bab 4

21
BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 Pendahuluan Bab ini membentangkan dapatan-dapatan kajian dalam bentuk deskriptif dan inferensial. Perbincangan deskriptif dibuat untuk menghuraikan latar belakang responden dari segi sosio ekonomi dan pencapaian responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pos. Tujuan kajian adalah untuk meninjau keberkesanan kaedah ‘Jom Klik dan Sebut’ terhadap murid-murid kelas pemulihan khas bagi menguasai kemahiran membaca. 4.1 Huraian Latar Belakang Responden Bahagian ini akan menghuraikan secara ringkas profil yang dikaji. Profil ini perlu untuk memahami latar belakang taburan

Upload: kropok-lekor

Post on 19-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bab

TRANSCRIPT

BAB 4

ANALISIS DATA

4.0Pendahuluan

Bab ini membentangkan dapatan-dapatan kajian dalam bentuk deskriptif dan inferensial. Perbincangan deskriptif dibuat untuk menghuraikan latar belakang responden dari segi sosio ekonomi dan pencapaian responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pos. Tujuan kajian adalah untuk meninjau keberkesanan kaedah Jom Klik dan Sebut terhadap murid-murid kelas pemulihan khas bagi menguasai kemahiran membaca.

4.1Huraian Latar Belakang Responden

Bahagian ini akan menghuraikan secara ringkas profil yang dikaji. Profil ini perlu untuk memahami latar belakang taburan sampel yang dikaji iaitu kaum, jantina dan pencapaian responden dalam kemahiran membaca.

4.1.1Taburan Responden Mengikut Jantina Responden adalah di kalangan murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 dari Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson. Responden yang dikaji terdiri daripada 9 orang yang berlatarbelakang kehidupan di kawasan pinggir bandar. Ibu bapa atau penjaga mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bekerja sebagai buruh kilang. Jadual 4.1.1 memaparkan maklumat tentang profil responden tersebut. Berdasarkan jadual tersebut, jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 9 orang murid lelaki yang masih memerlukan bimbingan melalui program pemulihan khas di sekolah ini. Jika dipecahkan mengikut Kelas, responden Tahun Dua adalah seramai 5 orang ( 55.6%) dan Tahun Tiga seramai 4 orang ( 44.5%).

RespondenBil%

Jantina Lelaki9100Jumlah9100 Tahun Tahun 2 555.6 Tahun 3444.5

Jumlah9100

Pendapatan Bulanan Ibubapa < RM 500555.5 RM 500 RM 1,000333.4 > RM 1,000 dan ke atas111.1

Jumlah9100

Jadual 4.1.1Profil Responden

Dapat dirumuskan di sini bahawa pendapatan keluarga responden boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu berpendapatan kurang daripada RM 500, berpendapatan RM500 RM1,000 , dan berpendapatan lebih RM1,000. Dalam kajian ini terdapat 5 orang (55.5%) dari keluarga berpendapatan kurang RM500, 3 orang (33.4%) dari keluarga berpendapatan di antara RM500 RM1,000 dan seorang (11.1%) dari keluarga berpendapatan lebih RM1,000 dan ke atas. Ini menunjukkan kebanyakan responden adalah dari kalangan keluarga miskin iaitu di bawah pendapatan RM500. 4.1.2Laporan Dapatan Kajian

Semasa proses kajian dilaksanakan, maklumat-maklumat diperolehi berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan terhadap responden terpilih iaitu murid-murid pemulihan khas Tahun 3 dari Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson. Ujian Pra ini dijalankan ke atas 9 orang responden sebelum penyelidik menjalankan langkah-langkah seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca. Ujian Pra ini bertujuan untuk mengenalpasti pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh responden sebelum ini.Ujian Pos yang dijalankan bertujuan untuk mengesan prestasi setiap responden hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah Jom Klik dan Sebut. Ujian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan pendekatan tersebut bagi mengatasi masalah pencapaian murid-murid dalam kemahiran membaca. Jadual 4.1.2 dapat menerangkan bilangan suku kata yang dapat dikuasai oleh responden semasa Ujian Pra dan Ujian Pos.

