bab 4-tamadun india.ppt

13

Upload: leongtk

Post on 30-Sep-2015

67 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • Antara Tamadun yang tertua di dunia. India terbahagi kepada dua iaitu India Utara dan India Selatan.Masyarakat India Utara dikenali sebagai Indo-Arya manakala masyarakat India Selatan dikenali sebagai Dravida. Tamadun India terbahagi kepada tiga zaman iaitu:

    ZAMAN AWAL/HINDU

    ZAMAN PERTENGAHAN (1200-1750M)

    ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (Mulai 1750 M)

  • 1) Zaman Prasejarah (100 000 SM 1000 SM)-Zaman Paleolitik-Zaman Mesolitik-Zaman Neolitik2) Tamadun Lembah Indus (3000 SM1500SM)

    Dibina oleh bangsa Dravida. Dikenali sebagai Tamadun Harappa dan Mohenjo-Daro di Lembah Sungai Indus di wilayah Punjab .Telah mencapai tahap pencapaian yang tinggi dalam semua aspek kehidupan manusia seperti agama, budaya, kebendaan, nilai dan kepercayaan.Harappa dan Mohenjo-Daro sangat sangat popular kerana terdapat sistem perancangan bandar yang tersusun. Antara contoh monumen adalah Kolam Permandian Agung dan Benteng Pengawal Banjir.

  • 3) Zaman Vedik (1500 SM-1000 SM)Peradaban Lembah Indus yang lenyap dan kedatangan bangsa Aryan dari Asia Tengah dan Poland memulakan peradaban baru. Terbahagi kepada dua zaman iaitu:Zaman Veda AwalZaman Veda AkhirLahirnya budaya baru Indo-Aryan.Bermulanya sistem Kasta.4) Empayar Maurya (326 SM 185 SM)Bermulanya sistem pemerintahan bercorak empayar. Maharaja Asoka yang terkenal menjadi penaung kepada perkembangan agama Buddha.5) Zaman Serangan Luar ( 185 SM 320M)Kesan kehadiran Alexander The Great wujudnya masyarakat Indo Greek yang menjadi kelompok nomadik yang bergerak dari Asia Tengah hingga ke India dan mengancam China hingga menyebabkan Maharaja Shih Huang Ti membina Tembok Besar China.

  • 6) Empayar Gupta (320 M 520M)Zaman period klasik merujuk kepada perkembangan kesusateraan Hindu. Kemunculan Dinasti Gupta.

    7) India Selatan (300 SM 300M)

    Wujud Kerajaan-kerajaan Chera, Chola & PandhyaDikenali sebagai zaman Sangam kerana sumbangan dalam bidang kesusasteraan.

  • Dikenali sebagai zaman Islam.Kuasa baru wujud di India, iaitu Islam.Faktor yang mendorong kepada proses Islamisasi ialah jalan perdagangan daratan dan lautan.Dengan Kehadiran Islam pada abad ke 8 melalui Muhammad al-Qasim yang berjaya menguasai Wilayah Sind pada 706 M wujudlah kuasa yang dominan tanpa menyekat kewujudan kuasa-kuasa tempatan.Mendorong kepada kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di India.

    a) Dinasti GhazniDiasaskan oleh Sabuktigin yang berbangsa Turki. Zaman penggantinya Mahmud al-Ghazni dianggap sebagai zaman permulaan Islam di India.

    b) Dinasti Ghuri Diasaskan oleh Muhammad al-Ghuri yang berasal dari Afghanistan. Ia meletakkan seluruh India Utara di bawah kekuasaan Islam.

  • c) Kesultanan IndiaSeorang hamba Qutbuddin Aibak menubuhkan kerajaan Delhi yang dikenali sebagai kerajaan Mamluk/Hamba. Diperintah oleh 26 orang sultan termasuk seorang wanita Roziyya.

    d) Dinasti KhaljiDiasaskan oleh Jalaluddin.

    e) Empayar Mughal ( 1526 1857 M )Diasaskan oleh Muhammad Zaheeruddin Babur. Zaman kegemilangan terutama pada zaman pemerintahan Akbar. Diperintah oleh Maharaja Akbar (1556-1601M), Jahangir (1605-1627M), Shah Jehan (1628-1658 M) dan Aurangzeb (1658-1707 M).Kejayaan yang tercapai oleh pemerintah Empayar Mughal adalah dari segi seni dan pembinaan hasil gabungan budaya antara agama Islam dan Hindu contohnya Taj Mahal.

  • Bermula dengan kedatangan British

    Syarikat Timur British India (1600 M 1857 M)

    Kemerdekaan India ( 15 Ogos 1947 )

  • ASRAMA/VARNASRAMADHARMA :Sistem kekeluargaan terbahagi kepada empat peringkat kehidupan iaitu :

    BrahmacaryaIaitu zaman bujang, perlu menimba banyak ilmu dan kemahiran.

    GrhastraIaitu orang berumahtangga yang menikmati kehidupan berkeluarga dan mempunyai anak.

    VanaprahastaIaitu tahap orang tua, telah menyelesaikan tanggungjawab keluarga dan mendalami agama.

    SannayasaIaitu orang pertapa yang menumpukan perhatian kepada khidmat masyarakat, menyampaikan nasihat dan ajaran kerohanian.

  • Sistem ini berfungsi mengikut pengkhususan pekerjaan dan membentuk kumpulan mengikut identiti sosial dan ekonomi. Bagi setiap jati ada satu republik yang mempunyai undang-undang, kawasan atau wilayahnya sendiri, unit politik, sosial dan ekonomi yang terkecil.Keanggotaan jati adalah mengikut kelahiran.Dalam sistem ini berlaku pengasingan sosial yang bertujuan menjaga identiti sesuatu kelompok atau status.

  • KEDUDUKAN KAUM WANITA. Wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan keistimewaan serta ketinggian kedudukan mereka dapat dilambangkan dari kewujudan apa yang dikenali sebagai Mother Goddess. Dalam masyarakat Vedik misalnya wanita diberi kedudukan yang tinggi dan dihormati. Kalangan masyarakat Dravida di India Selatan, kaum wanita yang digelar amma amat dihormati tetapi tidak sampai setaraf lelaki.

    BIDANG EKONOMI. Pekerjaan mereka juga berbeza mengikut kawasan dan yang bersesuaian dengan alam sekitar mereka. Cukai yang diperolehi daripada hasil eksport menambahkan pendapatan negara dan raja-raja menggunakan hasil-hasil ini untuk memajukan negeri mereka. Pedagang dikehendaki membayar cukai kepada antapala (pegawai tol) yang bertanggungjawab menjaga keadaan jalan raya.

  • BIDANG POLITIK Kerajaan-kerajaan dibahagikan kepada wilayah, bahagian, daerah dan kampung dan diperintah oleh raja. Raja bukan seorang yang autokratik kerana mereka menghormati beberapa prinsip demokrasi seperti pemilihan raja dan penguatkuasaan undang-undang.

    BIDANG PELAJARAN. Tujuan pendidikan ialah untuk mencari kebahagiaan dalam kehidupan seharian. Matapelajaran yang diajar adalah teks-teks Veda.

    *