06 jenazah

27
JENAZAH • Makna: Mayat yang diletakkan di atas usungan untuk dibawa ketanah perkuburan • Hukum :fardhu kifayah kepada orang hidup terhadap orang mati 06/16/2022 1

Upload: wkaiman

Post on 17-Jan-2017

406 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 06 jenazah

05/01/2023 1

JENAZAH

• Makna: Mayat yang diletakkan di atas usungan untuk dibawa ketanah perkuburan

• Hukum :fardhu kifayah kepada orang hidup terhadap orang mati

Page 2: 06 jenazah

05/01/2023 2

ZIARAHI ORANG SAKIT(HDK MATI & ADAB-ADABNYA

• Maksud hadis:

Dari Abu Hurairah ia berkata: Bahawa sanya Rasulullah s.a.w.bersabda: ” Hak setiap muslim kepada muslim lain ada 5, pertama menjawab salam, kedua mengunjungi orang sakit, ketiga menghantar jenazahnya, keempat mendatangi/memenuhi/ menunaikan undangan kahwin dan kelima Tasymit ( membaca doa memohon rahmat) dengan bacaan: Yarhamukallah kepada orang yang bersin.

Page 3: 06 jenazah

05/01/2023 3

SAMB• Syara’ memerintahkan kita supaya mengunjugi orang

sakit di mana Ali bin Abi Talib pernah berkata: ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila seorang muslim menjeguk saudaranya, berjalanlah ia di kebun syurga sehingga ia duduk, maka apabila ia telah duduk, diselubungilah ia oleh rahmat. Maka apabila ia pergi pada waktu pagi, berdoalah untuknya 70,000 malaikat sehingga petang hari.Dan jika ia pergi pada petang hari, maka berdoalah untuknya seribu malaikat hingga pagi.”

Page 4: 06 jenazah

05/01/2023 4

SAMB

• Islam juga menggariskan adab-adab tertentu ketika menziarahi orang sakit misalnya dituntut supaya kita berdoa untuk si sakit samada bagi yang masih ada harapan untuk sembuh atau pun bagi yang sudah tiada harapan

• Islam tidak menuntut supaya kita menziarahi orang yang sakit di mana sakit itu merupakan jenis penyakit yang berjangkit.

Page 5: 06 jenazah

05/01/2023 5

ADAB ZIARAH• Disunatkan kita menziarahi orang sakit setelah 3

hari berlalu kerana berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah seperti mana hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. ”Adalah Nabi SAW tidak mengunjugi seseorang yang sakit,melainkan sesudah berlalu tiga hari.”

• Tidak menziarahi dalam jangka masa yang lama• Bersikap lemah lembut terhadap pesakit• Berdoa untuk kesembuhan,kesempurnaan dan

kekuatan• Tidak dibenarkan makan dan minum di rumahnya• Sentiasa memberikan harapan yang baik untuknya.

Page 6: 06 jenazah

05/01/2023 6

Tanda-tanda kematian

• Terhulur kakinya• Terbuka tapak tanganya• Condong hidungnya• Tegang kulit mukanya• Turun sedikit pelipis• Berhenti denyutan nadi• Bagi yang dipatut ular,nadi berhenti,tak semesti

mati..cabut bulu pada badan,letakan atas sst,kalau masih melekat bermakna belum mati.

Page 7: 06 jenazah

05/01/2023 7

Perkara yang perlu dilakukan sesudah mati

• Menutup seluruh badan tanda hormat dan juga tutup aurat,letakan sst yg brt ats perut

• Menutup matanya• Menyebut kebaikan-kebaikanya• Meletakkan tanganya diatas dada atau

diluruskan• Dilembutkan tulang sendi dan ditanggalkan

pakaian asal..cepat rosak• Waris simati perlu segera menguruskan

jenazah

Page 8: 06 jenazah

05/01/2023 8

4 Perkara yang wajib disegerakan apabila berlaku kematian

• Selesaikan hutang jika si mati ada meninggalkan hutang

• Uruskan jenazah• Selesaikan wasiat jika simati meninggalkan

wasiat• Bahagikan pusaka jika simati ada

meninggalkan harta

Page 9: 06 jenazah

05/01/2023 9

Mengurus jenazah

• Mandikan• Kafankan• Solatkan • kebumikan

Page 10: 06 jenazah

05/01/2023 10

Syarat-Syarat wajib mandi• Mayat itu mayat orang Islam• Di dapati tubuhnya walau pun sedikit• Mayat itu bukanya mati syahid

Orang yang berhak memandikan mayatJika yang mati lelaki…lelaki atau muhrim, jika bertembung lelaki,

muhrim dan isteri maka isteri yang lebih afdhalJika yang mati perempuan kedudukanya adalah sama.Jika tiada lelaki atau perempuan atau muhrim atau

suami/isteri….tayammum.

