bab 4

6
Pembuatan keputusan Bab 4 1. Huraikan perkaitan pembuatan keputusan dengan perancangan. (6m) Pembuatan keputusan dengan perancangan termasuklah: Pembuatan keputusan adalah sebahagian yang penting daripada fungsi perancangan. Perancangan merupakan tindakan pengurus menetapkan objektif yang ingin dicapai dan memutuskan tindakan yang perlu diambil untuk mencapainya. Dalam proses merancang , pelbagai isu atau masalah yang timbul perlu diputuskan dengan mencari alternatif yang terbaik. Lazimnya , pengurus mempunyai beberapa alternatif tindakan yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor atau situasi. Pengurus perlu mengutip data , menganalisisnya sebelum menetapkan tindakan alternatif yang dia rasa terbaik untuk mencapai objektif ini. Dalam proses memilih alternatif yang terbaik , pengurus perlu membuat keputusan tentang kesesuaiannya dari aspek kemampuan organisasi. 2. Huraikan 3 kriteria penilaian yang terdapat di dalam elemen menilai alternatif. (6m) I. Kecukupan – alternatif yang dipilih mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan analisis faedah – kos dijalankan memastikan manfaat yang diperoleh mengatasi pelaburan yang dibuat. II. Kebolehlaksanakan – merujuk pada kemampuan syarikat mengusahakan pilihan yang dibuat termasuklah dapat mengatasi kekangan dan diterima oleh pihak yang terlibat. III. Realistik – alternatif yang disenaraikan boleh dilaksanakan serta mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Upload: shazurashaari

Post on 01-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Pembuatan keputusan

Pembuatan keputusanBab 4

1. Huraikan perkaitan pembuatan keputusan dengan perancangan.(6m)Pembuatan keputusan dengan perancangan termasuklah: Pembuatan keputusan adalah sebahagian yang penting daripada fungsi perancangan. Perancangan merupakan tindakan pengurus menetapkan objektif yang ingin dicapai dan memutuskan tindakan yang perlu diambil untuk mencapainya. Dalam proses merancang , pelbagai isu atau masalah yang timbul perlu diputuskan dengan mencari alternatif yang terbaik. Lazimnya , pengurus mempunyai beberapa alternatif tindakan yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor atau situasi. Pengurus perlu mengutip data , menganalisisnya sebelum menetapkan tindakan alternatif yang dia rasa terbaik untuk mencapai objektif ini. Dalam proses memilih alternatif yang terbaik , pengurus perlu membuat keputusan tentang kesesuaiannya dari aspek kemampuan organisasi.

2. Huraikan 3 kriteria penilaian yang terdapat di dalam elemen menilai alternatif.(6m)

I. Kecukupan alternatif yang dipilih mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan analisis faedah kos dijalankan memastikan manfaat yang diperoleh mengatasi pelaburan yang dibuat.

II. Kebolehlaksanakan merujuk pada kemampuan syarikat mengusahakan pilihan yang dibuat termasuklah dapat mengatasi kekangan dan diterima oleh pihak yang terlibat.

III. Realistik alternatif yang disenaraikan boleh dilaksanakan serta mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3. Jelaskan keputusan rutin dan keputusan tak rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang pengurus.(6m)Keputusan rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang pengurus ialah: Keputusan rutin yang bergantung pada polisi / peraturan / prosedur dalam organisasi. Digunakan untuk menyelesaikan masalah berstruktur seperti pesanan inventori ketika paras inventori jatuh. Dianggarkan 90% daripada keputusan dalam organisasi bersifat rutin dan berlaku di peringkat bawah organisasi.

Keputusan tak rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang pengurus ialah:

Melibatkan perantaraan antara keputusan yang dirancang dengan keputusan yang tidak dirancang. Keputusan yang diambil mestilah diberikan pertimbangan tentang kepentingan dan kesesuaian. Melibatkan proses penemuan / pengenalpastian / penentuan masalah tidak berstruktur.

4. Terangkan tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional.(6m)

Tiga langkah pertama dalam proses pembuatan keputusan rasional ialah :

a) Mengenal pasti masalah Persoalan berkaitan dengan masalah atau peluang yang wujud dan memerlukan penyelesaian segera perlu dikenal pasti dan didefinisikan secara ringkas , jelas , tepat dan khusus. Perlu memiliki kemahiran untuk memerhati dan mentafsir masalah serta menghubungkaitkan sesuatu masalah dengan masalah lain.

b) Mengutip data Mengambil data yang bersesuaian dengan masalah. Data dalaman yang boleh diperoleh ialah data mengenai kapasiti pengeluaran , bilangan dan jenis kemahiran buruh serta kuantiti bahan mentah yang digunakan. Data luaran membekalkan maklumat mengenai peluang pasaran , persaingan dan keadaan ekonomi.

c) Menganalisis data Data yang diperoleh perlu dipastikan mempunyai kualiti dan boleh dipercayai serta mampu merebut peluang dan menyelesaikan masalah. Data boleh diproses menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif untuk dijadikan sebagai maklumat yang berguna dalam membuat keputusan.

