bab 7 soalan no.7 ppt t5 2015

9
Bab 7 soalan no. 7 5. Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem pemerintahan, cara hidup dan sistem pendidikan di Asia Tenggara. (a) Jelaskan pengaruh agama Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara. (8 markah) (b) Nyatakan perubahan cara hidup masyarakat Asia Tenggara setelah menerima ajaran Islam. (6 markah) (c) Pada pendapat anda, apakah pengaruh Islam dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara. (6 markah) SKEMA 1 (a) F1 Perdagangan F2 Perkahwinan F3 Pengislaman raja dan golongan bangsawan F4 Peranan Mubaligh (b) F1 Hikayat Merong Mahawangsa F2 Hikayat Acheh F3 Sejarah kepulauan Sulu (c) F1 Perkahwinan biasa F2 Perkahwinan diraja (d) F1 Hamzah al-Fansuri F2 Abdul Rauf Singkel F3 Sheikh Nurudin al-Raniri (e) F1 Memperkayakan pemikiran dan kebudayaan masyarakat F2 Membantu perkembangan Islam jangka masa panjang 2 (a) F1 Perdagangan F2 Perkahwinan F3 Pengislaman raja dan golongan bangsawan

Upload: zulwan

Post on 27-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tetetertre

TRANSCRIPT

Bab 7 soalan no. 75. Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem pemerintahan, cara hidup dan sistem pendidikan di Asia Tenggara.(a)Jelaskan pengaruh agama Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara.(8 markah)

(b)Nyatakan perubahan cara hidup masyarakat Asia Tenggara setelah menerima ajaran Islam.(6 markah)

(c)Pada pendapat anda, apakah pengaruh Islam dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara.(6 markah)

SKEMA

1(a)F1PerdaganganF2PerkahwinanF3Pengislaman raja dan golongan bangsawanF4Peranan Mubaligh

(b)F1Hikayat Merong MahawangsaF2Hikayat AchehF3Sejarah kepulauan Sulu

(c)F1Perkahwinan biasaF2Perkahwinan diraja

(d)F1Hamzah al-FansuriF2Abdul Rauf SingkelF3 Sheikh Nurudin al-Raniri

(e)F1Memperkayakan pemikiran dan kebudayaan masyarakatF2Membantu perkembangan Islam jangka masa panjang

2(a)F1PerdaganganF2PerkahwinanF3Pengislaman raja dan golongan bangsawan

(b)F1JujurF2Amanah

(c)F1MelakaF2AchehF3SuluF4 Pattani

(d)F1Menjadikan Demak pusat pergerakan dakwah IslamiahF2Berusaha menghapuskan pengangguran dengan mengikis sifat malasF3Mengelak hidup secara mewah dan membazir

(e)F1Ajaran Islam merangkumi semua bidang kehidupanF2Persamaan tarafF3KeadilanF4Hak individu dan masyarakatF5Menyanjungi akhlak mulia

3(a)F1Hamzah al-FansuriF2Abdul Rauf SingkelF3Syamsudin ai-Sumaterani

(b)F1Sebagai penasihat kepada raja/sultan yang memerintahF222 orang ulama ditugaskan di Balai Gadang untuk memberikan bantuan kepada pentadbiran

(c)F1Menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera UtaraF2menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu

(d)F1Bustanus SalatinF2Syarabul AsyikinF3Asrarul Arifin

(e)F1Kebanyakkan orang Islam dari Asia Tenggara akan singgah di Acheh dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan haji

Soalan 4.(a)F1Pedagang Islam dari Arab, China dan India telah menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di Asia TenggaraF2Pedagang Islam membina perkampungan di kawasan pelabuhanF3Semangat dakwah Islamiah yang tinggi menarik minat penduduk tempatanF4Pedagang Islam turut membawa pendakwah dan ulama.F5Sifat mahmudah yang ada pada pedagang/berhemah dan lemah lembutF6Hubungan baik antara pedagang dengan pemerintah tempatan

(b)F1Kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Acheh, Demak,Sulu meluaskan Islam menerusi penguasaan terhadap kawasan baruF2Tun Perak meluaskan pengaruh Islam menerusi kegiatan penaklukan ke kawasan pesisiran pantai Sumatera Utara seperti Aru, Rokan,Siak, Kampar dan InderagiriF3Melaka hantar ulama ke kawasan takluk untuk menyebarkan IslamF4Kerajaan Johor-Riau berusaha menawan semula Melaka dari PortugisH4aBertujuan menyekat penyebaran agama KristianF5Acheh muncul sebagai kerajaan yang kuat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota AlamH5aAcheh menjadi pusat perdagangan utama di bahagian utara Selat MelakaH6bAcheh digelar Serambi Makkah kerana menjadi tempat persinggahan orang Islam dari Asia Tenggara yang akan mengerjakan haji di Makkah

