama.

Sistem dikenali sebagai Sistem Pendidikan Vernakular (Sistem Pendidikan Jenis Kebangsaan)

Page 5: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Kesan:

Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada komuniti etnik berbeza.

Sekira langkah bersepadu kurang mampu dilaksanakan - kerajaan menghadapi cabaran memupuk kesepaduan sosial sepenuhnya menerusi sistem pendidikan kebangsaan.

Page 6: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Neena (1985) Peranan pendidikan formal dalam proses

sosialisasi adalah penting (SEKOLAH).

-

Sekolah

Pelajar pelbagai latar belakang sosiopolitik akan melalui proses

sosialisasi.

Mengamalkan semangat bertolak ansur dan saling faham

memahami.

Page 7: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pendidikan bahasa dapat dipertahankan menggambarkana jiwa sesebuah bangsa.

Malaysia – terdapat warisan nilai budaya dan peradaban berbeza – setiap komuniti etnik ingin mempertahankan sistem pendidikan masing-masing.

Kesan – kerajaan menghadapi cabaran membentuk satu sistem identiti kebangsan menggunakan Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan).

BAHASA PENDIDIKAN

Page 8: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Huntington (2005) – Keutamaan diberikan kepada bahasa penduduk asal/ komuniti awal yang mampu membawa perubahan di negara yang didiami.

Contoh-contoh konflik ~ Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.

Page 9: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Tanah Melayu ~ penjajah berperanan utama dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan.

Page 10: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

(1) Tempoh penjajahan 3) Bahasa dalam sistem pendidikan

(130 tahun – dasar pecah perintah)

1) 2) Bentuk sistem pendidikan

Faktor menentukan pengaruh penjajahan British :

Page 11: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Sebelum campurtangan pihak penjajah (British), komuniti Melayu, Cina dan India memiliki sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi.

Dasar pecah perintah (British) – mengukuhkan lagi sisitem pendidikan vernakular.

Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga peristiwa Malayan Union (1946)

Peristiwa Malayan Union (1946) ~ pengukuhan usaha ke arah pembinaan negara bangsa.

Page 12: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Page 13: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan sistem nilai dan adat Melayu.

Peringkat awal Dua bentuk sekolah di peringkat awal:

(1) Persekolahan secara tidak formal (sekolah pondok) – bahasa Melayu dan bahasa (bahasa pengantar).

Sekolah ini membabitkan sekolah agama, sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan madrasah.

Page 14: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Sukatan pelajaran pengajaran lebih menekankan pembacaan al-Quran, al-Hadis dan hal ehwal keagamaan yang dibiayai oleh individu tertentu.

Sekolah ini bebas daripada pemantauan kerajaan British dan turut menyediakan pengajaran di peringkat rendah dan menengah – pelajar cemerlang diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir.

Page 15: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Kedua - sekolah vernakular Melayu yang didirikan oleh kerajaan British, bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan tumpuan lebih kepada perkara asas seperti membaca, mengira, menulis, ilmu pertukangan, anyaman dan pertanian bagi memenuhi kehendak kehidupan luar bandar (Chelliah 1940).

Page 16: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Lepasan sekolah Melayu yang berkelayakan akan menyambung pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI).

Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi disebabkan kelayakan yang rendah berbanding mereka yang berkelulusan sekolah Inggeris.

Lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah berkenaan tidak diterima untuk berkhidmat dalam pentadbiran British (Roff 1975).

Page 17: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Penghijarahan komuniti Cina ke Tanah Melyu bermula sejak abad ke-3 Masihi.

Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan komuniti Cina adalah disebabkan aspek ekonomi (pencarian harta, kesusuhan kehidupan), pergolakan politik, bencana alam dan populasi penduduk padat khususnya di Selatan China (Lynn 1990; Purcell 1967).

Page 18: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Berteraskan penerimaan sebahagian ajaran Konfusius (menekankan pendidikan peringkat rendah dan tinggi) – majoriti komuniti Cina mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di negara baru yang diduduki mereka.

Kepercayaan Konfusius ~ hanya menerusi pendidikan dan harta, mereka mampu mengubah nasib dan status ke tahap lebih baik (Wang, 1991).

Page 19: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Kedatangan komuniti India ke Tanah Melayu – semakin meningkat sekitar tahun 1880-1890 – memenuhi kehendak pasaran getah British ke Eropah Barat – kebanyakan berasal dari Selatan India – terdiri daripada subetnik Benggali dan Tamil (Chai, 1964).