Secara jelas peningkatan penguasaan responden dapat dilihat apabila Kaedah Jom Klik dan Sebut dipraktikkan oleh guru Pemulihan Khas. Walaupun peningkatan penguasaan Responden 7 agak perlahan, namun peningkatan penguasaan membaca suku kata responden ini tetap meningkat. Jika ditinjau melalui Ujian Pra murid ini hanya menguasai 3 suku kata terbuka KV dan 1 sahaja suku kata tertutup KVK.

Responden Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan Peratus (%) KV KVKKV KVK KV KVK KV KVK

Responden 1 8 6 10 9 2 3 20 30 Responden 2 7 5 10 7 3 2 30 20 Responden 3 4 3 8 5 4 2 40 20 Responden 4 5 3 9 5 4 2 40 20 Responden 5 7 5 10 7 3 2 30 20 Responden 6 8 6 10 9 2 3 20 30 Responden 7 3 1 7 4 4 3 40 30 Responden 8 4 2 8 5 4 3 40 30 Responden 9 6 3 9 6 3 3 30 30

Jadual 4.1.2 Data Penguasaan Ujian Pra dan Ujian Pos

Namun setelah dijalankan Ujian Pos, peningkatan telah berlaku di mana sebanyak 40% bagi suku kata terbuka KV dan 30% suku kata tertutup KVK. Responden 3 dan 8 pula hampir sama tahap pencapaiannya semasa Ujian Pra ,namun setelah Ujian Pos dijalankan ,kedua-dua responden ini telah mencapai peningkatan sebanyak 40% bagi suku kata terbuka KV. Bagi responden 1,2,5 dan 6 pula telah menguasai semua suku kata terbuka KV. Manakala bagi suku kata tertutup KVK pula responden 1 dan 6 hampir menguasai kesemuanya iaitu 9 suku kata. Responden 2 dan 5 pula telah menguasai 7 suku kata tertutup iaitu sebanyak 20% berbanding Ujian Pra. Responden 4 pula, walaupun semasa Ujian Pra hanya menguasai 5 suku kata terbuka KV telah terbukti peningkatan dalam Ujian Pos di mana hampir kesemua suku kata tersebut dikuasainya. Namun bagi suku kata tertutp KVK responden ini hanya dapat menguasai 20% setelah Ujian Pos dijalankan. Peningkatan juga dapat dilihat menerusi responden 9, di mana kedua-dua jenis suku kata yang dikuasai telah meningkat sebanyak 30% (3 suku kata). Jika ditinjau melalui peningkatan penguasaan suku kata terbuka KV dari segi peratus, seramai 4 orang responden telah menguasai 40%, 3 orang responden mencapai 30% manakala 2 orang responden mencapai 20%. Sementara itu bagi suku kata tertutup KVK pula, seramai 5 orang responden telah menguasai 30% dan 4 orang responden menguasai 20% dalam peningkatan menyebut suku kata tersebut.

Secara keseluruhannya, peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata bagi murid-murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson ini telah terbukti. Ini jelas menunjukkan keberkesanan kaedah Jom Klik dan Sebut dapat menangani masalah membaca murid-murid Pemulihan Khas di sekolah ini. Secara umum, peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV adalah sejumlah 32.2%. Manakala peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata KVK adalah sejumlah 25.6% . Dapatan ini menunjukkan penguasaan kemahiran membaca suku kata seperti ba ca atau li pat adalah lebih tinggi berbanding kemahiran membaca suku kata yang tidak memberi makna kepada murid. 4.1.3Taburan Minat Responden Terhadap Kelas Pemulihan Khas.

Berdasarkan Jadual 4.1.3, menunjukkan bahawa peratusan responden yang menyatakan sangat minat mengikuti kelas pemulihan khas adalah 66.7% iaitu terdiri daripada 2 orang responden lelaki dan 4 orang responden perempuan menyatakan minat yang sangat tinggi khususnya apabila kaedah Jom Klik dan Sebut diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca dalam kelas Pemulihan Khas. Ramai di antara mereka begitu aktif dan berlumba-lumba untuk mencuba. Ini disebabkan aplikasi mudah yang dibina dengan menggunakan Microsoft Office Powerpoint itu dapat menarik perhatian dan tumpuan responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan peralatan ICT ini sememangnya dapat meningkatkan minat responden terhadap kelas pemulihan, sekiranya guru pemulihan khas yang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan peralatan ICT ini dengan sepenuhnya tanpa ragu-ragu lagi.