Page 11: 06 jenazah

05/01/2023 11

CARA MEMANDIKAN MAYAT

Maksud hadis:• Dari ummu Athiyah r.’anha katanya: ”

Rasulullah SAW bersabda sewaktu anak perempuan baginda ( Zainab) meninggal dunia dan dimandikan ” Mulailah memadikanya dengan anggota-anggota sebelah kanan dan anggota yang merupakan anggota wudu’nya.”

Page 12: 06 jenazah

05/01/2023 12

samb

Hadis d iatas telah menerangkan tentang cara bagaimana pemandian itu sepatutnya dilakukan , misalnya hendaklah dimulai dengan anggota wudu’ dan kemudian seluruh tubuhnya sebelah kanan dan akhirnya sebelah kiri dan sebaik-baiknya tiga kali atau lima kali atau lebih jika dirasakan perlu. Siraman yang pertama dibersihkan dengan sabun, yang kedua dengan air yang bersih dan yang ketiga dengan air yang bercampur dengan kapur barus.

Page 13: 06 jenazah

05/01/2023 13

KAFAN

• Hukumnya fadhu kifayah dan kain kafan itu mestilah diambil dari harta si mati sekiranya ia ada meninggalkan harta. Jika tiada maka ia menjadi tanggungjawab orang yang memberi nafkah pada si mati semasa hidupnya . Jika tidak mampu boleh diminta atau diambil dari Baitul- mal yang beroperasi menurut Islam.

Page 14: 06 jenazah

05/01/2023 14

Cara mengkafan mayat :

Mayat lelaki• Sekurang –kurangnya selapis kain yang menutupi

seluruh badannya samada mayat lelaki atau perempuan .Tetapi sebaik-baiknya bagi lelaki ialah 3 lapis kain yang tiap –tiap lapis itu menutupi seluruh badannya .Sesetengah ulamak berpendapat salah satu kain itu ialah kain basahan mandi dan 2 lagi yang menutupi seluruh badannya.

Page 15: 06 jenazah

05/01/2023 15

Samb..

Mayat perempuan:

Sebaik-baiknya dengan menggunakan 5 helai iaitu kain basahan, baju, tutup kepala, telekong dan kain yang menutupi seluruh badan.

Page 16: 06 jenazah

05/01/2023 16

Sembahyang jenazah

• Syarat-syarat 1. Sama seperti sembahyang lain 2. sesudah mayat dimandi dan dikafan 3. Meletakan mayat di sebelah qiblat orang

yang menyembahyangkanya kecuali atas kubur atau ghaib

Page 17: 06 jenazah

05/01/2023 17

Rukun sembahyang jenazah

• Niat• Takbir 4 kali• Baca fatihah selepas takbir pertama• Baca selawat keatas nabi selapas takbir 2• Baca doa kepada simati selepas takbir ketiga• Berdoa lagi selepas takbir keempat• Memberi salam.

Page 18: 06 jenazah

05/01/2023 18

Sunat-sunat sembahyang jenazah:

• Mengangkat tangan pada tiap-tiap takbir• merendahkan suara bacaaan • Sembahyang berjemaah

Page 19: 06 jenazah

05/01/2023 19

hukum• Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum

mengerjakan solat jenazah terhadap orang-orang fasik (al-fussaaq), seperti orang yang tidak solat dan tidak berzakat (namun masih meyakini akan kewajibannya), orang pezina, peminum khamr, termasuk juga yang bunuh diri. Sebhagian ulama seperti Umar bin Abdul Aziz dan al-Auza’i berpendapat bahwa jenazah orang fasik tidaklah disolati. Imam Abu Hanifah dan para sahabatnya menyetujui pendapat itu khusus untuk orang yang memberontak (al-baaghi) dan orang yang menganggu ketenteraman awam (al-muharib). Dalam salah satu riwayatnya, Imam Syafi’i sepakat dengan pendapat itu khusus untuk para penceroboh atau orang yang mengganggu lalu lalang (qathi’uth tahriq).