Page 20: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Page 21: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Komuniti India – tidak mempunyai dana kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah.

Kebanyakan komuniti India enggan memasuki sekolah nernakular Melayu walaupun telah disediakan oleh Kerajaan British (Loh, 1975).

Kesan: Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet – penerapan nilai-nilai ketamilan menjadi keutamaan.

Page 22: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Nilai-nilai ketamilan yan menjadi keutamaan: (a) Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar (b) Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India.

Namun, dengan persekitaran yang serba kekurangan dan lebih penekanan kepada sekolah rendah – para ibu bapa telah kurang memberi sambutan (Loh, 1975) – kesan: tiada peluang berjawatan tinggi dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.

Page 23: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pendidikan Inggeris berkembang di Tanah Melayu setelah penubuhan Penang Free School (1816).

Sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh Kristian dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar utama.

Bagi menjamin kualiti sukatan pelajaran - kerajaan British mengambil alih sekolah dengan tujuan mengeluarkan pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa pentadbiran British.

Page 24: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Komuniti Cina dan India - kebanyakan yang menetap di bandar berpeluang memasuki sekolah vernakular Inggeris.

Komuniti Melayu – golongan kelas atasan lebih diberikan keutamaan berbanding kelas bawahan untuk memasuki sekolah tersebut. (Chelliah, 1940)

Page 25: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pelajar lepasan sekolah tersebut berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti (dalam atau luar negara).

Mereka juga boleh memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran British dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Page 26: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Setiap komuniti etnik di Tanah Melayu telah mempunyai bentuk sistem pendidikan tersendiri (diwarisi budaya dan peradaban masing-masing).

Ikatan erat terhadap sistem nilai warisan asal mempengaruhi setiap komuniti etnik untuk terus mempertahankannya daripada tergugat.

Justeru, proses pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai teras kesepaduan sosial telah berhadapan dengan cabaran khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan.

Page 27: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Sehingga tahun 1920 - dua bentuk pendidikan menjadi keutamaan British:

(1) Pendidikan Inggeris disediakan oleh British (free schools) dan golongan mubaligh Kristian - Majoriti diberikan kepada kelompok Melayu kelas atasan dan komuniti bukan Melayu.

Page 28: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

(2) Pendidikan vernakular difokuskan kepada kelompok Melayu kelas bawahan - ditubuhkan oleh Gabenor Cavenagh setelah berjaya mendapatkan peruntukan kewangan untuk membina Sekolah Vernakular Melayu di Melaka, Pulau Pinang dan Seberang Prai pada tahun 1862.

Sekolah berkenaan diasaskan mengikut dasar pendidikan British di Negeri-negeri Selat (Chelliah 1940). Sekolah ini lebih menumpukan kepada perkara asas seperti membaca, mengira, menulis dan pertanian bagi memenuhi kehendak kehidupan luar bandar, tetapi tidak berupaya memenuhi kehendak sosial dan ekonomi pada masa itu.

Page 29: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Selepas tahun 1920-an, dasar pendidikan Inggeris adalah berdasarkan sistem pendidikan vernakular dengan menekankan empat bahasa, iaitu, Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.

Situasi ini telah merancakkan lagi pemisahan komuniti yang berbeza mengikut etnik dan budaya masing-masing.

Page 30: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Tempoh pendudukan Jepun (1942-1945) - bahasa Jepun digunakan sebagai bahasa perantaraan dalam bidang pendidikan, manakala sistem pendidikan berdasarkan bahasa Inggeris dan Cina disekat.

Pentadbiran Jepun tidak menunjukkan

inisiatif untuk mengganggu sistem pendidikan Melayu (Fennell 1968).

Page 31: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Tempoh 1945 -1970 ~ peringkat ke arah pemupukan semangat kesepaduan sosial dalam bidang pendidikan.

Namun usaha kurang berhasil kesan daripada latar belakang budaya dan warisan peradaban yang berbeza.

Setiap pihak berusaha mempertahankan sistem pendidikan dan bahasa ibunda masing-masing.

Page 32: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Inti pati utama Dasar Cheeseman 1946 (1) Peruntukan pendidikan peringkat rendah

secara percuma dan dibenarkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing.