Minat Terhadap Kelas Pemulihan Kelas Jumlah Peratus( % ) T2 T3

Sangat minat 2 46 66.7 Kurang minat - 22 22.2 Tidak minat 1 - 1 11.1

Jumlah 3 69 100

Jadual 4.1.3 Minat Terhadap Kelas Pemulihan Khas

Sejumlah 22.2% telah menyatakan kurang minat iaitu seramai 2 orang responden Tahun Dua dan seorang responden Tahun 2 ( 11%) tidak minat terhadap kelas pemulihan khas yang merupakan responden baru berpindah masuk dari sekolah lain. Tiga orang pelajar ini agak kurang mengambil bahagian semasa guru meminta mereka mencuba menggunakan aplikasi tersebut. Ini mungkin disebabkan responden ini berasa malu untuk mencuba atau sifat rendah diri yang begitu ketara sekali. Berdasarkan kaedah Jom Klik dan Sebut, responden lebih aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Semangat ingin mencuba di kalangan responden semakin positif. Sikap malu dan rendah diri dapat dikurangkan dan seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dapat dipraktikkan.

4.1.4Persepsi Responden Tentang Keberkesanan Pengajaran Guru Pemulihan KhasPengajaran dan pembelajaran berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Pengajaran guru yang berkesan akan membolehkan para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih jitu lagi. Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang. Meneliti cabaran ini, guru perlu kreatif dan inovatif dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran supaya menarik dan menyeronokan. Hal ini berupaya meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Justeru itu, dapatan yang diperolehi menerusi soal selidik, didapati persepsi responden terhadap keberkesanan pengajaran guru boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Berkesan dan Kurang Berkesan. Berdasarkan Jadual 4.1.4, dapat dirumuskan bahawa dengan kaedah Jom Klik dan Sebut, menunjukkan 22.2% responden Tahun Dua iaitu seramai 2 orang telah menyatakan proses pengajaran guru berkesan dan telah disokong oleh responden Tahun Tiga sebanyak 66.7% iaitu seramai 6 orang yang menjadikan 88.9% keseluruhannya. Masih terdapat seorang responden Tahun Dua (11.1%) mengatakan pengajaran guru kurang berkesan mungkin disebabkan faktor responden ini tidak berminat dengan pengajaran guru berkenaan. Kaedah konvensional pengajaran guru juga mungkin menyebabkan responden tidak berminat dengan guru ini.

Keberkesanan Pengajaran Guru Kelas JumlahPeratus ( % ) T2 T3

Berkesan 2 68 88.9 Kurang Berkesan 1 -1 11.1

Jumlah 3 69 100

Jadual 4.1.4 Persepsi Responden Terhadap Keberkesanan Pengajaran Guru

Oleh yang demikian penggunaan kaedah Jom Klik dan Sebut yang dipraktikkan oleh penyelidik telah memperlihatkan keberkesanan pengajaran guru terhadap responden. Penyelidik dapat mengesan masalah responden yang menyatakan kurang berkesan (kelas T2) di mana beliau merupakan pelajar yang baru berpindah masuk dari sekolah lain. Namun demikian, guru pemulihan sekolah ini hendaklah merancang dan membuat sesuatu agar pengajaran guru ini lebih berkesan dan menarik minat semua responden. 4.1.5Persepsi Responden Tentang Tahap Menguasai Kemahiran Membaca Suku Kata KV dan KVK.

Gambaran awal mendapati, kaedah Jom Klik dan Sebut yang diperkenalkan kepada responden melalui proses pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan khas, telah menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan responden ini. Jadual 4.1.5 telah menunjukkan data yang diperolehi menerusi soal selidik iaitu mengenai persepsi responden terhadap tahap menguasai kemahiran membaca suku kata KV dan KVK.