5. Jelaskan perbezaan antara keputusan rutin dan tidak rutin. (4m)Perbezaan antara keputusan rutin dan keputusan tidak rutin adalah :keputusan rutinkeputusan tidak rutin

Merujuk pada keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang sering wujud .Merujuk pada keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah bagi satu situasi tidak lazim,iaitu masalah yang dihadapi ialah masalah baharu.

Menyelesaikan masalah yang dapat dijangkakan dalam perjalanan aktiviti harian organisasi.Menyelesaikan masalah yang baharu dan tidak dijangka.

6. Jelaskan tentang keputusan bersifat adaptif dan keputusan bersifat inovatif dengan memberi satu contoh untuk setiap satunya. (6m)(i) Keputusan bersifat adaptif Merupakan keputusan yang diubah suai daripada keputusan bersifat rutin mengikut keunikan situasi. Sebagai contoh jika pekerja A, seorang pekerja yang rajin dan bertanggungjawab melanggar peraturan syarikat kali pertamanya, dia tidak harus diberi hukuman seberat pekerja B,seorang pekerja yang malas dan kurang bertanggungjawab . Jika menurut prosedur syarikat ,pekerja yang melanggar peraturannya kali pertamanya lazim diberi amaran bertulis, pekerja B boleh diberi amaran bertulis sedemikian. Pekerja A pula boleh dipanggil oleh superiornya untuk diberi teguran lisan.(ii) Keputusan bersifat inovatif Merupakan keputusan berdasarkan suatu pendekatan baharu hasil daripada daya tumpuan yang tinggi dan penghasilan idea yang kreatif. Sebagai contoh, langkah-langkah untuk menangani persaingan hebat yang berlaku secara tiba-tiba dalam sesuatu perniagaan memerlukan keputusan bersifat inovatif untuk mengatasinya. Peniaga tersebut perlu memikirkan strategi yang kreatif untuk menghadapi persaingan.

7. Berikan maksud pembuatan keputusan dan jelaskan jenis-jenis pembuatan keputusan. (6M)

Maksud pembuatan keputusan ialah:

Proses logikal dan konsisten dalam mengenal pasti alternatif atau kriteria yang mampu memberikan keputusan terbaik atau paling berupaya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.Jenis-jenis pembuatan keputusan:a) Rutin Dibuat berdasarkan kepada masalah yang biasa berlaku, masalah yang kerap berlaku dan masalah yang berulang-ulang berlaku dalam organisasi. Pengurus boleh merancang dengan sempurna bagi mengatasi masalah kebiasaan, Sebagai contoh, membeli peralatan atau bahan mentah, membayar cukai, pengambilan pekerja dan tindakan disiplin.b) Tak rutin Keputusan yang dibuat terhadap sesuatu masalah yang tidak dapat dijangkakan dan dirancang dengan sempurna. Masalah yang dihadapi tidak dapat dijangka dan jarang berlaku. Sebagai contoh, pekerja berhenti serta-merta, pesaing meningkatkan promosi, pesaing membuka perniagaan di kawasan berhampiran dan kejadian bencana alam.8. Huraikan langkah-langkah dalam pembuatan keputusan yang rasional.(6M)Langkah-langkah dalam membuat keputusan yang rasional.a) Mengenal pasti masalah Mengenal pasti masalah dalam organisasi dengan memerhatikan persekitaran, mentafsir suatu keadaan yang berlaku dan menghubungkaitkan keadaan dengan masalah mengutip dan menganalisis data atau maklumat.b) Mengutip data Data dan makluamt diperoleh daripada kajian yang dilakukan oleh pengurus, pemerhatian, temu duga, membaca dan sebagainya.c) Menganalisis data Maklumat yang diperoleh akan diperhalusi untuk mengetahui kesesuian dalam menyelesaikan masalah.d) Menjana alternatif Setelah punca masalah dikenal pasti, pengurus akan membian senarai alternatif penyelesaian masalah berdasarkan maklumat yang diperoleh.e) Menilai alternatif Setiap alternatif dikaji dan dinilai keberkesanan dan kecekapannya.