(2)Pendidikan Inggeris akan didedahkan pada peringkat rendah – yang berkelayakan boleh meneruskan pelajaran ke peringkat menengah.

(3) Peluang pendidikan yang sama kepada golongan wanita.

Page 33: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Jawatankuasa ini dibentuk oleh kerajaan British untuk merangka pendidikan tahap universiti di Tanah Melayu.

Matlamat penyatuan menerusi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sukar dicapai kerana komuniti bukan Melayu melihat langkah berkenaan dapat menggugat kedudukan bahasa mereka.

Page 34: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Komuniti Cina - berpendapat penekanan kuat terhadap bahasa Melayu akan menggugat kedudukan mereka di peringkat pengajian tinggi.

Komuniti India - lebih menekankan kepentingan bahasa Hindi ataupun bahasa Tamil untuk diketengahkan di Jabatan Pengajian India.

Kedua-dua komuniti berkenaan mengusulkan agar bahasa dan sistem nilai budaya mereka terus dilindungi (Fennell 1968).

Page 35: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Komuniti Melayu - percanggahan pandangan berlaku antara golongan berpendidikan Melayu tradisi dengan berpendidikan Inggeris.

Lulusan daripada sekolah Melayu menolak cadangan tersebut kerana tahap pendidikan masih rendah.

Oleh itu, pendidikan Inggeris dilihat gagal menjaga hak kebajikan komuniti Melayu.

Page 36: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Bagi kelompok berpendidikan Inggeris, cadangan berkenaan dipersetujui bagi menyediakan komuniti Melayu dalam bidang pentadbiran.

Walau bagaimanapun, mereka mengusulkan agar peluang dibuka kepada komuniti Melayu untuk memasuki pendidikan Inggeris (Fennell 1968).

Page 37: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada Januari 1949, dengan matlamat untuk memupuk penyatuan dalam masyarakat majmuk bagi membina sebuah negara bangsa baharu yang merdeka.

Ahli jawatankuasa diwakili oleh etnik yang berbeza iaitu Dato’ Onn bin Jaafar (Melayu), Tan Cheng Lock (Cina) dan Thuraisingham (India).

Page 38: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Kaedah Mencapai Perpaduan (1) Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib

diajar di sekolah rendah. (2) Sekolah kebangsaan ditubuhkan bagi

menyatukan komuniti etnik yang berbeza. Manakala bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

digunakan sebagai bahasa perantaraan. (3) Bahasa ibunda masing-masing boleh diajar. Walau bagaimanapun, penyatuan sukar untuk

dicapai - setiap komuniti etnik masih mempertahankan sistem pendidikan diwarisi.

Page 39: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Laporan Barnes - ciri-ciri ke arah kesepaduan sosial telah dibentuk oleh kerajaan.

Pengerusi laporan - L.J. Barnes dari Universiti Oxford.

Page 40: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Matlamat - menyemak dan memperbaiki bentuk pendidikan Melayu.

Mencadangkan agar satu corak pendidikan dirangka bagi memenuhi bentuk masyarakat di Tanah Melayu.

Hasilnya - penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dicadangkan sebagai bahasa perantaraan di sekolah rendah bagi memupuk semangat perpaduan dan integrasi antara etnik.

Page 41: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Laporan menganjurkan sekolah vernakular dimansuhkan - digantikan dengan sistem pelajaran kebangsaan sekolah rendah dan wajib menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Peringkat menengah, bahasa Inggeris kekal digunakan sebagai bahasa pengantar (Fennell 1968).

Laporan dilihat kurang berupaya memupuk kesepaduan sosial antara komuniti etnik kerana wujud penentangan daripada komuniti bukan Melayu, terutamanya etnik Cina.

Page 42: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pengerusi Jawatankuasa Laporan Fenn- Wu 1951 - William P. Fenn, merupakan ahli Lembaga Amanah Sekolah Tinggi Cina dan Wu Teh-Yao, pakar daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan - menyemak semula sistem pendidikan komuniti Cina.

Page 43: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Tiga usul Laporan Fenn- Wu 1951:

(1) Mempertahankan kedudukan sekolah Cina dan mendesak pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan.

Rasional - pendidikan vernakular mampu memberi sumbangan ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu dan menggalakkan kesedaran kebangsaan.

Page 44: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

(2) Kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa terbesar dunia.

