bab-3-tamadun-melayu2.pptx

22
TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA Hasil Pembelajaran Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia Kandungan Konsep Melayu Asas Tamadun Melayu Pandangan Semesta Tamadun Melayu Teori kedatangan Islam Ke Alam Melayu Kesan Islam Dalam Tamadun Melayu Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu Pencapaian dalam Pelbagai Bidang

Upload: matserabut

Post on 06-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA

TAMADUN MELAYUTERAS TAMADUN MALAYSIAHasil PembelajaranMenerangkan asas-asas pembentukan tamadun MelayuMenjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan MalaysiaMengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia

KandunganKonsep MelayuAsas Tamadun MelayuPandangan Semesta Tamadun MelayuTeori kedatangan Islam Ke Alam MelayuKesan Islam Dalam Tamadun MelayuSejarah Pencapaian Tamadun MelayuPencapaian dalam Pelbagai Bidang

PENGENALANTamadun Melayu (TM) dibentuk oleh masyarakat Melayu yang berada di wilayah Asia Tenggara yg dikenali gugusan Kepulauan Melayu @ Nusantara @ Alam Melayu @ gugusan Kepulauan Melayu-IndonesiaDua perkara mewarnai TM:Bahasa Melayu Agama Islam

KONSEP MELAYUIstilah Melayu merujuk

Alam Melayu:Merangkumi kawasan kepulauan Melayu merentasi Asia Tenggara hingga sempadan AustraliaOrang Melayu yang merantau melepasi Kepulauan Melayu digelar Melayu Diaspora

Melayu dalam Perlembagaan MalaysiaPerkara 160, Melayu ditakrifkan:Lazimnya berbahasa MelayuMengamalkan adat istiadat MelayuBeragama Islam

ASAS-ASAS TAMADUN MELAYUTamadun Melayu masyarakat Melayu yg mempunyai struktur sosial Raja, Ulama, pembesar, pedagang dan petani.Kemunculan tamadun Melayu diakitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan MelayuAsas Pembentukan Tamadun MelayuMasyarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5,000 thn dahulu.Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian.Amalan mesyuarah dlm kalangan masyarakat Melayu mencerminkan nilai kesakmaan anggota masyarakat. Lazimnya diamalkan kalangan masyarakat desa, manakala golongan Istana berkuasa mutlakNilai2 luar turut mempengaruhi masyarakat Melayu spt. Hindu dan Buddha, Islam, kuasa Barat British.Istimewanya, masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dgn nilai tempatan.

Kemunculan TM Hasil Penguasaan Laluan DagangWujudnya kerajaan-kerajaan Melayu seawal 2,500 tahun dahulu spt di Lembah Bujang, Kedah dan Kuala Selinsing, Perak membuktikan terdapat pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan perdagangan.Antara nilai yang dapat dilihat berteraskan aktiviti ekonomi perdagangan iaitu interaksi dgn masyarakat luar, bersifat terbuka, menghormati undang2 tempatan mengambilkira pandangan pihak lain

Pembentukan Empayar Melayu Sebelum IslamWujud pengaruh agama Hindu-Buddha pd kerajaan-kerajaan Melayu awal. Ianya dpt dilihat pada monumen keagamaan spt candi lembah Bujang, candi Borobodur, Indonesia, Angkor Wat, Kemboja.Binaan kuil-kuil tersebut menggambarkan ketinggian kesenian tersendiri masyarakat Melayu ketika ituEmpayar Melayu yang besar dan luas empayar Funan dan empayar Sri Vijaya menguasai laluan dagangKerajaan Melayu spt Langkasuka dan Beruas di Tanah Melayu dan Sri Vijaya dicatat dlm catatan sejarah sarjana India dan Cina

Samb.Selepas Kedatangan IslamKedatangan Islam telah membentuk tamadun Melayu baru di mana menjadikan Tamadun Melayu gemilang spt Kesultanan Melayu Islam Melaka, Acheh, Pasai, Perlak, Patani, Johor-Riau yang menjadi pusat keintelektualan dan persuratan MelayuAntara karya yang dihasilkan - Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, Adat Raja-raja Melayu, Sulalat al-Salatin @ Sejarah Melayu dsb.Antara tokoh ilmuan Melayu yang lahir pada zaman ini Hamzah Fansuri, Arshad al-Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari dll.Istana, masjid, sekolah pondok, madrasah berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan lingua franca.Pelaksanaan undang-undang Islam dan adat spt Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka bukti ketamadunan Melayu Islam.

Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu

Dibawa dari IndiaDibawa dari China dan ChampaDibawa dari Arab

Islam Dibawa Dari IndiaKebanyakan sarjana Barat menyokong teori ini spt Snouck Hugronje, B. Harrison, Thomas Arnold, Weirtheim, MonquetteMereka berpendapat Islam dibawa ke Alam Melayu oleh pedagang-pedagang India Muslim dari IndiaPendapat Monquette Islam dibawa dari arah Gujerat, IndiaHujahnya wujud persamaan batu nisan di Pasai (1428M) dan di Gerisik (1419M) dgn di Gujerat.