(c) F1Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad adalah pendakwah terawal berdakwah di Asia TenggaraF2Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajudin al-Asfahani menyebarkan Islam di PasaiF3Syeikh Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf menyebarkan Islam di MelakaF4Keperibadian pendakwah yang baik,jujur dan lemah lembut memudahkan penyebaran IslamF5Menjasikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai tempat mempelajari IslamF6Golongan ulama dilantik sebagai penasihat raja/sultan di Acheh

Soalan 5(a)F1Pemerintahan beraja diganti dengan institusi kesultananF2Sultan dianggap ketua NegaraF3Mufti menjadi penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran NegaraF4Islam menjadi agama rasmiH4aKerajaan Melayu Melaka,Kerajaan Acheh dan Kerajaan BruneiF5Sultan dianggap Khalifah Allah atau wakil Allah di muka bumiH5awajib melaksanakan pemerintahan secara adilF6Nama negeri turut disesuaikan dengan nama IslamH6aAcheh Darus SalamF7Raja menggunakan nama IslamH7aSultan Mansur Syah bermaksud pemerintah yang dibantu AllahH7bSultan Mahmud Shah bermaksud sultan terpuji

(b)F1Cara hidup Islam diasimilasikan dalam budaya masyarakat Asia TenggaraF2Lahir cara hidup yang berorientasikan IslamF3cara berpakaian iaitu bertudung kepala dan bersongkokF4Islam dijadikan ad-diniaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruhF5Sifat tolong menolong, hormat menghormati dan bekerjasama menjadi budaya nasyarakatF6Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian

(c)F1Kedatangan Islam telah menanamkan sikap mementingkan ilmuF2Kewujudan institusi pendidikan formal seperti istana,pondok,pasentren,madrasah dan surauF3Pusat pendidikan Islam formal terawal di Asia tenggara iaitu pondok /dayahF4Muncul pusat penterjemahan karya agama di Samudera PasaiF5Masyarakat tempatan digalakan menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama,masjid dan surauF6Istana menjadi pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawanF7Acheh menjadi tumpuan pelajar dari luar negeri untuk belajar agama Islam

Huraikan pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam aspek-aspek berikut;(Rujuk Buku Teks m.s: 185-191)

Sebelum agama Islam berkembang ke Asia Tenggara, masyarakat di rantau ini berpegang pada prinsip dan budaya Hindu.Kedatangan Islam telah mencorakkan kehidupan baru yang berbeza daripada zaman sebelumnya. Unsur-unsur yang diperkenalkan oleh Islam kekal hingga ke hari ini.

a.Pemerintahan dan pentadbiran

Dengan kedatangan Islam beberapa pengubahsuaian telah dilakukan pada sistem pemerintahan beraja. Pengubahsuaian yang besar ialah sistem pemerintahan berasaskan Islam.Institusi kesultanan telah diperkenalkan dan ini diwarisi daripada amalan pemerintah kerajaan Abbasiyah di Baghdad dan kerajaan Turki Uthmaniyah.Sultan sebagai ketua negara.Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal agama Islam dan pentadbiran negara. Selain mufti, wujud pegawai dan petugas seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyeliabaitulmal, dan penjaga harta wakaf.Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di Alam Melayu dan menjamin kewibawaan raja. Penyelarasan gelaran ini meletakkan mereka setaraf dengan pemerintah kerajaan Islam lain di seluruh dunia dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.Dalam Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka diberi gelaranKhalifatul Mukmininyang berertipemimpin orang mukmin.Perkataan Khalifatul Mukmin juga tercatat pada mata wang syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Johor,Pahang,Kedah,TerengganudanKelantan.GelaranZillulah fil 'Alamyang bermaksudbayangan Allah di dalam alamjuga digunakan oleh raja-raja Melaka.Islam dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Islam di Asia Tenggara, seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.Sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah di bumi dan mereka haruslah menunaikan amanah Allah, iaitu memerintah dengan adil.Beberapa orang sultan yang alim berpegang teguh kepada ajaran Islam seperti Sultan Malik al-Zahir dari Samudera-Pasai, Sultan Ali Mughayat Syah, dan Sultan Iskandar Thani dari Acheh. Sultan-sultan ini menerapkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahan mereka bagi menggantikan sistem pemerintahan beraja Hindu yang berasaskan konsepdewaraja.Unsur-unsur Islam juga diterapkan pada namanegeri seperti Acheh Darus Salam. Nama raja juga menggunakannama Islam seperti Sultan Mansur Syah yang bermaksudpemerintah yang dibantu oleh Allahdan Sultan Mahmud Shah pula bermaksudsultan terpuji.Bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri, pemimpin kerajaan Islam Asia Tenggara telah memperkenalkanundangundang syariah.Walaupun undang-undang ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat dengan undang-undang adat,namun,beberapa perubahan dapat dilihat. Misalnya, dalam mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan,perniagaan, dan pembahagian harta pusaka.Kerajaan Melayu Melaka, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat. Undangundang syariah ini termaktub dalam Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Muzzafar Syah.Pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, undang-undang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka.Di Acheh, terdapat kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagaiKanun Mahkota Alam.Kedatangan Islam juga telah menggerakkan semangat jihad di kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajahan Barat.Di Acheh, sultan menggunakan semangat jihad untuk melindungi kesucian Islam daripada serangan Portugis. Begitu juga di Jawa, rakyat tempatan bersatu teguh dengan prinsip-prinsip Islam untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda.Semangat jihad disebarkan kepada rakyat tempatan Acheh menerusi penulisan ulama dalam kitab tertentu. Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel menegaskan tentang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam.Menurut mereka, sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar.Syeikh Daud al-Pattani turut memuatkan penerangan tentang kelebihan berjihad dalam kitab karangannya. Walaupun tidak menetap di Pattani, namun, beliau sering menulis suratkepada pelajarnya di Pattani supaya menentang penjajah Siam.

