bab 4

3
4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini telah dijalankan sebuah sekolah yang terletak di daerah Seremban. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek yang terdiri daripada 29 orang murid dan merupakan kelas terakhir daripada lima buah kelas Tahun 4. Seramai empat orang murid iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan telah dipilih sebagai peserta kajian untuk menjalani sesi rawatan intervensi. Kesemua peserta kajian adalah berbangsa Melayu dan tergolong dalam kalangan murid yang berpencapaian rendah. Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan sesi rawatan intervensi ini, saringan bagi pemilihan peserta kajian telah dibuat. Jadual 1 Senarai responden kajian Responden Tarikh Lahir Jantina Bangsa A 31 Mei 2004 Lelaki Melayu B 24 Julai 2004 Lelaki Melayu C 10 Februari 2004 Perempuan India Muslim D 12 Jun 2004 Perempuan Melayu Keempat-empat murid berasal dari keluarga yang sederhana. Kesemua peserta kajian adalah berbangsa Melayu dan tergolong dalam kalangan murid yang berpencapaian rendah Pemilihan mereka berempat dibuat berdasarkan pemerhatian di dalam kelas. Pemerhatian ini dilakukan terhadap tindakbalas

Upload: alongysy

Post on 23-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kajian matematik

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan sebuah sekolah yang terletak di daerah Seremban.

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah dalam kalangan murid Tahun 4 Intelek yang

terdiri daripada 29 orang murid dan merupakan kelas terakhir daripada lima buah

kelas Tahun 4. Seramai empat orang murid iaitu dua orang lelaki dan dua orang

perempuan telah dipilih sebagai peserta kajian untuk menjalani sesi rawatan

intervensi. Kesemua peserta kajian adalah berbangsa Melayu dan tergolong dalam

kalangan murid yang berpencapaian rendah. Bagi meningkatkan kesahan dan

kebolehpercayaan sesi rawatan intervensi ini, saringan bagi pemilihan peserta kajian

telah dibuat.

Jadual 1 Senarai responden kajian

Responden Tarikh Lahir Jantina Bangsa

A 31 Mei 2004 Lelaki Melayu

B 24 Julai 2004 Lelaki Melayu

C 10 Februari 2004 Perempuan India Muslim

D 12 Jun 2004 Perempuan Melayu

Keempat-empat murid berasal dari keluarga yang sederhana. Kesemua peserta

kajian adalah berbangsa Melayu dan tergolong dalam kalangan murid yang

berpencapaian rendah Pemilihan mereka berempat dibuat berdasarkan pemerhatian di

dalam kelas. Pemerhatian ini dilakukan terhadap tindakbalas murid-murid semasa

pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil kerja murid pada buku latihan.

Murid A merupakan ketua kelas Tahun 4 Intelek. Pakaiannya sangat bersih

dan kemas. Dia kelihatan sihat dan tumbesarannya normal. Murid A bukan sahaja

lemah dalam matapelajaran Matematik, tetapi dia juga lemah dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu. Walaupun begitu, murid A berbakat dalam kepimpinan dan menjadi

ketua kelas 4 Intelek.

Page 2: BAB 4

Mereka semua sangat pasif di dalam kelas. Antara mereka berempat, murid B

adalah murid yang paling sukar untuk diajak berbual. Walaupun saya telah

menggunakan nada suara yang lembut dan perlahan, namun sukar untuk menerima

jawapan untuk setiap pertanyaan saya.

Murid C pula anak sulung dalam keluarga India Muslim. Semasa tahun 1,

murid ini bermasalah untuk berkomunikasi kerana tidak boleh bercakap dalam Bahasa

Malaysia. Walaupun kemahiran berbahasa semakin baik, namun murid C sering

mendiamkan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesihatan murid ini juga

kurang memuaskan kerana dia merupakan penghidap asma.

Murid D pula sering tidak hadir ke sekolah. Semua kerja rumah yang

dibekalkan tidak pernah siap. Saya berdepan dengan masalah yang sama semasa

mengajar abang kepada murid C pada tahun lepas. Berdasarkan perbualan bersama

murid C dan abangnya, saya berpendapat mereka berdua tidak mendapat dorongan

daripada ibu bapa. Walaupun ibunya seorang suri rumah, murid C dibenarkan tidak

hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan. Namun begitu, semasa di dalam kelas murid

C akan berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberi tetapi dengan cara meniru

rakan disebelah.

Kesimpulannya, kajian ini penting untuk dijalankan terhadap semua murid ini

agar pencapaian mereka dalam akademik dapat dipertingkatkan. Jika prestasi

akademik mereka meningkat, pasti keyakinan mereka akan bertambah. Ia pasti akan

menjadi inspirasi kepada murid – murid lain untuk meningkatkan prestasi akademik

masing-masing. Kajian ini juga perlu dijalankan untuk meningkatkan amalan

profesionalisme guru terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.