Justeru- sekolah vernakular tidak boleh dihapuskan sehinggalah komuniti Cina merasakan pendidikan tersebut tidak diperlukan.

(3) Gesaan agar sekolah Cina tidak memfokuskan bentuk, kaedah dan sukatan pendidikan dari negara China kerana mereka telah pun mendiami Tanah Melayu (Thock 2005).

Page 45: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Laporan menunjukkan bahawa usaha untuk menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan agak sukar.

Keadaan berlaku kerana sentimen yang kuat untuk mempertahankan bahasa masing-masing begitu tinggi dan tindakan sedemikian telah menyulitkan usaha ke arah kesepaduan sosial.

Page 46: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Tujuan digubal untuk menggantikan beberapa laporan sebelumnya dengan menetapkan sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan di sekolah rendah.

Sekiranya jumlah pelajar bukan Melayu melebihi 15 orang - kemudahan disediakan untuk menggunakan bahasa Cina dan Tamil.

Manakala bahasa Inggeris digunakan di peringkat menengah.

Page 47: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Tujuan menjadikan sistem pendidikan sebagai teras penyatuan adalah sukar kerana setiap etnik berusaha memartabatkan warisan bahasa masing-masing.

Komuniti Melayu - penekanan terhadap bahasa Inggeris dilihat akan menggugat kedudukan mereka selaku penduduk asal - mereka mahukan kerajaan mengangkat kedudukan bahasa Melayu.

Komuniti Cina dan India menolak usul berkenaan - dilihat akan menggugat bahasa dan budaya diwarisi (Simandjuntak 1969).

Page 48: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar Pendidikan pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Dasar ini lebih berpengaruh dalam

memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan seterusnya dalam pembinaan negara bangsa.

Page 49: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Laporan Razak 1956 mengusulkan: (1) Bahasa Melayu - bahasa pengantar di sekolah

rendah dan sekolah menengah. (2) Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan

bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

(3) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama.

(4) Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.

(5) Pendidikan dengan menggunakan

Page 50: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

(3) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama.

(4) Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.

Page 51: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Dengan laporan ini, sekolah vernakular beransur-ansur berubah kepada sekolah kebangsaan yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Walaupun timbul penolakan daripada komuniti bukan Melayu, namun kerajaan bertolak ansur untuk mengekalkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah masing-masing (Fennell, 1968).

Page 52: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Laporan Rahman Talib berperanan untuk memantau Ordinan Pelajaran 1957 (Md Jadi 1990, Ong 2000).

Laporan berkenaan telah diluluskan pada

bulan Ogos 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pendidikan1961 pada Oktober 1961.

Page 53: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

(1) Bahasa kebangsaan - medium perhubungan di Malaysia dan dipraktikkan bukan setakat di peringkat sekolah rendah tetapi juga di peringkat menengah dan universiti.

(2) Menyeragamkan sistem peperiksaan dan persekolahan, walaupun berbeza bahasa di peringkat rendah dan menengah.

Page 54: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

(3) Memberi penekanan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Tujuannya adalah untuk membuka peluang kepada

komuniti Melayu berkecimpung dalam bidang berkenaan. Keempat;

memberi penekanan terhadap pendidikan moral dan keagamaan bagi

mengukuhkan semangat saling menghormati antara etnik yang berbeza.

Page 55: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Rumusan - proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah bermula semenjak zaman sebelum merdeka, namun agak sukar direalisasikan.

Penyatuan dalam bidang ini menerusi penubuhan pendidikan bersifat kebangsaan akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di Tanah Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini.

Page 56: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Dua jenis sekolah rendah (dibiayai oleh kerajaan)

(1) Sekolah Kebangsaan (Bahasa Pengantar - Bahasa Melayu)

(2) Sekolah Jenis Kebangsaan (Bahasa Pengantar – Bahasa Mandarin

dan Bahasa Tamil)

Page 57: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Kurikulum kedua-dua jenis sekolah rendah pada keseluruhannya adalah sama.

Cuma, sukatan pelajarannya sahaja yang sedikit berbeza.

Sukatan mata pelajaran bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan lebih mudah berbanding dengan di Sekolah Kebangsaan.