b.Sistem pendidikan

Sebelum kemunculan Islam di Asia Tenggara golongan awam tidak berpeluang mendapat pendidikan. Pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan.Dengan kedatangan Islam, sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanamkan ke dalam jiwa kesemua golongan masyarakat. Ini berasaskan seruan Islam yang mewajibkan setiap orang Islam menuntut ilmu.Sikap mementingkan ilmu menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan dan kewujudan institusi pendidikan formal di Asia Tenggara seperti istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau.Pusat pendidikan Islam formal terawal di Asia Tenggara muncul dalam pemerintahan kerajaan Perlak di Sumatera Utara. Pusat pendidikan tersebut ialah pondok atau dayah; Dayah Bukit Ce Breek yang didirikan pada abad ke-9 Masihi.Di Samudera-Pasai, muncul pusat penterjemahan karya agama yang menjadi tempat rujukan kerajaan Islam lain seperti kerajaan Melayu Melaka.Pendidikan pondok berkembang ke negara Asia Tenggara yang lain seperti Pattani, Acheh, dan Jawa dengan menggunakan nama-nama tertentu.Di Pattani, pelajar yang menuntut di pondok ini terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar dari negeri lain di Asia Tenggara.Dalam Kesultanan Melayu Melaka, institusi pondok belum wujud pada masa itu. Walau bagaimanapun, masyarakat digalakkan menuntut ilmu pengetahuan di rumah ulama, masjid dan surau. Manakala istana pula merupakan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan.Acheh menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan Islam selepas Melaka dikuasai oleh Portugis. Sistem pendidikan di Acheh lebih sistematik berbanding dengan kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, dan kerajaan Melayu Melaka.Terdapat beberapa peringkat sistem pendidikan di Acheh, iaitu peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah), dan pengajian tinggi atau universiti (Jamiah Bait al-Rahman).Kepesatan perkembangan institusi pendidikan menyebabkan ramai pelajar dari luar Acheh mendalami ilmu pengetahuan Islam di Acheh pada abad ke-16 dan ke-17 sehinggakan Acheh digelar sebagai Serambi Makkah.Pada zaman pemerintahan kerajaan Acheh, wanita juga digalakkan belajar di dayah dan diberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran.Pendidikan Islam seterusnya tersebar meluas ke Pulau Jawa, Pattani, Filipina, Riau, dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini menunjukkan bahawa wujud sistem pendidikan formal di Asia Tenggara sebelum kedatangan Barat.

c.Bahasa dan kesusasteraan

Kedatangan Islam telah meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu. Pengaruh Islam dalam bidang bahasa dapat dikenal pasti dalam aspek tulisan khususnya dengan kewujudan tulisan jawi.Angka dalam tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab (tulisan al-Quran) dan ulama tempatan telah mengubahsuai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan Melayu. Tulisan inikemudian menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam sehingga berupaya mengambil tempat tulisan Palava Dewanagari yang diperkenalkan pada zaman Hindu-Buddha.Melalui tulisan jawi, istilah bahasa Arab digunakan dalam bahasa Melayu sepertisultan, syukur, masjid, berkatdanalam.Dengan huruf jawi juga, masyarakat Melayu telah menggunakannya untuk membaca dan menulis.Lahir sasterawan tempatan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.Bahasa Melayu berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca bagi kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu juga telah meningkat tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.Sebelum kedatangan Islam, bahasa-bahasa lain tidak dapat berperanan menyampaikan ilmu dengan berkesan.Kedatangan Islam juga menyebabkan bahasa Melayu menjadi lebih mantap, misalnya, cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa telah disampaikan dalam bahasa Melayu.Hasil kesusasteraan Melayu turut terpengaruh dengan gaya dan tatabahasa bahasa Arab. Begitu juga dengan bentuknya, yang dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam, dan cerita hikayat.Fungsi sastera juga berubah, iaitu daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik.Penggunaan bahasa Melayu merangkumi juga bidang perdagangan. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik, iaitu di persimpangan jalan perdagangan yang penting dan kebanyakan pedagang dari Asia Tenggara ialah pedagang Melayu, menyebabkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan di kalangan para pedagang dari Timur dan Barat.Pada masa itu, seseorangakan berasa kekurangan jika mereka tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

