bab 4

7
BAB 4 PEMBINAAN UJIAN 4.1 PEMBINAAN UJIAN Umumnya, pembinaan ujian terdiri daripada dua bentuk iaitu: o Ujian Objektif o Ujian Subjektif 4.1.1 UJIAN OBJEKTIF - Ujian objektif merupakan ujian yang pendek-pendek. - Melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat- tempat kosong dan lain-lain gerak balas yang ringkas. - Ia dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif. - Pelajar mestilah memiliki pengetahuan, fahaman dan kemahiran tertentu seperti yang dikehendaki oleh item tersebut untuk mendapatkan tindak balas yang betul. - Ujian objektif membuatkan calon bergerak balas, membaca, memilih jawapan yang tepat daripada jawapan-jawapan yang telah disediakan. Rajah 1 : Ciri-ciri Ujian Objektif Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan Banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir Kualiti ujian ini bergantung kepada kemahiran penubuhan bahan ujian Mementingkan keadilan sepenuhnya Bentuk ujian pendek-pendek, ringkas dan tepat CIRI-CIRI UJIAN OBJEKTIF

Upload: wan-nur-aziemah-izyan

Post on 03-Jul-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

BAB 4

PEMBINAAN UJIAN

4.1 PEMBINAAN UJIAN

Umumnya, pembinaan ujian terdiri daripada dua bentuk iaitu:

o Ujian Objektif

o Ujian Subjektif

4.1.1 UJIAN OBJEKTIF

- Ujian objektif merupakan ujian yang pendek-pendek.

- Melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-

tempat kosong dan lain-lain gerak balas yang ringkas.

- Ia dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif.

- Pelajar mestilah memiliki pengetahuan, fahaman dan kemahiran tertentu seperti

yang dikehendaki oleh item tersebut untuk mendapatkan tindak balas yang betul.

- Ujian objektif membuatkan calon bergerak balas, membaca, memilih jawapan

yang tepat daripada jawapan-jawapan yang telah disediakan.

Rajah 1 : Ciri-ciri Ujian Objektif

Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan

Banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir

Kualiti ujian ini bergantung kepada kemahiran penubuhan bahan ujian

Mementingkan keadilan sepenuhnya

Bentuk ujian pendek-pendek, ringkas dan tepat

CIRI-CIRI UJIAN OBJEKTIF

JENIS HURAIAN

a) Item jawapan pendek

Boleh diklasifikasikan sebagai item objektif yang menyumbangkan gerak balas bebas.

Merupakan soalan dan melengkapkan ayat-ayat sama ada dengan perkataan atau rangkai kata atau lambang-lambang.

Pelajar menjawab dengan cara menulis jawapan di bahagian hujung atau di bawah soalan.

b) Item objektif jenis pilihan

Tindak balas telah diberikan.

Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul atau yang paling betul.

Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilhan dan item-item berdasarkan pilihan yang telah diberikan.

c) Item beraneka pilihan

Daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas.

Terdiri daripada satu pokok persoalan yang merupakan satu situasi masalah dan beberapa pilihan.

d) Item betul salah Merupakan item beraneka pilihan jenis dua pilihan.

Pelajar dikehendaki menentukan betul atau salah pernyataan-pernyataan yang diberikan.

Pilihan yang biasa digunakan : - ya- tidak - betul-salah - benar-tidak benar - sama-bertentangan - tepat-tidak tepat

e) Item padanan Menghidangkan masalah (stimuli) dan beberapa penyelesaian masalah (tindak balas).

Stimuli diletakkan di sebelah kiri dan tindak balas pula diletakkan di bahagian kanan.

Tindak balas boleh digunakan lebih daripada sekali.

Senarai tindak balas adalah tetap tetapi stimuli sahaja berubah-ubah.

JENIS-JENIS UJIAN OBJEKTIF

f) Item key list Formatnya seperti item padanan.

Memerlukan aras kognitif yang lebih tinggi.

Mengingati, mengenali dan menghubungkan fakta-fakta.

Memerlukan interpretasi, analisa dan tahap penilaian.

g) Item aturan yang terbaik

Menyediakan ayat-ayat daripada satu perenggan yang telah dipisahkan.

Pelajar-pelajar dikehendaki membaca dengan teliti ayat-ayat tersebut dan pastikan aturan terbaik untuk menyusun semula ayat-ayat.

Sebelum menjawab soalan, atur semula ayat-ayat tersebut mengikut huruf pada pangkal ayat-ayat tersebut.

h) Item objektif kloz Satu teknik pengukuran yang dibina dengan meninggalkan kosong perkataan-perkataan dalam sesuatu ujaran.

Pengambil ujian perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan secara bebas atau daripada pilihan yang diberi.

Sesuai untuk menguji keupayaan dalam bidang perbendaharaan kata dan tatabahasa secara mendalam.