Thomas ArnoldIslam dibawa dari arah Banggala atau MalabarHujahnya persamaan mazhab di daerah ini dgn di Alam Melayu iaitu Mazhab Syafie

Kebanyakan hujah teori sarjana Barat ini tidak diterima oleh kebanyakan ahli sejarah kerana fakta yang tidak kukuh.

Islam Dibawa dari China dan ChampaMenurut laporan China Islam orang Arab Islam telah sampai ke China pada zaman Dinasti Pang (627-650M)Wahab Abi Kabsyah utusan Rasulullah s.a.w telah sampai ke Canton dan meninggal di situ.Khalifah Saidina Uthman B Affan juga pernah mengutus Saad Abi Waqas ke Canton dan telah membina masjid di situ.Pada 878M tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi orang Islam. Keadaan ini mendorong orang Arab Islam melarikan diri mencari perlindungan hingga ke Alam Melayu. Antara bukti teori Islam disebarkan oleh orang Arab Islam dari China ke Alam Melayu:Penemuan batu nisan bertarikh 1039M dan tugu yang tercatat hukum Islam (1025M) di ChampaPenemuan batu bersurat di Kuala Berang, TerengganuSarjana yang menyokong teori ini S.Q Fatimi dan R.O Winstedt

Islam Dibawa dari ArabKebanyakan ahli sejarah termasuk sarjana tempatan seperti Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Dr. Hamka menyokong teori ini.Hujah / bukti Islam dibawa terus dari Arab:Pengaruh tulisan jawi yang sama dengan huruf-huruf Arab, Cuma terdapat penambahan utk disesuaikan dengan sebutan tempatan seperti ga, cha, nga, pa, nyaCara tata bacaan al-Quran di Alam Melayu mirip dengan tata bacaan di Arab dan tidak mirip bacaan orang India atau ChinaPengIslaman raja-raja Melayu oleh pendakwah Islam dari Arab spt Maharaja Derbar II (Kedah) pd 1136M diIslamkan oleh Syeikh Abdullah b Syeikh Ahmad dari Yaman, Parameswara telah diIslamkan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama Sultan Muhammad Shah. Pengaruh istilah dan perkataan Arab seperti kitab, ilmu, kerusi, sultan, syukur dll termasuk pada nama dan penggunaan bin / binti.Hubungan perdagangan antara Arab dan Alam Melayu telah terjalin sejak sebelum kedatangan Islam lagi.Khalifah Muawiyah Abi Sufian dikatakan telah berdakwah ke atas kerajaan Hindu Srivijaya. Kajian menunjukkan kebanyakan raja-raja Melayu spt Brunei, Acheh, Patani, Champa, Pahang, Johor, Terengganu dan Perlis berketurunan Ahl al-Bayt (keturunan nabi Muhammad)Kesan Islam dalam Tamadun MelayuAkidahKedatangan Islam telah merubah kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta masyarakat Melayu daripada kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme.Masyarakat Melayu mempercayai dan mengimani Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.Antara asas pandangan semesta tamadun Melayu-Islam:Percaya kepada Allah yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara AlamKonsep perhitungan dan pembalasan di akhiratYakin kepada pembalasan amalan baik dan sebaliknyaMenghormati maruah dan martabat manusia, keadilan dan kebebasanKesederhanaan dan keseimbangan dalam hidup (jasmani, rohani, emosi dan akal)Walaupun adat kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme masih diamalkan oleh masyarakat Melayu pada peringkat awal kedatangan Islam, namun lama kelamaan ianya mula terhakis.

