bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1

7
2.0 SEBATIAN KARBON 2.1) MEMAHAMI SEBATIAN KARBON 2.1.1) Menyatakan maksud sebatian karbon 2.1.2) Menyatakan sebatian karbon boleh dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu sebatian organik dan sebatian tak organik 2.1.3) Menyatakan maksud sebatian organik 2.1.4) Memberikan contoh sebatian karbon organik dan sebatian karbon tak organik 2.2) MENGHURAIKAN TENTANG ALKOHOL 2.2.1) Menyatakan formula am alkohol 2.2.2) Mengenal pasti kumpulan berfungsi alkohol 2.2.3) Menyenaraikan formula molekul dan nama empat ahli pertama alkohol 2.2.4) Menerangkan pembuatan etanol secara industri 2.2.5) Menghuraikan penyediaan etanol melalui proses penapaian 2.2.6) Menyatakan sifat fizik dan sifat kimia etanol 2.2.7) Menyenaraikan kegunaan alkohol dalam kehidupan harian

Upload: harzana-harun

Post on 15-Jul-2015

1.969 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1

2.0 SEBATIAN KARBON 2.1) MEMAHAMI SEBATIAN KARBON 2.1.1) Menyatakan maksud sebatian karbon

2.1.2) Menyatakan sebatian karbon boleh dikelaskan kepada dua kumpulan,

iaitu sebatian organik dan sebatian tak organik

2.1.3) Menyatakan maksud sebatian organik

2.1.4) Memberikan contoh sebatian karbon organik dan sebatian karbon tak

organik

2.2) MENGHURAIKAN TENTANG ALKOHOL

2.2.1) Menyatakan formula am alkohol

2.2.2) Mengenal pasti kumpulan berfungsi alkohol

2.2.3) Menyenaraikan formula molekul dan nama empat ahli pertama alkohol

2.2.4) Menerangkan pembuatan etanol secara industri

2.2.5) Menghuraikan penyediaan etanol melalui proses penapaian

2.2.6) Menyatakan sifat fizik dan sifat kimia etanol

2.2.7) Menyenaraikan kegunaan alkohol dalam kehidupan harian

Page 2: bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1

2.1 MEMAHAMI SEBATIAN KARBON

Sebatian karbon

Maksud: Sebatian yang mengandungi unsur karbon

PENGKELASAN

1.Sebatian karbon

organik Ciri 2. Sebatian karbon tak organik

Ya Berasal daripada benda hidup Tidak

Ya Terbakar dalam udara

menghasilkan karbon dioksida

Tidak

Besar Saiz molekul/saiz sebatian Kecil

Larut Kelarutan dalam pelarut organik Tidak larut

Karbohidrat, protein, vitamin, sutera, urea,

petroleum, gas asli.

Contoh Karbon dioksida, karbon monoksida, kalsium karbonat,

kalium sianida.

- Sebatian organik ditakrifkan sebagai sebatian yang mengandungi karbon dimana ia

mengandungi unsur karbon yang terikat dengan unsur lain melalui ikatan kovalen .

2.2 ALKOHOL

- Formula am alkohol : CnH2n+1OH, n = 1, 2, 3….

- Kumpulan Berfungsi bagi alkohol ialah – OH

- Terdapat dua cara dalam penghasilan etanol secara industri:

(a) Proses penapaian molekul gula atau kanji.

(b) Penghidratan etena dengan kehadiran mangkin. PENGHASILAN ETANOL – PROSES PENAPAIAN

- Proses penapaian adalah proses kimia yang mana mikrooganisma seperti yis

digunakan untuk menghuraikan molekul gula atau molekul kanji kepada etanol dan

karbon dioksida.

Page 3: bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1
Page 4: bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1

- Sifat fizik bagi etanol:

(a) Etanol adalah cecair tanpa warna pada suhu bilik

(b) Sangat mudah meruap

(c) Takat lebur bagi etanol ialah 78˚C

(d) Sangat larut dalam air

- Sifat kimia bagi etanol:

i) Sifat kimia bagi etanol ditentukan oleh kehadiran kumpulan berfungsi –OH

Pembakaran etanol

Pengoksidaan etanol

Pendehiratan etanol

PEMBAKARAN ETANOL

- Etanol terbakar dengan lengkap dalam udara (oksigen). Pembakaran etanol

menghasilkan nyalaan api muda kebiruan dan tidak berjelaga.

- Pembakaran yang tidak berjelaga ini menunjukkan pembakaran etanol tidak

menghasilkan karbon.

- Pembakaran etanol dalam udara menghasilkan karbon dioksida dan air sahaja.

- Persamaan kimia:

C2H5OH(l) + 3O2 (g) → 2 CO2 (g) + 3 H2O (l)

- Pembakaran etanol:

Etanol

PENGOKSIDAAN ETANOL

- Etanol boleh dioksidakan kepada asid etanoik melalui penggunaan mangkin :

(a) larutan kalium dikromat (VI) asid

(b) larutan kalium mangganat (VII) asid

- Apabila larutan kalium dikromat (VI) asid di tambah kepada larutan etanol, campuran

tersebut dipanaskan. Ia akan menghasilkan asid etanoik. Larutan kalium dikromat

(VI) asid yang berwarna jingga bertukar kepada larutan hijau dan satu larutan yang

berbau cuka terhasil.

Mangkuk penyejat

Kayu uji bernyala

Page 5: bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1

- Apabila larutan kalium mangganat (VII) asid digunakan, warna larutan ungu bertukar

kepada tidak berwarna.

- Larutan asid etanoik menukarkan kertas litmus biru kepada merah dan larutan cuka

terhasil.

Pengoksidaan etanol menghasilkan asid etanoik:

C2H5OH (l) + 2 [O] → CH3COOH (l) + H2O

PENDEHIDRATAN ETANOL

- Pendehidratan alkohol adalah proses di mana molekul air disingkirkan dari larutan

alkohol tersebut.

- Pendehidratan etanol menghasilkan etena, C2H4 dan air

(a) Wap etanol dilalukan kepada mangkin serpihan porselin yang

dipanaskan atau aluminium oksida untuk menghasilkan etena.

(b) Pendehidratan etanol juga boleh terhasil apabila etanol dipanaskan

dengan mangkin asid sulfurik pekat, H2SO4 pada suhu 180˚C

- Persamaan kimia :

C2H5OH (l) → C2H4 (g) + H2O(l)

KEGUNAAN ALKOHOL DALAM KEHIDUPAN

- Sebagai bahan api

- Sebagai pelarut

Page 6: bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1

- Membuat ubat

- Membuat minuman beralkohol/keras

- Membuat minyak wangi

Page 7: bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1