Minat Terhadap Kelas Pemulihan Kelas JumlahPeratus ( % ) T2 T3

Setuju 2 57 77.8 Kurang Setuju1 12 22.2 Tidak Setuju- - - -

Jumlah 3 69 100

Jadual 4.1.5 Persepsi Responden Terhadap Tahap Menguasai Kemahiran Membaca Suku Kata KV dan KVK

Daripada kajian yang dilakukan, didapati seramai tujuh orang ( 2 orang responden Tahun 2 dan 5 orang responden Tahun Tiga) mewakili 77.8% bersetuju mengatakan bahawa kemahiran membaca suku kata dengan kaedah ini mudah dikuasai. Bagi yang kurang setuju dengan kenyataan ini hanya 22.2% di mana seorang responden Tahun Dua dan seorang Tahun Tiga Manakala tidak seorang responden pun yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Ini menunjukkan kaedah Jom Klik dan Sebut memang sesuai digunakan terhadap murid pemulihan di sekolah. Penggunaan grafik dan huruf yang menarik serta berwarna-warni telah menyebabkan responden berminat untuk cuba menggunakan aplikasi ini. Kesinambungan latihan yang terdapat dalam aplikasi itu juga boleh dijawab oleh responden dengan betul. Oleh yang demikian, secara tidak langsung responden dapat menguasai kemahiran membaca khususnya suku kata terbuka KV dan tertutup KVK dengan baik. Selain itu penggunaan peralatan ICT semasa sesi pengajaran dapat meningkatkan penumpuan responden tentang pengajaran guru. Mereka lebih gemar untuk mencuba latihan-latihan yang dipaparkan kerana aplikasi interaktif itu dapat menambat minat semua responden.

4.1.6Persepsi Responden Tentang Kaedah Jom Klik dan SebutJadual 4.1.6 adalah data yang diperolehi menerusi soal selidik yang dilakukan terhadap semua responden. Seramai 8 orang responden (88.9%), Tahun 3 seramai 6 orang (66.7%) telah mengatakan bahawa Kaedah Jom Klik dan Sebut ini amat menyeronokan begitu juga 2 orang responden Tahun Dua dalam kajian ini ( 22.2%) turut menyatakan pendirian yang sama. Sementara itu seorang responden Tahun Dua sahaja iaitu 11.1% mengatakan kaedah ini kurang menyeronokkan.

Kaedah Jom Klik dan Sebut Kelas Jumlah Peratus ( % ) T2 T3

Seronok 2 68 88.9 Kurang Seronok 1 -1 11.1 Tidak Seronok - - --

Jumlah 3 69 100

Jadual 4.1.6 Persepsi Responden Tentang Kaedah Jom Klik dan Sebut Mengikut Jantina Penggunaan aplikasi interaktif ini sebenarnya dapat menarik minat responden untuk mengikuti kelas pemulihan. Ini kerana responden dapat mengendalikan sendiri aplikasi tersebut semasa sesi membaca suku kata terbuka KV dan tertutup KVK. Cara pengendalian yang mesra pengguna juga turut menyumbang sikap seronok responden terhadap kaedah yang digunakan ini. Latihan-latihan bagi tujuan latih tubi turut disediakan dalam aplikasi ini. Responden juga boleh mencari jawapan tanpa bantuan guru melalui aplikasi tersebut. Ini kerana arahan yang jelas melalui aplikasi itu membolehkan responden menggunakan kaedah Jom Klik dan Sebut dengan sendiri.

4.1.7Kaedah Jom Klik dan Sebut Meningkatkan Kemahiran Membaca.

Setelah kaedah Jom Klik dan Sebut diperkenalkan kepada responden dalam kajian ini, berikut merupakan dapatan yang diperolehi daripada 9 orang responden yang menggunakan kaedah tersebut.

