bab 5 - asas

Upload: nurairaashirah

Post on 07-Jul-2015

4.326 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

BAB 5 : ASAS

5.1 Asas 5.1.1 Pengenalan

Setiap binaan yang terletak di atas tanah perlu mempunyai asas yang sesuai. Binaan tidak terhad kepada bangunan sahaja tetapi meliputi binaan jalan raya, jambatan,landasan lapangan terbang, landasan kereta api, empangan dan lainlain. Binaan memerlukan sokongan yang teguh dan kukuh daripada keseluruhan anggotanya, terutamanya anggota terbawah yang dikenali sebagai asas. Asas biasanya terletak dibawah permukaan bumi dan berhunbung terus dengan tanah dibawahnya. Peranan utama asas adalah membolehkan beban daripada anggota lain binaan dipindahkan ke lapisan tanah di bawahnya dengan selamat. Selain itu, asas juga berfungsi untuk mengelakkanberlakunya endapan pada binaan. Oleh itu, adalah perlu untuk mengetahui dan mengambil kira jumlah beban yang digalas oleh asas dan juga keadaan serta kekuatan tanah berkenaan bagi tujuan reka bentuk binaan. Memandangkan asas merupakan penyokong utama binaan, ia perlu teguh serta mempunyai ketahanlasakan yang tinggi.

94

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI SESI DISEMBER 2010

5.2 Faktor Pemilihan Sesuatu Jenis Asas Faktor penting yang perlu diambil kira semasa memilih dan mereka bentuk asas ialah keadaan tanah. Jenis serta saiz struktur asas yang akan dibina. 5.2.1 Keadaan Tanah Keadaan tanah bagi sesuatu tapak binaan diperoleh daripada penyiasatan tanah yang dilakukan. Hasil penyiasatan tanah menunjukkan keupayaan galas tanah dan kandungan lembapan dalam tanah mempengaruhi kekuatan tanah. Untuk tujuan reka bentuk awal, BS 8004 memberikan anggaran nilai keupayaan galas seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.0. Jadual 5.0 menunjukkan jenis keupayaan galas berdasarkan CP 2004 : 1872 (BS 8004 : 1986). Nilai Jenis tanah - Kerikil tumpat atau pasir tumpat dan kerikil -Kerikil sederhana tumpat atau pasir sederhana tumpat dan kerikil. -Kerikil longgar atau pasir longgar dan kerikil. -Pasir padat. -Pasir sederhana tumpat. -Pasir longgar. -Tanah liat tongkol yang sangat kaku dan tanah liat keras. -Tanah liat kaku -Tanah liat kukuh 150 300 75 150 >300 100 300