kelas bercantum

20
1.1 Latar belakang dan konsep kelas bercantum Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Bilangan murid di sekolah-sekolah ini adalah minima dan tidak mencukupi untuk dijadikan sebuah kelas biasa. Walau bagaimanapun, sekolah kurang murid tidak boleh ditutup oleh kerana setiap kanak-kanak di negara ini perlu diberikan akses kepada kemudahan persekolahan di tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu. Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini dimana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi. Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. 1.2 Definisi kelas bercantum Kelas yang mana seseorang guru mengajar lebih daripada satu kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza umur dan tahun persekolahan pada masa yang sama. 1.3 Ciri-ciri kelas bercantum a) Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. b) Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan c) Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. d) Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas. 1.0 PENGENALAN KELAS BERCANTUM

Upload: syuhada-mohamed

Post on 04-Jan-2016

442 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

nota edu 3106 kelas bercantum

TRANSCRIPT

Page 1: Kelas Bercantum

1.1 Latar belakang dan konsep kelas bercantum

Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Bilangan murid di sekolah-sekolah ini adalah minima dan tidak mencukupi untuk dijadikan sebuah kelas biasa. Walau bagaimanapun, sekolah kurang murid tidak boleh ditutup oleh kerana setiap kanak-kanak di negara ini perlu diberikan akses kepada kemudahan persekolahan di tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka. Di samping itu, bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.

Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini dimana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

1.2 Definisi kelas bercantumKelas yang mana seseorang guru mengajar lebih daripada satu kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza umur dan tahun persekolahan pada masa yang sama.

1.3 Ciri-ciri kelas bercantuma) Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.b) Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahanc) Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak

membolehkan satu kelas biasa dibuka.d) Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana

peruntukan guru mengikut bilangan kelas.e) Strategi pengajaran & pembelajaran berbeza dpd kelas biasa.

1.4 Kepentingan kelas bercantum Kelas bercantum yang diwujudkan di sekolah-sekolah kurang murid khususnya dapat mengatasi masalah bilangan murid-muridnya tidak mencukupi untuk dijadikan satu kelas tunggal. Sehubungan itu, semua murid yang tinggal di kawasan pedalaman mendapat peluang untuk bersekolah di tempat sendiri walaupun sekolah berkenaan mempunyai bilangan murid yang terlalu sedikit. Sekolah-sekolah di pedalaman mempunyai hambatan daripada aspek kemudahan asas, infrastruktur dan kewangan. Oleh yang demikian, kelas bercantum boleh meminimakan kekurangan berkenaan dengan perkongsian penggunaan yang maksima.

1.0 PENGENALAN KELAS BERCANTUM

Page 2: Kelas Bercantum

2.1 Tajuk : Komposisi Dalam Kelas Bercantum

Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah.” (UNESCO, 1988). Maka komposisi dalam kelas bercantum hanya berlaku dalam situasi-situasi berikut:a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang

murid atau lebih, kelas tidak perlu dicantum.b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu

dicantum.c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid

adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu dicantum.d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20

orang murid.e. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah

hampir sama dan dari tahap yang sama, misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga.

Walau bagaimanapun mungkin terdapat juga percantuman yang berlainan : misalnya di sekolah-sekolah yang mana bilangan gurunya mencukupi, darjah satu dan darjah enam sengaja tidak dicantumkan kerana difikirkan darjah satu itu memerlukan perhatian seorang guru khas untuk menanam pelajaran asas yang kukuh dan darjah enam pula perlu diberi persediaan yang sistematik untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

2.2 Tajuk : Penyusunan bilik darjah kelas bercantum

Kerja-kerja mengelola dan mengurus kelas-kelas bercantum memerlukan banyak persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Sebagaimana kita sedia maklum, satu-satu kelas bercantum itu mempunyai murid-murid yang berlainan umur dan pencapaian akademik yang berbeza. Bagi menjamin wujudnya suasana pembelajaran yang menggalakkan adalah mustahak bagi guru memberi pertimbangan sewajarnya kepada aspek pengurusan bilik darjah. Bilik-bilik darjah yang terdapat di sekolah-sekolah bukanlah dibina khas untuk mengajar murid-murid dalam situasi “bercantum”. Guru-guru yang mengajar di kelas bercantum bolehlah menggunakan kebijaksanaan mereka memikirkan cara-cara yang sesuai dan praktikal bagi menyediakan bilik darjah kelas bercantum. Tujuan bahagian ini adalah untuk memberi satu gambaran mengenai aspek-aspek pengelolaan dan pengurusan kelas bercantum yang dipertimbangan supaya boleh menimbulkan suasana pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