Walaupun terdapat beberapa penyesuaian yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam kurikulum, namun penyesuaian tersebut tetap memenuhi Falsafah Pendidikan Negara, iaituuntuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

Page 58: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pengekalan kepelbagaian struktur aliran sekolah yang terdapat di negara ini perlu difahami oleh semua pihak, iaitu lebih kepada untuk menjaga kepentingan identiti sesuatu masyarakat, yang merupakan khazanah yang amat berharga bagi masyarakat berkenaan.

Pengekalan yang wujud tidak bermakna struktur pendidikan masih berasaskan sistem vernakular zaman kolonial Inggeris yang mengguna pakai kurikulum mengikut negara asal sesuatu etnik.

Page 59: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pengekalan sistem dan struktur pendidikan jenis kebangsaan ini wujud adalah hasil daripada semangat tolak ansur dalam kalangan pemimpin negara.

Keunikan dalam struktur pendidikan yang pelbagai membawa kepada pemerkasaan sistem pendidikan negara ke arah kesepaduan sosial dengan melakukan banyak penambahbaikan demi mencapai wawasan pendidikan negara.

Page 60: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Kategori Pendidikan Menengah Kebangsaan

Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah

Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah

Menengah Agama, Sekolah Seni dan Sukan.

Page 61: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pendidikan peringkat menengah - bahasa pengantar utama - bahasa Melayu.

Hak untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa ibunda mengikut etnik seperti bahasa Cina dan Tamil adalah dibenarkan sekiranya memenuhi syarat – maka pengekalan identiti menerusi bahasa ibunda masing-masing tidak akan terhakis.

Page 62: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Sekolah Wawasan - sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.

Ciri sekolah - dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran ditempatkan dalam kawasan sama.

Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain menggunakan jambatan penghubung.

Page 63: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Matlamat Sekolah Wawasan

(1) Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid pelbagai bangsa dan latar belakang.

(2) Memupuk semangat integrasi antara murid-murid daripada pelbagai aliran.

Page 64: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

(3) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

(4) Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan pelbagai aktiviti lain di sekolah.

Page 65: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Pilihan pelajar selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah:

(1) Tingkatan 6 ( tempoh dua tahun – menduduki peperiksaan STPM)

(2) Proram matrikulasi – 90% tempat diperuntukkan bagi pelajar Melayu/Bumiputera (satu atau dua tahun).

(3) Pengajian di peringkat diploma di pelbagai institut pendidikan (Contoh: Kolej Politeknik)

Page 66: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Dua kategori Institusi Pengajian Tinggi: (1) Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Bil.: 20

buah) (2) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

(Bilangan: 32 buah). * Jumlah ini tidak termasuk IPTS lain yang tidak

disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (- dikategorikan sebagai IPTS-IPTS lain, diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006).

Page 67: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai dan kerap menjadi kontroversi.

Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Dong Jiao Zong berkata sekolah vernakular sejak berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan polarisasi kaum, malah telah mempertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.

Page 68: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Kewujudan sekolah vernakular ini juga dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan kaum negara.

Berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan orang Melayu

berbanding dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan.

Page 69: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Peranan pendidikan ternyata amat dominan dalam proses sosialisasi.

Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua penting dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya tidak boleh

dinafikan kerana perkaitannya yang amat rapat dengan keluarga yang berhak untuk menentukan proses persekolahan anak-anak mereka.

Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia amat unik jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Page 70: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Ramai yang berhujah bahawa kepelbagaian sebagai satu kekuatan, namun terlalu banyak perbezaan juga tidak membawa kepada kebaikan.

Kerajaan perlu mencari titik persamaan memenuhi matlamat gagasan 1Malaysia.

Persamaan itu hanya dapat dicapai dengan memahami dan berkongsi matlamat wawasan

negara dalam kalangan rakyat dan diterajui oleh barisan kepemimpinan yang sentiasa berpegang kepada slogan ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’.

Page 71: Bab 8  pemerkasaan _ pendidikan

Allah SWT. berfirman, “Aku jadikan kamu berpuak-puak dan berkaum-kaum supaya kamu mengenali satu sama lain” (al-Quran, surah al-Hujurut, ayat 13).

Sesungguhnya perbezaan antara kaum agama, bangsa dan kebudayaan adalah sesuatu yang alamiah (natural). Ia adalah ciptaan Tuhan. Maka, kita harus berusaha ke arah kehidupan yang harmoni melalui ikatan perpaduan dan integrasi nasional.