Rajah 2 : Jenis-jenis Ujian Objektif

Rajah 3 : Kelebihan dan Kelemahan Item Objektif

KELEMAHAN

Tidak dapat mengukur kebolehan

pelajar memilih, mengatur dan

membuat sintesis idea-idea dan

melahirkannya secara sepadu.

Ada kecenderungan

menggalakkan pelajar meneka.

Calon terpaksa menggunakan

banyak masa untuk membaca dan

berfikir.

Memaksa guru mengambil masa

yang lama untuk

menyediakannya.

Tidak dapat mengukur keaslian.

KELEBIHAN

Mempunyai objektif ujian tugas

calon dan asas penilaian lebih

jelas dan lebih tepat.

Bebas daripada penyelewangan

markah.

Mempunyai nilai potensi

diagnostik yang tinggi.

Boleh diskor dengan tepat.

Boleh diskor dengan

menggunakan mesin.

Pemeriksaan boleh dipercayai.

Bebas daripada artikulasi verbal.

Dapat menyumbang kepada cara

pengumpulan item yang baik.

Dapat mengukur proses mental

yang tinggi.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN ITEM OBJEKTIF

4.1.2 UJIAN SUBJEKTIF

Ujian Subjektif biasanya dibuat dalam bentuk esei.

Pelajar diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan

yang diberi.

Memberi peluang kepada calon-calon untuk memberi gerak balas dalam tulisan

dan perkataan mereka sendiri.

Gerak balas tersebut mungkin dalam satu ayat, beberapa ayat, beberapa

perenggan atau sebuah karangan yang lengkap.

Ketepatan dan kualiti jawapan hanya dapat dinilai oleh pemeriksa yang

menguasai kandungan ujian berkenaan

Ujian ini meminta calon-calon menulis untuk membuktikan kepada pemeriksa

yang mereka mengetahui jawapan berkenaan.

Dalam jawapan calon, mereka bergerak balas dengan memilih, merancang,

mengolah dan menjawab melalui lisan atau tulisan.

CIRI-CIRI

o Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya mengolah jawapan

dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.

o Pelajar menumpukan banyak masa untuk berfikir dan menulis.

o Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran

pemarkahan jawapan.

o Tidak dapat dengan tepatnya menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan

daripada pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran

bahasa mereka.

JENIS-JENIS UJIAN SUBJEKTIF

JENIS HURAIAN

a) Jenis gerak balas

terhad

Ditentukan oleh batasan bentuk dan

batasan kandungan gerak balas calon. Merangkumi jawapan mengingat kembali

dan jawapan pendek. Soalan jenis mengingat kembali lazimnya

menjawab soalan siapa, bila, berapa, di mana, dan apakah.

Jenis jawapan pendek pula melibatkan gerak balas rangkai kata, kenyataan atau ayat yang mengandungi perkataan seperti senaraikan, nyatakan, takrifkan dan sebagainya.

Soalan jenis ini boleh dimarkah secara objektif dan biasanya dianggap sebagai item objektif jenis lengkapan.

b) Jenis gerak balas

lanjutan

Melibatkan soalan jenis perbincangan. Memerlukan jawapan kepada perkataan

seperti terangkan, huraikan, bezakan, galurkan, tafsirkan dan sebagainya.

Gerak balasnya kompleks dan dapat mengukur proses pemikiran iaitu jenis pemikiran pelbagai tumpuan, taakulan abstrak, inferansi, daya kreatif, keaslian idea, imaginasi dan sebagainya.

Rajah 4 : Jenis-jenis Ujian Subjektif

Rajah 5 : Kelebihan dan Kelemahan Soalan Subjektif

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SOALAN SUBJEKTIF

KELEMAHAN

Nilai potensi yang rendah.

Cenderung untuk

menggalakkan penipuan.

Tidak boleh diskor dengan

mesin.

Pemeriksaan kurang

dipercayai.

Tidak dapat menyumbang

kepada sampel isi yang luas.

Memerlukan masa yang

panjang bagi murid

menjawabnya.

Mahal dan membosankan.

Tidak bebas daripada

artikulasi lisan.

KELEBIHAN

Boleh dibina dengan mudah.

Bilangan soalan yang sedikit.

Berupaya mengurangkan

tekaan jawapan.

Berupaya memberi peluang

kepada calon untuk

menunjukkan kebolehannya.

Membolehkan calon-calon

menggunakan pengetahuan

dan kemahiran mereka

menghampiri situasi sebenar.

Berguna untuk mengesan

punca kelemahan, salah

tafsiran, konsep-konsep yang

samar-samar.

Menggalakkan pemikiran

pembelajaran pada peringkat

tinggi.

Mempunyai potensi untuk

mengukur keaslian.

Tidak menggunakan masa

yang banyak untuk

menyediakannya.