1

2.0 PENGELOLAAN DAN PENGURUSAN KELAS BERCANTUM

Page 3: Kelas Bercantum

Penyusunan bilik darjah untuk pengajaran-pembelajaran

Satu-satu kelas bercantum itu mengandungi murid-murid yang berlainan umur dan pencapaian akademik yang berbeza. Situasi ini memerlukan guru kelas tersebut mengajar dengan menggunakan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yanlg berbagai corak misalnya, ada masanya beliau terpaksa mengajar murid-murid secara kelas, ada masanya secara kumpulan, ada masanya perlu diberi bimbingan secara perseorangan, dan ada masanya pula beliau menggabungkan kesemuanya. Oleh yang demikian, penyusunan kerusi-meja dalam satu-satu kelas bercantum itu perlulah diubahsuaikan dengan kaedah pengajaran yang berbeza-beza dan yang boleh memberi peluang kepada murid-murid menyertai berbagai-bagai aktiviti pembelajaran.

Beberapa contoh penyusunan kerusi meja telah diberi dalam Buku Panduan Guru Kelas Bercantum PPK. Walau bagaimanapun, perlulah difikirkan bahawa contoh-contoh ini tidaklah menyeluruh dan mungkin ada lagi penyusunan lebih sesuai yang boleh dipertimbangkan. Dalam penyusunan bilik darjah beberapa garis panduan bolehlah dirumuskan untuk panduan guru:

a) Kerusi meja hendaklah disusun dengan sempurna supaya guru dapat melihat murid-murid dari mana-mana tempat dalam bilik darjah. Ini juga dapat membantu guru mengawal semua yang berlaku dan memberi panduan dan bimbingan kepada murid-murid bila perlu.

b) Sudut-sudut tertentu hendaklah disediakan untuk semua mata pelajaran dan juga untuk aktiviti pemulihan, bacaan, rehat, permainan dan sebagainya.

c) Kerusi-meja elok disusun semula dari semasa ke semasa untuk menyesuaikannya dengan situasi pengajaran-pembelajaran yang berlainan.

d) Selain daripada itu, perlulah difikirkan juga kemungkinan mengadakan kemudahan-kemudahan lain seperti :

i. Papan flenal,ii. Papan tulis bergerak,iii. Tikar / linoliumiv. Bilik setor untuk penyimpanan barang,v. Dawai-dawai yang diregang untuk menggantung bahan-

bahan / hasil kerja muridvi. Tempat penyimpan / pameran beroda.

2.3 Tajuk : Penyimpanan Rekod

Dalam situasi kelas bercantum yang mana murid-murid terlibat dalam aktiviti yang berlainan, rekod murid yang teratur dan kemas kini hendaklah disediakan. Antara lain rekod tersebut hendaklah menunjukkana) Kedudukan murid-murid dalam tiap-tiap kumpulan dan aktiviti-

aktiviti yang telah dikendalikan oleh kumpulan tersebut;b) Aktiviti-aktiviti yang telah dikendalikan oleh murid-murid secara individu;c) Rekod kemajuan murid-murid dalam bentuk markah dan / atau gred;d) Rekod pemindahan murid-murid satu kumpulan ke satu

kumpulan yang lain.

2

Page 4: Kelas Bercantum

3.1 Tajuk : Pengelolaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kelas

Bercantum

Kerja-kerja mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Tujuan bahagian ini adalah untuk memberi satu gambaran mengenai aspek-aspek pengelolaan kelas bercantum yang perlu dipertimbangkan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Di sekolah-sekolah yang ada kelas bercantum mungkin terdapat seorang dua guru yang tidak terlatih. Dalam keadaan yang demikian perlulah dipastikan kelas-kelas bercantum dipertanggung-jawabkan kepada guru-guru terlatih dan berpengalaman sahaja.

