bab 4 perobohan

19

Click here to load reader

Upload: noor-aqidah-alek

Post on 02-Aug-2015

3.232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 Perobohan

BAB 4

PEROBOHAN BANGUNAN

Page 2: Bab 4 Perobohan

• Definisi :

• Menurut kamus Oxford Fajar – perobohan bermaksud “ menarik atau meruntuhkan bangunan” dan definisi lain bagi perobohan adalah “kemahiran tinggi dan aktiviti berbahaya bagi memusnahkan harta benda”

Page 3: Bab 4 Perobohan

KERJA-KERJA PEROBOHAN

• Kadang-kala merupakan satu aktiviti yang merbahaya

• Mesti dijalankan @ diawasi oleh seseorang yang mahir dlm bidang tersebut

• Kebiasaannya kerja ini diserahkan kpd pihak kontraktor yang pakar dlm bidang ini bagi mengelakkan drpd kejadian yang tidak diingini berlaku.

• Sblm krj2 ini dilakukan, bhn @ brng2 berharga spt perkakasan didlm bngnn, pepasangan keluli, kerangka tingkap, pintu, peralatan dan sebagainya perlu dipindahkan ke tmpt yg lebih slmt.

Page 4: Bab 4 Perobohan

• Pengetahuan yang luas dlm pembinaan dan merekabentuk bgnn penting utk melakukan krj2 pemindahan brng2 spt di atas.

• Ia bertujuan utk mengenalpasti struktur utama bgnn dan dinding @ struktur yang menanggung beban spy tidak berlaku perobohan yang tidak dikehendaki

• Peralatan yg digunakan utk mengubah @ mengalih bhn2 tersebut biasanya dengan menggunakan alat tangan ( penyungkil besi, pemukul) dan juga jentera (mengubah peralatan atau perkakas yg berat)

Page 5: Bab 4 Perobohan

• Sebab-sebab kerja perobohan dilakukan– Perdagangan– Penghargaan terhadap keindahan– Kesihatan manusia– Keselamatan manusia– Membangunkan bangunan baru– Pengubahsuaian– Persekitaran (kaw. Curam)– Density populasi– Pengubahan bangunan– Trafik

Page 6: Bab 4 Perobohan

Peninjauan

• Peninjauan keatas kawasan dan struktur binaan yang akan dirobohkan adalah merupakan satu keperluan

• Kajian dan pemeriksaan keatas bangunan dan struktur mestilah dibuat

• Keadaan sambungan-sambungan dan hubungan dengan bangunan atau struktur berdekatan yang akan memberi kesan kepada perobohan tersebut mesti diberikan perhatian termasuk dinding sesekat.

Page 7: Bab 4 Perobohan

Peninjauan yang dibuat keatas struktur bangunan :

• *Bumbung : Perlu dirobohkan dahulu dengan tangan jika bumbungnya berkerangka

• *Kerangka utama : Pemeriksaan samaada perobohan yang dirancang tidak akan menyebabkan daya tujahan yang tidak seimbang akan berlaku

• *Dinding : Ketebalan dan keadaan dinding yang hendak dirobohkan dan yang dikekalkan mesti diketahui. Ini termasuk dinding yang membawa beban dan juga dinding yang tidak membawa beban.

• *Rasuk julur : Pemeriksaan keatas jenis tupang (support) adalah perlu. (contohnya balkoni dan kakilima)

Page 8: Bab 4 Perobohan

Peninjauan keatas kemudahan-kemudahan dalam bangunan :

• Perkara2 yang bersangtkutan dengan kemudahan @ perkhidmatan dalam bangunan perlu diberi perhatian supaya tidak mengganggu atau menimbulkan masalah kepada kerja-kerja perobohan. Kemudahan2 berikut perlu ditutup, dilindungi atau dialihkan sebelum kerja-kerja perobohan dijalankan :– Longkang– Kabel elektrik dan telefon– Paip induk & paip perkhidmatan bg air & gas

Page 9: Bab 4 Perobohan

• Perobohan secara kasarnya boleh dibahagikan kepada DUA jenis iaitu :

– Perobohan penuh : merobohkan keseluruhan struktur bangunan

– Perobohan separa : merobohkan bahagian-bahagian tertentu struktur bangunan shj

• Kedua-dua perobohan ini mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:

– Kedudukan tapak binaan – Jenis struktur– Jenis pembinaan

Page 10: Bab 4 Perobohan

• Kedudukan tapak binaanUntuk bangunan yang terasing yang perlu dirobohkan sepenuhnya, jarak bangunan dengan sempadan kawasan yang berhampiran mestilah sekurang-kurangnya dua kali ketinggian bangunan yang dipanggil bangunan tapak. Bagi bangunan yang tidak mencapai had ini, dipanggil kawasan terkurung.

