bab 1.pptx

23
Bab 1 Pengenalan Kepada Perniagaan BUS 101 PENGANTAR PERNIAGAAN

Upload: suekey-farhah

Post on 06-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Name of presentation

Bab 1Pengenalan Kepada PerniagaanBUS 101PENGANTAR PERNIAGAAN12PENGENALANDi Malaysia, bidang perniagaan menjadi aktiviti utama sektor ekonomi negara.Bidang perniagaan menjadi semakin rancak dengan wujudnya kemajuan teknologi maklumat dan kaedah pengurusan dengan pendekatan baru.

3DEFINISI PERNIAGAANPerniagaanSemua organisasi atau entiti yang diwujudkan bagi menawarkan barangan ataupun perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan (Zafir Mohd Makhbul et. al., 2003).Penglibatan sesebuah organisasi di dalam pengeluaran (operasi) dan jualan produk yang dikehendaki oleh pengguna dengan bermotifkan keuntungan (Sabri Hj. Hussin, 2002).4SEJARAH PENDEKATAN PERNIAGAAN MODENRevolusi perusahaanEra keusahawananEra pengeluaranEra pemasaranEra globalEra internet

5Revolusi PerusahaanPada pertengahan abad ke-18, Eropah mengalami revolusi perusahaan. Kaedah pengeluaran dibuat berbentuk massa dengan menggunakan mesin moden.Seorang tenaga separa mahir hanya melakukan satu daripada proses pengeluaran sahaja. Kemudian proses berikutnya dilakukan oleh pekerja lain dan seterusnya, sehinggalah barangan tersebut siap.Pengeluaran ini menyebabkan peningkatan mendadak ke atas pengeluaran produk.6Era KeusahawananPada abad ke-19, Amerika Syarikat mengalami perkembangan ekonomi yang pesat. Ketika ini banyak pusat kewangan ditubuhkan bagi membantu peniaga memperolehi modal yang menyebabkan ramai usahawan baru yang menceburi bidang perniagaan.Falsafah laissez-faire, kerajaan hanya berperanan sebagai membantu menyediakan prasarana bagi melancarkan aktiviti perniagaan dan tidak lebih daripada itu.Seluruh fungsi perniagaan diserahkan kepada pasaran menentukannya tanpa sebarang campur tangan kerajaan.7Era PengeluaranPengurusan saintifik diwujudkan pada awal abad ke-20 bagi memastikan pengeluaran dapat dibuat dengan lebih cekap lagi. Penekanan diberikan pada aspek proses pengeluaran. Pekerja ditetapkan tempat bekerja, produk datang kepada pekerja dengan memperkenalkan landasan bergerak dan hanya satu tugas sahaja yang diberikan kepada pekerja bagi memastikan mereka mahir.Tujuannya adalah bagi memastikan supaya jumlah masa yang semakin singkat diperlukan bagi mengeluarkan satu produk.Hasilnya, bukan sahaja produktiviti dapat ditingkatkan, tetapi produk dapat dijual pada harga yang lebih rendah.8Era PemasaranPada tahun 1950-an dan 1960-an taraf hidup penduduk meningkat. Pengeluaran sentiasa menunjukkan peningkatan yang berterusan lebih lagi melalui pengenalan teknologi pengkomputeran.Dalam pendekatan pemasaran, citarasa pelanggan yang menentukan bentuk produk yang dikeluarkan dan ciri yang mesti ada. Maklumat dapat diperolehi melalui tinjauan yang dibuat ke atas pelanggan dari semasa ke semasa.9Era GlobalSejak tahun 1980-an apabila teknologi pengkomputeran dan teknologi maklumat mengalami ledakan berterusan, konsep perniagaan global mula diperkenalkan.Globalisasi disumbangkan oleh kecanggihan teknologi pengangkutan, komunikasi dan maklumat, perbankan dan kewangan, penciptaan dan pengeluaran produk serta pemasaran dan pengedaran menyebabkan persaingan dalam pasaran menjadi sengit.Jika ingin terus kekal berdaya saing, entiti perniagaan mesti meningkatkan kecekapan pengeluaran dan tahap kualiti di samping merendahkan kos produk ataupun perkhidmatan mereka. 10Era InternetNegara kita melihat perkembangan pesat penggunaan internet sejak penghujung tahun 1990-an sehingga kini.Banyak syarikat tempatan yang mengiklankan profil syarikat dan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet. Internet membolehkan entiti pernigaan samaada yang kecil ataupun yang besar mempunyai peluang yang sama berdaya saing tanpa mengira produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan.11BENTUK ENTITI PERNIAGAANSemua pemilik sesebuah perniagaan mestilah memikirkan apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis-jenis organisasi perniagaan utama yang biasanya didaftarkan di Malaysia sebagai perniagaan yang asas adalah:Perniagaan tunggal.Perniagaan perkongsian.Syarikat.