Page 20: 06 jenazah

05/01/2023 20

samb

• Sementara yang lain seperti Imam Malik, Syafi’i, Abu Hanifah, dan jumhur ulama berpendapat bahwa jenazah orang fasik tetap wajib disembahyangkan

Page 21: 06 jenazah

05/01/2023 21

dalil

• Dalilnya antara lain sabda Nabi SAW, “Solatlah kamu di belakang siapa saja yang mengucapkan laa ilaaha illallah dan shalatilah oleh kamu siapa saja yang mengucapkan laa ilaaha illallah.”

Page 22: 06 jenazah

05/01/2023 22

HUKUM-HUKUM BERKAITAN1 Hukum melakukan solat jenazah adalah fardhu

kifayah,boleh dikerjakan pada bila-bila masa walaupun pada masa yang dilarang. Boleh dilakukan secara berseorangan atau berjemaah. Memadai dilakukan oleh seorang sahaja walaupun oleh seorang kanak-kanak dengan syarat ia telah mencapai umur mumayyiz. Seboleh-bolehnya diadakan tiga saf atau lebih kerana mengharapkan keampunan Allah. Sebaik-baiknya jenazah itu disembahyangkan oleh empat puluh orang.

Page 23: 06 jenazah

05/01/2023 23

samb• Dalam masalah orang yang mati dalam keadaan fasiq samada dengan

melakukan zina,mencuri, membunh,bunuh diri atau yang direjam(qisas) dan sebagainya,berlaku perselisihan pendapat:

a. Hukum mengerjakan solat jenazah keatasnya adalah wajib. Mayat orang yang mati kerana bunuh diri, meskipun bunuh diri itu merupakan dosa besar tetapi tidak menyebabkan orang itu dihukumkan kafir. Begitu juga kedudukanya bagi orang yang mati kerana diqisas iaitu hukuman mati kerana kesalahan membunuh dengan sengaja dan tidak mendapat kemaafan dari waris si mangsa atau yang direjam sampai mati bagi kesalahan zina bagi yang muhsan (yang telah berkahwin).Begitu juga bagi kesalahan-kesalahan lain yang tergolong dalam dosa besar.

Page 24: 06 jenazah

05/01/2023 24

sambb. Berdasarkan hadis dari Jabir bin Samurah r.a yang

mengatakan bahawa Rasulullah enggan menyembahyangkan jenazah seorang lelaki yang mati kerana bunuh diri adalah sebagai langkah pengajaran buat pemimpin negara atau kaum sebagai satu hukuman dan peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang serupa dimasa akan datang. Hadis ini bukan bertujuan melarang kita melakukan solat terhadap jenazah tersebut.

Page 25: 06 jenazah

05/01/2023 25

Sembahyang ghaib

• Sembahyang pada mayat ghaib adalah sah walaupun sudah dikuburkan dan begitu juga sembahyang diatas kubur.

• Disunatkan bagi imam dan orang yang sembahyang sendiri, berdiri diarah kepala mayat ( jika lelaki ) dan diarah tengah ( piggang ) jika mayat perempuan.

Page 26: 06 jenazah

05/01/2023 26

Memindahkan mayat

Pendapat: 1. Makruh memindahkan mayat dari satu

tempat kesatu tempat yang lain 2. Haram memindahkan mayat kerana

ditakuti akan merosakkan kehormatan mayat 3. Harus asalkan kehormatan mayat

terjaga

Page 27: 06 jenazah

05/01/2023 27

Membongkar kubur• Haram membongkar kubur melainkan jenazah itu sudah

menjadi tanah, atau berlaku sesuatu hal spt. Mayat itu belum dimandikan, dikafankan atau disembahyangkan atau seumpamanya

• Mati syahid 1.Dunia akhirat.memerangi orang kafir utk meninggikan

agama 2.Dunia. Memerangi orag kafir utk dptkan harta atau

kemegahan 3.Akhirat. Mati teraniaya atau mati terkejut