• Jenis strukturStruktur2 yang mempunyai kerangka utama, contohnya bangunan dua tingkat

• Jenis pembinaanBhn2 dan cara pembinaan sesuatu struktur ; contohnya tembok bata, konkrit tuang dahulu dan tegas dahulu serta struktur keluli.

Page 11: Bab 4 Perobohan

Kaedah perobohan

• Terdapat banyak kaedah perobohan, tetapi secara umumnya boleh dibahagikan kepada TIGA kategori berikut :

– Insani (dengan tangan)– Alatan jentera – Bahan Letupan

Page 12: Bab 4 Perobohan

Perobohan Secara Insani• Perobohan ini dilakukan secar berperingkat-

peringkat dengan menggunakan alatan tangan• Alatan mengangkut seperti kren diperlukan

untuk mengangkat dan menurunkan bahagian-bahagian yang telah dipecahkan (diceraikan)

• Bahagian-bahagian bangunan yang diceraikan, dirobohkan secara setingkat demi setingkat.

• Bahagian-bahagian yang telah diceraikan boleh dibuang terus dari bangunan jika kawasan perobohan jenis bangunan pada tapak. Jarak minima dengan sempadan mestilah lebih daripada 6000mm atau separuh dari ketinggian dimana bahagian tersebut dibuang (ambil mana yang lebih besar)

Page 13: Bab 4 Perobohan

• Untuk kawasan terkurung bahagian-bahagian yang telah diceraikan diturunkan dengan menggunakan kren atau hoist. Sebagai langkah keselamatan, jaring-jaring digantung dari atas bangunan untuk mengelakkan serpihan-serpihan perobohan beterbangan ditiup angin

• Perobohan insani ini biasanya digunakan untuk merobohkan bangunan yang tidak mempunyai rangka utama yang diperbuat dari konkrit dan konkrit tetulang. Untuk bangunan yang mempunyai rangka utama, cara-cara perobohan lain digunakan. Keburukan kaedah perobohan jenis ini ialah kos operasinya mahal dan masa yang lambat

Page 14: Bab 4 Perobohan

Perobohan Menggunakan Peralatan Jentera

• Pusher Arm– Alat ini dapat merobohkan secara bahagian demi bahagian– Mesin ini dipasangkan dengan lengan keluli yang akan

mengeluarkan daya tujahan mendatar.– Ianya dikendalikan oleh seorang pengendali yang

mengendalikannya dari belakang perisai kaca pada jentera tersebut yang kalis hentakan

– Sebelum dimulakan kerja perobohan jentera ini diletakkan pada tapak yang kukuh supaya dapat menanggung daya balikan tujahan

– Kawasan kendalian jentera ini mestilah tidak kurang dari 6000mm

– Ketinggian binaan yang dapat dirobohkan oleh jentera ini dari ketinggian lengannya ialah 0.6m. jika lebih, perobohan secara insani dilakukan

Page 15: Bab 4 Perobohan

• Kren dan Bebola– Perobohannya jenis berperingkat– Jentera ini menggunakan bebola besi yang digantungkan pada kren.– Bebola ini boleh dijatuhkan secara memugak iaitu dijatuhkan dari hujung kren

ke binaan yang hendak dirobohkan– Satu lagi cara ialah dengan menghayun lengan kren bersama-sama bebola

lalu dilagakan kepada binaan. Untuk kren yang mudah alih cara menjatuhkan bebola secar pugak sahaja boleh dilakukan

– Untuk cara hayunan sisi dan hayunan selari jentera yang lebih besar dan berat diperlukan supaya jentera yang mengendalikannya tidak mudah terbalik

– Perobohan cara ini tidak boleh digunakan pada bangunan yang lebih daripada 30m tinggi kerana susah untuk mengawal puing (sampah sarap) perobohan yang beterbangan

– Jika perobohan separa dilakukan, perobohan secar insani dilakukan dahulu bagi memisahkan bahagian bangunan yang perlu dirobohkan dengan yang perlu dikekalkan

– Bumbung berkerangka seperti bumbung curam perlu dirobohkan dahulu secra insani serta 50% - 70% lantai bahagian tengah binaan supaya puing boleh dijatuhkan melaluinya. Dengan cara ini sampah hanya akan tedapat di dalam kawasan bangunan tersebut sahaja.