Politik / KerajaanWujud pusat-pusat kerajaan Islam di Alam Melayu seperti kerajaan Islam Acheh, Perlak, Samudera-Pasai, Melaka, Mataram, Kedah dan JohorSistem pemerintahan bersultan diperkenalkan. Jawatan mufti turut diperkenalkan bagi menasihati sultan dalam hal ehwal Islam.SosialTerdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi sistem perhambaan dan amalan kasta sebagaimana yang diamalkan sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status antara golongan bangsawan dengan rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara. Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolongUndang-undangUndang-undang berlandaskan syariat Islam diperkenalkan seperti Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pengaruh undang-undang Islam turut menggantikan undang-undang adat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang Pahang, undang-undang johor dan perlembagaan TerengganuEkonomiKedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan, namun aktiviti seperti pertanian, penternakan dsb masih berjalan.amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal KesenianPengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya. Aspek arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid.Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-angka Arab. Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah dengan tulisan khat kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi mentaati hukum-hukum syarakBahasa dan SasteraBahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di Alam Melayu.Sistem tulisan dipengaruhi Arab-Jawi.Muncul sastera Melayu bercirikan Islam seperti prosa dan puisi:Prosa Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Bulan Terbelah dsbPuisi syair Perahu, syair Burung Pingai karya Hamzah Fansuri, syair Nur Muhamamad, syair Nabi Ayub dsb Pendidikan dan Ilmu SyariahKedatangan Islam telah menyemarakkan perkembangan ilmu pengetahuan berbanding sebelum Islam. Antara ilmu yang diberi perhatian ialah usuluddin, fiqah dan tasawufAntara kitab penting yang menjadi rujukan al-Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, kitab Ihya Ulummuddin oleh Iman al-Ghazali, kitab Minhaj al-Talibin oleh al-NawawiAktiviti pendidikan berlaku di istana, rumah-rumah ulama, masjid, surau, institusi pondok dan madrasah. Terdapat guru-guru dari Arab, Parsi, Turki dsbPerkembangan ilmu dan pendidikan ini telah melahirkan ulama Melayu spt. Nuruddin al-Raniri (karyanya: Hidayah al-Iman, Sirat al-Mustaqim), Abdul Rauf Fansuri (karyanya: Umdat al-Muhtajin)

Sejarah Pencapaian Tamadun MelayuKerajaan dan Sistem PemerintahanWujudnya beberapa buah kerajaan kesultanan Melayu membuktikan tamadun Melayu telah mencapai kegemilangan dalam pemerintahan dan pentadbiranAntara kerajaan Melayu kerajaan Sribuza Islam di Palembang, Samudera-Pasai di Aceh, Melayu Melaka di Tanah Melayu, Pattani di Thailand, Johor-Riau, Mataram, Sulu dsb.Setiap kerajaan melaksanakan sistem pemerintahan berasaskan Islam. Contoh: Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka dilaksanakan oleh Kerajaan Melayu Melaka, Hukum kanun Pahang dilaksanakan oleh kerajaan Melayu Pahang.Sistem pemerintahan kerajaan Melayu ini ditulis di naskhah-naskhah Melayu dan batu bersurat. EkonomiAntara kegiatan ekonomi orang-orang Melayu ialah perdagangan yg berpusat di pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu.Antara pelabuhan yang terkenal ialah di Pasai, Melaka, Aceh dsb.Aktiviti perniagaan di pelabuhan sentiasa dipantau oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkanKegiatan perdagangan memberi kesan kepada kemunculan bandar / pekan. Masyarakat pendalaman turut mengambil kesempatan memasarkan hasil-hasil mereka di pekan / bandar.Penggunaan matawang dalam urusan perdagangan membuktikan pencapaian tamadun Melayu dalam bidang ekonomi

PendidikanPendidikan dalam masyarakat Melayu formal & tidak formalPendidikan formal berteraskan pengajian Islam spt tauhid, fiqah, akhlak, tafsir dsb di institusi pendidikan spt masjid, pondok, madrasahPendidikan tidak formal iaitu pengetahuan yang diperolehi secara tidak langsung dalam kehidupan bermasyarakat spt kemahiran berfikir, berbudi bahasa, menghasilkan teknologi, pertukangan, pembuatan kraftangan dsb.Bukti pencapaian pendidikan dalam tamadun Melayu ialah:Wujudnya institusi pendidikan IslamIaitu di istana yg dikhaskan utk golongan sultan / bangsawan dan di rumah-rumah ulama yang membuka kelas pengajian agama kepada orang awam.Kecenderungan sultan menguasai pendidikan IslamSultan mendorong ulama-ulama melakukan penterjemahan kitab-kitab Arab ke bahasa Melayu.Kemunculan golongan intelektual MelayuMereka berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dlm bidang agama dan falsafahKelahiran naskhah-naskhak Melayu / Manuskrip MelayuNaskhah2 yg dihasilkan merangkumi segala aspek kehidupan spt perubatan, ilmu falak, undang2, pemerintahan, pertanian dsb

KomunikasiIanya terjalin melalui hubungan perdagangan, diplomatik dan budayaKomunikasi ini banyak diasaskan oleh polisi pemerintah sehingga terjalin interaksi antara rumpun Melayu.Pemerintah kerajaan Melayu turut berinteraksi dengan tamadun lain termasuk Eropah. Buktinya ada surat yang melibatkan komunikasi antara raja-raja Melayu dengan pihak kerajaan British.SasteraSastera Melayu berbentuk prosa dan puisiProsa karya dlm bentuk karangan utk menjelaskan sesuatuPuisi karya yang memaparkan kemahiran bahsa dan penggunaan kataPenulisan sastera meliputi bidang kenegaraan, pemerintahan, agama Islam, undang-undang dllKemahiran PembuatanMasyarakat Melayu terkenal dengan kemahiran pembuatan barang keperluan yang dipenuhi dengan ciri agama dan nilai estetika.