3.1.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Kebanyakan kerja-kerja di sekolah rendah dijalankan di dalam bilik darjah dan kebanyakan masa belajar murid-murid dihabiskan bersama gurunya. Ini sudah tentu memerlukan arahan-arahan daripada guru darjah setiap masa untuk membolehkan murid-murid memahami dan mengikut pengajarannya. Dalam situasi pengajaran secara kelas, murid-murid tidak dapat peluang belajar sepenuhnya, kerana tiap-tiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-murid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :

(a) Kumpulan Sama Kebolehan(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan(c) Kumpulan Tahun Persekolahan(d) Kumpulan Sosial(e) Kumpulan Individu

(a) Kumpulan Sama Kebolehan

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini.

3

3.0 PENGURUSAN KURIKULUM

Page 5: Kelas Bercantum

4

i. Kumpulan mengikut kebolehan

Cantuman kelas Tahun 2 dan 3

Lambat Sederhana Cerdas

Page 6: Kelas Bercantum

(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai

kebolehan. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan

ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-

murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang

pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan

ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Murid yang

cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan

ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu

kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat

menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja pula

disediakan mengikut kebolehan individu.

5

Page 7: Kelas Bercantum

(c) Kumpulan Tahun Persekolahan

Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama

kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri.

Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada

kumpulan ;

lambat

sederhana

cerdas

6

C o n to h : C a n t u m a n K e l a s T a h u n 2 d a n 3M e n g i k u t K e b o l e h a n

T a h u n 28 o r a n g

T a h u n 31 0 o r a n g

J u m l a h1 8 o r a n g

K u m p u l a nL a m b a t

K u m p u l a nS e d e r h a n a

K u m p u l a nC e r d a s

1 . M u r id T a h u n 2y a n g la m b a t2 o ra n g .

2 . M u r id T a h u n 3y a n g t e r la lula m b a t 1 o ra n g .

1 . M u r id T a h u n 24 o ra n g .

2 . M u r id T a h u n 3y a n g la m b a t4 o ra n g .

1 . M u r id T a h u n 35 o ra n g .

2 . M u r id T a h u n 2y a n g c e rd a s2 o ra n g .

K u m p u l a n p e l b a g a i k e b o l e h a n

C a n tu m a n T a h u n 2 d a n 3

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

Page 8: Kelas Bercantum

Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan

lembaran kerja untuk semua kumpulan.

(d) Kumpulan Sosial

Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan

Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan

kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini kanak-

kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri.

Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan,

7

G U R U

T A H U N 2 T A H U N 3

g u r u m e n g a j a rs e c a r a b e r g i l i r

k u m p u l a n k u m p u l a n

A B C A B C

P e n g e n d a l i a nP e n g e n d a l i a n K e l a sK e l a s s e c a r as e c a r aK a e d a hK a e d a h D a r j a hD a r j a h / / T a h u nT a h u n P e r s e k o l a h a nP e r s e k o l a h a n

B

C C

B

A

Ruang p

am

era

n

hasi

l kerja m

urid

papan tulis papan tulis

Meja guru

Ruang bacaanRuang pembelajaran Ruang pembelajaran

1. Murid mengikut kumpulan.2. Dua papan tulis. 3. Sekatan antara kelas digunakan

sebagai ruang pameran hasil kerja murid.

Petunjuk: A = Kumpulan lambatB = Kumpulan sederhanaC = Kumpulan cerdas

Tahun 2

Tahun 3

Catatan :

Pengendalian Kelas BercantumKaedah Darjah / Tahun Persekolahan

A

Page 9: Kelas Bercantum

pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan

kerehatan.

(e) Kumpulan Individu

Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid

telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru

mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

3.2 Rancangan Pengajaran

3.2.1 Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan

Pelajaran.

Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan

pelajaran yang disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa.

Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan

kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.

Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi

kandungan sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan

membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar

serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)

Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut

prinsip-prinsip kelas bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu

supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak. Namun

jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah

pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.

8

Page 10: Kelas Bercantum

9

M A S A T A H U N 2 T A H U N 3

2 0 m in it G u r u m e n g a ja r

4 0 m in it M u r id m e m b u a t a k t iv it iS e t 1 , 2 , 3 ...