Kemahiran Membaca Meningkat Kelas Jumlah Peratus ( % ) T2 T3

Setuju 2 57 77.8 Kurang Setuju 1 12 22.2 Tidak Setuju - - --

Jumlah 3 69 100

Jadual 4.1.7 Peningkatan Kemahiran Membaca Menggunakan Kaedah Jom Klik dan Sebut Dapat dilihat di sini bahawa,terdapat seramai 7 responden terdiri daripada 2 orang Tahun Dua dan 5 Orang Tahun Tiga (77.8%) bersetuju bahawa menggunakan kaedah Jom Klik dan Sebut lebih mudah untuk meningkatkan kemahiran membaca berbanding kaedah yang sedia ada. Sementara itu seorang responden dari setiap Tahun Dua dan Tiga ( 22.2%) yang kurang bersetuju dan tiada yang tidak bersetuju bahawa penggunaan Kaedah Jom Klik dan Sebut boleh meningkatkan kemahiran membaca mereka. Gambaran tersebut dapat dirumuskan seperti dalam Jadual 4.1.7 di atas. Dengan kaedah ini, responden dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah. Responden dapat membaca buku-buku cerita bergambar dengan mudah. Latihan-latihan yang telah dibuat oleh responden akan dipaparkan di dalam kelas pemulihan untuk dibaca oleh semua responden agar kemahiran membaca dapat dipertingkatkan.

4.1.8Program Pemulihan Khas Dapat Meningkatkan Minat Membaca

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan dapat menyumbang kepada peningkatan minat responden aktiviti pembacaan. Dengan melaksanakan kaedah Jom Klik dan Sebut ini, responden begitu minat terhadap aktiviti membaca. Walaupun tahap bacaannya hanya sekadar membaca suku kata sahaja, namun ini merupakan langkah awal untuk menguasai kemahiran membaca di tahap yang tinggi. Berikut adalah dapatan yang diperolehi daripada responden seramai 9 orang yang menggunakan kaedah Jom Klik dan Sebut semasa proses pembelajaran kemahiran membaca. Selepas lebih kurang sebulan kaedah Jom Klik dan Sebut diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kelas pemulihan Khas, boleh dilihat tahap minat responden tentang aktiviti membaca di kelas.

Minat Kelas Pemulihan Khas Kelas Jumlah Peratus ( % ) T2 T3

Minat 2 68 88.9 Kurang Minat - -- - Tidak Minat 1 - 1 11.1

Jumlah 3 69 100

Jadual 4.1.8 Program Pemulihan Khas Dapat Meningkatkan Minat MembacaMerujuk Jadual 4.1.8 menunjukkan taburan tahap minat responden terhadap aktiviti bacaan di dalam kelas pemulihan. Walaupun hanya seorang responden Tahun Dua (11.1%) yang tidak minat terhadap aktiviti membaca, namun 88.9 % responden (2 Tahun Dua dan 6 Tahun Tiga) mereka tetap berminat terhadap aktiviti membaca yang diikutinya di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa ini. Dengan menggunakan kaedah Jom Klik dan Sebut, minat responden tentang aktiviti membaca semakin meningkat. Ini dapat membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Jom Klik dan Sebut telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

4.1.9Keyakinan Membaca Responden Semakin Meningkat

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan terhadap responden kelas pemulihan khas ini, didapati mereka dapat meningkatkan keyakinan diri untuk membaca tanpa berasa segan silu malahan semangat ingin bersaing di antara satu sama lain turut meningkat. Menerusi kaedah Jom Klik dan Sebut ini, keyakinan responden untuk membaca semakin meningkat. Ini dapat dinyatakan menerusi jadual 4.1.9.

Keyakinan Membaca Kelas Jumlah Peratus ( % ) T2 T3

Setuju 2 68 88.9 Kurang Setuju 1 -1 11.1 Tidak Setuju - - - -

Jumlah 3 69 100

Jadual 4.1.9 Peningkatan Keyakinan Untuk Membaca

Dapat dirumuskan bahawa kebanyakan responden ini mempunyai tahap peningkatan terhadap keyakinan diri untuk membaca. Seramai 8 orang responden (88.9% ) iaitu terdiri daripada 2 orang Tahun Dua dan 6 orang Tahun Tiga telah bersetuju menunjukkan peningkatan terhadap keyakinan diri untuk membaca. Namun demikian sebanyak 11.1% (seorang responden) kurang setuju terhadap keyakinan untuk membaca. Peningkatan ini disebabkan oleh semangat berlumba-lumba di kalangan responden untuk membaca dengan kaedah yang digunakan. Kebanyakan responden mempunyai sikap ingin mencuba dan oleh kerana penggunaan peralatan ICT yang jarang sekali dapat digunakan oleh semua responden semasa bersama dengan rakan-rakan di kelas aliran perdana, maka semasa sesi di kelas pemulihan inilah kesempatan itu dapat dirasai.