12Perniagaan TunggalSeksyen 4, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pengurusannya oleh seorang individu sahaja.Dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan operasi perniagaannya. 13Perniagaan TunggalLiabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mempunyai hutang yang tidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian, maka pemberi hutang berhak menuntut harta peribadi pemilik perniagaan sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan.14Kelebihan Perniagaan TunggalMudah ditubuhkan dan dibubarkan kerana tidak banyak prosedur yang perlu diikuti.Bebas membuat keputusan.Modal yang kecil bagi memulakan perniagaan.Hak sepenuhnya ke atas segala keuntungan mahupun kerugian.Akaun perniagaan tidak perlu diaudit.15Kelemahan Perniagaan TunggalMenanggung liabiliti tidak terhad.Sukar mendapat bantuan modal yang besar.Kemungkinan perniagaan ditutup apabila sesuatu yang tidak baik berlaku kepada pemiliknya.Kekurangan kemahiran pengurusan.

16Perniagaan PerkongsianSeksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961, perhubungan yang wujud di antara individu-individu bertujuan memperolehi keuntungan di dalam perniagaan.Perniagaan yang dikongsikan dua orang ataupun lebih (tidak melebihi 20 orang) dan mereka juga berkongsi tanggungan akibat daripada hutang-hutang syarikat. 17Perniagaan PerkongsianPerkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang dibuat seorang pekongsi, akan mengikat rakan kongsi yang lain.Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa dan tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat yang lain.18Kebaikan Perniagaan PerkongsianPengumpulan modal, pengalaman dan tenaga kerja yang banyak di kalangan rakan kongsi.Risiko keuntungan dan kerugian diagihkan kepada pekongsi.Kos penubuhan lebih murah dan tatacara penubuhan yang mudah berbanding dengan syarikat sendirian berhad.19Keburukan Perniagaan PerkongsianLiabiliti tidak terhad.Proses membuat keputusan mungkin mengambil masa yang lama kerana memerlukan persetujuan semua pekongsi.Penambahan modal terhad kepada keupayaan pekongsi.Mudah berlaku konflik dan salah faham.Perkongsian mungkin dibubarkan jika salah seorang pekongsi ingin membubarkan perniagaan, kematian atau persaraan, gila atau tindakan undang-undang.20Syarikat(Sdn. Bhd dan Berhad)Ditubuhkan di bawah undang-undang syarikat yang mempunyai hak di bawahnya untuk menjalankan perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan sebarang entiti.Ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya dua orang pemegang saham pada satu masa dan ahli tidak boleh melebihi 50 orang.Segala tanggungan hutang adalah terhad kepada syarikat sahaja.21Ciri-ciri syarikat:Hak dan tanggugjawabBerasingan dari pemilik / pemegang saham.Boleh memiliki harta sendiri.Boleh mendakwa dan didakwa.Jangka hayatMempunyai jangka hayat berterusan selagi tidak dibubarkan oleh pemilik / pemegang saham atau oleh undang-undang.TanggunganTanggungan oleh pemilik adalah terhad kepada jumlah sumbangan saham.Ahli-ahliSekurang-kurangnya dua orang ahli.22Kelebihan SyarikatMudah mendapatkan modal.Pemegang saham dilindungi oleh perundangan.Tanggungjawab pemilik terhad kepada sumbangan modal sahaja.Hayat syarikat adalah terjamin.Potensi mengembangkan perniagaan adalah luas

23Kelemahan SyarikatPerjalanan operasi adalah dalam kawalan pendaftar syarikat.Pelbagai jenis cukai terpaksa dibayar.Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah dan dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.Pembentukan syarikat adalah rumit dan mahal.Selalunya saiz besar dan mempunyai banyak cawangan. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengurus cawangan yang pelbagai.