C o n t o h :

P E N G U R U S A N M A S A K A E D A H K E L A S

C a t a t a n : - K a e d a h in i s e s u a i d ip ra k t ik k a n s e b e lu mk e b o le h a n m u rid d ik e t a h u i

- A p a b ila k e m a h ira n y a n g s a m a d ia ja r .

PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN

MASA TAHUN 2 TAHUN 3

15 minit Guru Mengajar Kerja sendiri

15 minit Kerja sendiri Guru Menajar

Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan

Page 11: Kelas Bercantum

3.2.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana

a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai

mata pelajaran.c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang

murid.d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum

selesai dalam rancangan untuk setahun.e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang

mengambil alih mengajar sesuatu darjah.Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.

10

Page 12: Kelas Bercantum

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS BERCANTUM

MATEMATIK TAHUN 1 DAN 2

Mata Pelajaran : MATEMATIKCantuman Kelas : Tahun 1 dan Tahun 2Bilangan murid : Tahun 1 – 10 orang

Tahun 2 – 10 orangMasa : 60 minitKaedah : Kelas dan TahunTajuk : Tambah dalam lingkungan 100Kemahiran : Tahun 1

Menambah sebarang dua nombor dua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.Tahun 2Menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semuladan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat

a) menambah sebarang dua nombor dua dua digit dan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.

b) menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.

Objektif KBKK : Menyusun atur digit nombor mengikut rumah dalam proses penambahan.

Nilai Murni : Mengamalkan semangat bekerjasama, teliti

PSA : Tahun 1Murid dapat menambah sebarang nombor 2 digit & 1 digit dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula.Tahun 2Murid dapat menambah sebarang nombor 2 digit & 1 digit dalam lingkungan 50, dengan mengumpul semula.

11

Page 13: Kelas Bercantum

Langkah(masa)

Aktiviti Catatan

Set Induksi(5 minit)

Guru bersoaljawab dengan murid tentangi) jumlah murid-murid Tahun 1ii) jumlah murid Tahun 2iii) jumlah keseluruhan murid Tahun 1 dan Tahun 2 (dengan cara membilang/guna operasi “+” dalam bentuk lazim)

Kaedah kelas

Langkah 1(15 minit)

Guru menunjukkan bagaimana menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.

Contoh:1) 63 + 5 =////////// //////////////////// //////////////////// //////////////////// + ///// = //////////////////// //////////////////// ////////////// /////////berdasarkan contoh di atas guru menunjukkan cara menulis dalam bentuk lazim Pu Sa 6 4 6 4+ 5 atau + 5_______ _______

Murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 belajar bersama secara kelas.

Guru menekankan setiap pengiraan dalam bentuk lazim dimulakan dari rumah Sa.

Guru beri 1 contoh serupa lagi.

Guru memilih murid secara rawak untuk membuat latihan di papan tulis.1) 82 + 6 8 2 + 6 ______2) 88 + 5 8 8 + 5 _______

12

Page 14: Kelas Bercantum

Langkah II(15 minit)

Tahun 1 Tahun 2 Catatan

Murid-murid membuat lembaran kerja

Guru mengajar bagaimana menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit dengan mengumpul semula, hasil tambah tidak lebih daripada 100contoh:46 + 5 =////////// //////////////////// //////////////////// + ///// = //////////////////// //////////////// ////////// /tunjuk cara pengiraan dalam bentuk lazim. Pu Sa 2 7 3 6 + 5 + 6 _______ ______guru ulang dengan contoh serupa.

Langkah III(20 minit)

Guru dan murid hasil kerja bersama.

Beri pengayaan(lembaran kerja)

Murid membuat kerja dalam kumpulan kebolehan(lembaran kerja)

Guru semak bersama murid.

Kaedah darjah

Kaedah kelas

Penutup(5 minit)

Guru menanyakan murid apakah yang dipelajari hari ini untuk rumusan

Bagi satu contoh penambahan dalam bentuk lazim

13

Page 15: Kelas Bercantum

3.2.3 Pengurusan Jadual Waktu

Jadual waktu hendaklah disusun mengikut masa yang diperuntukkan untuk sesuatu mata pelajaran. Sebaik-baiknya gabungan 2-3 waktu untuk satu mata pelajaran secara berterusan terutama mata pelajaran teras. Sebaik-baiknya hanya 5 mata pelajaran sehari.