d.Cara hidup

Sebelum kedatangan Islam, budaya dan cara hidup masyarakat Asia Tenggara banyak dipengaruhi oleh animisme serta agamaHindu danBuddha. Tetapi, setelah Islam bertapak dengan kukuh unsur kepercayaan lama seperti memuja semangat dan mempercayai keramat beransur hilang.Cara hidup Islam diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat Asia Tenggara. Dengan itu, lahirlahcara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok.Islam dijadikan sebagai 'ad-din' iaitu satucara hidup yang lengkap dan menyeluruh.Islam juga mengubah sistem sosial masyarakat yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama manusia.Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam kehidupan harian. Sifat tolong-menolong, hormat-menghormati, dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat.Kemurnian Islam tergambar dalam cara hidup yang diamalkan oleh orang Melayu seperti amalan gotong-royong di kampung-kampung. Ini membuatkan kerja berat menjadi ringan kerana dilakukan bersama-sama. Sikap dan amalan bersatu padu di kalangan masyarakat kampung dapat dipupuk dan diperkukuh. Kerja-kerja di ladang yang memerlukan banyak tenaga kerja dilakukan dengan semangat kerjasama.

e.Kesenian

Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara khususnya dalam seni khat, seni bina, dan seni ukir.Pengaruh Islam dalam seni khat dikenal pasti pada batu nisan dan ukiran kayu. Pada batunisan ini terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hukum.Usaha dan kreativiti penduduk tempatan seterusnya menjadikan hiasan pada batu nisan ini lebih menarik. Ini dilihat pada batu nisan Malik Ibrahim yang dibawa dari Gujerat, mempunyai bentuk seperti kapal terbalik dan ini menunjukkan adanya pengaruh Parsi.Makam Naina Hisham al-Din yang meninggal dunia pada tahun 1420 M. yang ditemui di Pasai, juga mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi. Pada makam tersebut terdapat tulisan syair Parsi dan pada permukaannya dilukis dengan pola hiasan daun yang mempunyai persamaan dengan hiasan permaidani Parsi.Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran, hadis, dan catatan tentang sejarah sesebuah pemerintahan tempatan.Terdapat juga seni khat yang diukir pada bilah mata keris. Ayat suci al-Quran ditatahkan dengan emas, perak dan permata.Seni khat tertua di Semenanjung terdapat pada batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M.. Batu ini merupakan seni khat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi.Unsur seni khat Islam juga terserlah dalam seni ukiran kayu masyarakat Melayu Asia Tenggara. Unsur seni kaligrafi ini mengambil contoh huruf Arab, ayat al-Quran dan tulisan jawi. Terdapat juga unsur.seni yang dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan.Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau, dan rumah kediaman, misalnya, rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama.Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar, mihrab, dan menara azan. Bangunan masjid seperti Masjid Ubaidiyah, di Kuala Kangsar, Perak, dan Masjid Brunei merupakan seni bina yang unik dan terserlah dengan kemurnian Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia Tenggara.

f.Ekonomi

Islam juga mempengaruhi sistem ekonomi masyarakat Asia Tenggara.Institusi ekonomi seperti baitulmal diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Baitulmal ini berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah.Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bekerja dan mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mengemis. Islam menggalakkan orang Islam berdagang dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga.Amalan riba, penindasan, dan penipuan adalah dilarang.Nilai-nilai murni dalam ekonomi turut disarankan seperti berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

6.a.Jelaskan nilai-nilai yang boleh kita amalkan melalui sejarah penyebaran Islam ke Asia Tenggara ini. (Rujuk Buku Teks m.s: 191-192)

Penyebaran Islam secara aman ke Asia Tenggara merupakan pengajaran sejarahiaitu dakwah Islamiah haruslah dilakukan dengan bijaksana. Selain itu, sikap terbuka dan tanpa prejudis masyarakat tempatan membolehkan Islam tersebar dengan aman tanpa konflik atau peperangan.Memartabatkan ilmu pengetahuan. Kegiatan keilmuan seperti penulisan dan penterjemahan karya telah dilakukan oleh pembesar, ulama dan orang awam. Sifat keprihatinan terhadap ilmu pengetahuan dan kerjasama semua golongan menyebabkan terbinanya pusat pengajian dan terhasilnya karya.