bab 4

25
BAB 4 : Saling Bersandaran Antara Benda Hidup

Upload: ima1806

Post on 20-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

BAB 4 : Saling Bersandaran Antara Benda Hidup

BAB 4 :

Saling Bersandaran Antara Benda Hidup

1. Spesies adalah kumpulan organisma yang sama.

2. Mereka mempunyai rupa bentuk dan struktur yang sama serta saling membiak.

3. Kucing, gajah, monyet, burung dan tikus adalah contoh-contoh spesies organisma. Spesies

1.Habitat adalah tempat tinggal semulajadi bagi tumbuhan dan haiwan.

2. Habitat menyediakan udara, makanan, perlindungan dan tempat pembiakan bagi organisma. Habitat

1. Populasi ialah sekumpulan organisma sama spesies yang hidup bersama-sama dan membiak dalam satu habitat.

2. Sebagai contoh : a)Populasi monyet di atas pokok. b)Populasi singa di padang rumput. Populasi

1.Komuniti terdiri daripada beberapa jenis populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling mempengaruhi serta saling berinteraksi di dalam suatu habitat. Komuniti

2. Sebagai contoh : a)Komuniti kolam terdiri daripada ikan, tumbuhan, berudu, dan serangga yang saling bersandaran antara satu sama lain. b)Komuniti padang rumput terdiri daripada populasi haiwan herbivor dan karnivor, pokok dan rumput yang saling bersandaran antara satu sama lain.

1.Ekosistem merujuk kepada komuniti organisma yang hidup di dalam habitat yang sama, bersama-sama dengan persekitaran bukan hidup yang memberi kesan kepada mereka.

2. Sebagai contoh : a) Ekosistem kolam. b) Ekosistem hutan hujan tropika.Ekosistem

1. Organisma di dalam suatu komuniti berinteraksi antara satu sama lain untuk memperoleh makanan, perlindungan, pengangkutan, sokongan, dan sebagainya. 2.Terdapat pelbagai interaksi antara hidupan dalam alam semulajadi seperti : a) Mangsa-pemangsa b) Simbiosis c) PersainganInteraksi Antara Hidupan

1. Mangsa ialah organisma yang diburu dan dimakan oleh organisma lain.

2. Pemangsa biasanya bersaiz besar. Mereka adalah jenis karnivor atau omnivor.

3. Mangsa mungkin herbivor atau karnivor kecil atau omnivor.

4. Pemangsa mempunyai ciri-ciri fizikal yang istimewa seperti rahang yang kuat, gigi tajam, kuku dan penglihatan jenis stereoskopik.

Mangsa-pemangsa

Di dalam ekosistem, populasi pemangsa biasanya lebih kecil berbanding dengan mangsa.

Contoh-contoh lain adalah : Singa kerbau Burung raja udang ikan Burung helang arnab Ikan gupi jentik-jentik

Simbiosis ialah interaksi antara dua organisma daripada spesis yang berbeza yang tinggal bersama-sama.

Terbahagi kepada tiga iaitu:A. komensalismeB. mutualismeC. parasitisme Simbiosis

Persaingan berlaku apabila organisma bersaing untuk mendapatkan keperluan seperti pasangan, tempat tinggal dan makanan.Contohnya:singa bersaing dengan singa untuk mendapatkan makanan.

persaingan

Kawalan biologi bersifat mesra alam dan tidak menggunakan kos yang tinggi.

Contohnya, burung hantu digunakan untuk mengawal populasi tikus di ladang kelapa sawit.Kawalan biologi

Rantai makanan adalah suatu aliran tenaga dalam bentuk makanan yang disalurkan daripada tumbuhan kepada haiwan.

Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.

DEFINISI SIRATAN MAKANAN

Dalam keadaan semulajadi, organisma yang berada di peringkatpermulaan sesuatu rantai makanan atau siratan makanan biasanyamempunyai bilangan yang banyak. -Haiwan pemangsa yang berada di peringkat atas pula mempunyaibilangan yang kecil. -Oleh itu, perhubungan bilangan populasi di antara organisma dalam rantaimakanan atau siratan makanan merupakanbentukpiramid.

Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan).Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.8.Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.9.Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.10.Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.

1. Fotosintesis ialah proses yang berlaku pada tumbuhan hijau untuk membuat makanan daripada air dan karbon dioksida dengan kehadiran klorofil dan cahaya matahari. 2. Persamaan di bawah menunjukkan proses fotosintesis.

Fotosintesis klorofilKarbon dioksida + air ------------- > glukosa + oksigen cahaya matahari

3. Faktor utama untuk fotosintesis :

a. Cahaya Matahari b. klorofilc. Air d. Karbon dioksida

1. Fotosintesis adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. 2. Kepentingan dan peranan fotosintesis adalah untuk ; a) Membekalkan makanan kepada haiwan. b) Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau membuat makanan sendiri. c) Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida di atmosfera. d) Meningkatkan kandungan oksigen di atmosfera Kepentingan Fotosintesis

1. Pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan adalah satu langkah untuk mengekalkan sumber-sumber semulajadi.

2. Pemuliharaan bermaksud penggunaan dan pengendalian sumber-sumber semulajadi untuk mengelakkan pembaziran, kehilangan atau kerosakan.

3. Pemeliharaan bermaksud mengekalkan sumber-sumber ini pada keadaan yang asal atau semulajadi. Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Hidupan

Pemuliharaan dan pemeliharaan tumbuh-tumbuhan hijau dalam hutan seperti hutan hujan tropika adalah penting kerana hutan:

a). Memainkan peranan di dalam kitaran oksigen dan kitaran karbon untuk mengekalkan kandungan gas-gas di dalam atmosfera. b). Berfungsi sebagai kawasan tadahan air yang dapat membantu mengawal hakisan tanah dan banjir. c) . Menyediakan pelbagai habitat untuk haiwan

Kita boleh memulihara dan memelihara sumber semulajadi dengan pelbagai cara. Sesetengah cara adalah ; Membuka Taman Negara dan hutan simpan. Membuka taman laut seperti Pulau Payar. Perancangan dan pengurusan wajar terhadap penggunaan tanah.

Langkah-langkah untuk Memulihara dan Memelihara Hidupan