– Kelebihan perobohan jenis ini ialah ianya cepat dan murah dari segi tenaga kerja manakala,

– Keburukannya ialah tidak sesuai bagi bangunan kawasn terkurung. Ianya juga merbahaya kecuali pengendali kren seorang yang mahir kerana hayunan sisi boleh menyebabkan kren terbalik.

Page 16: Bab 4 Perobohan

• Tarikan Menggunakan Kabel– Perobohan jenis serentak– Kabel mestilah diikat atau dilekatkan dengan kuat pada

kedua-dua hujung dan daya tarikan yangn dikenakan ditingkatkan perlahan-lahan

– Tuil atau kenderaan berat digunakan sebagai penarik dan kedudukannya mestilah tidak berganjak dari kedudukan asal. Jika setelah beberapa kali tarikan, struktur binaan masih tidak roboh maka perobohan cara lain mesti digunakan

– Struktur tersebut tidak boleh dihampiri kerana ada kemungkinan struktur itu roboh disebabkan oleh penyokongnya yang sudah lemah

– Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang sesuai digunakan untuk kerja perobohan tersebut dan ukurlilitnya mestilah tidak kurang dari 38mm. keburukannya ialah ia tidak sesuai untuk bangunan atau struktur yang besar

Page 17: Bab 4 Perobohan

• Pemecah Hidraulik– Perobohan jenis bahagian – Lubang-lubang yang bergaris pusat 75mm perlu

ditebok untuk memasukkan alat pemecah hidraulik.– Alat pemecah hidraulik ini mempunyai selinder keluli

yang dipanggil katrij dengan beberapa piston pada tengah-tengah batangnya.piston-piston ini akan ditolak keluar dan masuk oleh minyak hidraulik dengan tekanan hidraulik yang disambungkan kepada selinder tersebut. Katrij pemecah hidraulik ini dimasukkan kedalam lubang pada bahagian yang hendak dirobohkan. Apabila ianya dijalankan piston-piston yang terdapat pada katrij tersebut akan melemahkan struktur binaan dan akan merobohkannya.

– Kelebihan menggunakan alat ini ialah kos operasinya murah dan tidak mengeluarkan bunyi bising.

– Keburukannya ialah perobohannya lambat kerana dilakukan dari lubang ke lubang dan tidak sesuai untuk konkrit tetulang.

Page 18: Bab 4 Perobohan

Perobohan Secara Letupan • Bahan letupan diletakkan didalam struktur utama pada tempat

yang lemah dan diletupkan • Ini akan menyebabakan struktur roboh• Kajian yang mendalam keatas struktur utama bangunan adalah

perlu untuk mengenalpasti kedudukan bahagian yang paling lemah. Tempat-tempat inilah yang akan diletupkan supaya melemahkan struktur-struktur penyokong bangunan tersebut.

• Perobohan jenis ini mestilah dibawah tugas seorang atau sekumpulan pakar dalam kerja-kerja letupan

• Teknik perobohan menggunakan bahan letupan amat berkesan jika cara-cara lain tidak sesuai disebabkan bunyi bising yang berpanjangan, peralatan dan bahan yang mahal serta tidak bersesuaian menggunakan jentera berat dikawasan perobohan

• Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah nitro glycerine dan ammonia nitrate.

• Kelebihannya :– Tenaga pekerja yang sedikit– Harga bahan yang digunakan murah– Gegaran akibat letupan boleh dianggap tiada kerana hanya

beberapa minit sahaja– Peralatan yg digunakan sedikit dan ringan

Page 19: Bab 4 Perobohan

Thermic Lance

• Perobohan jenis bahagian demi bahagian • Amat sesuai untuk blok konkrit yang besar, tebal dan

bertetulang besi yang banyak• Alatannya mengandungi tiub keluli dan rod besi. Gas

yang digunakan adalah dari jenis asetilena dan oxygen yang membakar pada hujung rod dan tiub. Konkrit yang terbakar akan mencair keluar dan ini akan membuat lubang atau memutuskan blok tersebut. Untuk memotong keluli pula gas oksiatitena digunakan.

• Kelebihannya ialah ia senyap dan konkrit boleh dicairkan walaupun tebal

• Keburukannya ialah bahan yang digunakan mahal. Hanya sesuai untuk konkrit bertetulang yang besinya banyak. Ia menghasilkan asap yang banyak akibat bahan-bahan yang terbakar.