Jadual waktu disusun pada waktu yang sama bagi mata pelajaran yang sama mengikut kelas yang dicantumkan. Jadual waktu boleh juga disusun bagi mata pelajaran yang berlainan tetapi pendekatan dan kaedah pengajaran guru perlu diubahsuai mengikut aktiviti yang hendak dikemukakan.

Tumpuan perlu diberikan kepada mata pelajaran asas iaitu Bahasa Melayu bagi SK/SRK, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina bagi SRJK, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. (Rujuk Lampiran 6 : Jadual Waktu)

3.3 Bahan Bantu Mengajar Kelas Bercantum

Guru-guru yang mengajar kelas bercantum perlu menyediakan banyak bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan dalam kelas bercantum. Hal ini penting kerana murid-murid boleh menggunakan bahan-bahan yang disediakan bila guru mereka mengajar kelompok tahun persekolahan yang lain.

3.3.1 Garis Panduan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk kelas

bercantum

(a) Tajuk-tajuk yang dipilih hendaklah sesuai dijadikan bahan-bahan pengajaran sendiri.

(b) Bahan-bahan disediakan secara bersiri yang disusun mengikut turutan supaya murid boleh menggunakan berdasarkan kebolehan dan tahap penguasaan masing-masing.

(c) Bahasa yang digunakan perlu diselaraskan dengan kebolehan murid-murid.

(d) Bahan-bahan boleh digunakan tanpa pengawasan guru.

3.3.2 Jenis-jenis dan sumber bahan bantu mengajar

Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk kelas bercantum ialah kad kerja, kit pembelajaran dan bahan-bahan pengajaran guru sendiri.Kad kerja merupakan lembaran kerja yang disediakan dalam bentuk kad atau kertas yang seragam saiznya. Guru boleh menyediakan sendiri atau mendapatkan bahan tersebut dari Pusat Kegiatan Guru sekiranya ada. Terdapat juga syarikat-syarikat penerbitan yang menghasilkan kad-kad berkenaan untuk dijual ke sekolah-sekolah. Kad kerja hendaklah diletakkan di tempat atau sudut yang mudah diakses oleh murid-murid setiap masa.

14

Page 16: Kelas Bercantum

Kit pembelajaran terdiri daripada satu kit yang mengandungi kad-kad kerja, pita kaset, carta, gambar slaid, radas dan bahan-bahan berkaitan. Kit dibekalkan oleh syarikat-syarikat tertentu atau agensi-agensi kerajaan. Guru-guru dapat menggunakan kit ini dengan mudah berdasarkan modul atau manual penggunaan yang disertakan.

Selain daripada kedua-dua bahan bantu di atas, guru juga dapat menggunakan inisiatif dan kreativiti masing-masing bagi menyediakan bahan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, guru perlu peka kepada aspek-aspek seperti tajuk pengajaran, bahasa dan lembaran kerja yang bersesuaian dengan kebolehan murid-murid mereka dan berpandukan sukatan pelajaran.

3.4 Penilaian

Penilaian untuk murid-murid kelas bercantum adalah penting untuk mengukur pencapaian murid-murid berkenaan. Sehubungan itu, guru-guru yang mengajar kelas bercantum dapat mengenalpasti kekuatan dan kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Berikut ialah cara-cara menilai murid-murid kelas bercantum ;(a) Pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah.(b) Semakan untuk tugasan kumpulan / individu boleh dlakukan

dengan kerjasama murid di dalam kelas.(c) Ujian-ujian formal untuk menguji pencapaian murid-murid

berkenaan.(d) Ujian diagnostik yang dapat mengenalpasti kelemahan /

penguasaan murid-murid.

RUJUKAN

Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.

Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas

Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.

Mok Soon Sang, (1994), Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran: Siri Pendidikan Perguruan Kumpulan Budiman sdn. bhd. Kuala Lumpur.

Siri Pendidikan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (1992), Jilid 5 - Pengurusan Bilik Darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

____________ ( 1982), Small Group Work in the Classroom, (Curriculum Branch Education Department of Western Australia).

15