bab 5 06 pengurusan kelas bercantum

15
BAB 5: PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA Susunan Oleh : PN HJH FADHILAH HJ ASPAR JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KTHO, BATU PAHAT Pedagogi Kelas Bercantum

Upload: eloise-looi

Post on 11-Jul-2016

321 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

BAB 5: PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK

DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Susunan Oleh :PN HJH FADHILAH HJ ASPARJABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPG KTHO, BATU PAHAT

Pedagogi Kelas Bercantum

Page 2: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

vi. Pedagogi Kelas Bercantum

Page 3: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

KONSEP KELAS BERCANTUM

Konsep pengajaran kelas bercantum/ multigrade teaching ialah kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa.

Kaedah perlaksanaannya dengan mengajar sebuah kelas yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan

Page 4: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Diamalkan di Sekolah Kurang Murid (SKM), biasanya terdapat di sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan pedalaman, terutamanya di Sabah & Sarawak yang bilangan penduduknya kurang ramai menyebabkan bilangan muridnya juga kurang. 

Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang.

Page 5: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.

Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.

Selain itu, penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman.

Pengumpulan murid mengikut umur yang hampir sama ini dilakukan bagi memudahkan guru melaksanakan proses P&P di dalam kelas bercantum. 

Page 6: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Ciri-ciri kelas bercantum

Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan kurang daripada 15 orang

Bilangan murid dalam sesebuah sekolah kurang daripada 145 orang

Bilangan guru termasuk guru besar kurang daripada 5 orang

Keadaan dan kemudahan di sekolah kurang lengkap dari segi infrasktruktur dan kepakaran guru.

Page 7: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Mengajar mengikut kumpulan sama kebolehanMengajar mengikut kumpulan pelbagai kebolehanPenggiliran mengajar mengikut tahun persekolahanMengajar mengikut kumpulan sosialMengajar mengikut individu

Pedagogi Kelas Bercantum

Page 8: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Strategi P&P

Strategi P&P berbeza daripada kelas biasa

Pengajaran guru secara berkumpulan (pengajaran berpusatkan murid) supaya:murid aktif dalam pencarian ilmukumpulan terdiri daripada murid mengikut

tahap pencapaian masing-masing

Ciri-ciri kelas bercantum

Page 9: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

• Pengajaran guru secara perbincanganLibatkan perbualan dua halaGuru cetus isu atau topik perbincangan

seperti isi semasaMurid memberi respon dari segi idea dan

pandanganDapat mencerakah idea dari pelbagai sumberMemperkasa kemahiran komunikasi dan

ketrampilan murid

Ciri-ciri kelas bercantum

Page 10: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Persediaan Fizikal Bilik DarjahPenyusunan bilik darjah melibatkan susunan

kerusi-meja dan alatan - perlu sesuai dengan jenis aktiviti P&P yang dijalankan. 

Contoh: sebuah kelas bercantum bagi Tahun 1 dan 2, murid Tahun 1 disusun secara berkumpulan, manakala murid Tahun 2 duduk secara formal.

Dua papan hitam digunakan dan kedua-duanya terletak di tempat pengadang yang diletakkan di tengah-tengah kelas sebagai pembahagi kelas.

Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu.

Ciri-ciri kelas bercantum

Page 11: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Penyelarasan Jadual WaktuStrategi kedua melibatkan penyusunan jadual waktu

kelas bercantum yang disusun berdasarkan peruntukan masa yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

Jadual waktu pelajaran bagi setiap tahun persekolahan dalam sebuah kelas bercantum seboleh-bolehnya disusun mengikut mata pelajaran yang sama dalam waktu pelajaran yang sama. Contoh: Semasa murid Tahun 1 belajar Matematik, murid-murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama.

Ciri-ciri kelas bercantum

Page 12: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Pengutamaan Subjek TerasUntuk mencapai objektif pelajaran supaya murid-murid

boleh menguasai kemahiran 3M, tumpuan hendaklah diberikan kepada mata pelajaran asas iaitu Bahasa Melayu bagi Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Bahasa Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Matematik dan juga Bahasa Inggeris.

Mata pelajaran yang berlainan dalam tahun persekolahan yang berlainan juga boleh disusun dalam waktu pelajaran yang sama, sekiranya pendekatan dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas masing-masing.

Ciri-ciri kelas bercantum

Page 13: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Pengurusan ABM (BBM)Penting bagi memastikan proses P&P dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, pelbagai ABM perlu disediakan dan kekurangannya boleh menjejaskan pencapaian yang diharapkan.

Guru juga perlu tahu menggunakan ABM dengan cekap kerana kegagalan guru menguruskan ABM dengan berkesan boleh menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid.

Ciri-ciri kelas bercantum

Page 14: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

Peraturan Bilik DarjahMemastikan setiap murid mematuhi semua

peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan dilakukan dengan melantik ketua

darjah bagi membantu guru mengawal disiplin kelas.

Memupuk kepimpinan di kalangan murid dan mereka akan belajar cara menghormati ketua.

Tugas guru pula dapat dijalankan dan dilaksanakan dengan lebih lancar sebagaimana dirancang dengan bantuan ketua-ketua darjah yang dilantik.

Ciri-ciri kelas bercantum

Page 15: Bab 5 06 Pengurusan Kelas Bercantum

KesimpulanGuru perlu bijak melaksanakan P&P kelas

bercantum kerana wujud perbezaan ketara antara murid

Kelemahan dalam pengurusan pedagogi merencatkan minat murid

Maka guru disaran menguasai kemahiran pedagogi supaya dapat mengekalkan dan meningkatkan minat murid walaupun terdapat kekangan yang tidak boleh dielak.

Ciri-ciri kelas bercantum